You are on page 1of 66

GGGA 2123

INOVASI DAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

TUGASAN:
PENCAPAIAN ATLET DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT JALIL

NAMA PENSYARAH :
ENCIK MOHD JASMY BIN ABD RAHMAN

NAMA AHLI KUMPULAN :


ROBIATUL ADAWIYAH BINTI MOHD NAZIR (A160004)
FARIZAH BINTI ABD RAZAK (A160953)
NORATIKAH BINTI NORASNAWI (A161280)
NUR AZRENNA BT AHMAD JUMRY (A161791)
FARA AIDA SOFIA BT ALI (A159393)
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

i. Isi Kandungan 1

1. Pendahuluan 2-3

2. Pernyataan Masalah 4

3. Tujuan Kajian 4

4. Objektif Kajian 5

5. Persoalan Kajian 5

6. Metodologi Kajian 6-9

7. Dapatan Kajian 10-60

8. Perbincangan 61-62

9. Cadangan Kajian 63

10. Kesimpulan 64

11. Rujukan 65

1
1.0 PENDAHULUAN

Januari 2002, satu tarikh bermulalah sejarah penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan
Bukit Jalil (SMKBJ). Sekolah ini mula mengorak langkah dengan imejnya yang tersendiri. Dapat
dirasakan bahawa pada hari pertama persekolah, tidak seperti sekolah-sekolah lain yang telah
memiliki warga sekolah yang cukup ramai, namun sekolah ini telah memulakan sesi
persekolahan pada tahun 2002 dengan jumlah guru seramai 11 orang dan jumlah pelajar ialah
seramai 12 orang. Walau bagaimanapun, jumlah pelajar dan guru semakin meningkat jumlahnya
dari semasa ke semasa. Puan Zainah binti Daud merupakan Pengetua pertama yang telah
menerajui pentadbiran sekolah ini. Beliau turut dibantu oleh Puan Che Hasnah binti Muhammad
selaku Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum dan Cik Sharifah Noor Aine binti Syed
Noor, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid serta guru-guru yang tidak mengenal erti penat lelah
dalam menjayakan pelbagai aktiviti yang dianjurkan.
Dalam keadaan yang masih baru di awal usia penubuhannya dengan segala kekurangan
terutama tenaga dan kewangan, tidak menjadi penghalang sekolah ini dalam melaksanakan
segala program dengan jayanya. Penekanan utama pihak pentadbiran terhadap sekolah ini ialah
menjamin kecemerlangan dalam bidak akademik, kerana pada tahun penubuhannya 2002, tidak
ada kelas peperiksaan, tetapi pada tahun 2003, peperiksaan PMR dan SPM akan bermula. Bidang
kokurikulum juga tidak diabaikan. Gelanggang yang disediakan sudah mencukupi untuk
diadakan pelbagai aktiviti terutamanya mengasah bakat-bakat dalam bidang sukan.
Hingga kini, SMKBJ terus membina empayarnya yang tersendiri dalam mencapai
kesempurnaan dan keseimbangan insan dari segi akhlak dan ilmu. Tidak lupa juga dalam
membentuk sistem pengurusan yang cekap melalui kerjasama antara semua pihak dalam
melahirkan sekolah cemerlang, pelajar cemerlang. Sebelum dihuraikan pencapaian atlet dengan
lebih lanjut akan lebih baik kita memahami satu persatu makna suku katanya. Kata pertama iaitu
mengenai pencapaian dan kata kedua mengenai atlet. Hal ini agar pemahaman kita mengenai
pengertian pencapaian atlet lebih optimum. Pencapaian menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua
bermaksud sesuatu yang dicapai iaitu sesuatu yang telah berjaya dilaksanakan dengan usaha dan
ketekunan. Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Keempat pencapaian adalah merupakan
prestasi yang telah dihasilkan atau telah diperoleh dalam sesuatu bidang.
Atlet, olahragawan atau ahli sukan menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah orang
yang bergiat aktif dalam pertandingan sukan. Atlet merupakan orang yang terlatih kekuatan,

2
ketangkasan dan kecepatannya untuk menyertai pertandingan dalam sukan. Mereka berlatih
untuk mendapatkan kekuatan, ketahanan, kelajuan, ketangkasan, keseimbangan, dan kelenturan
dalam persiapan sebelum pertandingan bermula. Mereka biasanya berkhidmat dengan baik di
peringkat serantau, kebangsaan dan antarabangsa. Latihan ketahanan berkala atau latihan
intensiti senaman perubahan yang dirancang digunakan untuk memaksimumkan manfaat
kekuatan dan kecergasan. ( Hoffman, J.R. 2010).
Akhir sekali, pencapaian atlet membawa maksud pencapaian pada tahap tertentu yang
diperoleh individu dalam sesuatu pertandingan serta mempunyai kemahiran yang bagus. Tahap
tersebut telah ditetapkan berdasarkan kekuatan, ketangkasan dan ketahanan seseorang individu
berkenaan dalam aspek sukan, kelayakan dan sosialisasi.

3
2.0 PERNYATAAN MASALAH

Kajian dijalankan terhadap Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jalil (SMKBJ)


mendapati prestasi pencapaian atlet-atlet sekolah tersebut tidak begitu menggalakkan. Hal ini
demikian, pihak sekolah tidak dapat menyediakan kelengkapan sukan yang baik terhadap pelajar.
Kajian mendapati SMKBJ tidak mempunyai padang untuk pelajar berlatih bersukan mahupun
bersenam. Perkara ini secara tidak langsung menyukarkan para pelajar untuk bergiat aktif di
dalam bidang sukan serta mempengaruhi prestasi pencapaian sekolah terhadap sukan.
Permasalahan ini mungkin berpunca dari kewangan sekolah yang terhad. Bagi mengatasi
permasalahan ini guru matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan seharusnya mempunyai
daya pemikiran yang kreatif dan inovasi dalam melaksanakan proses Pembelajaran dan
Pengajaran (P&P).

3.0 TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti pencapaian-pencapaian atlet di


Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jalil (SMKBJ) dan perancangan jangka masa panjang bagi
bidang sukan di SMK BJ. Selain itu, kajian turut dijalankan untuk mengetahui tahap minat
pelajar SMK BJ terhadap bidang sukan dan mengkaji faktor permasalahan yang wujud dalam
meningkatkan prestasi sukan di SMK BJ. Seterusnya, beberapa cadangan turut dikemukakan
bagi mengatasi permasalahan sekolah dalam meningkatkan prestasi pencapaian atlet-atlet di
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jalil (SMKBJ).

4
4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif kajian ini adalah untuk :

4.1 Mengenal pasti pencapaian - pencapaian atlet di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jalil.
4.2 Mengetahui tahap minat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jalil dalam bidang
sukan.
4.3 Mengenal pasti perancangan jangka masa panjang bagi bidang sukan di Sekolah Menengah
Kebangsaan Bukit Jalil.

5.0 PERSOALAN KAJIAN

Berdasarkan penyataan masalah yang dikemukakan di atas, terdapat beberapa persoalan kajian
ini iaitu:
1. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya peralatan atau kemudahan bersukan disekolah tidak
lengkap untuk pelajar menjalankan aktiviti sukan di sekolah?

2. Bagaimanakah guru pendidikan jasmani memainkan peranan bagi menarik perhatian pelajar
untuk bergiat aktif dalam sukan walaupun tidak mempunyai kemudahan yang lengkap?

3. Apakah cara yang perlu dilakukan untuk meningkatkan pencapaian sukan di sekolah tersebut?

5
6.0 METODOLOGI KAJIAN

Salah satu cara untuk mencari kebenaran ialah melalui penyelidikan. Reka bentuk penyelidikan
ialah perancangan yang menentukan cara penyelidikan dijalankan menemukan jawapan kepada
permasalahan penyelidikan, kajian ini melibatkan aspek seperti strategi dan perkaitan antara jenis
dan kesan. Kaedah ini menggunakan instrument borang selidik dan soalan-soalan temu bual
yang mudah difahami oleh responden untuk mendapatkan kerjasama yang lebih daripada
mereka.
Pengkaji akan menggunakan kaedah tinjauan melalui soal selidik bagi kajian kuanlitatif.
Kajian tinjauan ialah kaedah megumpul maklumat dengan bertanyakan satu set soalan kepada
satu sampel individu yang dipilih daripada poplasi yang hendak dikaji. (Sabitha marican, 2009).
Pengumpulan data ini akan dianalisis dalam bentuk jadual dan peratusan mengenai persoalan
untuk empat objektif yang ditetapkan. Penyelidikan kuanlitatif memerlukan penyelesaian dengan
kaedah kuanlitatif atau statistik sebagai alat menganalisi jawapan. (Azizi Yahaya et al, 2006).
Pengkaji juga menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif yang mengutamakan
deskriptif analitik bukan statistik numerik bagi menemukan konsep yang terdapat dalamnya.
(Azizi Yahaya et. Al. 2006). Dalam konteks ini kajian kes yang dijalankan membolehkan
pengkaji mnyiasat, mengkaji dan menyelidik isu yang telah ditetapkan dalam kajian. Temu bual
menjadi pilihan dalam dapatan kuantitatif yang diperlukan.

6.1 PERSAMPELAN

Kajian ini menggunakan persampelan iaitu teknik persampelan bertujuan untuk menjawab
objektif yang dikemukakan oleh pengkaji. Pemilihan sampel untuk kajian ini dilakukan secara
rawak yang melibatkan 30 orang daripada pelajar di kawasan kajian dan melibatkan kesudian
serta kelapangan mereka meluangkan sedikit masa untuk menjawab borang soal selidik.

6
6.2 PROSEDUR KAJIAN

Pada tahap pertama pengkaji telah berbincang dengan penyelia tentang aspek yang akan dikaji.
Hasil daripada perbincangan tersebut kajian dimulakan sebagaimana yang diterangkan dalam
bahagian reka bentuk kajian.
Borang-borang telah diedarkan kepada 30 orang responden untuk tujuan soal selidik
akan dianalisis secara automatik dengan memasukkan rajah, carta dan jadual menggunakan
program google form untuk menggambarkan tafsiran hasil kajian. Kajian berbentuk kuantitatif
pula melibatkan pengkaji menemu bual 2 orang responden yang telah diberikan penjelasan
tujuan temu bual.

6.3 RESPONDEN KAJIAN

Sampel dalam kajian ini boleh dibahagi kepada dua iaitu seramai 30 orang yang akan
menjawab borang soal selidik manakala 2 orang selebihnya pula terlibat dengan sesi
temu bual. Faktor utama pemilihan peserta kajian ini adalah kerana responden yang terlibat
mempunyai pengalaman tentang isu yang dibincangkan di tempat tersebut. Kesudian mereka
meluangkan masa dan kelapangan mereka juga menjadi pertimbangan dalam memilih sampel
kajian iaitu responden.Bagi kajian berbentuk kuanlitatif, sampel kajian ialah seramai 30 orang
responden. Pengkaji memilih responden kajian secara rawak di kawasan kajian.
Seterusnya bagi kajian kuantitatif pula, seramai 2 orang responden dalam kalangan
kawasan kajian dipilih berdasarkan kesanggupan mereka untuk menjadi responden kajian dengan
meluangkan masa yang lebih sedikit berbanding responden sola selidik. Responden tersebut
terdiri daripada Pn. Intan Nurairah bt Ahmad Khushaini dan Pn. Hasliza bt Hashim.

7
6.4 PENGUMPULAN DATA

Data dan maklumat kajian ini dikumpul menggunakan dua kaedah iaitu soal selidik dan temu
bual. Dapatan kajian ini dipecahkan kepada dua iaitu :

a) Data primer
Merupakan sumber yang didapati melalui temu bual dengan orang yang terlibat.
(Azizi Yahaya et., 2006). Kaedah kajian soal selidik dilakuan secara bersemuka
dengan sampel kajian iaitu pelajar setempat.

b) Data sekunder
Data sekunder ialah sumber yang diperoleh melalui pembacaan, kajian buku dan
rujukan (Azizi Yahaya et al., 2006). Kaedah ini merujuk kepada data atau fakta
yang penting termasuklah buku-buku, jurnal-jurnal, bahan ilmiah yang lain seperti
dari laman sesawang.

6.5 BORANG SOAL SELIDIK

Soal selidik adalah kaedah utama dalam pengumpulan data kerana ianya berhubung secara
terus dengan kumpulan sasaran. Penggunaan borang soal selidik perlu melalui strategi yang
betul bagi mereka bentuk soalan soal selidik yang paling popular yang digunakan para pengkaji
untuk mendapatkan data primer. Borang soal selidik perlulah bersesuaian mengikut objektif
kajian supaya dapat membawa kepada hasil kajian. Bahasa dan perkataan yang digunakan juga
haruslah mudah untuk difahami oleh semua golongan responden supaya responden berasa lebih
selesa semasa sidoal selidik.
Borang soal selidik ini berbentuk soalan tertutup dan terbuka. Rasional menggunakan
soal selidik tertutup adalah untuk mendapatkan jawapan yang berbeza- beza dan mudah
dibandingkan serta jawapan mudah diproses dan dianalisis. Borang ini terdiri daripada empat
bahagian iaitu bahagian A yang merupakan demografi atau maklumat responden dan bahagian
B, C dan D pula menjurus kepada tiga objektif kajian. Skala Likert 5 peringkat digunakan dalam
menilai pencapaian-pencapaian atlet di SMK Bukit Jalil. Jadual di bawah menunjukkan skala
likert dan penilaiannya.

8
SKALA LIKERT PENILAIAN

Sangat tidak setuju 1

Tidak setuju 2

Tidak pasti 3

Setuju 4

Sangat setuju 5

6.6 TEMU BUAL

Kaedah temu bual adalah kaedah yang merupakan alternatif yang ada dalam pengumpulan
maklumat atau pengumpulan data. Temu bual bersama responden yang terlibat dalam proses atau
peristiwa yang sedang dikaji. (Azizi Yahaya et. al., 2006). Hasil dapatan mengenai isu kajian
dicatat dan dirumuskan.
Kaedah temu bual merupakan kaedah kuanlitatif yang dipilih oleh pengkaji untuk
menggunakan kaedah kajian kes. Dalam konteks ini, menyelidik dan meneliti isu pencapaian-
pencapaian atlet di SMK Bukit Jalil.

6.7 RUJUKAN ILMIAH

Pengkaji menggunakan kaedah rujukan ilmiah untuk mendapat maklumat lebih lanjut berkaitan
kajian yang dijalankan. Rujukan ilmiah dilakukan melalui buku-buku ilmiah, jurnal, bahan
internet dan dengan melayari blog.

9
7.0 DAPATAN KAJIAN

Dalam dapatan kajian yang dijalankan, bahagian ini membincangkan analisis data dan
memaparkan hasil kajian yang telah dilakukan daripada soal selidik yang telah diisi oleh
responden. Data yang dimasukkan adalah hasil daripada soal selidik dan juga temubual bersama
dengan beberapa orang guru sukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jalil. Sesi temu
bual diadakan bersama Puan Intan Nurairah bt Ahmad Khushaini, iaitu guru Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan di sekolah tersebut dan juga Puan Hasliza bt Hashim selaku pengasas Persatuan
Silat Cekak Hanafi di SMK Bukit Jalil.
Pada bahagian dapatan ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu bahgian A, bahagian B,
bahagian C, dan bahagian D. Pada bahagian A terdiri daripada aspek demografi responden,
manakala bahagian B adalah hasil kajian bagi objektif pertama. Seterusnya, pada bahagian B
merupakan huraian bagi dapatan kajian untuk objektif yang kedua dan yang terakhir iaitu,
bahagian D adalah hasil dapatan bagi objektif yang ketiga. Hasil dapatan kajian ini di hurai
dalam bentuk jadual, carta pai dan graf.

BAHAGIAN A

7.1 Demografi Responden.

Bagi mendapat hasil kajian kami seramai 41 orang responden telah diambil sebagai responden
yang terdiri daripada pelajar dan guru di SMK Bukit Jalil. Huraian bagi latar belakang responden
terdiri daripada aspek umur, jantina dan hasil dapatan dinyatakan dalam bentuk jadual carta pai
dan graf.
7.1.1 Jantina.

JANTINA BILANGAN RESPONDEN PERATUS (%)


(Orang)

PEREMPUAN 25 61%

LELAKI 16 39%

JADUAL 1

10
RAJAH 1

Berdasarkan jadual 1 dan carta pai 1 di atas, seramai 41 orang responden seramai 25 orang
(61%) daripada 41 responden terdiri daripada kalangan perempuan manakala selebihnya iaitu
16 orang (39%) responden adalah lelaki. Hasil daripada kajian ini telah mendapat respon
daripada kedua-dua belah gender yang mana tidak akan wujud istilah tidak seimbang dalam
melakukan kajian kami yang berkaitan dengan pencapaian- pencapaian atlet di sekolah
Menengah Kebangsaan Bukit Jalil (SMK Bukit Jalil).

7.1.2 Umur.

UMUR BILANGAN PERATUS (%)


(Tahun) RESPONDEN (Orang)

13 15 7 17.1%

16 17 15 36.6%

18 -19 18 43.9%

19-28 1 2.4%

JADUAL 2

11
RAJAH 2

Berdasarkan jadual 2 dan carta pai 2, merupakan data berkaitan umur bagi 41 orang responden.
Hasil kajian mendapati bahawa sebahagian besar responden terdiri daripada golongan yang
berumur diantara 18 sehingga 19 tahun dengan bilangan sebanyak 18 orang responden (43.9%)
daripada jumlah keseluruhan responden iaitu 41 orang responden. Manakala, seramai 15 orang
responden (36.6%) terdiri daripada golongan yang berumur di antara 16 sehingga 17 tahun.
Seterusnya, pada umur dalam lingkungan 13 sehingga 15 tahun hanyalah sebanyak 7 orang
responden (17.1%). Akhir sekali, jumlah bilangan responden yang paling sedikit adalah
sebanyak seorang responden (2.4%) daripada golongan yang berumur 19 sehingga 28 tahun.
Melihat kepada bilangan umur responden yang berbeza ini kita dapat menerima hasil kajian yang
mempunyai pendapat yang berbeza mengikut kepada perbezaan umur yang ada. Setiap
perbezaan umur semestinya akan mempunyai idea atau pendapat yang berbeza mengikut tahap
umur masing-masing.

12
BAHAGIAN B :

7.2 Mengenal pasti pencapaian-pencapaian atlet di SMK Bukit Jalil.


Pada bahagian ini sebanyak 10 soalan telah dikemukakan bagi mengukur tahap pencapaian
pelajar dalam bidang sukan di SMK Bukit Jalil. Skala Likert 5 peringkat digunakan dalam
menilai pencapaian-pencapaian atlet di SMK Bukit Jalil. Penilaian skala likert digunakan bagi
menilai tahap skala bagi sesuatu perkara . Jadual di bawah menunjukkan skala likert dan
penilaiannya :

SKALA LIKERT PENILAIAN

Sangat tidak setuju 1

Tidak setuju 2

Tidak pasti 3

Setuju 4

Sangat setuju 5

13
Soalan 1:

- Saya seorang yang suka bersukan.

SKALA BILANGAN RESPONDEN PERATUS (%)


(Orang)

1 1 2.4 %

2 1 2.4%

3 1 2.4%

4 17 41.5%

5 21 51.2%

JADUAL 3

RAJAH 3

Berdasarkan hasil kajian merujuk kepada jadual 3 dan rajah 3, seramai 21 orang responden
(51.2%) memilih skala lima iaitu sangat setuju bagi soalan satu ini. Seterusnya, seramai 17
orang responden (41.5%) daripada jumlah keseluruhan responden iaitu 41 orang responden
memilih skala empat itu, mereka bersetuju dengan kenyataan bagi soalan satu iaitu mereka
merupakan seorang individu yang suka bersukan. Selain itu, setiap skala satu , dua dan tiga
terdapat hanya seorang yang memilih setiap skala satu , dua dan tiga iaitu setiapnya 2.4 peratus
yang membawa maksud skala satu ialah sangat tidak setuju dengan kenyataan bahawa beliau
seorang yang suka bersukan, manakala skala dua membawa maksud tidak setuju dengan
kenyataan bahawa beliau seorang yang suka bersukan, dan pada skala tiga yang membawa

14
maksud tidak pasti. Berdasarkan hasil dapatan bagi soalan satu iaitu, saya seorang yang suka
bersukan ini dapat kita lihat majoriti daripada responden merupakan individu yang suka
bersukan.

Soalan 2 :

- Saya juga meminati beberapa jenis sukan lain.

SKALA BILANGAN PERATUS (%)


RESPONDEN (Orang)

1 2 4.9%

2 3 7.3%

3 8 19.5%

4 14 34.1%

5 14 34.1%

JADUAL 4

15
RAJAH 4

Berdasarkan jadual 4 dan rajah 4 , terdapat persamaan bilangan jumlah responden bagi mereka
yang memilih skala empat dan skala lima iaitu menyatakan setuju dengan sangat bersetuju bagi
soalan kedua iaitu adakah mereka merupakan seorang yang meminati beberapa jenis sukan yang
lain. Bilangan persamaan tersebut adalah seramai 14 orang responden (34.1%) bagi setiap skala
empat dan skala lima. Merujuk kepada kepada keputusan pemilihan skala ini telah menguatkan
lagi kenyataan bahawa responden bagi kajian ini majoritinya terdiri daripada individu yang
meminati bidang sukan. Manakala, bagi skala satu hanya dua orang responden (4.9%)
menyatakan sangat tidak bersetuju dengan kenyataan yang menyatakan adakah mereka
merupakan salah seorang individu yang meminati beberapa jenis sukan. Seterusnya, terdapat tiga
orang responden (7.3%) yang memilih tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa adakah mereka
meminati beberapa jenis sukan, hal ini menunjukkan bahawa terdapat juga beberapa oaring
responden yang tidak berapa mempunyai semangat kesukanan dalam diri. Akhir sekali, sebanyak
lapan orang responden ( 19.3%) memilih tidak pasti dengan kenyataan bagi soalan dua iaitu saya
juga meminati beberapa jenis sukan yang lain. Bagi mereka yang memilih kenyataan skala tiga ,
hal ini berlaku mungkin kerana masih tidak menjumpai atau tidak mengetahui tentang pelbagai
jenis sukan lain yang lebih menarik pada masa kini.

16
Soalan 3:

- Saya selalu menjalani latihan sesuatu sukan secara konsisten.


SKALA BILANGAN RESPONDEN PERATUS (%)
(Orang)

1 1 2.4%

2 1 2.4%

3 7 17.1%

4 16 39%

5 16 39%

JADUAL 5

RAJAH 5

Berdasarkan jadual 5 dan rajah 5, terdapat persamaan bilangan bagi skala 1 dan skala dua iaitu
setiap skala mempunyai seorang responden (2.4%) yang memilih pernyataan sangat tidak
bersetuju dan tidak bersetuju. Manakala, begitu juga bagi skala empat dan skala lima iaitu, setiap
skala mempunyai 16 orang responden yang memilih pernyataan setuju dan tidak bersetuju bagi

17
soalan yang menyatakan adakah mereka selalu menjalani latihan sukan secara konsisten.
Selebihnya tujuh orang responden daripada keseluruhan responden memilih tidak pasti bagi
soalan yang ketiga ini. Keadaan telah memberikan gambaran bahawa sesetengah daripada atlet
mungkin melakukan latihan sukan secara tidak sistematik dan tidak mempunyai jadual susunan
latihan aktiviti yang baik. Namun, sebahagian besar daripada responden mempunyai jadual dan
melakukan latihan secara konsisten dalam erti kata lainnya menunjukkan bahawa individu yang
memilih pernyataan setuju dengan sangat bersetuju ini mempunyai jadual perancangan bagi
aktiviti sukan yang baik dan berpotensi besar untuk terus maju dalam bidang sukan di samping
sentiasa meningkatkan prestasi diri mereka juga.

Soalan 4 :

- Saya pernah mewakili sekolah di peringkat negeri.

SKALA BILANGAN PERATUS (%)


RESPONDEN (orang)

1 2 4.9%

2 5 12.2%

3 3 7.3%

4 6 14.6%

5 25 61%

JADUAL 6

18
RAJAH 6

Merujuk kepada jadual 6 dan rajah 6 di atas, peratus tertinggi iaitu sebanyak 61 peratus dengan
jumlah bilangan responden 25 orang telah memilih skala lima iaitu sangat bersetuju dengan
soalan empat ini iaitu mereka pernah mewakili bidang sukan di sekolah mereka pada peringkat
negeri. Hal ini, menunjukkan bahawa pelajar di SMK Bukit Jalil sememangnya bergiat aktif
dalam bidang sukan dan mereka juga pernah mewakili sekolah ke peringkat negeri. Selebihnya,
iaitu seramai 16 orang memilih skala satu, dua , tiga dan empat. Pada skala empat seramai enam
orang responden (14.6%) turut bersetuju bahawa mereka pernah mewakili sekolah ke peringkat
negeri dalam bidang sukan. Namun, terdapat juga dua orang responden yang memilih pernyataan
sangat tidak setuju yang menunjukkan mereka ini sememangnya tidak pernah mewakili diri
bidang sukan di SMK Bukit Jalil dalam bidang sukan. Selain itu, terdapat tiga orang responden
(7.3%) yang memilih tidak pasti yang mungkin membawa maksud mereka pernah mewakili
sesuatu pertandingan sukan di sekolah mereka namun tidak pasti mereka bermain untuk
peringkat sekolah atau negeri atau kebangsaan. Akhir sekali, terdapat juga responden yang tidak
setuju dengan pernyataan daripada soalan keempat tersebut iaitu membawa maksud mereka
sememangnya tidak pernah mewakili bidang sukan di sekolah mereka ke peringkat negeri iaitu
lima orang responden (12.2%).

19
Soalan 5 :

- Saya juga pernah mewakili sekolah dalam bidang sukan di peringkat kebangsaan.

SKALA BILANGAN RESPONDEN PERATUS (%)


(orang)

1 3 7.3%

2 4 9.8%

3 7 17.1%

4 4 9.8%

5 23 56.1%

JADUAL 7

RAJAH 7

Sebahagian besar daripada responden pernah mewakili SMK Bukit Jalil dalam bidang sukan di
peringkat kebangsaan iaitu dengan majoriti responden dengan jumlah seramai 23 orang
responden (56.1%). Data yang diperolehi dari hasil soal selidik ini menunjukkan bahawa SMK

20
Bukit Jalil turut melahirkan atlet yang berkemampuan tinggi sehingga dapat mewakili bidang
sukan sekolah itu ke peringkat kebangsaan. Setelah dilihat pada jadual 7 dan rajah 7 ini terdapat
juga tiga orang responden (7.3%) daripada keseluruhan responden tidak pernah mewakili bidang
sukan di peringkat kebangsaan kerana merujuk kepada pernyataan mereka yang memilih sangat
tidak setuju pada skala satu tersebut. Seterusnya terdapat persamaan jumlah bilangan responden
yang memilih skala dua dan skala empat iaitu empat orang responden (9.8%) bagi setiap dua
skala tersebut yang memilih pernyataan tidak bersetuju dengan setuju. Akhir sekali terdapat juga
responden yang memilih tidak pasti, situasi ini wujud mungkin kerana responden tersebut tidak
mengetahui tahap atau peringkat pertandingan yang telah beliau wakili dalam bidang sukan.

Soalan 6 :
- Saya sentiasa mengukur tahap prestasi saya dalam bidang sukan.

SKALA BILANGAN PERATUS (%)


RESPONDEN (orang)

1 1 2.4%

2 2 4.9%

3 6 14.6%

4 12 29.3%

5 20 48.8%

JADUAL 8

21
RAJAH 8

Berdasarkan jadual 8 dan rajah 8, terdapat seorang responden (2.4%) yang memilih skala satu
iaitu sangat tidak bersetuju dengan soalan ini yang menyatakan adakah beliau sentiasa mengukur
tahap prestasi beliau dalam sukan. Selain itu, terdapat dua orang responden yang memilih skala
dua iaitu tidak bersetuju manakala terdapat enam orang responden yang telah memilih skala tiga
iaitu tidak pasti tentang. Sebahagian besar daripada responden sentiasa melakukan pengukuran
prestasi mereka dalam sukan. Hal ini memberikan kesan yang baik dalam memperbaiki prestasi
diri mereka sendiri disamping mencatat rekod ketahanan mereka itu sendiri. Sebahagian mereka
itu memilih sangat bersetuju iaitu skala lima di mana 20 orang responden (48.8%) ini
semestinya mempunyai matlamat dan tujuan yang pasti dalam bidang sukan yang mereka telah
ceburi. Selebihnya iaitu, 12 orang responden (26.3%) turut melakukan pengukuran prestasi
mereka dalam sukan.

22
Soalan 7:

- Saya turut melakukan perubahan latihan bagi meningkatkan prestasi sukan saya.

SKALA BILANGAN PERATUS (%)


RESPONDEN (orang)

1 0 0.0%

2 2 4.9%

3 4 9.8%

4 15 36.6%

5 20 48.8%

JADUAL 9

RAJAH 9

Bagi soalan tujuh ini, terdapat satu skala yang sifar , bermaksud tiada responden yang sangat
tidak setuju dengan soalan tujuh ini, kerana tidak ada responden yang memilih skala satu.
Berdasarkan data yang dilihat pada jadula sembilan dan rajah sembilan ini, majoriti daripada

23
responden melakukan perubahan dalam latihan sukan mereka. Oleh itu, keadaan sangat baik
kerana sesuatu latihan sukan itu memerlukan perubahan mengikut tahap pencapaian yang ingin
dicapai dalam prestasi sukan seseorang. Seramai 15 orang (36.6%) dan 20 orang responden
(48.8%) memilih pernyataan setuju dan sangat bersetuju pada skala empat dan lima.

Soalan 8 :

-Saya selalu melibatkan diri dalam aktiviti sukan pada hari kejohanan sukan sekolah.

SKALA BILANGAN PERATUS (%)


RESPONDEN (orang)

1 2 4.9%

2 3 7.3%

3 7 17.1%

4 9 22%

5 20 48.8%

JADUAL 10

24
RAJAH 10

Berdasarkan jadual 10 dan rajah 10 , 20 orang responden (48.8%) daripada jumlah keseluruhan
responden telah memilih skala lima iaitu sangat bersetuju dengan soalan lapan iaitu mereka
selalu melibatkan diri dalam aktiviti sukan pada hari kejohanan di sekolah mereka secara aktif.
Terdapat juga responden yang tidak melibatkan diri dalam aktiviti sukan pada hari kejohanan di
sekolah mereka iaitu sebanyak lima orang , dengan bilangan sebanyak dua orang yang memilih
pernyataan sangat tidak bersetuju , dan tiga orang memilih skala dua. Namun begitu, terdapat
beberapa pelajar turut terlibat dalam sukan pada hari kejohanan sukan di sekolah mereka iaitu
seramai sembilan orang bersetuju manakala tujuh orang tidak pasti.

25
Soalan 9 :

-Saya turut mengamalkan cara pemakanan yang sihat bagi meningkatkan prestasi sukan

saya.

SKALA BILANGAN PERATUS (%)


RESPONDEN (orang)

1 0 0.00%

2 4 9.8%

3 11 26.8%

4 14 34.1%

5 12 29.3%

JADUAL 11

RAJAH 11

26
Berdasarkan jadual 11 dan rajah 11, seramai 14 orang responden (34.1%) dan 12 orang
responden (29.3%) memilih skala empat dan skala lima yang mana telah menunjukkan
sebahagian besar daripada responden turut mengamalkan pemakanan yang sihat dalam
memastikan peningkatan prestasi sukan mereka. Terdapat sebahagian kecil yang tidak
mengambil berat berkaitan isu pemakanan yang sihat dalam menjaga kesihatan tubuh badan dan
menjaga prestasi sukan mereka. Jumlah yang agak besar di mana terdapat 11 orang responden
(26.8%) yang tidak pasti dalam isu amalan pengambilan yang sihat bagi memastikan kecergasan
sukan mereka berada dalam keadaan yang seimbang dalam semua aspek. Namun, terdapat empat
orang (9.8%) yang tidak bersetuju melihat kepada pernyataan yang dipilih mereka ini
kemungkinan besar responden ini sememangnya tidak mengamalkan pemakanan yang sihat atau
tidak mengambil berat isu ini.

Soalan 10 :

- Saya sentiasa mengikuti perkembangan sukan-sukan yang dipertandingkan.

SKALA BILANGAN PERATUS (%)


RESPONDEN (orang)

1 1 2.6%

2 2 5.1%

3 6 15.4%

4 15 38.5%

5 15 38.5%

JADUAL 12

27
RAJAH 12

Berdasarkan jadual 12 dan rajah 12 , bilangan bagi skala empat dan skala lima adalah sama iaitu
15 orang responden (38.5%) bagi setiap skala. Sebahagian responden sentiasa mengikuti
perkembangan sukan-sukan yang dipertandingkan. Perkara ini merupakan sesuatu yang baik bagi
seseorang yang sentiasa mengikuti perkembangan setiap sukan dipertandingkan. Di samping
dapat melihat cara, kaedah, atau teknik baru dalam sesebuah permainan itu sendiri. Terdapat
beberapa orang yang memilih pernyataan sangat tidak setuju dengan tidak setuju iaitu seorang
responden (2.6%) memilih skala satu manakala dua orang responden (5.1%) memilih skala dua.
Akhir sekali, terdapat juga responden yang memilih pernyataan tidak pasti.

28
BAHAGIAN C :

7.3 : Mengetahui tahap minat pelajar SMK Bukit Jalil dalam bidang sukan.
Bahagian C dibuat bagi mengetahui tahap minat pelajar di SMK Bukit Jalil dalam bidang sukan.
Hal ini kerana minat juga merupakan salah satu faktor dalam perkembangan prestasi sukan
seseorang individu tersebut selain daripada untuk menyumbangkan tenaga dalam perkembangan
sukan negara. Di sekolah pelbagai inisiatif dilakukan bagi mengembangkan lagi bidang sukan di
negara kita.
Antara inisiatif yang ada adalah dengan adanya Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di
sekolah. Kepentingan pendidikan tersebut ditubuhkan salah satunya bagi membangunkan dan
meningkatkan tahap kecergasan seseorang individu itu di sekolah. Keseimbangan dari segi
kurikulum dan kokurikulum. Oleh itu, disamping melahirkan lebih ramai atlet negara, sekolah
juga bertanggungjawab dalam mencungkil minat pelajar dalam bidang sukan, terutamanya
pelajar-pelajar yang mempunyai bakat atau kebolehan dalam bidang sukan tertentu.

Soalan 1 :
- Saya gemar melakukan aktiviti di luar bilik darjah.

SKALA BILANGAN PERATUS (%)


RESPONDEN (orang)

1 0 0.0%

2 2 4.9%

3 5 12.2%

4 13 31.7%

5 21 51.2%

JADUAL 13

29
RAJAH 13

Berdasarkan jadual 13 dan rajah 13 , bagi soalan pertama iaitu saya gemar melakukan aktiviti
diluar bilik darjah daripada bahagian C sebahagian besar daripada responden gemar melakukan
aktiviti diluar bilik darjah. Terdapat 21 orang (51.2%) dan 13 orang (31.7%) responden memilih
sangat setuju dan setuju pada skala lima dan skala empat. Oleh itu, berdasarkan pemilihan
tersebut majoriti daripada responden merupakan individu yang aktif dalam kehidupan harian
mereka. Seterusnya, terdapat lima orang yang memilih skala tiga iaitu pernyataan tidak pasti bagi
soalan pertama bahagian C ini. Akhir sekali, terdapat juga responden yang memilih skala dua
iaitu tidak setuju maka dapat dirumuskan di sini bahawa dua orang responden (4.9%) daripada
keseluruhan responden iaitu 41 orang responden merupakan individu yang lebih gemar berada
dalam kawasan yang tertutup berbanding berada di luar.

Soalan 2 :

30
- Saya suka mempelajari sesuatu sukan secara praktikal berbanding secara teori di
dalam bilik darjah.

SKALA BILANGAN PERATUS (%)


RESPONDEN (orang)

1 1 2.4%

2 0 0.0%

3 4 9.8%

4 18 43.9%

5 18 43.9%

JADUAL 14

RAJAH 14

Merujuk jadual 14 dan rajah 14, bagi soalan dua ini, terdapat persamaan bilangan pada skala
empat dan skala lima iaitu 18 orang bagi setiap dua skala tersebut yang dapat kita rumuskan di
sini bahawa sebahagian besar daripada responden sememangnya lebih gemar mempelajari

31
sesuatu teknik permainan secara praktikal berbanding secara teori , hal ini demikian kerana ,
apabila mempelajari tentang sesuatu teknik permainan ianya akan menjadi lebih mudah difahami
berbanding belajar secara teori di dalam kelas. Namun begitu, terdapat juga responden yang
memilih tidak pasti iaitu skala tiga berkaitan soalan dua ini mungkin kerana responden tersebut
tidak pasti yang mana lebih baik antara mempelajari teori atau secara praktikal iaitu empat orang
responden (9.8%) yang telah memilih skala tersebut. Akhir sekali, terdapat seorang responden
(2.4%) yang memilih skala satu iaitu sangat tidak setuju bagi soalan dua ini, manakala tidak ada
seorang pun daripada 41 orang responden tersebut memilih skala dua iaitu tidak setuju.

Soalan 3 :
- Saya turut mempraktikkan latihan atau tunjuk ajar daripada guru tentang
permainan sesuatu sukan di waktu lapang.

SKALA BILANGAN PERATUS (%)


RESPONDEN (orang)

1 1 2.4%

2 2 4.9%

3 3 7.3%

4 18 43.9%

5 17 41.5%

JADUAL 15

32
RAJAH 15

Berdasarkan jadual 15 dan rajah 15 di atas setiap skala bagi soalan tiga pada bahagian ini
mempunyai responden. Melihat kepada pemilihan skala yang telah dibuat bagi soalan ini kita
dapat mengetahui bahawa pelajar di sekolah ini turut mempraktikkan latihan yang diajarkan
kepada mereka juga ada yang tidak mempraktikkan latihan yang diajarkan di waktu lapang.
Namun begitu, sebahagian besar daripada responden telah mempraktikkan latihan yang diajarkan
kepada mereka di waktu lapang iaitu merujuk kepada rajah 15 di atas pada skala empat dan skala
lima. Pada skala empat lebih tinggi bilangan responden yang memilih skala tersebut berbanding
empat skala yang lain iaitu seramai 18 orang responden (43.9%). Manakala selebihnya skala
lima mendapat tempat kedua tertinggi selepas skala empat dengan perbezaan jarak bilangan
responden seorang sahaja iaitu 17 orang responden (41.5%)

33
Soalan 4 :

- Saya sentiasa cuba mencari alternatif lain agar saya dapat bersukan.

SKALA BILANGAN PERATUS (%)


RESPONDEN (orang)

1 0 0.0%

2 0 0.0%

3 7 17.1%

4 17 41.5%

5 17 41.5%

JADUAL 16

RAJAH 16

Jadual 16 dan rajah 16 menunjukkan data yang diperolehi hasil daripada soal selidik berkaitan
dengan soalan empat iaitu adakah responden merupakan seorang yang akan cuba mencari
alternatif lain agar dapat bersukan. Hasil daripada soal selidik untuk persoalan ini mendapati

34
bahawa bilangan responden untuk skala empat dan skala lima adalah sama iaitu 17 orang
(41.5%) setiap dua skala tersebut. Ini merupakan satu perkara yang baik dalam memastikan
minat seseorang individu tersebut dalam sukan kerana dengan melihat kepada jawapan yang
diperolehi ini kita sememangnya dapat melihat minat yang tinggi responden ini dalam sukan
sehingga mereka sanggup mencari inisiatif lain bagi membolehkan mereka dapat bermain sukan.
Seterusnya, baki daripada skala empat dan skala lima iaitu hanya tujuh orang responden (17.1%)
yang memilih skala tiga manakala pada skala satu dan dua bilangannya sifar.

Soalan 5 :
- Saya akan meluangkan masa untuk bersukan sekurang-kurangnya dua kali
seminggu.

SKALA BILANGAN PERATUS (%)


RESPONDEN (orang)

1 3 7.3%

2 3 7.3%

3 1 2.4%

4 12 29.3%

5 22 53.7%

JADUAL 17

35
RAJAH 17

Soalan seterusnya iaitu saya akan meluangkan masa untuk bersukan sekurang-kurangnya dua
kali seminggu. Bagi persoalan ini kebanyakkan responden akan meluangkan masa dua kali
seminggu untuk bersukan. Ini merupakan satu perkara yang baik, kerana kita sedia maklum
dengan keadaan ekonomi sekarang kebanyakkan individu terlalu sibuk dengan bekerja bagi
menampung keperluan hidup sehingga tidak mempunyai masa untuk diri mereka sendiri
terutamanya meluangkan masa mereka bagi beriadah diluar untuk kesihatan tubuh badan mereka
sendiri. Seramai 22 orang responden (53.7%) pada skala lima dan kedua tertinggi responden
iaitu 12 orang responden (29.3%) dari skala empat memilih pernyataan sangat setuju dan setuju
dengan persoalan yang dikemukakan. Bagi persoalan ini hanya terdapat seorang responden
(2.4%) yang memilih skala tiga iaitu tidak pasti dengan pernyataan yang dikeluarkan. Manakala
bagi skala satu dan skala dua masing-masing mempunyai tiga orang responden (7.3%).

36
Soalan 6 :

- Saya suka melakukan aktiviti yang lasak.

SKALA BILANGAN PERATUS (%)


RESPONDEN (orang)

1 0 0.0%

2 1 2.4%

3 3 7.3%

4 6 14.6%

5 31 75.6%

JADUAL 18

RAJAH 18

Berdasarkan jadual 18 dan rajah 18 ini seramai 31 orang responden memilih skala lima iaitu
sangat setuju dengan soalan adakah mereka seorang yang suka melakukan aktiviti sukan lasak.
Selain itu, terdapat juga seorang responden (2.4%) yang memilih skala dua dan 3 orang

37
responden (7.3%) dari skala tiga iaitu tidak pasti, dan enam orang responden (14.6%) memilih
pernyataan setuju dari skala empat. Melihat kepada jawapan soal selidik bagi soalan ini ,
sememangnya perkara yang baik bagi memperkembangkan lagi bidang sukan di negara kita ini
terutama bagi bidang sukan di SMK Bukit Jalil itu sendiri. Melihat kepada data ini kita dapat
simpulkan bahawa minat pelajar di SMK Bukit Jalil ini terhadap bidang sukan sememangnya
tinggi namun semestinya terdapat beberapa kekangan dalam meningkatkan prestasi sukan di
SMK Bukit Jalil.

Soalan 7:

- Saya bukan seorang yang pasif.


SKALA BILANGAN PERATUS (%)
RESPONDEN (orang)

1 1 2.4%

2 3 7.3%

3 8 19.5%

4 10 24.4%

5 19 46.3%

JADUAL 19

38
RAJAH 19

Berdasarkan jadual dan rajah 19 di atas, dapat dilihat pada data tersebut bahawa keseluruhan
responden merupakan seorang yang aktif dan hanya sebilangan kecil yang mempunyai sikap
yang pasif iaitu mereka yang memilih skala satu dan skala dua dengan bilangan sebanyak empat
orang bagi dua skala tersebut. Pilihan skala yang tertinggi dalam kalangan responden iaitu pada
skla lima dengan bilangan sebanyak 19 orang responden (46.3%). Manakala pilihan kedua
tertinggi iaitu pernyataan setuju pada skala empat dengan bilangan seramai 10 orang responden
(24.4%). Seterusnya, bilangan yang agak tinggi bagi skala tiga iaitu lapan orang responden
(19.5%) yang memilih skala ini. Hal ini mungkin responden yang memilih skala ini seorang
yang sedang-sedang dalam setiap perkara sama ada dalam bidang kurikulum mahupun
kokurikulum.

39
Soalan 8 :
- Saya turut melakukan aktiviti sukan bagi menghilangkan tekanan.

SKALA BILANGAN PERATUS (%)


RESPONDEN (orang)

1 0 0.0%

2 2 4.9%

3 2 4.9%

4 12 29.3%

5 25 61%

JADUAL 20

RAJAH 20

Merujuk kepada data yang dipaparkan dalam jadual 20 dengan rajah 20 di atas, data tertinggi
dengan bilangan responden yang agak tinggi bagi soalan yang berkaitan dengan bersukan bagi
menghilangkan tekanan ini adalah pada skala lima iaitu dengan jumlah 25 orang responden

40
(61%) dan kedua tertinggi iaitu pada skala empat dengan bilangan sebanyak 12 orang responden
(29.3%). Kebanyakkan responden melakukan aktiviti sukan bagi menghilangkan tekanan
mereka. Manakala, pada skala satu bilangannya sifar dan terdapat persamaan responden pada
skala dua dan tiga iaitu dua orang responden (4.9%) bagi setiap dua skala tersebut.
Mengurangkan tekanan dengan bersukan adalah lebih baik berbanding melepaskan tekanan kerja
dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti, melepak, merempit, merosakkan harta
benda awam dan lain-lain.

Soalan 9 :
- Saya menyokong sepenuhnya pepatah yang mengatakan bahawa Badan sihat ,
Otak cerdas.

SKALA BILANGAN PERATUS (%)


RESPONDEN (orang)

1 0 0.0%

2 1 2.4%

3 2 4.9%

4 12 29.3%

5 26 63.4%

JADUAL 21

41
RAJAH 21

Badan sihat, otak cerdas, membawa makna yang dalam, melihat kepada pepatah yang telah
dikemukakan sebagi soalan untuk bahagian ini kita yakin majoriti daripada responden bersetuju
dengan pernyataan ini di mana, dengan bersukan tubuh badan seseorang individu itu akan
menjadi lebih sihat dan disamping dapat memberikan kesan kepada daya pemikiran seseorang
individu itu supaya lebih aktif dalam berfikir bagi menyelesaikan sesuatu permasalahan. Seramai
26 orang responden (63.4%) sangat bersetuju dengan pepatah tersebut manakala kedua tertinggi
responden iaitu pada skala empat dengan bilangan seramai 12 orang responden (29.3%).
Seterusnya, hanya seorang responden (2.4%) yang tidak setuju dengan pepatah tersebut terbukti
dengan pilihan yang responden tersebut lakukan dengan memilih skala dua. Selebihnya lagi dua
orang responden (4.9%) memilih skala tiga iaitu pernyataan tidak pasti.

42
Soalan 10 :

- Saya turut beriadah dan bersukan pada waktu petang di kawasan perumahan saya.

SKALA BILANGAN PERATUS (%)


RESPONDEN (orang)

1 0 0.0%

2 3 7.5%

3 6 15%

4 14 35%

5 17 42.5%

JADUAL 22

RAJAH 22

Berdasarkan data terkumpul bagi soalan 10 iaitu adakah responden turut beriadah dan bersukan
di kawasan perumahan mereka di waktu petang . Data bagi soalan 10 telah dinyatakan dalam
bentuk jadual dan rajah 22 di atas, iaitu dengan majoriti daripada responden pernah melakukan

43
aktiviti beriadah dan bersukan di kawasan perumahan mereka di waktu petang. Responden bagi
pernyataan setuju dengan sangat setuju mendapat tindak balas tertinggi iaitu dengan bilangan
sebanyak 14 orang (35%) dan 17 orang responden (42.5%) bagi skala empat dan skala lima.
Selain itu, enam orang responden (15%) telah memilih skala tiga iaitu tidak pasti dengan soalan
ini dan selebihnya tiga orang (7.5%) memilih skala dua. Oleh itu, perkara yang dapat dirumuskan
di sini adalah sebilangan besar pelajar dari SMK Bukit Jalil ini pernah melakukan aktiviti
beriadah dan bersukan di kawasan perumahan mereka di waktu petang.

44
BAHAGIAN D :

7.4: Mengenal pasti perancangan jangka masa panjang bagi bidang sukan di SMK Bukit

Jalil.

Bahagian D direka bentuk bagi mengenal pasti perancangan jangka masa panjang bagi bidang
sukan di SMK Bukit Jalil. Setiap perkara yang dilakukan sudah pasti mempunyai matlamat
utama yang ingin dicapai, dan jika sesuatu perkara tersebut dilakukan secara suka-suka sudah
pasti perkara ataupun perbuatan tersebut merupakan satu pekerjaan yang sia-sia.
Perancangan sesuatu perkara memerlukan perhatian dan ketelitian yang tinggi disamping
memerlukan seseorang itu berfikiran jauh bagi meletakkan sesuatu matlamat yang terbaik. Oleh
itu, bagi mengenal pasti perancangan jangka masa panjang bagi bidang sukan terutama di SMK
Bukit Jalil ini beberapa soalan telah dibentuk bagi persoalan ini.

Soalan 1 :

- Saya akan mengasah bakat sukan yang sedia ada dengan lebih mendalam.

SKALA BILANGAN PERATUS (%)


RESPONDEN (orang)

1 0 0.0%

2 0 0.0%

3 2 4.9%

4 18 43.9%

5 21 51.2%

JADUAL 23

45
RAJAH 23

Berdasarkan jadual dan rajah 23 di atas, hampir keseluruhan daripada responden akan mengasah
bakat sukan yang sedia ada dengan lebih mendalam. Melihat kepada responden yang tertinggi
iaitu pada skala lima dengan bilangan 21 orang responden (51.2%) daripada jumlah keseluruhan
iaitu 41 orang responden. Selain itu, 18 orang responden (43.9%) telah memilih skala empat,
seterusnya lagi dua orang responden memilih skala tiga iaitu tidak pasti. Oleh itu, dengan data
yang diperolehi kita dapat simpulkan bahawa keseluruhan responden sememangnya mempunyai
sikap yang baik iaitu sentiasa cuba untuk memajukan diri mereka dengan mengasah bakat sukan
yang sedia ada dengan lebih mendalam.

46
Soalan 2 :

- Saya akan meningkatkan ilmu pengetahuan tentang sesuatu sukan yang saya

minati.

SKALA BILANGAN PERATUS (%)


RESPONDEN (orang)

1 0 0.0%

2 0 0.05

3 0 0.0%

4 18 43.9%

5 23 56.1%

JADUAL 24

RAJAH 24

47
Berdasarkan rajah 24 di atas, skala satu, dua, dan tiga adalah sifar bilangan respondennya
manakala bagi skala lima 23 orang memilih pernyataan sangat setuju dengan soalan yang
dikemukakan bagi soalan dua iaitu saya akan meningkatkan ilmu pengetahuan tentang sesuatu
sukan yang saya minati. Manakala selebihnya lapan orang memilih pernyataan setuju bagi soalan
ini. Melihat kepada hasil jawapan yang diperolehi bagi soalan ini kita dapat mengetahui bahawa
sikap positif yang ada di dalam diri pelajar tersebut iaitu sentiasa cuba mengembangkan ilmu
yang sedia.

Soalan 3 :

- Saya akan berusaha untuk menaikkan nama baik sekolah dengan cemerlang dalam

bidang sukan.

SKALA BILANGAN PERATUS (%)


RESPONDEN (orang)

1 0 0.0%

2 1 2.4%

3 2 4.9%

4 11 26.8%

5 27 65.9%

JADUAL 25

48
RAJAH 25

Berdasarkan jadual dan rajah 25 di atas, dapat kita nyatakan bahawa pelajar di SMK Bukit Jalil
sememangnya mempunyai semangat patriotik iaitu cintakan sekolah mereka kerana mereka
mempunyai keinginan untuk menaikkan nama baik sekolah mereka dalam bidang sukan.
Merujuk data di atas dalam jadual 25 dan rajah 25 tersebut, sebahagian besarnya akan berusaha
demi menaikkan nama baik sekolah iaitu dapat dilihat pada skala empat dan skala lima. Pada
skala empat seramai 11 orang responden (26.8%) manakala pada skala lima merupakan jumlah
bilangan yang tertinggi mendapat responden daripada keseluruhan responden iaitu 27 orang
(65.9%) . Seterusnya, dua orang responden (4.9%) memilih pernyataan tidak pasti iaitu dengan
memilih skala tiga, manakala seorang responden (2.4%) memilih skala dua, dan sifar bagi skala
satu.

Soalan 4 :

49
- Saya akan sentiasa meletakkan matlamat untuk berada di tahap yang tertinggi dalam

bidang sukan

SKALA BILANGAN PERATUS (%)


RESPONDEN (orang)

1 0 0.0%

2 1 2.4%

3 2 4.9%

4 10 24.4%

5 28 68.3%

JADUAL 26

RAJAH 26

Data yang terkumpul bagi soalan empat iaitu adakah responden akan meletakkan matlamat
mereka yang tertinggi dalam bidang sukan. Data yang diperoleh bagi soalan ini adalah pada
skala yang kelima mendapat respon yang tertinggi daripada responden dengan bilangan

50
responden seramai 28 orang (68.3%) manakala kedua tertinggi iaitu pemilihan pada skala empat
dengan bilangan seramai 10 orang responden (24.4%). Slebihnya, iaitu tiga orang responden
memilih skala dua dan skala tiga yang membawa maksud tidak setuju dan tidak pasti daripada
keseluruhan jumlah responden iaitu 41 orang responden.

Soalan 5 :
- saya akan terus memupuk minat dalam bidang sukan demi kemajuan sukan
negara.

SKALA BILANGAN RESPONDEN PERATUS (%)


(orang)

1 0 0.0%

2 0 0.0%

3 3 7.3%

4 9 22%

5 29 70.7%

JADUAL 27

51
RAJAH 27

Berdasarkan jadual 27 dan rajah 27 , hanya berbaki 12 orang responden yang memilih selain
daripada skala lima iaitu dengan bilangan responden memilih skala lima ialah 29 orang
responden (70.7%) bagi soalan lima ini. Selebihnya iaitu terdapat sembilan orang memilih
pernyataan setuju dengan memilih skala empat dan tiga orang memilih skala tiga iaitu bagi
pernyataan tidak pasti bagi soalan lima ini. Melihat kepada data yang terkumpul ini, kita dapat
melihat betapa tinggi semangat pelajar di SMK Bukit Jalil dalam meningkatkan minat mereka
dalam bidang sukan disamping memajukan sukan negara di mata dunia.

Soalan 6 :
- Saya akan menaikkan mutu kualiti sukan negara ke tahap yang tertinggi.

52
SKALA BILANGAN PERATUS (%)
RESPONDEN (orang)

1 0 0.0%

2 0 0.0%

3 3 7.3%

4 15 36.6%

5 23 56.1%

JADUAL 28

RAJAH 28
Mutu atau kualiti sesuatu perkara amat penting yang sememangnya merupakan salah satu cara
bagi mengukur tahap sesuatu pekerjaan atau perkara yang dilakukan. Melihat kepada data yang
terkumpul di jadual 28 dan rajah 28 di atas ini sebahagian besar daripada warga SMK Bukit Jalil

53
ini sememangnya mempunyai sikap atau matlamat yang jelas dalam bidang sukan. Kita dapat
melihat dengan jumlah bilangan responden yang memilih skala lima dan skala empat iaitu skala
kedua tertinggi jumlah bilangan daripada skala lima. Skala lima mendapat bilangan responden
tertinggi iaitu dengan pernyataan sangat setuju dengan kenyataan bagi soalan ini adakah mereka
akan sentiasa meningkatkan mutu kualiti sukan negara ke tahap yang tertinggi iaitu seramai 23
orang responden (56.1%), manakala skala keempat 15 orang (36.6%). Disamping itu, terdapat
tiga orang (7.3%) yang memilih skala tiga manakala bilangan sifar bagi skala satu dan dua.

Soalan 7 :
- Saya akan berdaya saing dengan rakan-rakan dalam bidang sukan dengan cara
yang sihat.

SKALA BILANGAN PERATUS (%)


RESPONDEN (orang)

1 0 0%

2 0 0%

3 3 7.5%

4 9 22.5%

5 28 70%

JADUAL 29

54
RAJAH 29

Berdasarkan rajah 29 dan jadual 29 di atas ini, lebih daripada separuh dari jumlah keseluruhan
responden iaitu 41 orang , 28 orang (70%) daripadanya memilih pernyataan sangat bersetuju
dengan soalan yang menyatakan adakah responden akan sentiasa berdaya saing dengan rakan-
rakan yang lain secara sihat. Maka, kita dapat rumuskan di sini bahawa terdapat persaingan sihat
dalam kalangan responden terutamanya dalam bidang sukan. Selain itu, sembilan orang (22.5%)
daripada respon turut bersetuju dengan soalan enam ini dengan memilih skala 5 iaitu setuju.
Namun begitu, terdapat tiga orang responden yang memilih skala tiga.

55
Soalan 8:
- Saya akan mengajak rakan-rakan yang pasif untuk turut bersukan.

SKALA BILANGAN PERATUS (%)


RESPONDEN (orang)

1 0 0%

2 0 0%

3 1 2.5%

4 17 42.5%

5 22 55%

JADUAL 30

RAJAH 30

56
Berdasarkan jadual 30 dan rajah 30 di atas ini, hanya seorang responden (2.5%) yang memilih
skala tiga iaitu tidak pasti dengan soalan yang telah diutarakan iaitu tentang adakah responden
akan mengajak rakan-rakan yang pasif lain untuk turut bersukan , manakala bilangan sifar bagi
skala satu dan dua. Selebihnya iaitu 39 orang responden sememangnya akan mengajak rakan-
rakan mereka yang pasif untuk turut bersukan bersam-sama mereka. Melihat pada rajah 30 di
atas seramai 22 orang responden (55%) sangat setuju dengan soalan ini dan 17 orang (42.5%)
lagi memilih skala empat iaitu setuju .

Soalan 9:

- Saya akan seimbangkan bidang sukan dan bidang akademik.

SKALA BILANGAN PERATUS (%)


RESPONDEN (orang)

1 0 0%

2 1 2.5%

3 5 12.5%

4 10 25%

5 24 60%

JADUAL 31

57
RAJAH 31

Merujuk jadual 31 dan rajah 31 di atas , 24 orang responden memilih skala lima iaitu sangat
bersetuju dengan soalan sembilan ini iaitu adakah mereka akan menyeimbangkan bidang
akademik dan bidang sukan mereka. Maka kita dapat simpulkan bahawa warga daripada SMK
Bukit Jalil sememangnya akan cemerlang dalam semua bidang bukan semata-mata dalam bidang
sukan sahaja. Selain itu, 10 orang responden memilih skala empat dan lima orang responden
memilih pernyataan tidak pasti iaitu skala tiga dan hanya seorang yang memilih tidak setuju pada
skala dua di atas .

58
Soalan 10 :
- Selagi saya boleh bersukan , saya akan bersukan.

SKALA BILANGAN RESPONDEN PERATUS (%)


(orang)

1 0 0%

2 1 2.5%

3 4 10%

4 4 10%

5 31 77.5%

JADUAL 32

RAJAH 32

Merujuk pada jadual 32 dan rajah 32 di atas, 31 orang responden (77.5%) daripada jumlah
keseluruhan 41 orang responden bagi soal selidik ini memilih skala lima iaitu sangat setuju

59
dengan soalan 10 ini iaitu mereka akan bersukan selagi mana mereka mampu bersukan.
Sebilangan kecil responden memilih skala empat dan empat orang responden memilih
pernyataan tidak pasti manakala seorang lagi responden memilih tidak setuju. Bersukan
merupakan satu aktiviti yang baik untuk jangka masa panjang bagi tubuh kita selain daripada
untuk menyertai sesuatu pertandingan sukan yang dipertandingkan.

60
8.0 PERBINCANGAN
8.1 Mengenal pasti pencapai-pencapaian atlet di SMK Bukit Jalil.
Perbincangan bagi objektif pertama iaitu pencapai-pencapaian atlet di SMK Bukit
Jalil dapat di lihat daripada hasil dapatan kajian yang diperolehi. Pencapaian-pencapaian
atlet di SMK Bukit Jalil dalam bidang sukan berada pada tahap yang agak baik meskipun
terdapat beberapa kekangan ataupun halangan dalam meningkatkan prestasi atlet di
sekolah ini. Pelajar di sekolah ini sememangnya bergiat aktif dalam bidang sukan mereka
juga pernah mewakili sekolah dalam bidang sukan di peringkat negeri dan kebangsaan ,
hanya sebilangan sahaja yang tidak bergiat aktif dalam bidang sukan. Hasil temubual
bersama beberapa orang guru di SMK Bukit Jalil mendapati bahawa kebanyakkan pelajar
mereka sangat meminati bidang sukan tertentu namun terdapat beberapa kekangan
antaranya ketiadaan padang bagi melakukan aktiviti sukan dan ruang yang agak terhad
bagi penggunaannya dalam satu waktu dalam erti kata lain jika 10 kelas mempunyai
masa untuk Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di padang maka di antara 10 kelas
tersebut terpaksa berkongsi ruang yang ada bagi melakukan aktiviti sukan.

8.2 Mengetahui tahap minat pelajar SMK Bukit Jalil dalam bidang sukan.
Perbincangan bagi objektif yang kedua iaitu mengenai minat. minat juga
merupakan salah satu faktor dalam perkembangan prestasi sukan seseorang individu
tersebut selain daripada untuk menyumbangkan tenaga dalam perkembangan sukan
negara. Di dalam dapatan kajian, kita dapat mengetahui dimanakah tahap minat pelajar
SMK Bukit Jalil dalam menceburi bidang sukan mahupun aktiviti di luar bilik darjah.
sebahagian besar daripada responden gemar melakukan aktiviti diluar bilik darjah. Hal ini
juga dapat membantu pihak sekolah mengukur tahap minat para pelajar untuk menceburi
bidang sukan dengan mengadakan beberapa aktiviti di luar bilik darjah ataupun sewaktu
kokurikulum berlangsung. Di situ juga kita boleh lihat sejauh mana pelajar memberi
kerjasama yang baik dan suka melakukan aktiviti tersebut.

61
8.3 Mengenal pasti perancangan jangka masa panjang bagi bidang sukan di Sekolah

Menengah Kebangsaan Bukit Jalil.

Perbincangan bagi objektif yang ketiga ialah mengenai perancangan jangka masa
panjang bagi bidang sukan di SMK Bukit Jalil. Berdasarkan soal selidik yang kami telah
jalankan, terdapat beberapa perancangan bagi setiap responden iaitu pelajar itu sendiri
untuk perancangan jangka masa panjang seperti mengasah bakat yang tersendiri atau
yang sedia lebih mendalam supaya dapat meningkatkan kualiti mutu sukan di sekolah
tersebut. Seterusnya, terdapat juga beberapa responden yang menyatakan ingin
meningkatkan ilmu pengetahuan tentang sukan yang diminati bagi mendalami jiwa sukan
tersebut dan yang terakhir kebanyakkan responden sememangnya harapan dan bercita-
cita untuk menaikkan nama baik sekolah di antara sekolah-sekolah yang cemerlang
dalam bidang sukan mahupun akademik.

62
9.0 CADANGAN KAJIAN

Oleh sebab masih terdapat kekurangan atau kekangan tempat dan peralatan di SMK Bukit Jalil
bagi menjalankan aktiviti sukan atau pendidikan jasmani, saya bercadang untuk guru Pendidikan
Jasmani supaya lebih berfikiran kreatif dengan kemudahan yang tidak mencukupi dan ruang
yang agak kecil itu untuk menjalankan aktiviti sukan atau pendidikan jasmani tersebut.
Berdasarkan kajian yang telah kami jalankan di sekolah tersebut ,pihak kami bercadang
agar sekolah tersebut menggunakan dengan sebaik mungkin kemudahan sukan yang terdapat di
kawasan yang berdekatan sekolah tersebut. Hal ini kerana kedudukan sekolah tersebut yang
terletak di bahagian tengah kota dan berdekatan dengan Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur Sport
City, Majlis Sukan Negara dan beberapa lagi bangunan sukan yang terdapat di kawasan tersebut.
Kami beranggapan supaya pihak sekolah tersebut mengambil inisiatif untuk membuat sesuatu
perjanjian atau jadual bagi meminjam atau menyewa kemudahan yang ada di hadapan sekolah
itu sendiri iaitu kemudahan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk mencungkil anak-anak pelajar di
sekolah tersebut.
Beberapa perkara atau cadangan kami telah senaraikan di atas bagi memastikan sukan di
SMK Bukit Jalil dapat terus membangun dan maju ke hadapan juga agar dapat melahirkan jaguh
sukan yang hebat untuk negara. Usaha dan kreativiti seseorang guru itu amat penting dalam
memastikan setiap permasalahan yang wujud dalam meningkatkan pencapaian sukan di sesebuah
sekolah itu dapat ditanggani dengan baik. Sesungguhnya, guru perlu berusaha membimbing
pelajar ke arah kesukanan seterusnya dapat menjaga kesihatan diri.

63
10. KESIMPULAN

Dapatan kajian telah memenuhi objektif kajian dan menjawab persoalan kajian. Dapatan
kajian menunjukkan kebanyakkan pelajar berpendapat sangat setuju terhadap pernyataan saya
seorang yang suka bersukan. Pernyataan saya selalu menjalani latihan sesuatu sukan dengan
konsisten juga menunjukkan skala likert sangat setuju yang paling tinggi. Keputusan kajian
mungkin dapat membantu pihak sekolah khususnya untuk meningkatkan lagi pencapaian atlet
sekolah.
Para pelajar diharapkan untuk sentiasa berusaha melibatkan diri dalam aktiviti sukan.
Sebagai contoh, pelajar boleh melibatkan diri pada hari kejohanan sukan sekolah. Perkara ini
secara tidak langsung mampu mewujudkan sekolah yang seimbang dari segi akademik mahupun
kokurikulum. Pelajar juga diharapkan agar mempunyai pemakanan yang sihat di samping
mempunyai badan sihat dan cergas. Hal ini demikian kerana pemakanan yang sihat dapat
meningkatkan prestasi sukan setiap individu. Apabila kita berekreasi seperti berbasikal, bermain
badminton dan sebagainya, badan akan mengeluarkan peluh dan berlaku pembakaran lemak
dalam tubuh kita. Kesannya, badan kita menjadi sihat dan cergas serta tidak berasa lesu ketika
belajar di dalam kelas.
Di samping itu, seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk
mengagihkan masa dengan sewajarnya. Hal ini dikatakan demikian kerana murid tersebut akan
menentukan masa yang sesuai untuk memberikan tumpuan terhadap sukan dan masa untuknya
belajar. Sukan juga membentuk murid menjadi seseorang yang berfikiran positif. Hal ini
demikian kerana melalui bersukan seseorang itu mampu berfikir secara rasional dan
berkeyakinan tinggi serta tidak cepat putus asa. Sebagai contoh, Datuk Lee Chong Wei tetap
tidak berputus asa walaupun gagal meraih pingat emas dalam sukan Olimpik.
Akhir kata, jelaslah di sini bahawa melibatkan diri dalam sukan banyak membawa faedah
kepada para pelajar. Pihak kerajaan perlu menyediakan banyak kemudahan untuk bersukan di
sekolah. Ibu bapa pula patut menggalakkan anak-anak mereka bersukan. Begitu juga dengan
guru-guru mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran sukan. Kerjasama antara
semua pihak amat diharapkan agar negara mampu melahirkan jaguh sukan negara yang akan
menyerlah di peringkat antarabangsa.

64
11. RUJUKAN

Hoffman, J.R. 2010. Peroidized training for the Strength/Power Athlete. NSCAs Performance
Training Jornal. Volume 1 Number 9

Ted Eaves. 2009. The Practical Guide To Athletic Training. Jones and Bartlett Publishers.

Wee Eng Hoe. 2009. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Shah Alam. Karisma
Publications Sdn.Bhd

Kamus Dewan. 2005. Edisi Keempat. Kuala Lumpur :Dewan Bahasa Pustaka.

Vincent A. Parnabas, Yahaya Mahamood & Julinamary Parnabas. Tahap Keyakinan Diri
Pelajar-Atlet semasa pertandingan MASUM. https://www.google.com/search?ei=71
AhWr7SBIHevATkioToDg&q=Tahap+Keyakinan+Diri+Pelajar-
Atlet+semasa+Pertandingan+MASUM %29&oq=Tahap+Keyakinan+Diri+Pelajar-
Atlet+semasa+Pertandingan+ MASUM%29&gs.[25 November 2017]

Ismail, Muhammad Hafiz,& Muhammad Firdaus. Kajian mengenai Tahap Kecergasan Fizikal
Berasaskan Kemahiran Motor Bagi Atlet Badminton SUKMA Johor 2008. http://eprints
.utm.my/11740/. [25 November 2017]

Mohad Anizu Mohd Noor & Aldellah Ali. .Kesan Tahap Kebimbangan Sebelum dan Selepas
Pertandingan Di Kalangan Atlet Tinju Peringkat Negeri. http://eprints.utm.my/10846/
[25 November 2017]

65

You might also like