You are on page 1of 11

PERANAN DAN

TANGGUNGJAWAB
SEKOLAH/ INSTITUSI
DALAM
PEMBENTUKAN
MORAL
Disediakan oleh: LEE CHING WOEY
PPISMP SEM 2 ---BC1
Definisi Sekolah& Institusi
Sekolah
• Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sekolah
bermaksud tempat untuk belajar dan mengajar,
tempat menerima dan memberi pelajaran
• Menurut Sunarto sekolah ialah bangunan atau
lembaga untuk belajar dan mengajar serta
tempat memberi dan menerima pelajaran.
Institusi
• Menurut Kamus Pelajar, institusi ialah badan
yang melaksanakan tugas yang bersifat am.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(1996)
Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke
arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi JERI
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Peranan Sekolah
Dalam
Pembentukan
Moral
1) menerapkan pendekatan “modelling” atau
“exemplary” atau “uswah hasanah”.
– membiasakan lingkungan sekolah untuk
menghidupkan dan menegakkan nilai-nilai akhlak
dan moral yang benar melalui teladan.
– memilih suri teladan dalam kalangan pelajar.
2) menjelaskan atau mengklarifikasikan kepada
pelajar tentang berbagai nilai yang baik dan yang
buruk.
3) menerapkan pendidikan berdasarkan karakter
(character-based education)
– dengan menerapkan character-based approach ke
dalam setiap mata pelajaran nilai yang ada di
samping mata pelajaran-mata pelajaran khusus
untuk pendidikan karakter
4) Memastikan pengurusan fizikal sekolah secara
berkesan
– Memenuhi ciri keberkesanan pengurusan aspek fizikal
sekolah iaitu kebersihan,keselamatan,keselesaan dan
keindahan persekitaran
– memainkan peranan penting dalam mencorakkan
tingkah laku pelajar-pelajarnya.
5) Pelaksanaan pendidikan agama
– Inti ajaran agama adalah ahklak yang mulia yang
bertumpu pada keimanan kepada Tuhan dan
keadilan social.
– Agama mengajar manusia supaya melakukan
perbuatan yang betul dan baik.
– agama menjadi pendorong semasa manusia mengalami
cabaran
6) Mengadakan kegiatan kokurikulum
– Nilai-nilai yang baik secara tidak langsung akan
menerap dalam mengadakan kegiatan di luar bilik
darjah.
7)Melalui peraturan dan undang-
undang yang ditetapkan oleh
sekolah
– Membentuk disiplin pelajar
– Pelajar boleh menerap disiplin diri itu
apabila mereka berada dalam
kalangan masyarakat.
Rumusan
Sekolah memainkan peranan penting dalam
pembentukan moral.
Hal ini kerana:
Kebanyakan masa pelajar dihabiskan di
kawasan institusi pendidikan
Sejak kecil lagi kanak-kanak dihantar belajar
di tadika sehinggalah ke pusat pengajian
tinggi
Sekolah bukan tempat menuntut ilmu sahaja
Rujukan
Abdullah Idi.(2011). Sekolah: Apa itu Sekolah? Diakses pada 14 Februari 2017
daripada http://www.pengertianpakar.com/2015/03/sekolah-apa-
itu-sekolah_7.html#

Abdullah Zhidi bin Omar. (2014). Pengantar Pendidikan Moral. Selangor:


Penerbitan Multimedia

Ahmad Muflihin.(2013).Peran Pendidikan Dalam Pembentukan Moral Di Era


Globalisasi. Diakses pada 16 Februari 2017 daripada
http://ihind182.blogspot.my/2013/01/peran-pendidikan-dalam-
pembentukan.html

Indonesia, Lembaga Peningkatan Profesi Guru. (2013).Peran Keluarga, Sekolah


Dan Masyarakat Dalam Pembentukan Karakter Berkualitas. Jurnal
Penelitian Pendidikan Islam,Vol 8,342-348.

Mohamad Khairi Othman Asmawati Suhid.(2010). Peranan Sekolah dan Guru


dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan Nilai Murni:
Satu Saratan. SEA Journal of General Studies II, 117-130.

You might also like