You are on page 1of 4

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

SMK TAMAN PUTRI


MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MORAL BIL 1 /TAHUN 2019

Tarikh : 31 Disember 2018


Masa : 12.00 pagi
Tempat : Bilik Guru, SMK Taman Putri
Pengerusi : Pn Nur Shakila binti Jaffar
Kehadiran : 10 orang
1. Pn Nur Shakila binti Jaffar (Ketua Panitia)
2. Pn. Zaihaslinda binti Ismail (Guru Mata Pelajaran)
3. Pn. Suhana binti Mohamad
4. En. Fazli bin Hassan
5. Pn. Wan Zulaklima
6. Cik. Nuri Huda
7. Cik Norli Mariani
8. Pn. Muli binti Mispar
9. Pn. Nur Farhana binti Khambali
10. Pn. Ho Miew Yong
Turut Hadir : Tiada
Tidak Hadir : Tiada

AGENDA 1.0 : PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran guru ke mesyuarat Panitia Pendidikan Moral kali pertama tahun
2019. Beliau mengucapkan terima kasih di atas kehadiran dan mengharapkan semua guru akan lebih
memberikan komitmen bagi meningkatkan pencapaian murid yang mengambil matapelajaran Pendidikan
Moral dalam SPM 2019 dan memberi tumpuan juga dalam peningkatan pencapaian murid Pendidikan Moral
Tingkatan 1,2,3 dan 4.

Tindakan : Makluman

AGENDA 2.0 : PENGURUSAN PANITIA

2.1 Mesyuarat telah bersetuju untuk mematuhi ketetapan-ketetapan berikut sebagai asas, panduan dan
rujukan utama dalam mengurus dan melaksanakan program panitia.
a) Akta Pendidikan, Peraturan Pendidikan, SPI, Surat Siaran, Dasar KPM dan arahan sekolah.
b) Misi dan visi sekolah
c) Standard 3.1 dan standard 4 SKPMg2
d) Pendekatan SPSK
e) Program panitia hendaklah selari dengan pelan operasi dan taktikal.
Tindakan : Guru Pendidikan Moral

2.2 Pengerusi menyatakan bahawa Panitia Pendidikan Moral akan melaksanakan pengurusan panitia
dengan mematuhi aspek-aspek berikut:
a) Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP)
b) RPT dan RPH berdasarkan sukatan dan HSP
c) Bilangan latihan/tugasan
d) Peperiksaan dan penilaian
e) Anggaran Belanja Mengurus (ABM)
f) Penyemakan Lembaran Kerja murid
g) Keperluan Profesionalisme Guru
i) Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
j) Melindungi Masa Instruksional
k) Post Mortem Peperiksaan Akhir Tahun 2018
Tindakan : Guru Pendidikan Moral

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

2.3 Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran

2.3.1 DSKP yang dikeluarkan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) perlu dibaca, difahami, dihayati dan dilaksanakan ketika melaksanakan proses pdp di dalam
kelas.
Tindakan : Guru Pendidikan Moral

2.4 Rancangan Pelajaran Tahunan Dan Rancangan Pelajaran Harian

2.4.1 Pengerusi memaklumkan, guru mata pelajaran perlu menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan
dan Rancangan Pelajaran Harian mengikut format terkini. Rancangan Pelajaran Tahunan dan Harian
perlu diselarikan dengan Takwim SMK Taman Putri.
Tindakan : Guru Pendidikan Moral

2.4.2 RPH dan RPT yang disediakan mestilah berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan
Pelajaran. RPH perlu dilengkapkan setiap hari sebelum PdPc berlangsung.
Tindakan : Guru Pendidikan Moral

2.5 Bilangan Latihan Murid / Tugasan Murid

2.5.1 Semua guru dalam Panitia Pendidikan Moral perlu memastikan bilangan latihan murid menepati
ketetapan yang telah ditetapkan oleh guru mata pelajaran. Setiap tugasan yang dibuat oleh murid perlu
disemak oleh guru dan perlu dipulangkan semula kepada murid.
Tindakan : Guru Pendidikan Moral

2.6 Peperiksaan Dan Penilaian

2.6.1 Pengerusi mengingatkan ahli panitia agar dapat menguruskan peperiksaan dan penilaian dengan lancar
seperti tahun lepas. Pengerusi menetapkan jadual pembuat soalan. Rujuk Lampiran 1
Tindakan : Guru Pendidikan Moral

2.7 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

2.7.1 Pelaksanaan PBD bagi Pendidikan Moral akan bermula pada bulan Januari bagi murid tingkatan 4 dan
5. PBD akan dilaksanakan sepanjang proses PdPc.

Tindakan : Guru Pendidikan Moral


2.8 Anggaran Belanja Mengurus (ABM)

2.8.1 Pengerusi telah berbincang dengan guru-guru tentang keperluan yang hendak dibeli bagi tahun 2019.
Anggaran belanjawan mengurus telah dihantar kepada PK 1 pada akhir tahun lepas. Rujuk Lampiran
2
Tindakan : Guru Pendidikan Moral

2.9 Penyemakan Lembaran Kerja Murid

2.9.1 Semua guru perlu menyemak Lembaran Kerja murid secara berkala. Pengerusi menyatakan bahawa
semakan Lembaran Kerja oleh pentabdir akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan
dalam Buku Pengurusan 2019. Semua guru perlu mematuhi tarikh-tarikh semakan dan menghantar
buku nota dan latihan murid untuk disemak.
Tindakan : Guru Pendidikan Moral

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

2.10 Keperluan Profesionalisme Guru

2.10.1 Semua guru Pendidikan Moral yang telah mengikuti kursus, seminar atau bengkel perlu berkongsi dan
menyebarkan maklumat dan ilmu yang diperolehi dengan mengadakan kursus dalaman kepada guru-
guru lain.
Tindakan : Guru Pendidikan Moral

2.10.3 Semua guru yang menghadiri mesyuarat, kursus, seminar atau bengkel perlu membuat minit curai dan
diserahkan kepada PK1 atau Pengetua.
Tindakan : Guru Pendidikan Moral

2.11 Melindungi Masa Instruksional

2.11.1 Pengerusi mengingatkan semua guru tentang ketepatan masa dan keberadaan guru semasa di sekolah.
Guru mestilah menggunakan masa sepenuhnya untuk PdPc di kelas mengikut jadual yang telah
diberikan.
Tindakan : Guru Pendidikan Moral

2.12 Pemilihan Dan Penggunaan Buku Teks, Buku Rujukan Tambahan Dan Sumber Pendidikan Lain

2.12.1 Ahli mensyuarat panitia bersetuju bahawa buku-buku dan sumber pendidikan yang telah digunakan
pada tahun lepas, akan digunakan pada tahun 2019 kecuali buku teks baharu yang akan digunakan
untuk tingkatan tiga sahaja.
Tindakan : Guru Pendidikan Moral

AGENDA 4.0 : POST MORTEM PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2018

4.1 Bagi Peperiksaan Akhir Tahun 2019 tingkatan 4, mencapai 22% lulus. Pencapaian ini merupakan
TOV bagi murid dalam SPM 2019.
Tindakan : Makluman

4.2 Pengerusi turut membincangkan kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran. Tindakan
penambahbaikan akan dibuat untuk menigkatkan pencapaian di Tingkatan 5

Tindakan : Pn. Nur Shakila binti Jaffar

AGENDA 5.0 : HAL-HAL LAIN

5.1 Pengerusi memaklumkan akan melaksanakan PLC pada tahun ini sekurang-kurangnya dua kali
iaitu selepas ujian 1 dan selepas peperiksaan pertengahan tahun.

AGENDA 6.0 : PENUTUP

6.1 Pengerusi sekali lagi mengharapkan agar semua guru Pendidikan Moral dapat meneruskan kerjasama
bagi memastikan pencapaian Perniagaan dalam SPM 2019 dapat ditingkatkan.

6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.15 tengahari.

Disediakan oleh,
Setiausaha
Mesyuarat Panitia Pendidikan MoralBil. 1/2019

Tarikh: (2 Januari 2019)

* Minit mesyuarat tidak perlu ada tanda tangan, no. PK, header dan footer.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00

You might also like