You are on page 1of 8

MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS

Pengenalan
Akhir-akhir ini, isu-isu berkaitan institusi pendidikan di Malaysia semakin mula mendapat perhatian
pelbagai lapisan masyarakat di negara kita. Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai institusi utama
yang berperanan penting dalam meningkatkan mutu dan imej pendidikan di negara ini mula
mendapat perhatian umum dan pelbagai isu yang dibangkitkan mempunyai pelbagai pendapat yang
kontra dan sebaliknya. Isu-isu dicetuskan menimbulkan pelbagai polemik sehingga dibahaskan di
parlimen dan akhirnya menjadi sebahagian daripada lipatan sejarah yang terakam dalam institusi
pendidikan itu sendiri. Antara isu terhangat yang diperbincangkan ialah Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Agenda baru PPSMI yang mula diperkenalkan pada 2003 sehingga terkuburnya
pelaksanaanya pada tahun 2012 telah menimbulkan polemik yang besar dalam sejarah institusi
pelajaran di Malaysia. Dasar utama pendidikan negara ini telah dicetuskan oleh YAB Perdana Menteri
pada ketika itu iaitu, Tun Dr. Mahathir Mohammed. Perdana Menteri yang berkarisma , berpandangan
jauh serta berfikiran terbuka mempunyai pandangan dan visi yang tersendiri terhadap keseluruhan
murid serta sebahagian besar guru-guru yang mengajar mata pelajaran Matematik, Sains dan
bahasa Inggeris . Pengumuman ini telah menggembirakan sebahagian guru-guru di Malaysia.
Hal ini demikian kerana, mereka mendapat imbuhan yang besar iaitu kenaikan sepuluh peratus
daripada gaji akibat dasar yang berfaedah ini. Keberhasilan yang dominan juga ialah, guru-guru yang
mengajar mata pelajaran tersebut turut dibekalkan sebuah komputer riba yang akan membantu
mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam memperkasakan PPSMI, jutaan
ringgit telah dibelanjakan bagi mengadakan kursus-kursus bagi guru-guru yang terlibat dalam
pengajaran mata pelajaran sains dan matematik selain menyediakan buku teks bagi setiap kelas dan
tingkatan yang terlibat. Pendekatan PPSMI yang menggunakan bahasa Inggeris bagi menggantikan
bahasa kebangsaan turut tercabar dengan pelbagai pandangan yang dikemukan oleh golongan
profesional dan ahli-ahli bahasa di Malaysia.
Pada awalnya Kementerian Pelajaran Malaysia, di bawah kepimpinan Yang Berhormat Datuk
Hishamuddin bin Hussein menteri pelajaran ketika itu tidak tunduk kepada sebarang pandangan
yang ingin menggagalkan pelaksaanaan ini. Pelaksanaan ini telah meninggalkan kesan positif yang
besar dalam revolusi sejarah pelajaran di negara kita. Guru-guru yang terlibat telah menunjukkan
penguasaan bahasa Inggeris yang lebih baik walaupun mereka yang mengajar nun jauh di kawasan
pedalaman. Murid-murid juga telah berjaya mengusai bahasa kedua ini dengan baik dari setahun ke
setahun akibat pelaksanaan dasar ini. Ini terbukti dengan peningkatan dari setahun ke setahun
keputusan yang diadakan seperti ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah
Rendah (PMR), dan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dalam mata pelajaran Sains, dan Matematik.
Sebenarnya, secara tidak langsung dasar ini memberi impak yang positif terhadap pembangunan
modal insan di negara kita. Murid-murid ini mampu menggunakan bahasa kebangsaan dan bahasa
kedua dengan baik dalam bilik darjah dan mampu berkomunikasi dengan baik dengan masyarakat
luar. Mereka dapat menambah serta memperkayakan kosa kata dalam kedua-dua bahasa dan ini
sudah pasti menjanjikan pulangan yang baik kepada generasi Malaysia kini dan akan datang
terutama apabila mereka meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi sama ada di dalam
negara atau luar negara yang memerlukan mereka membuat kajian yang mendalam terhadap
sesuatu bidang kajian yang berkaitan. Bukan untuk memperlekeh bahasa Kebangsaan kita sendiri,
namun hakikatnya penguasaan bahasa Inggeris mampu memberi impak terhadap status kedudukan
seseorang terutamanya dalam peluang pendidikan yang lebih jauh untuk diterokai. Terpulanglah
kepada penilaian masing-masing memberi pandangan terhadap isu PPSMI ini yang pada pandangan
seseorang amat sensitif untuk diperbincangkan.
Akhirnya pada tarikh keramat iaitu 8 Julai 2009, pelaksaan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains
dan Matematik dalam bahasa Inggeris telah dimansuhkan di seluruh sekolah di Malaysia dan diganti
dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris(MBMMBI).
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan program memartabatkan Bahasa Melayu
dan Mengukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) bermula tahun 2011 ini bagi menggantikan program
Pengajaran dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) atas dasar
bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan, bahasa perhubungan, bahasa perpaduan
serta bahasa ilmu merentas kurikulum yang penting bagi mencapai hasrat 1Malaysia.
Memperkukuhkan bahasa Inggeris pula dilaksanakan dengan penuh kesedaran bahawa bahasa
Inggeris adalah bahasa komunikasi yang harus dikuasai oleh generasi muda bagi persediaan
bersaing di peringkat nasional dan peringkat global pada masa kini dan akan datang. Di samping itu
hasrat kerajaan adalah untuk membentuk rakyat Malaysia yang mempunyai jati diri yang kuat,
progresif, dinamik ke arah mencapai negara maju. Justeru itu , Kerajaan Malaysia
bermatlamat untuk melahirkan warganegara yang fasih dan yakin untuk menggunakan bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris standard dalam perbualan dan urusan rasmi, penerokaan ilmu dan di
alam kerjaya mengikut kesesuian dan keperluan. Seterusnya dapat membina modal insan yang

mampu mengakses pelbagai ilmu melalui pelbagai media seperti teknologi komunikasi maklumat
(ICT) serta mempunyai minda yang kritis, inovatif dan kreatif.
Strategi memartabatkan bahasa Melayu ini melibatkan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan dan menengah serta
menambahbaikkan pendekatan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Manakala strategi
dalam memperkukuhkan lagi bahasa Inggeris melibatkan penambahbaikan kurikulum Bahasa
Inggeris serta penyediaan guru dan bahan yang mencukupi serta berkualiti bagi melaksanakan
kurikulum tersebut. Sebelum membincangkan mengenai peranan guru dalam menjayakan MBMMBI
ini kita lihat dahulu dengan lebih lanjut berkaitan MBMMBI ini.
Definisi MBMMBI
Memartabatkan Bahasa Malaysia pula adalah bermaksud meletakkan Bahasa Malaysia pada tempat
yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub
dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Malaysia juga merupakan bahasa pengantar
utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996. Memperkukuh Bahasa Inggeris membawa
maksud memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa
komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa. Secara umumnya, frasa
memartabatkan bahasa Melayu didefinisikan sebagai memberi kedudukan tinggi lagi bermaruah
serta berprestij kepada bahasa Melayu dalam kalangan penutur aslinya serta masyarakat lain, pada
peringkat nasional, serantau dan global. Bahasa Melayu yang bermartabat adalah bahasa yang
mempunyai kedudukan ekonomi yang tinggi, sebagaimana dibuktikan oleh bahasa-bahasa utama
dunia khususnya bahasa Inggeris, Perancis dan Jepun.
Tujuan MBMMBI
Tujuan utama memartabatkan Bahasa Malaysia adalah kerana Bahasa Malaysia merupakan bahasa
yang telah diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan
utama dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia. Bagi
memartabatkan bahasa Melayu, ia tentu sekali perlu menjadi bahasa yang mendukung pelbagai
disiplin ilmu dan digunakan sepenuhnya dalam pentadbiran negara, penggubalan dan perumusan
undang-undang, perbicaraan kes di mahkamah dan sektor kehakiman, sektor perdagangan, ekonomi,
korporat dan pasaran saham, kedoktoran, kejuruteraan, teknologi maklumat serta pelbagai bidang
penting dan utama yang menunjangi kemajuan bangsa serta negara di pentas global.
Tujuan utama memperkukuh Bahasa Inggeris pula adalah kerana Bahasa Inggeris
merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi
membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global.
Peranan Guru Yang Menjayakan Dasar MBMMBI
Peranan guru adalah sebagai tunjang utama dalam usaha memastikan kejayaan dasar
MBMMBI. Fungsi dan peranan guru dipandang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja guru sebagai
pembimbing, guru juga adalah sebagai penyebar ilmu, pembentuk nilai, agen sosialisasi ,
sebagai pendidik dan pakar rujuk, sebagai mentor , sebagai pengurus , sebagai pengamal ilmu
dan guru juga sebagai pengamal kemahiran profesional . Lantaran itu, guru sebagai pencetus
dan penggerak utama kepada proses transformasi sistem pendidikan negara dalam usaha
menjayakan hasrat MBMMBI ini.
1.
Amanah dan tanggungjawab terhadap kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia.
Menurut surat pekeliling ikhtisas bil 2/ 2010: Pelaksanaan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia
dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), pihak kerajaan telah menggantikan Dasar
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dengan
MBMMBI. Sebagai seorang guru yang merupakan kakitangan kerajaan yang bertanggungjawab
sepenuhnya terhadap amanah yang telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan MBMMBI,
guru perlu mematuhi pekeliling tersebut. Sebagai kakitangan awam beretika guru perlu
melaksanakan kehendak Kementerian pelajaran untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan
memperkasakan Bahasa Inggeris. Dalam melaksanakan dasar MBMMBI, pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris diperkukuh menerusi pendekatan yang lebih
berkesan.
USAHA menggerakkan pelaksanaan program memperkasakan Bahasa Malaysia dan Inggeris pada
semua peringkat sekolah seperti mana kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin, baru-baru ini adalah selaras dengan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia
Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang akan dilaksanakan mulai 2012 bagi
menggantikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Memartabatkan bahasa Melayu bermaksud mengembalikan kedudukan bahasa itu sebagai bahasa
pengantar di sekolah kebangsaan. Memperkasa bahasa Inggeris pula bermaksud usaha
mempertingkat penguasaan bahasa itu melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih
berkesan supaya pelajar benar-benar dapat menguasainya dengan baik.
Bahasa Melayu pernah digunakan dengan meluas di pusat pengajian tinggi sehinggakan Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) menjadi sebuah universiti yang sepenuhnya menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar. Keunggulan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dibuktikan UKM
apabila melahirkan ramai siswazah dalam bidang perubatan dan pelbagai bidang lain. Golongan
profesional yang dilahirkan oleh UKM dengan pengantar bahasa Melayu turut mahir bahasa Inggeris

Peranan DBP yang menterjemahkan banyak buku dalam pelbagai bidang ilmu, termasuk menerbit
pelbagai jenis kamus, peristilahan dan buku glosari dalam semua bidang pengajian berjaya
mengangkat keupayaan dan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Menurut kajian Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), pelaksanaan PPSMI didapati menjarakkan
lagi jurang pencapaian sains dan matematik antara pelajar bandar dan luar bandar. Masih
terdapat ramai guru PPSMI tidak menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Kebanyakan murid pula
menunjukkan sikap pasif dan kurang berminat apabila kelas Sains dan Matematik berlangsung ,
fenomena ini amat membimbangkan kementerian pelajaran negara kita . Faktor ini jugalah yang
mengakibatkan kerajaan memperkenalkan Dasar MBMMBI untuk menggantikan PPSMI.
Tindakan dan usaha menterjemah karya agung umpamanya dari Eropah, Amerika dan Asia perlu
diperhebatkan dari masa ke semasa. Melalui cara ini perluasan ilmu melalui pembacaan bahan
bacaan dalam Bahasa Malaysia dapat dipergiat, seterusnya menyuntik serta menggalakkan budaya
membaca dalam kalangan masyarakat.
Penggunaan Bahasa Malaysia juga mestilah tekal dan mantap dalam semua urusan rasmi di
Negara kita agar hasrat memertabatkan bahasa melayu dan memperkukuhkan bahasa inggeris ke
arah 1Malaysia terlaksana melalui identiti negara bangsa.
Kolaborasi Antarabangsa Kursi Bahasa Malaysia di Universiti Luar Negara Satu kolaborasi yang
mantap antara Malaysia dengan negara lain akan diwujudkan dengan menubuhkan kursi Bahasa
Malaysia di universiti luar negara.
Syarat kelayakan yang melayakan memasuki Institut Pengajian Tinggi terutama pelajar yang
bakal mengikuti pengajian di universiti hendaklah diwajibkan mendapat kepujian dalam Bahasa
Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia sebagai syarat masuk ke pusat Pengajian Tinggi, tidak
kira Universiti Tempatan mahupun university swasta.
2.

Guru sebagai agen pelaksana serta penggerak di sekolah

Guru bahasa Melayu dan guru bahasa Inggeris perlu bekerja keras dan bekerjasama untuk
merealisasikan hasrat MBMMBI. Setiap individu yang bergelar sebagai pendidik perlu mengambil
ikhtibar atas kegagalan Dasar PPSMI. Penetapan Model Bahasa Inggeris sebagai model Standard
British English digunakan sebagai panduan supaya setiap guru dapat merujuk kepada
standard yang sama dari segi sebutan, penulisan dan tatabahasa. Kepimpinan Sekolah Guru
Besar dan Pengetua akan diberi lebih banyak pendedahan tentang peranan mereka sebagai
pengurus kurikulum. Mereka perlu memahami matlamat dan kehendak kurikulum Bahasa
Inggeris dan turut merancang program yang sesuai untuk mencapai objektif yang ditetapkan.
Jawatan Penyelaras BI akan diwujudkan di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran
Daerah. Program seperti English Camp atau English Village akan dijalankan secara berterusan.
Guru Bahasa Malaysia serta guru Bahasa Inggeris yang berkualiti , setiap guru yang mengajar mata
pelajaran ini perlu beropsyen , langkah ini adalah untuk memastikan kualiti dari segi ilmu pedagogi.
Guru juga digalakkan menghadiri kursus peningkatan profesionalisme yang diadakan ,
untuk memberikan pendedahan tentang perkembangan terkini ilmu pedagogi dan juga
perkembangan bahasa daripada pakar dari dalam dan luar negara. Pendekatan Modular Kurikulum
Bahasa Malaysia Penguasaan asas kemahiran berbahasa diperkukuh melalui pendekatan modular
yang bersepadu, seimbang dan holistik menerusi modul P&P. Penggunaan Bahasa Malaysia
Standard Merentas Kurikulum Penggunaan sistem bahasa yang betul dalam mata pelajaran lain
akan menyokong P&P Bahasa Malaysia. Penggunaan dialek tempatan atau bahasa pasar mesti
dipantau agar tidak melahirkan genarasi yang berbudaya bahasa yang celaru serta menjejas
standard dan mutu Bahasa Malaysia itu sendiri.
Menggiatkan lagi kempen-kempen program bacaan seperti Komponen Sastera dalam Bahasa
Malaysia (KOMSAS), Buku Sastera Sekolah Rendah, Bacaan Awal Berstruktur dan NILAM diteruskan
. Beberapa penambahbaikan akan dilakukan supaya pembacaan bahan sastera dapat ditingkatkan.
Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris sekolah rendah menitikberatkan penguasaan literasi asas
dan pengukuhan Bahasa Inggeris melalui pendekatan modular.
.
Penetapan Model Bahasa Inggeris model Standard British English digunakan sebagai panduan
supaya setiap guru dapat merujuk kepada standard yang sama dari segi sebutan, penulisan dan
tatabahasa.
Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris Sekolah Menengah menggunakan pendekatan modular.
Setiap komponen kemahiran bahasa mempunyai modul P&P tersendiri dan P&P tatabahasa akan
diberi fokus dalam modul Grammar.
Perkongsian dan Jaringan Guru , sinergi dalam kalangan guru amat penting untuk berkongsi
pengalaman dan pengetahuan tentang P&P yang terkini dan berkesan.

Kepimpinan Sekolah dikalangan Guru Besar dan Pengetua akan diberi lebih banyak pendedahan
tentang peranan mereka sebagai pengurus kurikulum. Mereka perlu memahami matlamat dan
kehendak kurikulum Bahasa Inggeris dan turut merancang program yang sesuai untuk mencapai
objektif yang ditetapkan. Jawatan Penyelaras BI akan diwujudkan di peringkat Jabatan Pelajaran
Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah. Program sepert iEnglish Camp atau English Village akan
dijalankan secara berterusan bagi memastikan MBMMBI tercapai.
Seseorang guru yang efektif semestinya mempunyai kecekapan yang mendalam dalam bidang atau
subjek yang diajar. Guru perlu mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang
komprehensif terhadap bidangnya.Guru seharusnya sentiasa meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran dalam subjek diajar agar sentiasa kemaskini, menarik, bertenaga dan inspirasional. Ada
kalanya murid bertanya perkara melebihi sukatan pelajaran atau kurikulum yang tertera dalam buku
teks. Sekiranya guru berkebolehan menjawab dengan tepat bersama fakta dan bukti kukuh, pasti
akan menimbulkan minat, keyakinan dan kecenderungan murid untuk mengikuti lanjutan epistemologi
disiplin tersebut. Lebih menarik dan efektif sekiranya guru dapat menghidupkan ilmu berkenaan dan
mengaitkan dalam kehidupan murid. Murid akan melihat dan menilai ilmu yang dipelajari adalah
berguna untuk dirinya pada masa ini dan akan datang. Demikian sebaliknya, jika guru gagal untuk
menjawab pertanyaan murid atau sentiasa menangguhkan jawapan, situasi ini, menyebabkan
murid kurang berkeyakinan kepada guru tersebut dan hilang minat. Lebih-lebih lagi jika guru sentiasa
menghalang murid-murid daripada bertanya perkara yang di luar kurikulum, sedangkan berminat
untuk mengetahui, berkemungkinan murid akan kehilangan kecenderungan untuk bertanya dan
hilang minat untuk mempelajari subjek yang diajar oleh guru berkenaan. Jika halangan dan gangguan
terhadap perkembangan murid-murid berlanjutan, situasi ini akan mengakibatkan perencatan dan
pembunuhan minat mereka untuk belajar. Atas prinsip inilah, tugas guru di sekolah sebagai
pelaksana Dasar MBMMBI bukan sahaja terikat dengan pengajaran dalam bilik darjah malahan P&P
juga berterusan di luar bilik darjah. Contohnya apa yang berlaku di sesetengah sekolah terutamanya
sekolah rendah, murid didedahkan dengan pelbagai aktiviti seperti bersajak bersajak, berpantun,
menulis cerpen, menulis puisi dan sebagainya. Begitu juga dengan Bahasa Inggeris, murid
didedahkan kepada aktiviti jazz chant , choral speaking, spelling bee , quiz, story telling, choire dan
banyak lagi aktiviti yang dapat dijalankan untuk menyuburkan MBMMBI.
3.

Peranan dan tanggungjawab guru sebagai pendidik

Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif , Pemantauan daripada aspek kebersihan, keceriaan dan
keselamatan di sekolah dipertingkatkan dari masa ke semasa
Guru menjadi harapan bagi memastikan pembentukan jati diri pelajar yang kukuh, bermotivasi , aktif ,
bersikap dinamik , minat dan mencungkil sikap ingin tahu , berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan
berpegang teguh kepada agama dan nilai sejagat . Pelajar-pelajar akan menjadi warganegara yang
berfikiran global dengan tidak mengesampingkan ciri-ciri tempatan serta mampu bersaing dengan
kepesatan dunia luar serta kental terhadap unsur luar, kecekapan dan keberkesanan peranan guru
menerusi sistem pendidikan mampu membina negara bangsa yang berjaya.
Murid-murid boleh digalakkan untuk mengemukakan soalan, pendapat dan menunjuk cara perlakuan.
Penglibatan murid-murid secara aktif akan menimbulkan minat yang tinggi dan berazam untuk terus
berada dalam pembelajaran. Guru perlu mencari faktor-faktor yang boleh menimbulkan minat dalam
pengajaran. Ada kalanya faktor ini berbeza-beza di antara satu kumpulan atau kelas murid. Apabila
guru berjaya mencetuskan minat murid-murid, mereka bukan saja akan terlibat secara aktif, bahkan
sentiasa mengunggu-nunggu kedatangan guru berkenaan. Ramai penyelidik psikologi mendapati
bahawa minat atau kecenderungan merupakan faktor utama penglibatan serius murid dalam sesuatu
pembelajaran. Justeru, penyampaian guru yang jelas dan mudah difahami oleh murid akan
menjadikan mereka lebih beminat dan mengikuti pembelajaran sehingga tamat. Kepelbagaian dalam
gaya penyampaian dan bahasa yang mudah difahami serta formula yang tahu aplikasi akan
menjadikan pembelajaran murid bertambah komited dan efektif. Guru seharusnya mengetahui taraf
kebolehan penguasaan bahasa murid, pencapaian pengetahuan, dan kefahaman aplikasi sesuatu
teori atau formula. Imam Al-Ghazali mengingatkan agar guru menggunakan bahasa yang mudah,
penerangan yang jelas, dan perbincangan isi pelajaran yang di dalam pengetahuan dan kemahiran
murid yang diajar. Guru perlu mengelakkan daripada menggunakan bahasa dan penerangan yang
berliku-liku, berbelit-belit, perkataan sukar, dan bombastik. Ini bererti penyampaian berbeza di antara
murid sekolah rendah dengan sekolah menengah, murid pintar dengan sederhana, dan murid normal
dengan pendidikan khas. Kepelbagaian gaya bahasa dan penerangan yang jelas akan memudahkan
murid menerima dan memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru seterusnya dapat
meningkatkan prestasi pembelajaran. Sebagai kesediaan awal murid-murid perlu dicerna dan
mahirkan kefahaman mereka dalam aspek bahasa seperti yang ditunjangkan dalam objektif
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Guru seharusnya berkebolehan dalam menerangkan
secara jelas mengenai sesuatu konsep abstrak dan konkrit iaitu explain and illustrate concepts both
abstractly and concretely. Perkara abstrak boleh dikaitkan dengan pengetahuan dan pengalaman
murid atau sesuatu yang mempunyai persamaan dengan membuat andaian. Guru boleh juga
melakarkan dalam bentuk tulisan, gambar rajah atau carta. Penerangan konsep konkrit perlu diikuti
oleh perbuatan atau tindakan murid demi mengukuhkan konsep yang konkrit dengan objek sebenar.

Didik Hibur Modul Language Arts menekankan aspek didik hibur dan apresiasi bahasa. P&P bahasa
yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral speaking, drama,
muzik dan bahan bantu mengajar. Bahan bacaan estetik seperti Sastera Kontemporari Kanak-kanak,
bahan Bacaan Awal Berstruktur dan Bacaan Ekstensif disediakan bagi mendedahkan murid kepada
Bahasa Inggeris pelbagai genre.
Didik Hibur Pendekatan P&P Bahasa Malaysia akan menyediakan suasana yang lebih
menyeronokkan dan menarik melalui pelbagai kaedah. Kemahiran mendengar, bertutur, membaca,
menulis, tatabahasa dan seni bahasa akan disulam dengan dengan aktiviti penerokaan, pencarian
maklumat, pelaporan dan penghasilan produk
Asas Berbahasa (Basics To Basics) Pengukuhan asas berbahasa dilakukan secara berstruktur dan
sistematik. Asas berbahasa pradengar, prabunyi, prabaca dan pratulis diperkukuh melalui modul P&P
yang menerapkan elemen menyeronokkan dalam seni bahasa. P&P tatabahasa adalah berasaskan
sistem bahasa yang betul dan dilakukan secara bersepadu dalam konteks bahasa merentas
kurikulum.
Elemen Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris Kurikulum Bahasa Inggeris akan
mengintegrasi elemen matematik dan sains melalui tema yang berkaitan dan akan menumpukan
kepada istilah/kosa kata serta struktur ayat mata pelajaran berkenaan.

4.

Peranan guru terhadap profesionalisme diri


Sebagai pendidik yang akan memastikan perjalanan MBMMBI terus terlaksana , guru perlu sentiasa
memastikan kepelbagaian Kaedah Mengajar digunakan untuk mengalih tumpuan murid-murid
semasa P&P dijalankan.Guru perlu mengikuti kursus-kursus yang bersesuaian untuk meningkatkan
profesionalisme diri seperti kursus peningkatan dan penyuburan profesionalisme guru.
Pembelajaran akan berjalan dengan lancar, menarik dan berkesan sekiranya guru menggunakan
pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan perancangan isi pelajaran dan kemahiran yang akan
dicapai oleh murid. Guru perlu employ a wide variety of methods untuk menyampaikan kandungan
pelajaran berbentuk teori dan amali. Guru perlu sentiasa flexible mengubahsuai strategi mengikut
jangkaan keberkesanan penggunaan sesuatu kaedah. Guru yang berhasrat untuk menjadikan
pengajarannya efektif, seharusnya membuat kajian atau penyelidikan mengenai kaedah yang paling
sesuai untuk sesuatu isi pelajaran, topic atau kemahiran yang bakal digunakan. Kajian saintifik perlu
dibuat untuk menilai kekuatan dan kelemahan kaedah yang digunakan terutamanya setiapkali selesai
sesi P&P agar pelbagaian strategi serka kaedah dapat dirancang secara sistematik Guru perlu
berkemahiran dalam membuat kajian tindakan atau pemerhatian saintifik. Kajian menunjukkan
bahawa kaedah yang digunakan amat berperanan penting sebagai sumber kefahaman, minat dan
komitmen murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Murid lebih tertarik kepada kaedah yang
kemaskini dan menggunakan peralatan elektronik terkini seperti komputer, internet, power point, dan
video. Walau bagaimanapun, guru yang bijak menggunakan gaya tingkahlaku dan intonasi suara,
bercerita, memek muka humor, akan tetap menarik minat pembelajaran dan murid mengikuti
pengajaran secara efektif walaupun tanpa kehadiran peralatan teknologi yang canggih. Keceriaan,
Interaksi dan Penglibatan Murid: Guru efektif sentiasa berfikir dan merancang aktiviti penglibatan
murid-murid dalam pengajaran. Kemahiran berkomunikasi dan interaksi kependidikan pelbagai hala
guru-murid, murid-murid, dan murid-guru menjadi teras keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Murid akan berasa pendapat dan kehadirannya diperlukan serta dihargai. Murid-murid perlu
mengenali di antara satu sama lain, saling berinterkasi dan menggunakan panggilan baik-baik serta
digemari yang membuktikan saling communicate with interest and enthusiasm, penerapan nilai kasih
saying sesame rakan pelajar juga sangat penting kearah mewujudkan suasana pembelajaran yang
selesa.
Semasa menyampaikan pengajaran guru seharusnya mempunyai pemikiran positif dan bersangkasuka terhadap murid agar ilmu yang disampaikan diterima dengan hati terbuka, ikhlas, telus, tulus,
berminda ceria dan humur. Memandang terus dan telus terhadap individu murid dan melihatnya
dengan penuh empati serta use intrinsic and extrinsic rewards more often than penalties. Situasi
sedemikian akan dapat menimbulkan interaksi positif dan konstruktif yang menghasilkan keberkatan
ilmu yang disampaikan demi manfaat jangka pendek dan jangka panjang murid dan guru. Masyarakat
dan negara akan memperolehi manfaat seterusnya.
Guru Bahasa Malaysia Berkualiti , merujuk kepada maksud guru yang mengajar mata pelajaran ini
perlu beropsyen Bahasa Malaysia untuk memastikan kualiti dari segi ilmu pedagogi. Guru digalakkan
menghadiri kursus peningkatan profesionalisme yang memberikan pendedahan tentang
perkembangan terkini ilmu pedagogi dan juga perkembangan bahasa daripada pakar dari dalam dan
luar negara.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam P&P Penggunaan teknologi makluamt seperti perisian,
e-mel, laman sembang dan laman web dapat menyediakan P&P yang bersifat interaktif serta
nenghiburkan. Satu portal akan diwujudkan untuk menghimpunkan bahan penulisan serta
menyediakan forum bagi penggiat bahasa, para pendidik, sasterawan, pelajar serta pengguna
Bahasa Malaysia untuk berbincang, mengkaji dan mencari maklumat tentang Bahasa Malaysia.

5.
Peranan guru terhadap rakan sejawat
Guru sebagai role model bertutur dan berinteraksi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris
kepada pelajar.Di samping membimbing atau menjadi pakar rujuk kepada rakan-rakan yang tidak
berpeluang untuk mengajar bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Sumber P&P seperti kemudahan makmal Komputer akan ditambahbaik dengan perkakasan dan
perisian serta disediakan disekolah-sekolah yang belum memiliki kemudahan makmal komputer
supaya boleh turut berfungsi sebagai makmal bahasa. Teknologi maklumat dimanfaatkan dalam P&P
Bahasa Inggeris melalui penggunaan perisian yang sesuai.
Kita juga perlu faham selain mengembalikan pengajaran Sains dan Matematik kepada bahasa
Melayu, pada masa sama kerajaan mahu memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan
pelajar. Seperti disarankan pakar bahasa bahawa untuk memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris
di kalangan pelajar, aspek pedagogi pengajaran dan pembelajaran bahasa itu perlu dipertingkatkan.
Oleh itu, kementerian perlu merancang pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris dengan
berkesan. Justeru, kemampuan melahirkan guru bahasa Inggeris berkualiti amat penting supaya
pengajaran dan pembelajaran bahasa itu menjadi lebih berkesan, menarik dan bersifat pembelajaran
yang menyeronokkan.
Langkah kerajaan mengambil lebih ramai guru bahasa Inggeris dari luar negara adalah usaha
mengatasi masalah kepakaran guru dalam bahasa Inggeris. Saya yakin ia langkah sementara
sebelum negara dapat melahirkan lebih ramai guru yang mahir dan pakar dalam pengajaran bahasa
Inggeris.
Kerajaan juga boleh mempertimbangkan pengambilan guru bahasa Inggeris yang sudah bersara
tetapi masih mampu mengajar dengan berkesan. Guru berpencen yang diambil semula ini perlu
memiliki kesihatan yang baik dan didedahkan dengan teknik pembelajaran bahasa Inggeris yang
terkini.
Warga pendidik di negara ini juga turut memainkan peranan yang penting untuk memartabatkan
bahasa Malaysia serta meningkatkan mutu pendidikan bahasa Malaysia. Golongan pendidik hari ini
telah dipertanggungjawabkan melaksanakan konsep bahasa Malaysia dalam kalangan masyarakat.
Peranan pendidik bahasa adalah penting kerana mereka juga bertanggungjawab membimbing guru
mata pelajaran lain. Peranan para pendidik lebih penting dalam memartabatkan bahasa Malaysia
kerana dalam kurikulum pendidikan bahasa, matlamat utama adalah untuk melahirkan pelajar yang
berupaya menggunakan bahasa Malaysia yang betul selaras dengan hasrat MBMMBI iaitu
memertabatkan bahasa melayu.
Dalam menjayakan MBMMBI peranan pertama guru adalah sebagai pengurus. Dalam
menjayakan MBMMBI ini guru juga bertindak sebagai pengurus dalam segala hal yang
berkaitan berkaitan dengan p&p mahupun menguruskan hal-hal pentaksiran seperti ujian-ujian
penilaian dan sebagainya dalam matapelajaran Bahasa Melayu mahupun Bahasa inggeris yang
dijalankan secara berterusan di peringkat sekolah dalam usaha menjayakan MBMMBI ini. Untuk
program-program seperti ini guru bertindak sebagai pengurus, tutor, fasilitator dalam usaha
meningkatkan penguasaan kedua-dua bahasa ini.
Peranan guru amatlah penting bermula dengan membimbing kanak-kanak seawal usia 6
tahun lagi menguasai kemahiran 4M iaitu menulis, membaca, mengira dan menaakul sebelum
mereka akan menyertai pembelajaran bahasa secara formal dalam kurikulum KSSR. Kegagalan
pendidikan di peringkat awal ini menyebabkan berlakunya murid-murid buta huruf dan ini akan
mengakibatkan mereka akan ketinggalan jauh dalam menerokai ilmu bahasa dan juga matapelajaran
lain juga. Dengan itu, guru perlu mengukuhkan asas berbahasa murid-murid secara berstruktur dan
sistematik.
Tanggungjawab
utama
guru dalam menyebarkan
ilmu kepada
murid-murid
dalam kemahiran berbahasa iaitu merangkumi asas berbahasa pradengar, prabunyi, prabaca dan
pratulis. Guru harus membimbing murid-murid untuk menguasai asas kemahiran ini melalui modul
pengajaran dan pembelajaran yang menerapkan elemen yang menyeronokkan dalam seni bahasa.
Pengajaran dan pembelajaran tatabahasa juga harus dibimbing berasaskan sistem bahasa yang
betul dan dilakukan secara bersepadu dalam konteks . Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Malaysia guru perlu menyediakan suasana belajar yang lebih menyeronokkan dan menarik melalui
pelbagai kaedah dan strategi. Antara kaedah dan teknik mengajar bahasa ialah teknik main peranan,
teknik permainan bahasa, teknik latih tubi,teknik bercerita,teknik inkuiri,teknik perbahasan, teknik kuiz,
teknik sumbangsaran, teknik soal jawab, teknik simulasi, teknik drama, teknik perbincangan, teknik
forum dan teknik dialog. Dengan teknik-teknik ini bukan sahaja dapat menarik minat murid malah ia
dapat mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu murid-murid terhadap pelajaran
bahasa Melayu ini. Di sinilah guru perlu lebih kreatif dalam mengolah pengajaran dan pembelajaran
agar dapat menarik minat murid melibatkan diri secara aktif dalam menerokai ilmu tersebut. Guru
perlu bertindak mendidik dan membimbing murid mengenai kemahiran mendengar, bertutur,
membaca, menulis, tatabahasa dan seni bahasa. Untuk itu p&p boleh disulam dengan dengan aktiviti
penerokaan, pencarian maklumat, pelaporan dan penghasilan produk.

Selain itu, guru perlu mendidik murid-murid agar menggunakan bahasa Melayu dengan betul
terutama apabila berada di sekolah dan menggalakkan disamping mengadakan kampen peggunaan
bahasa Melayu baku di rumah atau di luar. Ini adalah untuk membiasakan murid-murid untuk
berbahasa dengan betul. Guru juga harus mendidik dan membentuk minat murid-murid dengan
menjadikan tabiat atau hobi suka membaca sebagai satu amalan. Ini kerana dapat menambah ilmu
pengetahuan dan membentuk pemikiran yang segar melalui budaya dan amalan membaca di
samping dapat meningkatkan lagi penguasaan bahasa murid-murid. Oleh itu guru perlulah
meneruskan dan menambahbaikkan lagi program bacaan seperti Komponen Sastera Dalam BM
(KOMSAS), Buku Sastera Sekolah Rendah, Bacaan Awal Berstruktur dan Program Bacaan NILAM
agar lebih dimanfaatkan oleh murid-murid.
Dalam memperkukuhkan bahasa Inggeris strategi kerajaan adalah dengan membuat
penambahan masa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris iaitu peruntukan waktu bagi SK
Tahap 1 dan Tahap 2 ditambah sebanyak 90 minit, manakala peruntukan waktu Bahasa Inggeris bagi
SJKC/T Tahap 1 ditambah sebanyak 60 minit dan Tahap 2 ditambah sebanyak 30 minit. Peruntukan
waktu Bahasa Inggeris bagi Tingkatan 1 hingga 6 ditambah sebanyak 80 minit dan untuk Malaysian
University English Test (MUET) untuk Tingkatan 6 ditambah sebanyak 80 minit. Peruntukan waktu
Bahasa Inggeris bagi Matrikulasi ditambah sebanyak 3 jam. Dengan penambahan ini lebih banyak
masa boleh digunakan oleh guru-guru dalam mendidik dan membimbing murid-murid dalam
memperkukuhkan lagi penguasaan bahasa Inggeris. Peranan guru sebagaipendidik dan penyampai
ilmu kepada murid-murid haruslah menitikberatkan pengukuhan penguasaan asas Bahasa Inggeris
dengan memberi penekanan kepadaPhonics di samping menerapkan elemen pembelajaran yang
menyeronokkan dalam modul Language Arts. Melalui Modul Language Arts guru boleh menekankan
aspek didik hibur dan apresiasi bahasa. Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris juga menggunakan
pendekatan modular. Setiap komponen kemahiran bahasa mempunyai modul p&p tersendiri dan p&p
tatabahasa akan diberi fokus dalam modul Grammar. Dengan itu, guru juga perlu mendidik murid
dengan memberi penekanan khusus tatabahasa dalam konteks diberi dalam modul tatabahasa.
Untuk itu pengajaran dan pembelajaran bahasa yang menarik dan efektif perlulah dirancang dengan
baik agar lebih berminat serta dapat memperkukuhkan lagi kemahiran berbahasa Inggeris dengan
betul.
Strategi kerajaan dalam menjayakan hasrat MBMMBI ini juga dengan menyediakan kurikulum
Bahasa Inggeris yang mengintegrasi elemen Matematik dan Sains melalui tema yang berkaitan dan
akan menumpukan kepada istilah atau kosa kata serta struktur ayat mata pelajaran berkenaan yang
perlu disampaikan oleh guru kepada murid-murid. Pengajaran Bahasa Inggeris melalui aktiviti
nyanyian, jazz chants, choral speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar juga adalah satu
lagi usahadan strategi dalam menjayakan MBMMBI ini. Peranan guru di sini bukan sahaja
sebagaipenyebar ilmu dan pembimbing murid-murid bahkan guru juga dapat membentuk dan
menerapkan nilai-nilai yang baik dalam aktiviti sebegini rupa, contohnya nilai kerjasama,
berkeyakinan tinggi, bersaing dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti seperti ini bukan sahaja dapat menarik
minat untuk belajar malah ramai bakat-bakat murid juga boleh dicungkil melalui aktiviti ini. Murid pasti
akan suka dan tidak bosan dengan aktiviti sedemikian rupa. Disamping menjadikan murid-murid
melibatkan diri secara aktif ia juga menjadikan pembelajaran lebih bermakna.
Untuk Bahan bacaan estetik seperti Sastera Kontemporari Kanak-kanak, bahan Bacaan Awal
Berstruktur dan Bacaan Ekstensif yang disediakan oleh kerajaan perlulah dimanfaatkan oleh guru
kepada murid-murid bagi mendedahkan murid kepada Bahasa Inggeris pelbagai genre. Di sini dapat
dilihat peranan guru dalam mendidik dan membimbing murid-murid sebagai pemudahcara dalam
menggunakan dan memanfaatkan bahan-bahan bacaan tersebut agar ia dapat digunakan dengan
sebaik mungkin. .
Dalam menjayakan MBMMBI guru sudah sewajarnya bertindak sebagai wira Peranan guru
amat penting dalam meningkatkan kemahiran komunikasi dan sosialisasi murid-murid untuk
perkembangan yang lebih sihat, berpandangan jauh ke hadapan, optimis dan berkeyakinan tinggi. Di
sekolah , guru perlulah memastikan bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di
kalangan murid-murid dengan rakan-rakannya yang pelbagai kaum dengan harmoni.Guru juga perlu
menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua agar penguasaan bahasa
tersebut dapat dipertingkatkan.
Di samping itu, Dengan penggunaan teknologi makluamat seperti perisian, e-mel, laman
sembang dan laman web dapat menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang bersifat interaktif
serta menghiburkan. Penyediaan portal perlu diwujudkan untuk menghimpunkan bahan penulisan
serta menyediakan forum bagi penggiat bahasa, para pendidik, sasterawan, pelajar serta pengguna
Bahasa Malaysia untuk berbincang, mengkaji dan mencari maklumat tentang Bahasa
Malaysia. Sinergi dalam kalangan guru amat penting untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan
tentang pengajaran dan pembelajaran yang terkini dan berkesa demi memastikan hasrat kementerian
kerajaan terhadap pelaksanaan MBMMBI tercapai
RUMUSAN
Kesimpulan kepada segala usaha yang dilaksankan oleh KPM dari segi pemartabatan Bahasa
Melayu dan Memperkasakan bahasa Inggeris, sebenarnya berasaskan kepada panduan belajar
bahasa di mana ia menuntut bahasa itu dipelajari setiap hari. Selain itu, program ini juga bertujuan
untuk membina asas yang kukuh dan mantap menentu dan menetapkan sasaran, menumpukan
kepada kepentingan penguasaan bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta tidak takut melakukan
kesilapan dan yang paling penting, keseronokan mempelajari bahasa Melayu. Guru ( Guna Untuk

Rakyat Umum ) adalah sebagai penggerak utama yang terlibat secara langsung dan berterusan
dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkasakan Bahasa Inggeris ini. Tanpa ada
usaha serta kesungguhan guru maka hasrat ini pasti akan terkubur. Oleh itu guru haruslah
bertanggung jawab sepenuhnya dengan melaksanakan peranannya sebagaipenyebar dan
penyalur ilmu, pembentuk dan pencorak nilai, agen sosialisasi , sebagai pendidik yang amanah
pakar rujuk, sebagai mentor , sebagai pengurus , sebagai pengamal ilmu dan guru juga sebagai
pengamal kemahiran professional dalam merealisasi hasrat MBMMBI ini.
Peranan guru dalam merealisasikan Dasar MBMMBI amat dituntut dan bukan hanya sekadar dasar
atau bersikap samba lewa seperti apa yang berlaku kepada Dasar PPSMI . Objektif kementerian
Pelajaran adalah untuk menghasilkan pelajar yang benar-benar fasih dan menguasai kedua-dua
bahasa tersebut dengan sebaik-baiknya , kerana genarasi yang pintar hari ini adalah merupakan aset
serta tunggak kejayaan Negara serta generasi hari muka.Maka Gurulah menjadi harapan bagi
memastikan pembentukan jati diri pelajar yang kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan
berpegang teguh kepada agama , nilai sejagat serta tidak gentar berdepan dengan cabaran . Pelajarpelajar akan menjadi warganegara yang berfikiran global serta tidak gentar menghadapi cabaran
serta mampu bersaing dengan kepesatan dan persaingan dunia luar hari ini dan masa depan..
Kecekapan dan keberkesanan peranan guru menerusi sistem pendidikan mampu membina negara
bangsa yang berjaya serta kental di samping menjadi bangsa yang gah di persada dunia.Guru-guru
perlu cekal memandang ke hadapan berlandaskan visi dan misi yang jelas serta kukuh demi
kebahagiaan kecemerlangan generasi akan datang di negara merdeka dan berdaulat ini. Negara
bangsa yang unggul mampu menghasilkan satu ketamadunan yangTeguh serta tidak mudah
diganggu gugat oleh anasir luar.
RUJUKAN

You might also like