You are on page 1of 29

BULAN SABIT MERAH

MALAYSIA
Dihasilkan sepenuhnya
daripada…
Ahli Bulan Sabit Merah Malaysia,
Semester 3,
IPGM Kampus Dato’ Razali
Ismail.
(Unit Sains & Pendidikan Khas)
PENDAHULUAN
Kelahiran Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
(PBSMM) mempunyai urutan sejarah sebelum
merdeka.
Palang Merah telah pun wujud di Persekutuan
Tanah Melayu di bawah penjajahan British sebagai
"a branch of the British Red Cross". 
Peperangan Dunia Kedua dan waktu
pemerintahan Jepun telah memusnahkan beberapa
kawasan di dalam negara kita dan ramai rakyatnya
hidup dalam kemiskinan dan penderitaan.
 
Laporan tahunan Persatuan Palang Merah British bagi
tahun 1945 dalam perenggan penutup dan mencatatkan:
 
" Kerana akibat peperangan, Borneo Utara adalah
kawasan yang teruk dilanda kemusnahan di Tenggara Asia
dan penduduknya menanggung derita yang amat sangat
semasa pemerintahan Jepun. Oleh yang demikian,peluang
bagi aktiviti-aktiviti palang Merah adalah banyak dan
sekarang oleh kerana asasnya telah diwujudkan,adalah
diharapkan bahawa ianya akan berkembang dalam tahun-
tahun akan datang ".
BAPA PALANG MERAH

JEAN HENRY DUNANT


(1828-1910)
(SEORANG PEMUDA
BERPAKAIAN PUTIH)
Dilahirkan 8 Mei 1828, di Rue Verdaine,
Geneva,Switzerland.

Beliau bergiat secara aktif dalam menyatukan orang-


orang Kristian dan Yahudi.

Selain daripada itu beliau juga menjadi ahli sebuah


organisasi ‘League of Alms’ di Geneva yang bertujuan
membantu penduduk yang miskin, sakit dan serba
kekurangan.

Beliau juga sering melawat penjara.


Tujuannya agar para banduan dapat mengubah
sikap dan perangai mereka agar lebih
bertanggungjawab.

Pada usianya 30 tahun, menyertai dalam sebuah


organisasi ‘Young Men’s Christian Union’ yang
bergiat aktif di Switzerland, Perancis dan Belgium.

Peranan organisasi tersebut sama dengan


‘Young Men’s Christian Association’ di England iaitu
terlibat dalam aktiviti kebajikan terhadap golongan
yang kurang bernasib baik.
SEJARAH PENUBUHAN
Peristiwa di Solferino:

25 Jun 1859, semasa menguruskan perniagaan di Castiglione della


Pieva di Itali, berlaku satu pertempuran di Solferino.

Perang antara Austria dan pakatan Perancis-Sardinia(Itali).

Dunant mendapati ramai mangsa perang bergelimpangan di bandar


kecil tersebut.Manakala perkhidmatan perubatan tentera pula terlalu
terbatas dan kekurangan kelengkapan.
 
 
 
 
Sehari sebelum Dunant sampai di Solferino, bala
tentera Austria telah bertempur dengan perikatan
tentera Perancis-Sardinia sepanjang hari di
Solferino, sebuah kampung di utara Itali.

Lebih kurang 40,000 orang tercedera, mati dan


hilang.

Perkhidmatan bantuan dan jururawat adalah


untuk sebahagian anggota tentera yang terdedah
kepada tembakan ataupun dijadikan tawanan.

Dunant dengan pakaian serba putihnya telah


melancarkan kempen bantuan kepada mangsa-
mangsa perang tersebut.
SEJARAH PENUBUHAN DUNIA
JAWATANKUASA BERLIMA
Dunant mendapati, Geneva merupakan tempat yang
sangat sesuai untuk memulakan kerja-kerja
kemanusiannya.

The Societe Genevoise d’Utilite Publiqueyang


dipengaruhi seorang peguam muda, Gustav Moynier
telah menunjukkan minat terhadap gagasan idea
Dunant.
Dunant bersama, Guillaume-Henri Dufour, Louis Appie,
Theodore Mounior dan Gustav Moynier dengan segera
menubuhkan Jawatankuasa Antarabangsa bagi
membantu mereka yang tercedera.

 Jawatankuasa tersebut dikenali sebagai Jawatankuasa


Antarabangsa Palang Merah (International Committee of
the Red Cross-ICRC).

Walaupun pada waktu itu berstatus sebuah pertubuhan


persendirian, namun wakil-wakil negara akan hadir
dalam setiap persidangan mereka.
26-29 Oktober
1863

Deligasi seramai 16 buah negara telah bermesyuarat di Geneva.


Para pekerja bantuan dan alat-alat bantuan akan dilindungi oleh sebuah
lambang khas: Palang Merah yang berlatar belakangkan warna putih.

Februari 1864

Lambang ini muncul untuk kali pertama di medan pertempuran antara Prussia
dan Denmark. ICRC telah menghantar Dr Louis Appia bertugas dengan tentera
Prussia. Walau bagaimanapun di Jerman, pihak ICRC menghadapi masalah
pengiktirafan rasmi.
Ogos 1864

Kerajaan Switzerland dengan gesaan ICRC telah mengadakan sebuah persidangan


diplomatik yang dihadiri oleh 12 buah negara. Konvensyen ini cuba memperbaiki
keadaan tentera yang cedera di medan pertempuran.

22 Ogos 1864

Resolusi konvensyen ini telah ditandatangani oleh kesemua 12 orang wakil negara.
Kemudiannya disusuli pula oleh negara-negara lain.
SEJARAH PENUBUHAN DI MALAYSIA

(1948)
April 1948 – Persatuan Palang Merah British Cawangan Borneo Utara.
April-Mei 1948 – Cawangan Sarawak

(1950)
Unit Palang Merah pertama Semenanjung – Pulau Pinang

(1951)
Februari 1951 – Cawangan Persekutuan Tanah Melayu Miss Jordan, Miss
Johnson & 2 pegawai Palang Merah British.
Penghujung 1951 – Perak , Terengganu, Selangor.
(1952)
Cawangan Melaka, Johor, Pahang

(1957)
Oktober 1957 – Lady Limerick (Naib Pengerusi Persatuan Palang Merah
British) menyerahkan panji-panji secara rasmi kepada Persatuan Palang
Merah Persekutuan Tanah Melayu (PPMPTM).

(1961)
Di Parlimen, satu rang undang-undang telah dikemukakan untuk
memperbadankan PPM.
(1962)
16 April 1962 – Akta PPMPTM (perbadanan) Akta 1961 telah
dikuatkuasakan.

(1963)
4 Julai 1963 – PPMPTM telah menerima pengikhtirafan rasmi sebagai
Persatuan Palang Merah Kebangsaan yang bebas daripada
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah.
24 Ogos 1963 – diterima masuk sebagai ahli Persatuan-persatuan Liga
Palang Merah & Bulan Sabit Merah

(1965)
Apabila Malaysia terbentuk pada September 1963, satu akta
menyerapkan PPMPTM, Sabah, Sarawak, Singapura di bawah
Persatuan Palang Merah Malaysia melalui Akta PPM Malaysia.
(1975)
4 September 1975 – Akta PPM Malaysia diwartakan selepas
Parlimen meluluskan PPM ditukar nama kepada PBSMM.

(2007)
25 Mac 2007 – PBSMM ditukar kepada BSMM hasil keputusan
Majlis Mesyuarat BSMM ke-16.
CARTA ORGANISASI
PERANAN DAN MATLAMAT UTAMA BULAN
SABIT MERAH SEDUNIA

Bertindak sebagai khidmat bantuan kepada pihak


berkuasa awam.
Memberi bantuan kepada mangsa-mangsa bencana alam.
Mencegah penyakit-penyakit dan membaiki tahap
kesihatan.
Melatih anggota-anggota Pertolongan Cemas & Rawatan
dan pembantu-pembantu lain.
Dalam peperangan, membantu Perubatan Tentera,
menjaga yang cedera/sakit dan menderita di kalangan
tentera.
PRINSIP ASAS PERGERAKAN BSMM

Kemanusiaan.
Kesaksamaan.
Keberkecualian.
Kebebasan.
Perkhidmatan sukarela.
Ketunggalan.
Kesejagatan.
LAMBANG PALANG MERAH

Pengenalan

Pelindung
Ia merupakan terbalik dari bendera Swizerland.
November 1876 mengumumkan kepada Majlis
Persekutuan Swiss supaya menggunakan lambang
bulan menggantikan palang merah yang menghina
agama islam.
Sejak itu negara islam menggunakan bulan.
Kedua-dua lambang dilindungi oleh Konvokesyen
Geneva sejak tahun 1929.
Logo BSMM
Bendera BSMM
Lagu BSMM
Bulan Sabit Merah Di Malaysia
Giat Berjasa Untuk Negara
Tidak Kira Kaum Dan Agama
Waktu aman atau bahaya
Dimana jua adanya sengsara
Disana ada kita
Didarat dan laut kita bersedia
Walaupun diancam bahaya
Bulan sabit merah gerakan sedunia
Membantu semua yang menderita
Badan sukarela berkhidmat dengan tabah dan bersemangat

Lirik: Tan Sri Dato’ Dol Ramli


Lagu: Dato’ Johari Salleh
Contoh aktiviti-aktiviti BBSM
• http://redcrescent.org.my/drupal/node/2
SEKIAN
TERIMA KASIH
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
“SEDIA BERKHIDMAT”

You might also like