You are on page 1of 5

FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

KFP 60604

KAEDAH PENYELIDIKAN KUANTITATIF

LATIHAN KUIZ

NAMA SATHIAH DEVI A/P VADIVELU


ID PELAJAR M20202001414
PROGRAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH
KUMPULAN C
SEMESTER DUA
TARIKH 23 JAN 2022
SERAH

NAMA PENSYARAH
PROF.MADYA TS.DR.WONG KUNG TECK
LATIHAN KUIZ

1. Cadangkan satu tajuk kajian yang boleh dilaksanakan dengan menggunakan


kaedah penyelidikan kuantitatif. (2 Markah)

Tajuk kajian : Penilaian Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Dalam Kalangan
Guru Sekolah Rendah Di Shah Alam, Selangor.

2. Berdasarkan tajuk tersebut, nyatakan 2 pernyataan masalah. (4 Markah)

i. Walaupun guru-guru telah mengikuti kursus dan LADAP di sekolah masing-


masing tetapi mereka masih merasa kurang yakin dalam menaksir murid.
Menurut kajian secara ‘online’ yang dibuat oleh Lembaga Peperiksaan (2012)
mendapati 90 peratus guru tahun satu dan tidak jelas tentang konsep
pentaksiran dan juga guru tidak memahami serta keliru berkaitan standard
kurikulum dan standard prestasi. Kesannya, maklumat yang disampaikan
mungkin tidak sepenuhnya atau mungkin berlaku kesilapan dalam
penyampaian maklumat. Kenyataan ini disokong oleh dapatan Tan (2010)
iaitu guru kurang yakin dan tidak bersedia melaksanakan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah kerana kurang pengetahuan dan kemahiran.

ii. Sikap positif guru juga didapati berada pada tahap sederhana dan rendah
bagi amalan membuat perancangan pentaksiran, membina item, mentadbir
pentaksiran, membuat penskoran, menganalisis eviden, mengaplikasikan
maklumat pentaksiran dan membuat pelaporan pentaksiran, merupakan
implikasi pelaksanaan pentaksiran sekolah (Ramlah Ab Khalid, Jamil Ahmad,
& Analisa Hamdan (2015), dan kemahiran guru membina instrumen
pentaksiran (Nor Rafizi, 2013; Mazuien, 2013; dan Eftah, 2012).
3. Berdasarkan pernyataan masalah dalam soalan 2, nyatakan 3 objektif dan 3
persoalan serta hipotesis (sekiranya ada) kajian anda. (6 Markah)

a. Objektif kajian

Tujuan kajian ini dijalankan adalah;

i. Mengenal pasti tahap kefahaman guru terhadap pelaksanaan Pentaksiran


Bilik Darjah (PBD).
ii. Mengenal pasti tahap amalan guru dalam pelaksanaan Pentaksiran Bilik
Darjah (PBD).
iii. Mengenal pasti sama ada hubungan di antara kefahaman guru dengan
keberkesanan pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

b. Persoalan Kajian
Antara persoalan kajian adalah seperti berikut:

i. Apakah tahap kefahaman guru terhadap pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah


(PBD).
ii. Apakah tahap amalan guru dalam pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

iii. Apakah hubungan di antara kefahaman guru dengan keberkesanan


pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

c. Hipotesis
Antara hipotesis yang terdapat di dalam kajian ini adalah seperti berikut:

Ha 1 Terdapat hubungan yang signifikan kefahaman guru dengan


keberkesanan pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
4. Berdasarkan objektif dalam soalan 3, nyatakan apakah kaedah analisis kajian
tersebut berdasarkan setiap objektif yang dinyatakan dalam soalan 3. (3 Markah)

Bil Objektif kajian Kaedah analisis


1. Mengenal pasti tahap kefahaman guru Statistik deskriptif
terhadap pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (min,mod,peratus,purata)
(PBD).
2. Mengenal pasti tahap amalan guru dalam Statistik deskriptif
pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). (min,mod,peratus,purata)
3. Mengenal pasti sama ada hubungan di antara Statistik inferensi korelasi
kefahaman guru dengan keberkesanan pearson
pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

5. Berdasarkan objektif dalam soalan 3, nyatakan apakah alat instrumen yang


diperlukan untuk mengutip data anda. (2 Markah)

Bi Objektif kajian Instrumen soal selidik


l
1. Mengenal pasti tahap kefahaman guru Kefahaman guru
terhadap pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah  Objektif PBD
(PBD).  Matlamat PBD
 Konsep PBD
2. Mengenal pasti tahap amalan guru dalam Amalan guru
pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).  Pengetahuan dan kemahiran
 Perancangan guru
 Pentaksiran guru
3. Mengenal pasti sama ada hubungan di antara Keberkesanan Pelaksanaan PBD
kefahaman guru dengan keberkesanan  Kepercayaan saya tentang kepentingan
pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). melaksanakan PBD
 Sikap terhadap pelaksanaan PBD
 Komitmen terhadap pelaksanaan PBD
Alat instrumen : Soal selidik
6. Berdasarkan objektif dalam soalan 5, terangkan cara pengumpulan data tersebut.
(2 Markah)

Kajian yang dijalankan dalam penyelidikan ini ialah kuantitatif berbentuk kaedah
tinjauan dengan menggunakan boarang soal selidik sebagai instrumen kajian. Soal
selidik ini menggunakan skala likert 5 markah. Ia berdasarkan kepada pemilihan skala
1 hingga 5 iaitu;
1. Sangat tidak setuju (STS)
2. Tidak setuju (TS)
3. Tidak pasti (TP)
4. Setuju (S)
5. Sangat setuju (SS)

INSTRUMEN KAJIAN

https://docs.google.com/forms/d/1kKwspHQCvRlBlSueRGbXOZKIfBQBVVdqx_e5Hrm
mJWo/edit?usp=sharing

7. Berdasarkan soalan 1, apakah kepentingan kajian anda. (1 Markah)

PBD merupakan satu bentuk penilain sepanjang sesi PdPc di bilik darjah
Konsep dan bentuk pentaksiran adalah penting dan harus selaras dengan matlamat
utama PBD yang dilaksanakan. Pentaksir yang menjalankan pentaksiran patut
memiliki kesediaan terlebih dahulu supaya boleh mengaseskant transformasi dalam
pendidikan secara tidak langsung. Maklumat yang diterima dapat membantu guru-
guru untuk membuat perancangan dalam melaksanakan tugas dengan berkomitmen
dan bertanggungjawab secara berkesan.

You might also like