You are on page 1of 3

LATIHAN TUTORIAL MINGGU 1

EDU 3073
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

TAJUK: BUDAYA DAN KEPELBAGAIAN KELOMPOK DI MALAYSIA

1. Pelbagai definisi dikemukakan berkenaan budaya. Hasil daripada pelbagai definisi budaya yang
telah anda pelajari, berikan maksud budaya menurut pemahaman anda sendiri.

Budaya diertikan sebagai hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal manusia. Selain itu,

budaya juga sebagai tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi. Di samping itu, budaya

merupakan keseluruhan pemikiran dan hasil karya manusia yang berasaskan proses pembelajaran

dalam semua aspek kehidupan. Justeru, budaya mempunyai perkaitan yang rapat dengan masyarakat.

Tambahan pula, budaya juga sebagai sesuatu yang diwarisi secara turun-temurun daripada satu

generasi kepada satu generasi yang lain._________________________________________________

2. Koentjaraningrat (2002) menggariskan 7 unsur utama dalam budaya universal. Nyatakan unsur-
unsur tersebut.

1. Agama dan upacara keagamaan_____

2. Sistem dan organisasi kemasyarakatan

3. Sistem penegtahuan_______________

4. Bahasa_________________________

5. Kesenian________________________

6. Sistem ekonomi___________________

7. Sistem teknologi dan peralatan_______

3. Setiap budaya kelompok di dunia ini secara umumnya mempunyai ciri-cirinya yang tertentu.
Namun begitu, terdapat ciri-ciri yang sama antara budaya. Nyatakan ciri-ciri penting budaya dalam
sesuatu kelompok.

1. Budaya perlu dipelajari__________________________

2. Dikongsi_____________________________________

3. Bersifat sejagat________________________________

4. Boleh diwarisi_________________________________

5. Berubah-ubah_________________________________
6. Mempunyai unsur simbolik________________________

7. Adanya pandangan semesta______________________

4. Terdapat pelbagai konsep dan pengertian berkaitan kepelbagaian kelompok seperti etnik, ras,
minoriti, masyarakat dan kelompok.

Berikan definisi istilah-istilah kelompok berikut:

a) Minoriti: Kumpulan penduduk yang dianggap sebagai kumpulan yang lebih rendah statusnya

dan sering didiskriminasikan.___________________________________________________

b) Ras: Kelompok manusia yang mempunyai persamaan dari segi fizikal._______________

5. Setiap guru perlu memantapkan diri mereka dengan pengetahuan berkenaan budaya pelbagai
masyarakat khususnya yang berkaitan dengan budaya masyarakat pelajar-pelajar mereka. Berikan 5
kepentingan mengetahui budaya pelbagai masyarakat kepada seseorang guru.

Antara kepentingan mengetahui budaya pelbagai masyarakat kepada seseorang guru

termasuklah meluaskan ilmu pengetahuan guru berkaitan amalan dan budaya murid-muridnya di

dalam bilik darjah. Misalnya, Dengan mengetahui budaya pelbagai masyarakat, guru akan lebih

mudah mengajar dan membimbing murid adab-adab tersebut. Contohnya, guru boleh menjalankan

pelbagai aktiviti kumpulan yang melibatkan pelbagai kaum di dalam satu kumpulan. Melalui aktiviti ini,

perkongsian dan pertukaran ilmu tentang budaya masing-masing akan berlaku dan secara tidak

langsung aktiviti ini membolehkan jurang perkauman antara murid dihapuskan.

Selain itu, guru perlu mengetahui budaya pelbagai masyarakat supaya dapat mewujudkan

suasana bilik darjah yang kondusif. Hal ini kerana guru akan berhadapan dengan pelbagai jenis

murid dari pelbagai kaum yang mempunyai kepercayaan masing-masing. Oleh itu guru harus

mengetahui budaya pelbagai masyarakat supaya dapat menyelesaikan konflik yang berlaku antara

murid yang berbilang kaum semasa di bilik darjah. Contohnya, murid Cina dan murid Melayu bergaduh

kerana murid Cina minum air di depan murid Melayu apabila murid Melayu berpuasa. Dengan ini, guru

perlu menerangkan budaya berpuasa orang Melayu kepada murid-murid kaum lain supaya mereka

dapat memahami dan menghormati rakan-rakan Melayu.


Di samping itu, guru yang mengetahui budaya pelbagai masyarakat dapat menerapkan nilai

hormat-menghormati dalam kalangan murid berbilang kaum. Contohnya, guru yang mengajar

subjek Pendidikan Moral perlu menjelaskan budaya dan adat berbilang kaum kepada murid-murid

dengan teliti supaya mereka tidak salah faham terhadap budaya kaum lain. Dengan ini, murid dapat

memupuk nilai saling hormat-menghormati antara kaum yang berbeza. Seterusnya, guru turut dapat

memupuk perpaduan di kalangan murid berbilang kaum. Contohnya, guru yang mengetahui budaya

pelbagai masyarakat dapat memilih dan menayangkan video yang sesuai dan tepat tentang budaya

berbilang kaum kepada murid untuk meningkatkan pemahaman murid terhadap budaya kaum sendiri

dan kaum lain. Dengan ini, sifat prejudis antara murid berbilang kaum dapat dihapus di samping

mengeratkan hubungan antara mereka.

Tambahan pula, guru yang mengetahui budaya pelbagai masyarakat dapat menerima

perbezaan budaya murid yang berlainan kaum. Hal ini kerana guru yang cukup memahami budaya

kaum lain tidak akan menghukum murid dengan seuka hati. Contohnya, guru tidak akan memarahi

murid India yang melukis inai tangan kerana guru memahami budaya inai oleh kaum India adalah untuk

melindungi si pemakai daripada unsur-unsur kejahatan. Dengan ini, hubungan positif antara guru

dengan murid yang berbeza kaum dengan guru akan diperkukuhkan.

6. Kelompok terbahagi kepada 2 jenis iaitu kelompok asas dan kelompok sekunder. Tunjukkan 5
perbezaan antara kelompok asas dengan kelompok sekunder.

Kelompok asas Kelompok sekunder

Interaksi bersemuka yang berterusan Interaksi bersemuka yang terhad

Identifikasi peribadi yang kuat dengan kelompok Identifikasi peribadi dengan kelompok yang lemah

Hubungan yang erat dalam kalangan ahli Pertalian antara ahli kelompok lemah

Hubungan yang pelbagai bentuk Hubungan antara ahli renggang dan terhad

Hubungan yang lebih berkekalan Hubungan biasanya tidak berkekalan

You might also like