You are on page 1of 8

MINIT MESYUARAT PEPERIKSAAN BIL.

1 / 2023

Tarikh : 14 Mac 2023


Masa : 8.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat SKWM2
Pengerusi : En. Md Desa b Ibrahim
Setiausaha : Pn Siti Nurzulaiqa Binti Noor Azizi

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI


1.1 Guru Besar selaku penasihat sebagai pengerusi pada mesyuarat kali ini mengalu-
alukan kedatangan semua ahli ke mesyuarat peperiksaan kali pertama sesi 2023 dan
majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah.
Tindakan : Makluman

Seterusnya, guru besar juga memaklumkan bahawa KPM turut menitikberatkan


pembangunan adab dan integriti bagi melahirkan Anak Yang Baik Lagi Cerdik
(ABC) dengan teras yang utuh seperti keteguhan rohani, keterampilan diri, sahsiah
terpuji, dan kemantapan jati diri selain kecemerlangan kognitif dan psikomotor.

Tindakan : Makluman

1.3 Pengerusi memaklumkan bahawa penjaminan kualiti PBD 4P harus dilaksanakan


dengan lebih baik pada tahun ini.
Tindakan : Semua guru dan makluman

1.4 Mesyuarat juga dimaklumkan agar semua guru dapat menjalankan pentaksiran dengan
baik mengikut peraturan –peraturan am pelaksanaan PBD.
Tindakan : Semua guru dan makluman

1.5 En. Md Desa juga membacakan senarai “7 Langkah Segera Ke Arah


Kesejanteraan Guru” seperti yang telah dikeluarkan oleh KPM.

1
I. Memansuhkan sebarang bentuk pertandingan, sambutan atau majlis di semua
peringkat yang tidak memberikan impak besar terhadap pembelajaran murid dan
hanya menambahkan beban tugas guru. Sebagai contoh, pertandingan keceriaan
pusat sumber, tandas tercantik, Bilik Operasi SPBT terbaik, dan yang
seumpamanya.
II. Mengurangkan kekerapan semakan elemen pengurusan sekolah Standard Kualiti
Pendidikan Malaysia (SKPM) yang melibatkan guru kepada setahun sekali sahaja.
III. Menetapkan waktu mengunci masuk rekod kehadiran murid yang lebih fleksibel
kepada guru iaitu 12 tengah hari untuk sesi pagi dan 5 petang untuk sesi petang
bagi mengelakkan kesesakan dalam sistem.
IV. Pelantikan pengawas peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Lembaga
Peperiksaan (LP) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) terbuka kepada
individu selain guru yang sedang berkhidmat seperti pesara kerajaan, pelajar
Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institut Pendidikan Tinggi (IPT) tetapi perlu
memenuhi kriteria yang ditetapkan.
V. Mengehadkan penganjuran sambutan Hari Guru Tahunan kepada peringkat
kebangsaan dan sekolah sahaja
VI. Menetapkan ringkasan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) di peringkat KPM
bagi memastikan kembali memenuhi keperluan Surat Pekeliling lkhtisas KPM
Bil.3/1999, yang merangkumi elemen objektif, pengajaran dan refleksi.
VII. Memperkukuh autonomi guru dalam perancangan dan pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran (PdP) serta pentaksiran bilik darjah (PBD) dengan menjadikan
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) sebagai rujukan.
Tindakan : Semua guru dan makluman

1.6 Rumusan: Teaching is our CORE business


a) Penumpuan pada CORE business bukan SIDE business.
b) Mengajar dengan baik
- Ikut DSKP yang ditetapkan (Peringatan: jangan main telefon bimbit semasa
pdpc dalam kelas)
c) Mmemeriksa buku latihan dan buku kerja dengan teliti dan kerap.
- Letak tandatangan dan tarikh, bukan CAP DISEMAK.
(Peringatan: guna buku aktiviti yang telah dibeli)
d) Penampilan guru

2
- Pakaian, kasut, rambut.
(Peringatan: Guru adalah ROLE MODEL)
e) Tutur kata dan tindakan guru terhadap rakan sekerja, ibu bapa, murid dan pelawat.
f) Ketepatan masa. BE PUNCTUAL.
( Peringatan: Perhimpunan/kelas/relief/kelas tambahan/aktiviti)
Tindakan : Semua guru dan makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Puan Sakinah mencadangkan agar minit mesyuarat kali pertama tahun 2022 disahkan.
Encik Najmi menyokong cadangan tersebut.

Tindakan : Semua guru dan makluman

3.0 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA / LAPORAN / AGENDA


3.1 Konsep , Dasar Pelaksanaan Dan Komponen PBD
3.1.1 Konsep dan dasar pelaksanaan
Mesyuarat dimaklumkan bahawa PBD merupakan satu proses mendapatkan
maklumat dan seterusnya membuat keputusan tentang produk bagi suatu proses
pendidikan. Pengumpulan maklumat ini bertujuan untuk mengetahui apa yang
murid tahu, apa yang murid boleh buat dan apa yang murid boleh amalkan.

3.1.2 Komponen PBD


Mesyuarat menerima maklum mengenai matlamat utama PBS iaitu meningkatkan
pencapaian, memperbaiki kelemahan atau masalah muri dalam pemnbelajaran
meningkatkan keyakinan murid untuk belajar dan membantu guru mengubahsuai
strategi pengajaran. Mesyuarat juga dimaklumkan terdapat 4 komponen utama
PBD iaitu:
i) Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
ii) Pentaksiran Pusat (PP)
iii) Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
iv) Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
3.2 Agihan Tugas Jawatankuasa Dan Carta Organisasi
3.2.1 Carta organisasi

3
Mesyuarat dimaklumkan tentang carta organisasi Kurikulum Sekolah . Senarai ahli
jawatankuasa dimaklumkan dan boleh dirujuk daripada SU Peperiksaan dan juga
buku pengurusan.
Tindakan : Makluman dan AJK

3.2.2 Tugas dan peranan jawatankuasa peperiksaan


Ahli mesyuarat dimaklumkan tentang tugas setiap ahli yang diharapkan dapat
melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Tindakan : Makluman dan AJK

3.3 Melantik Pentaksir Sekolah


3.3.1 Surat lantikan
Mesyuarat memaklumkan bahawa surat lantikan telah disediakan dan telah
diedarkan kepada semua pentaksir. Guru yang mengajar subjek bagi Tahun 1
hingga 6 adalah dilantik sebagai pentaksir sekolah. Surat lantikan hendaklah
disimpan untuk rekod sendiri.
Tindakan : SU PBS, AJK dan makluman

3.4 Penetapan Sistem Fail Peperiksaan


3.4.1 Sistem fail
Mesyuarat dimaklumkan mengenai penetapan sistem fail Peperiksaan iaitu Fail Induk
Pengurusan dan Fail Pengurusan Bahan/Dokumen Peperiksaan.
Tindakan : SU Peperiksaan

3.4.1 Fail murid


Guru tidak perlu lagi menyediakan Fail Perkembangan Murid dan Fail Showcase.
Guru perlu merekod perkembangan murid dalam boring perekodan offline yang
telah dicetak dan diletakkan di dalam Fail Rancangan Perancangan Harian (RPH)
sebagai rujukan sebelum dimasukkan ke dalam templat offline. Guru juga perlu
mengisi borang transit dan kepilkan di dalam Fail Rancangan Pengajaran Harian.

Tindakan : AJK dan Makluman

3.5 Peraturan-Peraturan Am Pelaksanaan Peperiksaan

4
3.5.1 Merekod markah peperiksaan
Mesyuarat dimaklumkan borang perekodan manual (rekod transit) perlu
dimasukkan di dalam Fail Pengajaran Harian (RPH) bagi tujuan mencatat
markah yang diperoleh oleh murid.
Tindakan : AJK dan makluman
3.5.2 Pentaksiran Pertengahan Tahun
Mesyuarat dimaklumkan pentaksiran pertengahan tahun dilaksanakan secara
pentadbiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran, penggal,
bulan atau tahun. Guru pentaksir akan memilih tajuk dan merancang perkara yang
akan diajar dengan memilih mata pelajar yang terdapat dalam dokumen
kurikulum.
Tindakan : AJK dan makluman

3.6 Surat Pekeliling Penambahbaikan Pelaksanaan Peperiksaan April 2014


3.6.1 Penambahbaikan pelaksanaan Peperiksaan
Mesyuarat menerima maklum tentang isi kandungan surat pekeliling
bertarikh 7 November 2019 ( semakan 2017 ) yang melibatkan beberapa
penambahbaikan dalam pelaksanaan PBS selepas kajian dibuat semula.
Antara penambahbaikan Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
( KSSR Semakan 2017 ) Pendidikan Seni Visual dan ( KSSR ) Pendidikan
Muzik bagi menggantikan mata pelajaran Pendidikan Kesenian mulai tahun
2020
Tindakan : AJK dan makluman
3.7 Jadual Kerja Pelaksanaan
3.7.1 Jadual pengoperasian
Mesyuarat menerima maklum mengenai jadual kerja dan jadual
pengoperasian Peperiksaan. Semua guru diharapkan dapat melaksanakan
peperiksaan atau ujian berpandukan jadual yang telah disediakan dalam
tempoh yang telah ditetapkan.
Tindakan : AJK dan makluman

3.8 Pentaksiran Sekolah- Ujian Akhir Sesi Akademik

5
3.8.1 Pelaksanaan
Mesyuarat memaklumkan bahawa pentaksiran UASA akan dijalankan pada
bulan Januari. Guru-guru hendaklah membuat ulangkali dan mengenal pasti
murid yang mendapat TP rendah dan perlu membut intervensi. Namun
mungkin ada perubahan kerana berlaku perubahan sesi persekolahan,
berikutan yang berlaku pada sesi 2023/2024.
Tindakan : AJK dan makluman

3.8.2 Tahap penguasaan


Mesyuarat memaklumkan mengenai kesemua penilaian adalah secara tahap
penguasaan dan penghuraiannya. Tahap penguasaan dalam pentaksiran PBS
merupakan satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu
yang disusun secara hierarki dan digunakan untuk tujuan pelaporan. Murid-
murid dinilai berdasarkan tahap penguasaan dan penentuan tahap penguasaan
adalah berdasarkan kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran yang
dinilai. Murid-murid dimaklumkan mengenai tahap penguasaan yang
diperolehi.
Tindakan : AJK dan makluman

3.8.3 Dokumen untuk PDPC dan pentaksiran


Mesyuarat dimaklumkan mengenai guru perlu membawa DSKP selain RPT
setiap kali waktu Pengajaran dan Pembelajaran,
Tindakan : AJK dan makluman

4.0 HAL – HAL LAIN


4.1 Borang perekodan dan pemantauan oleh pihak pentadbir

6
Mesyuarat turut dimaklumkan semua guru subjek perlu sediakan borang perekodan
secara manual dan pihak pentadbir akan menyemak pelaksanaan rekod tersebut.
Tarikh penyemakan rekod tersebut adalah seperti berikut:
a) semester 1 – bulan Mac hingga Ogos
b) semester 2 – bulan November hingga Februari 2023
Guru-guru boleh mendapatkan contoh borang perekodan dan senarai nama murid
2022 untuk pentadbir membuat semakan. Selain daripada itu guru-guru juga boleh
memuat turun contoh borang perekodan dan DSKP daripada laman sesawang
Lembaga Peperiksaan Malaysia atau Bahagian Pembangunan Kurikulum ( BPK ).
Tindakan : Guru subjek, SUPBS dan makluman

4.2 Penyimpanan rekod Perkembangan murid


Pn Syazwani memaklumkan akan memasukkan tapak pelaporan ke dalam Google
Drive untuk memudahkan beliau mengutip maklumat untuk dihantar ke PPWK.
Tindakan : Semua guru Tahun 1-6

4. 3 Puan Siti Arneda memaklumkan berkenaan data PBD dan UASA. Beliau meminta
guru-guru membuat pelaporan atau intervensi ke atas murid yang mendapat TP 1 dan
TP 2. Sekiranya intervensi yang dijalankan tidak member hasil serta meningkatkan TP
murid, intervensi tersebut perlu diubah kepada yang lebih baik.
Tindakan : Semua guru dan makluman
4.4 Puan Siti Nurzulaiqa membacakan data UASA bagi murid yang mendapat TP 1 dan
TP 2. Beliau juga meminta guru-guru membuat intervensi kepada murid berkenaan.

Tindakan : Semua guru dan makluman

4.5 Beliau memaklumkan berkenaan isu kehadiran, dan meminta guru kelas mengemas
kini maklumat murid yang mempunyai masalah kehadiran.

Tindakan : Semua guru dan makluman

5.0 PENUTUP

7
Mesyuarat diakhiri dengan ucapan terima kasih daripada pengerusi dan beliau
berharap agar guru-guru dapat melaksanakan pentaksiran mengikut tatacara yang betul
bagi melancarkan pelaksanaan peperiksaan. Mesyuarat Bil.2/2023 akan diadakan pada
8 Jun 2023 merujuk kepada takwim buku pengurusan SKWM2.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.00 tengah hari.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

……………………………………………. ……………………………………
(PN SITI NURZULAIQA BINTI NOOR (EN MD DESA B IBRAHIM)
AZIZI) Guru Besar
Setiausaha Peperiksaan SK Wangsa Maju Seksyen 2
SK Wangsa Maju Seksyen 2

You might also like