You are on page 1of 30

i

ii

PEMBINAAN MODUL CANTUMAN BERMAKNA DALAM TOPIK PERSAMAAN KIMIA

RAFIDATUL BINTI SUIB

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011

iii

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah dengan limpah kurnia-Nya, hasil nukilan bagi Projek Sarjana Muda ini dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Segala rintangan dan dugaan yang terpaksa ditempuhi amat memberi pengajaran dan membina semangat serta keyakinan diri. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada Ketua Penyelaras Projek Sarjana Muda dalam memberi dorongan, bimbingan dan hala tuju. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Dr Johari bin Surif selaku penyelia yang tidak mungkin dapat dibalas sepenuhnya jasa beliau. Banyak ilmu yang telah dicurahkan dan segala bimbingan yang diberi telah membuatkan terhasilnya tesis ini. Seterusnya, terima kasih yang tidak terhingga kepada tenaga pengajar yang telah mencurahkan ilmu yang tidak terhingga banyaknya sejak mula berjinak-jinak dengan dunia Pendidikan sehinggalah dalam proses menjayakan Projek Sarjana Muda. Segala cadangan, komen dan kritikan membina telah membuka minda untuk mengeksplorasi apa yang belum diterokai. Tidak ketinggalan, kepada teman dan rakan-rakan yang sentiasa berada di belakang sebagai paksi di kala memerlukan pertolongan, berkongsi pendapat dan idea di dalam menyiapkan projek ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua. Sekian.

vi

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk membina sebuah modul pembelajaran iaitu Modul Cantuman Bermakna bagi tajuk persamaan kimia berasaskan kepada tiga kaedah pengajaran iaitu kaedah konstruktivisme, kaedah ekplorasi-penemuan dan kaedah memainkan peranan. Modul ini juga bertujuan membantu mengatasi masalah kerangka alternatif dan meningkatkan kemahiran matematik dalam kalangan pelajar dalam topik persamaan kimia. Instrumen yang digunakan untuk menilai modul ini adalah dengan menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A digunakan untuk menilai kesesuaian isi kandungan dan strategi pengajaran yang digunakan dalam modul. Manakala Bahagian B pula menyediakan ruang untuk guru memberikan ulasan dan cadangan berkaitan modul. Bagi menguji keberkesanan modul, tiga orang guru kimia di sebuah sekolah di Daerah Johor Bahru dipilih sebagai responden kajian. Data yang diperoleh daripada jawapan responden diproses dengan menggunakan perisian SPSS 11.0 yang melibatkan frekuensi dan peratusan. Daripada data yang dianalisis, didapati bahawa kesemua responden memberi pandangan yang positif mengenai Modul Cantuman Bermakna. Oleh itu, ia sesuai digunakan serta wajar digunakan di sekolah selain dapat memperkayakan lagi bahan rujukan para pelajar dalam bidang kimia. Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk memperbaiki modul agar lebih menarik dan berkesan.

vii

ABSTRACT

The purpose of this study is to build a teaching module called Modul Cantuman Bermakna on topic chemical equation that based on three teaching methods that involve method of constructivism, method of exploration-discovery, and role playing. This module also helps to overcome the problems of alternative frameworks and lack of mathematical skill among the students on the topic chemical equations. A questionnaire is the instrument that used to assess this module. A questionnaire is divided into two parts, part A and part B. Part A is used to assess the suitability of content and the teaching strategy had been use by this module. Then, part B is provides a space for respondent to give comments and suggestions to improve this module. Three chemistry teachers from one school in Johor Bahru had been choose as respondent to test the effectiveness of the module. The data that obtained from the respondents was processed by using SPSS 11.0 involving the frequency and percentage. From the data analyzed, it was found that all the respondent had give positive comment on the module. Therefore, the module is suitable and should be used in a school in addition to enriching the references for students in chemistry. Several suggestions have been made to improve the module to be more interesting and effective.

viii

SENARAI KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

HALAMAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACK SENARAI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN

ii iv v vi vii xii xiii xiv xv

BAB 1

PENDAHULUAN 1.1 1.2 Pengenalan Latar Belakang Kajian 1.2.1 Kesukaran Pelajar Menguasai Tajuk Persamaan Kimia 1.2.1.1 Kewujudan Kerangka Alternatif dalam Topik Persamaan Kimia 1.2.1.2 Kelemahan Kemahiran Matematik dalam Topik Persamaan Kimia 1.2.2 Strategi Mengatasi Kelemahan Pelajar

1 1 3

ix

dalam Topik Persamaan Kimia 1.2.2.1 Pendekatan Konstruktivism 1.2.2.2 Kaedah EksplorasiPenemuan 1.2.2.3 Kaedah Memainkan Peranan 1.2.3 Modul Pengajaran Berteraskan Strategi Pengajaran Berkesan untuk Mengatasi Kesukaran Pelajar Terhadap Topik Persamaan Kimia 1.3 1.4 1.5 1.6 Pernyataan Masalah Objektif Kajian Persoalan Kajian Kepentingan Kajian 1.6.1 1.6.2 1.7 1.8 Guru Pelajar

7 7

10

12 13 14 14 14 14 15 16 17

Batasan Kajian Definisi Operasional 1.8.1 Pendekatan, Kaedah atau Strategi Pengajaran 1.8.2 1.8.3 1.8.4 1.8.5 Pendekatan Konstruktivisme Kaedah Ekplorasi-penemuan Kaedah Memainkan Peranan Persamaan Kimia

17 18 19 19 20 20

1.9

Penutup

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

21

2.1 2.2

Pengenalan Kerangka Alternatif dalam Persamaan Kimia 2.2.1 Kerangka Alternatif dalam Menulis dan Menyeimbangkan Persamaan Kimia 2.2.2 Masalah Komunikasi dan Bahasa yang Digunakan

21

21

22

22

2.3

Masalah Kemahiran Matematik dalam Topik Persamaan Kimia 2.3.1 Masalah Pengetahuan dan Pengoperasian Matematik yang Terhad 2.3.2 Penggunaan Simbol Matematik dalam Persamaan Kmia 26 25 24

2.4

Strategi Pengajaran yang Berkesan untuk Menguasai Persamaan Kimia 2.4.1 2.4.2 2.4.3 Pendekatan Konstruktivisme Kaedah Ekplorasi-Penemuan Kaedah Memainkan Peranan 27 27 29 31 32

2.5

Penutup

xi

BAB 3

METODOLOGI

33

3.1 3.2

Pengenalan Reka Bentuk Kajian 3.2.1 Proses Pembangunan Modul Cantuman Bermakna 3.2.2 Modul Cantuman Bermakna 3.2.2.1 Pendekatan Konstruktivisme 3.2.2.2 Kaedah Eksplorasi-Penemuan 3.2.2.3 Kaedah Memainkan Peranan

33 33

34 34 36 39 40 42 43 43 45 45 45 46

3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 3.8 3.9

Responden Kajian Instrumen Kajian Tatacara Kajian Pemilihan Sampel Pengumpulan Data Andaian Penutup

xii

BAB 4

ANALISIS DATA

47

4.1 4.2

Pengenalan Bahagian A 4.2.1 4.2.2 Kesesuaian Isi Kandungan Strategi Pengajaran

47 48 48 51 54 58

4.3 4.4

Bahagian B Penutup

BAB 5

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

59

5.1 5.2

Pengenalan Perbincangan 5.2.1 5.2.2 5.2.3 Kesesuaian Isi Kandungan Strategi Pengajaran Peniliaian Umum

59 59 60 62 64 66 67 68 69 69 70

5.3 5.4

Rumusan Implikasi Kajian 5.4.1 5.4.2 Guru Pelajar

5.5 5.6

Cadangan Kajian Lanjutan Penutup

RUJUKAN LAMPIRAN A - D

71 78 - 100

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL 1.1 1.2 1.3 3.1 3.2 4.1 4.2 4.3

TAJUK

MUKA SURAT 8 10 11 37 38 48 51 54

Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham Prinsip-prinsip Kaedah Ekplorasi-Penemuan Prinsip-prinsip Kaedah Memainkan Peranan Bilangan Atom Bahan Tindak Balas Bilangan Atom Hasil Tindak Balas Isi Kandungan Modul Cantuman Bermakna Strategi pengajaran dalam Modul Cantuman Bermakna Item Penilaian Umum dan Hasil Jawapan Responden

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH 3.1 3.2 Nut dan Bolt

TAJUK

MUKA SURAT 39 44

Rangka Kerja Keseluruhan Kajian

xv

SENARAI SINGKATAN

UKM KBSM NCTM GSTK SPSS

Universiti Kebangsaan Malaysia Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah National Council of Teachers of Mathematics Gandaan Sepunya Terkecil Statistical Package for the Social Sciences

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

MUKA SURAT

A B C D

Set Soalan Kaji Selidik Set Jawapan Kaji Selidik Responden Surat Pengesahan Instrumen Kajian Surat Kebenaran Untuk Menjalankan Kajian Dari Kementerian Pelajaran Malaysia

78 83 96

98

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan Aspirasi negara yang diilhamkan oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahatdir Mohamad menggariskan wawasan menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020. Kemajuan ini merangkumi aspek kehidupan dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi dan kebudayaan. Wawasan 2020, turut menggariskan sembilan cabaran strategik yang perlu dihadapi untuk mencapai matlamat ini. Salah satu cabaran tersebut ialah kemajuan sains dan teknologi iaitu cabaran yang keenam di antara sembilan cabaran yang disenaraikan. Bagi mencapai hasrat tersebut Malaysia mesti mempunyai keupayaan untuk memaju dan menyelaraskan sumbersumber sains dan teknologi yang ada dalam negara seterusnya menjadikan Malaysia sebuah masyarakat yang berasaskan sains dan progresif, iaitu satu masyarakat yang berdaya cipta dan berpandangan jauh, sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi masa kini tetapi turut menjadi penyumbang kepada kemajuan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan. Matlamat meningkatkan keupayaan sains dan teknologi ini juga bertujuan untuk membentuk satu ekonomi yang cekap teknologinya serta mampu melakukan penyesuaian pembaharuan dan pelaburan yang berteknologi intensif dan bergerak ke arah penggunaan teknologi yang canggih (Mahathir, 1991)

Bagi mendorong Wawasan 2020 kerajaan yang berusaha melahirkan komuniti sekolah yang celik sains bagi memastikan pembentukan masyarakat saintifik dan progresif iaitu masyarakat yang mempunyai daya perubahan yang tinggi dan berpandangan ke hadapan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi merupakan penyumbang kepada tamadun negara. Komuniti sekolah yang celik sains akan diperoleh melalui penglibatan pelajar dalam mengkaji tentang sains dan teknologi. Oleh itu, penanaman minat pelajar terhadap sains dan teknologi perlu di pupuk sejak di peringkat sekolah rendah lagi (Masrita, 2004). Selain itu, sains dan teknologi, kerajaan pada bulan April 1986 telah mengumumkan Dasar Sains dan Teknologi Negara. Dasar Sains dan Teknologi Negara yang bertujuan untuk menggalakkan penggunaan sains dan teknologi sebagai satu alat untuk pembangunan ekonomi, membaiki kedudukan fizikal dan kesejahteraan rakyat dan untuk melindungi kedaulatan negara, yang merupakan sebahagian daripada dasar pembangunan sosio ekonomi negara bagi merealisasikan wawasan negara. Dasar Sains dan Teknologi Negara turut memberi fokus kepada usaha-usaha meningkatkan keupayaan berdikari dalam bidang saintifik dan teknologi untuk membantu aktiviti ekonomi dengan cara mewujudkan suasana yang baik untuk menggalakkan penciptaan saintifik dan memperbaiki infrastruktur dalam bidang saintifik, pelajaran dan lain-lain bidang yang berkaitan (Dasar Sains dan Teknologi, 2008).

Matlamat kurikulum baru adalah untuk mengembangkan minat murid terhadap sains dan teknologi dan memberi asas pengetahuan dan kemahiran sains dan teknologi. Justeru itu, sains dijadikan mata pelajaran wajib dalam kurikulum di Malaysia. Manakala mata pelajaran kimia adalah salah satu contoh mata pelajaran yang penting dalam pendidikan sains.

1.2 Latar Belakang Kajian Pendidikan kimia merupakan satu bidang keilmuan yang dinamik dan banyak menyumbang ke arah pembangunan masyarakat dan negara. Perkataan kimia berasal daripada perkataan Arab iatu al-kimiya. Seorang tokoh sains yang berbangsa Inggeris iaitu Robert Boyle (1627-1691) telah dianggap sebagai peneraju kimia moden. Kimia merupakan salah satu cabang ilmu dalam bidang sains yang mengkaji pelbagai bahan yang terdapat dalam alam semesta serta perubahan yang berlaku terhadap bahan-bahan tersebut apabila saling berinteraksi antara satu dengan yang lain (Buni Sunade et al., 2001). Justeru, ilmu kimia merangkumi suatu lapangan kajian yang amat luas, daripada mengkaji zarah-zarah asas dalam suatu bahan sehinggalah kepada saling tindak antara bahan-bahan tersebut untuk menghasilkan bahan yang baru. Mata pelajaran ini diperkenalkan kepada pelajar-pelajar aliran sains peringkat menengah atas iaitu tingkatan 4, 5 dan 6 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Tujuannya adalah untuk melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan serta kemahiran yang mampan dalam bidang kimia dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ini berdasarkan sikap saintifik dan nilai-nilai murni untuk menyelesaikan masalah serta membuat keputusan dalam kehidupan seharian (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1994).

Dalam kimia, pelajar perlu mempelajari fakta, konsep, teori, pengiraan dan sebagainya yang berkaitan antara satu sama lain. Salah satu topik penting dalam mata pelajaran kimia ialah persamaan kimia. Persamaan kimia merupakan asas untuk mempelajari topik jadual berkala unsur dan memerlukan penguasaan konsep yang tepat dan melibatkan pelbagai kemahiran untuk menguasainya termasuklah aspek matematik. Pengkonsepan tidak tepat dan kemahiran matematik yang tidak kukuh dalam topik ini akan mengganggu pemahaman pelajar, seterusnya mengurangkan minat mereka untuk mempelajari kimia. Jika kelemahan pelajar ini diabaikan tanpa ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan mereka akan terus kekal sehingga dibawa dalam kehidupan bermasyarakat (Ki, 2006).

Merujuk kepada Johnstone (1991), kedudukan bagi tajuk persamaan kimia terdapat di dalam salah satu peringkat yang dikenali sebagai Segitiga Kimia yang dikemukakan oleh beliau. Dalam mata pelajaran kimia, terdapat tiga peringkat iaitu makroskopik, mikroskopik dan simbol. Peringkat makroskopik merupakan peringkat konkrit yang sama dengan mencerap objek, tentang sifatnya dan tempoh yang digunakan untuk menjelaskannya. Peringkat mikroskopik pula melibatkan konsep, teori dan prinsip yang memerlukan penerangan dengan apa yang dapat diperhatikan pada peringkat makroskopik. Manakala peringkat simbol melibatkan formula dan pengiraan matematik. Kajian lepas menunjukkan bahawa pelajar amat sukar dengan peringkat mikroskopik dan menghadapi banyak masalah dalam konsep sains (Garnet et al, 1995; Nakhleh, 1992).

1.2.1

Kesukaran Pelajar Menguasai Tajuk Persamaan Kimia Kesukaran pelajar menguasai tajuk persamaan kimia disebabkan oleh kewujudan

kerangka alternatif dalam topik ini dan kelemahan pelajar menguasai kemahiran matematik. Kajian yang dijalankan ke atas pelajar dari Universiti Afrika Selatan menunjukkan bahawa pelajar menghadapi masalah menulis dan mengimbangkan persamaan kimia, membezakan antara bahan tindak balas dan hasil tindak balas serta menyelesaikan masalah penghitungan berkaitan dengan persamaan kimia (Huddle dan Pillay, 1996).

1.2.1.1 Kewujudan Kerangka Alternatif dalam Topik Persamaan Kimia Merujuk kepada peringkat yang telah di kemukakan jelaslah menunjukkan bahawa persamaan kimia banyak melibatkan penguasaan konsep pada awal mikrokospik iaitu peringkat yang paling sukar untuk di fahami oleh pelajar iaitu berkaitan dengan konsep. Apabila disebut tentang konsep, kajian dalam pendidikan sains pada tiga dekad

yang lepas menyatakan bahawa pelajar mempunyai idea dan pemikiran yang berbezabeza dengan idea sains. Berdasarkan kajian Abdul Rashid (1994), iaitu kajian mengenai kerangka alternatif terhadap beberapa asas kimia sperti tajuk stoikiometri, keseimbangan kimia dan ikatan kovalen di kalangan pelajar sains sesi 1996/1997 di UKM. Beliau mendapati majoriti pelajar mempunyai kerangka alternatif dalam keseimbangan kimia. Kebanyakkan pelajar gagal dan amat sukar untuk memahami konsep keseimbangan kimia dengan betul. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa pelajar telah membentuk kerangka alternatif iaitu idea-idea yang bercanggah dengan konsepsi atau penerangan saintifik sebelum guru mula mengajar. Kerangka alternatif yang dimiliki oleh pelajar seringkali bercanggah dengan konsep sains dan ia melambatkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Kerangka alternatif seringkali menyebabkan pelajar gagal menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan konsep tersebut. Pelajar menghadapi masalah dalam memahami suatu konsep kerana kerangka alternatif ini akan mengganggu idea saintifik yang mereka pelajari dalam kelas. Akibatnya, pelajar lebih gemar menghafal konsep tanpa memahaminya. Pelajar juga tidak dapat mengaitkan sesuatu pengetahuan baru dengan idea-idea sedia ada mereka dan seterusnya diserap untuk dijadikan sebahagian daripada pegangan yang kuat dalam minda (Aziz dan Hasnah, 1990). Sejak lebih dua dekad yang lalu, kerangka alternatif di kalangan pelajar terhadap konsep-konsep sains telah menarik minat dan tumpuan ramai penyelidik. Penyelidikan menunjukkan bahawa pandangan para pelajar mengenai fenomena sains adalah jauh berbeza daripada pandangan sebenar dan pandangan seperti ini sukar sekali diubah (Driver et al., 1985; Halloun dan Hestenes, 1985). Apabila konsep yang disampaikan kepada pelajar bercanggah dengan idea yang telah sedia terbentuk melalui pengalaman seharian mereka, konsep tersebut sukar difahami dan ini akan menjejaskan minat, motivasi dan pelajar menjadi bosan serta tidak berkecenderungan untuk mencapai kecemerlangan.

Ramai pakar dalam bidang pendidikan kimia, khususnya di Eropah, telah menjalankan pelbagai penyelidikan demi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran kimia. Hasil penyelidikan mendapati bahawa masalah kerangka alternatif ini memang memberi kesan terhadap pencapaian pelajar dalam pembelajaran kimia (Sanger dan Greenbowe, 1997; Anderson dan Michner, 1994).

1.2.1.2 Kelemahan Kemahiran Matematik dalam Topik Persamaan Kimia Menurut kajian Nor Jihan (2003), berdasarkan penyelidikan dalam kalangan guru-guru di sekolah yang berpengalaman menanda kertas-kertas ujian kimia pelajar peringkat sekolah, beliau mendapati ramai pelajar tidak mahir menulis persamaan kimia dan menyeimbangkan persamaan kimia. Menurut beliau lagi, kebolehan menulis persamaan kimia sangat penting kerana ia merupakan satu kriteria soalan dalam topik kimia. Untuk membolehkan seseorang pelajar itu menulis persamaan kimia dengan tepat dan betul, pelajar tersebut hendaklah menguasai kedua-dua kemahiran pemahaman konsep kimia dan kemahiran dalam bidang matematik. Matematik dianggap penting dalam dunia tetapi dalam topik persamaan kimia, penggunaan matematik secara mekanikal tanpa logik tidak akan membantu menyelesaikan masalah kerana kelemahan pelajar dalam kemahiran matematik dalam mata pelajaran kimia. Dalam mempelajari kimia, kemahiran tertentu matematik adalah perlu disebabkan kebanyakan ciri-ciri asas kimia adalah melibatkan nombor, simbol, perkaitan dan persamaan-persamaan (Nor Hamsiah, 1991).

Kemahiran matematik juga memainkan peranan yang penting kerana menurut kajian Abu Hassan (1998) menunjukkan bahawa ciri-ciri asas kimia adalah melibatkan konsep asas matematik termasuk nombor, simbol, formula dan persamaan. Walau bagaimanapun, seseorang yang tidak dapat membuat perkaitan diantara kimia dan matematik akan menghadapi masalah dalam penyelesaian masalah. Menurut Selvaratnam dan Fraser (1982), penyelesaian masalah adalah satu keadaan apabila

seseorang itu mempunyai satu arah yang hendak dicapai tetapi jalan penyelesaian menghadapi jalan buntu.

Justeru, strategi pengajaran yang berkesan perlu dibina dan diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kimia untuk membantu pelajar menguasai topik persamaan kimia.

1.2.2

Strategi Mengatasi Kelemahan Pelajar dalam Topik Persamaan Kimia Masalah kerangka alternatif dan kelemahan dalam kemahiran matematik yang

berlaku di kalangan pelajar dapat dikurangkan sekiranya perlaksanaan perancangan proses pengajaran dan pembelajaran mengambil kira usaha untuk mengatasi masalah ini. Guru mesti menyedari bahawa pengajaran sepatutnya menjadi berkesan bagi memperbaiki kerangka alternatif pelajar dan mengukuhkan kemahiran matematik berkait dengan konsep yang dipelajari. Ia perlu disokong melalui strategi pengajaran yang berkesan untuk membantu pembelajaran pelajar. Pelbagai strategi dan pendekatan pengajaran boleh digunakan untuk mengatasi masalah dalam menyeimbang persamaan kimia ini seperti pendekatan konstruktivisme, kaedah ekplorasi-penemuan dan kaedah memainkan peranan.

1.2.2.1 Pendekatan Konstruktivisme Guru-guru seharusnya memberi penekanan terhadap penglibatan aktif pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penekanan ini sejajar dengan pandangan konstruktivisme yang menerangkan bagaimana pelajar membina makna dalam proses mendapatkan ilmu pengetahuan dan kepentingan pelajaran sains. Pembelajaran dari perspekif konstruktivisme dilihat sebagai satu proses yang melibatkan pelajar membina makna secara aktif daripada pengalaman yang dilaluinya dan bersangkutan dengan

pengetahuan sedia ada serta dalam kontek sosial (Driver et al., 1994). Guru-guru sedar bahawa pelajar mempunyai pengetahuan sedia ada atau kerangka kefahaman alternatif dalam situasi pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, perselisihan antara perkara yang diajar dengan yang dipelajari menunjukkan adalah penting bagi mengambil kira ekologi konsep pelajar. Bagi membolehkan pelajar faham, guru-guru perlu mencungkil pengetahuan sedia ada pelajar dan membina kefahaman berdasarkan pengetahuan sedia ada ini (Zurida et al., 2005) Dalam pendekatan konstruktivisme terdapat pelbagai model yang diterbitkan oleh pelopor teori konstruktivisme seperti Piaget (1970), Brunner (1996), Dewey (1938) dan Ausubel (1963). Namun begitu, kajian ini hanya menggunakan model Konstruktivisme Lima Fasa Needham yang telah dihasilkan oleh Needham di United Kingdom pada tahun 1987. Needham telah mencadangkan model pengajaran dan pembelajaran ini dalam "Children's Learning in Science Project" di University of Leeds untuk meningkatkan pemahaman pelajar tentang sesuatu konsep sains serta menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam bilik darjah. Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada lima fasa iaitu orientasi, pencetusan idea, penstrukturan semula idea, aplikasi idea dan refleksi.

Jadual 1.1: Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham

Fasa Fasa orientasi

Huraian Fasa oreintasi ini bertujuan untuk menarik perhatian dan minat pelajar serta memotivasikan murid agar mereka terus berminat dalam pengajaran yang diberikan.

Fasa Pencetus Idea

Dalam fasa ini guru-guru mengenalpasti kerangka alternatif pelajar dengan menjalankan soal jawab yang mendorong pemikiran kreatif para pelajar.

Fasa Pembentukan Fasa penstrukturan semula idea adalah bertujuan mengubah suai Semula Idea Fasa Aplikasi Idea idea dahulu melalui perbandingan dengan idea saintifik. Fasa ini bertujuan mengenalpasti idea yang baru diubahsuai atau dibina semasa fasa penstrukturan semula idea dapat digunakan dalam situasi yang baru. Fasa Refleksi Tujuan fasa ini adalah untuk menilai sama ada idea terdahulu pelajar telah berubah. Antara aktiviti yang dilakukan ialah penyoalan secara refleksi.

1.2.2.2 Kaedah Eksplorasi-Penemuan Pendekatan eksplorasi-penemuan menekankan pembelajaran melalui

pengalaman. Ekplorasi-penemuan bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di persekitaran. Penemuan merupakan hasil ekplorasi-penemuan. Pembelajaran secara ekplorasi-penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip sains disiasat dan ditemui oleh pelajar sendiri. Sains sebagai ekplorasipenemuan mementingkan pelajar mempelajari kemahiran proses sains seperti pemerhatian, membuat inferens dan mengeksperimen. Guru sains perlu melibatkan pelajar dalam ekplorasi-penemuan dengan memberi peluang kepada mereka untuk menyoal, menerang kejadian, menguji idea sedia ada dan berkomunikasi apa yang dipelajari. Menurut Jerome Bruner (1960), model yang didasarkan pada kaedah pembelajaran berasaskan penemuan adalah: a) Model penemuan terbimbing, b) Model pembelajaran berasaskan masalah, c) Model pembelajaran berasaskan simulasi, d) Model pembelajaran berasaskan kes dan

10

e) Model pembelajaran sampingan. Dalam kajian ini model penemuan terbimbing digunakan bagi melaksanakan pembelajaran berasaskan kaedah ekplorasi-penemuan ini. Dalam model penemuan terbimbing ini, guru menyediakan masalah dan murid akan menentukan proses dan penyelesaiannya. Masalah yang menggalakkan pemikiran murid dan menumpu kepada penemuan sangat penting untuk menjayakan pengajaran dan pembelajaran sains yang berkesan (Dantonio, 1987).

Jadual 1.2 Prinsip-prinsip Kaedah Ekplorasi-Penemuan

Tahap Berbincang

Huraian Pada tahap ini guru kepada pelajar untuk mananggani permasalahan berkaitan persamaan kimia. Ia bertujuan untuk mengungkap konsep awal pelajar tentang bahan yang akan dipelajari.

Proses

Pada tahap ini pelajar mengadakan aktiviti ekplorasi sesuai dengan petunjuk yang terdapat dalam lembaran kerja.

Pemecahan Masalah

Setelah mengadakan aktiviti ekplorasi, pelajar diminta untuk membandingkan hasil perbincangan sebelum aktiviti ekplorasi dengan hasil penemuan setelah ekplorasi sehingga menemukan konsep yang betul-betul sesuai dengan masalah yang ingin dipecahkan.

1.2.2.3 Kaedah Memainkan Peranan Kaedah berperanan adalah salah satu situasi pengajaran dan pembelajaran dalam keadaan yang terkawal dan sengaja diwujudkan situasi yang sebenar bagi menyelesaikan permasalahan dalam sesuatu topik. Kaedah berperanan ini digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi memberi latihan pada pelajar supaya mampu melakukan lakonan dengan cara yang sistematik, terkawal dan teratur supaya satu-satu

11

isu ataupun permasalahan yang timbul dalam pembelajaran dapat diselesaikan (Tengku Sarina dan Yusmin, 2006). a) Merupakan satu pembelajaran melalui pengalaman. Pelajar belajar daripada kesilapan dan berpeluang untuk meningkatkan diri dalam situasi yang berikutnya. b) Dalam kaedah ini peranan pelajar agak luas, kerana pelajar bukan sahaja dikehendaki memegang peranan sebagaimana yang ditentukan tetapi mereka perlu berbincang dan memberi sumbangan kepada pelajar-pelajar lain bagi membuat keputusan. c) Pelajar dikehendaki berinteraksi secara dinamis dalam sistem yang berkaitan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. d) Tujuan kaedah ini adalah membolehkan pelajar menggunakan bahasa dengan lebih berfungsi dan memberi pelajar peluang berinteraksi dan berkomunikasi dengan berkesan. e) Kebaikan teknik ini adalah membolehkan pelajar berbincang dan berfikir secara kreatif, analisis dan kritis. Empat tahap dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah memainkan peranan iaitu arahan, interaksi, forum dan soal jawab.

Jadual 1.3 Prinsip-prinsip Kaedah Memainkan Peranan (Kanokwan & Zoe, 2006) Fasa Arahan Huraian Memberikan kesempatan kepada pelajar untuk membiasakan diri dengan memainkan peranan, memilih watak dan mempersiapkan peranan mereka dengan melakukan kajian dan membaca tentang situasi serta watak yang mereka akan mainkan. Interaksi Pelajar akan melakonkan watak mereka manakala pelajar-pelajar lain

12

mempunyai kepentingan lain untuk mencapai agenda mereka seperti membuat rumusan, membuat keputusan dan memberi komen. Forum Memberikan kesempatan bagi semua pemain untuk berunding dan cuba menyelesaikan masalah di tangan. Soal jawab Banyak masa harus diperuntukkan untuk tahap ini kerana ia merupakan elemen yang paling penting dari kaedah memainkan peranan. Mempertimbangkan tujuan pembelajaran dan penyataan masalah yang dikemukakan.

Justeru itu, pembinaan modul pengajaran berteraskan strategi pengajaran berkesan adalah penting untuk mengatasi masalah kerangka alternatif dan kelemahan dalam kemahiran matematik di kalangan pelajar dalam topik persamaan kimia ini

1.2.3

Modul Pengajaran Berteraskan Strategi Pengajaran Berkesan untuk Mengatasi Kesukaran Pelajar Terhadap Topik Persamaan Kimia Kajian ini cuba memperkenalkan modul pengajaran guru sebagai bagi

menyokong proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran kimia dalam tajuk persamaan kimia. Ia bertujuan untuk mengatasi kesukaran pelajar dalam memahami konsep dalam topik persamaan kimia dan seterusnya membolehkan para pelajar menyeimbangkan persamaan kimia dengan betul. Selain itu, kajian ini juga berusaha untuk mengetahui persepsi guru terhadap penghasilan modul pengajaran guru ini bagi menyokong proses pengajaran mereka. Keseluruhannya, modul pengajaran ini yang dibina berdasarkan tiga pendekatan utama iaitu pendekatan konstruktivisme, kaedah eksplorasi-penemuan dan kaedah memaikan peranan diharapkan dapat mengatasi kerangka alternatif dan kelemahan dalam kemahiran matematik untuk menyokong proses pengajaran persamaan kimia dengan berkesan.

13

1.3 Pernyataan Masalah Persamaan kimia adalah salah satu subtopik yang terkandung di dalam Sukatan Pelajaran Kimia KBSM. Menulis persamaan kimia yang seimbang dan betul merupakan salah satu kemahiran penting dalam menguasai topik ini. Ramai pelajar beranggapan bahawa menulis persamaan kimia yang seimbang adalah satu perkara yang sukar difahami. Persamaan kimia juga perlu mematuhi peraturan-peraturan berasaskan Hukum Keabadian Jisim yang menyatakan bilangan atom sebelum tindak balas adalah sama dengan bilangan atom selepas tindak balas. Banyak hasil kajian menunjukkan bahawa empat topik kimia yang paling sukar dipelajari di sekolah menengah adalah persamaan kimia, konsep mol, stoikiometri tindak balas serta pengoksidaan dan penurunan (Hackling dan Garnett et al., 1985). Antara 4 topik ini, konsep persamaan kimia adalah yang paling susah dikuasai (Huddle dan Pillay et al., 1996) kerana topik ini agak abstrak dan jauh daripada kehidupan seharian (Bergquist & Heikkinen et al., 1990). Kajian yang dijalankan ke atas pelajar dari Universiti Afrika Selatan menunjukkan bahawa pelajar memang menghadapi masalah menulis dan mengimbangkan persamaan kimia, membezakan antara bahan tindak balas dan hasil tindak balas serta menyelesaikan masalah penghitungan berkaitan dengan persamaan kimia (Huddle dan Pillay et al., 1996). Banyak kajian yang dijalankan mendapati permasalahan ini dapat diatasi dengan menggunakan strategi pengajaran yang berkesan. Strategi pengajaran ini berupaya untuk mengatasi masalah pemahaman pelajar dan memperbaiki penggunaan kemahiran matematik dalam persamaan kimia. Antara pendekatan yang berkesan ini ialah pendekatan konstruktivisme, pendekatan eksplorasi-penemuan dan kaedah memainkan peranan. Sehubungan itu, ketiga-tiga pendekatan pengajaran ini

digabungkan bagi membina satu modul pengajaran iaitu Modul Cantuman Bermakna dalam usaha untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam topik persamaan kimia.

14

1.4 Objektif Kajian Kajian ini dijalankan untuk: 1.4.1 1.4.2 Menghasilkan Modul Cantuman Bermakna dalam tajuk persamaan kimia. Mengenalpasti persepsi guru terhadap keberkesanan Modul Cantuman Bermakna bagi menyokong proses pengajaran dalam tajuk persamaan kimia.

1.5 Persoalan Kajian Berdasarkan kepada objektif kajian, beberapa persoalan kajian telah dikenalpasti iaitu: 1.5.1 1.5.2 Apakah modul yang dihasilkan dalam tajuk persamaan kimia? Sejauh manakah persepsi guru terhadap keberkesanan Modul Cantuman Bermakna bagi menyokong proses pengajaran dalam tajuk persamaan kimia?

1.6 Kepentingan Kajian Hasil modul ini akan digunakan untuk membantu:

1.6.1

Guru Modul ini penting untuk membantu dan memudahkan guru-guru dalam proses

pengajaran dan pembelajaran dalam tajuk persamaan kimia. Modul ini dapat memberi idea kepada guru-guru untuk mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam kelas. Pengajaran guru perlu di sampaikan dengan kaedah yang pelbagai, bersesuaian dengan diri pelajar. Gaya seseorang pelajar belajar adalah berbeza dengan gaya seseorang pelajar yang lain. Oleh itu, guru perlu terlebih dahulu memahami gaya pembelajaran pelajar sebelum menentukan kaedah pengajaran yang akan

You might also like