You are on page 1of 3

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SK ISMAIL SATU, MUAR


MESYUARAT JAWATANKUASA PBD SEKOLAH BIL. 01/2023

Tarikh : 13 Mac 2023

Masa : 8.30 pagi

Tempat : War Room SK Ismail Satu

Pengerusi : En. Mohidin bin Kardani

Kehadiran : 17/17

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1. Dimulakan dengan bacaan Doa oleh Ustaz Mohd Supri bin Ismail.
1.2. Guru Besar mengalu-alukan kedatangan semua guru dan mengucapkan terima kasih
kepada semua yang hadir.
Makluman

1.3. Pengerusi menererangkan secara ringkas PBS dan komponennya. Pentaksiran Bilik
Darjah adalah salah satu komponen PBS, nama dahulunya adalah Pentaksiran
Sekolah.PBD adalah pentaksiran berterusan dalam pdp. Pengerusi turut berkongsi
kepentingan PBD. PBD untuk melihat perkembangan murid, kemajuan murid, kebolehan
murid dan pencapaian murid. PBD terdiri daripada kurikulum, kandungan, pedagogi dan
kaedah pdp. Bermakna PBD sebahagian daripada pdpc guru.
Makluman

2. CARTA ORGANISASI PBS/SURAT LANTIKAN DAN CARTA GANTT 2023/2024

2.1. Setiausaha mengedarkan helaian carta organisasi PBS 2023/2024 dan surat lantikan. Ahli
mesyuarat merujuk kepada carta organisasi.
Makluman

2.2. Setiausaha menjelaskan tugas Ketua Panitia di bawah penjaminan kualiti pementoran dan
penyelarasan, manakala tugas Jurulatih Utama di bawah penjaminan kualiti pengesanan
dan pemantauan.
Makluman

2.3. Carta Gantt juga diedarkan untuk para guru. Dipaparkan aktiviti PBS sepanjang tahun
2022/23 Setiausaha memohon kerjasama semua mematuhi minggu yang ditetapkan.
Makluman

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

2.4. Ketua Panitia dikehendaki mengambil borang pementoran dan perlu dihantar selewatnya
13 April 2023.
Tindakan: Ketua Panitia

3. PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)

3.1. Setiausaha menerangkan rancangan pelajaran harian yang sepatutnya perlu ada
Standard Pembelajaran, Objektif, Aktiviti PAK21, instrumen pentaksiran dan
Standard Prestasi.
Tindakan: semua guru

3.2. Pengerusi turut mengingatkan tentang Aktiviti PAK21 yang boleh dibuat seperti hot seat,
gallery walk, one stray three stay dan pop corn. Pop corn ialah aktiviti murid mengangkat
tangan untuk menjawab soalan guru.
Tindakan: semua guru

3.3. Setiausaha turut menjelaskan 21 instrumen pentaksiran seperti lembaran kerja, kuiz,
simulasi dan lain-lain.
Tindakan: semua guru

3.4. Ahli mesyuarat bersetuju, guru boleh menggunakan borang transit berasingan jika itu
memudahkan guru untuk bukti berlaku PBD, ataupun guru boleh menulis nama murid
dalam RPH. (senarai semak dalam RPH).
Tindakan: semua guru

3.5. Setiausaha menyarankan agar guru-guru mengisi templat ’offline’ yang disediakan di
dalam portal sekolah sebagai rujukan sekiranya terdapat masalah sistem idMe.
Tindakan: semua guru

4. PAJSK, SEGAK DAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK

4.1. Penyelaras SEGAK membentangkan bahagian SEGAK. Guru PJPK akan menjalankan
SEGAK dalam waktu pdpc PJPK seperti tahun lepas.
Makluman

4.2. Penyelaras Pentaksiran Psikometrik menerangkan perjalanan ujian Psikometrik.


Makluman

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

5. HAL-HAL LAIN
5.1. Tiada

6. PENUTUP

Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang hadir dalam
mesyuarat ini. Pengerusi berharap semua dapat menjalankan tugas dengan baik dan
berdedikasi.

Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1 petang.

Disediakan oleh,

Setiausaha PBD

Tarikh: 18 Januari 2023

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

You might also like