You are on page 1of 8

SGDP 4043 ACTION RESEARCH IN EDUCATION

FIRST TRIMESTER SESSION 2022/2023 (A221)

ARTICLE REVIEW

Submitted to:

DR. SAHARAH ABDULLAH

Prepared by:

MATRIC. NO. NAME

1 831034 MUHAMAD ADNAN BIN ZULKANAI

Submitted date:

20/10/2022
1

ISI KANDUNGAN
1.0- RINGKASAN ......................................................................................................................... 2
2.0- KRITIKAN............................................................................................................................. 3
2.1- Kekuatan Kajian ............................................................................................................ 3
2.2- Kelemahan Kajian .......................................................................................................... 4
3.0- RELEVEN KAJIAN TERHADAP KONTEKS PENGAJARAN ..................................... 5
4.0 -KESIMPULAN ...................................................................................................................... 6
5.0- RUJUKAN .............................................................................................................................. 7
2

Tajuk : Keberkesanan Penggunaan Teknik Pecahan Smiley Face Dalam Tajuk


Pecahan Bagi Murid Tahun 5
Pengarang : Guganeswaran Anandaram, Siti Mistima Maat
Jurnal : Jurnal Dunia Pendidikan

1.0- RINGKASAN

Berpandukan artikel yang ditulis Guganeswaran Anandaram dan Siti Mistima Maat yang
bertajuk ‘Keberkesanan Penggunaan Teknik Pecahan Smiley Face Dalam Tajuk Pecahan Bagi
Murid Tahun 5’ terdapat beberapa perkara yang boleh dibahas. Antaranya dari isu yang
dibentangkan, kaedah kajian, penulisan dan hasil kajian.

Artikel ini membincang satu kaedah bagi membantu murid Tahun 5 lebih memahami mengenai
cara menyelesaikan operasi tambah dan tolak di dalam topik pecahan. Kaedah ataupun teknik
yang digunakan oleh pengkaji adalah dengan menggunakan teknik Smiley Face. Di dalam
pernyataan masalah, pengkaji menyatakan bahawa murid menghadapi masalah untuk
mengambarkan cara penyelesaian soalan pecahan secara visual. Dinyatakan juga, kesalahan yang
sering dilakukan oleh murid adalah ketika menukar penyebut di dalam soalan pecahan dan
hasilnya murid memberi jawapan yang salah. Pernyataan masalah yang dinyatakan oleh pengkaji
disokong oleh hasil kajian lepas.

Di samping itu, pengkaji juga mengaplikasikan reka bentuk kajian tindakan bagi melaksanakan
kajian ini. Model penyelidikan kajian tindakan yang dilaksanakan pengkaji ini adalah
berpandukan model Kemmis dan Mac Taggart (1988). Melalui reka bentuk kajian tindakan ini,
pengkaji berjaya mengatasi ancaman kepada kesahan dalaman dan kesahan luaran. Di dalam
artikel ini juga pengkaji telah merumuskan beberapa faktor kesahan dalaman yang didapati
melalui kajian ini dan cara mengadapinya.
3

Kajian ini diadakan di salah sebuah rendah di daerah Kota Tinggi. Untuk menjalankan intervensi
bagi kajian ini, pengkaji telah melakukan pensampelan bertujuan bagi memilih beberapa orang
murid dari Tahun 5. Hasil daripada itu, pengkaji telah memilih 10 orang murid dari Tahun 5.
Pengkaji telah melaksanakan ujian pra dan ujian pasca sebagai instrument kajian ini bagi menilai
tahap kefahaman murid darjah 5 mengenai operasi tambah dan tolak di dalam topik pecahan.

Dapatan daripada kajian ini, pengkaji merumuskan bahawa pelaksanaan intervensi teknik Smiley
Face berjaya membantu murid dalam pemahaman menyelesaikan operasi tambah dan tolak di
dalam topik pecahan. Hasil kajian ini terbukti apabila terdapat peningkatan di dalam keputusan
ujian pasca yang dijawab oleh peserta kajian. Akhir sekali, pengkaji menyarankan agar teknik
Smiley Face dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah bagi meningkatkan kefahaman pelajar
di dalam topik pecahan.

2.0- KRITIKAN

2.1- Kekuatan Kajian

Berdasarkan artikel yang ditulis Guganeswaran Anandaram dan Siti Mistima Maat ini, terdapat
beberapa aspek yang boleh kita huraikan untuk mengenalpasti kekuatan bagi kajian ini. Aspek
yang pertama yang boleh kita lihat adalah dari isu yang diutarakan oleh pengkaji iaitu murid
sukar untuk menyelesaikan masalah dalam menyelesaikan masalah operasi pecahan melalui
kaedah gambaran secara visual. Kaedah visualisasi adalah satu kaedah di mana individu tersebut
menghubungkan konstruk dalaman dengan persekitarannya (Gavita Kanapathy, 2016). Menurut
Khairul Anuar dan Norazrena (2011), murid yang lemah akan lebih berminat untuk menerokai
proses pembelajaran dengan menggunakan elemen multimedia dan visual. Di dalam kajian-
kajian lepas yang telah dilaksanakan pengkaji yang lain, mereka banyak menyatakan
kepentingan penerapan kaedah visualisasi di dalam pembelajaran matapelajaran Matematik.
Hasil daripada kajian yang dilakukan oleh Gavita Kanapathy (2016), tahap kefahaman murid
terhadap arahan soalan Matematik dapat ditingkatkan dengan menggunakan kaedah visualisasi.
Isu yang diutarakan oleh pengkaji dilihat sangat penting disebabkan masalah ini sering terjadi di
kalangan pelajar.
4

Aspek kedua yang menadi hujahan untuk kekuatan kajian ini adalah dari segi penggunaan model
kajian tindakan. Pengkaji telah memilih model Kemmis dan McTaggart (1988). Terdapat empat
elemen yang terkandung di dalam model ini iaitu, mereflek, merancang, bertindak dan
memerhati. Menurut Dr. Soon Seng Thah (2007) penggunaan model kajian tindakan Kemmis
dan McTaggart (1988) adalah relevan di dalam mengendalikan kajian tindakan amalan terhadap
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Akhir sekali, hasil daripada kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji mendapati bahawa
penggunaan kaedah Smiley Face di dalam menyelesaikan masalah operasi tambah dan tolak
dalam topik pecahan dapat meningkatkan kemahiran murid dalam menjawab soalan pecahan
dengan tepat. Di samping itu, melalui kaedah ini juga pengkaji mendapati bahawa pencapaian
murid dalam topik pecahan tambah dan tolak menunjukkan satu perubahan yang positif. Hasil
dapatan kajian ini membuktikan pengkaji berjaya menjawab segala persoalan yang ditimbulkan
pada fasa awal kajian.

Sebagai rumusan, pengkaji telah melakukan satu kajian yang utuh dengan merujuk daripada
kajian-kajian yang lepas dan maklumat yang diperolehi adalah dari sumber yang sahih. Melalui
hasil kajian yang dinyatakan pengkaji, kaedah Smiley Face diyakini dapat diaplikasikan oleh
guru-guru terhadap murid-murid mereka.

2.2- Kelemahan Kajian

Antara kelemahan yang terdapat di dalam artikel ini adalah dari segi penulisan. Terdapat
beberapa kesalahan pada ejaan yang dikarang oleh pengkaji. Sebagai contoh, pengkaji telah
menulis ‘pendarapan’ di mana ejaan yang sepatutnya adalah ‘pendaraban’. Selain itu, pengkaji
juga telah menulis perkataan ‘diaplikasikan’ dengan menjarakkan perkataan diaplikasi dengan
kan yang menjadikan perkataan tersebut ‘diaplikasi kan’. Menurut Sisilia (2016), kalimat dan
ejaan menjadi salah satu syarat penting yang perlu diambil perhatian oleh pihak yang mengarang
jurnal.

Kelemahan yang seterusnya adalah pengkaji hanya menggunakan pendekatan kualitatif di dalam
melaksanakan kajian ini. Pendekatan kualitatif adalah satu pendekatan yang mengambilkira
5

kaedah pengukuran melalui pengumpualan data secara numerik dan hasilnya dapat meramal
tingkah laku. Namun pendekatan kualitatif perlu diambil kira di dalam melaksanakan kajian
kerana pengkaji akan lebih memahami segala proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih
terperinci dan dapat membantu pengkaji melakukan refleksi dengan lebih baik (Dr. Song Seng
Thah, 2007).

Berdasarkan hujahan di atas, kelemahan yang terdapat di dalam kajian ini tidaklah menjadikan
kajian ini tidak relevan. Namun, kajian ini dapat diutuhkan lagi dengan mengatasi kelemahan-
kelemahan yang ada dan menambahbaik kaedah pendekatan yang digunakan untuk kajian pada
masa hadapan.

3.0- RELEVEN KAJIAN TERHADAP KONTEKS PENGAJARAN

Pada pandangan saya, isu dan kaedah yang dinyatakan oleh pengkaji di dalam artikel ini relevan
terhadap konteks pengajaran saya. Isu berkaitan kesalahan murid ketika menukar penyebut di
dalam soalan pecahan sudah tidak asing lagi di kalangan guru-guru. Rata-rata murid sering
menghadapi masalah ini ketika menjawab soalan pecahan dalam subjek Matematik. Salah satu
punca utama murid melakukan kesilapan dalam menjawab soalan pecahan adalah disebabkan
murid sukar untuk menukar pecahan kepada penyebut yang sama (Ngu Keh & Siti, 2022).

Semestinya menjadi harapan bagi setiap guru untuk memastikan murid-murid faham dan mahir
dalam ilmu yang diajar melalui sesi pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dan
dilaksanakan oleh guru. Menurut Suhaimi, Suhaimi dan Uzi (2017), antara cara untuk memupuk
minat murid dengan subjek Matematik adalah dengan penggunaan alat bahan bantu mengajar
terutamanya bagi murid-murid tahap 1 peringkat sekolah rendah. Oleh itu, penggunaan bahan
bantu mengajar di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran adalah sangat penting bagi seorang
guru.

.
6

4.0 -KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, melalui kajian ini pengkaji telah memperkenalkan satu kaedah atau bahan
bantu mengajar yang boleh dipraktikkan oleh guru-guru Matematik di sekolah rendah. Bahan
bantu mengajar yang diperkenalkan oleh pengkaji berfungsi sebagai pemudahcaraan murid untuk
menyelesaikan operasi tambah dan tolak di dalam topik pecahan. Melalui hasil kajian yang telah
dinyatakan dalam artikel tersebut, kaedah ini terbukti dapat membantu murid lebih faham cara
pengiraan tambah dan tolak di dalam topik pecahan. Penggunaan bahan bantu mengajar di dalam
bilik seharusnya dipraktikkan oleh semua guru di sekolah bagi memastikan murid-murid lebih
tertarik untuk terlibat dalam aktiviti pembelajaran di samping dapat meningkatkan pemahaman
mereka.
7

5.0- RUJUKAN

Guganeswaran Anandaram & Siti Mistima Maat. (2021). Keberkesanan Penggunaan Teknik
Pecahan Smiley Face Dalam Tajuk Pecahan Bagi Murid Tahun 5. Jurnal Dunia
Pendidikan, 3(4), 30-41.
Khairul Anuar bin Abdul Rahman & Norazrena binti Abu Samah. (2011). Perisian Matematik
bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeperluan Khas. Jurnal Teknologi Pendidikan
Malaysia, 1(2), 39-47.
Mohd Suhaimi Bin Omar, Noor Shah Saad, Mohd. Uzi Dollah. (2017). Penggunaan Bahan Bantu
Mengajar Guru Matematik Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik
Malaysia, 7(1), 32-46.
Ngu Keh Hee & Siti Mistima Maat. (2022). Keberkesanan Kaedah Melukis Petak dalam
Meningkatkan Pencapaian Topik Pertambahan Pecahan Mudah Murid Tahun Empat.
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 7(1), 184-191.
Gavita A/P Kanapathy. (2016). Kemahiran Visualisasi Dalam Mata Pelajaran Matematik Dalam
Kalangan Murid Tahun 5 Di Sebuah Sjkt Daerah Kuala Muda Yan, Kedah. Proceeding of
ICECRS, 1 (2016), 909-916.
Dr. Soon Seng Thah. (2007). Perkembangan Terkini Dalam Kajian Tindakan. Paper presented at
the Kursus Pemantapan Jurulatih Utama Kajian Tindakan 2007.
Sisilia Song Liah. (2016). Analisis Kesalahan Ejaan Kalimat Pada Artikel Jurnal Terakreditasi
Jurnal Akuntasi Dan Keuangan 2014 Universtas Kristen Petra. Retrieved from
https://repository.usd.ac.id/6862/2/121224071_full.pdf.

You might also like