You are on page 1of 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK Pekan Semporna Kod Sekolah: XBA3317

Ras Anisha Binti Rashid


1. Nama Guru
Pengurusan Kualiti Dalam
2. Judul 3. Bidang: Pendidikan
Pendidikan
4. Tarikh Pembacaan 23/03/2020 5. Masa: 4 hari
Mohd Khairuddin @ Jerry Abdullah 2018
6. Nama Pengarang
7. Sinopsis

Buku ini merupakan panduan kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran ke peringkat
Sarjana Pendidikan Fakulti Psikologi dan Pendidikan yang mana salah satu bidang yang
ditawarkan adalah berkaitan Pengurusan Kualiti dalam Pendidikan. Mengandungi tiga belas
unit yang mana menerangkan konsep, model, kos kualiti, pengurusan kualiti menyeluruh,
instrumen jaminan dan kawalan, kualiti sistem penyampaian, sistem pengurusan kualiti di
sekolah, pelaksanaan kualiti di seklah, pengurusan strategik, kepuasan dan piagam
pelanggan. Melalui pendedahan setiap unit membolehkan pelajar berupaya membina
kerangka pembelajaran kendiri.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Total Quality Management (TQM) sebenarnya banyak memberikan pelbagai faedah kepada
organisasi. Ia bukan sahaja melibatkan aspek faedah dalaman iaitu tentang pekerja serta
organisasi tetapi juga merangkumi faedah luaran. Melalui TQM, organisasi sebenarnya akan
dapat mengenal pasti dan mengatasi masalah-masalah dan kesilapan lepas daripada
berulang khasnya kepada organisasi sekolah. Pengaplikasian sistem Pengurusan Kualiti
Menyeluruh ini adalah satu langkah bijak bagi mengelakkan masalah-masalah sebelum ini
daripada berulang. Pengurusan Kualiti yang baik akan menjamin pengurusan sesebuah
organisasi berjalan dengan lancar.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Pengurusan Kualiti Menyeluruh dapat meningkatkan keyakinan pelanggan dan meningkatkan


moral pekerja. Apabila sesebuah organisasi mengamalkan pengurusan kualiti dan menyedari
adanya organisasi lain mengamalkan sistem kerja yang sama, maka ia akan membangkitkan
semangat pekerja sesebuah organisasi untuk saling bersaing antara satu-sama lain. Malah
pengurusan kualiti memastikan pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) di
sekolah rendah dapat dilaksanakan dengan baik dan mencapai objektif kualiti.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( RAS ANISHA BINTI RASHID ) ( )

You might also like