You are on page 1of 36

KAEDAH PENYELIDIKAN 1

GGGB6013

MENENTUKAN TUJUAN, PERSOALAN & HIPOTESIS KAJIAN

1
Pelajar diharapkan mampu untuk..

1. … membandingkan antara pernyataan tujuan, persoalan kajian dan


hipotesis kajian.
2. … menjelaskan kepentingan bagi setiap pernyataan dan persoalan.
3. … menulis pernyataan tujuan, persoalan kajian dan hipotesis kajian
mengikut pendekatan kuantitatif.
4. … menulis pernyataan tujuan, persoalan kajian & hipotesis kajian
mengikut pendekatan kualitatif.

2
1) TUJUAN KAJIAN

Menghuraikan secara umum arah & tujuan


kajian dalam bentuk matlamat kajian

Menerangkan mengenai hasrat utama


kajian dijalankan

Perlu dinyatakan setelah pengkaji


mengenal pasti penyataan masalah

3
Contoh tujuan kajian daripada …
… perspektif kuantitatif:
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan penggunaan
komunikasi internet antara guru dan ibu bapa di sekolah menengah
daerah Hulu Langat dengan pencapaian ujian pelajar dalam kajian
sosial sekolah menengah.

… perspektif kualitatif:
Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka pandangan ibu bapa mengenai
komunikasi internet antara guru-guru dan ibubapa tentang pelajar
mereka di sekolah menengah daerah Hulu Langat.

4
AN
KAJI
IF
EKT
OBJ
2)
Dibina berdasarkan penyataan masalah kajian

Mengandungi katakerja yang hendak dicapai

Ditemui pada akhir bahagian "penyataan masalah",


selepas latar belakang kajian, atau dalam bahagian
berasingan kajian

5
Penyelidik kerap mengkategorikan objektif kepada
dua jenis iaitu:
1. Objektif umum:
membayangkan maksud menyelesaikan masalah yang telah dibentangkan dalam
penyataan masalah.

Contoh: mengkaji kesan-kesan pendekatan konstruktivisme dalam pengajaran


Sains.

2. Objektif khusus:

Contoh: mengkaji kesan pendekatan konstruktivisme terhadap pencapaian


pelajar dalam mata pelajaran Sains.

Nota: Sekiranya tujuan kajian sudah berbentuk penyataan umun (seperti objektif umum)
maka hanya tuliskan objektif kajian 6
Kajian Kuantitatif

Ayat objektif kajian menunjukkan dengan jelas hubungan perbezaan/sumbangan/kesan


interaksi di antara pembolehubah yang dikaji (bersandar dan bebas)

Contoh:
1. Mengenalpasti/menentukan hubungan motivasi dengan pencapaian pelajar
2. Mengenalpasti perbezaan motivasi di kalangan pelajar lelaki dan perempuan

Kajian Kualitatif

Ayat objektif mengambarkan penerokaan ke arah memahami.

Contoh :
1. Meneroka kaedah belajar pelajar cemerlang.
2. Mengkaji masalah pengetua semasa mengurus sekolah

7
3) PERSOALAN KAJIAN
Masalah kajian dikemukakan dalam bentuk soalan
sebagai fokus kepada penyelidikan.

Soalan kajian disenaraikan berdasarkan apa yang telah


dinyatakan dalam tujuan kajian.

Lazimnya soalan kajian dibina berdasarkan kepada


objektif kajian untuk meneroka topik sepenuhnya.
Contoh:
Kuantitatif (pemboleh ubah) Kualitatif (konsep)
1. Adakah komunikasi internet ibu bapa dengan 1. Bagaimanakah pengalaman komunikasi
guru menjejaskan prestasi pelajar di dalam internet ibu bapa dengan guru-guru
kelas? digunakan bagi menilai prestasi anak-anak?
8
4) HIPOTESIS KAJIAN

1. Penyataan dalam penyelidikan kuantitatif di mana


penyelidik membuat ramalan yang hendak diuji
mengenai hasil hubungan atau perbezaan antara sifat
atau ciri-ciri berdasarkan kajian literatur.
2. Tidak perlu pengujian hipotesis di dalam kajian
kualitatif (berbentuk exploratory)

9
4.1 Tujuan membina hipotesis kajian

1. Memberi jangkaan/ramalan sementara tentang sesuatu fenomena:


menghubungkan fenomena dan penyelesaian masalah dengan badan
pengetahuan berdasarkan fakta yang diperolehi.
2. Memberi kenyataan hubungan yang boleh diuji secara langsung.
3. Memberi panduan penyelidikan: sebagai wakil objektif. Hipotesis
menentukan apakah masalah dan bagaimana mengumpul (kaedah
kajian), menganalisis & mentakbir data dan menentukan asas
pemilihan sampel
4. Memberi kerangka laporan dapatan dan kesimpulan

10
4.2 Ciri-ciri hipotesis
1. Boleh dinyatakan dengan mudah, jelas dan tepat
Contohnya, prestasi penguasaan matematik dalam kalangan pelajar perempuan
lebih tinggi berbanding dengan pelajar lelaki
2. Mempunyai jangkaan hubungan antara pemboleh ubah (Boleh diuji: diukur dan
dicerap)
3. Harus bersifat khusus dan tidak boleh bersifat umum (khusus untuk perkara yang
ingin diukur). Oleh itu objektif khusus boleh dijadikan panduan dan secara tidak
langsung memudahkan proses mengenal pasti hubungan/ perkaitan/ perbezaan
antara pemboleh ubah.
4. Mesti tekal dengan pengetahuan yang sedia ada/teori, dan tidak bertentangan
dengan teori dan hukum yang ada.
5. Mempunyai kuasa penjelasan: logik, tepat, jelas dan rasional. Contohnya,
pendekatan konstruktivisme dapat meningkatkan minat pelajar terhadap mata
pelajaran Sains.
6. Mesti boleh diuji – pengujian hipotesis membolehkan kepastian dibuat sama ada
bukti yang ada menyokong ataupun tidak hipotesis yang bersifat sementara. 11
4.2 Jenis-jenis hipotesis

Jenis Hipotesis

Hipotesis Nol Hipotesis Alternatif

Berarah Tidak berarah

12
Hipotesis nol (Ho)

Tiada perubahan dalam pemboleh ubah bersandar

Contoh:
Ho: Tiada perbezaan signifikan markah ujian antara pelajar
lelaki dan perempuan bagi ujian pencapaian matematik

13
Hipotesis alternatif (Ha)

Hipotesis alternatif berarah


a) Menjelaskan arah perubahan pemboleh ubah yang diramal oleh
penyelidik
b) Hipotesis berarah lebih bernas kerana menunjukkan arah
tindakan yang perlu dilakukan sekiranya bukti empirik
menunjukkan hipotesis berkeadaan benar.

Ha: Pelajar perempuan memperolehi pencapaian dalam ujian


matematik lebih tinggi berbanding pelajar lelaki

14
Kelebihan

Ho: Tidak terdapat perbezaan signifikan prestasi B.Inggeris antara pelajar bandar dan luar
bandar.

Ha: Pelajar bandar menunjukkan prestasi B.Inggeris lebih tinggi berbanding pelajar luar bandar.

Jika terbukti prestasi B. Inggeris di bandar lebih tinggi berbanding dengan di luar bandar, maka
tindakan seterusnya ialah menggubal program yang sesuai bagi meningkatkan prestasi B.
Inggeris dalam kalangan pelajar luar bandar, dan mendorong penumpuan penggunaan sumber
pendidikan dengan maksimum.

1. Memandangkan hipotesis berarah sangat berkesan, pengkaji perlu mendapatkan sokongan


literatur sebelum membuat keputusan mengemukakan hipotesis berarah.
2. Tanpa sokongan teori hipotesis berarah mungkin kurang bernas dan kurang berwibawa,
dan seterusnya menghasilkan teori yang berasingan yang akan merosakkan badan
pengetahuan sesuatu disiplin ilmu.
15
Hipotesis alternatif (Ha)

Hipotesis alternatif tidak berarah


a) Tidak menyatakan arah perubahan dalam pemboleh ubah bersandar
b) Tidak menunjukkan arah fenomena

Ha: Prestasi penguasaan matematik dalam kalangan


pelajar perempuan berbeza dengan pelajar lelaki

Ha: Terdapat perbezaan dalam markah pencapaian ujian


matematik antara pelajar lelaki dan perempuan

16
Membentuk Hipotesis

1. Secara induktif (aruhan)


Buat aruhan dari cerapan atas kumpulan kecil dan berasaskan
cerapan itu, buat tafsiran dan gunakannya sebagai generalisasi atau
kenyataan umum.

Misalnya, dari cerapan didapati markah B.Inggeris pelajar di sebuah


sekolah berbeza-beza, maka dihipotesiskan bahawa terdapat
hubungan antara taraf sosio-ekonomi penjaga dengan pencapaian
Bahasa Inggeris.

Sesuai untuk ahli Sains Sosial dan pendidikan yang sering cerap
tingkah laku sosial.
17
2. Secara deduktif

3. Dibentuk berasaskan teori sesuatu bidang penyelidikan.kepada


cerapan.
Contoh: daripada kajian literatur tentang teori pendidikan didapati
pembelajaran berpusatkan pelajar lebih berkesan dalam menggarap
kemahiran berfikir berbanding dengan pembelajaran berpusatkan
guru.

2. Pengesahan hanya boleh dilakukan setelah kajian dibuat ke atas data


empirik. Jika data sokong hipotesis, dapatan boleh digabungkan
dengan teori, oleh itu hipotesis lebih berfungsi sebagai pelengkap
teori.

18
Tahap Hipotesis
1. Sesetengah penyelidik hanya menggunakan istilah hipotesis penyelidikan bagi
penyelidikan mereka. Hipotesis ini tidak melibatkan hipotesis nol dan hipotesis
alternatif.
2. Hipotesis penyelidikan tentang sesuatu fenomena biasanya dinyatakan dalam
bentuk yang pincang/bias, namum boleh juga dinyatakan dalam bentuk tidak
pincang.
Contoh:
Prestasi penguasaan matematik dalam kalangan pelajar perempuan lebih tinggi
berbanding pelajar lelaki.
Prestasi penguasaan matematik antara pelajar lelaki dan perempuan adalah tidak
sama.
4. Pernyataan hipotesis yang melibatkan hipotesis nol dan alternatif adalah dikenali
sebagai Hipotesis Operasi.
5. Hipotesis nol (Ho) adalah dinyatakan dalam bentuk yang tidak pincang seperti tiada
perbezaan, tiada hubungan, tiada perkaitan antara pemboleh ubah yang dikaji.
6. Ho biasanya akan diketepikan atau ditolak selepas pengujian hipotesis dijalankan ke
atas data jika hipotesis itu bernas.
19
7. Hipotesis alternatif (Ha) dinyatakan dalam bentuk yang pincang dan dijangka
diterima oleh penyelidik pada akhir analisis.

Ha dinyatakan dalam bentuk positif iaitu bertentangan dengan Ho, kerana Ha


menunjukkan jangkaan dapatan penyelidikan

Contoh:
Ha:: Pelajar perempuan memperolehi pencapaian lebih tinggi dalam
ujian matematik berbanding pelajar lelaki

Ha dibina serentak dengan Ho dengan tujuan diterima sekiranya Ho diketepikan.

20
Contoh hipotesis dan intepretasi
Ho Tidak terdapat perbezaan pencapaian dalam mata pelajaran
kejuruteraan teknologi antara pelajar lelaki dan perempuan di Sek.
Men. Sri Indah, Ampang.

Intepretasi hipotesis

Jika hasil ujian statistik menolak hipotesis nul, ini bermakna populasi
kajian menunjukkan terdapat perbezaan pencapaian dalam mata
pelajaran kejuruteraan teknologi antara kedua-dua kumpulan jantina.

Sebaliknya, jika hasil ujian statistik menerima hipotesis nul, ini


menunjukkan bahawa dalam populasi kajian tidak menunjukkan
perbezaan pencapaian dalam mata pelajaran kejuruteraan teknologi
antara kedua-dua kumpulan jantina.
21
Menjelaskan kepentingan bagi setiap penyataan
dan persoalan..

Garis panduan memulakan


penyelidikan

Mengenal pasti kaedah yang paling sesuai untuk


mengumpulkan data daripada penentuan tujuan
kajian & persoalan kajian

22
Menulis penyataan tujuan, persoalan kajian &
hipotesis kajian mengikut pendekatan kuantitatif

1. Menulis penyataan objektif, persoalan kajian, hipotesis, kepentingan &


penggunaan pembolehubah perlu difahami terlebih dahulu.

2. Mulakan dengan definisi pemboleh ubah, tentukan jenis reka bentuk yang
sesuai dan bincangkan penggunaannya dalam teori.

23
i) Menentukan pemboleh ubah …

1. … merujuk kepada satu ciri atau atribut yang dianggap sebagai mewakili
satu konsep/ gagasan yang mempunyai nilai berubah-ubah daripada satu
individu ke individu lain.
2. … merupakan penterjemahan konsep daripada beberapa aspek yang boleh
diukur apabila konsep telah diberi definisi operasional.

3. Contoh:
a) Pemboleh ubah gaya kepimpinan (oleh pentadbiran)
b) Pemboleh ubah pencapaian Sains (oleh pelajar)

24
Pemboleh ubah
(Ciri atau sifat)

Ia mungkin dan

Boleh di ukur Berubah-ubah

(boleh di nilai melalui (boleh berbeza nilai


instrument dalam borang atau skor untuk
soal selidik atau direkod individu berbeza sama ada data
berdasarkan pemerhatian) diukur sebagai categorical/
continuous)

25
ii) Jenis pemboleh ubah …
Pemboleh ubah
Pemboleh ubah Pemboleh ubah
bebas (measured
perantara bersandar
& control)

Pemboleh ubah
kawalan

Pemboleh ubah Pemboleh ubah


penyederhana confounding
26
a) Pemboleh ubah Bebas
1. … boleh berdiri sendiri tanpa memerlukan pemboleh ubah lain, walaupun saling berkait.
2. … mengubah nilai dalam pemboleh ubah bersandar.
3. Terdiri daripada 4 jenis pemboleh ubah iaitu measured variable, control variable, treatment variable &
moderating variable
4. Contoh: kaedah pengajaran mengubah markah ujian mata pelajaran Sains.

b) Pemboleh ubah Bersandar


1. Pemboleh ubah yang terdiri daripada tingkah laku subjek yang bergantung kepada
pemboleh bebas.
2. Menerima pengaruh/kesan/rentetan daripada pemboleh ubah bebas.
3. Merupakan kesan/kesan/rentetan pemboleh bebas yang dicerap.
4. Contoh: mencerap kesan kecerdasan (pemboleh ubah bebas) terhadap kebolehan
membaca (pemboleh ubah bersandar)

c) Pemboleh ubah Perantara (intervening variables)


1. … atribut atau ciri-ciri yang berada antara (stands between) pemboleh ubah bersandar
dan pemboleh ubah bebas.
27
Langkah 1 Pemboleh Pemboleh ubah
ubah Bebas Bersandar
Contoh: Pemboleh ubah Perantara

Masa pejabat yang selesa Pelajar mendapatkan


Contoh untuk pelajar berurusan bantuan daripada
pejabat di fakulti

Pemboleh
(intervening variables)

Langkah 2 P/U Perantara


ubah Bebas

Independent
Masa pejabat yang selesa Pelajar mula
Contoh
Variable
untuk pelajar berurusan mengambil risiko

Pemboleh Pemboleh ubah


P/U Perantara
Langkah 3 ubah Bebas Bersandar

Masa pejabat yang selesa Pelajar mula Pelajar mendapatkan


Contoh untuk pelajar berurusan mengambil risiko bantuan daripada
pejabat di fakulti
28
d) Pembolehubah Ekstranous (Ancaman/Threats)

(Confounding Variables)
1. Dikenali sebagai Spurious variables
2. Pembolehubah yang tidak dapat dikawal dan mempengaruhi prestasi
pembolehubah bersandar, lalu mempengaruhi kesahan eksperimen.
3. Pembolehubah yang tidak dikaji, namun kehadirannya mungkin mendatangkan
kesan kepada pembolehubah bebas atau pembolehubah bersandar, atau kedua-dua
sekali.

a) Kesan ini perlu dikawal supaya tidak disalah ertikan


b) Mempunyai kaitan dengan ancaman kesahan luar dan kesahan dalaman

Contoh: Sikap terhadap sekolah adalah ditentukan oleh bangsa, tetapi ciri-ciri
diskriminasi juga wujud terhadap bangsa. Penyelidik hanya dapat mengukur
bangsa.

29
Teori dan pengujian pemboleh ubah kajian

30
Jenis-jenis penjelasan pengujian teori berdasarkan
pendekatan kuantitatif

31
iii) Contoh 1 menggunakan reka bentuk jenis tinjauan

TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ialah untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan instruksional guru besar dan tahap
kepuasan kerja guru, serta menguji hubungan antara kepimpinan instruksional dengan kepuasan kerja guru.

OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenal pasti tahap amalan kepimpinan instruksional guru besar?
2. Mengenal pasti tahap kepuasan kerja guru sekolah rendah?
3. Menentukan hubungan antara kepimpinan instruksional dan kepuasan kerja guru?

PERSOALAN KAJIAN
4. Apakah tahap amalan kepimpinan instruksional guru besar?
5. Apakah tahap kepuasan kerja guru sekolah rendah?
6. Apakah hubungan antara kepimpinan instruksional dan kepuasan kerja guru?

32
Contoh 2

Bil Objektif Kajian Persoalan kajian Hipotesis Kajian


1 Mengenal pasti Adakah terdapat Ho: Tidak terdapat
hubungan motivasi hubungan antara motivasi hubungan antara
dengan pencapaian dengan pencapaian motivasi dengan
pelajar pelajar? pencapaian pelajar
2 Mengenal pasti Adakah terdapat Ho: Tidak terdapat
perbezaan tahap perbezaan tahap motivasi perbezaan tahap
motivasi dalam kalangan dalam kalangan pelajar motivasi mengikut
pelajar lelaki dan lelaki dan perempuan? jantina.
perempuan

33
Menulis penyataan tujuan, persoalan kajian
mengikut pendekatan kualitatif
Contoh 1 menggunakan reka bentuk jenis kajian kes
TUJUAN KAJIAN
Meneroka jenis aktiviti dan peranan yang dimainkan dan dilaksanakan oleh
pengetua semasa mengurus sekolah.

PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah aktiviti yang dilakukan oleh pengetua semasa mengurus sekolah?
2. Apakah peranan yang dimainkan oleh pengetua semasa mengurus sekolah?
3. Bagaimanakah pengetua memainkan peranan mereka semasa mengurus
sekolah?
Nota: Tujuan & persoalan kajian kualitatif mestilah menggambarkan penerokaan
yang akan menunjukkan proses berlakunya fenomena yang dikaji
34
Contoh 2

Bil Objektif Kajian Persoalan kajian Hipotesis Kajian


1 Meneroka peranan pengetua Bagaimanakah peranan Tiada
semasa mengurus sekolah. pengetua semasa mengurus
sekolah?

2 Mengkaji kesan penggunaan Bagimanakah kesan Tiada


Modul KBAT-Sains terhadap penggunaan Modul KBAT Sains
minat murid dalam mata terhadap minat murid dalam
pelajaran Sains. mata pelajaran Sains?

35
36

You might also like