You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CONVENT FATHER BARRE

08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KBAT 2/2022


Tarikh : 8 Ogos /2022
Tempat : Bilik Gerakan
Masa : 1. 30 petang
Pengerusi : Harisun binti Hamid
Pencatat : Nur Zihan Syahriah binti Ahmad

A Perutusan Pengerusi

1. Pengerusi mengucap jutaan terima kasih kepada semua guru yang dapat hadir ke
mesyuarat KBAT kali kedua. Beliau juga melahirkan rasa bersyukur kerana
pesekolahan bersemuka dapat memberi peluang untuk melaksanakan pelbagai
aktiviti. Pengetua memaklumkan mesyuarat ini berfokus kepada amalan
pelaksanaan KBAT sepanjang tiga bulan pertama persekolahan.
Tindakan : Makluman semua guru

B Pengesahan Minit dan Perkara Berbangkit

2. Minit Mesyuarat KBAT 1/2022 telah dicadang disahkan oleh Pn Saemah bt Shaari
dan disokong oleh Pn Shankari a/p Sellapan.

Tindakan : Makluman

3. PK Pentadbiran membangkitkan perkara 7 dalam minit mesyuarat KBAT 1/2022


berkaitan pelancaran KBAT peringkat sekolah. Sekolah banyak memberi laluan
kepada beberapa Program utama yang penting berkaitan Murid ada aktiviti
Kokurikulum.

C. Laporan Profesionalisme KBAT

4. PK Pentadbiran menyatakan semua guru telah menghantar Buku Latihan Murid


untuk disemak oleh pihak pentadbir sekolah. Hampir 60 peratus guru melaksanakan
KBAT dalam Pentaksiran Latihan secara bertulis dengan merujuk kepada item-item
yang terdapat dalam lampiran edaran Fail Poket.
5. PK Pentadbiran juga mengingatkan semua guru supaya merujuk kepada DSKP
yang menggunakan Kata Kerja sebagai membudayakan amalan KBAT di sekolah.
Kata Kerja yang terdapat dalam DSKP boleh menjadi panduan untuk penulisan
objektif dan pentaksiran kepada murid.

Tindakan : Semua Guru


D. Buku Modul Relief KBAT 2022

6. Buku Modul Relief KBAT sebagai satu usaha membudayakan amalan KBAT di
sekolah. Ramai murid kita yang belum mengetahui apakah alat berfikir. Selama ini
kita mengandaikan semua murid sudah mahir alat berfikir sedangkan mereka masih
celaru dan ada yang langsung tidak tahu alat berfikir. Program KBAT yang kita buat
seolah-olah semua murid sudah tahu alat berfikir. Ini satu tanggapan yang salah.
Murid harus diajar alat berfikir supaya mereka boleh menggunakannya.

7. Oleh itu, semua guru yang masuk semasa relief hendaklah memilih salah satu alat
berfikir dan berkongsi dengan murid. Buku ini adalah usaha kita untuk membantu
murid menggunakan alat berfikir. Jika kita tidak mengambil bahagian dalam perkara
ini murid kita kekal dengan cara fikir yang sama.

E. Hal- Hal lain

8. PK Pentadbiran menyatakan sekali lagi sebagai pengukuhan elemem Pembudayaan


KBAT di sekolah. Secara umumnya tidak ada perancangan KBAT secara
menyeluruh. Kita merancang Carta Gannt KBAT mengikut perancangan sekolah
kita. Namun demikian pada akhir tahun pasti ada pemantauan KBAT oleh pihak PPD
atau penilaian KBAT seperti tahun 2021. Justeru itu semua guru hendaklah
melaksanakan KBAT secara tidak langsung.

9. Pengetua mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana dapat hadir dalam
mesyuarat ini. Beliau menyatakan kita hendaklah memastikan supaya Buku Modul
Relief digunakan oleh semua guru untuk kebaikan murid kita.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

Disediakan oleh

Nur Zihan Syahirah binti Ahmad


Penyelaras KBAT2022 SMKCFB
Tarikh : 20 Ogos 2022

Disahkan oleh,

Harisun binti Hamid


Pengetua,
SMK Convent FB

You might also like