You are on page 1of 7

Sejarah

1. Sejarah Palang Merah & Bulan Sabit Merah di Dunia

Pergerakan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah adalah sebuah gerakan kemanusian
untuk menyelamatkan nyawa dan kesihatan manusia. Walau pun ia satu organisasi antarabangsa,
pertubuhan ini adalah organisasi persendirian. Tiada kerajaan yang mengawal Palang Merah/Bulan
Sabit Merah.

Palang Merah mempunyai tugas istimewa yang diperuntukkan oleh undang-undang antarabangsa. Ia
merupakan satu-satunya pertubuhan persendirian yang tugasannya ditetapkan oleh undang-undang
antarabangsa.

Tiga benda penting mengenai gerakan ini adalah:

Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC International Committee of the Red Cross)
ditubuhkan pada tahun 1863 di Geneva, Switzerland. Tugas jawatankuasa di bawah undang-undang
antarabangsa ini adalah untuk melindungi nyawa dan kehormatan mangsa perang.
Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC International
Federation of Red Cross and Red Crescent Societies) diasaskan pada tahun 1919. Ia berfungsi untuk
merapatkan hubungan antara Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dalam menjalankan
misi kemanusiaan dan kes-kes darurat yang besar. Sekretariat bagi persatuan ini juga terletak di
Geneva, Switzerland.
Setiap negara mempunyai Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.
2. PENGASAS

Pengasas Pergerakan Palang Merah ialah seorang ahli perniagaan bernama Henry Dunant (18281910) yang sedih melihat mangsa perang antara Perancis dan Itali dengan tentera Austria di
Solferino ,Itali utara pada 24 Jun 1959. Lebih 40,000 tentera dan orang awal cedera dan terkorban.
Henry Dunant dalam perjalanan ke Algeria, Afrika, telah membantu mangsa yang merintih dan
nyawa-nyawa ikan ke sebuah gereja berdekatan. Sebuah buku kenangan dan pengalamannya A
Memory of Solferino telah dicetak dan dihadiahkan kepada semua ketua negara di Eropah. Oleh
sebab bahasa dan penceritaannya yang baik, buku itu telah menyedarkan ketua-ketua kerajaan di
Eropah.

Buku itu mencadangkan :

Pertama: membentuk organisasi kemanusiaan antarabangsa bagi membantu tentera dan orang
awam yang cedera dan menderita semasa peperangan.

Kedua : mengadakan perjanjian antarabangsa agar tentera yang cedera dari mana-mana pasukan
hendaklah dibantu .
Hasilnya pada 1864 Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) dibentuk tanpa kehadiran
beliau sendiri.
Sumber :
http://ms.wikipedia.org/wiki/Persatuan_Palang_Merah_dan_Bulan_Sabit_Merah_Antarabangsa

3. Sejarah Ringkas BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ialah satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan pada tahun
1948. Persatuan ini diiktiraf kerajaan Malaysia pada tahun 1957 dan Persatuan Palang Merah
Antarabangsa pada tahun 1963.

SEJARAH Permulaan
Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cawangan Persatuan
Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1950an, lebih banyak cawangan persatuan
ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada tahun 1950 dan kemudian di negeri-negeri
lain.

Ketika kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia dikenali sebagai
Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu. Persatuan mendapat pengiktirafan oleh
Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa itu
pada 24 Ogos 1963.

Berikutan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak serta penubuhan
Persekutuan Malaysia pada September 16, 1963, suatu penggubalan akta baru yang dikenali sebagai
Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Penswastaan) Akta 1965 telah bertindak menggabungkan
Persatuan Palang Merah Malaya dan cawangannya Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak
dibawah nama baru iaitu Persatuan Palang Merah Malaysia. Ia dibentangkan di Parlimen dan
digazetkan pada 1 Julai 1965.
Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar nama kepada Persatuan
Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan kebenaran penukaran nama Akta Persatuan Palang
Merah Malaysia kepada Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Akta 1975 oleh Parlimen
Malaysia.
Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Persatuan_Bulan_Sabit_Merah_Malaysia

4. AKTA PERTUBUHAN

Bulan Sabit Merah Malaysia adalah ditubuhkan di bawah Akta Parlimen adalah seperti berikut:

1. Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, tidaklah sesuai lagi Persatuan Palang
Merah di Semenanjung bertaraf cawangan sahaja dan ibupejabatnya jauh di London. Satu Akta
Parlimen telah digubal dan diluluskan pada tahun 1962 iaitu Federation of Malaya Red Cross Society
(Incorporation) Act of Patliment (Act No 4 of 1962) dan dikuatkuasakan pada 16 April 1962.

2. Apabila Malaya di tukarnama kepada Malaysia dan penggabungan Sabah dan Sarawak
dibawahnya telah diubah dan diluluskan pada tahun 1965 iaitu Malaysian Red Cross Society
(Incorporation) atau Persatuan Palang Merah Malaysia (Perbadanan) (Law of Malaysia Act 540) di
seluruh Malaysia pada 1 Julai 1965.
Pada tahun 1975, satu pertukaran nama telah diluluskan iaitu Malasian Red Crescent Society
(Change Of Name) atau Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Pertukaran Nama) Akta ke-162
tahun 1975 (Laws of Malaysia, Act 162). Sumber : http://www.redcrescent.org.my/sejarah.html

SEJARAH PENUBUHAN PERSATUAN BULAN SABIT MERAH PBSM di peringkat dunia lebih dikenali
sebagai PALANG MERAH. Ianya telah diasaskan oleh Jean Henry Dunant. Beliau dilahirkan pada 8
Mei 1828 di Geneva, Switzerland dan dikenali sebagai BAPA PALNG MERAH.Idea menubuhkan
Palang Merah dicetuskan oleh beliau ketika berada di kawasan pertempuran di Solferino, Itali pada
Jun 1869. Pada masa itu, masih belum ada perkhidmatan perubatan untuk membantu dan merawat
para tentera. Dengan bantuan penduduk setempat, Henry Dunant mula menggerakkan bantuan
pertolongan cemas kepada mangsa yang cedera. Hasil daripada pengalaman tersebut,beliau telah
menerbitkab buku bertajuk " Kenangan Di Solferino". Dengan bantuan beberapa orang yang
berminat,Henry telah menubuhkan Jawatankuasa Antarabangsa bagi membantu merereka yang
cedera yang dikenali sebagai Jawatankuasa Palang Merah. Petugas-petugas bantuan dan alat
perubatan mereka akan dilindungi di bawah satu lambang iaitu PALANG MERAH yang berlatarkan
warna putih. Lambang tersebut dipilih untuk memberi penghargaan kepada Switzerland yang ada
persamaan dengan bendera negara tersebut. Pada tahun 1876,ketika berperang dengan Rusia,Turki
telah menggunakan lambang Bulan Sabit Merah dan langkah tersebut telah diikuti oleh kebanyakan
Negara Islam. Pada tahun 1901 Henry Dunant telah dianugerahi dengan Hadiah Keamanan ( Peace
Prize) yang pertama. Tanggal 30 Oktober 1910 ,beliau telah meninggal dunia di Heidden, iaitu
sebuah kawasan pergunungan.

Make Money at : http://bit.ly/copy_win

LAGU-LAGU PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA 1. LAGU PBSM Bulan Sabit Merah di
Malaysia Giat berjasa untuk negara Tidak kira kaum dan agama Waktu aman atau bahaya Bulan Sabit
Merah gerakan sedunia Membantu semua yang menderita Badan sukarela berkhidmat Dengan
tabah dan bersemangat Di mana jua adanya sengsara Di situ ada kita Di darat dan laut kita bersedia
Walau diancam bahaya 2. HULURKAN TANGAN Di malam sepi Risaunya hati Saudara tak bererti lagi
Tenangkan fikiran Hulurkan tanganmu Kan tercapai dunia damai Milikmu milikku Kerana kedamaian
Hasil jiwa murni Rela tabah hati Sedia memaafkan Kau kan tahu Kita bersaudara Renungkanlah Biar
kau dan aku Terangi dunia Mara ke hadapan Hulurkan tanganmu Untuk dunia damai

Make Money at : http://bit.ly/copy_win

PRINSIP-PRINSIP ASAS PALANG MERAH DAN PBSM 1. KEMANUSIAAN - berusaha mencegah dan
meringankan kesengsaraan serta memupuk persefahaman,persahabatan,kerjasama dan kedamaian
antara manusia. 2. KESAKSAMAAN - memberi bantuan tanpa membezakan
bangsa,kaum,agama,darjat atau perbezaan politik. 3. BERKECUALI -tidak menyebelahi mana-mana
pihak. 4. KEBEBASAN - diberi kuasa untuk bertindak secara bebas. 5. PERKHIDMATAN
SUKARELAWAN - satu badan sukarela yang bertindak tanpa memikirkan keuntungan. 6. BERSATU
- hanya terdapat satu PBSM atau PALANG MERAH di dalam sesebuah negara. 7. KESEJAGATAN PBSM adalah sebuah pergerakan antarabangsa.

Make Money at : http://bit.ly/copy_win

SEJARAH PBSM DI MALAYSIA Apabila Malaysia terbentuk pada September 1963,PERSATUAN


PALANG MERAH MALAYSIA telah diluluskan oleh Parlimen melalui Akta Persatuan Palang Merah
Malaysia ( Perbadanan ) Akta 1965 ( Akta No.47 tahun 1965 ). Pada tahun 1975 nama dan lambang
persatuan ini telah ditukar kepada PERSATUAN BULAN SABIT MERAH dan kebenaran untuk
menggunakan lambang BULAN SABIT MERAH yang berlatarbelakangkan putih dan perkataan BULAN
SABIT diletakak hak kepada persatuan

Make Money at : http://bit.ly/copy_win

PETI PERTOLONGAN CEMAS Peti pertolongan cemas ialah peti yang lengkap mengandungi ubatubatan serta peralatan perubatan yang asas yang boleh dibeli di farmasi. Peti ini patut diletakkan di
tempat yang kering dan selamat, jauh daripada kanak-kanak. Setiap ubat yang ada perlu dilabel
dengan jelas jenis dan kegunaannya dan kandungannya perlu diperiksa setiap 6 bulan sekali.Setiap
rumah perlu ada peti pertolongan cemas. Begitu juga premis-premis yang lain seperti
sekolah,kilang,hotel dan kawasan rekreasi. Ia juga patut disediakan di dalam kenderaan terutama
sekali pengangkutan awam seperti bas, teksi, kapalterbang dan sebagainya. Antara senarai
peralatan asas yang perlu ada ialah: 1. Dresing steril - beberapa saiz. 2. Plaster - beberapa saiz. 3.
Bendej tiga segi ( kain anduh ) 4. Pembalut kain kasa ( bendej penggulung ) 5. Larutan Flavin ( Iodin)

6. Larutan atau krim antiseptik 7. Gunting kecil Peti pertolongan cemas Peralatan asas yang perlu
ada

Make Money at : http://bit.ly/copy_win

APA ITU PERTOLONGAN CEMAS? Pertolongan Cemas ( PC ) ialah bantuan atau rawatan pertama
yang diberikan kepada mangsa kecederaan atau kemalangan atau orang yang diserang oleh penyakit
dengan tiba-tiba.Pemberi dan penerima PC haruslah ingat bahawa PC lebih merupakan rawatan
sementara sahaja sebelum rawatan sewajarnya daripada doktor atau ahli perubatan diperolehi.
TUJUAN PERTOLONGAN CEMAS 1. Menyelamatkan nyawa sebelum rawatan perubatan tiba. 2.
Mencegah mangsa daripada menjadi semakin teruk. 3. Membantu mangsa supaya pulih, jika boleh.
4. Memastikan tiada lagi bahaya atau bahaya selanjutnya kepada mangsa dan orang lain.

Make Money at : http://bit.ly/copy_win

Jean Henry Dunant

Lahir pada 8 Mei 1828 terkenal dgn gelaran bapa palang merah ayahnya seorang peniaga
terkenal dan berharta ibunya seorang penyayang dan patuh pada arahan agama .

Aktif dalam pelbagai kegiatan amal dan agama aktif dalam menyatukan orang kristian dan
yahudi menjadi ahli LEAGUE OF ALMS di Geneva ( objektif : membantu penduduk miskin dan sakit
melawat penjara untuk memulihkan banduan .)

Di usia 30 tahun minatnya adalah kepada sekumpulan organisasi di Switzerland , France ,&
Belgium yang terkenal dgn nama Young Mens Christian Union dan di England di kenali sbg Young
Mens Christian Assosiation . 1853 , satu pergerakan untuk menyatukan beberapa kumpulan di
Eropah dimulakan . Dunant menentang dan mencadangkan satu gagasan sedunia termasuk YMCA di
England patut diwujudkan dan tidak terhad di Eropah sahaja . hasil desakan Dunant , satu
persidangan YMCA sedunia telah diadakan di Paris pada tahun 1855.

1849 , Dunant berkerja sebagai perantis dalam sebuah syarikat bank di Geneva , utk pelajari
perniagaan bank .- disebabkan ketekunannya itu dia telah di beri tugas sementara sebagai pengurus
besar di sebuah cawangan di Algeria yang dikenali sebagai Colonies Suieses de Setif .- beliau berhenti
berkerja dan bekerja sendiri .- beliau akhirnya berjaya dalam perniagaan .

Jun 1859 dalam perjalanan untuk menguruskan perniagaan di Itali apabila sampai di
Castiglione della Piere ketika pertempuran di Solferino mula meletus. didapatinya banyak mangsa
perperangan yang mati dan sakit beliau cuba membantu orang yang sakit dengan sedaya-upaya.
pengalaman ini telah menyebabkan beliau meninggalkan hal perniagaan . beliau cuba menumpukan
pemikirannya tentang bagaimana penderitaan dan peperangan dapat diringgankan .

Kenangan di Solfarino buku yang ditulis olehnya adalah permulaan bagi kejayaan kerjayanya .
menyarankan agar pasukan yang mempunyai sukarelawan terlatih patut ditubuhkan untuk
menolong anggota yang tercedera di semua negara ianya telah mendapat sambutan yang luar biasa .
konsep , trinity antarabangsa diantara negara untuk menentukan penjagaan orang sakit telah
menarik minat ramai .

1863 & 1864 kejayaannya meningkat dan selepas itu menurun ini adalah kerana orang ramai
memberi sokongan kepada beliau setelah itu jawatankuasa Palang Merah ditubuh setelah itu pula
persidangan diadakan dalam tranformasi itu ,beliau menyepikan diri dan tempatnya itu digantikan
oleh orang lebih praktikal 1865 & 1866 pernyataannya semakin merosot ini kerana perasaan malu
dan kurang keyakinan terhadap diri sendiri

1867 merupakan tahun yang amat malang bagi Dunant urusan perniagaan yang
diabaikannya juga turut merosot beliau terpaksa meggunakan hartanya untuk membayar hutangpiutang - ekoran daripada itu beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Geneva (pada usia
39 tahun).

20 tahun kemudian, - Dunant menghadapi hidup yang paling malang ini kerana beliau
terpaksa hidup dengan ehsan sahabat dan sedikit elaun keluarganya kadangkala beliau muncul di
khalayak ramai di Perancis, Jerman, Itali & England untuk diberi penghormatan atas sumbangan
tertubuhnya Palang Merah & projek-projek lain walaubagaimanapun beliau terpaksa hidup
keseorangan.

Julai 1887 dalam usia 59 tahun beliau kelihatan sangat tua - akibat kekecewaan yang
dialami selama 20 tahun namun penduduk di bandar kecil Heidden, Switzerland mengenalinya di
tempat tinggalnya itu ramai orang yang menghormatinya pada suatu waktu beliau menaruh minat
dalam pergerakan yang beliau pelopori beliau juga turut dihubungi oleh rakan lama beliau 1892,
kerana gangguan kesihatan beliau telah dimasukkan ke hospital dan hidup di sana selama 18 tahun.

1895 seorang wartawan muda dalam pengembaraannya telah mendapat tahu mengenai
Dunant dan memohon untuk mewawancara Dunant ekoran wawancara itu seluruh dunia
mengetahui bahawa Dunant masih hidup walaupun dalam keadaan daif berbagai pihak mahu
membantu beliau - pengiktirafan terhadap khidmatnya sampai melalui surat oleh pihak atasan dan

bawahan dari jauh dan dekat Pope Leo () menghantar potret yang yang ditandatangannya yang
ditulis dengan tangannya, perkataan First Paz In Virtute Ma Deus.

Dunant tenang semasa hari tuanya, ia menghargai segala pujian yang dicurahkan beliau
mengatakan bahawa beliau tidak perlu dibantu, kerana bagi beliau sudah memadai dengan bantuan
pihak hospital dan jiran-jirannya di Heidden

1901, Jawatankuasa Nobel menganugerahkan Dunant dengan Hadiah Keamanan (Peace


Prize) yang pertama dan dikongsi dengan Frederick Pessy dari Perancis beliau tidak dapat pergi ke
Christiana untuk menerima anugerah kerana terlalu lemah hadiah itu dihantar terus kepadanya dari
Geneva.

Ahad, 30 Oktober 1910 beliau meninggal di Heidden, di pergunungan dan di kalangan


panduduk pada akhir hayatnya beliau dapat menikmati ketenangan hidup, jalinan persahabatan dan
keselamatan hingga hari tuanya.

You might also like