You are on page 1of 4

Pengenalan

Artikel yang dikaji oleh Ahmad Bin Esa dan Sarvender Singh dari Jabatan Ikhtisas
Pendidikan, Fakulti Pendidikan Teknikal, Universiti Tun Hussien Onn menerangkan tentang
“kepimpinan dalam menghadapi isu-isu semasa pendidikan”. Objektif kajian ini adalah untuk
membincangkan pendekatan-pendekatan yang sesuai digunakan oleh pemimpin untuk
menghadapi isu-isu semasa pendidikan serta kaedah daripada pelbagai insan yang berbeza
pendapat. Objektif ini dicapai melalui pendapat daripada pengkaji-pengkaji terdahulu yang
mengkaji langkah menangani isu semasa dalam pendidikan di Malaysia. Oleh itu, metode kajian
yang digunakan dalam penullisan ini ialah analisis literature. Kajian ini dianggap penting kerana
kebelakangan ini, isu semasa dalam pendidikan merupakan isu yang tumbuh bagaikan cendawan
tumbuh selepas hujan dan sering dibangkitkan dalam media massa. Hal yang semakin meruncing
ini akan mengakibatkan pemimpin khususnya guru terkesan dalam melaksanakan tugas hakiki
mereka. Ternyata, profesyen guru pada zaman kini adalah sangat mencabar kerana dahulunya,
rotan merupakan satu cara mendidik pelajar, tetapi sekarang rotan merupakan satu jalan guru
disaman. Dahulunya juga, guru merupakan insan yang disanjung dan dihormati masyarakat,
tetapi kini semuanya telah berbeza akibat dari isu-isu yang timbul. Kajian ini wajar dibincangkan
diperingkat yang lebih tinggi.

Perbincangan

Artikel ini mengkaji perihal isu semasa dalam pendidikan serta gaya kepimpinan yang
bersesuaian dengan isu yang dihadapi. Pemilihan tajuk iaitu “kepimpinan dalam menghadapi isu-
isu semasa pendidikan” adalah tajuk yang bersesuaian dengan kajian yang dijalankan. Hal ini
kerana, artikel ini tergambar lebih cenderung kepada tugas seorang pemimpin di sekolah. Melalui
abstrak sahaja, pengkaji telah berjaya memberikan gambaran kasar tentang kajian yang
dijalankan dan bertepatan dengan isi yang diberikan. Ini bermaksud, pengkaji telah menghasilkan
artikel ini mengikut format yang betul. Selain itu, kajian yang dijalankan mempunyai tujuan yang
sangat berguna bagi profesyen keguruan. Hal ini kerana, segala isi yang diutarakan sangat
relevan dan penting bagi mengatasi isu-isu yang timbul dalam pendidikan. Oleh itu, metode yang
digunakan hanya melalui sorotan literature dan pembacaan kajian-kajian terdahulu yang
dirangkulkan sebagai pendapat dan menguatkan lagi kesahan dalam kajian pengkaji. Walaupun
artikel ini tidak menyertakan sebarang statistik mengenai isu-isu pendidikan, tetapi apa yang
dibahaskan bertepatan dan cara mengatasinya boleh digunapakai kerana mempunyai unsur
logikal.

1
Artikel ini menegaskan kepimpinan merupakan kunci utama sesuatu organisasi,
pengurusan dan pentadbiran di seluruh dunia. Jika mutu kepimpinan tidak mantap, maka akan
timbul isu-isu kepimpinan. Hal ini kerana kepimpinan dalam pendidikan adalah unik dan
memerlukan pengetahuan yang luas kerana melibatkan pengurusan sumber manusia dari
pelbagai peringkat umur dalam satu masa. Antara isu yang diberi perhatian adalah isu
keselamatan pelajar. Isu ini sememangnya amat sinonim dengan gelaja sosial yang sering
berlaku dikalangan remaja masa kini. Seperti contoh yang terbaru pada 1 Februari 2018 dari
liputan astro Awani, seorang remaja perempuan yang kecewa dituduh mencuri telefon bimbit guru
mati akibat membunuh diri kerana terlalu malu dan sensitif dengan situasi yang dialami. Oleh
kerana terlalu tertekan dengan desakan pihak sekolah untuk membuat pengakuan mencuri,
remaja berusia 13 tahun itu mengambil keputusan untuk melakukan tindakan diluar jangkaan.

Isu penyelewengan dalam pembangunan infrastruktur pendidikan turut dikaji oleh


pengkaji. Isu ini juga sangat releven kerana isu ini pernah timbul. Memetik dari Berita Harian
Online, satu isu berkaitan penyelewengan infrastruktur pendidikan telah dikeluarkan pada tarikh
26 Oktober 2017 yang lalu. Isu tersebut ialah kelewatan pembangunan sekolah baharu bagi
kawasan luar bandar di sekitar Sarawak. Walaupun sudah dua kali tarikh akhir tempoh
menyiapkan sekolah tersebut dikeluarkan, sekolah masih lagi belum siap sepenuhnya. Menurut
akhbar itu lagi, kerajaan Sarawak telah memanjangkan hal ini kepada Suruhanjaya Pencegah
Rasuah (SPRM) berhubung kes kelewatan itu. Bergantung kepada pihak SPRM membuat
penyiasatan terhadap kontraktor tersebut. Seterusnya ialah isu displin guru. Isu disiplin ini lebih
kepada individu pemimpin iaitu guru. Menurut pengkaji, isu disiplin timbul apabila berlakunya
perselisihan faham antara guru dalam melaksanakan aktiviti. Isu ini berkemungkinan berpunca
dari komunikasi yang kurang berkesan dan akibatnya, berlaku percangahan idea dan fahaman
sehingga menyebabkan wujudnya komuniti guru yang berpuak-puak dalam sesebuah organisasi.
Mengikut pengalaman penulis semasa berpraktikum, masalah ini memang wujud di sekolah.

Isu tanggungjawab dan akauntibiliti juga dikaji dalam kajian ini. Menurut pengkaji lagi,
terdapat dalam kalangan guru yang tidak menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.
Antara contoh isu yang dibincangkan ialah apabila guru mengajar kelas tambahan di luar dan
mendapat pandapatan yang lumayan sehingga pengajaran di sekolah tidak di titik beratkan. Isu
ini juga releven pada masa sekarang. Jika dilihat dari skop yang lebih meluas, isu ini lebih berkait
rapat dengan isu ekonomi global bila mana berlaku peningkatan harga minyak dunia dan diikuti
oleh peningkatan harga barangan harian tetapi pada masa yang sama gaji tidak bertambah. Hal
sebegini adalah antara faktor mengapa guru mengambil inisiatif mencari pekerjaan kedua bagi

2
menampung kehidupan seharian mereka. Oleh itu, ekoran dari ekonomi yang masih tidak stabil
boleh mengakibatkan guru membuat perkara sedemikian demi mendapatkan pulangan yang
lebih besar.

Kritikan dan penambahbaikan

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji dalam kajiannya, pengkaji telah
menyenaraikan beberapa langkah bagi mengatasi isu-isu kepimpinan yang telah dibincangkan
sebelumnya. Pengkaji telah mengambil beberapa pendekatan yang dipetik dari kajian lampau
seperti pendekatan gaya kepimpinan oleh Azamri Husin (2007). Setiap pendapat yang diambil
mempunyai rujukan yang telah dilampirkan di dalam senarai rujukan kajian ini. Sungguhpun
begitu, latar belakang kajian ini hanya berlandaskan teori-teori kajian lampau tetapi model
pembelajaran agak kurang ditampilkan sebagai sesuatu bukti yang kukuh bagi menyokong kajian
pengkaji. Sebagai penambahbaikan, pengkaji boleh mencari beberapa model bagi
menyelesaikan beberapa isu pendidikan yang sedia ada. Contohnya seperti menyatakan
pendapat untuk menggunakan Hirarki Keperluan Maslow bagi isu pelajar terhadap gejala sosial.
Seperti yang telah sedia tahu, hirarki keperluan maslow bertujuan bagi memenuhi keperluan yang
ada pada individu iaitu pelajar dan seterusnya mampu mengembangkan potensi individu.
Pengkaji juga boleh mencadangkan untuk menggunakan teori Albert Bandura iaitu pembelajaran
melalui pemerhatian. Teori ini lebih dikenali sebagai modeling di mana guru perlu menjadi contoh
teladan dan imej yang baik kepada pelajar supaya pelajar dapat mengikuti penampilan dan sifat
seseorang guru. Hal ini penting kerana guru merupakan seorang insan yang boleh membawa
kepada kebaikan dan juga sebaliknya jika menunjukan contoh yang tidak baik. Ianya seperti
mencorak kain putih, jika tersalah mencorak, hasilnya akan menjadi buruk dan tidak kemas.

Kesimpulan

Pada zaman kini, isu pendidikan sudah meniti di bibir masyarakat selepas beberapa isu
telah disiarkan di media massa. Oleh itu kajian ini dibuat bertujuan untuk memastikan setiap
pemimpin khususnya guru mampu mengatasi isu tersebut dengan bijak dan professional. Baik
dari segi pentadbiran sehingga masalah murid, merupakan isu yang sering berlaku dalam
pendidikan. Jika isu – isu tersebut tidak dapat diselesaikan dengan baik, maka kesannya akan
bertambah buruk kepada individu, masyarakat mahupun negara. Kebimbangan lebih tertumpu
kepada kemenjadian individu iaitu pelajar. kemenjadian pelajar dari aspek JERIS adalah penentu
masa hadapan negara.

3
Rujukan

Sarvinder Singh & Ahmad bin Esa (2008). Kepimpinan Dalam Menghadapi Isu-Isu Semasa
Pendidikan. Retieved Februari 4, 2018 dari http://eprints.uthm.edu.my/2712/

Choong Lean Keow (2009), Murid Dan Alam Belajar . Kumpulan Budiman Snd Bhd : Kuala
Lumpur.

Wiwin Juli (2011), Langkah-Langkah, Panduan, Cara Mengkritisi Artikel Dan Kritik Jurnal.
Retrieved Februari 6, 2018 dari http://tugasdanbelajar.blogspot.my/2013/06/langkah-
langkah-panduan-cara.html

Berita Harian Online (2017), Serawak Pantau Projek Lewat Terbengkalai. Retrieved Februari 6,
2018 dari https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2017/10/342151/sarawak-
pantau-projek-lewat-terbengkalai

Astro Awani Online (2018), Pelajar Kecewa Dituduh Curi Telefon Bimbit Hingga Gantung Diri
Meninggal Dunia. Retrieved Februari 6, 2018 dari http://www.astroawani.com/berita-
malaysia/pelajar-kecewa-dituduh-curi-telefon-bimbit-hingga-gantung-diri-meninggal-
dunia-167108

You might also like