You are on page 1of 6

TRANSFORMASI DAN PEMBAHARUAN PENDIDIKAN Kementerian Pendidikan telah diberikan misi oleh Kerajaan supaya

melaksanakan Polisi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), iaitu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (SMI), yang melibatkan pelajar darjah satu, tingkatan satu, tingkatan enam rendah dan matrikulasi, mulai sesi 2003. Walau bagaimanapun, pada 8 Julai 2009 kerajaan telah mengumumkan dasar tersebut dimansuhkan. Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Mohd. Yassin

menyatakan di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar dua matapelajaran tersebut, sementara sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masingmasing. Pemansuhan dasar tersebut dilakukan kerana didapati tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk memahami subjek tersebut dalam bahasa Inggeris. Sejak ia dilaksanakan lagi Kementerian terpaksa menangani pelbagai isu dan kritikan yang ditimbulkan oleh pelbagai pihak. Kajian oleh sekumpulan penyelidik daripada UPSI (2009) dalam laporan yang bertajuk Tahap Kompetensi Guru dalam PPSMI serta Implikasinya terhadap Pembangunan Modal Insan Murid yang diketuai Pengerusi eksekutif PEMBINA, Datuk Abdul Raof Hussin juga mendapati dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa asing itu, dan sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari dua subjek tersebut. PPSMI hanya mampu menyumbang pada tahap paling minimum, iaitu kurang empat peratus kepada peningkatan pencapaian Bahasa Inggeris secara keseluruhannya. Mereka juga menyatakan bahawa kerugian

berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Menurut kajian tersebut, PPSMI telah melunturkan minat, semangat dan keghairahan murid-murid untuk belajar Sains dan Matematik sejak di peringkat sekolah rendah lagi. Kajian yang melibatkan tujuh universiti awam tersebut dijalankan antara Jun hingga Disember 2009 oleh Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina). Universiti terlibat termasuklah Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Perguruan Sultan Idris, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Mara. Hasil kajian merumuskan PPSMI harus ditamatkan dan

mengembalikan sistem pengajaran sebelum dasar itu diperkenalkan pada 2003. Dalam kajian di atas juga menjelaskan dari segi perkiraan analisis kos-faedah dalam konteks pelaburan jangka panjang, amalan PPSMI tidak menguntungkan, sebaliknya membantutkan tahap kecerdasan murid serta merugikan generasi akan datang dan disarankan supaya dasar PPSMI diberhentikan. Kongres Kebudayaan Melayu

Kedua anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Persatuan Sejarah Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di ibu negara pada 2009 menyokong dan menyatakan langkah kerajaan memansuhkan polisi PPSMI adalah tepat pada masanya. Sebagai langkah susulan, pihak Kementerian Pelajaran telah

memperkenalkan dasar baru iaitu Dasar Memartabat Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Menurut Muhyiddin (2009), sistem pendidikan di Malaysia sentiasa melalui proses transformasi dan pembaharuan dari masa ke masa seiring dengan peredaran zaman. Dalam dasar awal selepas merdeka, pendidikan Malaysia menjadi wahana

penting untuk membangunkan negara dan memupuk perpaduan nasional. Oleh itu, dasar awal pendidikan kebangsaan digubal untuk mencapai dua matlamat penting ini. Sewaktu Malaysia sedang mengorak langkah sebagai sebuah negara industri baru yang pesat membangun dalam dekad 80-an dan 90-an, pendidikan menjadi wahana untuk melahirkan sumber manusia yang berupaya untuk mengisi keperluan perindustrian negara. Kini, ketika Malaysia sedang bersiap sedia untuk melakukan lonjakan berganda bagi mencapai taraf ekonomi berpendapatan tinggi, pendidikan menjadi wahana penting untuk melahirkan modal insan yang berilmu, berkemahiran tinggi dan berketerampilan untuk memacu ekonomi berasaskan pengetahuan (Muhyiddin, 2009). Menurut Muhyiddin di Majlis Perasmian Persidangan Perkembangan Baru Dalam Pendidikan 2010-2012 (2009), keupayaan untuk melakukan transformasi dan pembaharuan dalam sistem pendidikan, di samping mengekalkan matlamat asas untuk melahirkan insan yang baik, merupakan prasyarat utama kepada kejayaan rakyat memajukan negara dan pada masa yang sama membina masyarakat yang beradab. Malah, sistem pendidikan yang berfungsi dengan baik ialah sistem yang sentiasa melalui proses transformasi dan pembaharuan seiring dengan

perkembangan semasa. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, beberapa dasar yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini, termasuk dasar Memartabat Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), mengembalikan kemeriahan sukan di sekolah dan memperkasa pendidikan prasekolah merupakan komponen penting transformasi dan pembaharuan yang sedang berlaku dalam sistem pendidikan

negara, yang mana natijah akhirnya ialah berlakunya peningkatan pada kualiti pendidikan (Muhyiddin, 2009). Kerajaan akan melaksanakan program

Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memantapkan Penguasan Bahasa Inggeris (MBMMBI) dalam tempoh Rancangan Malaysia ke 10. Program ini bertujuan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan memantapkan penguasaan bahasa Inggeris untuk memperkukuh daya saing negara. Program ini akan mengguna pakai pendekatan modular yang bersepadu dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan akan memperluas pengajaran Kesusasteraan Melayu di peringkat sekolah rendah. Program MBMMBI akan juga memperkukuh pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris melalui kurikulum baru dengan memberi penekanan kepada lima bidang utama kemahiran iaitu membaca, mendengar dan berucap, menulis, tatabahasa, dan seni bahasa. Masa yang diperuntukkan untuk pengajaran bahasa Inggeris ditambah daripada 4 jam kepada 5.5 jam seminggu untuk Tahap 1 (Tahun 1 hingga 3), dan daripada 3.5 jam kepada 5 jam untuk Tahap 2 (Tahun 4 hingga 6) di peringkat sekolah rendah. Sebanyak empat daripada 27 buah Institut Pendidikan Guru (IPG) akan

menumpukan kepada pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris kepada guru. Kerajaan akan menilai dan memantau keberkesanan program secara berterusan dan melaksanakan inisiatif untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA SEBAHAGIAN DARIPADA PROSES TRANSFORMASI DAN PEMBAHARUAN PENDIDIKAN YAB Perdana Menteri menjadikan pemeluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan sebagai salah satu daripada enam Bidang Keberhasilan Utama

Negara (NKRA), dengan hasrat untuk melahirkan modal insan yang berdaya maju dan mampu memacu ekonomi berpendapatan tinggi. Pengenalan NKRA pendidikan merupakan sebahagian daripada proses transformasi dan pembaharuan dalam sistem pendidikan Malaysia akan melonjakkan lagi kecemerlangan pendidikan di negara ini (Muhyiddin, 2009).

Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan Dalam Taklimat Bidang Keberhasilan Utama Nasional (Nkra) Pendidikan (2010), kerajaan memberi tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan iaitu Prasekolah, Literasi & Numerasi (LINUS), Sekolah Berpretasi Tinggi (SBT) dan Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah. Kurikulum khas untuk literasi dan numerasi telah direka khusus untuk kanak-kanak berkeperluan khas. a) Prasekolah. Meningkatkan kadar penyertaan kanak-kanak berumur (4+ dan 5+) kepada 87% menjelang 2012 serta meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah dengan menjadikan prasekolah swasta dan agensi-agensi lain sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan (Taklimat Bidang Keberhasilan Utama Nasional (Nkra) Pendidikan , 2010).

72% enrolmen untuk kohort kanak berumur 4+ dan 5+ menjelang 2010

b) Literasi & Numerasi (LINUS)

Setiap kanak-kanak menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas mengikuti 3 tahun pendidikan rendah pada akhir tahun 2012 (Taklimat Bidang Keberhasilan Utama Nasional (Nkra) Pendidikan, 2010).

90% Menguasai Literasi &Numerasi pada

c) Sekolah Berpretasi Tinggi (SBT)

2010

Mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi yang mempunyai etos, karakter dan identiti tersendiri. Sekolahsekolah ini akan melonjakkan kecemerlangan pelajar ke peringkat paling tinggi (Taklimat Bidang Keberhasilan Utama Nasional (Nkra) Pendidikan, 2010).

Sasaran 20 HPS menjelang 2010

d) Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah Memperkenalkan penilaian berasaskan pencapaian untuk menilai Pengetua dan Guru Besar (PGB) dengan menawarkan ganjaran yang menarik kepada PGB yang melepasi sasaran serta membantu PGB yang lemah (Taklimat Bidang Keberhasilan Utama Nasional (Nkra) Pendidikan, 2010).

2% Pengetua/ Guru Besar menerima ganjaran menjelang 2010

You might also like