You are on page 1of 9

FAKULTI PEMBANGUNAN MANUSIA

JABATAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


PROGRAM PENGAJIAN SARJANA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
SEMESTER 1 SESI 2020/2021 (M191)

KOD & NAMA KURSUS:


KAB60204 PERKEMBANGAN KEMAHIRAN BAHASA DAN LITERASI KANAK-KANAK

TUGASAN 2:
RINGKASAN PROPOSAL PENYELIDIKAN

TAJUK TUGASAN:
KEBERKESANAN KAEDAH MEMBACA EKSPRES-I TERHADAP KEMAHIRAN
MEMBACA DAN TINGKAHLAKU PROSOSIAL MURID PRASEKOLAH

DISEDIAKAN OLEH:

BIL. NO.MATRIK NAMA TANDATANGAN


1 M20201000165 HUZAINI BIN AMIR

NAMA PENSYARAH:
DR. JUPPRI BIN BACOTANG

TARIKH SERAHAN:
19 DISEMBER 2020

RESEARCH OPERATIONAL TEMPLATE (ROT)


An Outline Of Research
TAJUK KERJA:

Keberkesanan Kaedah Membaca Ekspres-i Terhadap Kemahiran Membaca dan Tingkahlaku Prososial
Murid Prasekolah
KATA KUNCI: Kaedah membaca ekspres-i , kemahiran membaca, tingkahlaku prososial, murid prasekolah
1. LATAR BELAKANG KAJIAN:

Membaca merupakan aktiviti penting dalam kehidupan manusia. Kemahiran membaca merupakan kemahiran
yang kompleks dan dinamik. Kemahiran membaca melibatkan beberapa proses melalui integrasi dan koordinasi
(Hodi, 2018).

Abdul Said Ambotang (2018) menyatakan kemahiran membaca ialah asas kepada pembentukan diri murid ke
arah mempelajari ilmu pengetahuan.

Fajrina dan Hayatina (2018) menyatakan bahawa kemahiran membaca merupakan kemahiran yang amat
penting kerana guru dan murid akan menggunakan kemahiran membaca dalam proses pembelajaran.

Menurut Khairuddin Mohamad (2011), masalah ketidakupayaan kanak-kanak menguasai kemahiran membaca
kini menjadi antara agenda besar negara dalam Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan.

Di Malaysia, pencapaian dalam Programme for International Student Assessment (PISA) sering dijadikan sebagai
rujukan.

Menurut Laporan PISA 2015 (KPM,2017), skor min Malaysia masih rendah daripada skor purata Organisation for
Economix Co-operation and Development (OECD) dalam PISA 2015. Bagi domain literasi bacaan pula,
kebanyakan pencapaian murid Malaysia dalam PISA 2015 berada pada aras 2, iaitu sekadar memahami
hubungan atau mentafsir maksud khusus sedangkan maklumat tesebut tidak ketara dan membuat perbandingan
atau hubung kait antara teks dengan menggunakan pengetahuan luar (KPM,2017). Tambahan pula, keputusan
PISA yang terkini iaitu PISA 2018 menunjukkan bahawa Malaysia masih berada pada aras 2 bagi domain literasi
bacaan (Schleicher,2019).

Kara (2015) turut menyatakan bahawa guru perlu memberi fokus kepada penggunaan strategi semasa mengajar
kemahiran membaca.

Demi menyelesaikan masalah ini, guru-guru perlu menggunakan pendekatan yang berkesan di mana murid-
murid dilatih untuk menguasai pelbagai strategi agar dapat meningkatkan kemahiran membaca mereka
(Sharbati, 2017).

Selain itu, pemupukan tingkah laku prososial di peringkat prasekolah merupakan aspek yang penting kerana
kanak-kanak membina pengetahuan melalui interaksi sosial dengan orang sekeliling (Chin & Effandi Zakaria,
2015b).

Di peringkat prasekolah, guru perlu mewujudkan persekitaran bilik darjah yang menyokong perkembangan
emosi melalui pembentukan hubungan positif antara guru dengan murid-murid serta sesama murid-murid
(Wentzel, 2015).
2. PENYATAAN MASALAH (MODEL):

Penguasaan membaca yang lemah akan menjejaskan prestasi pencapaian murid dalam semua mata pelajaran.
Murid seharusnya menguasai kemahiran membaca demi mempertingkatkan pencapaian mereka dalam
penguasaan sesuatu bahasa (Md. Akhir, Dali & Saidin, 2017).

Murid prasekolah kurang diberikan pendedahan mengenai bekerja secara berkumpulan yang merupakan salah
satu cara menggalakkan kerjasama dan interaksi antara murid-murid (Chin, 2015).

Hal ini jelas digambarkan melalui pengajaran guru yang menggunakan pendekatan formal seterusnya peluang
untuk mengembangkan kemahiran komunikasi, bekerjasama dan bertolak ansur merupakan asas pemupukan
interaksi sosial agak terbatas (Azizah Zain, 2015).

Kesan apabila kanak-kanak tidak mempunyai tingkah laku prososial ini selalunya mereka lebih cenderung untuk
menunjukkan masalah tingkah laku seperti agresif, degil, kemurungan dan kebimbangan (Mihic, Novak, Basic &
Nix, 2016).

Pemupukan tingkah laku prososial sangat penting ditekankan dari peringkat awal persekolahan melalui aktiviti
harian kanak-kanak (Wentzel, 2015).

3. KEPENTINGAN KAJIAN:

Kajian ini penting untuk:

i. Memperlihatkan keberkesanan pendekatan Kaedah Membaca Ekspres-i (PKME-i) ke atas


pencapaian topik Kemahiran Membaca.

ii. Mengenal pasti kategori tingkah laku prososial yang ditunjukkan oleh murid kumpulan pendekatan
konvensional (PK) dan murid kumpulan pendekatan Kaedah Membaca Ekspres-i (PKME-i) semasa
proses PdPc topik Kemahiran Membaca dijalankan.

iii. Memperlihatkan kebolehan pendekatan Kaedah Membaca Ekspres-i (PKME-i) dalam menggalakkan
tingkah laku prososial murid prasekolah semasa proses PdPc topik Kemahiran Membaca dijalankan.

4. OBJEKTIF KAJIAN:

Secara spesifiknya objektif kajian ini adalah untuk:

i. Mengenal pasti keberkesanan pendekatan Kaedah Membaca Ekspres-i (PKME-i) ke atas pencapaian
topik Kemahiran Membaca berbanding dengan pendekatan konvensional (PK).

ii. Mengenal pasti kategori tingkah laku prososial yang ditunjukkan oleh murid kumpulan pendekatan
konvensional (PK) dan murid kumpulan pendekatan Kaedah Membaca Ekspres-i (PKME-i) semasa
proses PdPc topik Kemahiran Membaca dijalankan.

iii. Mengenal pasti kebolehan pendekatan Kaedah Membaca Ekspres-i (PKME-i) dalam menggalakkan
tingkah laku prososial murid prasekolah semasa proses PdPc topik Kemahiran Membaca dijalankan.
5. SOALAN KAJIAN / HIPOTESIS 6. PENGUMPULAN DATA 7. ANALISIS DATA

Bagi mengkaji keberkesanan Sebelum kajian ini dijalankan, Analisis kajian ini melibatkan data
pendekatan Kaedah Membaca penyelidik terlebih dahulu pencapaian topik Kemahiran
Ekspres-i (PKME-i) terhadap dua mendapatkan surat kebenaran Membaca dan tingkah laku
pemboleh ubah bersandar, kajian daripada pihak-pihak tertentu prososial murid prasekolah.
kuasi-eksperimen dilaksanakan seperti penyelia pengkaji,
dengan membandingkan kumpulan ,Pengarah Pelajaran Negeri, Pejabat Analisis data pencapaian topik
PKME-i dan kumpulan PK. Pelajaran Daerah dan guru besar Kemahiran Membaca melibatkan
sekolah berkenaan. analisis data secara statistik
Berdasarkan objektif kajian, tujuh deskriptif dan statistik inferensi.
soalan kajian dikemukakan. Empat Tujuannya supaya segala prosedur
soalan kajian (i, ii, iii dan iv) dibina kajian dipatuhi dan memudahkan Data pemerhatian tingkah laku
untuk objektif pertama, dua soalan kajian ini dilaksanakan agar tidak prososial murid prasekolah
kajian (v dan vi) untuk objektif menyusahkan mana-mana pihak melibatkan analisis data secara
kajian kedua dan satu soalan kajian yang terlibat. statistik deskriptif.
(vii) untuk objektif kajian ketiga.
Setelah kebenaran diterima, kajian Proses analisis data dihuraikan
i. Adakah terdapat rintis dijalankan di sebuah sekolah mengikut soalan kajian.
perbezaan yang kebangsaan KPM yang mempunyai
signifikan min skor konteks yang hampir sama dengan
ujian pra antara murid konteks kajian sebenar.
kumpulan PK dan
kumpulan PKME-i? Ujian pra dan ujian pasca diberikan
kepada 24 orang murid yang
ii. ii. Adakah terdapat mempunyai latar belakang yang
perbezaan yang hampir sama dengan sampel kajian
signifikan antara min bagi tujuan mencari nilai
skor ujian pra dan ujian kebolehpercayaan.
pasca bagi murid
kumpulan PK? Kajian rintis terhadap Jadual
Pemerhatian Tingkah Laku Prososial
iii. Adakah terdapat dilakukan serentak dengan kajian
perbezaan yang rintis RPH KME-i.
signifikan antara min
skor ujian pra dan ujian Kajian sebenar bermula apabila
pasca bagi murid instrumen ujian pra, ujian pasca
kumpulan PKME-i? dan Jadual Pemerhatian Tingkah
Laku Prososial tidak menghadapi
iv. Adakah terdapat sebarang masalah iaitu telah
perbezaan yang disahkan dari segi kandungan, nilai
signifikan min skor kebolehpercayaan yang tinggi dan
ujian pasca antara kebolehlaksanaan langkah-langkah
murid kumpulan PK pengajaran dalam RPH KME-i.
dan kumpulan PKME-i?

v. Apakah kategori
tingkah laku prososial
yang ditunjukkan oleh
murid kumpulan PK
semasa proses PdPc
topik Kemahiran
Membaca dijalankan?

vi. Apakah kategori


tingkah laku prososial
yang ditunjukkan oleh
murid kumpulan PKME-
i semasa proses PdPc
topik Kemahiran
Membaca dijalankan?

vii. Adakah PKME-i boleh


menggalakkan tingkah
laku prososial murid
prasekolah semasa
proses PdPc topik
Kemahiran Membaca
dijalankan?

8. KAJIAN LITERATUR:

Murid-murid membaca bermula dengan melihat seluruh perkataan dan ayat yang bermakna.Kaedah ini dikenali
sebagai kaedah seluruh perkataan (whole word) atau kaedah pandang dan sebut. Variasi lanjutan daripada
kaedah ini adalah kaedah frasa, kaedah ayat dan kaedah cerita (Isahak Harun, 1989).

Pandangan daripada mazhab-mazhab ini mencetuskan kepada kaedah pengajaran awal asas membaca yang
pelbagai di Malaysia. Antara kaedah yang telah digunakan di Malaysia ialah kaedah campuran, Kaedah DBP,
Pendekatan Bacaan Asas Pusat Perkembangan Kurikulum (PEBAS), Kaedah Atan Long, Kaedah cerakin, kaedah
fonetik, kaedah eklektik, kaedah abjad, dan Kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK) .

Terdapat pelbagai cara dan kaedah untuk mengajar kanak-kanak membaca di antaranya ialah kaedah abjad
(Isahak, 1990), kaedah suku kata (Safiah, 1983; Zaidah, 1975), kaedah fonik (Smith, 1988) dan kaedah seluruh
perkataan (Cambell, 1995; Durkin , 1987; Doman dan Doman, 1994) .

Setiap kaedah tersebut mempunyai kelemahan dan kebaikannya.Walaubagaimanapun bagi memperolehi


pengajaran awal bacaan yang lebih berkesan adalah sebaik-baiknya guru menggabung kesemua ciri-ciri yang
terbaik kaedah-kaedah mengajar membaca (Isahak, 1990). Dengan cara ini juga guru dapat mempelbagai cara
pengajaran disamping meningkatkan kreativiti pengajaran.

Secara amnya, kanak-kanak terus diperkenalkan kepada bunyian sukukata seperti “ba, bi, bu”. Oleh kerana
Bahasa Malaysia mempunyai banyak perkataan yang terbahagi kepada suku kata tersendiri yang tidak
menggunakan “blending”, ramai pendidik menyarankan penggunaan kaedah fonetik suku kata untuk mengajar
membaca di peringkat awal. (Isahak. 1979; Nooraihan, 1984; Nik Eliani 1997.)

Noraihan Ali beliau telah memperkenalkan “Kaedah Terus Membaca” pada tahun 1965 dengan
mengubahsuaikan kaedah membaca yang digunakan di Filipina untuk bahasa Tagalog. Kaedah ini diiktiraf
berkesan oleh University of Phillipines pada tahun 1996 dan The Phillipines Women’s University pada tahun
1984. Beliau telah mempraktikkanya secara berkesan dengan kanak-kanak di tadika beliau. Pada tahun 1983,
kaedah ini telah mendapat pengiktirafan dari Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Sulaiman Haji Daud dan dikenali
sebagai Kaedah Raihan. (Sulaiman, 1983 di dalam Noraihan, 1984.)
Montessori menekankan kaitan antara deria sentuhan ke atas bentuk huruf dan bunyi huruf tersebut, bukan
nama huruf tersebut ( Auckeman 1984).

Menurut kajian Freebody & Bryne (1988) yang dicatit di dalam Chall (1996), kaedah hafal kata memberi
kekuatan bagi kanak-kanak di peringkat awal membaca, tetapi tidak diperkuatkan dengan pengajatan fonetik
menyebabkan kanak-kanak ketinggalan di dalam pembacaan.

9. KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN:

10. REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kuasi-eksperimen ujian pra ujian pasca dengan kumpulan kawalan tidak setara digunakan bagi
memperolehi data pencapaian topik Kemahiran Membaca.

Data tingkah laku prososial diperoleh melalui pemerhatian berstruktur.

11. TEKNIK PERSAMPELAN

Populasi bagi kajian ini adalah murid prasekolah yang mengikuti program pendidikan prasekolah di bawah KPM.
Sekolah kebangsaan KPM yang dipilih mempunyai dua buah kelas prasekolah.

Sampel kajian adalah murid prasekolah yang berumur lima hingga enam tahun yang belajar dalam dua bilik
darjah tersebut.

Instrumen Kajian Instrumen kajian yang digunakan ialah ujian pra, ujian pasca dan Jadual Pemerhatian Tingkah
Laku Prososial.

Kajian rintis dijalankan bagi menentukan kesahan, kebolehpercayaan instrumen dan kebolehlaksanaan langkah-
langkah pengajaran dalam RPH KME-i.
12. RUJUKAN:

Auckerman, R.C. (1984). Approaches to beginning reading. Singapore: John Wiley & Sons.

Azizah Zain (2015). Pelaksanaan modul projek penyiasatan dalam meningkatkan komunikasi dan kemahiran
sosial kanak-kanak prasekolah (Tesis Ph.D yang tidak diterbitkan). Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.

Baharom Mohamad, Mohd. Yusof Abdullah, Shukri Zain, Abdul Said Ambatong, Muhamad Suhaimi Taat & Roslee
Talip. 2012. Menguasai kemahiran membaca secara berkesan. Utusan Borneo 22-2-2012 B3 & B4. diakses
pada 17 Jun 2020.

Chall, J.S.(1996) 3rd edition. Learning to read: The greate debate. New York: Harcoourt Brace College Publishers.

Chin, L. C. & Effandi Zakaria (2015b). Effect of game-based learning activities on children‟s positive learning and
prosocial behaviours. Jurnal Pendidikan Malaysia, 40(2), 159-165. doi:10.17576/jpen-2015-4002-08

Chin, L. C. (2015). Pembangunan dan keberkesanan modul berasaskan pendekatan permainan (MBPP) dalam
pendidikan awal matematik prasekolah. (Tesis Ph.D yang tidak diterbitkan). Universiti Kebangsaan
Malaysia, Selangor.

Fajrina, S. A. (2018). Cooperative integrated reading composition to improve pupils’ reading comprehension
achievement, motivation and interest (Unpublished master thesis). Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Tanjung Malim. Fajrina, S. A. & Hayatina, M. (2018). Cooperative integrated reading composition to
improve pupils’ reading comprehenson achievement and motivation. Journal of Research, Policy & Practice
of Teachers & Teacher Education, 8(2), 29- 37.

Hodi, A. (2018). Testing the model of reading literacy:Examining the cognitive and non- cognitive factors
influencing students’ reading achievement in different text formats in grade 2 (Unpublished doctoral
dissertation). University of Szeged.

Isahak Haron. (1979) Beberapa kaedah mengajar murid-murid membaca Bahasa Malaysia di peringkat awal.
Kertaskerja dibentangkan di KOMPEN IV, Persatuan Suluh Budiman, Kuantan.

Isahak Harun (2006). Mudah Membaca Bahasa Melayu: Edisi Guru 2. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.

Kara, S. (2015). Reading strategies: Prospective teachers and their teaching practices. Journal of Educational and
Instructional Studies in the World, 5(3), 20-28

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Ringkasan Eksekutif. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2017. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Pendidikan Prasekolah.
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Semakan). Kuala
Lumpur: Penulis.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Laporan tahunan 2016: Pelan pembangunan pendidikan Malaysia
2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Khairuddin Mohammad (2011). Literasi Bahasa Melayu. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Mazirah.
Md. Akhir, Z. H., Dali, M. H. & Saidin, K. (2017). Faktor yang mempengaruhi peanan pengetua dalam
meningkatkan amalan membaca menerusi program NILAM. Journal of Advanced Research in Social and
Behavioral Sciences, 7(1), 42-58.

Nooraihan Ali. (1984). Terus membaca. Kuala Lumpur: Taman Pendidikkan Raihan.

Mihic, J., Novak, M., Basic, J. & Nix, R. L. (2016). Promoting social and emotional competencies among young
children in Croatia with preschool PATHS. International Journal of Emotional Education, 8(2), 45-59.

Wentzel, K. (2015). Prosocial behaviour and schooling. Encylopedia on early childhood development, 57-61.
Diperolehi daripada http://www.childencyclopedia.com/prosocial-behaviour-andschooling.pdf

13. SUMBANGAN KAJIAN

Daripada kajian yang dijalankan, jika didapati dapatan kajian ini memberi impak yang positif, kajian ini dapat
memberikan panduan yang berguna kepada Kementerian Pendidikan Malaysia terutama yang melibatkan
Bahagian Latihan Guru dan Bahagian Kurikulum. Hasil dapatan yang bakal diperolehi nanti dapat merangsangkan
sektor berkenaan untuk merancang kurikulum Pendidikan Prasekolah yang benar-benar mampu
mempertingkatkan keupayaan murid dalam mempelajari kemahiran membaca bagi menyelesaikan masalah
yang berlaku ini.

Untuk Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah, hasil dapatan ini dapat membantu pihak
jabatan merancang sesi kursus dan latihan yang dianggap sesuai untuk diberikan kepada para guru prasekolah
bagi melengkapkan ilmu berkaitan kaedah pengajaran kemahiran membaca yang berkesan bagi melatih dan
membimbing murid prasekolah dengan sebaiknya tanpa sebarang keraguan. Guru-guru berkaitan akan diberikan
latihan-latihan dan kemahiran dari semasa ke semasa agar dapat menjalankan tugas mereka dengan lebih yakin
dan sempurna.

Kepada pihak sekolah, hasil kajian ini diharapkan pihak berkenaan dapat mengenal pasti prestasi dan tahap
penguasaan bacaan murid secara lebih dekat, mengesan kelemahan dan kerumitan serta mengenal pasti
masalah yang selama ini membelenggu murid dan pencapaian sekolah. Melalui pendedahan dan maklumat yang
diperolehi, pihak sekolah boleh melihat keadaan sebenar yang berlaku di peringkat prasekolah dan tentunya
dapat membantu para pentadbir sekolah merancang dan mengemaskini pelbagai keperluan dan kemudahan
kepada murid. Kajian ini juga boleh membantu pihak sekolah melakukan gerak gempur untuk meningkatkan
minat membaca murid prasekolah.

Seterusnya kepada ibu bapa, hasil dapatan ini sangat membantu dalam mengetahui cara atau kaedah yang
sesuai untuk membantu pembelajaran anak semasa berada di rumah. Ibu bapa dapat membimbing anak-anak
mengikut tahap penguasaan mereka masing-masing berpandukan saranan yang telah diberikan oleh guru kelas.

Perkara ini dilihat sangat penting dalam pembelajaran murid kerana mempunyai kesinambungan pengajaran
yang telah dilakukan oleh guru semasa di sekolah. Selain itu, aktiviti bermain dalam kajian ini dijalankan secara
berkumpulan. Melalui aktiviti bermain, murid prasekolah bukan saja berseronok tetapi mempelajari erti
kerjasama, mematuhi peraturan, mengikut giliran, membantu antara satu sama lain dan mengemaskan bahan
permainan selepas digunakan. Selain itu, proses bertolak ansur dan menyelesaikan konflik secara baik apabila
wujud percanggahan pendapat dapat memupuk perkembangan sosial mereka dan meningkatkan harga diri
mereka. Tindakan dan permodelan yang ditunjukkan oleh orang dewasa menjadi sumber rujukan murid.
Permodelan yang dapat ditunjukkan oleh guru antaranya peneguhan positif dan keprihatinan guru terhadap
keperluan murid prasekolah.
Seterusnya, peluang-peluang yang diterapkan dalam aktiviti bermain membolehkan mereka mempraktikannya
dalam kehidupan seharian mereka. Pemupukan tingkah laku prososial penting diterapkan dari peringkat awal
kanak-kanak kerana tempoh ini merupakan tahun-tahun formatif yang melibatkan pembentukan tabiat dan
personaliti kanak-kanak.

Akhir sekali, kepada murid prasekolah pula, kajian ini dapat membantu mereka mengenal pasti faktor-faktor
yang mendorong dan menghalang pencapaian mereka dalam masalah bacaan. Mereka dapat berusaha untuk
memperbaiki diri dengan membuat latihan dan aktiviti yang boleh meningkatkan prestasi bacaan mereka dari
semasa ke semasa dengan bimbingan guru semasa di sekolah dan bantuan daripada ibu bapa semasa berada di
rumah.

You might also like