You are on page 1of 16

SGDU 6073 QUALITY IN EDUCATION

1.0.

Pengenalan Total Quality Management (TQM) telah diperkenalkan sejak tahun 1920-an. Kaedah

statistik mula digunakan di dalam pengawalan kualiti di kilang-kilang di Amerika Syarikat. Konsep ini mendapat sambutan daripada pengurus-pengurus korporat di Jepun pada tahun 1950an. Konsep TQM berkembang dengan pesat sekitar tahun 1980-an apabila timbul kesedaran di seluruh dunia tentang pentingnya kualiti di dalam kehidupan manusia. TQM menukar pandangan dan sikap para pengurus dalam sektor awam dan swasta dalam membantu ke arah kecemerlangan prestasi kepada pelanggan dan organisasi. Sistem pendidikan di Malaysia juga telah banyak mengalami perubahan selaras dengan kemajuan ekonomi, sosial dan politik. Pelbagai dasar dan program seperti KSSR, KSSM, KBSR, KBSM, Falsafah Pendidikan Negara dan sebagainya telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara. Perubahan ini melibatkan semua warga sekolah dan masyarakat sekitarnya. Oleh itu, pelaksanaan suatu perubahan perlu dirancang dengan rapi supaya ia boleh diterima dan mendatangkan hasil yang positif. Seiring dengan itu, Kementerian Pelajaan Malaysia telah memperkenalkan piagam pelanggan sebagai satu langkah ke arah Total Quality Management (TQM) dalam sistem pendidikan di Malaysia pada tahun 1996. Oleh itu, dalam melakukan perubahan, seorang pemimpin berwibawa perlu memiliki kekuatan intelektual dan berkebolehan menghasilkan kerja yang positif dan produktif dalam memandu subordinatnya menuju kepada matlamat yang sama. Bagi pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), kepemimpinan adalah berkait rapat dengan kejayaan sekolah mencapai objektif. Pemimpin yang dihormati adalah pemimpin yang
1

SGDU 6073 QUALITY IN EDUCATION

menumpukan kepada apa yang diyakininya (kepercayaan dan karektor) dan apa yang diketahui (pekerjaan, tugas, kemanusiaan) dan apa yang perlu dilakukan (motivasi, bimbingan dan sebagainya). Dalam sesebuah sekolah, pemimpin menuju kepada guru besar atau pengetua. Oleh itu sebagai seorang pemimpin di sekolah, beliau perlu peka terhadap prinsip-prinsip TQM agar meningkatkan kualiti sekolah beliau. Pemimpin perlu mengenali pelanggan sekolah yang terlibat dalam pelaksanaan TQM dalam sekolah. Terdapat 2 jenis pelanggan iaitu pelanggan dalaman dan luaran. Pelanggan dalaman adalah seperti guru, pelajar, staf sekolah dan waris pelajar manakala pelanggan luaran terdiri daripada masyarakat tempatan, Pejabat Pelajaran Daerah dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelajar dianggap sebagai pelanggan di sekolah di mana mereka memerlukan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bermutu serta persekitaran yang sihat untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang baik. Sekolah adalah penting bagi menyediakan perkhidmatan kepada para pelajar supaya dapat melahirkan pelajar yang berketrampilan tinggi dan berkualiti. Di Malaysia, TQM telah mula dilaksanakan di Kementerian Pendidikan pada tahun 1995 dan pelancaran ISO 9000 pada tahun 1996 dalam usaha kementerian mencapai hasrat ke arah mewujudkan pendidikan bertaraf dunia. Kewujudan sistem pengurusan baru ini telah berjaya mempengaruhi serta mengubah pandangan dan sikap para pengurus di sektor awam dan swasta tentang cara mereka menguruskan kualiti. Mereka beralih cara pengurusan mereka daripada pengurusan bercorak tradisional kepada pengurusan kualiti menyeluruh kerana diyakini cara pengurusan yang baru ini adalah lebih efektif dan berjaya meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi.

SGDU 6073 QUALITY IN EDUCATION

2.0

Ulasan Artikel 2.1. Jurnal 1 Total Quality Management (TQM) In Education Perception Of

Secondary School Teachers (Hadi Mohammad Pour, K.Yeshodhara, 2009) Hadi Mohammad Pour dan K.Yeshodhara merupakan penulis kepada artikel Total Quality Management (TQM) In Education Perception Of Secondary School Teachers . Artikel ini merupakan kajian kes yang telah dijalankan di Bandar Mysore , India di mana cuba mengaplikasikan Total Quality Management (TQM) di dalam pengurusan sekolah mereka dan keberkesanannya. Artikel ini mengenalpasti persepsi dan pandangan guru-guru sekolah menengah di Bandar Mysore, India berhubung tentang pengurusan kualiti menyeluruh (TQM) di dalam pendidikan berdasarkan kepada aspek demografi seperti jantina dan bidang tertentu sama ada sains dan kesusasteraan. Maklumat telah dikumpul dari 156 orang guru sekolah menengah yang mengajar sains dan sastera di Bandar Mysore, India di dalam aplikasi 14 Langkah (14S Step) oleh Demming di dalam pendidikan telah dianalisa menggunakan SPS versi 14.0. Artikel ini telah dikaji di 21 buah sekolah di Bandar Mysore di mana terdapat 61 buah sekolah menengah sebenarnya. Seramai 58.2% guru sekolah menengah yang dikaji itu telah berpendapat positif terhadap pelaksanaan TQM di dalam pendidikan. Menurut artikel itu, di dalam kajian tersebut terdapat perbezaan yang signifikan berhubung dengan persepsi terhadap TQM antara guru lelaki dan guru perempuan di sekolah menengah yang dikaji di Bandar Mysore, India. Skor min guru perempuan ialah 1.76 adalah
3

SGDU 6073 QUALITY IN EDUCATION

lebih tinggi daripada guru lelaki iaitu 1.63. Bagaimanapun tidak terdapat perbezaan signifikan persepsi terhadap TQM antara guru sastera dan sains di sekolah menengah daerah Mysore, India.

2.2. Jurnal 2 Applying Total Quality Management Principles To Secondary Education (Kathleen Cotton, 1998) Kathleen Cotton merupakan penulis kepada artikel Applying Total Quality Management Principles To Secondary Education . Artikel ini merupakan kajian kes yang telah dijalankan di sebuah sekolah menengah berasrama iaitu Mt. Edgecumbe High School, Sitka, Alaska. Sekolah berasrama yang terletak di Alaska ini mempunyai 300 oang pelajar yang datang dari seluruh negeri. Kira-kira 80 peratus daripada pelajar-pelajar di sini diwakili oleh 14 bangsa asli Amerika dan kumpulan bangsa yang lain. Satu perempat daripada mereka

datang daripada keluarga miskin yang bekerja sebagai nelayan. Artikel ini mengenalpasti kesan positif pelaksanaan Prinsip TQM di dalam pengurusan bilik darjah dan di Mt. Edgecumbe High School, Sitka Alaska. Dengan pelaksanaan TQM di dalam pengurusan bilik darjah dan sekolah, setiap individu akan mementingkan pembelajaran. Pihak pengurusan sekolah dan guru-guru akan berusaha untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran secara berterusan dan penambahbaikan secara menyeluruh. Selain itu, kakitangan sokongan juga terlibat di dalam program pembangunan professional secara berterusan.

SGDU 6073 QUALITY IN EDUCATION

Manakala di dalam bilik darjah pula, artikel ini telah menerangkan tentang pengajaran berlandaskan kurikulum sedia ada. Menurut TQM juga, pembelajaran berorientasikan kepada objektif pelajaran. Pengajaran di dalam kelas mestilah jelas, nyata dan berfokus. Manakala di dalam TQM, interaksi antara guru dan para pelajar adalah positif.

2.3. Jurnal 3 Implementation Of Total Quality Management in Higher Education (Murad Ali, Rajesh Kumar Shastri, 2009) Murad Ali dan Rajesh Kumar Shastri merupakan penulis kepada artikel

Implementation Of Total Quality Management in Higher Education . Artikel ini merupakan kajian kes yang telah dijalankan di beberapa buah sekolah di negara ASEAN. Menurut artikel ini, pendidikan sekolah menengah dan peringkat atasan perlu dinaiktarafkan dan penambahbaikan secara berterusan. Masalah ini telah menjadi fokus penting di dalam agenda pendidikan di banyak buah negara terutama negara ASEAN. Pendidikan peringkat menengah perlu lebih inovatif dan produktif demi memenuhi kehendak pendidikan masa kini. Artikel ini membuat perbandingan tentang kaedah pembelajaran secara tradisional dan kaedah pembelajaran terkini mengikut TQM. Menyedari kepentingan pendidikan peringkat menengah, pengurusan kualiti menyeluruh (TQM) telah diperkenalkan untuk meningkatkan prestasi di bidang pendidikan di sekolah-sekolah di ASEAN dari segi cara pengajaran dan pembelajaran, kajian dan pendidikan lanjutan.
5

SGDU 6073 QUALITY IN EDUCATION

Artikel ini juga menunjukkan tentang cabaran yang dihadapi di dalam pelaksanaan TQM di dalam institusi pendidikan tinggi di bidang kepimpinan, kepuasan dan identiti pelanggan, budaya dan transformasi oganisasi. Bagaimanapun, aplikasi TQM telah membawa banyak kesan yang positif di bidang pendidikan.

3.0

Aplikasi Prinsip-prinsip TQM dalam Penambahbaikan Pencapaian Sekolah Berdasarkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam PKPA, 1/92), terdapat tujuh

prinsip yang menyokong TQM iaitu: a) sokongan dan komitmen pengurusan atasan b) mengadakan perancangan strategik kualiti c) mengutamakan pelanggan d) menyediakan latihan dan pengiktirafan e) mengukuhkan semangat berpasukan f) mengadakan pengukuran prestasi g) menentukan kepastian kualiti (PKPA, 1/92) Dengan pengaplikasian prinsip-prinsip tersebut dalam organisasi sekolah akan menambaikan pencapaian sekolah.

SGDU 6073 QUALITY IN EDUCATION

3.1

Sokongan dan Komitmen Pengurusan Atasan TQM melibatkan perubahan secara menyeluruh ke atas cara sesebuah organisasi

beroperasi. Peubahan tersebut merangkumi aspek dasar, falsafah, objektif, sistem dan prosedur, struktur serta budaya organisasi. Perubahan hanya dapat dilakukan dengan jayanya melalui sokongan dan komitmen yang padu daripada pihak pengurusan atasan. Sokongan berkenaan dibuktikan dengan mewujudkan dasar kualiti, menubuhkan stuktur pengurusan kualiti, menarik penglibatan kakitangan secara menyeluruh, menyebarkan maklumat kualiti, menguruskan proses perubahan dan menganjurkan Hari Kualiti.

Set panduan tentang standard kualiti keluaran atau perkhidmatan perlu dihasilkan sebagaimana yang dinyatakan oleh pihak pengurusan atasan. Hal ini merupakan komitmen agensi terhadap kulaliti output. Dasar ini juga perlu disebarkan dan difahami oleh setiap lapisan pekeja, pelanggan dan stakeholders.

SGDU 6073 QUALITY IN EDUCATION

3.2

Perancangan Strategik Kualiti

Perancangan strategik kualiti bertujuan mengenalpasti jabatan

menjalankan peranan

yang tepat iaitu Doing The Right Thing. Dengan ini, ia perlu mengenalpasti siapa pelanggan utama, apa kehendak dan output utama. Oleh yang demikian, ianya menjadi asas penggubalan visi, misi, objektif dan strategi. Proses perancangan strategik melibatkan lima langkah iaitu: a) menganalisis persekitaran luaran b) persekitaran dalaman c) menggubal wawasan organisasi d) menggubal misi dan objektif e) mengenalpasti strategik penambahbaikan

SGDU 6073 QUALITY IN EDUCATION

3.3

Mengutamakan Pelanggan Output yang berkualiti adalah ditentukan oleh pelanggan. Sesuatu output yang berkualiti

dapat memuaskan hati dan kehendak pelanggan. Dalam aspek mengutamakan pelanggan, perkara yang perlu dititikberatkan adalah mengenalpasti siapa pelanggan dan kehendak pelanggan. Seterusnya menterjemahkan menjadi standard kualiti output, mewujudkan proses penghasilan output serta melaksanakan proses. Dengan berorentasikan pelanggan, penekanan terhadap nilai dan sikap, sistem dan operasi, amalan operasi dan struktur organisasi agar bertepatan dengan kehendak pelanggan secara berterusan.

3.4

Latihan dan Pengiktirafan Latihan adalah keperluan asas bagi kejayaan TQM. Pengetahuan dan kemahiran dapat

memastikan penghasilan output yang berkualiti di samping mengelakkan kesilapan. Pihak pengurusan didedahkan dengan latihan kualiti, pengetahuan dan kemahiran kualiti. Latihan harus dirancang, dilaksanakan dan dinilai demi mencapai keberkesanan dan secara berterusan. Pengiktirafan juga perlu untuk menghargai prestasi pekerja dan kumpulan-kumpulan pekerja yang cemerlang. Di samping itu, dapat memperkukuhkan corak-corak perlakuan yang dikehendaki oleh pihak jabatan serta membuktikan komitmen jabatan terhadap usaha-usaha peningkatan kualiti.

SGDU 6073 QUALITY IN EDUCATION

3.5

Semangat Berpasukan Semangat berpasukan sangat penting dalam menyatupadukan semua kakitangan dalam

sesebuah jabatan demi menjayakan peningkatan kualiti. Semangat berpasukan dapat dibentuk dengan hasil kerjasama, komitmen dan penyertaan kakitangan secara menyeluruh di dalam program-program yang dijalankan oleh pihak jabatan. Pertukaran maklumat dan idea-idea, saling mempercayai serta komunikasi terbuka akan wujud. Maka, hubungan di kalangan kakitangan dapat dieratkan dan dikukuhkan melalui usaha yang bersungguh-sungguh oleh pihak pengurusan seperti mengadakan latihan kepimpinan dan motivasi, mewujudkan struktur pasukan, memberi kuasa bertindak (empowerment) kepada pasukan kerja dan memberi pengiktirafan.

3.6

Pengukuran Prestasi Sistem pengukuran prestasi yang baik dapat melancarkan proses peningkatan kualiti di

sekolah-sekolah. Bagi menjayakan TQM, sekolah-sekolah hendaklah merangka sistem pengukuran yang sesuai mengikut jenis-jenis keluaran atau pekhidmatan. Sistem pengukuran akan membekalkan data dan maklumat yang penting kepada pengurusan tentang prestasi semasa bagi sesuatu proses kerja yang dijalankan. Bagi mewujudkan sistem pengukuran yang berkesan, pihak sekolah boleh menentukan ciri-ciri kualiti output yang hendak dikawal, menentukan matlamat dan standard kualiti yang dikehendaki, mewujudkan sistem pengumpulan data dan menyediakan saluran maklum balas.

10

SGDU 6073 QUALITY IN EDUCATION

3.7

Kepastian Kualiti Kepastian kualiti menekankan kepada pencegahan daripada timbulnya masalah-masalah

kualiti dalam proses penghasilan sesuatu output demi menjamin matlamat zero defect. Justeru itu, pihak sekolah boleh melaksanakan pemeriksaan kualiti, mewujudkan pasukan kerja bagi mengkaji dan mencadangkan penyelesaian masalah yang timbul dan memberi latihan kepada kakitangan.

4.0.

Cadangan Pengaplikasian Prinsip-prinsip TQM Dalam meningkatkan Pencapaian

Sekolah Sokongan pengurus akan meningkatkan kepercayaan para pekerja di mana pekerja berfikir organisasi sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan pekerja. Pendapat ini telah dikeluarkan oleh Rhoades dan Eisenberger pada tahun 2002. Selain itu, motivasi yang diberikan juga akan dapat memperkukuhkan komitmen mereka dalam melaksanakan pekerjaan seharian. Justeru itu, pengetua dan guru besar haruslah memberi sokongan dan komitmen yang padu kepada kakitangan bawahannya seperti penolong-penolong kanan, ketua-ketua panitia, guru-guru dan kakitangan sokongan di dalam melaksanakan tugasan seharian. Tindakan seperti ini adalah seiring dengan prinsip pertama TQM iaitu sokongan dan komitmen pengurus atasan yang dapat meningkatkan kualiti dan pencapaian sekolah.

11

SGDU 6073 QUALITY IN EDUCATION

Menurut

David

Garvin

(1988),

dimensi

kualiti

adalah

termasuk

prestasi,

kebolehpercayaan , kebolehkhidmatan, ketahanan, ciri-ciri estetika , persepsi dan pematuhan kepada rekabentuk. Prinsip yang kedua dalam TQM ialah perancangan strategik kualiti . Oleh itu, perancangan strategik yang menyeluruh dari segi pentadbiran, kurikulum, hal-ehwal murid dan kokurikulum perlu digubal agar mematuhi kriteria berkenaan. Pengetua atau guru besar perlu membuat penilaian berhubung dengan pelaksanaannya. Kelemahan perulah dikaji dan disusuli dengan tindakan susulan agar objektif perancangan tercapai.

Prinsip ketiga dalam TQM adalah mengutamakan pelanggan. Menurut Zaini pada tahun 2000, tujuan melakukan sesuatu adalah untuk pelanggan kerana kita amat bergantung kepada mereka dan bukannya sumber masalah. Pihak pengurusan sekolah perlu memastikan kemudahan asas, sumber pengajaran dan pembelajaran adalah lengkap dan sesuai dengan keperluan pelanggan. Pembentukan sahsiah, pencapaian dalam bidang kurikulum dan kokurikulum, keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid-murid perlu dijaga, dipantau dan dititikberatkan agar memenuhi kehendak masyarakat dan pelanggan utama sekolah iaitu para pelajar. Menurut McNamara (2001), faedah umum latihan pekerja adalah kepuasan pekerja adalah kepuasan kerja, meningkatkan motivasi, kecekapan, kapasiti menerima teknologi dan inovasi dalam strategi dan produk. Latihan dan pengiktirafan merupakan prinsip keempat dalam TQM. Para pengurusan sekolah perlu menunjukkan komitmen mereka kepada para pekerja dengan cara memberi ganjaran.
12

SGDU 6073 QUALITY IN EDUCATION

Oleh itu, program latihan dalam perkhidmatan perlu diadakan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan oleh para guru-guru dan kakitangan sokongan. Selain itu, pihak pengurusan sekolah perlu menyediakan sijil penghargaan kepada para guru dan kakitangan sokongan.

Penyampaian anugerah pada Hari Anugerah Kualiti juga merupakan pengiktirafan kepada para guru-guru dan kakitangan sekolah. Pengiktirafan ini akan dapat meningkatkan komitmen dan motivasi mereka.

Prinsip kelima dalam TQM adalah menitikberatkan semangat berpasukan. Menurut Murphy dan Seashore Loius (1994), pasukan yang mampu bekerjasama berkesan ke atas iklim organisasi. Pihak pengurusan sekolah seharusnya menerapkan budaya kekitaan kepada semua warga sekolah dengan melibatkan mereka dalam aktiviti sekolah seperti majlis ceramah, sukan tahunan sekolah, karnival kokurikulum dan sebagainya. Pengetua dan guru besar harus memberi peluang kepada warga sekolah untuk menyuarakan pandangan dan cadangan ketika mesyuarat staf, kurikulum, hal-ehwal murid, kokurikulum dan PIBG. Penambahbaikan dari segi pengurusan turut meningkatkan pencapaian sekolah. Pengurusan Prestasi adalah prinsip keenam dalam TQM. Menurut Mark Graham Brown, pengukuran prestasi merupakan langkah mengurangkan emosi, menggalakkan masalah membina, menyediakan data yang konkrit untuk membina keputusan dan meningkatkan pengaruh seseorang. Di peringkat sekolah, sistem yang sistematik dan telus dalam penilaian haruslah diwujudkan untuk penentuan anugerah seperti Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).
13

SGDU 6073 QUALITY IN EDUCATION

Sekiranya terdapat program yang digugurkan , guru-guru dan kakitangan sokongan perlu menyatakan sebab-sebab digugurkan. Setiap guru dan kakitangan sokongan dikehendaki menyediakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) pada awal tahun dan melengkapkan butiran pada buku laporan prestasi tahunan, kemudiannya menyerahkannya kepada penolong kanan pentadbiran.

Prinsip ketujuh dalam TQM ialah kepastian kualiti. Tujuan kepastian kualiti diwujudkan adalah untuk menjamin keberhasilan output sesuatu program menepati matlamat zero defect. Untuk itu, pihak pengurusan sekolah perlu mewujudkan satu pasukan kerja di mana komitmen yang dberikan adalah tinggi. Tujuan penubuhan pasukan kerja yang akan menguruskan sesuatu program yang akan menghasilkan program yang mencapai zero-defect.

14

SGDU 6073 QUALITY IN EDUCATION

5.0. Kesimpulan

Kesimpulannya, beberapa pengkaji mendapati bahawa secara keseluruhannya, kesan meningkat atau tidak meningkat produktiviti sesebuah organisasi boleh dikaitkan hubungan secara langsungnya dengan amalan pengurusan kualiti menyeluruh yang diamalkan. Pengkajipengkaji berpendapat bahawa, usaha-usaha untuk amalan pengurusan kualiti menyeluruh perlu diamalkan secara berterusan dan menyeluruh bagi meningkatkan prestasi kerja ( produktiviti ). Secara keseluruhannya amalan TQM mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan prestasi kerja. Kesimpulannya, hasil kajian ini dapat dijadikan landasan untuk dilakukan kajian lanjutan tentang amalan dan hubungan TQM dan poduktiviti sesebuah organisasi.

Pengaplikasian tujuh prinsip TQM dan cadangan pelaksanaan memerlukan kerjasama daripada semua warga sekolah dan komuniti setempat untuk menghasilkan pengurusan berkualiti ke arah merealisasikan wawasan pendidikan negara.

Berdasarkan ketiga-tiga kajian ini, adalah dicadangkan supaya TQM dijalankan di dalam sistem pendidikan dari sekolah rendah hingga ke peringkat instituisi yang lebih tinggi. Ini kerana kesan-kesan positif yang dihasilkan dapat meningkatkan kualiti pendidikan dan melahirkan pelajar yang berkualiti. Walaupun wujud beberapa kesan kelemahan dalam kajian ini namun kesan-kesan positif adalah lebih dominan daripada kesan negatif yang ditunjukkan.
15

SGDU 6073 QUALITY IN EDUCATION

Dalam menjalankan TQM di sekolah, suatu aspek penting iaitu penglibatan yang menyeluruh semua golongan dalam semua aktiviti sekolah perlu dimaksimumkan bagi mendapat pulangan yang cemerlang. Peranan pengetua atau guru besar sebagai pemimpin dan contoh kepada kakitangan untuk menjalankan tugas dengan berkesan perlu diberi perhatian yang serius. Ini kerana pengetua atau guru besar yang berkesan akan menjadi contoh teladan yang baik kepada semua pihak di sekolah. Kesemua aspek-aspek ini beserta usaha yang gigih akan dapat meningkatkan kualiti sesebuah sekolah yang seterusnya meningkatkan statusnya di mata masyarakat.

16

You might also like