You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

PANITIA FIZIK SMK BANDAR BARU UDA

DISEDIAKAN OLEH : CIK LIYANA BINTI MD ISHAK KETUA PANITIA FIZIK SMK BANDAR BARU UDA, JOHOR BAHRU

2|PROGRAM KLINIK FIZIK 2013 SMKBBU

1.0

PENGENALAN

Program Klinik Fizik ini merupakan program yang telah dirancang bagi menyahut kempen kerajaan dalam usaha untuk membantu pelajar-pelajar yang lemah dalam mata pelajaran Fizik. Panitia Fizik telah merancang pelbagai aktiviti yang bertujuan untuk memupuk minat pelajar sains tulen dalam mata pelajaran Fizik. Kecemerlangan pelajar kini merupakan kayu ukur kepada kecemerlangan pelajar pada masa hadapan. Justeru, penguasaan kemahiran belajar dan teknik menjawab yang betul mengikut kehendak soalan adalah pendekatan yang perlu diambil kira untuk memastikan kecemerlangan pelajar dapat dijana disamping pembinaan dalaman yang kuat juga harus diambil kira. Pembinaan dalaman ini termasuklah pembinaan keyakinan diri, mencari potensi diri dan melihat kekuatan dalam diri.

2.0

OBJEKTIF

Program ini bertujuan untuk : meningkatkan bilangan pelajar yang mencapai prestasi cemerlang dan mengurangkan peratus kegagalan pelajar dalam peperiksaan. memahami dan mengenalpasti kekuatan dan potensi diri melalui penguasaan dalam kemahiran belajar berkesan dan teknik menjawab soalan yang betul. Melatih pelajar menggunakan potensi diri semaksima mungkin untuk mencapai kecemerlangan dalam mata pelajaran Fizik. Membiasakan pelajar dengan soalan-soalan berformatkan SPM. Membincangkan tips-tips yang sesuai untuk mendepani dan menjawab soalan-soalan.

3.0

MATLAMAT

Meningkatkan peratus pencapaian lulus dalam subjek Fizik dan meningkatkan gred purata sekolah dalam peperiksaan SPM.

4.0

TEMPOH PELAKSANAAN

Program ini akan dilaksanakan pada bulan Jun hingga Oktober 2013

5.0

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan pelajar yang mendapat markah kurang daripada 50 dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013 yang terdiri daripada pelajar kelas 5ST.

2|PROGRAM KLINIK FIZIK 2013 SMKBBU

6.0

SUMBER TENAGA

Guru Fizik Tingkatan 4 dan 5

7.0

SENARAI BAHAN DAN ALATAN I. II. Modul/bahan edaran bercetak/ buku kerja Bahan audio visual P&P

8.0

AKTIVITI PROGRAM I. II. III. IV. Latihan intensif Bengkel teknik menjawab Kelas Tambahan Mentor-mentee

9.0

PENUTUP

Konklusinya, semoga program yang dijalankan ini mampu melahirkan generasi yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara serta mampu melahirkan masyarakat saintifik dan berdaya saing.

Disediakan oleh;

Disahkan oleh;

... ( CIK LIYANA BT MD ISHAK ) Ketua Panitia Fizik S.M.K. Bandar Baru Uda, Johor Bahru

(PN. RUSIAH BT ABD KADIR) Guru Kanan Sains dan Matematik S.M.K. Bandar Baru Uda, Johor Bahru

2|PROGRAM KLINIK FIZIK 2013 SMKBBU

2|PROGRAM KLINIK FIZIK 2013 SMKBBU

You might also like