You are on page 1of 25

Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pendidikan Moral

BAB 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pendidikan Moral

Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat:

a) Menerangkan rasional pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah


b) Mengaitkan dokumen kurikulum dengan dokumen prestasi
c) Membezakan di antara jenis-jenis evidens
d) Menjelaskan kandungan fail murid dan fail showcase
e) Menerangkan cara menentukan penjaminan kualiti pentaksiran

3.1 Mukadimah
3.2 Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Diperkenalkan
3.3. Rasional Memperkenalkan PBS
3.4 Hubung Kaitan Antara Dokumen
Kurikulum dan Dokumen Prestasi
3.5 Proses Pentaksiran
3.6 Dokumen Standard Prestasi
3.7 Jenis-Jenis Evidens
3.8 Penyimpanan dan Pelupusan Fail
3.9 Penjaminan Kualiti

RINGKASAN
RUJUKAN

1
Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pendidikan Moral

3.1 Mukadimah

Bab ini akan bertumpu kepada perbincangan tentang pentaksiran berasaskan sekolah yang
kini telah menjadi kegiatan penting bagi guru yang mengajar Pendidikan Moral.
Perbincangan akan bertumpu kepada konsep pentaksiran berasaskan sekolah (PBS), rasional
memperkenalkan PBS, komponen-komponen utama PBS dan pelaksanaan PBS.

3.2 Pentaksiran Berasaskan Sekolah Diperkenalkan

Perkataan 'pentaksiran' jarang digunakan di


sekolah-sekolah Malaysia kerana perkataan
yang lebih kerap digunakan ialah "ujian",
"ujian bulanan" "peperiksaan semester",
peperiksaan akhir tahun. UPSR, PMR dan
sebagainya. Walau pun semua ini adalah
sebahagian pentaksiran, istilah 'pentaksiran'
atau 'penilaian' tidak digunakan dengan
meluas.
Pada tahun 2011, Kurikulum Standard Sekolah Rendah diperkenalkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia untuk Tahun 1. Bersama itu, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
diperkenalkan yang merupakan pentaksiran yang bersifat holistik yang menilai aspek
kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PBS mentaksir proses dan produk secara formatif dan
sumatif, iaitu mengamalkan konsep 'assessment for learning' dan 'assessment of learning'

PBS dapat membantu pelajar mengatasi masalah


pembelajaran yang telah dikenal pasti pada
peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak
terhimpun seterusnya. Disamping itu pelajar yang
menunjukkan penguasaan cemerlang diperkukuh
dan diperkaya. Melalui aktiviti tindakan susulan
yang berkesan, guru dapat membantu pelajar
meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran
dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang
dalam pentaksiran di peringkat pusat (Penilaian
Kendalian Sekolah, Pusat Perkembangan
Kurikulum, KPM, 2001, h:5).

Guru memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan (development), kebolehan


(ability), kemajuan (progress) dan pencapaian (achievement) pelajar. Melalui aktiviti

2
Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pendidikan Moral

pentaksiran, guru dapat memastikan perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara

Pentaksiran Berasakan Sekolah (PBS) menyerah lebih banyak tanggungjawab menilai pelajar
kepada guru seperti diamalkan disistem persekolahan negara-negara maju. Konsep ini
bukanlah sesuatu yang baru. PBS telah dilaksanakan oleh guru di sekolah seperti Penilaian
Kerja Amali (PEKA), Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS), Pentaksiran Lisan
Berasaskan Sekolah (PLBS), Perkara Asas Fardu Ain (PAFA), projek, kuiz, persembahan
dan lain-lain.

"Untuk memilih secara adil,


kamu semua perlu mengambil
peperiksaan yang sama. Tugas
pertama, panjat pokok itu

Sila rujuk kepada katun di atas.


 Apakah mesej tersirat?
 Adakah ia mencerminkan sistem pentaksiran yang diamalkan di Malaysia pada
masa kini?
 Mengapakah tiba-tiba transformasi pentaksiran diperkenalkan?

Pentaksirian Berasakan Sekolah (PBS) bukanlah satu konsep yang baharu. Pada tahun 60an,
pelajar sekolah menengah rendah yang mengambil mata pelajaran seperti ‘pertukangan kayu’
(woodwork), ‘sains rumah tangga’ (domestic sains) dan ‘pertukangan besi’ (metalwork),

3
Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pendidikan Moral

hasil kerja mereka diambil kira dalam peperiksaan pusat Tingkatan 3. Begitu juga dengan
mata pelajaran biologi, fizik dan kimia dimana kerja amali di ambil kira dalam penentuan
gred peperiksan pusat Tingkatan 5.

Pada 2001, ketika itu Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia,
telah menerbitkan buku yang memperkenalkan Penilaian Kendalian Sekolah (PKS) yang
bertujuan membantu guru menjalankan penilaian di peringkat sekolah. Buku ini
mendedahkan guru tentang konsep, kaedah, ciri-ciri dan keperluan melaksanakan PKS serta
cara mengaplikasinya dalam bilik darjah [Sila rujuk kepada buku PKS yang dilampirkan].

3.3 Rasional Memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Ketika ini, sistem pendidikan yang berorientasikan


peperiksaan dan terlalu mengiktiraf pencapaian
akademik menyebabkan penglibatan pelajar kurang
dalam kokurikulum serta memberi tekanan kepada
guru, ibu bapa dan pelajar berkenaan.

Tekanan ke atas guru-guru untuk menghabiskan


sukatan pelajaran menyebabkan fokus kepada produk
akhir dan bukannya proses pembelajaran.

Tambahan pula, di sesetengah negara maju, sistem


pentaksirannya telah banyak berubah dan ada yang
langsung tidak mempunyai peperiksaan awam sama
ada di peringkat sekolah rendah mahupun menengah
(Utusan Malaysia, 14 Disember, 2011).

Sistem pentaksiran yang sedia ada terlalu memfokus kepada pentaksiran pusat, iaitu
UPSR, PMR & SPM. Pengiktirafan keterlaluan kepada pencapaian akademik semata-mata
membawatekanan kepada guru, murid & ibu bapa. Peperiksaan pusat yang diadakan
mentaksir sebahagian kecil pengetahuan dan kemahiran individu. Contohnya, kemahiran
muzik, seni, jasmani dan kemahiran-kemahiran abad ke 21 tidak diberi perhatian.

 Pentaksiran lebih bertumpu kepada pentaksiran 'produk' berbanding dengan


pentaksiran 'proses'.

 Tekanan kepada guru-guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran

 Maklumat daripada pentaksiran tidak digunakan untuk membantu proses


pembelajaran.

 Dikebanyakkan, negara maju peperiksaan ialah kepada pentaksiran yang dikendalikan


oleh guru dan kurang sekali pentaksiran pusat seperti diamalkan di Malaysia.

4
Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pendidikan Moral

 Ini teleh mendorong memperkenalkan PBS supaya guru dapat:

 mengesan PERKEMBANGAN pelajar secara menyeluruh


 mengenal pasti KEKUATAN dan KELEMAHAN pelajar dalam embelajaran
lebih awal dari semasa ke semasa
 mengetahui KEBERKESANAN pengajarannya,
 MERANCANG dan MENGUBAHSUAI pengajarannya, dan
 menjalankan TINDAKAN SUSULAN yang sesuai denga serta-merta

3.4 Hubung Kaitan antara Standard Kurikulum & Standard Prestasi

Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, pentaksiran rujukan
standard diperkenalkan. Apakah itu pentaksiran rujukan standard? Pentaksiran Rujukan
Standard (Standard Based Assessment) tidak membandingkan pencapaian seseorang murid
dengan murid lain tetapi melaporkan prestasi atau tahap penguasaan murid dalam
pembelajaran. Ini berlainan dengan amalan selama ini dimana jika seorang murid mendapat
75 dalam Pendidikan Moral, ia lebih tinggi berbanding dengan murid lain yang mendapat 60
markah. Juga murid dibandingkan dengan murid-murid lain dalam kelas dan diberi pangkatan
1, 2, 3, 4 ……… 35.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Dokumen Standard Dokumen Standard


Kurikulum Prestasi

Matlamat
Objektif Pernyataan Standard
Standard Kangungan PENTAKSIRAN Deskriptor
Standard Pembelajaran Evidens

Hasil Pembelajaran Laporan Penguasaan


Murid

Rajah 3.1 Hubung Kait antara Dokumen Kurikulum dengan Dokumen Standard Prestasi

5
Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pendidikan Moral

Dalam pentaksiran ini, standard prestasi digunakan untuk melihat kemajuan dan
pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Dalam hal
ini, pentaksiran berperanan sebagai proses untuk mendapatkan maklumat tentang sejauh
mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari
berdasarkan pernyataan standard prestasi. Pernyataan standard prestasi ini ditetapkan
mengikut tahap-tahap penguasaan seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum (Lihat
Rajah 3.1).

Murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu berdasarkan keupayaan, kebolehan,
bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah
mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif
yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu. Ini bertujuan untuk
membolehkan semua pihak yang berkepentingan mengenali, memahami, menghargai,
mengiktiraf dan memuliakan anak didik mereka sebagai insan yang berguna, penting dan
mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembinaan negara
bangsamengikutkeupayaan dan kebolehan masing-masing (Lembaga Peperiksaan, 2012,
h:55).

CONTOH – Tahun 4 Pendidikan Moral

Standard Kandungan Standard Pembelajaran Standard Prestasi

Penyataan spesifik tentang Suatu penetapan kriteria Suatu set kriteria umum
perkara yang murid patut atau indikator kualiti yang menunjukkan tahap-
ketahui dan boleh lakukan pembelajaran dan tahap prestasi yang perlu
dalam suatu tempoh pencapaian yang boleh murid pamerkan sebagai
persekolahan merangkumi diukur bagi setiap standard tanda bahawa sesuatu
aspek pengetahuan, kandungan. perkara itu telah dikuasai
kemahiran dan nilai. murid (indicator of
success)

a) Apakah rasional pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS)?


b) Sejauh manakah anda bersetuju dengan pelaksanaan PBS serta rasional yang
dikemukakan?
c) Jelaskan kaitan antara dokumen kurikulum dan dokumen prestasi.

6
Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pendidikan Moral

3.5 Proses Pentaksiran

Guru bermula dengan memilih standard kurikulum yang hendak diajar (Lihat Rajah 3.2).
Contohnya, membezakan di antara perkataan dan frasa. Kemudian guru merancang kaedah
pengajaran yang sesuai yang dapat menarik perhatian murid. Seterusnya guru melaksanakan
pengajaran.

MULA

Guru merancang pengajaran, aktiviti pembelajaran


serta menentukan kaedah pentaksiran

PEMULIHAN Guru melaksanakan pengajaran dan pentaksiran

Murid belum
menguasai
tahap yang Guru menilai murid
ditetapkan
Murid penguasai
tahap yang
ditetapkan
Guru merekod dan melapor tahap penguasaan
murid berdasarkan evidens

Guru memilih tajuk pengajaran seterusnya

TAMAT

Rajah 3.2 Proses Pentaksiran

Guru bermula dengan memilih standard kurikulum yang hendak diajar. Contohnya,
membezakan di antara perkataan dan frasa. Kemudian guru merancang kaedah pengajaran
yang sesuai yang dapat menarik perhatian murid. Seterusnya guru melaksanakan pengajaran.

7
Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pendidikan Moral

Guru membina dan mentadbir instrumen pentaksiran yang memberi peluang kepada murid
mempamerkan atau mempersembahkan hasil kerja yang berkaitan.
Guru menilai hasil kerja murid dengan merujuk kepada deskriptor dan evidens dalam
standard prestasi untuk menentuan tahap penguasaan. Guru merekod dan melapor
berdasarkan evidens.

 Bagi murid yang belum mencapai tahap penguasaan yang ditetapkan, pemulihan
dikendalikan sehingga murid mencapai tahap.
 Bagi murid yang mencapai tahap penguasaan yang ditetapkan, guru memlilih standard
kurikulum yang baru dan melaksanakan pengajaran dan pentaksiran seterusnya.

Guru memberi maklum balas kepada murid tentang prestasi mereka berdasarkan kekuatan
dan kelemahan serta merancangkan langkah penambahbaikan. Merekod prestasi dalam
portfolio untuk rujukan murid, penyelaras dan ibu bapa.

a) Jelaskan proses pentaksiran berasaskan sekolah.


b) Adakah proses ini dilaksanakan di sekolah anda? Bagaimana ia berbeza?

3.6 Dokumen Standard Prestasi (DSP)

Standard prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang tahap-tahap


penguasaan seseorang murid dalam sesuatu bidang atau mata pelajaran yang dipelajari.
Dalam satu tempoh pembelajaran, murid ditaksir berdasarkan penanda aras (benchmark)
yang terdapat dalam standard prestasi. Guru menggunakan standard prestasi sebagai rujukan
untuk menentukan aktiviti pentaksiran dilaksanakan secara adil dan berfokus.Standard
Prestasi juga menjadi sumber rujukan oleh semua pihak yang terlibat dalam pendidikan
secara langsung dan tidak langsung seperti murid, guru, ibu bapa serta pihak yang
berkepentingan untuk menunjukkan dengan jelas matlamat yang ingin dicapai dalam sistem
pendidikan. Dengan menggunakan Standard Prestasi:

8
Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pendidikan Moral

Guru tahu matlamat


Murid tahun dengan jelas
yang akan dicapai
apa yang perlu dikuasai

STANDARD PRESTASI

Ibu bapa tahu apa yang


Pihak berkepentingan
dicapai oleh anak mereka
tahu kejayaan kurikulum
& kualiti murid

 Murid tahu dengan jelas


o apa yang perlu dikuasai atau dicapai,
o apa yang ditaksir dan
o kualiti yang diharapkan dalam sesuatu pentaksiran.
 Guru tahu matlamat
o yang akan dicapai dalam pendidikan murid di sekolah,
o apa yang ditaksir dan
o kualiti yang harus ada pada setiap murid.
 Ibu bapa tahu apa yang telah dikuasai atau dicapai oleh anak-anak mereka selepas
melalui proses pendidikan untuk satu tempoh tertentu.
 Pihak yang berkepentingan tahu matlamat kurikulum dan kualiti murid yang melalui
sistem pendidikan negara.

Selain itu, standard prestasi juga boleh dijadikan kayu ukur untuk menentukan tahap dan
standard pendidikan negara berbanding negara lain (Panduan Pengurusan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS). Lembaga Peperiksaan,Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012).

Dokumen Standard Prestasi merupakan pernyataan yang digunakan untuk menentukan


sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut
tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran Pendidikan
Moral. Dokumen Standard Prestasi terdiri daripada EMPAT komponen berikut:

 Band
 Pernyataan Standard
 Deskriptor
 Evidens

BAND ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun
secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu seperti dalam Jadual 3.1.

9
Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pendidikan Moral

BAND PERNYATAAN TAFSIRAN


BAND

1 Tahu dan Faham Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas
atau memberi respons terhadap perkara yang asas.

2 Tahu dan Faham Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu


kemahiran pada suatu situasi.

3 Tahu, Fahan & Boleh Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk
Buat komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah
dipelajari

4 Tahu, Faham & Boleh Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu
Buat dengan Beradab mengikut prosedur atau secara sistematik

5 Tahu, Faham & Boleh Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru,
Buat dengan Terpuji dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal
dan bersikap positif.

6 Tahu, Faham & Boleh Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif,
Buat dengan Mithali mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk
mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan
seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan
menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara
bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

Jadual 3.1 Tafsiran Umum Tentang Maksud Band

Band TAFSIRAN
1 Mengetahui nilai yang dipelajari.
2 Memahami dan menjelaskan nilai yang dipelajari.
3 Mengaplikasikan nilai yang dipelajari dalam sesuatu situasi dengan
bimbingan
4 Mengaplikasikan nilai yang dipelajari dalam pelbagai situas
5 Mengamalkan nilai yang dipelajari dalam kehidupan seharian.
6 Mengamalkan nilai yang dipelajari dalam kehidupan seharian danboleh
dicontohi

Jadual 3.2 Tafsiran Mata Pendidikan Moral Tentang Maksud Band

Jadual 3.2 menunjukkan tafsiran Band 1-6 untuk pendidikan moral. Contohnya, pada Band 1
murid hanya mengetahui sesuatu nilai yang dipelajari, tetapi pada Band 6 murid
mengamalkan nila yang dipelajari dalam kehidupan seharian dan boleh dicontohi.

10
Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pendidikan Moral

PERNYATAAN STANDARD ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran


murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam
perkembangan atau kemajuan pembelajarannya.

DESKRIPTOR ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat
berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai. Contohnya, “Menceritakan
sesuatu perkara dengan betul” – kemahiran bertutur. Lihat Jadual 3.2.

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS

Jadual 3.2 CONTOH: Dokumen Standard Prestasi (DSP) – Tahun 3 – Pendidikan Moral

Band Pernyataan Deskriptor Evidens


Standard

Mengetahui, B4D1 B4D1E1


menghayati dan Mengetahui, menghayati dan Boleh menceritakan perasaan
mengamalkan nilai- mengamalkan nilai kasih apabila menyayangi sekolah
nilai universal, sayang seperti menyayangi
nilai-nilai berkaitan sekolah dengan tertib
4 dengan budi B4D2E1
pekerti mulia dan B4D2 Boleh menceritakan perasaan
nilai-nilai yang Mengetahui, menghayati dan apabila bersikap adil di sekolah
berkaitan dengan mengamalkan nilai keadilan
peraturan seperti mengamalkan sikap adil
masyarakat dengan di sekolah dengan tertib
tertib

EVIDENS (berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris ‘evidence’ yang bermakna ‘bukti). Ia
merupakan penyataan yang menerangkan dengan lebih terperinci apa yang murid mesti
lakukan. Evidens merujuk kepada keupayaan sebenar murid tentang apa yang dia tahu dan
boleh buat dengan menulis, bertutur, mendengar dan membaca, Contohnya, Boleh
menceritakan perasaan apabila bersikap adil di sekolah.

11
Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pendidikan Moral

Berdasarkan ini, guru perlu menggubal instrumen atau apa jua alat untuk menguji kebolehan
murid menceritakan perasaan apabila bersikap adil di sekoalah. Evidens merujuk kepada apa-
apa bukti produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain yang dihasilkan
oleh murid dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Evidens bahan boleh disediakan secara
individu atau berkumpulan. Ciri-ciri evidens adalah:

 Sah – evidens yang dikemukakan hendaklah relevan dan menggambarkan penguasaan


/ pencapaian standard yang telah ditetapkan.
 Autentik – murid dapat membuktikan evidens yang dikutip adalah hasil kerjanya
sendiri
 Kecukupan – evidens yang dikumpul mencukupi untuk menunjukkan kemampuan
murid
 Semasa – evidens dapat membuktikan murid dapat membuat tugasan mengikut
piawaian semasa
 Tekal – evidens yang dikumpul dapat membuktikan ketekalan perlakuan dan
membuktikan keputusan yang sama diberi oleh pentaksir yang berlainan.

(sumber: Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Lembaga Peperiksaan,


Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012, h:39).

Jadual 3.3: CONTOH #1 INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI PENDIDIAKN MORAL


TAHUN TIGA – SK/SJK

KEMAHIRAN Menulis

BAND 1
PERNYATAAN STANDARD Mengetahui, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai universal, nilai-
nilai berkaitan dengan budi pekerti mulia dan nilai-nilai yang
Berkaitan dengan peraturan masyarakat dengan sempurna dan boleh
dicontohi
DESKRIPTOR B6D1
Mengetahui, menghayati dan mengamalkan nilai kasih sayang
seperti menyayangi sekolah dengan sempurna dan boleh dicontohi

EVIDENS B6D1
Mengetahui, menghayati dan mengamalkan nilai kasih sayang
seperti menyayangi sekolah dengan sempurna dan boleh dicontohi

AKTIVITI PENTAKSIRAN Bahan:


 Lembaran kerja
 Senario – dilema moral

12
Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pendidikan Moral

EVIDENS
Penilaian Prestasi Pendidikan Moral KSSR Tahun 1
Nilai : Kepercayaan Kepada Tuhan
Nama :
Tahun:
Tarikh:

Band 6

Senaraikan kesan jika tidak menjaga alam ciptaan Tuhan.

1. Bau __________

2. Air ___________

3. Ikan __________

4. Tumbuhan __________

5. Air berwarna _________

Menguasai
Tidak Menguasai

13
Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pendidikan Moral

a) Apakah yang dimaksudkan dengan ‘pernyataan standard’? Berikan contoh


dalam pentaksiran Pendidikan Moral.
b) Apakah band?
c) Sejauh manakah anda dapat menerangkan maksud setiap band kepada ibu
bapa murid?
d) Apakah evidens?
e) Nyatakan ciri-ciri yang harus dimiliki oleh sesuatu evidens. Mengapa ciri-ciri
ini penting?

3.7 Jenis-Jenis Evidens

Penulisan
 Menulis aksara pada perantara dengan tujuan untuk membentuk perkataan dan
gagasan lain yang mewakili bahasa atau maklumat
 Penciptaan bahan-bahanyang disampaikan melalui tulisan.ii.

Bahan cetakan – Hasil kerja murid yang menggunakan pelbagai medium cetakan.iii.

Persembahan
 Pembentangan atau penglibatan murid dalam mempamerkanbakat melalui pelbagai
aktiviti.
 Catatan: Gerak kerja / aktiviti semasa melakukan tugasan juga adalah satu evidens
murid.

Foto – Gambar yang mempunyai persamaan dengan suatu subjek.

Grafik
 merupakan persembahan visual yang ditunjukkan pada permukaan seperti
dinding, kanvas, skrin komputer, kertas, papan untuk tujuan jenama,
pemberitahuan, ilustrasi atau hiburan. Contoh grafik ialah gambar,foto, lukisan,
seni tanpa ton, graf, tipografi, nombor, simbol, reka bentuk geometri, peta, lukisan
kejuruteraan atau imej lain. Grafik selalunya menggabungkan teks, ilustrasi dan
warna.
 Grafik boleh wujud sebagai grafik berfungsi atau berseni. Grafik juga boleh
merupakan bayangan atau menggambarkan perkara yang wujud dalam dunia
sebenar.

14
Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pendidikan Moral

Artifak
 Bahan yang dihasilkan dan salinan yang dicatatkan sebagai satu tinggalan sejarah
atau telah dibuat sekian lama.
 Bahan yang dihasilkan seperti arca.

Laporan – Penulisan berformat untuk melaporkan sesuatu tugasan.

Model – Bentuk fizikal objek yang tidak berdasarkan skala sebenar.

Produk – Barang atau perkhidmatan yang dihasilkan.

Rakaman – Perekodan/pelaporan dalam bentuk audiovisual.

Bahan Informasi Komunikasi danTeknologi (ICT) – Sebarang bentuk penyimpanan


evidens yang menggunakan ICT.

Proses – Gerak kerja / aktiviti semasa melakukan tugasan.

[sumber: Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Lembaga


Peperiksaan,Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012, h:40-41]

3.8 Penyimpanan dan Pelupusan Evidens

A. Penyimpanan

Evidens murid disimpan dalam dua jenis fail seperti berikut:

1) Fail Perkembangan Murid

 Fail Perkembangan Murid (FPM) ialah fail yang menyimpan evidens


perkembangan pembelajaran murid.
 Seorang murid mempunyai satu FPM yang mengandungi evidens semua mata
pelajaran.

15
Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pendidikan Moral

 Setiap evidens hendaklah direkodkan dalam Rekod Perkembangan Murid


(RPM). RPM diletakkan dihadapan evidens setiap mata pelajaran.
 Fail ini menyimpan evidens terkini bagi setiap deskriptordan evidens
terdahulu dikembalikankepada murid. .

2) Fail Showcase

 Fail Showcase (FS) ialah fail yang menyimpan setiap evidens terbaik bagi
semua deskriptor untuk semua mata pelajaran.
 FS hendaklah dijadikan rujukan piawaian evidens.
 FS hendaklah disediakan mengikut tahun/tingkatan atau kelas.

Nota: Pihak sekolah dikehendaki menyediakan File Perkembangan Murid dan Fail Sekolah
seperti di atas. Kaedah penyediaan tertakluk kepada keputusan Jawatan Kuasa
Pentaksiran Berasaskan Ssekolah (JKPBS).

B. Pelupusan

 Evidens hendaklah diserah semula kepada murid setelah direkod dalam


aplikasi SPPBS.
 Evidens yang tidak dituntut oleh murid boleh dilupuskan selepas dua minggu
daripada tempoh direkod dalam aplikasi SPPB

16
Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pendidikan Moral

a) Manakah diantara jensi-jensi yang tersenaraikan anda menggunakan dalam


dalam pentaksiran Pendidikan Moral?
b) Mengapakah beberapa jenis evidens yang tersenaraikan tidak sesuai
digunakan dalam pentaksiran Pendidikan Moral?
c) Apakah terkandung dalam Fail Perkembangan Murid?
d) Apakah terkandung dalam Fail Showcase?

3.9 Perubahan Terkini – Dokumen Prestasi Tahun 4 (2014)

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran, Tahun 4 (Draf 2013) yang dikeluarkan baru-
baru ini telah memperkenalkan beberapa perubahan untuk Tahun 4 bagi 2014 seperti berikut:
Standard Prestasi
Standard Prestasi adalah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang
diukur berdasarkan standard dan menunjukkan tahap penguasaan murid dalam
perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi
kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak
(Tahap Penguasaan). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier
menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk
hasil pembelajaran. Standard Prestasi dibina sebagai panduan untuk guru menambah baik
Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard

Tahap Huraian Tahap Penguasaan


Penguasaan

1 Sangat Terhad
2 Terhad
3 Memuaskan
4 Baik
5 Sangat Baik
6 Cemerlang

Tahap Penguasaan adalah untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara
hieraki digunakan bagi tujuan pelaporan individu berdasarkan kelompok standard.

Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu
dan bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang individu.

17
Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pendidikan Moral

Setiap guru Pendidikan Moral perlu melaksanakan proses pengajaran & pembelajaran dalam
bilik darjah dengan merujuk kepada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.
Kebijaksanaan guru perlu ada bagi menentukan proses pengajaran & pembelajaran
dilaksanakan secara berkesan dan bersesuaian.
CONTOH:

STANDARD STANDARD STANDARD PRESTASI


KANDUNGAN PEMBELAJARAN
TAHAP PERNYATAAN
PENGUASAAN
Kepercayaan Pada akhir pembelajaran, 1 Murid menyatakan cara
kepada Tuhan murid akan dapat: Sangat menghormati amalan beribadat
Terhad pelbagai agama dan kepercayaan
Keyakinan Menyenaraikan amalan jiran
wujudnya Tuhan beribadat pelbagai 2 Murid menerangkan
sebagai pencipta agama dan kepercayaan Terhad kebaikanmenghormatiamalan
alam dan jiran beribadat pelbagai agama dan
mematuhi segala kepercayaan jiran
suruhanNya Menerangkan cara 3 Murid menunjuk cara menghormati
berlandaskan menghormati amalan Memuaskan amalan beribadat pelbagai agama
pegangan agama beribadat pelbagai dan kepercayaan jiran dalam
masing-masing agama dan kepercayaan sesuatu situasi dengan bimbingan
selaras dengan jiran 4 Murid mendemonstrasikan cara
prinsip Rukun Baik menghormati amalan beribadat
Negara Menyedari kepentingan pelbagai agama dan kepercayaan
menghormati amalan jiran dalam pelbagai situasi
Menghormati beribadat pelbagai 5 Murid mengamalkan sikap
amalan agama dan kepercayaan Sangat Baik menghormati amalan beribadat
beribadat jiran
pelbagai agama dan kepercayaan
pelbagai agama jiran dalam kehidupan seharian
dan kepercayaan Mengamalkan sikap 6 Murid mengamalkan sikap
jiran menghormati amalan Cemerlang menghormati amalan beribadat
beribadat pelbagai
pelbagai agama dan kepercayaan
agama dan kepercayaan
jiran dalam kehidupan seharian dan
jiran
boleh dicontohi

Jadual 3.5 Cantuman Standard Kandungan, Standard Pembelajaran & Standard Prestasi – Tahun 4

Dalam keadaan yang sama, guru perlu mentaksir keupayaan murid dan menentukan tahap
penguasaannya berdasarkan senarai standard prestasi dalam kelompok yang telah disusun.
Guru seharusnya memberi peluang kepada setiap muridnya mencapai tahap keupayaan yang
lebih baik dengan melaksanakan proses bimbingan dan pengukuhan.

Jadual 3.5 daripada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran, Tahun 4 (Draf 2013)
menunjukkan contoh cantuman standard kandungan, standard pembelajaran dan standard
prestasi.

18
Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pendidikan Moral

Berdasarkan kriteria-kriteria berikut; diksi yang baik, sebutan yang jelas, dan intonasi yang
betul, guru perlu menggubal instrumen-instrumen yang dapat membezakan antara murid
dimana tahap penguasaan sangat terhad, terhad, memuaskan, baik, sangat baik dan
cemerlang. Apakah perbezaan di antara murid yang dilabel sebagai ‘memuaskan’ dan ‘sangat
baik’?

a) Apakah perbezaan di antara ‘band’ dan ‘tahap penguasaan’?


b) Adakah anda bersetuju dengan perubahan yang diperkenalkan untuk Tahun 4?
c) Sejauh manakah huraian / pernyataan untuk tahap-tahap penguasaan berbeza
dengan pernyataan untuk band-band?

3.10 Penjimanan Kualiti

Penjaminan kualiti merupakan piawaian untuk menentukan kualiti pelaksanaan PBS


mengikut garis panduan yang ditetapkan. Kualiti hendaklah menjadi keutamaan dalam semua
aspek dan peringkat pentaksiran. Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat
yang tepat dan menunjukkankeadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Maklumat
yangtepat boleh membantupembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan
meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Indikator atau petunjuk utama bagi penjaminan
kualiti dalam pentaksiranialah kesahan dan kebolehpercayaanskor, kebolehtadbiran instrumen
dan keadilan kepada calon. Penjaminan kualiti dalam pelaksanaan PBS dilakukan melalui:

Pengesanan

PENJAMINAN
KUALITI Pemantaun

Penyelarasan

Pementoran

Rajah 3.3 Penjaminan Kualiti

19
Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pendidikan Moral

A) PEMENTORAN

Pementoran adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru. Pementoran
dalam konteks Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah satu proses yang dijalankan
untuk penjaminan kualiti bagi membantu, memudah cara, membimbing, meningkatkan
pengetahuan dan kefahaman guru untuk melaksanakan PBS mengikut prosedur dan garis
panduan yang ditetapkan. Aktiviti pementoran dijalankan sebelum, semasa dan/atau selepas
pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah. Objektif pementoran ialah:

 Memberi bimbingan, khidmat bantu dan nasihat mengenai pelaksanaan dan


pengurusan PBS.
 Meningkatkan kemahiran pelaksanaan pentaksiran dalam kalangan guru yang
dibimbing.
 Meningkatkan kompetensi dan keyakinan guru yang dibimbing.
 Membantu guru menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS.
 Membina rangkaian kerja dan hubungan profesional antara mentor dan guru yang
dibimbing.

Pementoran formal dijalankan oleh JK PBS secara berjadual dalam mesyuarat atau sesi
peningkatan profesionalisme guru.

Pementoran informal dijalankan oleh JK PBS sebelum, semasa atau selepas pelaksanaan
PBS tanpa jadual yang ditetapkan.

Mentor dalaman terdiri daripada: GKMP / Ketua Bidang, Ketua Panitia, Guru Cemerlang,
Jurulatih Utama, Mana-mana guru yang dilantik oleh Pengetua / Guru Besar / JK PBS

Mentor luaran terdiri daripada: Petugas yang dilantik oleh LP, Petugas yang dilantik oleh
JPN, Petugas yang dilantik oleh PPD,

Peranan Mentor:
 Membimbing guru menggunakan standard prestasi dan aplikasi SPPBS.
 Membantu guru menyediakan instrumen pentaksiran.
 Memberi pendedahan pelbagai jenis instrumen pentaksiran..
 Memastikan pelaksanaan pentaksiran seiring dengan P&P.
 Mendapatkan maklum balas untuk penambahbaikan pengajaran.
 Membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru yang dibimbing.

B) PENYELARASAN

Penyelarasan adalah satu proses penjaminan kualiti untuk memastikan keseragaman


pelaksanaan tugasan dan penskoran demi keadilan kepada calon serta kesahan dan
kebolehpercayaan skor pentaksiran. aktiviti penyelarasan adalah sepanjang tempoh
pelaksanaan PBS dan mengikut jadual yang ditentukan oleh JK PBS. Objektif Penyelarasan
ialah:

20
Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pendidikan Moral

 Menyeragamkan kefahaman terhadap kehendak tugasan dan kriteria penskoran.


 Menyeragamkan skor pentaksiran sekolah yang diberikan oleh guru berdasarkan
pernyataan standard, deskriptor dan evidens dalam dokumen standard prestasi.
 Menyeragamkan skor pentaksiran pusat yang diberikan oleh guru berdasarkan kriteria
penskoransesuatu tugasan yang ditetapkan.
 Menyeragamkan alat, bahan dan situasi mengikut kriteria yang telah ditetapkan untuk
menghasilkan skor yang terlaras.
 Memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor dalam pelaksanaan PBS oleh guru di
sekolah.
 Memastikan skor yang diberikan menepati keupayaan dan prestasi
murid.vii.Memastikan skor yang diberikan adalah adil bagi semua murid.

Penyelarasan dalaman dijalankan bagi menyelaraskan kefahaman mengenai tugasan dan


penskoran pentaksiran pusat antara guru-guru mata pelajaran dalam sekolah yang sama.
Personal yang terlibat – GKMP, Guru Cemerlang, Ketua Panitia, Jurulatih Utama, Guru yang
dilantik oleh Pengetua / Guru Besar / JK PBS

Penyelarasan luaran dijalankan bagi menyelaraskan kefahaman mengenai tugasan dan


penskoran pentaksiran pusat antara guru-guru mata pelajaran di seluruh negara.
Personal yang terlibat – Petugas yang dilantik oleh LP, Petugas yang dilantik oleh JPN,
Petugas yang dilantik oleh PPD.

Pelaksanaan Penyelarasan
i) Sebelum Penyelarasan
JK PBS peringkat JPN, PPD dan sekolah menentukan tarikh, tempat dan masa penyelarasan
dan mengadakan perbincangan mengenai:
 Kefahaman tentang standard prestasi atau tugasan.
 Kesesuaian instrumen yang digunakan.
 Kefahaman tentang penskoran.
 Pemilihan evidens murid untuk penyelarasan skor.

ii) Semasa Penyelarasan


 Memilih evidens murid mengikutaraspencapaian.
 Membanding skor yang diberikan oleh guru.
 Menyelaras pemberian skor.

iii) Selepas Penyelarasan


 Menyediakan laporan penyelarasan.
 Menyelaras skor murid, jika perlu.

21
Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pendidikan Moral

C) PEMANTAUAN

Pemantauan adalahsatu proses penjaminan kualiti bagi memastikan pelaksanaan PBS


mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan oleh LP. Kekerapan aktiviti
pemantauan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS dan mengikut jadual yang ditentukan
oleh JKPBS. Objektif Pemantauan ialah untuk:
 Memastikan arahan pelaksanaan PBS dipatuhi
 Mengenal pasti masalah pelaksanaan PBS oleh guru di sekolah.
 Membantu menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS oleh guru.
 Mengelakkan berlakunya penyelewengan dan ketidakakuran.
 Menyediakan laporan pelaksanaan PBS untuk tujuan penambahbaikan.

Pemantauan dalaman dilaksanakan oleh pihak sekolah yang melibatkan Pengetua / Guru
Besar, Guru Penolong Kanan, GKMP, Guru Cemerlang, Ketua Panitia, Jurulatih Utama,
Guru yang dilantik oleh Pengetua/ Guru Besar.

Pemantauan luaran dilaksanakan oleh pegawai yang dilantik oleh PPD, JPN, LP dan
pegawai dari bahagian-bahagian lain dalam KPM. Pemantau luaran melibatkan Pegawai LP,
Pegawai JPN, Pegawai PPD, Pegawai dari Bahagian-bahagian lain Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM), Pegawai yang dilantik oleh PPD, JPN dan LP

Pelaksanaan Pemantauan
i) Sebelum Pemantauan
JKPBS peringkat JPN,PPD dan sekolah merancang pemantauan PBS dengan menyediakan
instrumen pemantauan.

ii) Semasa pemantauan


 Menyemak bahan dan maklumat yang dipantau.
 Membuat pemerhatian pelaksanaan PBS.
 Menggunakan instrumen pemantauan yang telah dilengkapkan untuk memberi
khidmat nasihat.

iii) Selepas pemantauan


 Melaporkan dapatan pemantauan.
 Menyenaraikan kekuatan dan kelemahan pelaksanaan PBS.
 Memberi cadangan tindakan susulan mengenai pelaksanaan PBS.

D) PENGESANAN

Pengesanan ialah satu proses penjaminan kualiti bagi memastikan instrumen pentaksiran
yang digunakan mampu menghasilkan skor yang sah dan boleh dipercayai. Oleh kerana PBS
ialah satu proses pentaksiran yang dilakukan secara berterusan maka kekerapan aktiviti
pengesanan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS. Objektif Pengesanan ialah untu:

22
Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pendidikan Moral

 Mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan kebolehlaksanaan instrumen pentaksiran.


 Memastikan skor yang diperoleh mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang
tinggi.
 Mencadangkan penambahbaikan instrumen pentaksiran.
 Mencadangkan kepelbagaian instrumen pentaksiranb.

Pengesanan Dalaman dijalankan bagi menilai kesesuaian, kekuatan dan kelemahan


instrumen pentaksiran yang digunakan dalam pelaksanaan PS untuk mendapatkan evidens
tentang penguasaan murid. Instrumen pentaksiran ini adalah tugasan danpenskoran yang
diberikan oleh guru untuk mentaksir murid. Pegawai pengesanan dalaman ialah GKMP, Guru
Cemerlang, Ketua Panitia, Jurulatih Utama, Guru yang dilantik oleh Pengetua /Guru besar
/JK PBS

Pengesanan Luar dijalankan bagi menilai kesesuaian, kekuatan dan kelemahan instrumen
pentaksiran yang digunakan dalam pelaksanaan PP. Instrumen pentaksiran ini adalah tugasan
dan penskoran yang dibina oleh Lembaga Peperiksaan. Pegawai pengesanan luaran ialah
Petugas yang dilantik oleh LP

Pelaksanaan Pengesanan
i) Sebelum pengesanan
Pegawai LP menentukan tarikh, tempat, masa pengesan untuk menyemak Dokumen
Standard Prestasi dan instrumen pentaksiran pusat yang berkenaan.

ii) Semasa pengesanan


Menyenaraikan isu kebolehtadbiran dan kesesuaian instrumen pentaksirans serta
mencadangkan penyelesaian.

iii) Selepas pengesanan


 Memastikan cadangan penyelesaian dilaksanakan.
 Membuat penambaikan instrumen pentaksiran.
 Melaksanakan program pengesanan semula.

a) Bagaimana pementoran dilaksanakan di sekolah?


b) Jelaskan tujuan penyelarasan dan bagaimana ia dilaksanakan bagi menjamin
kualiti PBS?
c) Apakah tujuan pemantaun dan bagaimana ia dilaksanakan di sekolah?
d) Jelaskan peranan penyelarasan dalam penentuan kualiti pelaksanaan PBS.
e) Sejauh manakah ke-empat langkah di jalankan di sekolah anda bagi menjamin
kualiti pelaksanaan PBS?

23
Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pendidikan Moral

 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) diperkenalkan pada tahun 2011 yang


merupakan pentaksiran yang bersifat holistik yang menilai aspek kognitif (intelek),
afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah
Pendidikan.

 PBS dapat membantu pelajar mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal
pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya.

 Pentaksiran Berasakan Sekolah (PBS) menyerah lebih banyak tanggungjawab menilai


pelajar kepada guru seperti diamalkan disistem persekolahan negara-negara maju.

 Sistem pentaksiran yang sedia ada terlalu memfokus kepada pentaksiran pusat, iaitu
UPSR, PMR & SPM.

 Pentaksiran Rujukan Standard (Standard Based Assessment) tidak membandingkan


pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melaporkan prestasi atau tahap
penguasaan murid dalam pembelajaran.

 Dalam pentaksiran ini, standard prestasi digunakan untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan
(growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid.

 Pentaksiran lebih bertumpu kepada pentaksiran 'produk' berbanding dengan


pentaksiran 'proses'.

 Dokumen Standard Prestasi merupakan pernyataan yang digunakan untuk


menentukan sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang
dipelajari.

 DESKRIPTOR ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh
buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai.

 BAND ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun
secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu.

 Evidens merujuk kepad keupayaan sebenar murid tentang apa yang dia tahu dan boleh buat
dengan menulis, bertutur, mendengar dan membaca.

 Tahap Penguasaan adalah untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara
hieraki digunakan bagi tujuan pelaporan individu berdasarkan kelompok standard

 Penjaminan kualiti merupakan piawaian untuk menentukan kualiti pelaksanaan PBS


mengikut garis panduan yang ditetapkan.

24
Bab 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pendidikan Moral

Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Penilaian Kendalian Sekolah, Pusat


Perkembangan Kurikulum: Kuala Lumpur..

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran,


Tahun 4 (Draf 2013).
Kementerian Pelajaran Malaysia(2012), Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS). Lembaga Peperiksaan: Kuala Lumpur

25

You might also like