You are on page 1of 6

FAKULTI PENGAJIAN KONTEMPORARI ISLAM

DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN


SESI AKADEMIK 2021/2022

DWP10503
PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

TUGASAN 2

NAMA NOMBOR MATRIK


NURUL NAJWA FARIHAH BINTI MAT LAZIM CIA21068654
MOHD KHAIRUL BIN ZAKARIA CIA21068647
MOHD KHAIRUL ANUAR BIN A RAHMAN CIA21068648

UNTUK PERHATIAN
TUAN HAJI SAMAT BIN TAIB

TARIKH SERAHAN
22 Januari 2022
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN....................................................................................................................................1
2.0 CIRI-CIRI PENTAKSIRAN ALTERNATIF.......................................................................................1
3.0 PRINSIP PENTAKSIRAN ALTERNATIF.........................................................................................1
4.0 JENIS-JENIS PENTAKSIRAN ALTERNARTIF..............................................................................2
5.0 KEBAIKAN DAN KELEMAHAN PENTAKSIRAN ALTERNARTIF.............................................3
6.0 ISU SEMASA.......................................................................................................................................4
7.0 KESIMPULAN......................................................................................................................................4
8.0 RUJUKAN............................................................................................................................................4

1
1.0 PENGENALAN

2.0 CIRI-CIRI PENTAKSIRAN ALTERNATIF

3.0 PRINSIP PENTAKSIRAN ALTERNATIF

2
4.0 JENIS-JENIS PENTAKSIRAN ALTERNARTIF

Terdapat beberapa jenis pentaksiran alternatif yang boleh dilaksanakan di dalam bilik
darjah. Antaranya adalah pentaksiran melalui portfolio, persidangan dan pemerhatian.
Pentaksiran portfolio merupakan pentaksiran yang paling popular dalam kalangan guru.
Penilaian portfolio dibuat berdasarkan kepada koleksi pelajar sepanjang tahun
menggunakan rubrik yang disediakan oleh guru. Koleksi atau kerja pelajar dikumpulkan
dalam satu fail yang boleh menunjukkan proses pembelajaran pelajar, perkembangan, dan
pencapaian dalam cara yang teratur dan sistematik. Bagi memastikan portfolio pelajar
dihasilkan dengan baik, kerjsama daripada guru amatlah diperlukan untuk merancang
proses pembinaan portfolio dengan teliti.

Pentaksiran melalui persidangan memerlukan guru menilai kemajuan pelajar melalui


penglibatan mereka dalam persidangan yang dianjurkan. Melalui pentaksiran persidangan,
guru dapat membuat penilaian yang lebih jelas samada dari segi penggunaan bahasa,
pengetahuan, isi kandungan, kemahiran dan kreativiti. Terdapat tiga bentuk persidangan
iaitu persidangan melalui lisan, persembahan dan kemahiran. Antara kelebihan pentaksiran
persidangan adalah pelajar dapat menguasai kandungan berasaskan tugas, pelajar dapat
belajar secara koperatif dan pelajar mempunyai hala tuju.

Seterusnya, pentaksiran melalui pemerhatian bermaksud guru-guru membuat pemerhatian


kepada pelajar-pelajar yang melibatkan pelbagai tugas atau aktiviti dengan menggunakan
senarai semak, skala kedudukan, dan sebagainya, untuk merekodkan prestasi pelajar
dalam mencapai satu penanda aras yang tertentu.

5.0 KEBAIKAN DAN KELEMAHAN PENTAKSIRAN ALTERNARTIF

Banyak peningkatan yang berlaku dalam sistem pendidikan negara selepas pentaksiran
alternatif dilaksanakan selaras dengan Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri
Muhyiddin Yassin ingin melahirkan lebih ramai modal insan yang holistik. Secara
umumnya, sistem pentaksiran alternatif dapat memberi kebaikan kepada guru dan pelajar.
Antara kebaikan yang dapat diperoleh kepada guru adalah dapat melihat perkembangan
pencapaian pelajar melalui hasil kerja yang dilaksanakan oleh pelajar.dan menerima
maklum balas secara langsung daripada pelajar untuk sesi pembelajaran pada hari
tersebut. Bagi pelajar, mereka akan lebih memahami kehendak hasil pembelajaran yang
hendak disampaikan oleh guru.dan meningkatkan pencapaian pelajar melalui pemikiran
kreatif dan kritis.

3
Walau bagaimanapun, pentaksiran alternatif juga mempunyai kelemahannnya yang
tertentu. Antaranya adalah bebanan guru bertambah dari segi masa dan tenaga. dimana
guru mengambil masa yang panjang untuk menyemak dan menilai prestasi pelajar.
Sebagai contoh, kepelbagaian produk dalam portfolio, yang dilihat sebagai salah satu
kekuatan yang paling penting, boleh membawa masalah kepada guru dalam segi praktikal
(Bailey, 1998). Selain itu, guru mempunyai kesukaran dalam membuat penskoran, berbeza
dengan ujian aneka pilihan yang sangat mudah untuk membuat penskoran tanpa
meluangkan masa yang lama. Guru perlu membuat rubrik penskoran untuk membantu
membuat penilaian yang objektif terhadap hasil kerja dan pencapaian pelajar. Tambahan
lagi, pentaksiran alternatif turut membawa kepada kebimbangan dari segi subjektiviti,
kebolehpercayaan dan kesahihannya dalam sistem pendidikan.

6.0 ISU SEMASA

Antara isu-isu semasa dalam pentaksiran adalah berkaitan dengan Pentaksiran


Berasaskan Sekolah (PBS). Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang diperkenalkan
dalam sistem pendidikan kebangsaan merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat
holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), psikomotor (jasmani)
dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PBS bertujuan untuk melihat
kemajuan pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid secara adil dan
saksama serta mendapatkan gambaran keseluruhan tentang potensi murid.
Bagaimanapun, ramai pihak yang mempertikaikan kelemahan PBS yang baru dilaksanakan
sejak beberapa tahun lalu. Aspek pentaksiran tersebut adalah dalam bidang akademik dan
bukan akademik. Pentaksiran sekolah dan pentaksiran pusat merupakan komponen di
bawah pentaksiran berasaskan akademik. Manakala, pentaksiran bukan akademik akan
melibatkan komponen pentaksiran psikometrik dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Ko-kurikulum (PAJSK). Jelas di sini, bahawa melalui pelaksanaan PBS, pentaksiran akan
lebih efektif, holistik dan seimbang.

Kemudian, isu yang dilontarkan adalah melalui sistem PBS, penekanan kepada
peperiksaan
awam dapat dikurangkan. Kebelakangan ini, banyak kejadian negatif yang dipaparkan
dalam halaman akhbar arus perdana berkaitan kes cubaan bunuh diri kerana tertekan
dengan peperiksaan awam. Menurut sebuah akhbar atas talian bertarikh 25 Mac 2011,
seorang murid cuba untuk membunuh diri kerana keputusan yang teruk dalam peperiksaan
SPM. Hal sebegini menunjukkan bahawa peperiksaan awam memberi tekanan yang besar
kepada murid. Selain itu, dengan adanya PBS, corak pengajaran guru dalam subjek
matematik khasnya akan lebih menarik. Murid dapat belajar melalui aktiviti projek dan
makmal. Berbeza dengan pengajaran tradisional yang mana murid hanya duduk di dalam
kelas dan menjawab soalan matematik dengan betul untuk peperiksaan. Pun begitu, yang
menjadi isu adalah pelaksaan PBS ini kurang didedahkan kepada ibu bapa luar bandar
menyebabkan ibu bapa tidak begitu peka dengan perkembangan anak-anak mereka.

Dari aspek pelaksanaan pentaksiran, antara isu yang sering dipersoalkan adalah berkaitan
kesungguhan guru itu sendiri membuat pentaksiran yang menyeluruh dan bersungguh-

4
sungguh dalam membuat penilaian terhadap pelajar. Tidak kurang guru yang memberi
alasan yang sama iaitu ketidakcukupan waktu untuk membuat pentaksiran. Mahu tidak
mahu data perlu dihantar, maka kewajaran dalam pentaksiran yang dijalankan kadangkala
tidak begitu tepat. Selain itu juga, terjadi amalan biokrasi dalam pentaksiran itu sendiri.
Situasi ini sering terjadi apabila terdapat kenalan rapat antara guru dan pelajar yang dinilai
selain ada juga sebahagian pelajar yang begitu rapat dengan guru menjadikan guru
berbelah bagi dalam membuat pentaksiran terhadap pelajar itu sendiri.

7.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, pelaksanaan pentaksiran alternatif dapat mewujudkan


pengalaman pembelajaran yang baik kepada pelajar secara tidak langsung proses
pembinaan modal insan yang menyeluruh dapat diteruskan. Pentaksiran alternatif dapat
memperkayakan pengetahuan guru dan pelajar melalui kepelbagaian aktiviti yang
dijalankan serta berupaya meningkatkan pembelajaran pelajar melalui produk yang
dihasilkan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.

8.0 RUJUKAN

Bailey, K. M. (1998). Learning about language assessment: dilemmas, decisions, and


directions: Heinle & Heinle Publishers.

Chan Yuen Fook 2003. Pendektan Penilaian:satu tinjauan dari aspek kesesuaiannya
dalam penilaian program Latihan Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan
Institut Aminudin Baki 13(1): 65-81

Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2014). Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan


Sekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Radin Mohd Shamsul Zahri 2008. Penilaian Program Pentaksiran Kerja Kursus Berasaskan
Sekolah. Teknologi Kejuteraan SPM. Tesis Sarjana. UKM Bangi.

Tan Ai Mei 2010 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Malaysia. Kesediaan Guru, Isu
dan Panduan Pelaksanaan. Gerak Budaya Enterprise, Kuala Lumpur. Tesis Doktor
Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

You might also like