You are on page 1of 22

GGGA5032

FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI)

SEMESTER 1 SESI 2022/2023

TAJUK: PERSEPSI GURU TERHADAP PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK


DARJAH DI SEKOLAH RENDAH DAERAH KOTA BHARU, KELANTAN

NAMA PENSYARAH:

PROF MADYA DR. AZLIN BINTI MANSOR

KUMPULAN 9 SET 30

AHLI KUMPULAN:

1 NORHIDAYAH BINTI UJANG P129902 0198601900

2 PRATHIKA NAIDU A/P K BAKTHAVACHALU P130489 01111466791


NAIDU

3 WAN MUHAMMAD HAKIMI BIN WAN P129943 0199293275


MOHAMMAD

4 NUR MARINI BINTI IBRAHIM P127926 0148137040

5 NUR NADHIRAH BINTI ZAKARIA P130444 0196366013


Contents
1.0 PENGENALAN.............................................................................................................3
2.0 OBJEKTIF KAJIAN....................................................................................................4
3.0 PERSOALAN KAJIAN................................................................................................4
4.0 DEFINISI, KONSEP DAN TEORI PBD....................................................................5
4.1 Definisi PBD...........................................................................................................5
4.2 Konsep PBD............................................................................................................5
4.3 Teori Konstruktivisme...........................................................................................7
5.0 KAEDAH KAJIAN.......................................................................................................8
5.1 Reka Bentuk Kajian...........................................................................................8
5.2 Populasi Dan Sampel Kajian.............................................................................8
5.3 Instrumen Kajian...............................................................................................9
5.4 Pengumpulan Data.............................................................................................9
5.5 Analisis Data.....................................................................................................10
6.0 DAPATAN KAJIAN & PERBINCANGAN..............................................................11
6.1 Maklumat Responden..........................................................................................11
6.2 Analisis Deskriptif bagi Tahap Kepuasan Guru...............................................11
6.3 Analisis Deskriptif bagi Cabaran Guru Dalam Melaksanakan PBD.............12
6.4 Analisis Deskriptif bagi Tahap Penerimaan Guru dalam Melaksanakan PBD
13
7.0 ISU-ISU DIBANGKITKAN.......................................................................................15
8.0 CADANGAN PENYELESAIAN...............................................................................16
8.1 Kaedah pengajaran yang kreatif dan inovatif..................................................16
8.2 Mengadakan kelas tambahan.............................................................................17
8.3 Membuat pertandingan untuk kehadiran murid.............................................18
8.4 Tingkatkan latihan dan bengkel guru...............................................................18
8.5 Merancang dan menyediakan latihan pemantapan PBD................................19
8.6 Perancangan yang teliti daripada guru dan pihak pentadbir.........................19
8.7 Pemantauan yang konsisten................................................................................19
8.8 Penglibatan Ibu bapa...........................................................................................20
9.0 KESIMPULAN............................................................................................................21
10.0 RUJUKAN................................................................................................................22
1.0 PENGENALAN

Pelbagai reformasi telah dilaksanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia.


Salah satu reformasi yang diperkenalkan oleh bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee
Malik pada tahun 2019 adalah Pentaksiran Berasaskan Bilik Darjah (PBD).
Kementerian Pendidikan Malaysia (2019) menyatakan bahawa antara matlamat
Pentaksiran Berasaskan Bilik Darjah (PBD) adalah untuk membebaskan pelajar
daripada tekanan untuk belajar serta menduduki peperiksaan di peringkat awal
persekolahan, mewujudkan keseronokan dan budaya pengajaran dan pembelajaran
yang bermakna, mengukur perkembangan pelajar secara holistik dan menyediakan
peluang pembelajaran yang sama untuk semua pelajar. Hal ini seiring dengan apa
yang dikatakan oleh Yates dan Johnston (2018) di mana setiap pelajar memiliki
potensi dan kemampuan yang berbeza, maka pendekatan peperiksaan tidak sesuai
untuk diamalkan untuk murid-murid pada zaman ini (Arumugham, 2022).

Guru memainkan peranan penting dalam menentukan objektif pembelajaran


berdasarkan Standard Pembelajaran yang dinyatakan dalam kurikulum. Oleh itu, guru
perlu merancang dengan teliti instrumen yang digunakan dalam pentaksiran,
pelaksanaannya proses, rekod yang betul dan analisis keputusan, sistem pelaporan
yang mudah, dan strategi intervensi. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) akan
memberikan gambaran yang jelas tentang kemajuan pembelajaran pelajar berdasarkan
Standard Pembelajaran dalam kurikulum.

Walaupun Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) sebenarnya direka berdasarkan


konsep pentaksiran formatif yang telah diperkenalkan sejak dahulu lagi, namun setiap
perubahan sentiasa membangkitkan kebimbangan guru sebagai pelaksana kurikulum.
Hal ini demikian, perubahan ini agak drastik berbanding perubahan yang dilakukan
sebelum ini. Oleh hal demikian, tujuan penulisan ini adalah untuk membincangkan
persepsi guru terhadap pelaksanaan pentaksiran bilik darjah di sekolah rendah daerah
Kota Bharu, Kelantan.

1
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Secara umumnya, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengetahui


persepsi guru terhadap pelaksanaan PBD di sekolah rendah. Oleh itu, antara objektif
khusus kajian adalah:

1. Mengenal pasti tahap kepuasan guru terhadap pelaksanaan PBD di sekolah rendah
daerah Kota Bharu, Kelantan.

2. Mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan PBD di sekolah
rendah daerah Kota Bharu, Kelantan.

3. Menilai sejauh mana tahap penerimaan guru terhadap pelaksanaan PBD di sekolah
rendah daerah Kota Bharu, Kelantan.

3.0 PERSOALAN KAJIAN

Antara persoalan kajian yang dikemukakan ialah:

1. Sejauh manakah tahap kepuasan guru terhadap pelaksanaan PBD di sekolah rendah
daerah Kota Bharu, Kelantan?

2. Apakah cabaran yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan PBD di sekolah rendah
daerah Kota Bharu, Kelantan?

3. Sejauh manakah tahap penerimaan guru dalam pelaksanaan PBD di sekolah rendah
daerah Kota Bharu, Kelantan?

2
4.0 DEFINISI, KONSEP DAN TEORI PBD

4.1 Definisi PBD

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam


sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang
perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. PBD berlaku secara
formatif dan sumatif; sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang
pembelajaran. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan proses yang berterusan
dalam sesi PdP bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan,
kebolehan dan penguasaan murid terhadap matlamat kurikulum yang di hasratkan.
Pelaksanaan PBD yang betul akan memberi gambaran yang jelas tentang penguasaan
murid terhadap Standard Pembelajaran yang ditetapkan dalam kurikulum.

Semua maklumat yang diperoleh dari pentaksiran bukanlah bertujuan untuk


perbandingan atau persaingan antara murid. Sebaliknya maklumat tersebut hendaklah
digunakan untuk membantu pihak sekolah dan ibu bapa untuk merancang tindakan
susulan ke arah menambah baik penguasaan dan pencapaian murid dalam
pembelajaran.

4.2 Konsep PBD

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan proses yang berterusan dalam sesi
PdP bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan
penguasaan murid terhadap matlamat kurikulum yang dihasratkan. PBD melibatkan
proses mengumpul dan menganalisis maklumat serta membuat refleksi yang
berterusan terhadap PdP dalam membuat pertimbangan secara konsisten ke arah
menambah baik PdP tersebut. Pelaksanaan PBD yang betul akan memberi gambaran
yang jelas tentang penguasaan murid terhadap Standard Pembelajaran yang ditetapkan
dalam kurikulum. Semua maklumat yang diperoleh dari pentaksiran bukanlah
bertujuan untuk perbandingan atau persaingan antara murid. Sebaliknya maklumat
tersebut hendaklah digunakan untuk membantu pihak sekolah dan ibu bapa untuk

3
merancang tindakan susulan ke arah menambah baik penguasaan dan pencapaian
murid dalam pembelajaran.

Guru memainkan peranan penting dalam melaksanakan PBD dengan


menentukan objektif pembelajaran berdasarkan Standard Pembelajaran yang hendak
ditaksir, merancang dan membina instrumen pentaksiran, melaksanakan pentaksiran,
merekod hasil pentaksiran, menganalisis maklumat pentaksiran, melapor dan
membuat tindakan susulan. PBD bertujuan menambah baik pembelajaran murid
melalui pentaksiran formatif, iaitu Pentaksiran Untuk Pembelajaran (Assessment for
learning) dan Pentaksiran Sebagai Pembelajaran (Assessment as learning). Namun
begitu PBD juga boleh berlaku untuk melihat pencapaian atau penguasaan murid
selepas sesuatu tempoh yang bersesuaian, melalui pentaksiran sumatif. PBD
membolehkan murid, guru, ibu bapa, dan pihak sekolah mengetahui kualiti
pembelajaran murid. Pentaksiran ini dilihat sebagai Pentaksiran Tentang
Pembelajaran (Assessment of learning). PBD melibatkan Pentaksiran Untuk
Pembelajaran, Pentaksiran Sebagai Pembelajaran dan Pentaksiran Tentang
Pembelajaran seperti dalam Rajah 3.

4
Rajah 4.1: Pentaksiran Formatif dan Sumatif

4.3 Teori Konstruktivisme

Menurut Lev Vygotsky, teori konstruktivisme mempunyai perkaitan rapat


dengan teori perkembangan kognitif. Bimbingan dan hubungan daripada orang lain
merupakan perkara yang ditekankan dalam teori ini. Teori ini juga menegaskan
bahawa ilmu pengetahuan dibina di dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar
yang telah dilalui oleh individu dan bukannya wujud di luar minda. Oleh itu,
Vygotsky telah membina teori konstruktivisme ini dan dipecahkan kepada lima.

Teori konstruktivisme mempunyai lima fasa dan boleh dikaitkan dengan


pelaksanaan PBD. Ini kerana, PBD berkaitan dengan tugas dan penyediaan bahan
pengajaran sebelum sesi PdPc bermula. Persediaan sebelum sesi PdPc dapat
membantu menarik minat murid terhadap sesi PdPc. Teori ini menggariskan lima
fasa. Fasa pertama ialah fasa persediaan. Di mana guru membuat persediaan awal
sebelum sesi PdPc dan mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik bagi
merangsang dan menimbulkan minat pelajar terhadap sesi pembelajaran.

Manakala fasa kedua pula adalah fasa pencetus idea. Pada fasa ini, guru
merancang aktiviti dengan mengaitkan pengalaman sedia ada dengan pengetahuan
baharu. Bagi menarik minat pelajar terhadap pelajaran. Secara tidak langsung
merangsang pelajar mendapat idea baharu. Bagi fasa ketiga pula iaitu fasa
penstrukturan semua idea, guru berperanan mengukuhkan konsep, kefahaman dan
idea murid agar mempunyai kesinambungan antara satu sama lain agar tampak lebih
tersusun dan terancang. Seterusnya adalah fasa aplikasi idea. Pada fasa ini, guru
fasilitator akan membuat pemerhati dan pentafsiran terhadap murid. Murid pula akan
mengaplikasikan idea baru dalam masalah yang diberikan. Pada fasa ini, guru boleh
menaksir sejauh mana tahap penguasaan murid terhadap sesi pembelajaran yang telah
dilalui. Fasa terakhir adalah fasa refleksi. Guru membuat refleksi sejauh mana

5
keberkesanan PdPc yang telah dirancang serta membuat penambahbaikan bagi sesi
PdPc pada masa yang akan datang.

5.0 KAEDAH KAJIAN

5.1 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian ini merupakan kaedah tinjauan yang bersifat kuantitatif
yang menggunakan soal selidik kerana kajian ini bersesuaian dengan kaedah tinjauan
(Robson,1998). Hasil dapatan kajian ini dilihat melalui bentuk perkiraan yang
merangkumi nombor dan formula tertentu. Menurut (Creswell, 2009) kaedah tinjauan
merupakan satu cara yang spesifik bagi mengumpul maklumat berkenaan sekumpulan
besar populasi. Kaedah tinjauan ini menggunakan kaedah soal selidik untuk
mengukur atau mendapatkan hubungan di antara persepsi guru terhadap pelaksanaan
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) di sekolah-sekolah daerah Kota Bharu, Kelantan.

Kajian ini merupakan satu tinjauan awal yang hanya menggunakan soal selidik dan
kaedah pengukuran berdasarkan ujian analisis deskriptif iaitu min bagi menentukan
ciri-ciri pembolehubah. Selain itu, tujuan kaedah kuantitatif digunakan dalam kajian
ini kerana data yang diperoleh daripada teknik ini adalah sesuai untuk mencapai
objektif utama kajian ini iaitu persepsi guru terhadap pelaksanaan PBD di sekolah-
sekolah rendah dari segi tahap kepuasan guru, penerimaan dan cabaran guru ketika
melaksanakan proses PBD ini.

5.2 Populasi Dan Sampel Kajian

Kajian ini memfokuskan kepada guru-guru di sekolah-sekolah di daerah Kota


Bharu, Kelantan. Kajian ini juga hanya memfokuskan kepada sekolah rendah sahaja
dan seramai 30 orang guru.

6
5.3 Instrumen Kajian

Instrumen atau alat kajian yang diguna pakai dalam kajian ini adalah set soal
selidik jenis tertutup dan terbuka. Borang soal selidik ini terbahagi kepada 4 bahagian.
Pada bahagian 1 terdapat beberapa item berkenaan latar belakang responden
menggunakan jawapan dipilih (soalan aneka pilihan). Pada bahagian ke-2 hingga ke-4
pula adalah tahap penguasaan guru ketika melaksanakan PBD, cabaran dan
penerimaan guru yang terdiri daripada 5 item atau soalan pada setiap bahagian.
Semua item soal selidik dalam kajian ini adalah menggunakan soal selidik jenis
tertutup (pilihan jawapan) dengan menggunakan skala likert lima mata. Skala ini
mempunyai pernyataan yang mempunyai tahap persetujuan. Dalam bentuk asal skala
ini mempunyai point 1 hingga 5 iaitu sangat tidak setuju, tidak setuju, sederhana
setuju, setuju dan sangat setuju.

5.4 Pengumpulan Data

Pengumpulan data digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan data daripada


responden menggunakan proses mengumpul dan menganalisis maklumat. Tambahan
pula, di dalam kajian ini, pengkaji menggunakan sumber data utama. Sumber data
utama merujuk kepada maklumat ataupun data yang diambil secara khusus daripada
projek kajian. Sumber data utama adalah maklumat yang boleh diperjelaskan dan
maklumat yang pengkaji kumpul daripada sumber ataupun responden dengan
pelbagai cara. Sebagai contoh, cara pengkaji mengedarkan soal selidik kepada
responden.

Di dalam kajian ini, pengkaji mengumpul data dengan dua cara iaitu soal
selidik dan juga Google Form (tinjauan internet). Pengkaji juga mengedarkan kepada
responden sasaran iaitu guru-guru di sekolah rendah dengan mengedarkan ‘link’
Google Form melalui Whatsapp.

7
5.5 Analisis Data

5.5.1 Analisis Deskriptif

Analisis deskriptif adalah untuk memberikan gambaran tentang


ringkasan data yang dikumpul daripada soal selidik. Analisis ini hanya berupa
pengumpulan atau akumulasi data dasar dalam bentuk deskripsi semata tanpa
mencari erti atau menerangkan hubungan berkaitan, menguji hipotesis, atau
membuat ramalan. Penyajian data deskriptif adalah dalam bentuk frekuensi
untuk mengetahui kecenderungan hasil temuan penelitian, apakah masuk
dalam kategori rendah, sederhana atau tinggi.

Proses penganalisaan data-data kuantitatif ini dilakukan secara


deskriptif melalui analisis berkomputer menggunakan perisian Statistical
Package for Social Sciences Version 27. Statistik deskriptif yang digunakan
adalah frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawaian. Pengkaji menghuraikan
analisis deskriptif ini dengan menggunakan jadual interpretasi min seperti
jadual berikut:

Jadual 5.1: Skala Penilaian Min

Skor Min Interpretasi

5.00 – 3.67 Tinggi

3.66 – 2.34 Sederhana

2.33 – 1.00 Rendah

Sumber: Othman, Nordin & Jusoh (2018)

8
6.0 DAPATAN KAJIAN & PERBINCANGAN

6.1 Maklumat Responden

Kajian yang dilakukan adalah berpandukan pengumpulan maklumat dan data


menerusi borang soal selidik yang telah dijalankan terhadap responden. Kajian
mendapati 30 orang responden terdiri daripada 9 guru lelaki dan 21 guru perempuan.
Kesemua responden merupakan guru di sekolah rendah di pelbagai negeri seperti di
Terengganu, Kelantan, Selangor, dan Johor. Borang soal selidik telah diedarkan
kepada responden untuk mendapatkan maklumat bagi mencapai objektif kajian.

6.2 Analisis Deskriptif bagi Tahap Kepuasan Guru

Jadual 6.1: Tahap kepuasan guru terhadap pelaksanaan PBD

Item Soalan N Mi Sisihan Interpretasi


n piawai

Sebagai seorang guru saya berpuas hati dengan 30 4.33 .660 Tinggi
pelaksanaan PBD merupakan sebahagian daripada
Program Transformasi Pendidikan

Pelaporan pencapaian murid berdasarkan PBD 30 4.13 .937 Tinggi

Terdapat pelbagai sumber pengajaran untuk guru 30 4.23 .858 Tinggi


bagi pelaksanaan PBD

Penerangan mengenai objektif pelaksanaan PBD 30 4.07 .785 Tinggi

Sumber yang diperoleh untuk pembinaan instrumen 30 4.03 .809 Tinggi


PBD

PURATA SKOR MIN 30 4.16 .684 Tinggi

9
Jadual 6.1 menunjukkan analisis deskriptif untuk item soal selidik bahagian tahap
kepuasan guru terhadap pelaksanaan PBD. Berdasarkan hasil kajian, kesemua guru bersetuju
dengan kelima-lima item soal selidik tahap kepuasan guru terhadap pelaksanaan PBD.
Dapatan kajian pada Jadual 1 menunjukkan skor min tertinggi bagi Tahap Kepuasan Guru
Terhadap Pelaksanaan PBD adalah pada item soalan 1 “Pelaksanaan PBD merupakan
sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan” yang berjumlah (4.33) untuk nilai
min. Kemudian, skor terendah nilai min dalam tahap kepuasan guru adalah “Sumber yang
diperoleh untuk pembinaan instrumen PBD” dengan nilai min hanya (4.03). Daripada analisis
ini menunjukkan bahawa kebanyakan atau rata-rata guru berpuas hati dengan pelaksanaan
PBD ini yang juga merupakan sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan.
Kesimpulannya, nilai purata skor min yang diperoleh untuk tahap kepuasan guru adalah
(4.16). Ini menunjukkan bahawa ramai guru yang berpuas hati ataupun mempunyai tahap
kepuasan yang tinggi terhadap pelaksanaan PBD di sekolah.

6.3 Analisis Deskriptif bagi Cabaran Guru Dalam Melaksanakan PBD

Jadual 6.2: Analisis Deskriptif bagi Cabaran Guru dalam Melaksanakan PBD

Item soalan N Mi Sisihan Interpretasi


n Piawai

Saya menghadapi kesukaran membuat PBD 30 3.93 .739 Tinggi


kerana masalah ketidakhadiran murid ke
sekolah

Saya menghadapi kesukaran dalam proses PBD 30 3.83 1.019 Tinggi


kerana jumlah murid yang ramai.

Saya menghadapi masalah kerana terlalu 30 4.03 .850 Tinggi


banyak topik yang perlu diselesaikan dalam
masa yang sangat terhad

Saya tertinggal banyak masa untuk mentaksir 30 3.87 1.074 Tinggi


murid kerana bebanan kerja makin bertambah

10
apabila saya memegang jawatan-jawatan
penting di sekolah.

Saya menghadapi kesukaran kerana waktu 30 3.73 .944 Tinggi


pengajaran saya adalah terhad untuk
melaksanakan proses PBD.

PURATA SKOR MIN 30 3.88 .686 Tinggi

Jadual 6.2 menunjukkan analisis deskriptif untuk cabaran guru dalam melaksanakan
PBD. Berdasarkan hasil analisis ini, semua guru bersetuju dengan kelima-lima item deskriptif
tentang cabaran guru. Nilai skor min tertinggi untuk cabaran guru adalah item ketiga “Saya
menghadapi masalah kerana terlalu banyak topik yang perlu disediakan dalam masa yang
sangat terhad” dengan nilai min (4.03). Seterusnya, nilai min yang paling rendah adalah item
kelima iaitu “Saya menghadapi kesukaran kerana waktu pengajaran saya adalah terhad untuk
melaksanakan proses PBD” dengan nilai min (3.73). Daripada analisis tersebut, ia
menunjukkan bahawa terdapat cabaran bagi guru dalam melaksanakan PBD terhadap murid .

6.4 Analisis Deskriptif bagi Tahap Penerimaan Guru dalam Melaksanakan PBD

Jadual 6.3: Analisis Deskriptif bagi Tahap Penerimaan Guru dalam Melaksanakan PBD

Item soalan N Min Sisihan Interpretasi


Piawai

PBD menimbulkan suasana bilik darjah yang 30 3.40 1.163 Sederhana


menggalakkan proses pembelajaran.

PBD dapat menarik minat murid terhadap 30 3.47 1.041 Sederhana


pembelajaran yang dijalankan

Guru bersedia dengan pelaksanaan PBD 30 3.93 .691 Tinggi

11
PBD memudahkan proses pengajaran dalam 30 3.73 1.048 Tinggi
melaksanakan PdP.

PBD mengurangkan beban kerja guru. 30 2.73 1.258 Sederhana

PURATA SKOR MIN 30 3.45 .782 Sederhana

Jadual 6.3 menunjukkan analisis deskriptif unruk tahap penerimaan guru dalam
melaksanakan PBD. Analisis menunjukkan bahawa guru sederhana setuju atau tahap
penerimaan guru terhadap pelaksanaan PBD adalah sederhana dengan nilai purata skor min
(3.45). Skor min yang tertinggi adalah pada item ke-3 iaitu “Guru bersedia dengan
pelaksanaan PBD”. Manakala, skor terendah min (2.73) adalah pada item ke-5 iaitu “PBD
mengurangkan beban kerja guru” .

Daripada analisis ini, penerimaan guru terhadap pelaksanaan PBD adalah pada tahap
sederhana. Walaupun guru bersedia dalam melaksanakan PBD tetapi mereka berada di tahap
yang sederhana untuk penerimaan pelaksanaan PBD dari segi beban kerja guru, dan juga dari
segi suasana bilik darjah dan minat murid bagi pembelajaran yang dijalankan.

Secara kesimpulannya, persepsi guru terhadap pelaksanaan PBD di sekolah rendah


adalah sangat baik dari segi tahap kepuasan guru terhadap pelaksanaan PBD. Namun,
meskipun guru bersetuju dan berpuas hati dengan pelaksanaan PBD bagi perkembangan
murid, proses PBD juga menjadi satu cabaran bagi guru untuk melaksanakan PBD dengan
jayanya. Antara cabaran yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan PBD adalah
ketidakhadiran murid, jumlah murid yang ramai perlu ditaksir, terlampau banyak topik yang
perlu diselesaikan, beban kerja guru dengan tambahan kerja lain di sekolah, dan juga waktu
pengajaran yang terhad untuk memberi pentaksiran yang tepat kepada murid. Bagi seorang
guru, guru hendaklah menjamin kualiti PBD dengan baik, dengan itu, pentaksiran PBD
terhadap murid hendaklah diberikan perhatian dan tanggungjawab sepenuhnya oleh guru
kerana hal ini melibatkan prestasi murid. Oleh hal demikian, hal ini menjadi suatu cabaran
bagi guru dalam pelaksanaan PBD. Akhir sekali, pada bahagian penerimaan guru pula, guru-
guru berada pada tahap sederhana dalam penerimaan pelaksanaan PBD dek kerana cabaran-
cabaran yang dihadapi oleh guru.

12
7.0 ISU-ISU DIBANGKITKAN

Berdasarkan hasil kajian, kajian ini mendapati bahawa banyak topik yang
perlu diselesaikan dalam waktu pengajaran yang singkat seperti mana yang kita
tahu, bahawa guru-guru di sekolah mempunyai waktu yang terhad untuk
menghabiskan topik pelajaran yang perlu diajar. Justeru itu, untuk menyelesaikan
Pentaksiran Bilik Darjah, guru-guru juga memerlukan lebih masa untuk menilai setiap
murid. Seterusnya, jumlah murid yang ramai juga akan mempengaruhi masa guru
untuk menilai murid mereka. Jadi, di sini kita dapat lihat bahawa jumlah topik dan
jumlah murid juga menjadi isu bagi guru dalam melaksanakan PBD dengan
sempurna. Seperti yang kita tahu, PBD haruslah dijalankan secara teliti dan telus demi
pencapaian sebenar murid dan penilaian ini juga akan mempengaruhi murid untuk
meningkatkan lagi kecekapan dan kemahiran diri mereka.

Selain itu, ketidakhadiran murid juga menjadi satu isu dan cabaran bagi
guru dalam melaksanakan PBD. Apabila murid sering tidak hadir ke sekolah, kerja-
kerja ataupun tugas guru dalam melaksanakan penilaian menjadi rumit.

Dalam pelaksanaan PBD ini terdapat juga isu-isu yang dibangkitkan antaranya
kekangan masa. Guru juga mempunyai bebanan kerja. Maklum balas guru
menunjukkan guru menghadapi bebanan kerja yang ditambah dengan pelaksanaan
PBD ini yang mana mempunyai pelbagai topik perlu diselesaikan dengan masa yang
terhad, dan respons guru-guru terhadap soal selidik ini adalah juga Tinggi sebanyak
3.87. Guru juga berpandangan mereka harus menguruskan dokumen berkaitan PBD,
merekod dan menguruskan data-data ini menambahkan beban kerja mereka. Selain
itu guru-guru turut kurang mempunyai kemahiran dalam melaksanakan PBD seperti
sukar menentukan tahap kemahiran murid serta kurang pengetahuan dan kemahiran
dalam mentaksir kaedah semasa melakukan pentaksiran dengan betul.

Kekangan masa ini dilihat yang mana guru juga menghadapi masalah
kekangan masa untuk mentafsir setiap murid. Kekangan masa juga disebabkan
bilangan murid yang ramai dan pelbagai tahap penguasaan murid di dalam kelas. Ini

13
dapat dilihat dari hasil kajian dimana peratusan sokongan guru terhadap beban kerja
dicatat Tinggi bersisihan piawai sebanyak 4.03. Selain daripada itu,guru-guru juga
menghadapi kesukaran kerana waktu pengajaran adalah terhad untuk melaksanakan
PBD ini. Hasil kajian dalam soal selidik ini juga Tinggi dimana sisihan piawainya
sebanyak 3.73.

8.0 CADANGAN PENYELESAIAN

Dalam usaha menangani isu-isu yang timbul berkaitan pelaksanaan PBD,


beberapa cadangan boleh dipertimbangkan untuk menambah balik pelaksanaan PBD
di sekolah. Penambahbaikan yang berterusan mampu menjadikan pelaksanaan PBD
semakin berkesan selaras dengan matlamat dan aspirasi yang diharapkan.

8.1 Kaedah pengajaran yang kreatif dan inovatif

Kaedah pengajaran guru juga mempengaruhi keberkesanan PBD dalam


pengajaran serta dapat mengatasi masalah ketidakhadiran murid dalam kelas. Melalui
cara tersebut, guru perlulah kreatif dan inovatif supaya pelajar tidak cepat berasa
bosan serta jemu dalam pembelajaran serta menarik minat mereka untuk ke sekolah.
Melalui pengajaran dan pembelajaran kreatif dan inovatif guru, murid dapat
memperoleh ilmu pengetahuan, menguasai kemahiran dan mengamalkan sikap dan
nilai serta dapat mengembangkan daya kreativiti dan inovasi mereka.

Amalan pengajaran guru yang kreatif bermakna pengajaran guru tersebut di


anggap baik dan berkesan jika guru tersebut berupaya menguasai pelbagai kaedah
pengajaran, menyediakan alat bantu mengajar, dan mendalami isi kandungan yang
hendak di ajar. Setelah itu, guru perlu mengetahui akan kebolehan pelajar menerima
pelajaran, mengambil kira gaya pembelajaran pelajar dalam pengajaran mereka,
memberi motivasi kepada pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh dapat
mengawal kelakuan pelajar, mengumpulkan pelajar mengikut kumpulan dan memberi
penilaian atau ujian yang kerap kepada pelajar. Guru juga hendaklah sentiasa

14
menanyakan permasalahan yang dihadapi oleh murid terutamanya yang ada masalah
ketidakhadiran di kelas dan sebagainya. Hal ini dapat membantu murid tersebut
sentiasa berminat hadir ke sekolah kerana ada guru yang sentiasa bertanya khabar
tentang murid tersebut.

Amalan pengajaran yang digunakan oleh guru berbeza-beza bergantung pada


kreativiti yang dimiliki dan kemampuan masing-masing menyampaikan
pengajarannya. Sebagai contoh, ada guru yang suka menggunakan humor untuk
menarik perhatian pelajar, ada pula yang suka memberi hadiah pada peserta didik
yang berjaya menjawab soalan, menggunakan bahasa yang jelas dan mudah,
melakukan kejutan dan pelbagai cara yang menarik untuk mengajar supaya pelajar
mengekalkan tumpuan pembelajaran bagi memastikan pelajar mengikut
perkembangan pembelajaran, seterusnya mencapai hasil pembelajaran yang
dikehendaki dan pelajar berasa seronok untuk belajar. Oleh itu, panduan sebagai
rujukan dan bahan sokongan diperlukan bagi memantapkan lagi mutu pengajaran ke
arah yang lebih kreatif.

8.2 Mengadakan kelas tambahan

Salah satu alternatif untuk menghabiskan topik yang terlalu banyak dalam
masa yang sangat terhad adalah dengan mengadakan kelas tambahan samada yang
dianjurkan oleh pihak sekolah ataupun diluar sekolah. Oleh itu, guru memainkan
peranan yang penting bagi mempengaruhi keberkesanan kelas tambahan tersebut.
Guru tersebut haruslah pandai menguruskan masa mereka dengan menghabiskan
topik yang perlu diselesaikan dengan cara yang tersendiri serta mengikut standard
yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, pada hujung minggu guru tersebut
mengadakan kelas tambahan murid. Pada masa yang sama, pelajar akan terdedah
kepada kaedah atau teknik pembelajaran yang berbeza apabila menyertai kelas
tambahan tersebut. Hal ini kerana, setiap pelajar mempunyai cara untuk memahami
dan menghadam sesuatu pengajaran yang berbeza. Inisiatif menyertai kelas tambahan
ini akan membantu pelajar untuk mengetahui kaedah atau teknik yang lebih mudah
untuk difahami untuk menjawab soalan. Dengan mengadakan kelas tambahan ini
juga, pemahaman mereka terhadap pelajaran akan menjadi semakin kukuh. Kelas ini
begitu penting buat murid yang lemah dalam sesuatu pelajaran.

15
8.3 Membuat pertandingan untuk kehadiran murid

Hal ini dapat membantu murid dengan cara membuat pertandingan untuk
kehadiran murid yang paling banyak hadir ke sekolah akan diberikan hadiah serta
penghargaan kepada murid tersebut agar dapat menaikkan lagi semangat murid untuk
belajar dan sentiasa hadir ke kelas. Oleh yang demikian, murid akan merasakan
bahawa diri mereka dihargai dan disayangi kerana penghargaan tersebut sangat
bermakna bagi setiap murid.

8.4 Tingkatkan latihan dan bengkel guru

Terdapat segelintir guru -guru yang tidak bersedia untuk menjalankan


pentaksiran bilik darjah. Ini adalah kerana mereka merasakan tahap pengetahuan
mereka tidak mencukupi dan kurang mahir untuk menjalankan pentaksiran. Oleh itu,
guru hendaklah diberi latihan dan kursus untuk membolehkan mereka dapat
melaksanakan pentaksiran dengan lebih berkesan (Yusof dan Othman, 2019). Pihak
KPM, PPD dan LPM perlu menyediakan pelbagai pendedahan yang lebih terperinci
dari aspek kursus, latihan dan bengkel yang berkaitan supaya pelaksanaan PBD dapat
dijalankan dengan berkesan (Wan Omar, 2018). Pihak yang berkaitan hendaklah
menganjurkan kursus dan bengkel yang berkaitan aspek pentaksiran termasuk cara
pembinaan item, cara pentaksiran yang betul dan cara mengaplikasikan maklumat
sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Kursus berkaitan pembangunan kaedah
pengajaran yang sesuai dan cara berkomunikasi juga perlu dijalankan kerana hal itu
akan menjadi lebih efektif ketika proses pembelajaran. Selain itu, guru hendaklah
didedahkan dengan kepentingan dan kelebihan pentaksiran PBD supaya mereka lebih
faham dan menjiwai pentaksiran tersebut. Ini akan menjadikan pelaksanaan PBD
lebih berkesan.

16
8.5 Merancang dan menyediakan latihan pemantapan PBD

Pihak pentadbir sekolah juga bertanggungjawab untuk merancang dan


menyediakan latihan pemantapan PBD melalui kursus dalaman tentang pelaksanaan
pentaksiran.. Hal ini dapat membantu guru-guru meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran mereka dan secara tidak langsung meningkatkan kesediaan mereka. Justeru
itu, sesi latihan tersebut tidak boleh dipandang ringan, sebaliknya ia perlu diwajibkan
untuk semua guru dan disampaikan oleh seorang yang pakar dan terlibat secara
langsung serta menghayati pentaksiran sekolah itu sendiri. Pihak pentadbir juga boleh
melantik guru-guru yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman tentang
pentaksiran berasaskan projek di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan sebagai
mentor kepada guru-guru yang kurang berpengalaman dan pengetahuan. Pihak
sekolah juga perlu mengambil inisiatif untuk menyediakan bahan rujukan serta
kemudahan peralatan yang secukupnya bagi tujuan melaksanakan pentaksiran tersebut
(Pung Kodi,Wan Muna, 2023)

8.6 Perancangan yang teliti daripada guru dan pihak pentadbir

Perancangan yang teliti dan berkesan dapat memantapkan pentaksiran yang


dijalankan. Guru perlu menjalankan perancangan yang teliti sebelum menjalankan
pentaksiran. Perancangan yang baik dapat membantu guru untuk lebih fokus dalam
pengajaran serta dapat mengatasi masalah kekangan masa yang dihadapi itu dan
memastikan pelaksanaan penilaian mengikut standard yang ditetapkan.

8.7 Pemantauan yang konsisten

Salah satu langkah menyelesaiannya ialah melalui pemantauan yang berkesan.


Pihak pentadbir sekolah perlu menjalankan pemantauan semasa proses pentaksiran
berlaku dan bukan hanya memantau dari segi lisan dan laporan. Hal ini kerana laporan
mungkin tidak menunjukkan perkara sebenar. Pihak pentadbir perlu menjalankan
pemantauan dan melihat sendiri proses pentaksiran untuk mengetahui tahap
keberkesanannya. Pemantauan ini dapat membantu mengesan masalah yang dihadapi
oleh guru semasa proses pentaksiran berlaku. Oleh itu, proses penambahbaikan boleh
dilaksanakan dengan segera bagi mengatasi permasalahan yang dihadapi oleh guru.

17
Melalui pemantauan yang kerap juga,masalah yang dihadapi oleh guru dapat dikesan
dengan lebih awal dan dapat diselesaikan segera.

Pemantauan yang dilaksanakan perlu dijalankan secara menyeluruh untuk


memastikan pelaksanaan PBD adalah betul dan selaras dilakukan oleh semua guru di
seluruh negara (Siti Nor Aisah,2018). Pemantauan yang kerap dan menyeluruh dapat
menjamin kualiti pentaksiran yang dijalankan. Program penjaminan kualiti 4P yang
diperkenalkan yang terdiri dari pementoran, pengesanan, pemantauan dan
penyelarasan seharusnya dijalankan dengan lebih efektif. Program penjaminan kualiti
ini dilaksanakan bagi mendapatkan pentaksiran yang konsisten dan efektif

8.8 Penglibatan Ibu bapa

Pelaksanaan PBD turut memberi impak kepada ibu bapa. Bagi mengatasi
permasalahan yang timbul di kalangan murid, penglibatan ibu bapa amat diperlukan
untuk sama-sama menambahbaik proses pentaksiran. Dalam hal ini, ibu bapa dilihat
kurang masih memahami mengenai PBD, khususnya tentang sistem Band yang
menentukan tahap penguasaan murid dalam pembelajaran dalam kelas. Oleh itu,
pihak sekolah perlu meningkatkan inisiatif untuk memberi penerangan dan kefahaman
kepada ibu bapa mengenai pentaksiran yang dijalankan. Dengan ini, diharapkan
pengetahuan dan kefahaman ibu bapa dapat membantu anak-anak mereka dan
seterusnya dapat memudahkan guru dalam pelaksanaannya di sekolah.

Di samping itu juga, bagi meningkatkan motivasi dan kesungguhan murid


dalam pembelajaran, pihak sekolah boleh menjalankan program penghargaan untuk
meraikan pencapaian pelajar. Melalui penghargaan, motivasi pelajar dapat
ditingkatkan dan pelajar dapat bersaing secara positif di sekolah. Selain itu juga, guru-
guru boleh menjalankan kaedah pentaksiran yang menarik agar minat murid dapat
ditingkatkan. Ini boleh mengelakkan murid berasa bosan di sekolah dan sekaligus
dapat memastikan kelancaran pelaksanaan di dalam PBD.

18
9.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, penyelidikan ini telah meneroka beberapa cara yang


digunakan oleh guru-guru sekolah rendah di Malaysia untuk melaksanakan PBD yang
baharu sahaja diperkenalkan. Cara yang digunakan oleh guru-guru ini adalah
berdasarkan beberapa cadangan yang telah diberikan dalam bentuk google form.
Terdapat juga guru-guru yang menggunakan kreativiti masing-masing untuk
melaksanakan PBD. Walau bagaimanapun cara-cara yang digunakan oleh mereka
adalah berlandaskan kepada kaedah-kaedah pelaksanaan pentaksiran yang bersifat
formatif. Memandangkan PBD diperkenalkan berlandaskan pentaksiran formatif,
maka proses perkembangan pembelajaran murid menjadi ilham utama guru-guru ini.

Terdapat pelbagai cadangan yang boleh digunakan untuk menyelesaikan


masalah PBD di kalangan guru-guru di sekolah rendah. Salah satu cara yang bernas
adalah dengan meningkatkan latihan dalam melaksanakan PBD serta menyediakan
bengkel-bengkel yang dapat membantu guru untuk lebih mahir dalam mentadbir PBD
ini. Dalam pada itu, perancangan yang teliti daripada guru dan pihak pentadbir
menjadi salah satu pemangkin dalam memastikan pelaksanaan PBD ini berada pada
tahap yang optimum. Hal ini demikian kerana PBD memerlukan sebuah rancangan
yang rapi agar tujuan asal pentaksiran tersebut dapat dicapai dengan baik. Bukan itu
sahaja, pemantauan yang konsisten juga perlu dalam usaha menyelesaikan masalah
PBD dalam kalangan guru-guru di sekolah rendah. Dengan adanya pemantauan
daripada pihak yang bertanggungjawab, hal ini sememangnya membantu guru dalam
mengatasi kelemahan sewaktu mentadbir pentaksiran ini kepada murid-murid. Oleh
itu dapatlah dikatakan bahawa pelaksanaan PBD di sekolah amat relevan sesuai
dengan peredaran masa dan memerlukan kecekapan dan kemahiran guru dalam
melaksanakan pentaksiran ini di dalam bilik darjah.

19
10.0 RUJUKAN

Ahmad, S. F., & Tamuri, A. H. (2010). Persepsi guru terhadap penggunaan bahan bantu
mengajar berasaskan teknologi multimedia dalam pengajaran j-QAF. Journal of Islamic
and Arabic Education, 2(2), 53-64.

Arumugham, K. S. (2022). KURIKULUM, PENGAJARAN DAN PENTAKSIRAN DARI


PERSPEKTIF PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH.

Gengatharan, K. & Azali Rahmat. (2019). Keperluan Modul Pentaksiran Pendidikan


Kesihatan untuk Guru Tahap Satu Dalam Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Jurnal
Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani, 8(2), 19-27.

Muhson, A. (2006). Teknik analisis kuantitatif. Universitas Negeri Yogyakarta. Yogyakarta,


183-196.

Othman, W. M. T. B. W., Nordin, N. B., & Jusoh, M. Z. B. (2018). Penilaian Pelaksanaan


Kurikulum Kursus Komunikasi Dan Penyiaran Islam Di Politeknik: Kajian Di Politeknik
Melaka.

Pung Kodi Villasamy, Wan Muna Ruzanna. (2023). Tahap Kefahaman, Kemahiran dan Sikap
Guru Bahasa Melayu dalam Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) di Sekolah
Rendah. Bangi: Selangor

Robson, Collin. (1998). Real World Research. UK: Blackwell Publisher Itd.

Wan Omar, S.S.H. 2018. Pengetahuan, kemahiran, sikap dan masalah guru dalam
melaksanakan pentaksiran bilik darjah bahasa melayu di sekolah rendah. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu 9: 56-67.

Yusuf, M.H. & Othman, N. 2019. Isu dan permasalahan pentaksiran alternatif dalam sistem
penilaian di malysia. Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan 2019: 37-
39.

20

You might also like