You are on page 1of 38

FAKTOR PERSEKITARAN DAN KEKANGAN MENGAPLIKASIKAN KEMAHIRAN

BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM P&P BAGI MATA PELAJARAN SAINS DI
SEKOLAH MENENGAH

SUBJEK
FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN
[GGGA5032]

KUMPULAN 3 SET 6

PENSYARAH
DR. HAFIZHAH ZULKIFLI

Bil. NAMA AHLI KUMPULAN NO MATRIK


1. HASNUL ‘IFFAH BINTI MOHD NOOR P122424
2. SITI ATIRAH ZAKARIA P122191
3. NURSYAHIRA BINTI SALEH P122196
4. NORSA’DIAH MOHD AFFANDI P123976
5. AIN NADHIRAH NAZRI P123565
FAKTOR PERSEKITARAN DAN KEKANGAN MENGAPLIKASIKAN KEMAHIRAN
BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM P&P BAGI MATA PELAJARAN SAINS DI
SEKOLAH MENENGAH

PENGENALAN

Selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, para guru
diharapkan dapat menerapkan pembelajaran berasaskan elemen kemahiran berfikir berfikir aras
tinggi (KBAT) bagi menggalakkan aktiviti pemikiran yang lebih mendalam dalam kalangan
pelajar (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014). Kemahiran berfikir merupakan kemahiran
paling asas yang boleh dibangunkan di dalam bilik darjah dan merupakan kunci kepada
pencapaian tinggi bagi semua pelajar.

Konsep pemikiran aras tinggi KBAT berasal daripada domain kognitif taksonomi Bloom
yang diasaskan oleh Benjamin Samual Bloom dan diperkenalkan kepada dunia pada tahun 1956,
domain kognitif ini terdiri daripada 6 aras kognitif iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi,
analisis, sintesis dan penilaian (Bloom & Krathwohl, 1956). Domain kognitif dijadikan satu aras
yang digunakan sebagai elemen dalam pentaksiran pelajar bagi mengukur tahap kefahaman
pelajar dalam sesuatu subjek yang telah diajar oleh guru. Dalam Taksonomi Bloom semakan
Anderson beberapa perkara telah di tambah baik termasuk perubahan pada kata kunci 6 tahap
kognitif taksonomi tersebut, perubahan tersebut daripada kata benda kepada kata kerja
(Anderson & Krathwohl 2001). Semakan tersebut hanya dibuat hanya dalam domain kognitif
sahaja tidak dibuat keatas domain afektif dan domain psikomotor. Bilangan tahap kognitif masih
sama selepas dilakukan semakan semula pada 2001 iaitu mengingat, memahami, mengaplikasi,
menganalisis, menilai dan tahap pemikiran yang paling tinggi adalah mencipta, dan dinamakan
dengan Taksonomi Bloom Semakan Anderson. Dalam taksonomi bloom ini pelajar perlu
menguasai tahap pemikiran yang paling rendah terlebih dahulu iaitu mengingat (menghafal)
sebelum menguasai tahap pemikiran seterusnya sehingga ke tahap yang paling tinggi iaitu
mencipta (Anderson, & Krathwohl, 2001).

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia di dalam panduan KBAT Aplikasi Di


Sekolah (2014), KBAT merujuk kepada keupayaan atau kemampuan untuk mengaplikasikan atau
mempraktikkan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi
menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. Pada
abad ke-21 yang serba maju ini kemahiran berfikir amat penting terutamanya dalam kalangan
generasi muda yang sedang meningkat dewasa terutamanya para pelajar yang berada di sekolah
rendah sehingga ke peringkat pengajian tinggi. Ini kerana dalam domain kognitif, seseorang
individu perlu menguasai tahap kemahiran berfikir aras rendah terlebih dahulu bagi
membolehkannya ke peringkat kemahiran berfikir aras tinggi.

Dengan ini, boleh dirumuskan bahawa setiap pelajar perlu menguasai kemahiran berfikir
dalam usaha melahirkan generasi yang mampu mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan
nilai dalam situasi yang baharu. Pendedahan kepada pembelajaran berasaskan projek yang
melibatkan situasi sebenar memberi peluang kepada murid untuk membuat keputusan yang bijak
dan melihat perkaitan ilmu yang dipelajari merentas kurikulum. Kaedah ini boleh mendorong
pelajar menjadi lebih kreatif, kritis, berinovasi, berkeupayaan menyelesaikan masalah, dan
membuat keputusan. Selain itu, cara ini juga mendorong pelajar menguasai kemahiran hidup dan
kerjaya bagi menghadapi kehidupan yang kompleks dan persekitaran kerjaya dalam dunia yang
semakin mencabar.

Aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang dirangka oleh


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menekankan penerapan elemen KBAT dalam proses
pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC) bagi melahirkan pelajar yang mempunyai tahap
pemikiran berfikir aras tinggi serta berdaya saing (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013).
Namun laporan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa atau Programme for International
Student Assessment (PISA) 2018 menunjukkan keputusan penilaian pelajar Malaysia berada pada
peringkat yang rendah jika dibandingkan dengan negara-negara lain yang melibatkan diri
(OECD, 2018). Pada tahun 2009 negara kita pertama kalinya menyertai PISA setelah mendapat
kelulusan Mesyuarat Jemaah (Menteri Abdul Halim, A., 2020). Melalui penyertaan ini dapat
dikenalpasti tahap kelemahan dan penguasaan pelajar dalam literasi bacaan, literasi matematik
dan litarasi sains. Penilaian PISA ini diadakan setiap tiga tahun sekali (NCES, 2022). Merujuk
laporan PISA 2018 dapat dinyatakan bahawa tahap penguasaan subjek sains dalam kalang
pelajar negara kita masih berada pada tahap yang rendah jika dibandingkan dengan negara lain
iaitu 57 daripada 78 negara dengan skor 438 mata untuk subjek sains (OECD, 2018). Prestasi
purata dalam literasi sains pelajar berumur 15 tahun adalah sebanyak 438 mata, kurang 51 mata
berbanding purata skor negara-negara OECD yang menyertai, iaitu sebanyak 489 mata (OECD,
2018). Seperti dalam Rajah 1 di bawah dapat dilihat tahap penguasaan literasi bacaan, literasi
matematik dan literasi sains negara Malaysia dan negara-negara OECD (OECD, 2018).

Rajah 1: Prestasi Pelajar dalam Literasi Bacaan, Literasi Matematik dan Literasi Sains
dalam PISA 2018

Sumber: Laporan Keputusan PISA 2018 oleh Organization for Economic Cooperation
and Development (OECD)

Dalam kajian ini pengkaji mengfokuskan kepada pengaplikasian KBAT di sekolah


menengah dalam mata pelajaran sains (termasuk mata pelajaran sains tulin). Kajian ini ingin
melihat kepada dua aspek yang mungkin mempengaruhi pelaksanaan KBAT iaitu pertama faktor
persekitaran dan cabaran atau kekangan yang mungkin dihadapi dalam pelaksanaan KBAT
dalam P&P mata pelajaran sains.
OBJEKTIF KAJIAN DAN PERSOALAN KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk:

1. Kajian ini ingin mengenal pasti faktor persekitaran yang mempengaruhi pelaksanaan
KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran SAINS di sekolah menengah.
2. Kajian ini ingin mengenal pasti cabaran dan masalah yang dihadapi oleh guru-guru dan
pelajar-pelajar ketika melaksanakan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran SAINS
di sekolah menengah.

Soalan kajian adalah seperti berikut:

1. Apakah faktor persekitaran yang mempengaruhi pelaksanaan amalan KBAT dalam


pengajaran dan pembelajaran SAINS di sekolah menengah?
2. Apakah cabaran dan masalah yang dihadapi ketika pelaksanaan amalan KBAT dalam
pengajaran dan pembelajaran SAINS di sekolah menengah?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah pendekatan kuantitatif dengan menggunakan soalan kaji selidik.
Instrument kajian diadaptasi daripada beberapa kajian lepas dan diubahsuai mengikut kesesuaian
objektif kajian semasa iaitu mengfokuskan kepada matapelajaran sains sekolah menengah seperti
dalam Jadual 1 dibawah. Pengkaji menggunakan skala Likert lima mata yang berjulat dari 1
hingga 5 untuk mewakili "sangat tidak setuju" dan "sangat setuju" seperti dalam Jadual 2.

Jadual 1: Rujukan Instrumen Kajian

Faktor Bilangan Item Rujukan


Faktor Persekitaran (FP) 8 Isa & Mahamod (2021);
Cabaran (CB) 33 Mohd Aderi, et al. (2017);
Peng & Nadaraja (2014).
Sampel soalan kaji selidik dibuat dengan menggunakan aplikasi google form. Soalan kaji
selidik kemudian diedar kepada guru mata pelajaran sains sekolah menengah yang
berpengalaman dalam mengajar mata pelajaran sains. Soalan telah diedarkan melalui platform
media sosial seperti aplikasi Whatsapp dan Telegram.

Soalan kaji selidik dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu: Bahagian I yang
mengandungi latar belakang responden sebanyak 10 soalan; Bahagian II berkenaan faktor
persekitaran (FP) pelaksanaan KBAT dalam P&P mata pelajaran sains terdiri daripada 8 soalan;
Bahagian III ialah cabaran atau kekangan pelaksanaan KBAT dalam P&P mata pelajaran sains
sebanyak 33 soalan.

Data yang telah dikumpulkan dianalisis menggunakan “Statistical Package for Social
Science versi 25.0 (SPSS 25.0). Hasil kajian dibentang dalam bentuk jadual dan statistik
inferens. Statistik keperihalan yang digunakan ialah min dan sisihan lazim.

Jadual 2: Tafsiran skala min


Julat Skor Tahap Min Tafsiran
1.00-1.80 Sangat Tidak Setuju Sangat Negatif
1.81-2.60 Tidak Setuju Negatif
2.61-3.40 Neutral Sederhana
3.41-4.20 Setuju Positif
4.21-5.00 Sangat Setuju Sangat Positif
DAPATAN KAJIAN

Taburan Latar Belakang Responden

Dalam kajian ini demografi responden diambil kira berdasarkan jantina, kaum, umur,
pengalaman mengajar, subjek sains yang diajar, bahasa penyampaian digunakan, tahap
akademik, kawasan sekolah berkhidmat, pengalaman menyertai kursus subjek sains, dan
pengalaman menyertai kursus KBAT. Jadual 3 menunjukkan maklumat demografi responden
dengan lebih terperinci mengenai latar belakang responden yang diperoleh daripada kaji selidik.

Responden guru perempuan menunjukkan (92.6%) didapati lebih banyak berbanding


dengan responden guru lelaki (7.4%). Dari segi kaum pula menunjukkan sebanyak (92.6%)
responden terdiri daripada guru yang berbangsa Melayu dan hanya (7.4%) sahaja daripada kaum
lain-lain. Dari segi umur, majoriti guru sains berumur 30-39 tahun iaitu seramai 11 orang
(40.7%), guru yang berumur 20-29 tahun dan 40-49 tahun mempunyai bilangan yang sama iaitu
6 orang (22.2%) bagi setiap kumpulan umur dan yang terendah ialah golongan guru yang
berumur 50-59 tahun (14.8%).

Dari segi tahap akademik menunjukkan bahawa majoriti guru memiliki kelayakan sarjana
muda pendidikan iaitu seramai 10 orang (37%), golongan kedua yang menunjukkan kekkerapan
dan peratusan tinggi ialah guru yang mempunyai kelayakan diploma pendidikan (18.5%),
masing-masing tahap akademik sarjana pendidikan dan KPLI/DPLI mempunyai seramai 4 orang
guru (14.8%) dan seramai 2 orang guru (7.4%) yang mempunyai sarjana sahaja dan 2 orang guru
lagi mempunyai lain-lain tahap akademik. Terdapat lebih separuh responden yang pernah
mengikuti kursus KBAT iaitu 17 orang guru (63%). Manakala guru yang pernah menyertai
kursus subjek sains ialah seramai 25 orang (92.6).

Hampir separuh orang menggunakan campuran bahasa Inggeris dan bahasa Melayu
dalam penyampaian iaitu sebanyak (48.1%), manakala sebanyak (51.9%) orang guru
menggunakan hanya bahasa Melayu, namun tiada guru yang menggunakan bahasa Inggeris
sepenuhnya dalam penyampaian pengajaran mereka. Dari segi kawasan berkhidmat pula seramai
9 orang (33.3%) berkhidmat di sekolah bandar manakala seramai 18 orang (66.6%) berkhidmat
di kawasan luar bandar.
Jadual 3: Taburan Latar Belakang Responden
DEMOGRAFI DESKRIPTIF (N=27) KEKERAPAN PERATUSAN (%)
JANTINA ● LELAKI 2 7.4
● PEREMPUAN 25 92.6
KAUM ● MELAYU 25 92.6
● CINA 1 3.7
● INDIA
● LAIN-LAIN 1 3.7
UMUR ● 20-29 6 22.2

● 30-39 11 40.7

● 40-49 6 22.2

● 50-59 4 14.8

PENGALAMAN ● KURANG 5 TAHUN 7 25.9


MENGAJAR ● 6-10 TAHUN 2 7.4
SEBAGAI ● 11-15 TAHUN 10 37
GURU ● 16-20 TAHUN 1 3.7
● 21-25 TAHUN 7 25.9
● 26 TAHUN KE ATAS - -
SUBJEK SAINS ● SAINS 17 63
YANG DIAJAR ● BIOLOGI 4 14.8
● FIZIK 4 14.8
● KIMIA 2 7.4
BAHASA ● BAHASA MELAYU SAHAJA 14 51.9
PENYAMPAIAN ● BAHASA INGGERIS SAHAJA - -
DIGUNAKAN ● DWI BAHASA (BM DAN BI) 13 48.1
TAHAP ● DIPLOMA PENDIDIKAN 5 18.5
AKADEMIK/
IKTISAS ● SARJANA MUDA PENDIDIKAN 10 37
PENDIDIKAN ● KPLI/ DPLI 4 14.8
● SARJANA PENDIDIKAN 4 14.8
● SARJANA 2 7.4
● DOKTOR FALSAFAH - -
● LAIN-LAIN 2 7.4
TEMPAT/KAWASAN ● BANDAR 9 33.3
SEKOLAH ● LUAR BANDAR 18 66.6
BERKHIDMAT
MEMPUNYAI PENGALAMAN ● PERNAH 25 92.6
MENYERTAI KURSUS/BENGKEL ● TIDAK 2 7.4
SUBJEK SAINS PERNAH

MEMPUNYAI PENGALAMAN ● PERNAH 17 63


MENYERTAI KURSUS/BENGKEL KBAT ● TIDAK 10 37
PERNAH
Faktor Persekitaran Yang Mempengaruhi Pelaksanaan KBAT Dalam Mata Pelajaran
Sains Di Sekolah Menengah

Merujuk kepada jadual 4, kajian mendapati bahawa kekurangan kemudahan asas merupakan
faktor persekitaran yang menjadi cabaran dan masalah dalam pelaksanaan KBAT, dengan min
skor purata sebanyak (3.62). Ini bermaksud responden bersetuju bahawa fasiliti yang disediakan
oleh pihak sekolah yang tidak mencukupi merupakan cabaran dalam pengaplikasian KBAT.

Jadual 4: Faktor Persekitaran Yang Mempengaruhi Pelaksanaan KBAT Dalam Mata Pelajaran
Sains Di Sekolah Menengah
Min Sisihan Tahap
Item Soalan
Piawaian Interpretasi
Faktor Persekitaran - Fasiliti
1 Kemudahan asas yang tidak mencukupi bagi membantu 3.56 .934 Setuju
pelaksanaan KBAT dalam PdP Sains
2 Kekurangan kemudahan asas seperti komputer bagi 3.63 1.043 Setuju
melaksanakan aktiviti KBAT semasa proses PdP Sains
3 Kekurangan kemudahan asas seperti komputer bagi 3.48 1.087 Setuju
melakukan persediaan mengajar berteraskan KBAT sebelum
proses PdP Sains berlangsung
4 Capaian internet yang rendah mengganggu proses persediaan 3.96 .980 Setuju
bahan KBAT sebelum PdP Sains berlangsung
5 Capaian internet yang rendah mengganggu kelancaran proses 3.85 1.027 Setuju
PdP Sains berteraskan KBAT
6 Ruangan belajar/ Makmal sains yang tidak mencukupi bagi 3.22 1.219 Natural
melaksanakan aktiviti berasakan KBAT dalam PdP Sains
7 Peralatan makmal yang tidak mencukupi bagi membantu 3.56 1.155 Setuju
melaksanakan aktiviti berasaskan KBAT dalam PdP Sains
8 Kurang bahan sokongan bagi merangsang aktiviti KBAT 3.70 1.031 Setuju
dalam PdP Sains.
KESELURUHAN 3.62 0.823 Setuju
Cabaran Dan Masalah Dalam Pelaksanaan KBAT Dalam Mata Pelajaran Sains Di Sekolah
Menengah

Merujuk kepada jadual 5, kajian mendapati cabaran dari aspek pelajar mendapat min skor purata
yang tinggi sebanyak (3.80), ini menyatakan bahawa masalah dari aspek pelajar merupakan
cabaran dan masalah dalam pelaksanaan P&P Sains berasaskan KBAT di sekolah menengah.
Manakala dari aspek cabaran guru, responden bersetuju bahawa latihan dan maklumat yang
diberikan kepada guru dan beban kerja guru merupakan masalah dan cabaran dalam pelaksanaan
KBAT dalam P&P Sains, dengan min skor purata masing masing adalah (3.59) dan (3.82).

Manakala, responden bersepakat bahawa kemahiran pengajaran KBAT, kemahiran bahasa


dan kemahiran ICT guru, bukan satu masalah dan cabaran. Ini kerana, min skor purata
masing-masing berada pada tahap sederhana iaitu (3.29), (3.07) dan (3.32)

Jadual 5: Cabaran Dan Masalah Dalam Pelaksanaan KBAT Dalam Mata Pelajaran Sains Di
Sekolah Menengah.
Min Sisihan Tahap
Item Soalan
Piawaian Interpretasi
Cabaran Pelajar
1 Pelajar mengambil masa yang agak panjang untuk 4.15 .602 Setuju
mengaplikasikan kemahiran berfikir dalam proses
pembelajaran SAINS.
2 Peruntukan masa untuk pengajaran SAINS tidak memadai 3.56 .974 Setuju
3 Pelajar tidak menggunakan bahan-bahan bacaan yang disedia 3.89 .847 Setuju
oleh guru.
4 Pelajar tidak dapat berfikir dengan baik walaupun guru sudah 3.85 .949 Setuju
menyediakan aktiviti yang menarik.
5 Pelajar tidak berminat dalam PdP SAINS berbentuk KBAT. 3.37 1.334 Neutral
6 Pelajar tidak dapat mengikuti aktiviti KBAT yang guru 3.48 1.122 Setuju
sediakan dalam PdP SAINS.
7 Pelajar tidak mahir menjawab soalan KBAT yang diajukan 4.07 .829 Setuju
oleh guru semasa PdP SAINS.
8 Tahap kemampuan pelajar mempengaruhi tahap penyertaan 3.93 .958 Setuju
pelajar dalam PdP Sains berasaskan KBAT.
9 Tahap kemampuan pelajar mempengaruhi tahap pemahaman 3.93 .958 Setuju
pelajar dalam PdP Sains berasakan KBAT.
KESELURUHAN 3.80 0.695 Setuju
Cabaran Guru

Kemahiran Pengajaran KBAT


10 Guru kurang kemahiran dalam pengaplikasian KBAT dalam 3.59 1.118 Setuju
PdP SAINS.
11 Guru kekurangan sumber rujukan dan maklumat untuk 3.56 .974 Setuju
mengaplikasikan KBAT dalam PdP SAINS.
12 Guru kurang tahu tentang kandungan sukatan pelajaran Sains 3.04 .940 Neutral
yang mempunyai unsur KBAT.
13 Guru kurang mahir memilih cara penyampaian yang sesuai 3.04 1.126 Neutral
dengan kebolehan dan kemampuan pelajar.
14 Guru kurang tahu cara untuk melibatkan pelajar secara aktif 3.07 1.072 Neutral
dalam proses PdP Sains.
15 Guru kurang mengetahui bagaimana untuk menilai 3.11 1.050 Neutral
perkembangan pelajar dalam KBAT semasa proses PdP Sains
dijalankan.
16 Guru kurang diberikan pendedahan bagaimana untuk menilai 3.30 1.068 Neutral
perkembangan pelajar dalam KBAT.
17: Guru kurang kemahiran tentang cara meningkatkan tahap 3.59 1.010 Setuju
pengetahuan pelajar dalam KBAT.
18 Guru kurang mahir mengaplikasikan Teknik dan strategi 3.33 1.000 Neutral
pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah dalam PdP
Sains.
19 Guru kurang mahir mengaplikasikan Teknik dan strategi 3.26 .984 Neutral
pembelajaran berasaskan projek dalam Pdp Sains.
KESELURUHAN 3.29 0.718 Neutral
Latihan dan Maklumat yang diberikan kepada Guru
20 Guru tidak mendapat pendedahan yang mencukupi berkenaan 3.67 1.000 Setuju
pelaksanaan KBAT dalam PdP Sains
21 Guru kurang diberikan peluang untuk menyertai bengkel/ 3.63 1.006 Setuju
kursus/program berkenaan pelaksanaan KBAT dalam PdP
22 Kurang tempat rujukan berautoriti berkenaan sebarang 3.48 1.122 Setuju
persoalan berkaitan KBAT.
KESELURUHAN 3.59 0.839 Setuju
Kemahiran Bahasa
23 Kurang penguasaan Bahasa Inggeris oleh guru merupakan 2.81 1.111 Neutral
salah satu faktor penghalang kepada kelancaran dan
keberkesanan KBAT dalam PdP Sains
24 Kurang penguasaan Bahasa Inggeris oleh pelajar merupakan 3.33 1.109 Neutral
salah satu faktor penghalang kepada kelancaran dan
keberkesanan KBAT dalam PdP Sains
KESELURUHAN 3.07 1.181 Neutral
Kemahiran ICT
25 Kurang kemahiran ICT mengganggu proses persediaan guru 3.37 .926 Neutral
sebelum sesi PdP Sains.
26 Kurang kemahiran ICT mengganggu kelancaran pelaksanaan 3.30 .953 Neutral
KBAT dalam sesi PdP Sains.
27 Kurang kemahiran ICT mengurangkan keberkesanan 3.07 1.174 Neutral
pelaksanaan KBAT dalam PdP Sains.
28 Kemahiran teknologi yang tidak mencukupi menjadi 3.67 1.038 Setuju
menghalang penggunaan/pengaplikasian teknologi digital
dalam menerapkan elemen KBAT dalam PdP Sains
29 Faktor usia mempengaruhi tahap penguasaan guru terhadap 3.19 1.075 Neutral
penggunaan teknologi masa kini dalam PdP Sains.
KESELURUHAN 3.32 0.757 Neutral
Beban Kerja
30 Beban kerja yang tinggi menghalang guru membuat 4.19 1.001 Setuju
persediaan bagi menerapkan elemen KBAT dalam PdP Sains
31 Beban tugas yang tinggi mengurangkan motivasi guru dalam 4.15 1.027 Setuju
menerapkan elemen KBAT dalam PdP Sains
32 Beban tugas yang tinggi menyebabkan guru bersikap tidak 3.81 1.001 Setuju
acuh dalam pelaksanaan KBAT dalam PdP Sains
33 Kurang kerja sama antara rakan guru dalam merancang 3.15 .989 Neutral
elemen KBAT dalam PdP Sains
KESELURUHAN 3.82 0.835 Setuju
PERBINCANGAN

Faktor Persekitaran Yang Mempengaruhi Pelaksanaan KBAT Dalam Mata Pelajaran


Sains Di Sekolah Menengah

Kajian ini mendapati bahawa fasiliti sekolah iaitu kemudahan asas masih berada pada tahap yang
rendah. Perkara ini menjadi faktor penghalang dan cabaran bagi pelaksanaan KBAT dalam mata
pelajaran sains di sekolah. Perkara ini mungkin berkait dengan faktor demografi iaitu kawasan
sekolah yang berada diluar bandar. Menurut Stephen (2022) antara masalah asas yang masih
terjadi di sekolah kawasan luar bandar dan juga kawasan pedalaman samaada di semenanjung
mahupun Sabah dan Sarawak antaranya adalah kekurangan kemudahan asas seperti akses
internet yang laju, bilik komputer serta makmal sains. Perkara ini menjadi faktor penghalang
kelancaran proses P&P guru. Selari dengan dapatan analisis demografi responden menunjukkan
66.6% responden berkhidmat di kawasan luar bandar. Majoriti responden juga berpendapat
bahawa kekurangan kemudahan asas yang disediakan di sekolah seperti capaian internet yang
rendah, ruangan belajar dan makmal sains yang tidak mencukupi, serta kekurangan peralatan
makmal dan juga bahan sokongan bagi merangsang aktiviti KBAT dalam Pdp Sains.

Oleh itu, penambahbaikan dalam fasiliti sekolah perlu dilakukan supaya segala
kekurangan dan juga kekangan dapat diatasi dengan segera bagi mencapai matlamat yang di
mahukan. Matlamat ini selaras dengan salah satu daripada inisiatif PPPM dalam laporan tahun
PPPM 2020, iaitu memastikan sekolah mempunyai kemudahan infrastruktur asas untuk
penyampaian kurikulum dan pedagogi yang lebih berkesan (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2020). Di samping itu, ia juga bagi memastikan murid mendapat akses kepada pendidikan yang
berkualiti melalui suasana pembelajaran yang kondusif tanpa mengira lokasi, saiz atau jenis
sekolah.
Cabaran Dan Masalah Dalam Pelaksanaan KBAT Dalam Mata Pelajaran Sains Di Sekolah
Menengah.

Cabaran dari Segi Pelajar

Para pelajar menghadapi cabaran yang paling besar dalam pengaplikasian KBAT dalam subjek
sains. Berdasarkan kajian, antara cabaran dan masalah yang dilalui oleh pelajar dalam
Pelaksanaan KBAT ialah pelajar akan mengambil masa yang agak panjang untuk memahami dan
mengaplikasikan kemahiran berfikir dalam proses pembelajaran Sains terutamanya. Subjek sains
adalah antara subjek yang memerlukan pemikiran aras tinggi untuk mencipta teknologi dan daya
akal yang berkembang untuk mencipta idea-idea baru dalam membangunkan negara.

Selain itu, masalah yang dihadapi pelajar ialah kekangan masa yang tidak mencukupi
dalam pembelajaran dan pengajaran subjek sains di sekolah. Pelajar memerlukan masa yang
panjang untuk berfikir dan mengeluarkan idea-idea yang bernas berkaitan sains. Menurut
Hasmaliza (2016), kebolehan berfikir dengan berkesan adalah perkara yang amat penting dalam
menghadapi dunia yang semakin mencabar pada hari ini. Ini selaras dengan saranan KPM di
mana guru-guru dan pelajar perlu mempersiapkan diri dengan pengetahuan, kemahiran dan
amalan yang baru terutamanya KBAT bagi menyokong dalam mencapai hasrat negara (KPM
2015).

Seterusnya, kajian juga mendapati antara masalah yang paling sukar dihadapi pelajar
ialah pelajar tiada kemahiran menjawab dan memahami soalan yang diajukan oleh guru
berkaitan soalan KBAT dalam subjek sains. Hal ini mungkin kerana pelajar tidak dapat
memahami dengan jelas pembelajaran yang diajarkan oleh guru di dalam kelas menyebabkan
murid tidak dapat menguasai KBAT dalam subjek sains. Walaupun guru-guru telah
menggunakan pelbagai teknik pembelajaran yang menarik, ia tetap menjadi cabaran kerana tidak
semua murid mempunyai tahap pemahaman yang sama. Terdapat beberapa cadangan yang
diutarakan oleh pengkaji bagi menjalankan kajian lanjutan berkenaan pemikiran kritis dan
penyelesaian masalah. Santos (2017) mencadangkan penyelidikan dan analisis lanjut diperlukan
untuk menjelaskan kesan penggunaan kelas berfikir kritis dan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran Sains, serta kesan menggunakan topik Sains untuk meningkatkan pemikiran
kritikal pelajar.
Cabaran dari Segi Guru

Bukan sahaja pelajar yang menghadapi kesukaran dengan pelaksanaan KBAT di sekolah,
guru-guru turut juga merasakannya. Tambahan pula, guru memainkan peranan penting sebagai
seorang pemudahcara.

Kemahiran Pengajaran Berasaskan KBAT

Bagi melaksanakan/menerapkan KBAT dalam P&P, guru perlu memahami elemen KBAT
itu sendiri. KBAT dapat menggalakkan potensi berfikir pelajar untuk berfikir secara kreatif dan
kritis serta dapat mengembangkan daya imaginasi mereka.

Namun begitu, pengetahuan guru tentang elemen KBAT yang terbatas akan menyukarkan
guru untuk merancang dan memilih cara penyampaian yang sesuai untuk diaplikasikan dalam
P&P mereka. Tambahan pula, kajian ini bersikap neutral tentang kekurangan kemahiran guru
dalam menerapkan KBAT dalam P&P sebagai salah satu penghalang.

Guru-guru boleh menyertai bengkel KBAT bagi mendapatkan pendedahan dan


menambah pengetahuan mereka. Bagi menerapkan elemen KBAT dalam P&P, guru boleh
menggunakan permasalahan masalah bagi merangsang kemahiran berfikir pelajar (Mohd
Syaubari, 2022). Guru juga boleh menggunakan peta i-Think bagi membantu pemahaman
pelajar.

Latihan dan Maklumat yang disediakan kepada Guru

Dalam meningkatkan kemahiran guru antara perkara yang paling penting dalam
memastikan pendidikan berkualiti adalah dengan memberikan latihan dan maklumat kepada para
guru. Penguasaan pendidik dapat menyokong proses P&P berjalan dengan lancar. Secara tidak
langsung, penyediaan peluang latihan ini memberi ruang kepada para guru untuk meluaskan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih baik berbanding kaedah tradisional atau
terdahulu. Ianya perlu dirancang dan selari atas kehendak sistem pembelajaran masa kini.
Kebanyakkan guru kurang diberi peluang untuk menyertai bengkel akibat kekangan masa. Ini
akan menjadi permasalahan pada waktu akan datang kerana kurangnya tempat rujukan
berautoriti berkenaan sebarang persoalan berkaitan KBAT di dalam subjek sains.
Guru perlu memainkan peranan penting dalam melaksanakan pembelajaran dari
permulaan sehingga pengakhiran pengajaran dan pembelajaran. Jika guru gagal melaksanakan
dengan baik ini akan mengakibatkan proses pembelajaran kurang berkesan dan merugikan
pelajar. Selain itu, sokongan dari pihak sekolah amatlah penting bagi pemudah cara untuk guru
dan pelajar untuk mendapatkan bahan-bahan rujukan. Contohnya, memberi latihan dalam
penggunaan ICT secara meluas dan bimbingan menyeluruh agar dapat melicinkan sesuatu
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.

Kemahiran Bahasa

Aspek kemahiran bahasa adalah amat penting untuk menggalakan hubungan dua hala
antara para pelajar dan guru untuk berkomunikasi. Guru hendaklah memberi komitmen yang
yang tinggi untuk memupuk semangat pelajar untuk berkomunikasi dalam bahasa inggeris
terutama di dalam subjek sains. Tahap penguasaan bahasa inggeris perlu dititik beratkan dalam
kaedah pengajaran dan pembelajaran.Ini penting bagi menyokong pengajaran KBAT yang
dilaksanakan dengan berkesan.

Hasil kajian mendapati rata-rata responden bersikap neutral dalam memberi pendapat
penguasaan bahasa inggeris menjadi faktor penghalang kepada keberkesanan KBAT yang
menyukarkan guru untuk melaksanankan KBAT dalam P&P Sains.

Oleh yang demikian, bengkel atau kelas kemahiran bahasa harus diwujudkan bagi
mengukuhkan tahap penguasaan bahasa inggeris dalam kalangan para pelajar dan guru.Ini kerana
dapat dilihat ia menjadi faktor penghalang kepada kelancaran dan keberkesanan KBAT dalam
P&P Sains. Seterusnya, proses P&P di sekolah akan bertambah baik dan kualiti penguasaan
bahasa inggeris semakin meningkat.

Kemahiran ICT

Hasil kajian mendapati rata-rata responden bersikap neutral dalam memberi pendapat
kurang kemahiran ICT menyukarkan guru melaksanankan KBAT. Namun begitu, hasil kajian
mendapati Kemahiran teknologi yang tidak mencukupi menjadi penghalang para guru
menerapkan elemen KBAT dalam P&P Sains. Hal ini selari dengan kajian oleh Radzi et al, 2018
yang menyatakan ketandusan kemahiran dan ilmu dalam menggunakan teknologi menyukarkan
para guru menyediakan pengajarann yang menerapkan elemen KBAT.

Selain itu, kemudahan dan kelengkapan proses P&P yang bersesuaian mestilah
disediakan kepada guru-guru. Pihak bertanggungjawab mestilah memandang serius
berkaitan kemudahan dan kelengkapan P&P kerana ia merupakan antara penyumbang
kepada keberkesanan KBAT di sekolah. Sepertimana hasil dapatan ini yang menunjukkan
bahawa cabaran utama yang dihadapi oleh guru dalam pelaksanaan KBAT di sekolah ialah
bilangan murid yang ramai dalam setiap kelas. Ini menunjukkan bahawa guru masih tidak
diberikan kemudahan dan kelengkapan yang baik bagi mereka menjalankan proses P&P. Hal ini
juga kemungkinan turut menjadi penyumbang kepada tahap kompetensi guru dalam pelaksanaan
KBAT yang masih berada pada tahap sederhana. Pihak pengurusan seharusnya
berusaha bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif dan bersesuaian bagi guru
melaksanan KBAT. Para guru juga perlu turut berusaha bagi melaksanakn KBAT dalam
proses P&P melalui pelbagai cara yang lebih kreatif dan inovatif. Usaha ini perlu digalas secara
bersama bagi memastikan ianya dapat direalisasikan dan seterusnya mencapai matlamat
yang telah disasarkan (Radzi et al, 2018).

Beban Kerja

Selain itu, dapatan kajian menunjukkan bebanan kerja yang tinggi menghalang para guru
untuk membuat persediaan pengajaran yang menerapkan elemen KBAT. Menurut Md Hassan et
al,2021 keperluan guru untuk menyediakan soalan-soalan KBAT yang bersesuaian dengan
tahap kemahiran pelajar serta menggunakan kata kunci yang mudah difahami. Kesesuaian
soalan dengan tahap kemahiran pelajar dan penggunaan kata kunci yang mudah difahami
merupakan antara perkara penting yang perlu diberi perhatian bagi memastikan
keberkesanan penerapan elemen KBAT dalam kalangan pelajar. Proses pengajaran dan
pembelajaran perlu dirancang dengan teliti agar kaedah terbaik dapat digunakan bagi
memperkasa pelajar, terutama dalam menjawab soalan-soalan KBAT. Namun begitu, guru
didapati mempunyai masa yang tidak mencukupi untuk merancang pengajaran yang
benar-benar berkesan dalam menerapkan KBAT dalam kalangan pelajar. Selain itu, kebanyakan
guru mengalami kesukaran dalam melaksanakan strategi-strategi dan aktiviti-aktiviti yang
melibatkan KBAT disebabkan kekangan masa meskipun para guru menyedari kepentingan
KBAT dalam pembelajaran pelajar (Md Hassan et al,2021)

Hasil dapat kajian ini juga selari dengan kajian yang dilakukan oleh Kamarudin & Taat
(2020) yang secara signifikannya, menyatakann konklusi hasil dapatan kajian memberi
petunjuk bahawa guru - guru yang mengajar di sekolah sememangnya berhadapan dengan
pelbagai masalah yang berkaitan dengan sikap dan tingkah laku pelajar melibatkan masalah
disiplin, tahap motivasi yang rendah, penguasaan akademik yang lemah, kekangan terhadap
peruntukan waktu yang agak terhad bagi pelaksanaan pelbagai aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam dan luar kelas, terutama penyediaan rancangan pengajaran harian dan
bahan bantu mengajar, menghabiskan sukatan pelajaran dan memeriksa buku latihan dan
aktiviti pelajar. Selain itu, guru turut dibebani dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab
melibatkan kerja - kerja pentadbiran, merancang dan melaksanakan pelbagai program,
selain menghadiri kursus dan bengkel sehingga menyebabkan guru terbeban dengan pelbagai
tanggungjawab yang perlu diurus dan dilaksana dalam tempoh waktu yang agak terhad.
(Kamarudin & Taat, 2020).

KESIMPULAN

Kesimpulannya, Faktor persekitaran yang mempengaruhi pelaksaaan KBAT di sekolah


masih perlu diperbaiki dan diteliti terutamanya dari segi kemudahan asas yang diperlukan dalam
proses pelaksanaan KBAT dalam P&P mata pelajaran sains. Selain itu, cabaran dan halangan
dalam pengaplikasian KBAT seperti kekangan dari aspek pelajar itu sendiri, Latihan dan
maklumat berkenaan KBAT yang disalurkan kepada guru, serta beban kerja yang ditanggung
oleh guru juga perlu diberi perhatian serta ditambah baik oleh pihak sekolah mahupun pihak
KPM. Usaha ini perlu bagi melancarkan proses P&P berteraskan KBAT, seperti yang
dikehendaki oleh pihak KPM yang dinyakatakn dalam aspirasi PPPM 2013-2025. Untuk
mencapai matlamat yang diharapkan, pihak yang bertanggungjawab perlu dari setiap sudut dan
aspek yang berkemungkinan boleh menjadi penghalang kepada pencapaian matlamat yang
diinginkan.
RUJUKAN

Abdul Halim, A. (2020). Pentaksiran PISA: Di Mana Kedudukan Malaysia Untuk Literasi
Matematik Dalam Kalangan Negara Asia Tenggara? Retrieved from
https://people.utm.my/halim/bahagian-3-pentaksiran-pisa-di-mana-kedudukan-malaysia-unt
uk-literasi-matematik-dalam-kalangan-negara-asia-tenggara/

Aderi, M., & Ajmain, T. (2017). Teachers' Practice of Higher Order Thinking Skills in the
Lesson of Islamic Education. Tinta Artikulasi Membina Ummah, 3(2), 1-13.

Anderson, L. W., & Krathwohl, D. R. (2001). A Taxonomy for Learning, Teaching and
Assessing: A Revision of Bloom’s Taxonomy of Educational Objectives: Complete Edition.
New York: Longman.

Bloom, B. S., & Krathwohl, D. R. (1956). Taxonomy of educational objectives; the classification
of educational goals by a committee of college and university examiners. Handbook I:
Cognitive Domain. New York, NY; Longmans, Green.

Hasan, M., Zakaria, N., & Shaffeei, K. (2020). CHALLENGES OF 21ST CENTURY
PRIMARY SCHOOL EDUCATION. International Journal of Modern Education, 2,
01-08. doi:10.35631/IJMOE.25001

Isa, N. S. M., & Mahamod, Z. (2021). Level Of Knowledge, Attitudes and Problems Among
Malay Language Teachers Regarding The Application of The Higher-Order Thinking Skills
in Malay Literature Teaching and Learning. Asian People Journal, 4(1), 93-107.
doi:10.37231/apj.2021.4.1.255

Jusoh, N., & Osman, K. (2019). Tahap Kesediaan dan Keperluan Latihan Guru dalam
Mengaplikasikan KBAT dalam PDPC Sains. International Journal of Modern Trends in
Social Sciences, 2(8), 42-54.

Kamarudin, S., & Taat, M. S. (2020). Faktor Tingkah Laku Pelajar, Kekangan Masa, Beban
Tugas Dan Tekanan Kerja Dalam Kalangan Guru. Malaysian Journal of Social Sciences and
Humanities (MJSSH), 5(9), 114 - 124. https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i9.481
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020). Laporan Tahunan 2020 Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2020. Retrieved from
https://www.moe.gov.my/muat-turun/penerbitan-dan-jurnal/pppm-2013-2025-pendidikan-pr
asekolah-hingga-lepas-menengah/4600-laporan-tahunan-pppm-2020/file

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Pencapaian Malaysia Dalam PISA 2018. Retrieved
from
https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/pengumuman/pencapaian-malaysia-dalam-pisa-20
18

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Aplikasi Di Sekolah.
Selangor: Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


2013-2025. Retrieved from Putrajaya:
https://www.moe.gov.my/menumedia/media-cetak/penerbitan/1813-pppm-2013-2025/file#:
~:text=Sistem%20pendidikan%20di%20Malaysia%20menjelang,sama%20kepada%20pendi
dikan%20berkualiti%2C%20dan

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2015. Buletin Anjakan, Buletin Transformasi Pendidikan


Negara: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan Pelaksanaan KBAT di Sekolah.

Mahmud, S. N. D., Nasri, N. M., Samsudin, M. A., & Halim, L. (2018). Science teacher
education in Malaysia: challenges and way forward. Asia-Pacific Science Education,
4(1), 8. doi:10.1186/s41029-018-0026-3

Md Hassan, N., Mohd Noor, N. A. N. F., Thasarathan, Y., Zainudin, Q. N., Zainur, N. S. A.,
Mohamad Rizuaden, N. R. N., Muhamad Fauzi, N. A., Tumin, N., & Mohamad Jefri, N. A.
S. (2021). Perspektif Guru Terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Kalangan
Pelajar. Journal of Humanities and Social Sciences, 3(2), 50-56.
https://doi.org/10.36079/lamintang.jhass-0302.237

Mohd Aderi, D., Ajmain, T., & Zarihan, E. (2017). Teachers' Practice of Higher Order Thinking
Skills in the Lesson of Islamic Education. 3, 1-13.
National Center for Education Statistics (NCES). (2022). Program For International Student
Assessment (PISA). Retrieved from https://nces.ed.gov/surveys/pisa/

Radzi, N. M., & binti Muzammil, N. F. (2018). Tahap kompetensi guru dalam pelaksanaan
kemahiran berfikir aras tinggi di sekolah kebangsaan daerah Sepang, Selangor. JuKu: Jurnal
Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 6(4), 12-28.

Organization for Economic Cooperation and Development (OECD). (2018). PISA 2018 Results.
Retrieved from https://www.oecd.org/pisa/publications/pisa-2018-results.htm

Organization for Economic Cooperation and Development (OECD). (2018). Malaysia Student
performance (PISA 2018). Retrieved from
https://gpseducation.oecd.org/CountryProfile?primaryCountry=MYS&treshold=10&topic=P
I

Peng, C. F., & Nadaraja, S. (2014). Implementation of Critical and Creative Thinking Skills in
the Teaching and Learning of Literature Component in Secondary Schools. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu JPBM, 4(2), 10-24.

Santos, L.F. (2017). The Role of Critical Thinking in Science Education. Journal of Education
and Practice 8 (20). www.iiste.org.

Shukor, N., Abdullah, Z., Abd halim, N., & Mohamad Said, M. N. H. B. (2014). Enriching
STEM curriculums with integration of MIT BLOSSOMS and Higher Order Thinking
Skills (HOTS).

Stephen, J. (2022). Pemerkasaan Pendidikan Luar Bandar Masih Jauh Dan Berliku. Retrieved
from https://www.mediarania.com/2022/08/25/pemerkasaan-pendidikan-luar-bandar-masih-
jauh- dan-berliku-jame-stephen/

Sulaiman, T., Muniyan, V., Madhvan, D., Hasan, R., & Rahim, S. S. A. (2017). Implementation
of Higher Order Thinking Skills in Teaching Of Science: A Case Study in Malaysia.
International Research Journal of Education and Sciences, 1(1).
DRAF SOALAN KAJI SELIDIK

BERTAJUK:
FAKTOR PERSEKITARAN DAN CABARAN PELAKSANAAN KEMAHIRAN
BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM PDP MATA PELAJARAN SAINS DI
SEKOLAH MENENGAH

SUBJEK
FALSAFAH DN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
[GGGA5032]

KUMPULAN 3 SET 6

PENSYARAH
DR HAFIZHAH ZULKIFLI

Bil. NAMA AHLI KUMPULAN NO MATRIK

1. HASNUL ‘IFFAH BINTI MOHD NOOR P122424

2. SITI ATIRAH ZAKARIA P122191

3. NURSYAHIRA BINTI SALEH P122196

4. NORSA’DIAH MOHD AFFANDI P123976

5. AIN NADHIRAH NAZRI P123565


FAKTOR PERSEKITARAN DAN CABARAN PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
(KBAT) DALAM PDP SUBJEK SAINS DI PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kajian ini adalah sebahagian daripada keperluan tugasan berkumpulan subjek Falsafah Dan
Perkembangan Pendidikan (GGGA5032) bagi Program Diploma Lepasan Ijazah di Fakulti
Pendidikan UKM.

Maklumat pengenalan diri adalah SULIT dan akan digunakan untuk tujuan akademik sahaja.
Kami mengucapkan terima kasih terlebih dahulu atas kerjasama anda untuk melengkapkan
borang kaji selidik. Tanpa bantuan anda, penyelidikan ini tidak akan berjaya.

Set soal selidik dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu:

Bahagian I: Latar belakang responden. (13 soalan)


Bahagian II: Faktor Persekitaran pelaksanaan KBAT dalam PdP SAINS. (12 soalan)
Bahagian III: Cabaran pelaksanaan KBAT dalam PdP SAINS. (30 soalan)

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi:


Emel: p122424/p122191@siswa.ukm.edu.my
No. Telefon: +60186601544

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
OBJEKTIF KAJIAN PERSOALAN KAJIAN

1. Kajian ini ingin mengenal pasti faktor persekitaran yang Apakah faktor persekitaran yang mempengaruhi pelaksanaan
mempengaruhi pelaksanaan KBAT dalam pengajaran dan amalan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran SAINS di
pembelajaran SAINS di sekolah menengah. sekolah menengah?

2. Kajian ini ingin mengenal pasti cabaran dan masalah yang dihadapi Apakah cabaran dan masalah yang dihadapi ketika pelaksanaan
oleh guru-guru dan pelajar-pelajar ketika melaksanakan KBAT amalan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran SAINS di
dalam pengajaran dan pembelajaran SAINS di sekolah menengah. sekolah menengah?
(1) FAKTOR PERSEKITARAN
BAHAGIAN A. FAKTOR PERSEKITARAN (FP)

Arahan: Menggunakan skala yang diberikan, sila nyatakan faktor persekitaran yang mempengaruhi pelaksanaan KBAT dalam mata pelajaran sains di sekolah menengah. Pada skala 1-5,

sila jawab soalan di bawah.

Skala yang digunakan:

(1) Sangat Tidak Setuju (2) Tidak Setuju (3) Neutral (4) Setuju (5) Sangat Setuju

PENILAIAN PENILAI KOMENTAR/


ULASAN
(SILA TANDAKAN (√) MENGIKUT KESESUAIAN)

KESESUAIAN (Relevancy) KEJELASAN (Clarity)

Definisi Konstruct Item Soalan (1) (2) (3) (4) (1) (2) (3) (4)

Tidak Item Perlu Sesuai Sangat Tidak Item Jelas Sangat Jelas
Sesuai Beberapa Tetapi Sesuai Jelas Perlu Tetapi
Sama Sekali Semakan Perlu Bebera Perlu
Sedikit pa Sedikit
Semakan Semaka Semaka
n n

FAKTOR FP1: Kemudahan asas yang tidak mencukupi bagi


PERSEKITARAN membantu pelaksanaan KBAT dalam PdP Sains
(FP)

FP2: Kekurangan kemudahan asas seperti komputer


bagi melaksanakan aktiviti KBAT semasa proses
PdP Sains
FP3: Kekurangan kemudahan asas seperti komputer
bagi melakukan persediaan mengajar
berteraskan KBAT sebelum proses PdP Sains
berlangsung

FP4: Capaian internet yang rendah mengganggu


proses persediaan bahan KBAT sebelum PdP
Sains berlangsung

FP5: Capaian internet yang rendah mengganggu


kelancaran proses PdP Sains berteraskan KBAT

FP6: Ruangan belajar/ Makmal sains yang tidak


mencukupi bagi melaksanakan aktiviti
berasakan KBAT dalam PdP Sains

FP7: Peralatan makmal yang tidak mencukupi bagi


membantu melaksanakan aktiviti berasaskan
KBAT dalam PdP Sains

FP8: Kemahiran teknologi yang tidak mencukupi


menjadi menghalang
penggunaan/pengaplikasian teknologi digital
dalam menerapkan elemen KBAT dalam PdP
Sains
FP9: Faktor usia mempengaruhi tahap penguasaan
guru terhadap penggunaan teknologi masa kini
dalam PdP Sains.

FP10: Kurang bahan sokongan bagi merangsang


aktiviti KBAT dalam PdP Sains.

FP11: Tahap kemampuan pelajar mempengaruhi tahap


penyertaan pelajar dalam PdP Sains berasaskan
KBAT.

FP12: Tahap kemampuan pelajar mempengaruhi tahap


pemahaman pelajar dalam PdP Sains berasakan
KBAT.
(2) CABARAN DAN HALANGAN
BAHAGIAN B: CABARAN DAN HALANGAN (CH)

Arahan: Menggunakan skala yang diberikan, sila nyatakan cabaran dan masalah dalam pelaksanaan KBAT dalam mata pelajaran sains di sekolah menengah. Pada skala 1-5, sila jawab
soalan di bawah.

Skala yang digunakan:

(1) Sangat Tidak Setuju (2) Tidak Setuju (3) Neutral (4) Setuju (5) Sangat Setuju

PENILAIAN PENILAI KOMENTAR/


ULASAN
(SILA TANDAKAN (√) MENGIKUT KESESUAIAN)

KESESUAIAN (Relevancy) KEJELASAN (Clarity)


Definisi (1) (2) (3) (4) (1) (2) (3) (4)
Item Soalan
Konstruct
Tidak Item Sesuai Sangat Tidak Item Jelas Sang
Sesuai Perlu Tetapi Sesuai Jelas Perlu Tetapi at
Sama Bebera Perlu Bebera Perlu Jelas
Sekali pa Sedikit pa Sedikit
Semaka Semakan Semaka Semakan
n n

CABARAN CB1: Pelajar mengambil masa yang agak panjang untuk


DAN mengaplikasikan kemahiran berfikir dalam proses pembelajaran
HALANGAN SAINS.
(CH)

CB2: Peruntukan masa untuk pengajaran SAINS tidak memadai

CB3: Pelajar tidak menggunakan bahan-bahan bacaan yang disedia


oleh guru.
CB4: Pelajar tidak dapat berfikir dengan baik walaupun guru sudah
menyediakan aktiviti yang menarik.

CB5: Pelajar tidak berminat dalam PdP SAINS berbentuk KBAT.

CB6: Pelajar tidak dapat mengikuti aktiviti KBAT yang guru sediakan
dalam PdP SAINS.

CB7: Pelajar tidak mahir menjawab soalan KBAT yang diajukan oleh
guru semasa PdP SAINS.

CB8: Guru tidak mendapat pendedahan yang mencukupi berkenaan


pelaksanaan KBAT dalam PdP Sains

CB9: Guru kurang kemahiran dalam pengaplikasian KBAT dalam PdP


SAINS.

CB10: Guru kekurangan sumber rujukan dan maklumat untuk


mengaplikasikan KBAT dalam PdP SAINS.

CB11: Guru kurang tahu tentang kandungan sukatan pelajaran Sains


yang mempunyai unsur KBAT.
CB12: Guru kurang mahir memilih cara penyampaian yang sesuai
dengan kebolehan dan kemampuan pelajar.

CB13: Guru kurang tahu cara untuk melibatkan pelajar secara aktif
dalam proses PdP Sains.

CB14: Guru kurang mengetahui bagaimana untuk menilai


perkembangan pelajar dalam KBAT semasa proses PdP Sains
dijalankan.

CB15: Guru kurang diberikan pendedahan bagaimana untuk menilai


perkembangan pelajar dalam KBAT.

CB16: Guru kurang kemahiran tentang cara meningkatkan tahap


pengetahuan pelajar dalam KBAT.

CB17: Guru kurang mahir mengaplikasikan Teknik dan strategi


pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah dalam PdP Sains.

CB18: Guru kurang mahir mengaplikasikan Teknik dan strategi


pembelajaran berasaskan projek dalam Pdp Sains.

CB19: Guru kurang diberikan peluang untuk menyertai bengkel/


kursus/program berkenaan pelaksanaan KBAT dalam PdP
CB20: Guru kurang berminat menghadiri bengkel/ kursus/program
berkait dengan KBAT dalam PdP Sains

CB21: Kurang penguasaan Bahasa Inggeris oleh guru merupakan salah


satu faktor penghalang kepada kelancaran dan keberkesanan
KBAT dalam PdP Sains

CB22: Kurang penguasaan Bahasa Inggeris oleh pelajar merupakan salah


satu faktor penghalang kepada kelancaran dan keberkesanan
KBAT dalam PdP Sains

CB23: Kurang kemahiran ICT mengganggu proses persediaan guru


sebelum sesi PdP Sains.

CB24: Kurang kemahiran ICT mengganggu kelancaran pelaksaaan KBAT


dalam sesi PdP Sains.

CB25: Kurang kemahiran ICT mengurangkan keberkesanan pelaksaaan


KBAT dalam PdP Sains.

CB26: Beban kerja yang tinggi menghalang guru membuat persediaan


bagi menerapkan elemen KBAT dalam PdP Sains
CB27: Beban tugas yang tinggi mengurangkan motivasi guru dalam
menerapkan elemen KBAT dalam PdP Sains

CB28: Beban tugas yang tinggi menyebabkan guru bersikap tidak acuh
dalam pelaksanaan KBAT dalam PdP Sains

CB29: Kurang kerja sama antara rakan guru dalam merancang elemen
KBAT dalam PdP Sains

CB30: Kurang tempat rujukan berautoriti berkenaan sebarang persoalan


berkaitan KBAT.
(3) DEMOGRAFIK RESPONDEN
BAHAGIAN D. LATAR BELAKANG REPONDEN/ DEMOGRAFIK RESPONDEN

PENILAIAN PENILAI KOMENTAR/


ULASAN
(SILA TANDAKAN (√) MENGIKUT KESESUAIAN)

SOALAN KATEGORI/TAHAP KESESUAIAN (Relevancy) KEJELASAN (Clarity)


(1) (2) (3) (4) (1) (2) (3) (4)

Tidak Item Perlu Sesuai Sangat Tidak Item Jelas Sangat


Sesuai Beberapa Tetapi Sesuai Jelas Perlu Tetapi Jelas
Sama Semakan Perlu Bebera Perlu
Sekali Sedikit pa Sedikit
Semakan Semaka Semakan
n

JANTINA ● LELAKI

● PEREMPUAN

KAUM ● MELAYU

● CINA

● INDIA

● LAIN-LAIN

UMUR (NYATAKAN)
PENGALAMAN MENGAJAR ● KURANG 5 TAHUN
SEBAGAI GURU

● 6-10 TAHUN

● 11-15 TAHUN

● 16-20 TAHUN

● 21-25 TAHUN

● 26 TAHUN KE ATAS

JENIS SEKOLAH ● SEKOLAH CAMPUR LELAKI DAN


MENENGAH PEREMPUAN

● SEKOLAH LELAKI SAHAJA

● SEKOLAH PEREMPUAN SAHAJA

PENGALAMAN MENGAJAR (NYATAKAN TEMPOH MENGAJAR)

SUBJEK SAINS
SUBJEK SAINS YANG DIAJAR ● SAINS

● BIOLOGI

● FIZIK

● KIMIA

BAHASA PENYAMPAIAN ● BAHASA MELAYU SAHAJA

DIGUNAKAN DALAM PDP ● BAHASA INGGERIS SAHAJA

● DWI BAHASA (BM DAN BI)

TAHAP AKADEMIK/ IKTISAS ● DIPLOMA PENDIDIKAN


PENDIDIKAN

● SARJANA MUDA PENDIDIKAN

● KPLI/ DPLI

● SARJANA PENDIDIKAN

● SARJANA

● DOKTOR FALSAFAH

● LAIN-LAIN
● NEGERI
TEMPAT/KAWASAN SEKOLAH
BERKHIDMAT

● DAERAH

● BANDAR

● NAMA SEKOLAH

BIDANG PENGKHUSUSAN (NYATAKAN)

MEMPUNYAI PENGALAMAN PERNAH/TIDAK PERNAH


MENYERTAI
KURSUS/BENGKEL/PROGRAM
SUBJEK SAINS

MEMPUNYAI PENGALAMAN PERNAH/ TIDAK PERNAH


MENYERTAI
KURSUS/BENGKEL/PROGRAM KBAT

You might also like