You are on page 1of 143

PENDIDIKAN

PALANG MERAH /
BULAN SABIT
MERAH
Disediakan oleh :
Khaw Kai Xin, Choo Hui Zhen, Lim Xin Ying,
Lam Hui Jie dan Janet Lee Min Yin
4 PISMP BC2
PENGENALAN BSMM
 Organisasi tidak berasaskan keuntungan yang
memberikan khidmat kemanusiaan.
 Persatuan yang diperbadankan melalui akta
Parlimen Malaysia.
 Badan sokongan kepada kerajaan dan bukan
sebuah NGO (Badan Bukan Kerajaan).
PENGENALAN BSMM
 Dianggotai lebih 300,000 sukarelawan di 15
cawangan.

 Sebahagian daripada pergerakan Palang Merah


dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa di mana
merupakan ahli kepada Persekutuan
Antarabangsa Persatuan-persatuan Palang Merah
dan Bulan Sabit Merah (IFRC) dan diiktiraf oleh
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah
(ICRC).
Lambang, Cogan
Kata, Lagu dan
Bendera
Pertubuhan
BENDERA BULAN SABIT MERAH
MALAYSIA
Ukuran Piawai
Bendera BSMM
Ukuran Piawai
Lambang
PENGENALAN LAMBANG

 Idea awal untuk menggunakan tanda pengenalan


(lambang / emblem) atau warna untuk
menandakan ambulans atau hospital bukannya
direka oleh Jawatankuasa Antarabangsa Palang
Merah (ICRC).
 Tanda-tanda yang berbagai saiz, rupabentuk dan
warna telah digunakan oleh pelbagai negara
beberapa tahun sebelum penubuhan ICRC.
PENGENALAN LAMBANG

 Disebabkan kepelbagaiannya, tanda-tanda


pengenalan tersebut sukar dikenali di luar negara-
negara berkenaan atau oleh selain daripada pihak
tentera yang menggunakannya. Dengan itu
tentera musuh tidaklah dijangka mengenali atau
menghormati kenderaan-kenderaan dan
bangunan-bangunan yang ditandakan dengan
lambang-lambang yang digunakan melainkan
dengan perjanjian- perjanjian tertentu telah dibuat
oleh pihak-pihak yang bersengketa.
PENGENALAN LAMBANG
 Apabila terlalu banyak lambang yang digunakan
maka kebanyakannya kehilangan nilai dan kuasa
perlindungannya.

 Inspector Lucien Baudens dikatakan individu


pertama yang mencadangkan satu lambang yang
mudah dan praktikal bagi doktor dan pembawa
usungan bagi semua negara melalui artikel yang
diterbitkan di dalam Revue des Deux Mondes
pada Februari 1857. Bagaimanapun, cadangan Dr
Baudens ini tidak menjadi kenyataan.
 17 Februari 1863: Jawatankuasa Antarabangsa
untuk Perawatan Orang-orang Cedera semasa
Perang sewaktu mesyuarat pertamanya
mengemukakan cadangan supaya satu lambang
yang boleh digunakan oleh sukarelawan,
ambulans dan hospital yang mana dihormati oleh
semua pihak yang terlibat dalam konflik.

 26-29 Oktober 1863: Cadangan penggunaan


lambang Palang Merah dikemukakan semasa
Persidangan Antarabangsa Geneva 1863.
Lambang ini secara khususnya ialah lambang
palang berwarna merah yang diletakkan di atas
permukaan berwarna putih.
 Lambang ini merupakan bendera Switzerland yang
diterbalikkan warnanya yang merupakan
penghormatan kepada negara tersebut.
Berlatarkan warna putih kerana telah menjadi
budaya di mana bendera putih adalah untuk
gecatan senjata.
 22 Ogos 1864: Lambang ini telah diiktiraf sebagai lambang
perkhidmatan perubatan dalam perang melalui
Persidangan Diplomatik 1864 dan dimasukkan dalam
peraturan peperangan (Konvensyen Geneva I).
 Lambang ini dipakai pada bendera yang digunakan di
hospital, ambulans dan pasukan penyelamat. Ia juga
dipakai pada lengan yang menandakan si pemakainya
berada di pihak yang neutral. Bangunan, kenderaan atau
orang yang memakai lambang ini tidak boleh diserang
malah sepatutnya diberi perlindungan dan pertolongan oleh
mana-mana pihak pun.
 16 November 1876: Walaupun telah menandatangani
Konvensyen Geneva I, Empayar Uthmaniah (Turki) telah
mengisytihar akan menggunakan lambang Bulan Sabit
Merah tetapi pada masa yang sama masih menghormati
penggunaan lambang Palang Merah oleh pihak lawan.
ICRC memberikan persetujuan sementara kepada Turki
untuk menggunakan lambang Bulan Sabit Merah sewaktu
Perang Russia-Turki (The Russo-Turkish War).
 Sewaktu Persidangan Keamanan The Hague 1899
dan 1907 serta Persidangan Semakan Geneva
1906, Empayar Uthmaniah (Turki), Parsi (Iran) dan
Siam (Thailand) memohon pengiktirafan
penggunaan lambang masing-masing bagi
ambulans dan kapal hospital:
 Empayar Uthmaniah: Bulan Sabit Merah (Red
Crescent)
 Parsi: Singa dan Matahari Merah (Red Lion and
Sun)
 Siam: Api Merah (Red Flame)
 1929: Persidangan Diplomatik telah diadakan bagi
menyemak Konvensyen-konvensyen Geneva.
Persidangan bersetuju dengan cadangan Empayar
Uthmaniah (Turki), Mesir dan Parsi (Iran) untuk
memberi pengiktirafan kepada lambang Bulan
Sabit Merah dan lambang Singa dan Matahari
Merah. Lambang Palang Merah, Bulan Sabit
Merah dan Singa dan Matahari Merah adalah
setaraf di dalam Konvensyen Geneva.
 1931: ICRC dimaklumkan mengenai penubuhan persatuan
yang menggunakan lambang Perisai Merah David (Red
Shield of David) di Palestin.
 1935: Afghanistan memohon pengiktirafan Red Archway
Society (Mehrab-e- Ahmar) tetapi ditolak oleh ICRC pada
tahun 1936.
 1949: Tiga cadangan dikemukakan sewaktu Persidangan
Diplomatik yang akhirnya ditolak:
 Cadangan oleh Belanda supaya menggunakan satu
lambang baru
 Cadangan supaya kembali menggunakan hanya lambang
Palang Merah (Cadangan Persidangan Antarabangsa
Palang Merah ke-17 di Stockholm pada tahun 1948)
 Cadangan oleh Israel supaya mengiktiraf lambang Perisai
Merah David
 1957: Sri Lanka memohon untuk menggunakan Red
Swastika.
 2 November 1977: Jeneral Maitra, Setiausaha Agung
Palang Merah India melalui surat memohon kepada ICRC
untuk menggunakan Swastika Merah (Red Swastika) di
atas latar putih.
 Zimbabwe turut memohon penukaran nama daripada
Palang Merah Zimbabwe kepada Bintang Merah (Red Star)
Zimbabwe yang menggunakan lambang Bintang Merah.
 4 September 1980: Republik Islam Iran (dahulunya Parsi)
mengisytiharkan pengguguran penggunaan lambang Singa
dan Matahari Merah dan digantikan dengan lambang Bulan
Sabit Merah. Bagaimanapun, Iran berhak untuk kembali
menggunakan lambang Singa dan Matahari Merah.
 1992: Cornelio Sommaruga, Presiden ICRC ketika
itu mencadangkan melalui artikel yang diterbitkan
di dalam International Review of the Red Cross
supaya dikemukakan satu lambang tambahan.
 “the solution must be very widely acceptable;
 the States and National Societies which use one of the
recognized signs must not be forced to renounce or change
their emblem unless they wish to do so;
 new sign must be graphically simple enough to ensure good
visibility at a distance, must be devoid of any religious,
political, ethnic or other connotation, and must be made
widely known in peacetime so that it is easily identified by
those who are required to respect it;
 any proliferation of emblems, which would not fail to occur if
too much freedom of choice is allowed, must be avoided."
 1999: Persidangan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan
Sabit Merah mengemukakan cadangan penubuhan
Kumpulan Kerja Bersama Negara dan Persatuan
Kebangsaan (Joint Working Group of States and National
Societies) bagi membentuk lambang yang boleh diterima
oleh semua pihak.
 2000: Kumpulan Kerja mengemukakan penyelesaian iaitu
lambang tambahan. Reka bentuk lambang tambahan ini
membolehkan:
 Memasukkan lambang Palang Merah atau Bulan Sabit
Merah
 Memasukkan lambang Palang Merah dan Bulan Sabit
Merah sebelah menyebelah
 Memasukkan lain-lain lambang yang diiktiraf oleh
Negara tersebut berdasarkan penerimaan Konvensyen
Geneva dan ICRC
 Pengenalan Kristal Merah menyelesaikan isu yang
timbul seperti:
 Negara yang enggan menerima pakai samada
lambang Palang Merah atau Bulan
Sabit Merah kini boleh diterima sebagai anggota penuh
kepada Pergerakan
 Penggunaan kedua-dua lambang Palang Merah dan
Bulan Sabit Merah secara bersama
 8 Disember 2005: Protokol Tambahan III diterima
sewaktu Persidangan Diplomatik yang diadakan di
Geneva. Lambang Kristal Merah diiktiraf setaraf
dengan lambang Palang Merah dan Bulan Sabit
Merah.
 Jun 2006: Persidangan Antarabangsa Palang
Merah dan Bulan Sabit Merah diadakan di
Geneva telah meminda statut pergerakan bagi
menerima pakai lambang baru.
 14 Januari 2007: Protokol Tambahan III mula
berkuatkuasa.
Singa dan
Palang Merah Bulan Sabit Merah Kristal Merah
Matahari Merah

Persidangan Persidangan Persidangan Persidangan


Diplomatik 1864 Diplomatik 1929 Diplomatik 1929 Diplomatik 2005

Konvensyen Protokol Tambahan


Geneva Pertama III

Penggunaan Diguna oleh Parsi Penggunaan


Lambang asal
dimulai oleh Turki sehingga 1980 dimulai oleh Israel
Cadangan Lambang-lambang Yang Ditolak
 Terdapat pelbagai lambang yang pernah dicadangkan sebagai tambahan
kepada lambang sedia ada tetapi lambang-lambang ini telah tidak diterima.

Mehrab-e-Ahmar / Red Swastika


Red Lamb (Rep. Red Shield of Hakuai Sha
Red Archway (India & Sri
of the Congo) David (Israel) (Japan)
(Afghanistan) Lanka)

Sapa Unalom
Red Cedar Red Rhinoceros Red Star
Red Palm (Syria) Daeng / Red
(Lebanon) (Sudan) (Zimbabwe)
Flame (Thailand)
Fungsi Lambang
BSMM
Tanda perlindungan:
Menandakan bahawa seseorang atau suatu objek
sebagai hal yang tidak boleh diserang
Memberi keterangan bahawa orang atau objek ini
berada di bawah perlindungan undang-undang
kemanusiaan

Tanda pengenal:
Menandakan bahawa orang-orang ini atau objek-
objek ini ada kaitannya dengan Gerakan Palang
Merah/Bulan Sabit Merah
Cogan Kata

Sedia
Berkhidmat
Lagu BSMM
Bulan Sabit Merah Di Malaysia
Giat Berjasa Untuk Negara
Tidak Kira Kaum Dan Agama
Waktu Aman Atau Bahaya

Di Mana Jua Adanya Sengsara


Di Sana Ada Kita
Di Darat Dan Laut Kita Bersedia
Walaupun Diancam Bahaya

Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia


Membantu Semua Yang Menderita
Badan Sukarela Berkhidmat
Dengan Tabah Dan Bersemangat
Persetiaa
n/
Ikrar
BSMM
Persetiaan
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua : perjanjian
yang dibuat untuk bersetia; perjanjian mengaku
setia

Setia (adjektif)
1. Bersinonim dengan teguh hati:tetap
hati, cekal, tabah, bulat hati, bulat tekad, bulat
fikiran,

2. Bersinonim
dengan patuh:taat, tawaduk, patih, boleh
diharap, tunak,
Ikrar BSMM
1. Bahawa kami ahli Bulan Sabit Merah
Malaysia berikrar akan taat setia pada
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka
Baginda Yang Dipertuan Agong dan
pemerintah-pemerintah di negeri kami
berdasarkan kepada prinsip-prinsip
Rukun Negara.
Ikrar BSMM
2. Bahawa kami berikrar akan sentiasa
patuh pada perlembagaan dan undang-
undang serta arahan Bulan Sabit Merah
Malaysia walau di mana kami berada.
Ikrar BSMM
3. Bahawa kami berikrar akan sentiasa memberikan
khidmat sukarela kepada yang sakit dan menderita di
waktu aman atau bencana berdasarkan kepada
prinsip-prinsip Bulan Sabit Merah seperti berikut :

1. Perikemanusiaan,
2. Kesaksamaan,
3. Berkecuali,
4. Kebebasan,
5. Perkhidmatan Sukarela,
6. Bersatu, dan
Kesejagatan.
PENGENALAN
PAKAIAN SERAGAM
PAKAIAN SERAGAM
 Pakaian-pakaian seragam BSMM hendaklah
dipakai lengkap.
 Semua peralatan hendaklah mengikut spesifikasi
yang telah diluluskan oleh Majlis Kebangsaan dan
dibeli secara persendirian.
 Pakaian seragam BSMM hanya boleh dipakai
semasa menjalankan tugas BSMM.
 Tidak dibenarkan menukar warna atau fesyen
pakaian seragam atau menokok- tambah atau
mengubah pakaian dan peralatan yang digunakan.
PAKAIAN SERAGAM
 Barang kemas tidak boleh dipakai semasa berpakaian
seragam BSMM kecuali jam tangan dan cincin
perkahwinan.
 Ahli yang diberhentikan atau meletakkan jawatan adalah
dilarang memakai pakaian seragam atau lencana BSMM.
 Ahli yang mewakili BSMM ke luar negara hendaklah
memakai pakaian seragam yang bersesuaian mengikut
arahan atau garis panduan yang disyaratkan.
 Hanya ahli yang beragama Sikh sahaja yang dibenarkan
memakai sarban mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
 Pakaian Seragam Wanita No.10 adalah pilihan untuk ahli
beragama Islam.
Jenis Pakaian Seragam
Lelaki Wanita
1 Pakaian Istiadat – Pegawai
1 Pakaian Istiadat – Pegawai
2 Pakaian Seragam – Pegawai
2 Pakaian Seragam – Pegawai
3 Pakaian Seragam – Pegawai
3 Pakaian Seragam – Pegawai
4A Pakaian Seragam – PBS / Belia
4 Pakaian Seragam – PBS

5 Pakaian Kawalan Kehormat – 4B Pakaian Seragam – PBS / Belia


PBS / Belia
5A Pakaian Kawalan Kehormat – PBS /
6 Pakaian Seragam – Ambulans Belia
5B Pakaian Kawalan Kehormat – PBS /
7 Pakaian Seragam – EMU Belia
6 Pakaian Seragam – Ambulans
8 Pakaian Seragam – Belia / Link
7 Pakaian Seragam – EMU
9 Pakaian Seragam Latihan
8 Pakaian Seragam – Belia / Link
9 Pakaian Seragam Latihan
10 Pakaian Seragam Pilihan
Pakaian Seragam Lelaki
Pakaian Seragam Lelaki
Pakaian Seragam Lelaki
Pakaian Seragam Wanita
Pakaian Seragam Wanita
Pakaian Seragam Wanita
Pakaian Seragam Wanita
Pakaian Seragam Gunasama / Khas
Pakaian Seragam Gunasama / Khas
Pakaian Seragam Gunasama / Khas
Baju Korporat & Kemeja T
Asal Usul Penubuhan
Palang Merah / Bulan Sabit
Merah
 25 Ogos1863: “Jawatankuasa Berlima”
mengambil keputusan untuk
menganjurkan International Geneva
Conference (Persidangan Antarabangsa
Geneva) bagi mengkaji keperluan dan
penambahbaikan perkhidmatan perubatan
tentera. Jemputan dihantar kepada semua
kerajaan di Eropah dan beberapa individu
berpengaruh.

 26-29 Oktober 1863: Persidangan


Antarabangsa Geneva berlangsung di
mana 36 deligasi hadir termasuk 14
deligasi kerajaan, 6 deligasi pelbagai
persatuan dan 7 individu.
Persidangan ini telah menerima dan
bersetuju melaksanakan 10 resolusi
dan 3 cadangan untuk merasmikan
kelahiran Persatuan Palang Merah:
1. Menubuhkan dalam tiap-tiap negara satu
Jawatankuasa Bantuan yang boleh
membantu Perkhidmatan Perubatan
Tentera di masa peperangan.
2. Pengecualian ambulans, hospital tentera
dan kakitangan
perubatan.
3. Mengesahkan satu jenis perseragaman
lambang iaitu gelungan tangan
(armband) putih berpalang merah.
 Disember 1863: Persatuan Kebangsaan pertama
ditubuhkan di Wurttemburg.
 Ini kemudiannya diikuti oleh the Grand Duchy of Oldenburg,
Belgium, Prussia, Denmark, Perancis, Itali, Mecklenburg-
Schwerin, Sepanyol, Hamburg dan Hesse.
 Kejayaan menganjurkan Persidangan Antarabangsa
Geneva 1863 memberikan idea kepada “Jawatankuasa
Berlima” untuk menganjurkan Persidangan Diplomatik
(Diplomatic Conference) pula. Persidangan Diplomatik ini
bertujuan mewujudkan konvensyen berkenaan undang-
undang peperangan. Tugu Peringatan untuk
memperingati
penggunaan simbol
Palang Merah buat
pertama kali dalam konflik
bersenjata sewaktu
Pertempuran Dybbøl
(Denmark) pada tahun
1864.
 1 Februari 1864: Perang Jerman-Denmark (The
German-Danish War / Second Schleswig War)
meletus apabila tentera Austria dan Prussia
menceroboh Denmark. “Jawatankuasa Berlima”
menghantar 2 orang deligasi ke medan perang
untuk membantu yang cedera dan mengkaji
kaedah untuk menerima pakai keputusan
Persidangan Antarabangsa Geneva 1863:
 Dr Appia dihantar ke pihak gabungan tentera Austria
dan Prussia.
 Kapten Charles William Meredith Van de Velde ke pihak
tentera Denmark.
6 Jun 1864: Kerajaan Switzerland
menghantar surat jemputan kepada semua
kerajaan di Eropah, Amerika Syarikat, Brazil
dan Mexico bagi menghadiri Persidangan
Diplomatik anjuran “Jawatankuasa Berlima”.

8-28 Ogos 1864: Persidangan Diplomatik


dihadiri oleh 16 negara.

Menandatangani Konvensyen Geneva, 22 Ogos 1864


 22 Ogos 1864: 12 negara menandatangani Konvensyen
yang mengandungi 10 artikel yang dinamakan Geneva
Convention for the Amelioration of the Condition of the
Wounded in Armies in the Field (Konvensyen Geneva bagi
Memperbaiki Keadaan Anggota-anggota Tentera yang
Cedera di Medan Perang) di dalam Dewan Alabama,
Hotel de Ville (City Hall). Konvensyen ini kini dikenali
sebagai Konvensyen Geneva Pertama.

Menandatangani Konvensyen Geneva, 22 Ogos 1864


 Pada akhir tahun 1864, Konvensyen Geneva ini turut
diterima oleh Perancis, Switzerland, Belgium, Belanda, Itali,
Sepanyol, Sweden, Norway, Denmark dan the Grand
Duchy of Baden.

 Jun 1866: Ujian kepada Konvensyen Geneva bermula


apabila meletusnya Perang Austria-Prussia (The Austro-
Prussian War). Pihak yang terlibat iaitu gabungan Prussia
dan Itali telah menerima Konvensyen Geneva tetapi Austria
dan beberapa sekutunya belum. “Jawatankuasa Berlima”
bertindak supaya pihak Prussia dan Itali supaya mematuhi
Konvensyen Geneva dan berusaha memujuk Austria dan
sekutunya supaya menerima atau mematuhi Konvensyen
Geneva tetapi gagal. Austria hanya menerima Konvensyen
Geneva pada 21 Julai 1866 setelah tewas 3 minggu
sebelumnya.
 1867: Dunant meletakkan jawatan dalam
“Jawatankuasa Berlima”.
 1867: Persidangan Antarabangsa Palang Merah
pertama kali diadakan antara “Jawatankuasa
Berlima” dengan Persatuan-persatuan
Kebangsaan. Persidangan ini berlangsung tanpa
kehadiran Dunant.
 15 Julai 1870: Perang Perancis-Prussia (The
Franco-Prussian War) meletus. Di dalam konflik
inilah “Jawatankuasa Berlima” pertama kalinya
mewujudkan International Agency for Aid to
Wounded Millitary Personnel dan Information
Agency for Families of Wounded or Captured
Soldiers.
 Sewaktu Perang Perancis-Prussia ini
“Jawatankuasa Berlima” menjalankan tugas-tugas
yang akhirnya menjadi tugas teras sehingga kini:
 Menghantar deligasi ke kawasan konflik
 Mengumpul senarai nama tawanan perang
 Menghantar pulang orang yang cedera
 Mengesan orang yang hilang
 Menghantar pesanan kepada orang-orang yang
terpisah akibat perang
 Memberikan bantuan kepada mangsa konflik
 1875-1878: Krisis di Balkan yang dikenali sebagai
Krisis Timur (The Eastern Crisis) bermula apabila
pemberontakan terhadap Empayar Uthmaniah
(Ottaman Empire) berlaku di Herzegovina yang
kemudiannya di Bosnia dan Bulgaria. Ini diikuti dengan
pengisytiharan perang terhadap Empayar Uthmaniah
oleh Montenegro dan Serbia. “Jawatankuasa Berlima”
berusaha supaya Konvensyen Geneva diperakui oleh
Montenegro dan Serbia.

 1876: International Committee for the Relief of


Wounded in time of war ditukar nama kepada
International Committee of Red Cross
(Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah) -
ICRC.
 13 April 1877 – 31 Januari 1878: Perang Russia-
Turki (The Russo-Turkish War) berlaku apabila
Russia campurtangan dalam Krisis Timur dan
memihak kepada Montenegro dan Serbia. Ketika
perang inilah ICRC memberikan persetujuan
sementara kepada Empayar Uthmaniah (Turki)
untuk menggunakan lambang Bulan Sabit Merah.
 14 November 1885: Meletusnya Perang Serbia-
Bulgaria (The Serbo-Bulgarian War). Walaupun
wujudnya Persatuan Kebangsaan di kedua-dua
negara tersebut, ICRC telah meminta bantuan
tambahan terutama teknik pembedahan medan
dan urusan pertukaran tahanan perang.
 Ogos 1914: Sewaktu Perang Dunia Pertama (28 Julai
1914 – 11 November 1918), ICRC menubuhkan
International Prisoners of War Agency bagi
pengumpulan maklumat tawanan perang dan
membolehkan keluarga menghantar bungkusan.
 Agensi ini mengumpul 6 juta kad indek tawanan
perang dan mengendalikan lebih 1.8 juta bungkusan.
Ini kali pertama deligasi ICRC melawat kem tawanan
perang di mana 514 kem telah dilawati. Zenaide
Dessonnaz pula merupakan deligasi wanita yang
pertama.
 Selepas tamat Perang Dunia Pertama, ICRC
terlibat dalam operasi bantuan di Eropah dan Asia
seperti bantuan kepada mangsa wabak di Rusia.
 Jawatankuasa Antarabangsa Palang
Merah (ICRC) akhirnya menjadi satu
jawatankuasa yang amat berpengaruh di dunia.
PERGERAKAN PALANG
MERAH DAN BULAN SABIT
MERAH ANTARABANGSA
Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit
Merah Antarabangsa merupakan rangkaian
khidmat kemanusiaan terbesar di dunia.
Pergerakan ini meliputi setiap negara dan
disokong oleh jutaan sukarelawan.
Pergerakan ini terdiri daripada 3
badan yang berasingan tetapi saling
bekerjasama:
1. Jawatankuasa Antarabangsa Palang
Merah (The International Committee of the
Red Cross) - ICRC

2. Persekutuan Antarabangsa Persatuan-


persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit
Merah (The International Federation of Red
Cross and Red Crescent Societies) – IFRC

3. Persatuan-persatuan Kebangsaan Palang


Merah dan Bulan Sabit Merah (National Red
Cross and Red Crescent Societies)
JAWATANKUASA ANTARABANGSA
PALANG MERAH (ICRC)

Institusi berkecuali yang dianggotai oleh


rakyat Switzerland.
Diberi status pemerhati oleh Perhimpunan
Agung Bangsa-bangsa Bersatu.
 Penjaga Prinsip-prinsip Asas Palang Merah dan
Bulan Sabit Merah
 Pembangunan Konvensyen Kemanusiaan
Antarabangsa
 Mengiktiraf penubuhan Persatuan
Palang Merah dan Bulan Sabit Merah
 Menghantar bekalan bantuan bencana
 Agensi Pengesanan Pusat (Central Tracing Agency)
 Menyediakan anggota perubatan sekiranya berlaku
peperangan
 17 Februari 1863: Ditubuhkan dengan nama
asalnya International Committee for the Relief of
Wounded in time of war (Jawatankuasa
Antarabangsa untuk Perawatan Orang-orang
Cedera semasa perang).

 1876: Namanya ditukar kepada International


Committee of Red Cross (Jawatankuasa
Antarabangsa Palang Merah) - ICRC.
 1917: Menerima Hadiah Nobel Keamanan.
 1944: Menerima Hadiah Nobel Keamanan.
 1963: Berkongsi menerima Hadiah Nobel
Keamanan bersama IFRC.
 16 Oktober 1990: Diberi status pemerhati oleh
Perhimpunan Agung Bangsa-
bangsa Bersatu.
Presiden-presiden ICRC

1863 – 1864 1864 – 1910 1910 – 1928


Henri Dufour Gustave Moynier Gustave Ador

1928 – 1944 1944 – 1948 1948 – 1955


Max Huber Carl Burckhardt Paul Ruegger

1955 – 1964 1964 – 1969 1969 – 1973


Leopold Boissier Samuel Gonard Marcel Naville
1973 – 1976 1976 – 1987 1987 – 1999
Eric Martin Alexandre Hay Cornelio
Sommaruga

2000 – 2012 Bermula 1


Jakob Julai 2012
Kellenberger
Peter Maurer
PERSEKUTUAN ANTARABANGSA
PERSATUAN-PERSATUAN PALANG MERAH
DAN BULAN SABIT MERAH (IFRC)

 Menggalak dan mempromosikan penubuhan dan


pembangunan Persatuan Kebangsaan
 Merupakan badan tetap perhubungan di antara Persatuan-
persatuan Kebangsaan serta penyelarasan dan penyelidikan
 Bekerjasama dengan Persatuan Kebangsaan khasnya untuk
tujuan membaiki taraf
 Bertanggungjawab mengelola dan menyelaras bantuan
kecemasan kepada mangsa bencana atau orang pelarian
 Mei 1919: Ditubuhkan di Paris atas cadangan
Henry Davison (Presiden Jawatankuasa Perang
Palang Merah Amerika) dengan nama asalnya
League of Red Cross Societies (Liga Persatuan-
persatuan Palang Merah).
 1939: Ibu Pejabatnya dipindahkan dari Paris ke
Geneva.
 1963: Berkongsi menerima Hadiah Nobel
Keamanan bersama ICRC.
 1983: Namanya ditukar kepada League of Red Cross and
Red Crescent Societies (Liga Persatuan-persatuan Palang
Merah dan Bulan Sabit Merah). Penggunaan Lambang
Palang Merah dan Bulan Sabit Merah di dalam petak segi
empat tepat.
 1991: Namanya ditukar pula kepada International
Federation of Red Cross and Red Crescent Societies
(Persekutuan Antarabangsa Persatuan-persatuan Palang
Merah dan Bulan Sabit Merah) - IFRC.
Pengerusi-pengerusi IFRC

1919 – 1922; Henry Davison 1922 – 1935; John Barton 1935 – 1938; Cary T Grayson
(Amerika Syarikat) Payne (Amerika Syarikat) (Amerika Syarikat)

1938 – 1944; Norman Davis 1944 – 1945; Jean de Muralt 1945 – 1950; Basil O‟Connor
(Amerika Syarikat) (Switzerland) (Amerika Syarikat)

1950 – 1959; Emil Sandstrom 1959 – 1965; John MacAulay 1965 – 1977; Jose Barroso
(Sweden) (Kanada) (Mexico)
Presiden-presiden IFRC

1977 – 1981; AAdefarasin 1981 – 1987; Enrique de la Mata 1987 – 1997; Mario Enrique
(Nigeria) (Sepanyol) Villarroel Lander (Venezuela)

2001 – 2009; Juan Manuel


1997 – 2000; Astrid Nøklebye Bermula 2009; Tadateru Konoe
Suarez del Toro Rivero
Heiberg (Norway) (Jepun)
(Sepanyol)
PERSATUAN KEBANGSAAN

PERANAN SETIAP MASA


 Bertindak sebagai khidmat bantuan kepada pihak berkuasa
 Memberi bantuan kepada mangsa-mangsa bencana alam
 Pencegahan penyakit dan membaiki tahap kesihatan
 Melatih anggota-anggota Pertolongan Cemas dan Rawatan

PERANAN MASA PEPERANGAN


 Membantu Perkhidmatan Perubatan Tentera, menjaga yang
cedera
atau sakit dan menderita di kalangan tentera
 Terdapat 154 Persatuan Kebangsaan menggunakan
lambang Palang Merah, 34 menggunakan Bulan Sabit
Merah dan 1 menggunakan Kristal Merah.
 Dianggotai oleh hampir 13 juta sukarelawan, ahli sokongan
dan kakitangan. Hampir separuh adalah terdiri daripada
ahli belia. Wanita mewakili kira-kira separuh daripada
jumlah sukarelawan.
 Persatuan Kebangsaan menggaji kira-kira 300 ribu orang
kakitangan di serata dunia.
SEJARAH
PENGASAS
Pengasas Persatuan Palang
Merah / Bulan Sabit Merah

Jean Henry Dunant


8 hb Mei 1828
Geneva, Switzerland
Beliau lahir di Rue Verdaline, satu
bandar lama di Geneva, Switzerland

sangat aktif dalam aktiviti


pergerakan amal dan agama

memberi bantuan kepada penduduk


yang miskin.
Pada 25 Jun 1859, ketika dalam perjalanan ke
Negara Prancis untuk Menghadap Maharaja
Perancis - memajukan perniagaannya

Henry Dunant terperangkap di Solferino,


peperangan telah belaku antara askar-
askar Negara Perancis, Itali dan Austria.

Beliau melihat seramai 40,000 orang cedera


dalam sehari.
Henry Dunant dengan bantuan orang kampung
(kumpulan wanita dan kanak-kanak) membantu
mangsa dengan tindakan-tindakan mudah.

Oleh kerana Henry Dunant sentiasa memakai


pakaian berwarna putih, beliau diberi gelaran
“lelaki yang berpakaian serba putih”.

Beliau telah menjadikan sebuah gereja lama


sebagai pusat bantuan.
Henry Dunant menulis tentang kenangan dasyat di
Solferino dan menerbitkan sebuah buku bernama
“Kenangan di Solferino” (A Memory of Solferino).

Idea-idea dalam buku tersebut telah menarik minat


perhatian Maharaja Perancis yang menyokong Henry
Dunant - mendapat persetujuan.

Pada 9 Februari 1863 beliau dengan 4 orang warga


Swiss (Gustave Moynier, Doctor Louis Appia, Doctor
Theodore Maunoir dan General Henri Dufour) telah
membentuk Jawatankuasa Berlima untuk mendidik
anggota-anggota tentera darat.
Beliau sendiri menjadi setiausaha dalam
mengkaji perancangan idea buku itu.

Jawatankuasa ini merupakan permulaan


Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit
Merah Antarabangsa.
Peperangan di Solferino
• Pertempuran Solferino terjadi pada 24
Jun 1859 yang dimenangi oleh gabungan
tentera Perancis pimpinan Napoleon III dan
tentera Sardinia di bawah pimpinan Victor
Emmanuel II (dikenali sebagai Perikatan Perancis-
Sardinia).
• Mereka menentang tentera Austria di bawah
pimpinan Raja Francis-Joseph (juga dikenali
sebagai Franz Joseph).
• Lebih 200,000 tentera terlibat dan terbesar
semenjak Pertempuran Leipzig tahun 1813. Seramai
100,000 Austria bertempur dengan 118,000
tentera Perancis-Sardinia.
•Pertempuran Solferino akhirnya tamat
setelah 'Kemerdekaan Peperangan Itali
Kedua' yang diikuti 'Itali Risorgimento'.
•Peta negara telah berubah dan dipecah-
pecah
menjadi Perancis, Austria, Sepanyol dan
negara Papal.
•Pertempuran ini terjadi di sebuah kampung
bernama Solferino, Itali iaitu di sebuah
tempat antara Milan dan Verona.
•Pertempuran terbuka lebih 9 jam. Seramai
3000 tentera Austria terbunuh dengan
10,807 cedera dan 8638 hilang atau ditawan.

•Pihak berikat Perancis-Sardinia pula 2,492


terbunuh, 12,512 cedera dan 2,922 hilang
atau ditangkap. Mereka cedera kerana
ditembak atau ditikam dengan bayonet di
depan dan belakang. Pihak Perancis telah
memang dari segi taktikal tetapi rugi dari segi
kos juga.
Buku Kenangan di Solferino (A Memory
of Solferino)
•Buku tersebut menceritakan keperitan mangsa
perang di kalangan orang awam dan tentera.
Pertempuran Solferino melibatkan tentera Perancis
menentang tentera Austria.

•Buku ini telah dikirim kepada semua ketua kerajaan


di Eropah bagi menyedarkan mereka betapa
menderitanya mangsa peperangan tidk kira
tentera, tentera musuh atau orang awam.
Buku Kenangan di Solferino (A Memory
of Solferino)

•Buku ini telah berjaya menyedarkan ramai pihak


terutama pihak kerajaan dan mahu merealisasikan
dua cadangan Henry Dunnant:
• Membentuk organisasi kemanusiaan antarabangsa bagi
membantu tentera dan orang awam yang cedera dan
menderita semasa peperangan
• Mengadakan perjanjian antarabangsa agar tentera yang
cedera dari mana-mana pasukan hendaklah dibantu.
•Hasilnya pada tahun 1864, Persatuan Palang
Merah Antarabangsa (ICRC) telah
ditubuhkan.
•Pada 1901, Henry Dunant dan Frederic Passy
telah dianugerahkan Hadiah Keamanan
Nobel.
PERSIDANGAN ANTARABANGSA
 ICRC, IFRC dan Persatuan-persatuan Kebangsaan
adalah badan yang bebas dan tidak terikat antara
satu sama lain tetapi saling bekerjasama. Ia
membentuk Pergerakan Palang Merah dan Bulan
Sabit Merah Antarabangsa.

 Persidangan Antarabangsa Palang Merah dan


Bulan Sabit Merah diurus oleh Suruhanjaya Tetap
Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (Standing
Commission of the Red Cross and Red Crescent)
beribu pejabat di Geneva.
 Pertemuan:
 Majlis Deligasi (Council of Delegates) biasanya setiap 2 tahun
sekali.
 Dihadiri oleh ICRC, IFRC dan Persatuan-persatuan
Kebangsaan.
 Dimulai dengan Perhimpunan Agung (General Assembly)
yang dihadiri oleh IFRC dan Persatuan-persatuan
Kebangsaan.
 Sesi Majlis Deligasi akan bermula sebaik sahaja selepas
Perhimpunan Agung.
 Persidangan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit
Merah (International Conference of the Red Cross and Red
Crescent) biasanya setiap 4 tahun sekali.
 Dihadiri oleh ICRC, IFRC, Persatuan-persatuan Kebangsaan
dan Negara- negara yang terlibat dengan Konvensyen
Geneva bagi membincangkan isu-isu semasa dan
perancangan akan datang
Kerajaan dan Negara
yang Terlibat Dengan
Konvensyen Geneva

Persidangan
Antarabangsa Palang
Merah dan Bulan
Sabit Merah Persekutuan
Antarabangsa
Jawatankuasa Persatuan Palang
Antarabangsa Palang Suruhanjaya Tetap Merah dan Bulan
Merah (ICRC) Sabit Merah (IFRC)

Persatuan
Kebangsaan Palang
Merah dan Bulan
Sabit Merah Perhimpunan Agung

Majlis Deligasi Pergerakan Palang Merah &


Bulan Sabit Merah
Antarabangsa
Lokasi Persidangan Antarabangsa
1 (1867) Paris, Perancis 18 (1952) Toronto, Kanada
2 (1869) Berlin, Jerman 19 (1957) New Delhi, India
3 (1884) Geneva, Switzerland 20 (1965) Vienna, Austria
4 (1887) Karlsruhe, Jerman 21 (1969) Istanbul, Turki
5 (1892) Rome, Itali 22 (1973) Tehran, Iran
6 (1897) Vienna, Austria 23 (1977) Bucharest, Romania
7 (1902) St Petersburg, Russia 24 (1981) Manila, Filipina
8 (1907) London, UK 25 (1986) Geneva, Switzerland
9 (1912) Washington, AS 26 (1995) Geneva, Switzerland
10 (1921) Geneva, Switzerland 27 (1999) Geneva, Switzerland
11 (1923) Geneva, Switzerland 28 (2003) Geneva, Switzerland
12 (1925) Geneva, Switzerland 29 (2006) Geneva, Switzerland
13 (1928) The Hague, Belanda 30 (2007) Geneva, Switzerland
14 (1930) Brussels, Belgium 31 (2011) Geneva, Switzerland
15 (1934) Tokyo, Jepun
16 (1938) London, UK
17 (1948) Stockholm, Sweden
Pengerusi-pengerusi Suruhanjaya Tetap
(Standing Commission)

1928 – 1934; Pierre Nolf 1934 – 1938; Prince Iyesato 1938 – 1946; Sir Arthur Stanley
(Belgium) Tokugawa (Jepun) (United Kingdom)

1946 – 1948; Count Folke 1948 – 1965; Andre Francois- 1965 – 1973; Countess of
Bernadotte (Sweden) Poncet (Perancis) Limerick (United Kingdom)
1973 – 1977; Sir Geoffrey 1977 – 1981; Sir Evelyn 1981 – 1993; AhmedAbu-Goura
Newman-Morris (Australia) Shuckburgh (United Kingdom) (Jordan)

1993 – 1995; Prince Botho of


1995 – 2003; Princess Margriet 2003 – 2009; Dr MohammadAl-
Sayn-Wittgenstein-Hohenstein
(Belanda) Hadid (Jordan)
(Jerman)

2009 – 2011; Dr Massimo Barra Bermula 2011; Greg Vickery AO


(Itali) (Australia)
PERSIDANGAN GENEVA I - IV
Konvensyen Geneva I

Konvensyen penambahbaikan terhadap


keadaan mereka yang cedera dan sakit
dalam angkatan tentera di medan
pertempuran

Geneva, 12 Ogos 1949


 Melindungi askar-askar yang tidak bermaya,
cedera dan menyerah diri dan
tidak lagi terlibat dengan pertempuran (hors de
combat).
 Fasal 3: Pertelingkahan Bukan Antarabangsa dan
Fasal 12: Perlindungan hendaklah tidak berbelah
bagi, tidak memilih jantina, keturunan, kaum,
bangsa, agama dan fahaman politik serta lain-lain
yang berkenaan.
 Dilayan dengan kemanusiaan, tidak dibunuh,
diseksa atau dibuat ujian biologi, tidak
dibiarkan tanpa perubatan dan tidak didedahkan
kepada jangkitan penyakit.
 Fasal 15 – 16: Selepas pertempuran mereka
hendaklah dikumpulkan, diberi jawatan dan
dilindungi dari penjarahan (pillage) dan
penganiayaan.
 Kumpulan yang berterlingkah hendaklah
menghantar maklumat kepada Kuasa Pelindung
dan Pusat Tahanan Perang.
Konvensyen Geneva II

Konvensyen penambahbaikan terhadap


keadaan anak-anak kapal dari angkatan
tentera yang cedera, sakit dan terkandas
semasa pertempuran di laut

Geneva, 12 Ogos 1949


 Fasal 12: Perlindungan hendaklah diberi tidak berbelah
bagi dan layanan kemanusiaan hendaklah diberi
secukupnya kepada mangsa kapal karam.
 Fasal 18: Mangsa hendaklah dicari, dikumpulkan dan
diberi rawatan serta dilindungi dari penjarahan (pillage)
dan penganiayaan.
 Fasal 22: Kapal Hospital tidak boleh digunakan untuk
ketenteraan. Ia tidak boleh diserang atau ditahan.
 Fasal 14: Kapal Hospital boleh ditahan untuk
memindahkan pesakit yang memerlukan rawatan
yang lebih baik yang mana kemudahan tidak
mencukupi dalam kapal tersebut.
 Fasal 21: Kapal pengangkutan awam / perniagaan
boleh memberi bantuan kepada yang cedera dan
karam serta sebagai berkecuali, mereka tidak
boleh diserang dan ditangkap atau ditahan.
Konvensyen Geneva III

Konvensyen merujuk kepada layanan yang


diberikan kepada tawanan perang

Geneva, 12 Ogos 1949


 Fasal 4: Istilah Tawanan Perang.
 Anggota-anggota tetap / sukarela angkatan bersenjata
 Anggota-anggota yang menyebelahi sesuatu pihak
yang terbabit dengan konflik kumpulan (militia / puak
penentang)

 Unit-unit di bawah perintah yang


bertanggungjawab kepada tersebut.
 Membawa senjata secara terbuka semasa
pertempuran.
 Beroperasi berlandaskan undang-undang
dan tatacara peperangan.
Anggota-anggota tetap angkatan bersenjata
yang mengisytiharkan sokongan kepada
kerajaan yang tidak diiktiraf oleh Pihak
Penakluk
Mereka yang mengiringi angkatan bersenjata

 Wartawan Perang
 Anggota-anggota awam yang
menjadi anak kapal pesawat tentera
 Kontraktor peralatan / bahan
 Perkhidmatan kebajikan tentera
 Penduduk wilayah yang belum ditawan bangun
menentang kemaraan musuh tanpa sempat diserapkan
ke dalam pasukan tetap bersenjata
 Membawa senjata secara terbuka semasa
pertempuran.
 Beroperasi berlandaskan undang-undang dan
tatacara peperangan.
 Fasal 13, 17: Tawanan Perang hendaklah dilayan
secara kemanusiaan dengan baik dan tidak
dianiayakan, diseksa dan didera.
 Fasal 25 – 32: Kemudahan tempat tinggal, makan dan
kesihatan hendaklah
diberi dengan baik.
 Fasal 34 – 37: Tawanan Perang dibenarkan mengamalkan
acara keagamaan dan Guru Agama (Chaplain) dibenarkan
melawat dan berhubung dengan mereka.
 Fasal 70 – 72, 123: Nama-nama Tawanan Perang
hendaklah dihantar kepada Agensi Pusat Pencarian dan
mereka dibenarkan menghubungi keluarga.
 Fasal 49 – 57: Tawanan Perang tidak boleh dipaksa kerja
untuk ketenteraan.
 Fasal 109 – 119: Tawanan Perang yang cedera dan sakit
boleh dipulangkan ke negara asal. Semua Tahanan Perang
hendaklah dibebaskan sejurus selepas tamat
persengketaan.
 Fasal 125: Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah
(ICRC) diberi hak istimewa untuk menjalankan aktiviti yang
melibatkan Tawanan Perang.
Konvensyen Geneva IV

Konvensyen yang berkaitan dengan


perlindungan orang awam semasa perang

Geneva, 12 Ogos 1949


 Fasal 27: Penghormatan, keselamatan,
hak-hak kekeluargaan, kelaziman agama, gaya
hidup dan adat resam orang awam mestilah dihormati.

 Fasal 13, 32, 34: Orang awam mestilah


dilindungi daripada pembunuhan,
penyeksaan dan mencacatkan.
 Orang awam hendaklah diberi layanan baik kemanusiaan
tanpa berbelah bagi tidak mengira agama, bangsa, kaum,
kewarganegaraan dan fahaman politik.
 Fasal 33, 49: Orang awam tidak boleh dihukum
bersendirian atas kesalahan yang mereka lakukan bukan
persendirian. Hukuman berkelompok (collective
punishment) juga tidak boleh dikenakan terhadap mereka.
 Orang awam juga tidak boleh diusir keluar negeri
Penjarahan (pillage), mengambil tindakan balas demdam
dan mengambil orang tebusan dan memusnahkan harta
benda adalah dilarang.
 Fasal 24: Kanak-kanak yatim piatu di bawah umur 15 tahun
hendaklah diberi penjagaan.

 Fasal 40: Orang awam tidak boleh dipaksa bekerja untuk


kepentingan ketenteraan penjajah.

 Fasal 55, 59: Pihak penjajah mestilah membekalkan


makanan dan perubatan untuk keperluan penduduk atau
mendapat bantuan daripada organisasi kemanusiaan
seperti Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC).
 Fasal 14: Hospital dan Zon Keselamatan mestilah
diwujudkan untuk mereka yang sakit, kanak-kanak di
bawah umur 15 tahun dan ibu yang mengandung.
 Fasal 79 – 141: Peraturan berkenaan dengan orang
tahanan penjara (internee).
 Fasal 89 – 91: Orang awam mestilah menerima makanan
dan pakaian, rawatan perubatan yang mencukupi serta
dilindungi dari risiko peperangan.
 Fasal 132: Kanak-kanak, wanita yang hamil dan ibu yang
membawa bayi yang sakit yang telah lama dikurung
mestilah dilepaskan dengan segera.
PROTOKOL TAMBAHAN I - III
Protokol Tambahan I

Protokol tambahan kepada Konvensyen


Geneva 12 Ogos 1949 berkaitan dengan
perlindungan terhadap mangsa dalam
konflik bersenjata antarabangsa

Geneva, 8 Jun 1977


 102 Fasal meluaskan perlindungan kepada
penduduk awam, askar-askar dan pekerja-pekerja
perubatan awam antarabangsa.
 Meluaskan takrifan Tawanan Perang dalam
persengketaan bersenjata.
 Semua anggota angkatan bersenjata yang pihaknya
terbabit dalam konflik
 Semua anggota kumpulan bersenjata
dan unit-unit di bawah perintah yang
bertanggungjawab kepada kumpulan tersebut.
 Gerila yang tidak berpakaian seragam (walaupun
unit-unit yang tidak diiktiraf oleh pihak lawan) turut
mendapat manfaat daripada peruntukan ini.
 Anggota-anggota angkatan tentera hendaklah
membezakan diri mereka daripada penduduk
awam sekurang-kurangnya dengan membawa
senjata secara terbuka semasa pertempuran.
 Fasal 46: Pengintip Rahsia, askar yang bertugas
sebagai pengintip rahsia jika tertangkap oleh pihak
lawan, mereka tidak berhak sebagai Tawanan
Perang.
 Fasal 47: Askar Upahan (Mercenaries) tidak diiktiraf
sebagai penempur dan tidak berhak menjadi Tawanan
Perang.
 Walaupun Pengintip dan Askar Upahan tidak berhak diberi
status Tawanan Perang, mereka masih akan mendapat
manfaat daripada jaminan minimum bagi layanan
kemanusiaan.
 Fasal 51, 54: Melarang serangan membuta tuli dan
memusnahkan sumber makanan, air dan bahan-bahan
untuk kehidupan penduduk awam.
 Fasal 53, 56: Empangan, benteng, stesen penjana
nuklear, objek bersejarah
dan tempat keagamaan tidak boleh diserang.
 Fasal 76, 77: Perlindungan khas kepada wanita dan kanak-
kanak. Kanak-kanak di bawah umur 15 tahun tidak
dibenarkan diambil sebagai askar.
 Fasal 15: Perlindungan kepada perubatan awam dan anggota
agama.
 Fasal 79: Perlindungan kepada wartawan.
 Fasal 35: Penggunaan senjata api yang boleh menyebabkan
kecederaan dan penderitaan yang melampau dan kemusnahan
alam sekitar yang berpanjangan adalah dilarang.
 Fasal 85: Salahguna dan penggunaan emblem yang
diperuntukkan dalam Persidangan Geneva untuk menipu pihak
musuh (perdify) adalah jenayah perang.
Protokol Tambahan II

Protokol tambahan kepada Konvensyen


Geneva 12 Ogos 1949 berkaitan dengan
perlindungan terhadap mangsa dalam
konflik bersenjata bukan antarabangsa

Geneva, 8 Jun 1977


 Menghuraikan perlindungan kepada mangsa yang
terperangkap dalam persengketaan bersenjata
dalam risiko tinggi yang bukan antarabangsa tidak
termasuk rusuhan, tunjuk perasaan dan
pengganas.
 Fasal 4: Individu yang tidak terlibat secara
langsung atau yang telah berhenti dari
pertempuran hendaklah diberi penghormatan,
muliakan dan mengamalkan keagamaannya.
 Mereka hendaklah dilayani secara kemanusiaan
dengan tidak ada perbezaan.
Adalah dilarang mengarahkan tidak ada yang
dibenarkan hidup.
 Fasal 5, 7: Individu yang ditahan semasa
pertelingkahan bersenjata dan yang luka dan
cedera mestilah dilindungi, dihormati dan dilayan
dengan baik.
 Fasal 6: Pendakwaan dan hukuman jenayah yang
bersangkut paut dengan pertelingkahan
bersenjata.
 Fasal 12: Lambang Palang Merah, Bulan Sabit
Merah dan Singa dan Matahari
Merah hendaklah dipamerkan oleh anggota
perubatan dan keagamaan.
 Fasal 13: Larangan menyerang dan menakut-nakutkan
dengan keganasan terhadap penduduk awam.
 Fasal 14: Larangan memusnahkan benda yang mana
kehidupan penduduk bergantung kepadanya.
 Fasal 15: Perlindungan kepada kerja-kerja, bangunan dan
janakuasa tinggi yang membahaya.
 Fasal 16: Perlindungan kepada harta-benda kebudayaan
dan warisan dan tempat-tempat keagamaan.
 Fasal 17: Larangan memindahkan penduduk awam.
 Fasal 18: Bantuan Pertubuhan Perkhidmatan Sukarela
boleh dilaksanakan.
 Fasal 19: Protokol ini mestilah disebarkan seluas-luasnya.
Protokol Tambahan III

Protokol tambahan kepada Konvensyen


Geneva 12 Ogos 1949 berkaitan
penggunaan lambang tambahan

Geneva, 8 Disember 2005


 Memperkenalkan rupa bentuk dan kegunaan
Lambang Kristal Merah.

Memasukkan lain-lain
lambang yang diiktiraf oleh
Negara tersebut
berdasarkan penerimaan
Konvensyen Geneva dan
ICRC.
PERSIDANGAN HAGUE DAN PROTOKOL
TAMBAHAN
Perkembangan Konvensyen The Hague
dan Protokol Tambahan

 1868: Pengisytiharan St. Petersburg. Larangan terhadap


penggunaan senjata
motar tertentu sewaktu perang.
 1899: Konvensyen The Hague berkaitan undang-undang
dan tatacara peperangan di darat dan penerimaan prinsip-
prinsip Konvensyen Geneva 1864 kepada peperangan di
laut.
Perkembangan Konvensyen The Hague
dan Protokol Tambahan

 1907: Semakan Konvensyen The Hague 1899 dan


penerimaan prinsip-prinsip Konvensyen Geneva
1906 kepada peperangan di laut.
 1954: Konvensyen The Hague berkaitan
perlindungan terhadap harta-benda kebudayaan
dan warisan sewaktu perang.
 1999: Protokol kepada Konvensyen The Hague
1954.
Perlindungan Terhadap Harta-benda
Kebudayaan dan Warisan

 Konvensyen The Hague


 14 Mei 1954: Konvensyen The Hague berkaitan
perlindungan terhadap harta-benda kebudayaan dan
warisan sewaktu perang (Convention for the Protection
of Cultural Property in the Event of Armed Conflict. The
Hague).
Perlindungan Terhadap Harta-benda
Kebudayaan dan Warisan

 Konvensyen The Hague


 26 Mac 1999: Protokol Kedua kepada Konvensyen The
Hague 1954 berkaitan perlindungan terhadap harta-
benda kebudayaan dan warisan sewaktu perang
(Second Protocol to the Hague Convention of 1954 for
the Protection of Cultural Property in the Event of
Armed Conflict).
 Konvensyen Geneva
 8 Jun 1977: Protokol Tambahan kepada
Konvensyen Geneva 1949 yang berkaitan
dengan perlindungan mangsa-mangsa konflik
bersenjata antarabangsa (Protocol Additional to
the Geneva Conventions 1949, and relating to the
Protection of Victims of International Armed
Conflicts).
 Artikel 38
 Artikel 53
 Artikel 85
 8 Jun 1977: Protokol Tambahan kepada
Konvensyen Geneva 1949 yang berkaitan
dengan perlindungan mangsa-mangsa konflik
bersenjata bukan antarabangsa (Protocol
Additional to the Geneva Conventions 1949, and
relating to the Protection of Victims of Non-
International Armed Conflicts).
 Artikel 16
 Harta-benda warisan dan seni adalah mana-mana
harta-benda yang boleh dialih atau tidak boleh dialih
yang sangat penting kepada warisan budaya
kepada semua seperti tugu peringatan, tapak
akeologi, seni lukisan, buku atau bangunan yang
mempunyai nilai warisan.
Mahkamah Jenayah Antarabangsa

Mahkamah Jenayah Antarabangsa (Internationa


Criminal Court – ICC) diwujudkan melalui Statut
Rom untuk Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
(Rome Statute of the International Criminal
Court).
Statut Rom yang bertarikh 17 Julai 1998
mula berkuatkuasa pada 1 Julai 2002
setelah ditandatangani oleh 60 negara.
Mahkamah Jenayah Antarabangsa

 ICC merupakan sebuah mahkamah tetap yang pertama,


bebas dan berdasarkan triti ditubuhkan bagi membicarakan
jenayah serius antarabangsa seperti penghapusan etnik,
jenayah kemanusiaan dan jenayah perang.
 Sebelum wujud ICC, biasanya diwujudkan tribunal bagi
membicarakan jenayah perang. Tribunal ini diwujudkan
berdasarkan keperluan dan untuk tempoh tertentu sahaja.
 ICC tidak menggantikan sistem kehakiman sesebuah
negara. Kes-kes yang dibawa ke ICC apabila kes tersebut
tidak dapat dibicarakan atau tidak dibicarakan dengan adil
melalui sistem kehakiman negara tersebut. ICC hanya
membicarakan kes-kes yang amat serius sahaja.
 Pihak pendakwaan (Prosecutor) ICC akan menyiasat kes-
kes untuk dibicarakan berdasarkan:
 Negara-negara yang terlibat dengan ICC (ahli ICC)
boleh mengemukakan situasi kes kepada pihak
pendakwaan
 Hanya melibatkan kes di dalam wilayah negara
tersebut atau melibatkan warganya.
 Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu
(United Nations Security Council) boleh
mengemukakan permintaan supaya siasatan dijalankan
 Pihak pendakwaan boleh menyiasat atas inisiatif
sendiri (proprio motu) jika mendapat maklumat
daripada sumber yang dipercayai
 Kuasa ICC boleh membicarakan:
 Ketua negara, anggota kabinet, ahli parlimen,
wakil rakyat yang dipilih dan pegawai awam
 Ketua atau komander tentera (boleh
dibicarakan untuk jenayah yang dilakukan oleh
individu yang berada di bawah kawalannya atau
kuasanya).

 ICC tidak boleh membicarakan individu yang


berumur di bawah 18 tahun sewaktu melakukan
jenayah.
SEKIAN,
TERIMA KASIH

You might also like