You are on page 1of 20

APLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVITIS DALAM BILIK DARJAH

PENGENALAN
Seperti yang kita ketahui, teori kontruktivitis terbahagi kepada dua iaitu teori konstruktivitis sosial dan kognitif. Kedua-dua teori berkenaan menekankan tentang keperluan guru dalam menentukan pengetahuan sedia ada murid dalam proses P&P agar matlamat pengajaran tercapai. Terdapat pelbagai model pengajaran yang berasaskan konstruktivisme yang boleh dijadikan rujukan para guru.

Antara model tersebut ialah Model Pengajaran 5E yang dipelopori oleh Roger Bybee. 5E itu merujuk kepada peringkat pengajaran yang terdiri daripada

a) Engagement ( Penglibatan) b) Exploration (Penerokaan) c) Explanation ( Penerangan ) d) Extension ( Huraian ) e) Evaluation ( Penilaian )

Tahap 1 : Engagement (penglibatan)


Guru menggalakkan murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran. Sebagai contoh, aktiviti menulis cerpen atau membaca sajak. Melalui aktiviti ini, guru berpeluang untuk mengenalpasti pengetahuan sedia ada muridmurid.

Tahap 2 : Exploration ( Penerokaan)


Guru menyampaikan pembelajaran yang boleh membekalkan pengalaman yang lebih luas kepada murid tetapi masih dalam konsep yang sama. Dengan itu, murid dapat melihat antara apa sedang mereka fikirkan dengan apa yang mereka perhatikan. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan ialah memberi murid latihan penyelesaian masalah.

Tahap 3: Explanation ( Keterangan)


Murid- murid diberikan peluang untuk mengaitkan pengalaman lalu serta mengkonseptualisasi idea utama yang terkandung dalam unit pembelajaran tersebut. Antara contoh aktiviti yang boleh dijalankan ialah aktiviti banding beza. Contohnya, membuat banding beza antara haiwan mamalia dengan haiwan reptilia.

Tahap 4: Extension (Huraian)


Guru menggalakkan murid untuk mengaplikasi atau lanjutkan konsep terhadap situasi baru, disamping mengaitkan pengalaman lalu dengan yang baru. Antara contoh aktiviti yang boleh dijalankan adalah aktiviti bermain watak.

Tahap 5: Evaluation (Penilaian)


Guru menilai kefahaman murid konseptual muridmurid serta kebolehan mereka untuk menggunakan kemahiran bermula pada tahap pertama dan berterusan merentasi keseluruhan model. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah mengadakan ujian atau kuiz.

AKTIVITI-AKTIVITI DAN PERANAN GURU DALAM 5E

PENGLIBATAN

PENEROKAAN

KETERANGAN

(EXTENSION)
Aktiviti yang disyorkan:

HURAIAN

Menyelesaikan masalah
Membuat keputusan

Inkuiri bercorak eksperimen


Aktiviti kemahiran berfikir. Contoh: Banding beza Mengklasifikasi Aplikasi

PERANAN GURU
Menjangkakan murid-murid akan menggunakan definisi dan keterangan yang telah diberikan

Menggalakkan mereka untuk mengaplikasi atau melanjutkan konsep dan kemahiran dalam situasi baru

Mengingatkan mereka tentang penjelasan alternatif, sekiranya ada

Membantu mereka merujuk kepada data dan bukti sedia ada sambil bertanya Apa yang anda ketahui? Mengapa anda berpandangan sedemikian?

(EVALUATION)

Penilaian

Mana-mana satu seperti di atas Membentuk rubrik Ujian Pentaksiran pencapaian Menghasilkan satu produk Kemasukan jurnal Portfolio

PERANAN GURU
a) Membuat pemerhatian sambil murid-murid mengaplikasi konsep dan kemahiran baru b) Mentaksir pengetahuan atau kemahiran mereka c) Mencari bukti yang menunjukkan perubahan dari segi pemikiran atau tingkahlaku mereka d) Membenarkan mereka mentaksir pembelajaran masing-masing dan kemahiran proses kumpulan

Implikasi teori pembelajaran konstruktivitis terhadap pengajaran dan pembelajaran


P&P tidak boleh dianggap sebagai penyampaian ilmu semata-mata (daripada tidak diketahui kepada diketahui)

Guru sebagai pembimbing di sisi murid Guru perlu memberi peluang kepada murid untuk menguji kefahaman masing-masing terhadap apa yang dipelajari

Pembelajaran berasaskan pengetahuan lalu murid-murid

Guru perlu mengenalpasti pengetahuan lalu murid-murid yang mereka ajar

Guru perlu merancang pelbagai pengalaman pembelajaran selaras dengan kebolehan murid-murid

Membantu murid memperoleh pengetahuan baru

Guru menggunakan strategi yang berfokus kepada aktiviti secara hands-on

Guru menggalakkan perbincangan kumpulan

Guru merancang dan melaksanakan strategi-strategi pengajaran seperti soalan-soalan terbuka

BIBLIOGRAFI
1. Choong Lean Keow. (2011). Murid dan Alam Belajar. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

2. Noriati A. Rashid, Boon Poong Ying dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Siri Pendidikan Guru Murid dan Alam Belajar. Shah Alam: Oxford Fajar.
3. Ramlah Jantan dan Mahani Razali. (2004). Psikologi Pendidikan, Pendekatan

You might also like