You are on page 1of 2

SEJARAH BBSM

1.

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ialah satu pertubuhan sukarela yang
ditubuhkan pada tahun 1948. Persatuan ini diiktiraf kerajaan Malaysia pada
tahun 1957 dan Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963.

2.

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) ditubuhkan pada tahun 1948
sebagai cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak.
Pada tahun 1950an, lebih banyak cawangan persatuan ditubuhkan di
Malaysia bermula di Pulau Pinang pada tahun 1950 dan kemudian di negerinegeri lain.

3.

Ketika kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia


dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu.
Persatuan

mendapat

pengiktirafan

oleh

Persatuan

Palang

Merah

Antarabangsa pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa itu
pada 24 Ogos 1963.

4.

Berikutan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak


serta penubuhan Persekutuan Malaysia pada September 16, 1963, suatu
penggubalan akta baru yang dikenali sebagai Akta Persatuan Palang Merah
Malaysia

(Penswastaan)

Akta

1965

telah

bertindak

menggabungkan

Persatuan Palang Merah Malaya dan cawangannya Persatuan Palang Merah


di Sabah dan Sarawak dibawah nama baru iaitu Persatuan Palang Merah
Malaysia. Ia dibentangkan di Parlimen dan digazetkan pada 1 Julai 1965.

5.

Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar


nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan
kebenaran penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada
Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Akta 1975 oleh Parlimen
Malaysia.

6.

Pergerakan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah


a)

Pergerakan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah adalah


sebuah gerakan kemanusian untuk menyelamatkan nyawa dan
kesihatan manusia. Walau pun ia satu organisasi antarabangsa,

SEJARAH BBSM

pertubuhan ini adalah organisasi persendirian. Tiada kerajaan yang


mengawal Palang Merah/Bulan Sabit Merah. Palang Merah mempunyai
tugas

istimewa

yang

diperuntukkan

oleh

undang-undang

antarabangsa. Ia merupakan satu-satunya pertubuhan persendirian


yang tugasannya ditetapkan oleh undang-undang antarabangsa.
b)

Tiga perkara penting mengenai gerakan ;


I.

Jawatankuasa

Antarabangsa

Palang

Merah

(International

Committee of the Red Cross) ditubuhkan pada tahun 1863 di


Geneva, Switzerland. Tugas jawatankuasa di bawah undang-undang
antarabangsa ini adalah untuk melindungi nyawa dan kehormatan
mangsa perang.
II.

Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit


Merah (International Federation of Red Cross and Red Crescent
Societies)

diasaskan

pada

tahun

1919.

Ia

berfungsi

untuk

merapatkan hubungan antara Persatuan Palang Merah dan Bulan


Sabit Merah dalam menjalankan misi kemanusiaan dan kes-kes
darurat yang besar. Sekretariat bagi persatuan ini juga terletak di
Geneva, Switzerland.
III.

Setiap negara mempunyai Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit


Merah.

7.

Pengasas
Pengasas Pergerakan Palang Merah ialah seorang ahli perniagaan bernama
Henry Dunant (1828-1910) yang sedih melihat mangsa perang antara
Perancis dan Itali dengan tentera Austria di Solferino ,Itali utara pada 24 Jun
1959. Lebih 40,000 tentera dan orang awal cedera dan terkorban.

You might also like