You are on page 1of 6

SK SEREMBAN JAYA 2

MINIT MESYUARAT
UNIT KURIKULUM BIL(02) TAHUN 2019

___________________________________________________________________
BIL MESYUARAT : 02
TARIKH : 11 APRIL 2019(KHAMIS)
MASA : 1.00 PETANG
TEMPAT : BALAI PERMATA, SK SEREMBAN JAYA 2
___________________________________________________________________

1. KEHADIRAN
1.1 Hadir :
1. En Ahmad Kashfi Bin Mohd Ali Guru Besar
2. En Mohd Faizal Bin Zainal GPK Kurikulum
3. Pn Rohana Binti Atan GPK HEM
4. En Azman Bin Abdullah Guru Kaunseling
5. Pn Vijaya A/P Alagan Guru Kaunseling
6. Pn Khasliza Binti Sapuan Setiausaha Kurikulum
7. Pn Rogayah Binti Shamsudin
8. Pn Kala Devi A/P Balakrishnan
9. Pn Rosni Binti Baharuddin
10. Pn Pushpah A/P Lingaiah
11. Pn Zalela Binti Mohamed Harudin
12. Pn Zakiah Binti Abu Hassan
13. Puan A’fifah Binti Mohd Danial
14. Pn Wan Siti Aminah Binti Wan Abdul Rahim
15. En Abdul Kadir Bin Kassim
16. Pn Norain Binti Sinin
17. Cik Julia Azura Binti Jaafar
18. En Abdullah Bin Jurjani
19. Pn Soh Kim Eng
20. Pn Radziah Binti Mohamad
21. Pn Rosidah Binti Abdul Hashim
22. Pn Suryana Sim
23. En Mohd Shahfizan Bin Abdul Rahman
24. Pn Hasnah Binti Tamin
25. Pn Zamaria Binti Ishak
26. Pn Sahareen Binti Sahar
27. Pn Suryati Binti Ali
28. Pn Akmar Hariani Binti Abdul Ghaffar
29. En Sasitaharan A/L Sumaranam
30. Pn Mazlina Binti Taib
31. Pn Nora Binti Hj Endut
32. Pn Norazlina Binti Mohd Ali
33. Pn Tengku Asmalia Binti Tengku Omar
34. Pn Siti Rosminah Binti Mohd Razali
35. Pn Che’ Su Binti Ayup
36. En Khairulizam Bin Peta
37. Pn Noronni Binti Kamis
38. En Abdul Shukor Bin Mohd Hashim
39. Pn Nasakhtarmizan Bin Khalid
40. Pn Masnira Binti Salbini@Salbinih
41. Pn Girijah Bhai A/P Rajoo
42. En Sharum Bin Sahak
43. En Mohd Soffian Bin Abdul Mois
44. Pn Halijah Binti Che Long
45. Pn Syuhana Binti Ismail
46. Pn Norul Sapia Binti Yusof
47. Pn Azri Azura Binti Mad Aris
48. Pn Nurhasyida Binti Abdullah Sani
49. Pn Azimah Binti Alias
50. Pn Shima Binti Ibrahim
51. Cik Ili Gan Binti Abdul Rahman Gan
52. Cik Anitha A/P Shangaran
53. En Muhammad Zulfadli Bin Zulkapli
54. En Muhamad Khairi Bin Abdul Halim
55. En Kamarudin Bin Che Wen
56. En Muhamad Saufi Bin Supardi@Saleh
57. Cik Siti Lailatul Aqma Binti Omar@Abas
58. Pn Aslina Binti Yusoff
59. Pn Jaslina Binti Jaafar
60. Pn Nurazimah Binti Mohd Jamil
61. Pn Noor Iklima Binti Mohd Nor
62. Pn Nor Suhada Binti Abdul Rahman
63. Pn Syahreen Elieza Binti Ahmad
64. Pn Norhasniza Binti Hassan
65. Pn Rafidza Binti Derahim

1.2 Tidak Hadir bersebab:


1. Hjh Intan Mastira Binti Omar(GPK Ko Kurikulum) Golf MSSM
2. Pn Siti Nur Asila Bux Binti Sheikh Johari Bux CRK
3. Pn Siti Nurhafizah Binti Mohd Rani Kursus Bahasa Inggeris

2. AGENDA MESYUARAT:
2.1 Ucapan Pengerusi
i) En Mohd Faizal bin Zainal ,Guru Penolong Kanan 1 memulakan
mesyuarat dengan mengucapkan salam dan mengucapkan
terima kasih kepada semua guru yang hadir.
ii) Beliau mengharapkan semua guru dapat meneruskan kerja
secara berpasukan untuk memastikan kemenjadian
murid-murid.

Tindakan: Makluman

2.2 Pengesahan Minit Mesyuarat


Minit Mesyuarat Kurikulum Bilangan 01 pada 26 Disember 2019 disahkan
sebulat suara tanpa pindaan.

2.3 Perkara Berbangkit


2.3.1 Buku Kerja
2.3.1.1 Pegawai Penilai 1(PP1) perlu memaklumkan kepada Pegawai
yang Dinilai(PYD) supaya menghantar sepuluh buah buku
kerja murid-murid untuk disemak oleh kepada pihak pentadbir

Tindakan: Pegawai Penilai 1

2.4 Fail Panitia


2.4.1 Setiap fail Panitia perlu dilengkapkan dan mengandungi:
2.4.1.1 Perancangan Strategik selama tiga tahun(2019-2021)
beserta plan taktikal dan plan operasi.
2.4.1.2 Pelaporan semua program yang telah dijalankan samada di
peringkat sekolah atau pertandingan ko akademik di
peringkat semua peringkat. Salinan sijil peserta dan
dokumentasi bergambar perlu dilengkapkan dan dimasukkan
ke dalam fail panitia.
Tindakan: Ketua Panitia

2.5 Mesyuarat Panitia


2.5.1 Diadakan dengan kekerapan empat kali setahun iaitu selepas
mesyuarat kurikulum diadakan.
Tindakan: Ketua Panitia

2.6 Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan(PBPPP) dan


Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2(SKPMg2)
2.6.1 PBPPP :
2.6.1.1 Bermula daripada 13 Mei 2019 PYD hendaklah
menyerahkan Borang Keberhasilan kepada PP1.
2.6.1.2 Tarikh 6 April hingga 28 Jun merupakan pencerapan
pertama PP1 kepada PYD dan perlu melengkapkan
pengisian skor penilaian pertama PYD sepanjang tempoh
tersebut.
2.6.1.3 Tarikh 8 Julai hingga 6 Disember 2019 adalah tempoh
pengisian skor penilaian akhir , penyerahan salinan borang
skor serta penyerahan salinan borang keberhasilan kali
kedua.
Tindakan: PP1 dan PYD

2.6.1.4 Pada 1 Oktober butang HANTAR diaktifkan dan penilaian


yang telah dihantar TIDAK boleh dibuka semula.

Tindakan : PP1
2.6.2 SKPMg2:
2.6.2.1 Pengisian boring SKPMg2 akan dilaksanakan dalam dua
fasa iaitu pada bulan Januari hingga Mac dan pada bulan
Ogos hingga 15 November 2019.
2.6.2.2 Penilaian Kendiri bagi setiap guru perlu disimpan satu
salinan di dalam fail guru , komputer riba atau telefon bimbit
untuk pemantauan.

Tindakan: PP1 dan semua PYD

2.7 Pentaksiran Bilik Darjah Tahap Satu


2.7.1 Perlu dilengkapkan mengikut tapak borang PBD yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
2.7.2 Data dan laporan yang telah lengkap dengan Tahap Penguasaan
murid boleh ditunjukkan kepada ibubapa semasa hari terbuka .

Tindakan : Semua guru Tahap 1

2.8 Komuniti Pembelajaran Profesional(PLC)


2.8.1 Dilaksanakan mengikut Panitia.
2.8.2 Selaras dengan Pendidikan Abad ke 21yang memfokuskan
komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti dan inovasi,
kemahiran digital dan pembangunan kepimpinan murid , PLC
adalah alat penambahbaikan kemahiran dan pengetahuan guru-
guru dalam proses Pengajaran dan Pemudahcaraan(PdPc)
bersama rakan-rakan guru lain.
Tindakan : Makluman

2.8.3 Setiap Panitia perlu mengisi tool kit(borang) pelaksanaan PLC


mengikut item dan strategi yang dilaksanakan samaada :
2.8.3.1 Lesson Study
2.8.3.2 Pembimbing Rakan Sebaya(Peer Coaching)
2.8.3.3 Jejak Pembelajaran(Learning Walk)
2.8.3.4 Sesi Perkongsian(Sharing Sessions)

Tindakan : Ketua Panitia


2.9 Pemantauan oleh Pegawai PPDS/JPNNS/Jemaah Nazir
2.9.1 Semua guru perlu melengkapkan Buku Rekod Mengajar.
2.9.2 Setiap Panitia perlu menetapkan dan menyelaraskan penulisan
Rancangan Pengajaran Harian.
2.9.3 Impak perlu ditulis dalam bilangan murid yang menguasai dan yang
tidak menguasai objektif pembelajaran.
Tindakan: Semua guru

2.10 Pembelajaran Abad Ke 21 (PAK21) / Kemahiran berfikir


Aras Tinggi (KBAT)
2.10.1 Semua guru perlu memahami kaedah PAK21 iaitu pembelajaran
yang berpusatkan kepada murid dan kaitannya dengan KBAT.

Tindakan: Semua guru

2.10.2 Terdapat beberapa elemen yang perlu diterapkan iaitu


komunikasi,kolaboratif,pemikiran kritis, kreativitiserta aplikasi nilai
murni dan etika.
2.10.3 Dengan kaedah PAK 21 murid akan bersedia menghadapi
peperiksaan yang diterapkan kemahiran berfikir aras tinggi(KBAT)
2.10.4 Elemen-elemen yang diterapkan dalam PAK 21 juga membantu
murid bersedia ke arah alam pekerjaan kelak.
Tindakan: Makluman

2.11 Highly Immersive Programme(HIP) Bahasa Inggeris


2.11.1 Semua guru, murid-muid, warga sekolah, ibubapa dan komuniti
perlu terlibat di dalam program ini.
2.11.2 Jawatankuasa HIP yang diketuai oleh Cg Kala Devi a/p
Balakrishnan telah menyediakan aktiviti-aktiviti sepanjang tahun
dan persekitaran High Immersive di kawasan sekolah untuk tujuan
memperluaskan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan warga
sekolah.
Tindakan: Semua guru

2.12 Latihan Dalam Perkhidmatan(LADAP)


2.12.1 Semua guru perlu mengisi PLC yang dijalankan dalam Panitia
masing-masing di dalam laman web splkpm.goe.my.
2.12.2 Guru-guru perlu melengkapkan 42 jam kredit dan 5 hari berkursus
sehingga akhir tahun.
Tindakan: semua guru
2.13 Hal-hal lain
2.13.1 Latihan sukan akan dijalankan selama dua minggu pada waktu pagi
dan selepas rehat PdPc akan dijalankan seperti biasa bermula 15
April hingga 26 April 2019.
2.13.2 Kejohanan Trek dan Padang kali ke 10 akan dijalankan pada 28
April 2019 bersamaan hari ahad.
Tindakan: Makluman
2.14 Penutup
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan berharap
dapat dilaksanakan setiap tugasan yang diamanahkan dengan sebaik-
baiknya demi kelangsungan ilmu dan kecemerlangan anak didik Sekolah
Kebangsaan Seremban Jaya 2. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00
petang.

Setiausaha Kurikulum
SK Seremban Jaya 2
2019

“YANG MENJALANKAN AMANAH”

You might also like