You are on page 1of 4

PROPOSAL PROJEK KAJIAN TINDAKAN KURIKULUM

Tajuk Kajian Perbandingan Keberkesanan Pembelajaran Secara Bersemuka dan


Dalam Talian bagi Murid Tingkatan 5 bagi mata pelajaran Matematik.

Nama Penyelidik Shahrolnizam Bin Samsudin (K)


Shazwani Binti Mohd Ismail

Refleksi Kajian Berdasarkan analisa peperiksaan pertengahan tahun yang telah


dijalankan semasa pembelajaran dalam talian, mendapati bahawa
majoriti pelajar tidak mendapatkan keputusan atau gred yang
memberangsangkan. Oleh itu satu kajian tindakan perlu dijalankan
bagi mengenalpasti masalah keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran dalam talian bagi kalangan pelajar bagi mata pelajaran
Matematik.

Fokus Kajian Berdasarkan refleksi didapati pelajar tidak dapat mendapat markah atau
keputusan yang memberangsangkan bagi mata pelajaran Matematik
pada peperiksaan pertengahan tahun.

Tujuan Kajian Membandingkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran secara


bersemuka berbanding secara dalam talian bagi murid tingkatan 5.

Objektif Kajian i. Mengenalpasti tahap keberkesanan pembelajaran secara


bersemuka terhadap motivasi belajar murid Tingkatan 5.

ii. Mengenalpasti tahap keberkesanan pembelajaran secara dalam


talian terhadap motivasi belajar murid Tingkatan 5.

iii. Mengenalpasti halangan atau kekangan pembelajaran secara


dalam talian terhadap motivasi belajar murid Tingkatan 5.

Soalan Kajian i. Adakah terdapat hubungan signifikan antara keberkesanan


pembelajaran secara bersemuka terhadap motivasi belajar
murid.

ii. Adakah terdapat hubungan signifikan antara keberkesanan


pembelajaran secara dalam talian terhadap motivasi belajar
murid.

iii. Adakah terdapat hubungan signifikan antara halangan


pembelajaran secara dalam talian terhadap motivasi belajar
murid Tingkatan 5.

1
Proses Kajian Tindakan 1. Menetapkan sasaran kajian.
2. Menghasilkan soal selidik.
3. Menguji soal selidik untuk mendapatkan kesahan.
4. Mengedarkan soal selidik.
5. Menganalisis hasil soal selidik.
6. Membuat kesimpulan dan penambahbaikan.

Pengenalan Awal tahun 2020, seluruh dunia digemparkan dengan situasi pandemik
yang menggawatkan seluruh sistem kefungsian, termasuklah sistem
pendidikan. Pandemik Covid-19 telah merubah atmosfera pengajaran
dan pembelajaran bagi keseluruhan sistem pendidikan di Malaysia.

Perubahan daripada sistem konvensional iaitu Pembelajaran dan


Pemudahcaraan (PdPc) kepada sistem digitalisasi iaitu Pengajaran dan
Pembelajaran dari Rumah (PdPR) yang agak drastik menjadikan norma
biasa penggunaan papan putih, pen marker dan pembelajaran
bersemuka bertukar kepada penggunaan teknologi video, layar hijau dan
pembelajaran secara maya.

Keadaan yang berlarutan selama hampir 2 tahun ini sedikit sebanyak


merencatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Tahap kehadiran
murid ke kelas juga kurang memuaskan serta komitmen murid untuk
menghantar tugasan juga berada pada tahap rendah.

Kumpulan Sasaran Murid Tingkatan 5 (83 orang)

Pusat Kajian / Sekolah Model Khas Redang Panjang, Batu Kurau Perak.
Penyelidikan

2
Metodologi Kajian Kajian ini akan dijalankan secara kaedah kuantitatif, dengan
mengedarkan borang soal selidik kepada sampel saiz 83 orang murid
Tingkatan 5. Soal selidik akan terdiri daripada 3 bahagian iaitu Bahagian
A, Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D.

Bahagian A adalah soalan berkaitan demografi responden. Bahagian B


pula terdiri daripada soalan berkaitan aspek tahap keberkesanan
pembelajaran dalam talian. Bahagian C merangkumi aspek tahap
kebekesanan pembelajaran secara bersemuka. Manakala Bahagian D
memfokuskan aspek halangan pembelajaran secara dalam talian
terhadap motivasi belajar.

Skala Likert 5 Mata digunakan bagi tujuan menilai respon setiap soalan
dalam soal selidik. Skala Likert 5 Mata yang digunakan adalah seperti
yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

Jadual 1 : Skala Likert 5 Mata dalam Borang Soal Selidik


Kenyataan / Skor Min Peringkat Skala
Sangat Tidak Setuju 1
Tahap Rendah
Tidak Setuju 2
Tidak Pasti 3
Tahap Sederhana
Setuju 4
Tahap Tinggi Sangat Setuju 5

Analisis kajian dibuat menggunakan perisian SPSS secara deskriptif


seperti skor min dan peratusan.

Jadual Pelaksanaan : November 2021 – Februari 2022


Kajian
Aktiviti / Minggu 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14
Menetapkan sasaran
kajian
Menghasilkan soal
selidik

Menguji soal selidik


untuk mendapatkan
kesahan
Mengedarkan soal
selidik
Menganalisis hasil
soal selidik
Membuat kesimpulan
dan penambahbaikan
Menyediakan laporan
Menghantar laporan

Tindakan Yang : (i) Membuat pemerhatian


3
Dijalankan (ii) Membuat semakan latihan

Pelaksanaan Tindakan : (i) Membuat tinjauan masalah


(ii) Tindakan yang akan dijalankan
• Analisis peperiksaan pertengahan tahun
• Analisis peperiksaan percubaan SPM
• Analisis data keseluruhan

Refleksi Akhir : Hasil daripada kajian tindakan ini dapat meningkatkan kemahiran dan
kualiti guru dalam pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian

Cadangan Kajian : Mempelbagai kaedah pembelajaran secara dalam talian bagi menarik
Seterusnya minat pelajar untuk belajar.

You might also like