You are on page 1of 5

FAKULTI PENGAJIAN KONTEMPORARI ISLAM

DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN


SESI AKADEMIK 2021/2022

DWP10503
PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

TUGASAN 2

NAMA NOMBOR MATRIK


NURUL NAJWA FARIHAH BINTI MAT LAZIM CIA21068654
MOHD KHAIRUL BIN ZAKARIA CIA21068647
MOHD KHAIRUL BIN A RAHMAN CIA21068648

UNTUK PERHATIAN
TUAN HAJI SAMAT BIN TAIB

TARIKH SERAHAN
22 Januari 2022
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN....................................................................................................................................1
2.0 CIRI-CIRI PENTAKSIRAN ALTERNATIF.......................................................................................1
3.0 PRINSIP PENTAKSIRAN ALTERNATIF.........................................................................................1
4.0 JENIS-JENIS PENTAKSIRAN ALTERNARTIF..............................................................................2
5.0 KEBAIKAN DAN KELEMAHAN PENTAKSIRAN ALTERNARTIF.............................................3
6.0 ISU SEMASA.......................................................................................................................................4
7.0 KESIMPULAN......................................................................................................................................4
8.0 RUJUKAN............................................................................................................................................4

1
1.0 PENGENALAN

2.0 CIRI-CIRI PENTAKSIRAN ALTERNATIF

3.0 PRINSIP PENTAKSIRAN ALTERNATIF

2
4.0 JENIS-JENIS PENTAKSIRAN ALTERNARTIF

Terdapat beberapa jenis pentaksiran alternatif yang boleh dilaksanakan di dalam bilik
darjah. Antaranya adalah pentaksiran melalui portfolio, persidangan dan pemerhatian.
Pentaksiran portfolio merupakan pentaksiran yang paling popular dalam kalangan guru.
Penilaian portfolio dibuat berdasarkan kepada koleksi pelajar sepanjang tahun
menggunakan rubrik yang disediakan oleh guru. Koleksi atau kerja pelajar dikumpulkan
dalam satu fail yang boleh menunjukkan proses pembelajaran pelajar, perkembangan, dan
pencapaian dalam cara yang teratur dan sistematik. Bagi memastikan portfolio pelajar
dihasilkan dengan baik, kerjsama daripada guru amatlah diperlukan untuk merancang
proses pembinaan portfolio dengan teliti.

Pentaksiran melalui persidangan memerlukan guru menilai kemajuan pelajar melalui


penglibatan mereka dalam persidangan yang dianjurkan. Melalui pentaksiran persidangan,
guru dapat membuat penilaian yang lebih jelas samada dari segi penggunaan bahasa,
pengetahuan, isi kandungan, kemahiran dan kreativiti. Terdapat tiga bentuk persidangan
iaitu persidangan melalui lisan, persembahan dan kemahiran. Antara kelebihan pentaksiran
persidangan adalah pelajar dapat menguasai kandungan berasaskan tugas, pelajar dapat
belajar secara koperatif dan pelajar mempunyai hala tuju.

Seterusnya, pentaksiran melalui pemerhatian bermaksud guru-guru membuat pemerhatian


kepada pelajar-pelajar yang melibatkan pelbagai tugas atau aktiviti dengan menggunakan
senarai semak, skala kedudukan, dan sebagainya, untuk merekodkan prestasi pelajar
dalam mencapai satu penanda aras yang tertentu.

5.0 KEBAIKAN DAN KELEMAHAN PENTAKSIRAN ALTERNARTIF

Banyak peningkatan yang berlaku dalam sistem pendidikan negara selepas pentaksiran
alternatif dilaksanakan selaras dengan Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri
Muhyiddin Yassin ingin melahirkan lebih ramai modal insan yang holistik. Secara
umumnya, sistem pentaksiran alternatif dapat memberi kebaikan kepada guru dan pelajar.
Antara kebaikan yang dapat diperoleh kepada guru adalah dapat melihat perkembangan
pencapaian pelajar melalui hasil kerja yang dilaksanakan oleh pelajar.dan menerima
maklum balas secara langsung daripada pelajar untuk sesi pembelajaran pada hari
tersebut. Bagi pelajar, mereka akan lebih memahami kehendak hasil pembelajaran yang
hendak disampaikan oleh guru.dan meningkatkan pencapaian pelajar melalui pemikiran
kreatif dan kritis.

3
Walau bagaimanapun, pentaksiran alternatif juga mempunyai kelemahannnya yang
tertentu. Antaranya adalah bebanan guru bertambah dari segi masa dan tenaga. dimana
guru mengambil masa yang panjang untuk menyemak dan menilai prestasi pelajar.
Sebagai contoh, kepelbagaian produk dalam portfolio, yang dilihat sebagai salah satu
kekuatan yang paling penting, boleh membawa masalah kepada guru dalam segi praktikal
(Bailey, 1998). Selain itu, guru mempunyai kesukaran dalam membuat penskoran, berbeza
dengan ujian aneka pilihan yang sangat mudah untuk membuat penskoran tanpa
meluangkan masa yang lama. Guru perlu membuat rubrik penskoran untuk membantu
membuat penilaian yang objektif terhadap hasil kerja dan pencapaian pelajar. Tambahan
lagi, pentaksiran alternatif turut membawa kepada kebimbangan dari segi subjektiviti,
kebolehpercayaan dan kesahihannya dalam sistem pendidikan.

6.0 ISU SEMASA

7.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, pelaksanaan pentaksiran alternatif dapat mewujudkan


pengalaman pembelajaran yang baik kepada pelajar secara tidak langsung proses
pembinaan modal insan yang menyeluruh dapat diteruskan. Pentaksiran alternatif dapat
memperkayakan pengetahuan guru dan pelajar melalui kepelbagaian aktiviti yang
dijalankan serta berupaya meningkatkan pembelajaran pelajar melalui produk yang
dihasilkan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.

8.0 RUJUKAN

Bailey, K. M. (1998). Learning about language assessment: dilemmas, decisions, and


directions: Heinle & Heinle Publishers.

You might also like