You are on page 1of 6

LAPORAN PROGRAM KHIDMAT BAKTI PELAJAR TAHUN ENAM

SAN BUKIT GARAM DAN SAN KOTA KINABATANGAN

Tarikh : 01.03.2017 (Sabtu)


Masa : 7.00pagi 11.00pagi
Tempat : Masjid An-Nur, Kampung Pangkalan Bukit Garam

AJK Pelaksana :

Penanung : Encik Mohd Adha bin Mohamed Darul


Pengerusi : Encik Tuni bin Munih
Setiausaha : Cik Nurulasyiha bt Asdi
Bendahari : Puan Wany bt Jasne
Ajk
Makanan : Mawar binti Ali & Siti Noraini bt Sam
Peralatan : Mohd Azri bin Badrul, Azmi bin Arif, Aidil bin
Zafuan
Kebajikan : Marni bt Omar & Samsuddin bin Dani

Objektif Program :
1) Memupuk budaya menyayangi alam sekitar dan bersama-sama.
2) Mengekalkan kebersihan dan kecantikan alam sekitar sedia ada.
3) Mendekatkan diri pelajar dengan aktiviti kemasyarakatan dan
menyumbang tenaga untuk kebaikan bersama.
4) Membantu masyarakat Kampung Pengkalan Bukit Garam
membersihkan dan mencantikkan Masjid An-Nur.
5) Mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar dan guru serta
mewujudkan semangat berkumpulan.tentatif.
6) Mengeratkan hubungan persaudaraan antara pelajar-pelajar
melalui aktiviti yang melibatkan saling bekerjasama dan percaya-
mempercayai antara satu sama lain.
7) Bergotong-royong membersihkan dan menceriakan kawasan
masjid supaya lebih selesa dan kondusif .
8) Memberi perangsang dan motivasi kepada pelajar-pelajar melalui
aktiviti bekerjasama.

Laporan Program :
Pada 01.03.2017 bersamaan dengan hari Sabtu, seramai 30 orang
pelajar Tahun Enam SAN Bukit Garam dan SAN Kota Kinabatangan
bersama 3 oorang guru pengiring telah mengadakan khidmat sosial,
gotong-royong membersihkan Masjid An-Nur.

Aktiviti gotong-royong ini dimulakan dengan taklimat yang


disampaikan oleh AJK Masjid An-Nur. Kemudian para pelajar dibahagikan
kepada dua kumpulan iaitu kumpulan yang membersihkan kawasan luar
Masjid An-Nur dan kawasan dalam Masjid An-Nur. Peralatan untuk
membersihkan kawasan ini disediakan berdasarkan peruntukan yang
diluluskan oleh pusat asasi. Antara aktiviti yang dijalankan ialah :

a) Membersihkan kipas didalam dan diluar masjid.


b) Menyapu dan mengelap lantai masjid.
c) Membersihkan stor, dapur dan kolam masjid.
d) Membasuh bilik air lelaki dan perempuan.
e) Membasuh peralatan pengurusan jenazah.
f) Menanam pokok di kawasan masjid.
g) Mengutip sampah disekitar masjid.
h) Membersihkan longkang sekitar masjid.
i) Menceriakan papan notis di dalam masjid.

Sepanjang menjalankan aktiviti gotong royong, murid kelihatan


sangat seronok dan saling bekerjasama. Aktiviti ini juga merupakan salah
satu aktivivti bagi pelajar tahun 6 sebagai sumbangan bakti mereka
sebelum mereka melangkah ke sekolah menengah.
Kami berharap agar projek ini mencapai objektif yang telah
ditetapkan selain menyuburkan budaya gotong-rotong di kalangan para
pelajar.

Tentatif Program :
7.00 pagi Ketibaan Guru dan Pelajar
7.15 pagi Sarapan pagi
7.45 pagi Pembahagian tugas.
8.00 pagi Gotong-royong bermula.
10.00 pagi Jamuan
10.30 pagi Majlis penutupan dan pemberian saguhati
kepada
peserta khidmat bakti
11.00 pagi Pelajar dan guru bersurai
Refleksi :

Secara keseluruhannya, program khidmat bakti ini dijalankan


dengan lancar dan juga telah menepati matlamatnya untuk membentuk
pelajar yang sempurna. Program ini juga akan dapat memberi
pendedahan kepada pelajar agar sentiasa bersedia untuk melaksanakan
tugas-tugas khidmat masyarakat walau di mana mereka berada. Bukan itu
sahaja, diharapkan melalui program ini pelajar akan bersedia untuk
berkhidmat dan berbakti kepada masyarakat.
Kesimpulannya, kami berasa seronok dan bersemangat selepas
melaksanakan program khidmat bakti ini. Diharapkan agar aktiviti ini
dapat dijadualkan sebagai aktiviti tahunan pelajar bagi di sekolah.

Laporan disediakan oleh:

__________________
(Cik Nurulasyiha Asdi)
Setiausaha,
Program Khidmat Bakti,
Pelajar SRU Sesi 2017.

Di semak, Di sahkan,

__________________ _____________________________
(Encik Tuni bin Munih) (En Mohd Adha bin Mohamed
Darul)
Pengerusi, Penaung
Program Khidmat Bakti, Program Khidmat Bakti,
Pelajar SRU Sesi 2017. Pelajar SRU Sesi 2017.
LAMPIRAN (FOTO SEPANJANG PROGRAM)

You might also like