You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN RANTAU PANJANG

34140 RANTAU PANJANG, PERAK

MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL. 2 / 2021

Tarikh : 28.04.2021
Hari : Rabu
Masa : 1.15 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Rantau Panjang

Kehadiran :

1. Encik Shamsuddin bin Ibrahim AMP., PPT. - Guru Besar


2. Puan Suzana binti Sulaiman - Pen. Kanan Pentadbiran
3. Puan Rosmah binti Hamzah - Pen. Kanan Hal Ehwal Murid
4. Encik Shamsul Kamar bin Che Yahaya - Pen. Kanan Ko-kurikulum
5. Puan Noor Liyana binti Ismail - Setiausaha Kurikulum / Penyelaras ICT
6. Encik Abd Malik bin Hj Hashim - Ketua Panitia Bahasa Melayu
7. Encik Mohamad Shujairi bin Samsudin - Ketua Panitia Bahasa Inggeris/SU HIP
8. Puan Teh binti Mansoor - Ketua Panitia Matematik/Sejarah/Pend.Moral
9. Puan Nurul Firdaus binti Abdul Hadi - Ketua Panitia Sains/SU Peperiksaan/SAPS
10. Puan Roghayah binti Halim - Ketua Panitia Pend. Seni/Setiausaha Transisi
11. Puan Noraini binti Hamdan - Ketua Panitia PJK/Setiausaha PBS
12. Puan Samsiah binti Ahmad - Ketua Panitia Muzik/Guru B&K
13. Puan Noor Hidayah binti Ramli - Ketua Panitia Pendidikan Islam/Bahasa Arab
14. Puan Mariatulqibtiah binti Samsudin - Ketua Panitia RBT TMK
15. Puan Norfariza binti Muhri - Guru Pemulihan
16. Puan Nor Shakiah binti Hussain - Penyelaras Pendidikan Khas
17. Puan Norroslinda binti Mohd Isa - Setiausaha Kurikulum/Guru Prasekolah
18. Encik Fadly bin Jasni - Pengurusan Data
19. Puan Normiza binti Mislan - Setiausaha Nilam
20. Puan Munirah binti Marta - Setiausaha Jadual Waktu
21. Encik Mohd Fauzi bin Abdullah - Setiausaha LADAP
22. Puan Faizatul Marsyida binti Mohd Rahim
AGENDA MESYUARAT

1.0 UCAPAN PENGERUSI : Encik Shamsuddin bin Ibrahim (Guru Besar)

1.1 Memulakan mesyuarat dengan bacaan al-Fatihah.Tuan Pengerusi mengalu-


alukan kehadiran semua guru dalam mesyuarat Kurikulum Bil. 2 / 2021 .
1.2 Tujuan mesyuarat untuk membincangkan dan menganalisis data berkaitan
prestasi akademik murid-murid.
1.3 Makluman terkini berkaitan dengan cuti :
1.3.1 Cuti Hari Raya : 8 Mei hingga 16 Mei 2021
1.3.2 PdPR di rumah : 17 Mei hingga 28 Mei 2021
1.3.3 Cuti Sekolah : 29 Mei hingga 13 Jun 2021
1.3.4 Sekolah dibuka semula : 14 Jun 2021
1.4 Waktu PdPR setiap guru mesti ada di stesen masing-masing. Waktu kerja
7.40 pagi hingga 1.30 petang.
1.5 Borang keberhasilan guru 2021 perlu dihantar pada atau 05 Mei 2021.Hantar
satu salinan ke penilai masing-masing dan satu salinan kepada Guru Besar.
1.6 Persediaan untuk PdPR selama 10 hari bermula 17 Mei 2021. Guru
digalakkan menggunakan modul dan modul diletakkan ke dalam bekas yang
disediakan mengikut kelas.

Makluman : Semua guru

2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1 Pn. Norroslinda membentangkan minit mesyuarat yang lalu untuk disemak
dan disahkan.
2.2 Minit mensyuarat disahkan oleh En. Muhamad Shujairi.
2.3 Dan disokong oleh En. Mohd Fadly.

Tindakan :Makluman

3.0 Perkara berbangkit :

Tiada
4.0 Penggunaan CIDS :

4.1 CIDS perlu dikemaskini oleh semua guru dalam sistem CIDS Perak untuk
semakan oleh guru besar menggunakan id & password masing-masing
4.2 Guru-guru digalakkan menggunakan CIDS untuk menulis RPH.
4.3 Kegagalan menggunakan CIDS dalam PdPC akan menyebabkan data
sekolah berstatus kuning dan kurang aktif. CIDS dipantau oleh Pengarah
Pendidkan Perak dan JPN.

Tindakan :Makluman

5.0 Pentaksiran PBD :

5.1 Semua guru perlu menyediakan pelaporan PBD pertengahan tahun setiap
matapelajaran masing-masing. Sila rujuk Pn. Noraini.
5.2 Setiap pentaksiran mestilah diberikan Tahap Penguasaan (TP) yang
bersesuaian dengan kemampuan pelajar dan guru mesti membantu supaya
pelajar mencapai TP yang tertinggi.
5.3 Semua guru yang melaksanakan PBD menyimpan evidens sebagai bukti
pentaksiran telah dijalankan. Evidens dan perekodan akan disimpan oleh
guru matapelajaran.

Tindakan :Makluman

6.0 Pengurusan panitia

6.1 Minit mesyarat perlu dikemas kini.


6.2 Semua maklumat yaang sepatutnya ada perlu dimasukkan (carta organisasi,
carta Gantt, biodata guru, jadual waktu guru dan sebagainya).
6.3 PLC perlu dilaksanakan sebagaimana yang telah dimaklumkan.

Tindakan :Makluman

7.0 Perbelanjaan Panitia Mac-April 2021 :

8.1 Sila rujuk jadual perbelanjaan kewangan yang disediakan oleh Pn. Shamsiah.
8.2 Perbelanjaaan perlu dihabiskan mengikut tahun semasa.
8.3 Kegagalan menghabiskan perbelanjaan kewangan semasa akan
menyebabkan masalah peruntukkan tahun berikutnya.

Tindakan :Makluman

8.0 PdPr 3.0 – 17 Mei 2021 hingga 28 Mei 2021 :

8.1 Latihan murid perlu mengikut silibus matapelajaran terkini.


8.2 Cara pembelajaran – Luar talian@gabungan.
8.3 Semua guru perlu bersedia dengan bahan-bahan modul PdPR terkini.
8.4 Penggunaan secara google classroom & google digalakkan untuk PdPR 3.0
ini.
8.5 Perekodan PBD setiap matapelajaran perlu dilaksanakan.

Tindakan :Makluman

9.0 Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) :

9.1 Senarai PYD dan PP1/PP2 telah dimaklumkan.


9.2 Borang penilaian format baru
9.3 Borang keberhasilan hantar sebelum 5 Mei 2021
9.4 Semua guru perlu menghantar borang penilaian kepada penilai masing-
masing.
9.5 Guru-guru perlu berbincang bersama penilai masing-masing mengenai
ketetapan atau markah.

Tindakan :Makluman

10.0 Hal – hal lain :

10.1 Kemaskini fail kurikulum – Setiausaha unit berkenaan

Tindakan :Makluman

11.0 PENANGGUHAN

Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang terlibat.
Beliau berharap semua guru dapat bekerjasama sebagai satu pasukan untuk sesi 2021
persekolahan. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

__________________________ ______________________________
(NOOR LIYANA BINTI ISMAIL) (SUZANA BINTI SULAIMAN)
Setiausaha Kurikulum Penolong Kanan Pentadbiran
SK Rantau Panjang SK Rantau Panjang

You might also like