You are on page 1of 14

PENGGUNAAN KAEDAH KOTAK SIFIR UNTUK

MENINGKATKAN PENGUASAAN SIFIR 2 HINGGA 9


BAGI MURID TAHUN DUA

KOH SEOW PENG

SJK (C) YU MING 2

KANDUNGAN

0
MUKA SURAT
MUKA HADAPAN KAJIAN
KANDUNGAN 1
1.0 PENDAHULUAN 2
2.0 FOKUS KAJIAN 4
3.0 OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN 4

3.1 OBJEKTIF KAJIAN

3.2 SOALAN KAJIAN


4.0 PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN 5

4.1 KUMPULAN SASARAN

4.2 REKA BENTUK KAJIAN

4.3 PROSEDUR KAJIAN

4.4 MELAKSANAKAN TINDAKAN


5. SPECIFIC TOPIC OR SKILL ACTION PLAN ( STOSAP ) 8

0
6.0 ANALISIS ITEM 9

6.1 UJIAN PRA

6.2 UJIAN PASCA


7. RUMUSAN 12

0
8.0 LAMPIRAN 13

1.0 PENDAHULUAN

Bidang pengajian matematik sangat penting dalam kehidupan seharian masyarakat


sejak dahulu lagi. Pendidikan di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan bagi
1
melahirkan individu yang cemerlang dari pelbagai aspek dan berketrampilan. Justeru,
setiap pelajar haruslah mempelajari setiap cabang ilmu yang ada selagi mempunyai
peluang. Matematik diletakkan sebagai salah satu cabang ilmu yang penting untuk
dipelajari oleh pelajar-pelajar.

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), matlamat pendidikan matematik di


sekolah rendah adalah untuk membina dan memperkembangkan kemahiran dan
kefahaman berkaitan dengan konsep nombor dan kemahiran asas mengira untuk
operasi penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian dalam penyelesaian
masalah harian. Penekanan terhadap aspek kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
yang berteraskan penyelesaian masalah juga dimasukkan dalam Sukatan Pelajaran
Matematik di sekolah. Ini secara tidak langsungnya akan menggalakkan pelajar-pelajar
untuk berfikir secara rasional dan mencari idea-idea yang bernas sebelum membuat
sesuatu operasi penyelesaian masalah. Kandungan mata pelajaran Matematik di
sekolah rendah dibahagikan kepada empat bidang pembelajaran yang utama iaitu
nombor, ukuran, bentuk dan ruang dan statistik.

Tidak dinafikan bahawa teknik menghafal prosedur dan operasi dapat menghasilkan
penyelesaian yang betul bagi masalah matematik yang rutin dan bukan rutin (Zainuddin
2010). Dalam penyelesaian masalah matematik, murid tidak harus dikongkong oleh
satu teknik penyelesaian yang biasa disampaikan oleh guru sahaja. Teknik lain yang
sesuai perlu digalakkan, lebih-lebih lagi yang bersesuaian dengan peringkat
perkembangan kognitif murid, pengalaman dan persekitaran pembelajaran yang dilalui
oleh murid. Menurut Teori Perkembangan Kognitif Piaget (1952), menyatakan bahawa
tahap perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza dan mengalami perubahan melalui
empat peringkat iaitu sensori-motor (0-2 tahun), pra-operasi (2-7 tahun), operasi konkrit
(7-11 tahun) dan operasi formal (12 tahun hingga dewasa). Justeru,murid-murid sekolah
rendah berada di peringkat operasi konkrit dan pada peringkat ini, murid-murid sangat
memerlukan bahan sokongan yang bersifat maujud.

2
Dalam pengajaran Matematik di sekolah rendah, masalah yang amat ketara adalah
dalam topik sifir, darab dan bahagi. Murid-murid di sekolah rendah seharusnya
menguasai konsep asas darab dan bahagi iaitu melibatkan sifir. Operasi penambahan
dan penolakan merupakan salah satu topik yang mudah tetapi apabila melibatkan
operasi pendaraban dan pembahagian,murid-murid mengalami masalah yang boleh
dikatakan agak serius. Antara faktor yang menjadi penyumbang kepada masalah ini
ialah teknik yang diajar, persekitaran dan perbezaan individu.

Azizi dan Hu Laey Nee (2010) menyatakan bahawa ramai murid gagal dalam
menguasai Matematik dengan baik kerana mereka menghadapi masalah untuk
menguasai konsep operasi asas (operasi tambah, tolak, darab dan bahagi). Stanley
Gawing dan Julaihei (2006) menyatakan bahawa antara keempat-empat operasi asas
ini, murid dilihat agak sukar dan menghadapi masalah dalam menguasai fakta asas
darab. Penyataan ini turut disokong oleh Azizi dan Hu Laey Nee (2010) di mana mereka
menyatakan bahawa di kebanyakan sekolah, operasi darab dan bahagi merupakan
satu operasi yang sukar dikuasai murid. Fenomena ini berlaku kerana murid hanya
diarahkan untuk menghafal fakta asas darab sahaja tanpa memahaminya. Sedangkan,
fakta asas darab adalah sangat berkait rapat dengan fakta asas tambah kerana darab
merupakan hasil daripada penambahan berulang.

Menurut Matematik KSSR, guru-guru dibekalkan dengan Modul Pengajaran dan


Pembelajaran Matematik Nombor dan Operasi. Ia merupakan salah satu panduan yang
boleh digunakan kepada murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah. Modul pengajaran ini secara tidak langsungnya akan membantu guru
terutamanya guru-guru Matematik mengatasi masalah penguasaan kemahiran darab
murid.
2.0 FOKUS KAJIAN

Kita sentiasa mendengar bahawa murid mengalami masalah dalam menghafal sifir dan
menganggap Matematik merupakan satu mata pelajaran yang susah. Tambahan pula,

3
ada yang berkata bahawa Matematik adalah mata pelajaran yang membosankan.
Mengapakah keadaan demikian terjadi? Salah satu faktanya adalah salah faham
tentang cara-cara bagaimana murid-murid di sekolah rendah dan menengah
mempelajari Matematik. Sebagai contoh, pada masa dahulu apabila mengajar operasi
darab di sekolah rendah, guru cuma menulis sifir darab pada papan tulis dan murid
menyalinnya ke dalam buku latihan. Kemudian, murid-murid menghafalnya dan
meluahkan semuanya tanpa berfikir langsung apabila disoal oleh guru (Chien, 2000).
Selalunya, murid-murid tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan tidak tahu bagaimana
menyelesaikan soalan yang melibatkan operasi darab dan bahagi kerana mereka
lemah dalam sifir. Menurut Cooper (1994), sesetengah murid mendapati corak adalah
berguna dalam mempelajari pendaraban dan pembahagian. Oleh itu, kajian ini
memfokus kepada satu kaedah lain iaitu kaedah Kotak Sifir dalam membantu murid
untuk menguasai sifir daripada sifir 2 sehingga sifir 9.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

3.1 Objektif Kajian


Kajian ini bertujuan untuk membantu murid tahun 2 dalam penguasaan sifir 2 hingga 9
dengan menggunakan kaedah Kotak Sifir.

3.2 Soalan kajian


Sejauh manakah penggunaan Kaedah Petak Sifir dapat meningkatkan penguasaan sifir
2 hingga 9 dengan menggunakan kaedah Kotak Sifir bagi murid tahun 2?

4.0 PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

4.1 KUMPULAN SASARAN

4
Kajian ini melibatkan 4 orang murid tahun 2M. Murid-murid ini adalah di kalangan murid

yang lemah dalam penguasaan sifir asas melalui ujian diagnostik yang dijalankan.

4.2 REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian ini merupakan kajian tindakan. Kajian tindakan merupakan satu

kajian yang sesuai digunakan untuk mencari penyelesaian kepada masalah praktikal

yang berlaku, mengenalpasti tindakan yang perlu diaplikasikan dan meneliti kesan ke

atas tindakan yang diambil. (Nik Azis, 2014). Kajian ini menggunakan model kajian

tindakan Kemmis & Mc Taggart (1988) sebagai panduan pelaksanaan kajian.

Dalam kajian ini, kaedah kualitatif dan kuantitatif digunakan. Untuk kaedah kuantitatif,

data dikumpul menggunakan ujian pra dan ujian pasca. Data kuantitatif dianalisis

dengan menggunakan statistik deskriptif. Kaedah kualitatif pula menggunakan analisis

dokumen daripada latihan-latihan murid dan pemerhatian.

4.3 PROSEDUR KAJIAN

Sebelum menjalankan kajian, analisis dokumen melalui latihan murid dibuat bagi

melihat sejauh mana tahap kefahaman penguasaan murid dan juga melihat kesilapan

yang dilakukan oleh mereka. Tingkahlaku murid diperhatikan berkaitan dengan minat

mereka dalam subjek matematik khususnya bagi penguasaan operasi darab. Ujian pra

dilaksanakan ke atas murid bertujuan mengesan tahap pencapaian mereka terhadap

penguasaan sifir darab sebelum kaedah Kotak Sifir dilaksanakan.

Seterusnya, murid diperkenalkan dengan kaedah Kotak Sifir dan dilatih secara

berperingkat-peringkat. Kaedah ini dilatih secara konsisten dan sistematik kepada


5
murid. Ujian pos pula diberikan setelah penggunaan Kaedah Petak Bijak dilaksanakan.

Ujian pos ini bertujuan untuk menilai keberkesanan penggunaan kaedah Kotak Sifir

bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid.

4.4 MELAKSANAKAN TINDAKAN

Setelah mengenal pasti masalah murid, saya mengambil tindakan dengan

memperkenalkan kaedah kotak sifir kepada murid. Pengenalan kepada kaedah Kotak

Sifir dilakukan secara berperingkat-peringkat bagi membantu murid menguasai kaedah

ini dan seterusnya dapat menguasai sifir 2 hingga 9 dengan mudah.

Sesi Tindakan 1: Pengenalan kaedah kotak ajaib (4 minggu x 20 minit)

Dalam peringkat ini, saya memperkenalkan murid dengan kaedah Kotak Sifir . Saya

telah menyediakan jadual Kotak Sifir yang lengkap dengan nombor. Murid hanya perlu

membaca nombor-nombor dalam Kotak Sifir untuk membina sifir.

1 2 3

4 5 6

7 8 9

Rajah 1: Jadual Kotak Sifir 3, 7 dan 9

2 4 6

8 0 2

6
4 6 8

Rajah 2: Jadual Kotak Sifir 2, 4, 6 dan 8

Sesi Tindakan 2: Aktiviti Kotak Sifir Dengan Jadual Kosong (3 minggu x 20 minit)

Dalam peringkat ini, murid hanya diberi Kotak Sifir yang kosong tanpa sebarang

nombor. Murid perlu menyusun nombor dahulu sebelum membina sifir menggunakan

kaedah ini. Dalam peringkat ini, murid akan menguasai kaedah membina sifir

menggunakan Kotak Sifir ini kerana murid telah melalui 2 peringkat mengikut peringkat

yang mudah kepada peringkat yang susah.

Rajah 3: Jadual Kotak Sifir

5.0 SPECIFIC TOPIC OR SKILL ACTION PLAN ( STOSAP )

Year / Form Level an Sebject : Topic / Skill Area :


4 orang murid Tahun 2M Meningkatkan penguasaan sifir 2 hingga 9

Current problem with topic or skill area :


1. Murid tidak dapat menghafal sifir 2 hingga 9 dengan baik.

7
Current way this topic / skill is taught : Comment on what children are not
1. Penghafalan understanding / doing well based on current
teacing approach :
Murid-murid menghadapi kesukaran menghafal sifir 2
hingga 9

Suggested way this topic is taught


Kaedah Kotak Sifir
Differentiation opportunity Differentiation opportunity
Penguasaan sifir Sifir 2 hingga 9
Differentiation opportunity Differentiation opportunity
Penguasaan sifir Sifir 2 hingga 9
Review ( after class assessment / test)
Murid dapat menguasai sifir 2 hingga 9 melalui kaedah Kotak Sifir
What skill or understanding has improved
Penguasaan murid tentang sifir 2 hingga 9 telah meningkat.
Review ( after examination 2 and / or 3 )
What skill or understanding has improved?
Kebolehan murid menguasai sifir 2 hingga 9 dengan kaedah Kotak Sifir.

6.0 ANALISIS ITEM

6.1 UJIAN PRA

Jadual 1 menunjukkan pencapaian murid dalam ujian pra.

Jadual 1

Pencapaian Murid Dalam Ujian Pra

8
Peserta Kajian Skor Ujian Pra
Bilangan soalan dijawab Peratus
dengan betul (%)

Murid A 6 40
Murid B 5 33
Murid C 6 40
Murid D 3 20

* Jumlah soalan = 15

Keputusan dalam Jadual 1 menunjukkan murid A, murid B, murid C dan murid D hanya

mendapat markah kurang daripada 50%, ini bermaksud mereka tidak dapat menjawab

separuh soalan daripada lima belas soalan dengan betul.

6.2 UJIAN PASCA

Ujian pra dan ujian pasca telah disemak dan markah ketiga-tiga orang murid telah

direkodkan bagi memudahkan proses analisis. Skor murid dalam ujian pra dan ujian

pasca telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif bagi menentukan tahap

pencapaian peserta kajian sebelum dan selepas sesi tindakan. Pencapaian empat

9
orang murid telah dipaparkan dalam jadual kekerapan dan graf palang seperti

ditunjukkan dalam Jadual 2 dan Rajah 4.

Jadual 2

Pencapaian Peserta Kajian Dalam Ujian Pra Dan Ujian Pasca

Murid Skor Ujian Peningkatan/


Penurunan
Ujian Pra Ujian Pasca
Bilangan Peratus Bilangan Peratus
soalan soalan Perbezaan
dijawab dijawab Markah
dengan betul dengan
betul

Murid A 6 40% 15 100% 60% Meningkat


Murid B 5 33% 14 93% 60% Meningkat
Murid C 6 40% 14 93% 53% Meningkat
Murid D 3 20% 14 93% 73% Meningkat

* Jumlah soalan = 15

Rajah 4 menunjukkan perbandingan pencapaian peserta kajian dalam ujian pra dan

ujian pasca.

10
Rajah 4. Perbandingan pencapaian peserta kajian dalam ujian pra dan ujian pasca

Berdasarkan keputusan Jadual 6 dan Rajah 4, didapati peserta kajian menunjukkan

peningkatan yang ketara dalam pencapaian mereka. Dalam ujian pra, markah yang

diperolehi oleh peserta kajian adalah sangat rendah. Markah yang paling tinggi

diperoleh oleh murid A dan murid C iaitu 40% manakala markah yang diperolehi oleh

murid D hanya 20% sahaja.

Secara keseluruhannya, semua orang peserta kajian menunjukkan peningkatan

yang cemerlang dalam ujian pasca. Peningkatan ini menunjukkan bahawa penggunaan

Kotak Sifir dapat membantu murid meningkatkan penguasaan sifir 2 hingga 9.

7.0 RUMUSAN

11
Seseorang guru memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan sesuatu

maklumat secara berkesan agar murid dapat memahami dan seterusnya menyimpan

maklumat untuk jangka masa yang panjang. Ini bagi memastikan maklumat boleh

digunakan semula sekiranya murid menghadapi masalah pembelajaran. Justeru itu,

pembelajaran berbentuk pemahaman konsep yang berkesan dapat meningkatkan daya

ingatan seseorang murid. Penggunaan strategi hafalan untuk menguasai suatu

konsep matematik tidak harus didorongkan dalam kalangan murid. Hal ini disebabkan

strategi tersebut mungkin akan memudaratkan pemahaman dan penguasaan murid

tentang konsep matematik. Di samping itu, melalui kajian ini, saya juga menyedari

bahawa setiap gaya pembelajaran yang berbeza murid, suatu sesi pengajaran yang

bersesuaian dengan tahap kognitif mereka diperlukan. Saya berpendapat bahawa

sekiranya seorang guru dapat memenuhi keperluan gaya penuh muridnya, maka minat

dan bakat murid yang terpendam akan menyerlah. Justeru, saya telah menggunakan

keadah yang melibatkan peringkat konkrit dan separa konkrit supaya objektif

pengajaran dan pembelajaran akan tercapai.

Kesimpulannya, berdasarkan pecapaian murid dalam ujian pasca dan kemajuan

yang dicapai oleh murid dalam lembaran kerja, didapati bahawa penggunaan Kotak Sifir

amat membantu murid untuk meningkatkan penguasaan sifir 2 hingga 9.

12
8.0

LAMPIRAN

13

You might also like