You are on page 1of 7

NAMA :

NO.KAD PENGENALAN :

NO.ANGKA GILIRAN:

KURSUS:

ALAMAT RUMAH :

SEKOLAH BERTUGAS :
Pengenalan Bulan Sabit Merah

Diasaskan oleh : Sir Henry Dunant (May 8, 1828 – October 30, 1910), nama
sebenar beliau ialah Jean Henri Dunant. Beliau merupakan seorang ahli
perniagaan. Semasa dalam perjalanannya untuk urusan perniagaan, beliau
terlihat peperangan di Solferino pada 1859 dan membantu mangsa-mangsa
peperangan. Beliau mencatatkan segala peristiwa peperangan tersebut dan
dikenali sebagai Kenangan di Solferino atau ‘A Memory of Solferino’. Buku ini
telah menjadi inspirasi pertubuhan ’International Committee of the Red Cross
’(ICRC) pada1863 dan Persidangan Geneva 1864 diasaskan atas idea beliau. *
ICRC bukan diasaskan oleh Sir Henry Dunant Duty

Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) • Ditubuhkan pada tahun


1863, institusi berkecuali yang dianggotai oleh rakyat Switzerland dan telah
diberi status pemerhati oleh Perhimpunan Agong Bangsa-bangsa Bersatu pada
16 Oktober 1990. • Peranan a. Penjaga Prinsip-prinsip Asas Palang Merah. b.
Pembangunan Konvensyen Kemanusian Antarabangsa. c. Mengiktiraf
Penubuhan Persatuan Palang Merah / Bulan Sabit Merah. d. Menghantar
bekalan bantuan bencana. e. Agensi Pengesahan Pusat

Bulan Sabit Merah Persekutuan Antarbangsa Persatuan Palang Merah / Bulan


Sabit Merah (IFRC) Dahulu dikenali sebagai Liga Persatuan Palang Merah &
Bulan Sabit Merah. Ditubuhkan pada tahun 1919 selepas perang Dunia
Pertama. Peranan a. Menggalakkan dan mempromosikan penubuhan dan
pembangunan Persatuan Kebangsaan. b. Merupakan badan tetap perhubungan
antara Persatuan Kebangsaan serta penyelarasan dan penyelidikan. c.
Bekerjasama dengan Persatuan Kebangsaan khususnya untuk tujuan
membaiki taraf. d. Bertanggungjawab mengelola dan menyelaras bantuan
kecemasan kepada mangsa bencana / orang perlarian

Bulan Sabit Merah Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah
Kebangsaan Peranan a. Bertindak sebagai khidmat bantuan kepada pihak
berkuasa. b. Memberi bantuan kepada mangsa bencana alam. c. Pencegahan
penyakit dan membaiki tahap kesihatan. d. Melatih ahli-ahli dalam pertolongan
cemas dan rawatan

Logo Palang Merah, Bulan Sabit Merah dan Kristal Merah . Lambang Kristal
telah dimansuhkan

Lagu Bulan Sabit Merah Malaysia Bulan Sabit Merah di Malaysia Giat berjasa
untuk Negara Tidak kira kaum dan agama Waktu aman atau bahaya Di mana
jua adanya sengsara Di sana ada kita Di darat dan laut kita bersedia Walaupun
diancam bahaya Bulan Sabit Merah gerakan sedunia Membantu semua yang
menderita Badan sukarela berkhidmat Dengan tabah dan bersemangat
Bulan Sabit Merah 7 Prinsip – prinsip asas Bulan Sabit Merah (BSM) 1.
Kemanusian (Humanity) ~ Meringankan kesengsaraan, melindungi nyawa dan
kehormatan. 2. Kesaksamaan(Impartility) ~ Tidak membezakan bangsa, kaum,
agama, darjat dan politik. 3. Berkecuali (Neutrality) ~ Tidak menyebelahi
mana-mana pihak. 4. Kebebasan (Independence) ~ Walaupun tertakluk kepada
undang-undang, masih bebas. 5. Khidmat sukarela (Voluntary service) ~ Tidak
didorong sebarang tujuan mencaru keuntungan. 6. Bersatu(Unity) ~ Hanya
satu Persatuan Kebangsaan dalam sebuah negara. 7.
Kesejagatan(Universality) ~ Pertubuhan ini meliputi seluruh negara dan
mempunyai tanggunjawab dan bersama serta membantu di antara satu sama
negara

SEJARAH PBSM DI MALAYSIA • PENDAHULUAN • Kelahiran Persatuan Bulan


Sabit Merah Malaysia (PBSMM) mempunyai urutan sejarah sebelum merdeka.
Palang Merah telah pun wujud di Persekutuan Tanah Melayu di bawah
penjajahan British sebagai "a branch of the British Red Cross". Peperangan
Dunia Kedua dan waktu pemerintahan Jepun telah memusnahkan beberapa
kawasan di dalam negara kita dan ramai rakyatnya hidup dalam kemiskinan
dan penderitaan. • Laporan tahunan Persatuan Palang Merah British bagi
tahun 1945 dalam perenggan penutup dan mencatatkan: • " Kerana akibat
peperangan, Borneo Utara adalah kawasan yang teruk dilanda kemusnahan di
Tenggara Asia dan penduduknya menanggung derita yang amat sangat
semasa pemerintahan Jepun. Oleh yang demikian,peluang bagi aktiviti-aktiviti
palang Merah adalah banyak dan sekarang oleh kerana asasnya telah
diwujudkan,adalah diharapkan bahawa ianya akan berkembang dalam tahun-
tahun akan datang ". • Cawangan Sabah • Bukti-bukti dokumen yang ada
dalam arkib Persatuan Palang Merah British menunjukkan bahawa cawangan
pertama Palang Merah adalah di Sabah iaitu ditubuhkan pada bulan April
1948. • Cawangan Sarawak • Palang Merah pertama ditubuhkan dalam bulan
April / Mei tahun 1948,walaupun mengikut rekod satu permohonan rasmi
mewujudkan cawangan Palang Merah di Sarawak ialah dibuat lebih awal iaitu
pada bulan Februari 1948. • Cawangan Semenanjung Malaysia • Unit Palang
Merah yang pertama ditubuhkan di Pulau Pinang dalam tahun 1950,yang
kemudiannya menjadi satu cawangan.dalam bulan Februari 1951,Cawangan
Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan dengan bantuan Miss Jordan dan
Miss Johnson serta dua orang pegawai medan Palang Merah British. Manakala
Palang Merah Pahang telah ditubuhkan pada tahun 1952.

AKTA PERTUBUHAN • Bulan Sabit Merah Malaysia adahalh ditubuhkan di


bawah Akta Parlimen adalah seperti berikut : • 1. Apabila Malaya mencapai
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, tidaklah sesuai lagi Persatuan Palang Merah
di Semenanjung bertaraf cawangan sahaja dan ibupejabatnya jauh di London.
Satu Akta Parlimen telah digubal dan diluluskan pada tahun 1962 iaitu
Federation of Malaya Red Cross Society (Incorporation) Act of Patliment (Act
No 4 of 1962) dan dikuatkuasakan pada 16 April 1962. • 2. Apabila Malaya di
tukarnama kepada Malaysia dan penggabungan Sabah dan Sarawak
dibawahnya telah diubah dan diluluskan pada tahun 1965 iaitu Malaysian Red
Cross Society (Incorporation) atau Persatuan Palang Merah Malaysia
(Perbadanan) (Law of Malaysia Act 540) di seluruh Malaysia pada 1 Julai 1965.
• 3. Pada tahun 1975, satu pertukaran nama telah diluluskan iaitu Malasian
Red Crescent Society (Change Of Name) atau Persatuan Bulan Sabit Merah
Malaysia (Pertukaran Nama) Akta ke-162 tahun 1975 (Laws of Malaysia, Act
162).

krar bulan sebit merah • BAHAWA KAMI, ALHI BULAN SABIT MERAH
MALAYSIA, BELIA PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA DENGAN INI
BERJANJI, AKAN TAAT TUHAN, SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN
AGONG & YANG DIPERTUAN, NEGERI KAMI, BERDASARKAN PRINSIP RUKUN
NEGARA, SERTA AKAN BERSAMA-SAMA MEREKA DI SELURUH DUNIA,
MEMBANTU MEREKA YANG SAKIT DAN MENDERITA, BERDASARKAN KEPADA
PRISIP PALANG MERAH, BULAN SABIT MERAH SEPERTI BERIKUT;
KAMANUSIAN • KESAKSAMAAN • KEBERKECUALIAN • KEBEBASAN •
PERKHIMATAN SUKARELA • KETANGGALAN • KESEJAGATAN

Prinsip Pertolongan Cemas • Definisi Pertolongan yang diberi kepada mereka


yang tercedera atau sakit dengan tiba-tiba sebelum mendapat rawatan dari
pihak doktor atau sebelum ketibaann ambulans • Objektif a. Menyelamatkan
nyawa ~ Setiap saat adalah penting ~ Berhentikan pendarahan ~ Pulihkan
renjatan

b. Mengelakkan keadan dari menjadi lebih teruk ~ Mengurangkan pengerakan


~ Buat apa yang tehu sahaja. ~ Jangan memberi apa-apa makanan dan
minuman c. Memberi kelegaan dan keselesaan ~ Memberi semangat yang
teguh kepada pesakit ~ Jangan tinggalkan pesakit berseorangan
• Moto ~ Melihat, Berfikir dan Bertindak • Sifat-sifat ahli pertolongan cemas a.
Tajam pemerhatian ~ Nampak segala tanda-tanda dan gejala kecederaan.
Keselamatan diri sendiri dan si mangsa sama-sama diutamakan b. Pantas
ikhtiar ~ Hendaklah menggunakan apa yang sesuai yang terdapat di
sekelilingc. Tidak kasar ~ Jangan mencedera dan menyakitkan orang yang
cedera d. Berakal berbudi ~ Berbudi tinggi dan tidak berlaku kasar e.
Bertimbang rasa ~ Hendaklah bersimpati dengan orang yang cedera f.
Sentiasa senyum ~ Muka yang tersenyum memberikan keyakinan g. Memberi
pertolongan apa yang tahu sahaja ~ Lakukan setakat mengikut kemampuan
sahaja

Praktikal 1) Kain anduh - Dimensi kain anduh (panjang sisi dan tapak) - Cara
lipat kain anduh 2) Balutan - kepala cendera - dahi cendera - mata cendera -
telinga cendera - rahang terkehel

 ASAS KAWAD KAKI

 Untuk membentuk seseorang supaya bermegah dengan tatatertib cergas dan taat setia
(memerima arahan dan menjalankan arahan tersebut)

 Membentuk anggota penguatkuasa supaya berkerjasama dalam satu kumpulan


 Berkawad adalah asas untuk panduan membentuk tatatertib didalam Pasukan, asas dan
perpaduan tatatertib semasa bertugas adalah berdasarkan kepada kawad yang diperbaiki
berkali-kali.

 b. Apabila berkawad hendaklah diterangkan apakah sebab-sebab berkawad itu, berkawad


sangat-sangat dikehendaki oleh pasukan, bukanlah sebagai hukuman atau mendera tetapi
untuk membina tatatertib serta darjat sesuatu pasukan itu

 KEDUDUKAN SEDIA

 Kesalahan-kesalahan biasa

 1. Kedudukan yang terlalu tegang, menyebabkan sedutan nafas terbatas

 2. Tiadak sedia dan mengerakkan mata.

 3. Kaki dan badan tiadak menghadap kehadapan, tumit tidak rapat

 4. Lengan tangan bengkok sedikit dan menjalar kehadapan.

 5. Bahagian belakang tangan hala kehadapan dan dengan hal yang demikian membuka
tulang belikat dan menyesakkan dada.

 6. Pergelangan tangan bengkok dan tegang, buka jari telunjuk terlalu kebawah daripada jari
lain

KEDUDUKAN SENANG DIRI

 Kesalahan-kesalahan biasa

1. Kegagalan mengangkat kaki tidak paras dan tidak menghala ke kiri.

2. Membengkokkan lengan-lengan ketika membengkokkan lutut

3. Mengerakkan kaki kanan dengan menyebabkan barisan jadi tidak lurus.

4. Bengkok pada bahagian pinggang apabila membetulkan kaki.

KEDUDUKAN REHATKAN DIRI

Kesalahan-kesalahan biasa

1. Menggerakkan kaki, dengan itu menyebabkan hilang lurus barisan.

2. Berdiri kuat diatas kaki sebelah dan bercakap-cakap

PANGGILAN MASA

 Anggota yang baru (pelatih) dan untuk permulaan berkawad hendaklah berteriak panggilan
masa pada semua pergerakan

1. Tiap orang didalam skuad itu akan faham masa itu apabila mereka berteriak beramai-ramai.

2. Mereka akan membuat pergerakan itu dan belajar bersama-sama.

MASA DAN LANGKAH


 Masa dan jarak langkah didalam berkawad adalah sperti berikut:

MASA BERJALAN

 Masa capat jalan biasa =116 – 120 langkah seminit

 Masa cepat jalan rekrut =140 - sama

 Masa perlahan jalan = 65 - sama

 Masa berlari =180 - sama

JARAK LANGKAH

 Masa cepat dan perlahan jalan =30 inci

 Langkah panjang =33 inci

 Langkah pendek =21 inci

 Langkah berlari =40 inci

 Langkah sebelah =12 inci

 Senang diri =12 inci

*Masa berkawad kaki adalah dikira 40 pergerakan dalam satu minit

MASA UNTUK MEMBERI BAHASA HUKUMAN KAWAD

 Untuk mendapatkan kawad yang baik kepada platun atau skuadnya anda mestilah tahu cara-
cara memberi bahasa hukuman kawad serta mengunakan harkat-harkatnya:

1. Semasa berhenti iaitu 3 harkat seperti

1–2–3–1

2. Semasa pergerakan cepat jalan 4 langkah

3. Semasa pergerakan perlahan jalan 3 langkah

You might also like