You are on page 1of 3

1.

Antara strategi yang disusun untuk mencapai matlamat Dasar


Pendidikan Kebangsaan (DPK):

1. Penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama

2. Mengadakan kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama

3. Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan

4. Mendemokrasikan pendidikan

-memastikan mutu pendidikan dipertingkatkan dan dengan mengagihkan


peruntukan secara adil.

5. Pelaksanaan KBSR dan KBSM

6. Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik

-menyediakan latihan kemahiran; latihan khusus yang berhubungan dengan


pekerjaan tertentu dan latihan bagi meningkatkan kemahiran yang sedia ada.

7. Memantapkan institusi pengajian tinggi

-memastikan pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi dapat


mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran

8. Mempertingkatkan pendidikan Islam, kerohanian, moral dan disiplin

Mata pelajaran Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam diperluaskan di


semua sekolah tanpa mengira jenis dan kategori.

9. Pengajaran Bahasa Ibunda

-mewujudkan sistem pendidikan berteraskan masyarakat sendiri.

-memastikan setiap masyarakat di negara ini akan dapat mengekalkan identiti


kaum masing-masing bersesuaian dengan masyarakat majmuk Malaysia.

-membenarkan pengajaran bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Iban, bahasa


Kadazan-Dusun dan bahasa Arab di sekolah-sekolah.

10.Penekanan terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi


-menyediakan program pembangunan pendidikan yang dapat melahirkan
warganegara yang berilmu pengetahuan, celik ICT, berkemahiran dan
berakhlak mulia.

11.Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum

-Bagi memupuk disiplin di kalangan pelajar Kementerian Pendidikan telah


mengambil langkah menambah baik pelaksanaan aktiviti ko-kurikulum di
sekolah. Ini dilakukan dengan meningkatkan aktiviti pasukan pakaian
seragam seperti pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap,
puteri Islam dan lain-lain.

2. Salah satu Dasar Pendidikan Kebangsaan yang dilaksanakan ialah


Kurikulum Kebangsaan. Boleh berikan maklumat tentang Kurikulum
Kebangsaan?

Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk


kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan,
kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk
membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi
jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan
mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan
pengetahuan.

Kurikulum kebangsaan terbahagi kepada 5 iaitu:

(a) Kurikulum asuahan dan pendidikan awal kanak-kanak

(b) Kurikulum standard prasekolah kebangsaan (KSPK)

(c) Kurikulum bersepadu sekolah rendah (KBSR)

(d) Kurikulum standard sekolah rendah (KSSR)

(e) Kurikulum bersepadu sekolah menengah (KBSM)


Antara strategi pelaksanaan kurikulum di sekolah ialah:

(a) Menyediakan dokumen standard kurikulum asuhan dan pendidikan awal


kanak-kanak serta kurikulum prasekolah.

(b) Menggubal standard kandungan dan standard pembelajaran untuk setiap


mata pelajaran di peringkat rendah dan menengah.

(c) Menyediakan bahan sokongan kurikulum untuk menyokong pelaksanaan


kurikulum.

(d) Menyemak dan meminda atau membuat perubahan kurikulum


berdasarkan perubahan dasar pendidikan dan dasar utama negara.

(e) Menyediakan, menyemak dan mengemas kini kurikulum sedia ada


mengikut keperluan semasa dan masa hadapan.

You might also like