You are on page 1of 10

PENGENALAN

Ujian ialah satu kaedah, tugas atau prosedur yang digunakan untuk memperoleh
pemerhatian yang sistematik tentang sifat, atau trait seseorang berhubung dengan aspek
pendidikan atau psikologi (Mokhtar Ismail, 1995). Ia penting dalam memperlihatkan kejayaan
atau kegagalan calon dalam sesuatu peperiksaan. Selain itu ia juga berfungsi untuk memilih dan
menempatkan calon dalam kumpulan pelajar tertentu serta mengenal pasti kelemahan-kelemahan
pelajar.
Salah satu ujian yang dikendalikan di sekolah rendah ialah ujian PEKA. PEKA
merupakan penilaian berasaskan sekolah yang dilaksanakan sebagai sebahagian daripada proses
pengajaran dan pembelajaran sains. Kajian ini adalah berasaskan model CIPP (Context, Input,
Process and Product) yang terbahagi kepada penilaian terhadap empat aspek sesuatu program
yang terdiri daripada konteks, input, proses dan produk atau hasil. Model ini digunakan dalam
kajian ini kerana model ini menepati kegunaan penilaian, jenis penilaian, metodologi yang
digunakan dan persoalan yang ditetapkan dalam kajian ini (Stufflebean 2003).
Pengenalan Penilaian Kemahiran Amali (PEKA) di peringkat darjah 5 pada tahun 2008
oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) membuktikan kesungguhan Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) mengatasi masalah murid yang lemah dalam menguasai konsep
sains dan kemahiran proses sains (KPS). Ujian ini lebih kepada menilai kriteria penguasaan
murid.
PEKA merupakan penilaian yang dijalankan dengan melibatkan teori dan amali.
Pentaksiran dilakukan terhadap KPS dan kemahiran manipulatif sains yang dapat dikuasai oleh
murid. Pengetahuan dan pendedahan yang efektif kepada guru dapat memastikan kualiti
perlaksanaan PEKA dijalankan dengan baik. Keperluan pendedahan amat diperlukan oleh guru
dalam melaksanakan kurikulum PEKA ini. Richards (2001) menyatakan bahawa setiap program
pendidikan perlu berteraskan kepada keperluan dan program ini memerlukan kepada prosedur
tertentu untuk menganalisis dan menilai pencapaian murid.

MATLAMAT PEKA
Ujian Rujukan Kriteria ialah satu pendekatan penaksiran di mana prestasi pelajar ditaksir
berdasarkan kriteria yang telah di tentukan dan ditakrifkan dengan jelas dan tidak dibanding
dengan prestasi pelajar lain (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999). Penjaminan kualiti pula
merujuk kepada tindakan yang terancang dan tersusun yang perlu dilaksanakan bagi memberi
keyakinan yang mencukupi bahawa produk yang akan dilahirkan memenuhi keperluan kualiti
yang dinyatakan. Produk dalam konteks ini ialah individu yang telah melalui satu proses
pendidikan manakala kualitinya ialah ciri-ciri individu yang tertera dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
PEKA sains merupakan sistem penaksiran yang dilaksanakan (dirancang, ditadbir, diskor,
dirumus dan dilaporkan) di peringkat sekolah sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan kerangka yang ditetapkan dan dimoderatkan. Dimana penaksiran yang
dilakukan mestilah berdasarkan prinsip-prinsip penaksiran. Prinsip-prinsip penaksiran yang
digunakan di dalam PEKA ialah
1.

Pentaksiran terhadap pelajar hanya boleh dilakukan sekiranya pelajar tersebut telah
mengikuti proses pembelajaran.

2.

Pelajar hendaklah diberitahu terlebih dahulu apa yang hendak ditaksir terhadap dirinya.

3.

Pelajar bersedia untuk ditaksir.


Dalam pemeratian guru penaksir dan laporan amali yang dibuat oleh pelajar, guru

penaksir boleh mencari petunjuk-petunjuk prestasi bagi membuktikan penguasaanpelajar


terhadap sesuatu kriteria. Tahap penguaaan sesuatu aspek adalah berdasarkan kriteria-kriteria
yang ditetapkan. Kriteria-kriteria merupakan penyataan yang menunjukkan satu aras minimum
yang mesti dikuasai oleh pelajar. Dapatan daripada PEKA akan diambil kira dalam pemberian
gred bagi mata pelajaran yang berkenaan. Selain daripada itu dapatan PEKA digunakan oleh
guru untuk mengesan penguasaan dan pencapaian pelajar dalam elemen yang diukur. Disamping
itu PEKA juga digunakan untuk mengetahui keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
dan seterusnya mengambil tindakan susulan untuk mengatasi kelemahan tersebut.

KEPENTINGAN UJIAN PEKA


Per Morten (1999) membuat kajian mengenai aktiviti penilaian saintifik dalam TIMSS
( Third International Mathermatics and Science Study) ke atas pelajar-pelajar Norwegian
(Norway). Beliau mendapati penilaian prestasi kerja sains pelajar boleh diukur melalui
kebolehan menyelesaikan masalah dan kemahiran ini merupakan kemahiran peringkat tinggi
melibatkan pendekatan secara inkuiri. Daripada kaji selidik yang dijalankan boleh dirumuskan
bahawa:
i)

Bukti adalah diperlukan untuk setiap kesimpulan atau keputusan yang dibuat

ii)

Perbincangan untuk setiap hasil aktiviti kajiselidik perlu disertai oleh alasan yang bernas
Revital T. Tal et.al, (2000) telah membuat kajian ke atas pelajar gred 6 th. di utara Israel

mengenai sistem penilaian alternatif berdasarkan projek dalam sains dan mendapati bahawa
penilaian berasaskan sekolah telah memberikan maklumat yang sah atau kukuh tentang
pencapaian pelajar. Ia juga merupakan suatu penilaian berbentuk formatif yang boleh membantu
pencapaian pelajar dan seterusnya meningkatkan profesionalisme perguruan (Black 1998; Worth
1993).
Menurut Harlen (1998) penilaian formatif memberi banyak ruang kepada guru untuk
mengesan penguasaan pelajar dan halangan yang wujud. Menurut beliau lagi penilaian secara
berterusan ini dapat membantu pembelajaran pelajar. Oleh itu guru dan pelajar harus sedar
bagaimana ia boleh dilaksanakan. Harlen mencadangkan strategi yang boleh digunakan untuk
membantu pembelajaran kemahiran proses sains pelajar iaitu:
a) Menyediakan banyak peluang kepada pelajar menggunakan proses sains.
b) Menggalakkan pelajar memberi pandangan yang kritikal bagaimana aktiviti sains mereka
boleh dilaksanakan dengan membincangkannya. Sekiranya mereka perlu mengulangi aktiviti,
mereka boleh memperbaikinya.
c) Memberi maklum balas berdasarkan kualiti tugasan dan bukan berdasarkan individu
d) Melibatkan pelajar dengan perbincangan metakogmisi tentang prosedur yang telah dilaLui
supaya pelajar dapat melihat kesesuaian dengan penyiasatan lain.
e) Mengajar teknik dan bahasa untuk kemahiran yang tinggi
3

f) Memberi pelajar akses kepada percontohan yang memenuhi kriteria berkualiti dan
menjelaskan aspek penting.
Penekanan dalam Peka ini bukan sahaja kepada aspek kognitif (pengetahuan) tetapi juga
terhadap kemahiran saintifik atau kemahiran proses sains, kemahiran manipulatif dan kemahiran
(afektif) nilai murni. Penilaian dalam peka juga melibatkan penilaian prestasi, penilaian produk
(hasil) dan penilaian proses. Kebiasaannya penilaian ini dijalankan serentak dengan proses
pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan perancangan strategik dan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan dan kawalan disiplin dalam kelas yang saiznya mungkin seramai 30
hingga 40 orang pelajar.

KESAHAN

DAN

KEBOLEHPERCAYAAN

UJIAN

BERDASARKAN

KAJIAN

KEBERKESANAN PROGRAM PENTAKSIRAN KERJA AMALI (PEKA)


a) Kesahan Konstruk
Satu Kajian Keberkesanan Program Pentaksiran Kerja Amali Sains (PEKA) telah
dijalankan oleh Mat Rasid Ishak dalam Jurnal Pendidikan Malaysia 39(2)(2014): 83-93. Melalui
kajian tersebut telah dinyatakan dapatan kajian secara keseluruhan mendapati guru tidak dapat
memahami objektif atau matlamat perlaksanaan PEKA dengan baik (min = 3.28, s.p = 0.98)
yang memberikan interprestasi sederhana. Sebagai penilai PEKA guru perlu memahami dengan
jelas tentang objektif yang disasarkan supaya mereka dapat mamandu hala tuju dan perlaksanaan
kurikulum itu dengan baik dan berkesan. Min keseluruhan item dalam perlaksanaan pengajaran
PEKA ialah 3.28 (s.p = 0.98) berada pada tahap sederhana. Bagi item matlamat perlaksanaan
PEKA pula, pemahaman guru terhadap matlamat pengajaran PEKA (min = 3.00, s.p = 1.07)
menunjukkan peratus guru setuju dan sangat setuju adalah 35% dan tidak setuju 45%. Min untuk
objektif perlaksanaan PEKA ialah 3.05 (s.p = 1.09) dengan peratus setuju dan sangat setuju,
masing-masing 40% dan tidak setuju 45% manakala guru yang tidak pasti apakah objektif
perlaksanaan PEKA ialah 15%. Masalah ini adalah signifikan dengan objektif PEKA
dilaksanakan.

Dapatan kajian ini juga menunjukkan (min = 3.00, s.p = 0.82) bahawa murid tidak faham
akan matlamat PEKA. Oleh yang demikian, guru perlu memberikan taklimat dan penerangan
yang jelas terhadap perlaksanaan PEKA sebelum penilain dilaksanakan. Hal ini berupaya untuk
menarik minat murid mempelajari sains dan secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap
pencapaian dalam mata pelajaran sains. Murid amat memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar
secara intensif untuk membolehkan mereka melaksanakan PEKA dengan baik dan berkesan.
Guru adalah agen yang penting di sebalik keberkesanan program PEKA ini. Murid akan bersedia
untuk berubah dan menjalankan program PEKA sekiranya guru menjadikan mereka pemudah
cara dalam pengajaran dan pembelajaran yang disediakan. Dapatan ini selari dengan dapatan
menggunakan instrumen temu bual yang dijalankan, setiap murid mempunyai minat yang tinggi
dalam mata pelajaran Sains, tetapi pencapaian mereka hanya pada tahap yang sederhana sahaja
ini kerana murid terlibat secara minima dalam sesi pembelajaran yang melibatkan pembelajaran
kooperatif dan koloboratif. Menurut kajin ini juga, didapati minat murid terhadap mata pelajaran
Sains ialah positif, iaitu min 3.60, s.p = 0.88. Dapatan ini menyokong dapatan daripada kajian
yang dijalankan oleh Sharifah Nor Ashikin dan Rahman (2005) yang menyatakan minat terhadap
mata pelajaran Sains adalah bergantung kepada aktiviti yang dilakukan oleh guru dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran yang mana mencetuskan minat murid yang tinggi terhadap mata
pelajaran Sains.
b) Kesahan Kandungan
Kefahaman guru terhadap sukatan program PEKA adalah pada tahap sederhana (min =
3.25, s.p = 0.97), menurut kajian yang dijalankan sebanyak 50% guru setuju bahawa mereka
memahami isi kandungan mata pelajaran, 30% guru tidak setuju memahami sukatan PEKA,
manakala 20% tidak pasti akan isi kandungan PEKA. Disini kesahan interpretasi guru terhadap
kandungan

serta

cara pelaksanaan PEKA

masih sederhana. Guru perlu dibimbing bagi

memahami matlamat dan objektif PEKA selain sukatan yang perlu dinilai.
Satu lagi isu yang telah dikaji ialah berkaitan kemudahan yang disediakan bagi tujuan
penilaian PEKA. Persediaaan kemudahan yang digunakan untuk melaksanakan PEKA turut
memainkan peranan penting. Perancangan terhadap kemudahan yang akan digunakan dalam
perlaksanaan kurikulum PEKA memastikan segala perlaksanaannya berjalan dengan baik dan
5

lancar (Theh 2005). Perlaksanaan tanpa perancangan yang baik akan mendatangkan masalah
yang banyak semasa kurikulum ini dilaksanakan. Dapatan kajian mendapati secara
keseluruhannya, min ialah 3.16 (s.p = 1.01) dengan interpretasi min sederhana. Dapatan
menunjukkan bahawa persediaan kemudahan melaksanakan PEKA berada pada tahap yang
sederhana baik dan terdapat kemudahan kemudahan asas yang masih tidak mencukupi untuk
melaksanakan PEKA. Perkara ini menjadi faktor kesahan luaran kerana masalah ini bukan sahaja
berlaku di sekolah yang dikaji malahan turut melanda sekolah-sekolah lain di bawah kendalian
KPM. Pihak sekolah dan KPM perlu menyediakan kemudahan yang lebih baik bagi
keberkesanan PEKA ynag lebih baik di masa akan datang.
c) Kesahan Kriteria
Kaedah pengajaran dan penilaian boleh menyebabkan sesuatu pembangunan program
yang dilaksanakan lemah kerana guru mempunyai pelbagai cara untuk menilai dan
melaksanakan program PEKA ini. Terdapat beberapa aspek yang harus diberi penekanan dalam
pengajaran PEKA. Aspek memerhati, mengelas dan membuat inferen sahaja yang menjadi aspek
paling kerap diberikan penekanan dan menjadikan aspek ini mendapat min paling tinggi daripada
persepsi guru dan murid. Aspek ini diberi penekanan kerana mudah dilaksanakan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Penekanan dan penerapan semua aspek dalam kemahiran PEKA
menjadikan seorang murid itu berfikiran kreatif dan kritis (Hazrulrizawati 2007). BBM
merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam
menyampaikan

pengajaran

di

bilik

darjah.

Keberkesanan

BBM

dapat

membantu

mempercepatkan proses pemahaman murid. Kajian yang dilakukan oleh Havard Business School
menunjukkan otak manusia menerima informasi melalui lima deria pada kadar yang berbeza.
Dapatan dalam kajian ini menyatakan bahawa deria rasa 1%, sentuh 1.5%, bau 3.5% dan lihat
83%. BBM yang berkesan akan dapat merangsang minat murid untuk belajar. Selain itu, BBM
juga berperanan untuk memperkembangkan kefahaman dan pemikiran murid serta memberikan
pengukuhan kepada murid terhadap apa yang dipelajari (Oemar 1989).

KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN
Dari segi instrumen yang digunakan, dapatan (min = 3.30, s.p = 0.96) menunjukkan
pemerhatian dan soal jawab merupakan instrumen yang paling kerap digunakan dan dinilai
dalam PEKA. Selain itu pemerhatian dengan 80% (n = 20) guru kerap menggunakannya, 15%
kadang-kadang dan 5% sangat jarang dengan interpretasi yang positif (min = 4.10, s.p = 0.85).
Manakala untuk instrumen soal jawab 85% guru kerap menggunakannya dalam perlaksanaan
PEKA dan 15% kadang-kadang menggunakannya. Interpretasi positif pada min 4.15, s.p = 0.67.
Instrumen soal selidik terhadap penjelasan murid secara lisan paling banyak digunakan iaitu 40%
guru tidak pernah menggunakan dalam perlaksanaan PEKA, 20% sangat jarang, 20% kadangkadang dan 20% sahaja yang kerap menggunakan instrumen ini. Interpretasi juga negatif (min =
2.20, s.p = 1.20). Manakala untuk instrumen lain, iaitu porfolio dengan 30% tidak pernah
digunakan, 40% sangat jarang dan 25% kadang-kadang dan hanya 5% kerap digunakan dengan
dapatan interpretasi yang negatif iaitu (min = 2.05, s.p = 0.89). Instrumen senarai semak pula
mendapati 30% tidak pernah digunakan, 30% sangat jarang, 25% kadang-kadang dan 15% sahaja
yang kerap menggunakannya di dalam perlaksanaan PEKA. Interpretasi negatif, iaitu min = 2.25
(s.p = 1.07). Instrumen projek pula didapati 10% tidak pernah dilaksanakan, 30% sangat jarang,
40% kadang-kadang, 15% kerap dan 5% sangat kerap dijalankan. Interpretasi yang negatif (min
= 2.75, s.p = 1.02). Dapatan untuk instrumen sidang kendalian murid pula menunjukkan
sebanyak 15% tidak pasti, 20% sangat jarang, 45% kadang-kadang dan 20% kerap
melaksanakannya di dalam PEKA. Interpretasi negatif (min = 2.70, s.p = 0.98). Dapatan
instrumen temu bual pula menunjukkan sebanyak 10% tidak pernah, 15% sangat jarang, 35%
kadang-kadang dan 40% kerap digunakan semasa perlaksanaan PEKA. Interpretasi min
menunjukkan sederhana (min = 3.15, s.p = 1.14). Kepelbagaian penggunaan instrumen penting
dalam menilai keupayaan murid melaksanakan Chap 1.indd 88 02/12/2014 11:52:18 Kajian
Keberkesanan Program Pentaksiran Kerja Amali Sains (PEKA): Satu Penilaian di Sekolah
Rendah.
Penggunaan bahan-bahan sumber dalam perancangan PEKA ialah buku rujukan, buku
teks, buku kerja amali dan sumber rujukan lain seperti majalah, jurnal, risalah dan lain-lain.
Daripada dapatan yang diperoleh, buku rujukan merupakan sumber rujukan utama dalam
melaksanakan PEKA iaitu sebanyak 80% (n = 10) diikuti buku teks 75%, manakala sumber
7

rujukan yang paling sedikit digunakan ialah sumber rujukan lain (rujukan alternatif), iaitu 30%
penggunaannya. Hal ini menunjukkan bahawa guru tidak mencari sumber lain dan hanya
bergantung pada sumber yang dibekalkan oleh pihak KPM sahaja. Bahan bantu mengajar (BBM)
juga memainkan peranan yang penting dalam membantu guru-guru menjalankan PEKA. Antara
BBM yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran PEKA ialah instrumen soal selidik,
instrumen portfolio. Instrumen senarai semak, instrumen pemerhatian, instrumen projek,
instrumen sidang kendalian murid, instrumen soal jawab dan instrumen temu bual termasuk juga
buku rujukan, buku teks, buku kerja amali, majalah dan risalah.

RUMUSAN
Dalam menyediakan ujian yang baik dan berkesan, guru merupakan penggerak utama.
Hal ini demikian kerana guru yang lebih arif tentang bidang yang telah diliputi sepanjang
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Ujian yang dilaksanakan oleh guru dapat memberikan
tentang kesan pembelajaran untuk tempoh yang pendek mahupun jangka waktu yang lebih
panjang. Ujian yang dilakukan dalam tempoh pengajaran pembelajaran yang berlangsung
membolehkan guru mengetahui tahap penguasaan pelajar tentang topik-topik yang telah
dibincangkan di samping mengetahui masalah yang dihadapi pelajar dan seterusnya menjalankan
aktiviti yang bersesuaian seperti aktiviti pemulihan.
Menurut Piaget, pelajar yang berada dalam operasi formal dapat menguasai pemikiran
abstrak dalam kemahiran proses sains bersepadu dengan syarat pelajar tersebut telah menguasai
sepenuhnya kemahiran asas sains, iaitu kemahiran memerhati, mengelas, menginferens,
meramal, berkomunikasi, mengukur menggunakan nombor dan menggunakan perhubungan
ruang dan masa, seperti yang diklasifikasi oleh kurikulum SAPA (AAAS, 1967). Melalui kajian
yang telah dijalankan ini didapati bahawa ujian PEKA adalah amat berkesan sekiranya dapat
mengatasi beberapa isu yang dibangkitkan seperti :
1. Kejelasan objektif dan matlamat pelaksanaan ujian PEKA kepada guru dan murid.
2. Instrumen yang digunakan mestilah sesuai dan dapat mengukur kemahiran yang dinilai
dengan tepat.
3. Kemudahan dan infrastruktur yang sempurna bagi tujuan penilaian.
4. Sumber rujukan yang pelbagai.
8

5. Kaedah penilaian yang setara dan seragam.


Kajian seumpama ini penting demi mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran sains dan penguasaan kemahiran proses sains khasnya,semoga hasrat negara untuk
menyediakan masyarakat celik sains tercapai. Kesahan ujian PEKA dapat membantu guru dalam
mengukur sikap dan motivasi murid dalam mendalami ilmu sains selain membantu murid
meningkatkan potensi diri mereka. Diagnosis yang dilakukan mampu mengatasi sebarang
kekurangan dan kesilapan sepanjang proses pembelajaran di dalam bilik darjah.

RUJUKAN
9

Abu Bakar Nordin. 1986. Asas Penilaian Pendidikan. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn.
Bhd.
Ivan Filmer dan Foh Swee Hiang. 1997. Penilaian Amali Sains Sekolah Rendah: Satu Kajian
Perintis. Jurnal Pendidik dan Pendidikan USM, Jilid 15: 33-42.
Laporan Pusat Perkembangan Kurikulum. 1998. Kajian Penguasaan Kemahiran Proses Sains
Murid Tahun Enam di Sekolah Kebangsaan. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mat Rasid Ishak. 2014. Kajian Keberkesanan Program Pentaksiran Kerja Amali Sains (PEKA):
Jurnal Pendidikan Malaysia 39(2)(2014): 83-93.
Per Morten Kid. 1995. Performance Assessment in Science: What are we measuring Studies in
Educational Evaluation, 25 : 179-194.
Sharifah Nor Ashikin, S.A.R. 2005. Keberkesanan program PEKA dalam penguasaan kemahiran
proses sains bersepadu. Jurnal Pendidikan 1: 67-77.
Theh, S.A. 2005. Kerja Amali & Bahagian B UPSR Proses Sains. Petaling Jaya: Pearson
Malaysia Sdn. Bhd.

10

You might also like