You are on page 1of 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK SETIA ALAM Kod Sekolah: BBA 8283

1. Nama Guru ROZITA BINTI TAIB


Judul: KESEDIAAN AMALAN
KEPIMPINAN GURU DI
SEBUAHSEKOLAH RENDAH DI
2. 3. Bidang: Motivasi
BAWAH PROGRAM
TRANSFORMASI SEKOLAH 2025
(TS25) ZON SABAH
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan

7. Sinopsis

Author : Azhar b Harun Ph.D


Abdul Ghani b Sani Ph.D
Indra Shahril b Sayuati
Kasmah b Abdullah
Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah

Pages : 24

Jurnal ini membincangkan isu kepimpinan yang penting dalam menentukan kejayaan sesebuah

sekolah yang mempunyai pencapaianakademik pelajar yang tinggi. Pencapaian akademik pelajar

yang dilihat sebagai petunjuk kualiti pendidikan di sekolahdan kualiti kepimpinan sekolah

menuntut guru besar dan guru di sekolah meningkatkan amalan kepimpinan yang berkesan.

Amalan serta kemahiran kepimpinandalam kalangan guru besar mahupun guru perlu diberi

perhatian memandangkan berlakunya kemerosotan kualiti pembelajaran murid disekolah

berdasarkan pencapaian murid dalam peperiksaan awam dalam pelbagai peringkat persekolahan.

Pencapaian akademik pelajar dalam peperiksaan awam yang kurangmemuaskan di sekolah-

sekolah boleh menjejaskan hasrat kerajaanmelahirkan modal insan yang cemerlang dalam usaha

melaksanakantransformasi sistem pendidikan negara. Oleh yang demikian, amalan kepimpinan di

sekolah wajar diberi perhatian kerana kualiti pendidikanbagi sesebuah negara bergantung kepada

keupayaan dan usahaoleh pemimpin pendidikan di sekolah.

Selain pentadbir, keupayaan guru sebagai pemimpin juga merupakan agen perubahan

sekolahmembolehkan pendidikan awam mempunyai peluang yang lebihdalam memastikan setiap

pelajar mempunyai guru yang berkualiti tinggi. Di sebalik kajian dan perhatian yang meluas

tentang kepimpinan guru terutama di luar negara, isukepimpinan guru dalam konteks Malaysia
masih lagi dianggap baru dan kurang mendapat perhatian. Dicadangkan kepimpinan guru dilihat

dan dinilai melalui tingkah lakudan kemahiran melalui enam dimensi iaitu kesedaran diri

untukmembawa perubahan, komunikasi, kepelbagaian, kemahiranpengajaran, penambahbaikan

yang berterusan dan organisasi kendiri.Melalui kajian dan dapatan, didapati beberapa

penambahbaikan perlu dipertimbanhkan iaitu, guru-guru harus diberi kepercayaan dengan

menerima pandangan mereka dalam perlaksanaan program-program yang ingin dirancangkan

dalam sama-sama menggapai kecemerlangan murid dan seterusnya sekolah.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Jurnal ini dapat memberi pendedahan berkaitan keperluan penerapan nilai-nilai kepemimpinan
dalam kalangan guru-guru penolong/akademik. Nilai nilai kepempinan ini dapat diterapkan melalui
pengurusan sesebuah program yangbdilaksanakan di sekolah. Komunikasi yang baik di antara
pentadbir dan guru-guru, turut menyumbang kepada kesediaan guru untuk berusaha dengan lebih
komited.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Memberi kesedaran mengenai keperluan guru-guru untuk memotivasikan mereka memimpin dari
kalangan guru-guru dan keperluan komunikasi yang lebih berhemah dalam menerima pendapat
guru-guru

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ .........................................................
(ROZITA BINTI TAIB) (MOHAMAD FADZLI BIN ABDUL RAHMAN)

You might also like