You are on page 1of 2

KERTAS CADANGAN

AKTIVITI KrMJ FASA II (2018)

1. Nama Program
Program KrMJ Fasa II (2018) Rambut Ala Johor

2. Pengenalan
Satu inisiatif yang diolah oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor untuk
memastikan satu imej dan jati diri murid sekolah yang berorientasikan
negeri Johor dapat diwujudkan di sekolah melalui penglibatan secara aktif
semua warga sekolah ke arah pembinaan warga sekolah yang berkebolehan
dan berperadaban tinggi serta dapat membangunkan gaya kepimpinan yang
berkualiti.

3. Rasional
Program ini digerakkan pada tahun ini sesuai dengan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (Fasa 2) serta seiring dengan matlamat Jabatan
Pendidikan Negeri Johor untuk melahirkan modal insan yang seimbang
dalam semua aspek.

4. Matlamat
Program ini bermatlamat untuk semua warga sekolah mempunyai semangat
jati diri yang tinggi kepada negeri Johor.

5. Objektif
5.1. Warga sekolah mempunyai jati diri yang utuh
5.2. Dapat melahirkan murid yang mempunyai karakter yang terserlah,
dipandang tinggi dan dikenali di semua aspek dan tempat.
5.3. Melahirkan pemimpin yang berkebolehan dan berperadaban tinggi.
5.4. Untuk membangunkan gaya kepimpinan murid sekolah yang berkualiti.
5.5. Untuk memupuk warga sekolah memahami sejarah dan menghargai seni
budaya tempatan.

6. Jangka masa dan tarikh


Tarikh : 5 Jun 2018 (Selasa)
Masa : 7.30 – 8.30 pagi

7. Tempat
Ruang Legar SK Ismail Satu

8. Kumpulan sasaran
Semua warga sekolah SIS

9. Kaedah pelaksanaan
Ucapan, nyanyian lagu patriotik Johor dan pemotongan Rambut Ala Johor.
10. Aturcara majlis

7.30 pagi : Semua warga sekolah berkumpul di Ruang Legar, SIS


7.40 pagi : Bacaan doa
8.10 pagi : Nyanyian lagu Bangsa Johor
: Lagu Negaraku
: Ucapan oleh Guru Besar SK Ismail Satu
: Penerangan tentang Program KrMJ Fasa II (2018) oleh GPK HEM
: Nyanyian Lagu Patriotik
: Pemotongan Rambut Ala Johor
: Bersurai

11. Jawatankuasa Induk

PENGERUSI
EN. MUHAMED BIN OMAR
[ Guru Besar ]

TIMB. PENGERUSI TIMB. PENGERUSI TIMB. PENGERUSI TIMB. PENGERUSI


EN. FADIL BIN JA'AFAR PN. ROZILA BT JAILANI EN. MOHD FAIS BIN ABD AZIZ EN. AZMI BIN ALI
[ PK Pentadbiran ] [PK HEM ] [ PK Kokurikulum ] [ PK Pend. Khas ]

AJK
PENYELARAS KrMJ
SETIAUSAHA GURU-GURU KELAS
EN. YA'ACOB BIN
PN. ARZIHA YUSOF GURU PERDANA / PPKI
ISMAIL
GURU PRA SEKOLAH

12. Sumber Kewangan


Tiada sumber kewangan.

13. Penutup
Diharapkan program ini dapat memberikan impak yang baik kepada semua
warga SK Ismail satu.

Disediakan : Disemak : Disahkan :

………………………… ………………………. ………………………


ARZIHA YUSOF
(Setiausaha KrMJ 2018)

You might also like