You are on page 1of 4

ULASAN ARTIKEL/JURNAL

1. Tajuk / Judul :

Summative assessment: the missing link for formative


assessment.

2. Sumber

Journal of Further and Higher education, 33(1): 57-69

3. Pengkaji

Taras, Maddalena

4. Tahun

2009

5. Tujuan Kajian

Artikel ini menerangkan mengenai penerimaan penilaian dalam proses pembelajaran.


Penilaian untuk pembelajaran meletakkan hasil kerja pelajar, amalan pengajaran oleh guruguru adalah penting dalam konteks pendidikan. Penilaian ini memberi kesan yang
mendalam pada semua orang yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Oleh yang demikian, kajian ini juga membincangkan definisi penilaian formatif, teori
penilaian pembelajaran, dan bagaimana kesan penilaian tersebut ke atas amalan-amalan
seharian dalam P&P. Kekurangan dan percanggahan pengajaran dan kepaduan dalam
teori dan amalan. Salah satu penyelesaian adalah satu anjakan paradigma mendasari
definisi penilaian formatif dan sumatif dalam proses penilaian dan bukan hanya pada
fungsinya penilaian tersebut sahaja. Topik yang dibincangkan adalah sesuai berdasarkan
isi kandungan yang diterangkan mengikut kronologi artikel.
6. Penghujahan
a. Pengenalan
Artikel

ini

bertujuan

untuk

mengkaji

praktis/amalan

dan

teori

pembelajaran.

Membincangkan mengenai kerangka teoritikal bagi sesuatu kerja, yang mana ia diperlukan
untuk menyediakan asas-asas amalan dan sokongan bagi pelajar dan pembelajaran.

b. Kajian kepustakaan
Tidak membincangkan dengan satu tajuk yang khusus bagi kajian literatur tetapi ada
menerangkan mengenai proses bagi penilaian, fungsi-fungsi bagi penilaian, kajian untuk
menyokong kerangka kerja bagi kajian tersebut, teori yang diamalkan: aktiviti-aktiviti bagi
penilaian formatif (soalan-soalan, maklum balas berdasarkan pemarkahan, penilaian
kendiri dan juga kawan-kawan oleh para pelajar, formatif menggunakan ujian sumatif dan
cara menyelesaikan masalah-masalah semasa yang wujud ketika proses amalan.praktis
dijalankan).

c. Metodologi
Tidak membincangkan metodologi kajian dengan terperinci, tetapi ada membincangkan
mengenai responden yang terlibat bagi kajian tersebut (48 orang guru bagi 6 buah sekolah,
yang sedang menjalani projek kajian dalam 2 atau setahun setengah )

d. Dapatan kajian
Tidak mempunyai sebarang dapatan kajian

e. Perbincangan dan rumusan


Hanya mengemukakan kesimpulan bagi keseluruhan artikel ini.

f.

Penerangan mengenai Penilaian Sumatif dan contoh


Kajian ini dijadikan satu piawaian manual kepada penyelidik-penyelidik, para

pensyarah, guru-guru pelatih, guru-guru dan pelajar-guru.

Seperti yang diketahui, penilaian merupakan satu mekanisme yang membawa


kepada proses penghakiman. Penghakiman ini tidak boleh direka tanpa vakum iaitu kriteriskriteria yang ingin dinilai/ piawaian. Penilaian yang dititikberatkan adalah cara memberi
konteks pembelajaran yang pelbagai antara setiap individu. Proses penilaian ialah satu
proses tunggal untuk membuat penghakiman berdasarkan kriteris dan piawaian-piawaian.
Kajian ini melihat kepada penggunaan maklum balas daripada pelajar kepada guru-guru
dan para guru kepada para pelajar. Para guru bekerja dengan sistematik dengan adanya
prosedur-prosedur penilaian untuk melakukan tijauan semula bagi mengambil tindakan
terhdap penilaian yang telah dilakukan.

Contohnya ialah proses menyoal, maklum balas, perkongsian kriteria dan penilaian
kendiri. Pembangunan satu projek akan dipenuhi dengan maklum balas dan ujian
penilaian kendiri, penilaian formatif dan penilaian sumatif.Keempat-empat proses ini iaitu ke
semua kriteria yang telah disebut tadi akan dianalisis secara ringkas dan diperiksa untuk
memastikan projek dalaman teratur.

Pada permulaan sesuatu ujian, terdapat 3 pembaharuan yang menyumbang ke


arah penggunaan formatif kepada ujian sumatif. Pertama, pelajar akan mengkaji semula
struktur setiap soalan yang diperoleh, mereka juga akan membuat penyemakan untuk
memberi tumpuan kepada bahagian-bahagian yang lemah dengan berbincang bersama
rakan-rakan. Kedua, pelajar-pelajar yang bersedia untuk menjawab peperiksaan akan

mencuba menjawab soalan-soalan yang bersesuaian dan menandanya sendiri setiap


soalan-soalan tersebut. Ini dapat membantu pelajar memahami proses penilaian dan
memberi tumpuan kepada usaha-usaha mereka untuk memperbaikinya ketika peperiksaan
yang sebenarnya. Ketiga pula adalah inovasi iaitu perubahan selepas ujian sebagai satu
peluang untuk kerja-kerja pembentukan diri dan pembaikan ke arah yang lebih efektif.

Berdasarkan penilaian sumatif ini, ia dapat membantu guru-guru dalam memberi


tumpuan kepada bahagian-bahagian yang lemah dan dengan itu tumpuan yang lebih akan
diberikan dalam proses pembelajaran sesuatu subejk berikut. Ketiga-tiga inovasi yang
terlibat ini dapat membantu pelajar memahami dan melibatkan diri dengan kritteria,
memahami proses penilaian dan mencerminkan hasil kerja mereka dan rakan-rakan
merkena dengan lebih berkesan.

Cadangan yang dikemukakan juga adalah menghasilkan soalan peperiksaan


kepada pelajar bagi sesuatu topik dalam kelas. Ini dapat membantu guru
tersebut memahami dan mengetahui kelemahan pelajar-pelajar mereka dalam aspekaspek tertentu.

Keseluruhan daripada mesej yang ingin disampaikan dalam kajian ini adalah
menunjukkan bahawa ujian sumatif ini harus dilihat secara positif yang mana ia turut
memainkan peranan dalam proses pembelajaran.

7. Kekuatan Kajian
Penulis membuat kesimpulan keseluruhan bagi setiap proses, fungsi bagi penilaian
sumatif. Penulis juga menyediakan senarai rujukan pada akhir artikel.
Secara keseluruhannya, penulis merangkan persekitaran pembelajaran dan proses, fungsi,
maksud penilaian sumatif dan kepentingan sumatif dalam proses pembelajaran pelajar
secara menyeluruh. Ini dapat dilihat dalam kajian literatur beliau. Penerangan penulis
mengenai kertas konsep bagi penilaian adalah sangat jelas beserta dengan contohnya.
Begitu juga dengan Kajian literatur iaitu mengenai penilaian adalah sangat banyak dan
jelas beserta contoh yang mudah difahami pembaca.

8. Kelemahan Kajian
Kajian yang ditulis tidak menjelaskan mengenai statistik responden yang melakukan setiap
aktiviti dalam laman Moodle tersebut. Ini menyebabkan pembaca seperti saya tertanyatanya berapakah jumlah responden yang sebenar. Penggunaan laras bahasa yang agak
tinggi telah digunakan dalam penulisan jurnal ini. Ia agak sukar untuk difahami oleh

pembaca yang bukan bidang ini. Kelemahan kajian ini juga, penulis tidak membincangkan
hasil dapatan.
9. Penutup

Hasil pembacaan dan penelitian daripada kajian tersebut, dapat dilihat ianya tidak
disusun rapi dan diatur dengan sempurna. Struktur dan format kajian yang digunakan agak
tidak teratur dan tersusun tetapi ia saling berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Apa
yang dapat dilihat melalui hasil pengumpulan data yang dilakukan secara terus, hasil
kajiannya juga diolah secara umum. Tiada data dapatan yang boleh diambil sebagai
keputusan. Oleh itu, saya tidak bersetuju dengan interpretasi keputusan yang dilakukan
pada jurnal tersebut dan ianya merupakan satu artikel yang tidak sesuai dijadikan bahan
rujukan.
10. Rujukan
Taras, M.2009. Summative Assessment: The Missing Link For Formative Assessment.
Journal of Further and Higher education, 33(1): 57-69.

You might also like