You are on page 1of 9

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK BIL.

1 / 2022
SEKOLAH KEBANGSAAN RANCANGAN PERUMAHAN RAKYAT JALAN ASTANA

Hari : SELASA
Tarikh : 29 MAC 2022
Masa : 2:30 PETANG
Tempat : KEDIAMAN MASING-MASING
Medium : GOOGLE MEET

Kehadiran :
1 ALINA BTE JUNAIDI GURU AKADEMIK
2 DYG REZALINA BTE ABG BAKERI GURU AKADEMIK
3 HANIAH BINTI HJ TAJUDIN GURU AKADEMIK
4 ISMANDY BIN BUANG GURU AKADEMIK
5 NUR AFIZZA BINTI WAHAB GURU AKADEMIK
6 NURULYAKIN BT OTHMAN GURU AKADEMIK
7 RATIKA BINTI PHILMAN JONG GURU AKADEMIK
8 SITI NURUL AKMALIAH BT MAHIAN @ NORDIN GURU AKADEMIK
9 ZALEHA BINTI BENGSI GURU AKADEMIK

Tidak Hadir :
1 SALIHAN BIN SINOSI PK KK Lawatan Tapak Ke SJKC Chung Hua
2 DYG ASMAH BT AWG UDIN GURU AKADEMIK Cuti Sakit

Pengerusi Mesyuarat : SITI NURUL AKMALIAH BT MAHIAN @ NORDIN


KETUA PANITIA MATEMATIK
Sekolah Kebangsaan Rancangan Perumahan Rakyat ,Jalan Astana

Agenda Mesyuarat :

1.0 Kata Aluan Pengerusi Majlis


2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Panitia Matematik Bil 2/2021
3.0 Hal-hal Berbangkit
4.0 Takwim Panitia
5.0 KPI Panitia : Perancangan Strategik
6.0 Perancangan Penggunaan PCG
7.0 Penetapan dan Pengisian PBD
8.0 JK Panitia : Pengagihan Tugas
9.0 PLC : DSKP Tahun 6, RPH dan RPT
10.0 Kajian Tindakan
11.0 Dialog Prestasi
12.0 Penggunaan Buku Teks, Buku Aktiviiti, Buku Latihan dan Buku Kerja
13.0 Hal-hal Lain
14.0 Penutup

1.0 Kata Aluan Pengerusi Majlis


1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ahli ke Mesyuarat Panitia Matematik Bil.
1/2022.
1.2 Pengerusi juga mengharapkan agar ahli-ahli Panitia Matematik dapat memberikan kerjasama terbaik
dalam memastikan pengurusan aktiviti panitia berjalan dengan cemerlang

Tindakan: Makluman semua ahli panitia

1.3 Pengerusi melantik Puan Ratika binti Philman Jong sebagai Setiausaha Panitia Matematik bagi tahun
2022.

Tindakan: Puan Ratika binti Philman Jong

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Panitia Matematik Bil. 2/2021


2.1 Puan Nur Affiza binti Wahab mencadangkan minit mesyuarat diterima dan disahkan, Puan Zaleha binti
Bengsi

1
3.0 Hal-hal Berbangkit
3.1 Tiada perkara berbangkit dibincangkan

4.0 Takwim Panitia


4.1 Pengerusi membentangkan takwim secara ringkas dan menyatakan bahawa ahli panitia boleh sama-
sama membuat perubahan terhadap takwim tersebut sepanjang mesyuarat atau bila-bila masa
diperlukan.
4.2 Rujuk Lampiran A

Tindakan: Semua ahli panitia

5.0 KPI Panitia : Perancangan Strategik


5.1 Program dan Aktiviti Panitia
5.1.1 Pengerusi mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua ahli panitia di atas kerjasama dalam
menjalankan aktiviti Panitia Matematik sepanjang tahun 2021. Beliau juga mengharapkan
dengan sesi persekolahan bersemuka pada tahun ini, aktiviti Panitia boleh dijalankan dengan
lebih rancak dan menarik.
5.1.2 Pengerusi membentangkan program Panitia Matematik bagi tahun 2022. Beliau menggalakkan
ahli-ahli panitia untuk mengutarakan aktiviti atau program baru pada bila-bila masa sepanjang
tahun.
5.1.3 Program bermanfaat seperti Bengkel Matematik untuk murid-murid dan PLC ‘Teaching Sharing’
yang tidak sempat diadakan pada tahun lepas akan diadakan pada tahun 2022.
5.1.4 Pemurnian Sudut Matematik ditangguhkan sehingga pita larangan pada bahagian tersebut
dibuka.
5.1.5 Puan Alina binti Junaidi mencadangkan agar Bengkel Matematik boleh diadakan dengan
mengajar topik selain dari kemahiran asas (Koordinat, Pengurusan Data, Bentuk dan lain-lain)
bagi membantu guru-guru subjek menghabiskan silibus.
5.1.6 Puan Dyg Rezalina juga meminta agar murid pemulihan dimasukkan di dalam bengkel yang
dirancang dengan mengadakan slot berbeza buat mereka.
5.1.7 Rujuk Lampiran A untuk Program dan Aktiviti Panitia

Tindakan: Semua ahli panitia

5.2 Program Sepanjang Tahun


5.2.1 Intervensi bagi murid yang tidak mencapai TP3 : Dilakukan di dalam kelas dengan
memberikan latih tubi, pemulihan, pengayaan dan ‘one to one’ di dalam kelas.
5.2.2 Kelas Pemulihan :
5.2.2.1 Puan Dyg Rezalina binti Abg Bakeri sedang menjalankan Ujian Diagnostik untuk murid-
murid pemulihan dan mengalami kekangan menjalankan ujian tersebut untuk murid-
murid yang tidak hadir ke sekolah. Seramai 15 orang murid Tahun 2 dan 20 orang murid
Tahun 3 terlibat dengan ujian tersebut.
5.2.2.2 Beliau menyatakan bahawa kelemahan ketara murid yang paling asas adalah tidak
dapat menyebut nombor dalam Bahasa Inggeris. Puan Dyg Rezalina meminta bantuan
guru matapelajaran Matematik bagi tahap 1 untuk melakukan latih tubi dari masa ke
semasa untuk menyebut, mengeja dan mengenal nombor dalam Bahasa Inggeris
sebelum ke peringkat seterusnya.
5.2.3 Rujuk Lampiran A untuk senarai Program Sepanjang Tahun

Tindakan: Semua ahli panitia

6.0 Perancangan Penggunaan PCG


6.1 PCG untuk Tahun 2021 telah habis digunakan bagi membeli hadiah galakan untuk murid-murid aktif
PDPR dan hadiah untuk Program STEAM (Bridge building dan Menara Impian)
6.2 Untuk tahun 2022, PCG akan digunakan juga untuk membeli hadiah bagi program-program yang akan
dijalankan oleh panitia.
6.3 Puan Zaleha binti Bengsi mencadangkan agar PCG digunakan untuk membeli set jangka lukis besar
bagi tujuan PdP.
6.4 Pengerusi menjelaskan bahawa bahan tersebut telah dibeli pada tahun-tahun sebelum ini, namun
disebabkan oleh ketiadaan bilik penyimpanan yang tetap, maka alatan tersebut hilang. Panitia akan beli
semula dan simpan dengan baik pada kali ini.
6.5 Ahli-ahli panitia diminta untuk maklumkan kepada pengerusi dari masa ke semasa jika ada cadangan
pembelian bahan bantu PdP.

Tindakan: Semua ahli panitia


2
7.0 Penetapan dan Pengisian PBD
7.1 Guru Besar di dalam mesyuarat kurikulum menetapkan pencapaian untuk subjek Matematik adalah
100% murid menguasai TP3.
7.2 Pengisian PBD telah dibincangkan di dalam Mesyuarat Kurikulum dan adalah seperti ketetapan berikut:

FASA TARIKH
Fasa 1 Mac atau Julai 2022/2023
Fasa 2 Ogos atau September 2022/2023
Fasa 3 Oktober atau November 2022/2023
Fasa 4 Januari atau Februari 2023/2024

7.3 Penetapan sasaran pencapaian Matematik adalah seperti berikut:


FASA PERATUS
Fasa 1 75%
Fasa 2 80%
Fasa 3 90%
Fasa 4 100%

7.4 Laporan PBD Matematik Tahun 2021/2022:


TAHUN PERATUS
Tahun 1 68.42%
Tahun 2 72.14%
Tahun 3 60%
Tahun 4 96.55%
Tahun 5 73.75%
Tahun 6 100%

7.5 Ahli panitia perlu memikirkan dari masa ke semasa intervensi yang terbaik untuk menaikkan tahap
pencapaian murid-murid dalam subjek Matematik.
7.6 Puan Haniah binti Hj Tajudin menanyakan jika di Sarawak Rekod Transit PBD diwajibkan atau tidak
memandangkan pihak BPK menyatakan bahawa rekod ini tidak wajib dan terpulang kepada pihak
sekolah. Memadai dengan senarai nama murid sebagai rekod di tangan guru matapelajaran.
7.7 Pengerusi menyatakan bahawa pihak pentadbir SK RPR Jalan Astana sebelum ini telah membuat
ketetapan bahawa Rekod Transit PBD perlu ada dan format diselaraskan di dalam Panitia masing-
masing mengikut DSKP dan sub kemahiran. Panitia Matematik telah membuat pelarasan untuk Rekod
Transit PBD Matematik Tahun 1 hingga Tahun 5. Tahun 6 belum ada kerana perubahan silibus baru.
Penggunaan Rekod Transit PBD untuk Tahun 2022 akan bergantung kepada arahan daripada pihak
pentadbir.

Tindakan: Semua ahli panitia

8.0 JK Panitia : Agihan Tugas


8.1 Pengerusi meminta jasa baik Puan Alina bte Junaidi untuk mengambil alih tugas Ketua Panitia
Matematik sementara Pengerusi cuti bersalin.
8.2 Rujuk Lampiran B untuk Jawatankuasa Panitia Matematik 2022 /2023

Tindakan: Semua ahli panitia

9.0 PLC : DSKP Matematik Tahun 6, RPH dan RPT


9.1 Pengerusi membentangkan tajuk-tajuk baru dalam Matematik Tahun 6 berdasarkan kepada DSKP.
Rujuk DSKP.
9.2 RPH Panitia Matematik hendaklah mengandungi logo sekolah, logo TS25 dan nama sekolah. Kriteria
kejayaan (yang boleh diukur) wajib dimasukkan dalam RPH mengikut format TS25. Standard
Kandungan dan Standard Pembelajaran ditulis penuh untuk kesenangan guru-guru merujuk.
9.3 RPT perlu diubah berdasarkan kepada 36 minggu pengajaran. 7 minggu yang selebihnya, panitia akan
gunakan untuk tujuan berikut:

Minggu 10 (23 – 27 Mei 2022) Pentaksiran Sumatif Pertengahan Tahun


Minggu 32 (14 – 18 November 2022) Ulangkaji
Minggu 33 (21 – 25 November 2022) Pentaksiran Sumatif Akhir Tahun
Minggu 39 (23 – 27 Januari 2023) Intervensi Matematik
Minggu 40 (30 Januari – 3 Februari 2023) Bengkel Matematik / Klinik Celik Matematik
Minggu 41 (6 – 10 Februari 2023) Catch Up Plan
Minggu 42 (13 – 17 Februari 2023) Pengurusan Akhir Tahun
3
9.4 Penulisan RPH adalah berdasarkan kepada tapak dalam Lampiran C.
Tindakan: Semua ahli panitia

10.0 Kajian Tindakan


10.1 Pengerusi meminta ahli-ahli panitia membincangkan dari masa ke semasa di dalam kumpulan.

Tindakan: Semua ahli panitia

11.0 Dialog Prestasi


11.1 Agihan guru subjek mengikut tahun adalah seperti berikut:

Tahun 1 Puan Ratika binti Philman Jong


Puan Siti Nurul Akmaliah bt Mahian @ Nordin
Tahun 2
Puan Nurulyakin binti Othman
Puan Siti Nurul Akmaliah bt Mahian @ Nordin
Tahun 3
Puan Nurulyakin binti Othman
Puan Zaleha binti Bengsi
Tahun 4 Encik Ismandy bin Buang
Puan Haniah binti Hj Tajudin
Encik Salihan bin Sinosi
Tahun 5 Puan Haniah binti Hj Tajudin
Puan Alina binti Junaidi
Puan Alina binti Junaidi
Tahun 6 Puan Haniah binti Hj Tajudin
Encik Salihan bin Sinosi

11.2 Guru subjek akan mengisi tapak laporan Dialog Prestasi kerana guru subjek yang lebih mengenali
pencapaian murid masing-masing.

Tindakan: Semua ahli panitia

12.0 Penggunaan Buku Teks, Buku Aktiviti, Buku Latihan dan Buku Kerja
12.1 Jadual waktu akan berubah bagi menangani isu beg berat di kalangan murid. Pihak sekolah
menggunakan pelan Jadual Waktu 36 minggu.
12.2 Buku teks hendaklah digunakan sebagai rujukan utama dalam PdP.
12.3 Buku Aktiviti juga hendaklah digunakan sepenuhnya dalam PdP.
12.4 Penggunaan Buku Kerja hendaklah digunakan sebagai rujukan di luar waktu PdP. Guru boleh
gunakan Buku Kerja untuk tujuan kerja rumah dan dibincangkan pada hari berikutnya di dalam kelas
(maksimum 10 minit).

Tindakan: Semua ahli panitia

13.0 Hal-hal Lain


13.1 Puan Nur Affiza binti Wahab menyatakan bahawa kurikulum di pra sekolah adalah berteraskan
Bahasa Melayu sebagai medium pengantaraan. Beliau mengambil inisiatif sendiri untuk mengajar
Matematik dan Sains dalam dwi Bahasa memandangkan program DLP adalah wajib untuk Sarawak
bagi Tahun 1 hingga Tahun 3 setakat tahun 2022. Namun, beliau tetap perlu mengutamakan Bahasa
Melayu sebagai medium pembelajaran Matemati memandangkan penilaian murid yang perlu
dilaporkan ke jabatan adalah dalam Bahasa Melayu.
13.2 Bahan bantu mengajar Matematik dan Bilik Simpanan bahan PdP:
13.2.1 Puan Zaleha menyatakan bahawa ada bahan bantu belajar dalam Kelas 5 Ibnu Rusydi yang
lama.
13.2.2 Puan Alina menyatakan bahawa itu merupakan bahan bantu belajar yang lama yang telah
dibawa berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain. Beliau mencadangkan jika Panitia
Matematik boleh memohon satu bilik untuk menyimpan bahan-bahan tersebut
memandangkan bahan bantu belajar Panitia Matematik adalah banyak.

Tindakan: Makluman semua ahli panitia

14.0 Penutup
14.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kerjasama dan buah fikiran yang dicurahkan oleh ahli-
ahli Panitia Matematik sepanjang mesyuarat berlangsung.
4
14.2 Pengerusi menyatakan bahawa mesyuarat panitia akan diadakan dari semasa ke samasa
berdasarkan kepada kehendak dan keadaan semasa.

Tindakan : Semua guru

14.3 Mesyuarat dicadang ditangguh oleh pada jam 4:20 petang oleh Puan Alina binti Junaidi dan disokong
oleh Puan Ratika binti Philman Jong.

Disediakan oleh: Disemak dan disah oleh:

_________________________ _________________________

(RATIKA BINTI PHILMAN JONG) (SITI NURUL AKMALIAH BT MAHIAN @ NORDIN)


Setiausaha Ketua Panitia
Panitia Matematik Panitia Matematik
SK RPR Jalan Astana SK RPR Jalan Astana

5
LAMPIRAN A
TAKWIM PANITIA MATEMATIK
SK RPR JALAN ASTANA
TAHUN 2022/2023

BULAN AKTIVITI / PROGRAM

MESYUARAT PANITIA 1/2022


MAC
PLC 1 (TEACHING SHARING)

APRIL PLC 2 (Perancangan plc 2)

PLC 3 (Pelaksanaan)
REKOD TRANSIT PBD
MEI
PENTAKSIRAN SUMATIF PERTENGAHAN TAHUN
BENGKEL MATEMATIK 1

PENILAIAN PBD
KELAS BIMBINGAN
MESYUARAT PANITIA 2/2022
JUN
BENGKEL MULTIMEDIA PENGGUNAAN ICT DALAM
PDPC
REKOD TRANSIT

JULAI BENGKEL MATEMATIK 2

KLINIK MATEMATIK
OGOS
KELAS BIMBINGAN
BULAN
MESYUARAT PANITIA 3/2022 BIJAK
OKTOBER PAT TAHAP 2 MATEMATIK
REKOD TRANSIT

MESYUARAT PANITIA 4/2022


NOVEMBER PENILAIAN PBD
PENTAKSIRAN SUMATIF AKHIR TAHUN

BIJAK SIFIR / CONGAK


SEPANJANG TAHUN
KUIZ PANTAS MATEMATIK

6
LAMPIRAN B
JAWATANKUASA PANITIA MATEMATIK
SK RPR JALAN ASTANA
TAHUN 2022 / 2023

TUGAS GURU TINDAKAN

KETUA PN. SITI NURUL AKMALIAH BT  Perancangan Strategik 2020


PANITIA MAHIAN @ NORDIN  Mengendalikan mesyuarat.
 Menganalisis pencapaian Matematik
murid.
PENOLONG KETUA (APRIL - JULAI)  Menyediakan laporan tahunan panitia
PN. ALINA BINTI JUNAIDI

SETIAUSAHA PN. RATIKA BINTI PHILMAN JONG  Mencatat minit mesyuarat


 Mengemaskini fail panitia
 Mengurus bank soalan

BENDAHARI PN NUR AFIZZA BINTI WAHAB  Mengurus nota minta


 Menyedia kertas kerja

PENYELARAS 1) PN. SITI NURUL AKMALIAH BT  Merancang program


PROGRAM A MAHIAN @ NORDIN  Menyelia dan mengendali program
TAHAP 1 DAN 2) PN NURULYAKIN BINTI OTHMAN  Menyedia laporan program
PRASEKOLAH 3) PN. RATIKA BINTI PHILMAN JONG  Menyedia dokumentasi program
4) PUAN DYG ASMAH BT AWG
UDIN
5) PUAN DYG REZALINA BT ABG
BAKERI
6) PUAN NUR AFFIZA BINTI WAHAB

PENYELARAS 1) PN. ALINA BINTI JUNAIDI


PROGRAM A 2) PN. HANIAH BINTI HJ TAJUDIN
TAHAP 1 DAN 3) EN.SALIHAN BIN SINOSI
PRASEKOLAH 4) EN. ISMANDY BIN BUANG

PLC PN. HANIAH BINTI HJ TAJUDIN Merancang program dan memberi


perkongsian tentang cara-cara dan
kaedah pengajaran Matematik dengan
berkesan.
7
KAJIAN EN. ISMANDY BIN BUANG  Memastikan Kajian Tindakan yang
TINDAKAN dirancang di dalam panitia dijalankan
dengan teratur.
 Menyediakan bahan pembentangan
untuk pembentangan kajian tindakan
di peringkat sekoah dan seterusnya.

PENYELARAS 1) PN. HANIAH BINTI HJ TAJUDIN  Merancang klinik


BENGKEL 2) EN. ISMANDY BIN BUANG  Mengendali klinik
MATH  Menyedia laporan klinik

LAMPIRAN C
CONTOH RPH MATEMATIK

SK RPR JALAN ASTANA

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 3


MATAPELAJARAN: MATEMATIK KELAS: 3 IBNU KHALDUN
TARIKH/HARI: 14.02.2022 / ISNIN MASA: 0710 – 0810
BIDANG SUKATAN DAN GEOMETRI TAJUK 6.0 UKURAN DAN SUKATAN
PEMBELAJARAN
STANDARD 6.2 Jisim
KANDUNGAN:
STANDARD 6.2.1 Menukar unit ukuran jisim melibatkan kilogram dan gram.
PEMBELAJARAN:
OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
PEMBELAJARAN: Menukar unit ukuran jisim melibatkan kilogram dan gram.

KRITERIA Murid dapat menukar 4 unit ukuran jisim melibatkan kilogram dan gram dengan
KEJAYAAN: betul.
AKTIVITI Aktiv Murid diberi satu alat penimbang, pensel dan garam. (Konsep asas)
PENGAJARAN iti 1 Murid diminta untuk membuat perbandingan berat antara sebatang
&PEMBELAJARAN pensel dan sebuah radio. Wakil murid diminta menyatakan
(PDP): perbandingan tersebut.
Murid diminta untuk menerangkan kepada kelas apa yang
diperhatikan.
Murid menimbang kedua-dua objek menggunakan unit yang sesuai
(dalam unit kg dan g). Murid diminta menyebut jisim yang diperolehi
mereka.
Murid diberi 1 alat penimbang unit kg dan 1 penimbang unit g.
A Murid dikehendaki menimbang 1paket gula di atas alat penimbang kg
Aktiv dan g.
iti 2 Murid akan dapati Penimbang A ialah 1 kg manakala penimbang B
ialah 1000 g.
Murid akan dapati bahawa 1 kg = 1000 g
Murid dibimbing dengan aktiviti penukaran unit dari kg ke g dan dari g
ke kg.
Aktiv Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan.
iti 3 Setiap kumpulan diberi Tab dan Smart Handphone untuk menjawab
soalan kuiz berkaitan penukaran unit ukuran jisim menggunakan
perisian Kahoot Game.
Murid yang dapat mengumpul markah terbanyak akan menjadi
pemenang.
Murid ditekankan dengan amalan bekerjasama dan perlu berbincang
untuk mendapatkan jawapan.
ABM/ BBM: Video Kad abjad, kad Lain-lain= pensel,
gambar alat penimbang,
Interaktif game (Kahoot Modul garam, gula

8
game)
ELEMEN MERENTAS Bahasa Sains & Teknologi Keusahawanan Kelestarian global
KURIKULUM (EMK):
/ TMK Kelestarian Alam Sekitar Patriotisme
/ Nilai Murni Pendidikan Kewangan Kreativiti dan Inovasi
TAHAP PEMIKIRAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS RENDAH KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
/ Mengingat / Mengaplikasi Menilai
/ Memahami Menganalisis Mencipta
PETA PEMIKIRAN Peta bulatan Peta pokok Peta buih Peta buih berganda
i-THINK Peta dakap Peta titi Peta alir Peta pelbagai alir
PENILAIAN PENGAJARAN / Kuiz Lisan Pembentangan Hasil kerja Murid
&PEMBELAJARAN (PDP): Kerja Berkumpulan Pemerhatian Lembaran Kerja Lain-lain : Kerja
berpasangan
TAHAP PENGUASAAN BILANGAN MURID
(Nyatakan bilangan Murid) TAHAP TAHAP 2 TAHAP 3 TAHAP 4 TAHAP 5 TAHAP 6
1
Strategi Pengajaran dan Round Table Permainan / Jigsaw problem
Pembelajaran Abad Ke-21 Think, Pair, Share Window pane Gallery Walk
Match mine Pembentangan Nyanyian
REFLEKSI: _____/ _____ orang murid dapat menguasai objektif pembelajaran dan diberikan latihan pengayaan/ pengukuhan
_____/ _____ orang murid tidak dapat menguasai objektif pembelajaran dan diberi latihan pemulihan.
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DITANGGUHKAN KERANA:
Mesyuarat / kursus Aktiviti luar
Cuti rehat/ cuti sakit Program sekolah:________________________________

You might also like