You are on page 1of 9

1

2.0 CABARAN GURU


Peranan guru dalam menghadapi cabaran globalisasi perlu diselaraskan dengan visi dan
aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia seperti yang ditegaskan oleh Menteri
Pelajaran Malaysia semasa ucapan beliau dalam Majlis Pelancaran Laporan Tahunan 2013
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Gelombang 1 PPPM memberi tumpuan kepada menyokong guru
dan memberi tumpuan kepada kemahiran utama kerana kementerian
memahami bahawa guru memainkan peranan yang amat penting
dalam menjayakan transformasi pendidikan. Guru adalah individu
yang mencorakkan murid. Jika pengajaran dan pembelajaran guru
menarik dan hebat, sudah tentu murid yang dilahirkan juga hebat lagi
bijaksana
(YAB Tan Sri Dato Muhyiddin , 2013)

Berdasarkan kepada kenyataan tersebut, jelas menunjukkan bahawa peranan guru dalam
dunia pendidikan merupakan suatu aset yang besar untuk memacu pendidikan ke arah
kecemerlangan secara globalisasi. Selaras dengan tema Hari Guru 2014 iaitu Guru: Pencetus
Kreativiti, Penjana Inovasi, guru diberikan kepercayaan yang tinggi untuk mendidik murid
selaras dengan hasrat tersebut.
Menurut Sufeah Hussin (2008), cabaran yang dihadapi oleh guru dapat dibahagikan
kepada beberapa kategori seperti di dalam Rajah 4 di bawah:
2


Rajah 4. Cabaran guru

2.1 Cabaran daripada pihak sekolah
Cabaran pertama bagi seorang guru dalam kategori cabaran daripada pihak sekolah ialah untuk
memenuhi aspirasi dan matlamat sesebuah sekolah. Hal ini terjadi akibat daripada fokus dalam
Anjakan 6 iaitu mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyelesaikan penyelesaian
berasaskan keperluan. Dalam konteks ini, sekolah merupakan institusi penting untuk
membentuk kecemerlangan murid-murid dalam pendidikan. Data antarabangsa menunjukkan
bahawa sekolah memerlukan set intervensi yang berlainan bersesuaian dengan tahap prestasi
sekolah yang berbeza-beza. Fenomena ini mencetuskan tekanan daripada pihak sekolah
kepada guru-guru terutamanya pihak pentadbir supaya menjalankan usaha untuk meningkatkan
prestasi sekolah.
Di samping itu juga, hasrat pelan ini juga menggariskan supaya setiap sekolah tanpa
mengira lokasi, saiz atau jenis akan menyediakan pendidikan yang baik dan holistik kepada
murid. Hal ini juga mencabar bidang tugas guru supaya bertindak lebih daripada kemampuan
biasa kerana menjelang tahun 2020, tidak akan ada lagi sekolah berpresatsi rendah iaitu Band
Cabaran
Guru
Cabaran
daripada pihak
sekolah
Cabaran
daripada murid
Cabaran untuk
memenuhi
harapan dan
jangkaan ibu
bapa
Cabaran untuk
memenuhi
harapan dan
jangkaan
negara
Cabaran untuk
memenuhi
tuntutan
perubahan
masa
Cabaran dalam
diri sendiri
guru untuk
profesion
keguruan
3

6 atau Band 7 di negara ini. Malah lebih banyak sekolah akan diiktiraf sebagai Sekolah
Berprestasi Rendah atau Sekolah Kluster.
Selain itu juga, aspirasi sistem pendidikan iaitu kualiti menjadikan sekolah sebagai
sebuah institusi untuk menyediakan murid yang berstandard antarabangsa. Terkini, kualiti
tersebut dinilai berdasarkan kepada pentaksiran Trends in International Mathematics and
Science (TIMSS) dan Programme for International Student Assessment (PISA). Sehubungan
dengan itu, aspirasi Malaysia adalah untuk mencapai kedudukan sepertiga teratas daripada
negara yang mengambil bahagian terutamanya dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.
Situasi ini sedikit sebanyak telah memberi tempias kepada para guru kerana pihak sekolah
mengarahkan guru mengadakan program akademik seperti kelas tambahan dalam masa cuti
ataupun selepas waktu persekolahan. Tidak cukup dengan itu sahaja, guru juga diarahkan
menjalankan aktiviti bercorak motivasi untukl meningkatkan prestasi murid dalam mata
pelajaran seperti Matematik dan Sains. Hal ini memberikan tekanan kepada guru serta
menambahkan lagi bebanan tugas mereka. Sekiranya guru gagal mencapai peratus kelulusan
yang ditetapkan dan disasarkan, guru tersebut dianggap guru yang tidak komited dan kurang
berjaya dalam mata pelajaran yang diajar.

2.2 Cabaran daripada murid
Cabaran seterusnya melibatkan cabaran daripada murid. Memetik penulisan dalam satu artikel
yang berbunyi seperti di bawah:
Saban hari ada sahaja ceritera kurang enak yang didengari
mengenai salah laku remaja. Seolah-olah menunjukkan
permasalahan tersebut bagai tiada berpenghujung. Buang anak,
lari dari rumah, penagihan dadah, seks bebas, seks songsang,
derhaka kepada ibu bapa, gangsterisme dan ponteng sekolah
sering menjadi tajuk-tajuk dalam laporan media. Walaupun sering
diperkatakan, isu gejala social masih juga tidak berkesudahan.
Segala usaha yang diambil seolah-olah mencurah air ke daun
keladi apabila isu ini dilihat semakin meruncing.
(Utusan Malaysia Online, 2012)

Berdasarkan kepada petikan artikel tersebut, cabaran guru adalah untuk mengatasi setiap
gejala sosial yang berlaku dalam kalangan murid. Amaludin dan Khadijah (2006)
4

menyenaraikan 24 jenis gejala sosial yang melibatkan penghuni pusat pemulihan akhlak lelaki
dan perempuan di seluruh negara. Gejala sosial yang telah dikenalpasti adalah merokok,
menonton video lucah, mengambil pil, maksiat, buli dan sebagainya. Gejala sosial ini mencabar
bidang tugas guru di sekolah memandangkan murid juga adalah tanggungjawab besar kepada
guru.
Oleh hal yang demikian, guru juga mempunyai cabaran yang amat penting untuk
memupuk nilai-nilai murni sejak awal persekolahan lagi supaya asas sistem nilai kukuh dan
tidak mudah runtuh. Hal ini bertepatan dengan aspirasi murid iaitu etika dan kerohanian yang
mana sistem pendidikan akan memupuk etika dan kerohanian dalam diri setiap murid bagi
mendepani cabaran dalam dunia yang penuh dengan modenisasi dan globalisasi ini. Dalam
konteks ini, guru perlu menjadi pembimbing untuk memastikan murid supaya dapat
menyelesaikan konflik, berpegang teguh kepada prinsip ketika berada dalam situasi kritikal
serta berani melakukan sesuatu yang betul. Sehubungan dengan itu, etika dan kerohanian
murid yang baik dapat menjadi pendinding kepada gejala sosial. Penerapan nilai tersebut boleh
dilaksanakan melalui program sekolah seperti kem motivasi, pembinaan pasukan, aktiviti amal
jariah dalam unit beruniform serta aktiviti sukan dan permainan perlu diperbanyak untuk
membantuk personality dan akhlak yang baik.
Cabaran seterusnya yang dihadapi oleh guru adalah kepelbagaian murid di dalam
sesebuah kelas yang diajar. Pelbagai kerenah yang dijelmakan oleh murid daripada pelbagai
latar belakang, tahap pencapaian dan kebolehan merupakan situasi yang perlu diharungi oleh
guru sebagaimana yang ditekankan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai Gardner. Di dalam teori
tersebut, Gardner (1983) dalam Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah (2009) memperakui
bahawa setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan dan cara murid berfikir, bertindak dan
belajar adalah berlainan berbanding dengan seorang murid yang lain.
Oleh itu, kewujudan keperluan yang berbeza dalam kalangan murid merupakan cabaran
kepada guru yang menuntut usaha yang lebih daripada pihak guru untuk memahami serta
memenuhi kepelbagaian murid serta keperluan mereka semasa menjalankan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran. Menurut Maszuria et.el. (2014), kajian antarabangsa yang telah dijalankan
menunjukkan bahawa faktor kualiti guru paling signifikan dalam menentukan keberhasilan
murid. Dalam hal ini, guru perlu mempunyai pengetahuan yang secukupnya dalam aspek
memahami keperluan murid serta mempunyai kemahiran pengurusan bilik darjah yang baik
supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Contohnya, guru X
mendapati bahawa objektif pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di dalam sebuah
kelas tidak boleh dicapai oleh semua murid. Oleh itu, beliau harus lebih proaktif memikirkan
strategi dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan murid.
5

Dalam konteks ini, guru perlu mempunyai pengetahuan dalam aspek memahami
keperluan murid serta mempunyai kemahiran pengurusan bilik darjah yang baik supaya proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Aspirasi sistem pendidikan iaitu
kecekapan perlu dijadikan main point sebagai motivasi kepada guru supaya menggunakan
pelbagai strategi untuk menarik perhatian murid agar mereka berasa seronok ke sekolah dan
tidak ponteng. Seterusnya,. Oleh itu, guru perlu
Dalam konteks melaksanakan pengajaran dan pembelajaran juga, guru mempunyai
cabaran untuk membudayakan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) kepada murid-murid. Hal
ini terkandung dalam aspirasi murid iaitu setiap murid perlu membina kemahiran inkuiri dan
belajar untuk mendapatkan pengetahuan sepanjang hayat supaya boleh menghubung kaitkan
pelbagai pengetahuan dan mewujudkan pengetahuan baharu. Isu utama semasa saya
menjalani latihan internship di sebuah sekolah baru-baru ini menunjukkan bahawa murid
mempunyai masalah untuk menjawab soalan kemahiran berfikir aras tinggi semasa di dalam
peperiksaan. Hal ini menjadi isu utama kepada guru-guru dan menuntut guru berfikir di luar
kotak pemikiran mereka supaya melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang
menerapkan unsur kemahiran berfikir aras tinggi.
Sifat ingin tahu murid juga menjadi cabaran kepada guru untuk meningkatkan ilmu.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang akan mengalami tiga gelombang akan
menyebabkan perubahan dari segi pemikiran murid. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya guru
akan berhadapan dengan murid yang sangat futuristik dan mempunyai sifat yang ingin tahu
yang sangat tinggi. Hal ini adalah bertepatan dengan aspirasi sistem pendidikan yang ingin
memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan yang sedia ada. Oleh itu, guru
digalakkan menggunakan peruntukan yang diberikan oleh pihak kerajaan untuk
mempertingkatkan pengetahuan serta keprofesionalisme mereka untuk sebagai usaha
keberhasilan murid. Sebagai seorang guru, mereka perlu mengamalkan budaya Life-Long
Learner dengan sentiasa mempertingkan ilmu mereka selaras sifat ingin tahu murid.
Cabaran seterusnya adalah memupuk perpaduan dalam kalangan murid. Cabaran ini
adalah selaras dengan aspirasi sistem iaitu membina perpaduan melalui pendidikan. Melalui
usaha ini, Kementerian yang bertanggungjawab telah mewujudkan satu modul khusus yang
terkandung dalam kurikulum Sivik dan Sejarah untuk mengajar sifat menghargai dan
memahami kepelbagaian kaum di Malaysia. Selain itu juga, Rancangan Integrasi Murid Untuk
Perpaduan (RIMUP) juga dilaksanakan di sekolah sebagai salah satu usaha ke arah
perpaduan. Oleh itu, mengulas hal ini, cabaran guru kini adalah untuk mengenepikan unsur-
unsur perbezaan murid dan memberikan yang terbaik untuk melahirkan generasi yang
mempunyai sikap kekitaan yang erat dalam kalangan murid yang pelbagai kaum. Hal ini kerana,
6

guru yang memberikan layanan yang berbeza-beza akan menyebabkan anak murid rasa
tersisih. Perasaan ini akan mewujudkan jurang antara pelajar yang diberikan sering diberikan
perhatian dengan pelajar yang tidak mendapat hak yang sepatutnya. Oleh itu, guru perlu
berfikiran di luar kotak dan kreatif dalam membina usaha untuk mengekalkan perpaduan di
samping merapatkan jurang murid. Antara aktiviti yang boleh dianjurkan adalah seperti Program
Anak Angkat, aktiviti berkumpulan dan pertandingan kebudayaan.
Di samping itu juga, Syed Ismail Bin Syed Mustafa & Ahmad Subki Bin Miskon ( 2012 )
menyatakan kajian keciciran telah menunjukkan bahawa keluarga yang miskin merupakan
keluarga yang kurang moden dan rendah pula motivasi pendidikannya. Dalam hubungan ini,
jika mereka tidak diberi layanan yang sama rata, maka sudah tentulah pendapaian mereka
akan terjejas. Motivasi murid yang rendah akan menjejaskan dorongan murid-murid untuk
belajar dengan tekun. Hal ini akan menyebabkan pencapaian persekolahan juga terjejas.
Sehubungan dengan itu, cabaran guru adalah memastikan akses kepada pendidikan dapat
direalisasikan. Akses kepada pendidikan menyatakan dua elemen penting iaitu pertama
memastikan murid bersekolah. Kedua, memastikan murid kekal bersekolah dalam tempoh yang
ditetapkan bagi mencapai tahap minimum persekolahan. Oleh itu, guru perlu memastikan setiap
murid warganegara tidak tercicir dalam menikmati arus pendidikan. Dalam konteks ini, saya
berpendapat bahawa guru perlu menerapkan unsur kasih-sayang dan sikap prihatin terhadap
setiap murid secara sama rata supaya tidak ada masalah keciciran di dalam peluang
pembelajaran.

2.3 Cabaran untuk memenuhi harapan dan jangkaan ibu bapa
Cabaran seterusnya adalah cabaran daripada ibu bapa. Profesion keguruan sentiasa terdedah
kepada kritikan masyarakat. Oleh itu, cabaran guru adalah untuk bekerjasama dengan ibu bapa
dalam memastikan akses pendidikan sampai kepada murid-murid. Tanggungjawab mendidik
seringkali diserahkan sepenuhnya oleh ibu bapa kepada guru. Kehendak ibu bapa yang
mahukan guru mendidik anak mereka dan membentuk sahsiah dan keperibadian serta
kebolehan intelektual anak mereka merupakan tanggungjawab dan cabaran yang amat berat
bagi guru.
Sebagaimana yang sering kita lihat di dada-dada akhbar, sekiranya timbul isu tentang
gejala sosial mahupun masalah moral dan nilai murid sekolah, ibu bapa kebanyakannya
menyalahkan guru-guru. Di samping itu juga, ibu bapa cepat menyalahkan dan mempertikaikan
tindakan guru terutama sekiranya berlaku sesuatu peristiwa yang kurang disenangi melibatkan
7

anak mereka. Mereka mempersoalkan tugas guru di sekolah untuk mendidik anak-anak mereka
di sekolah. Tidak kurang hebat juga, ada ibu bapa yang melepaskan tangan 100% tugas
mendidik anak-anak mereka kepada guru. Lebih menyedihkan, kebanyakan ibu bapa juga
datang ke sekolah hanya pada hari tertentu sahaja seperti hari mengambil kad laporan
disebabkan oleh kesibukan merkea bekerja. Sehubungan dengan itu, cabaran guru dalam
merealisasikan Anjakan 9 dalam transformasi pendidikan ialah memastikan setiap ibu bapa
menjadi rakan yang aktif dalam proses pembelajaran anak mereka. Dalam konteks ini,
kemahiran komunikasi dengan ibu bapa adalah sangat penting untuk dipraktikkan oleh guru
untuk menjalinkan hubungan yang lebih erat.
Hubungan erat antara guru dan ibu bapa adalah suatu perkara yang amat penting bagi
guru untuk mencapai enam aspirasi murid yang telah dinyatakan dalam pelan tersebut adalah.
Melalui komunikasi dengan ibu bapa juga, guru boleh mengetahui latar belakang murid,
matlamat dan aspirasi ibu bapa terhadap anak mereka bagi membolehkan guru menjalankan
tugas mereka dengan lancar dan penuh keyakinan. Justeru itu, pihak Kementerian telah
mewujudkan satu program yang dipanggil Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah bagi
meningkatkan penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta dalam pembelajaran anak-
anak di sekolah mahupun luar sekolah. Program ini juga merupakan inisiatif dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan serta dilaksanakan di sekolah menerusi Persatuan Ibu Bapa dan
Guru (PIBG). Program ini juga merupakan satu inisiatif untuk memenuhi ekuiti untuk semua
murid kerana diakui bahawa wujud segmen murid yang mempunyai keperluan khusus yang
memerlukan lebih banyak sokongan. Sehubungan dengan itu, guru perlu mengambil
kesempatan ini untuk berinteraksi dengan lebih baik dengan ibu bapa murid supaya mereka
dapat memberikan sokongan kepada guru. Selain dari itu, perkongsian dan jaringan pintar serta
hubungan yang baik antara ibu bapa dan guru perlu dimantapkan supaya proses pendidikan
dapat dilaksanakan dengan sempurna dan kurang memberikan tekanan kepada guru.

2.4 Cabaran untuk memenuhi harapan dan jangkaan negara
Guru adalah golongan yang menjadi harapan dalam proses pembentukan modal insan yang
seimbang selaras dengan tuntutan pendidikan pada hari ini. Peranan guru dalam
merealisasikan misi dan visi negara tertakluk kepada dasar pendidikan semasa dalam sistem
pendidikan tersebut. Dalam konteks ini, guru perlu memahami aspirasi masyarakat dan negara
terhadap golongan guru. Dasar Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
juga Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 merupakan dokumen yang perlu
difahami dan dihayati oleh golongan yang bergelar guru. Hal ini adalah merupakan salah satu
8

usaha untuk merealisasikan hasrat negara melalui proses pembinaan modal insan selari
dengan enam aspirasi murid.
Penghasilan modal insan yang seimbang dari aspek intelek, jasmani, rohani dan emosi
yang menjadi tunjang di bawah Falsafah Pendidikan Kebagsaan menjadi cabaran yang perlu
dihadapi oleh guru dengan penuh tanggungjawab. Dalam konteks ini, cabaran yang perlu
dihadapi oleh guru adalah melalui perubahan kurikulum yang bersifat dinamik selaras dengan
keperluan semasa menuntut guru untuk melakukan penyesuaian agar segala objektif yang
disasarkan melalui perubahan kurikulum akan dapat dicapai. Senario ini akan memberikan
tekanan kepada guru lama kerana perubahan kurikulum secara mendadak. Bayangkan setelah
berpuluh-puluh tahun mereka menyesuaikan diri dengan kurikulum lama, mereka perlu
mengubah pemikiran mereka ke arah kurikulum baru. Contonya, perubahan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Oleh itu, guru lama
mungkin akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan kurikulum baru tersebut.
Di samping itu juga, cabaran guru juga melibatkan pendemokrasian pendidikan. Salah
satu cabaran guru dalam merealisasikan dasar pendemokrasian pendidikan adalah memastikan
sistem pendidikan yang berkualiti kepada semua murid tanpa mengira latar belakang, status,
sosioekonomi, lokasi dan etnik selain ekuiti. Sebagaimana aspirasi sistem pendidikan iaitu
dalam aspek ekuiti untuk mengurangkan 50% jurang pencapaian. Oleh itu, penekanan kepada
aspek ekuiti dan kualiti serta kecekapan dan keberkesanan pengurusan institusi pendidikan kini
menjadi kriteria utama kepada kejayaan pendemokrasian pendidikan keseluruhannya
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009). Dalam konteks ini, guru boleh membuat perkongsian
dengan menubuhkan pusat kegiatan guru yang mana guru-guru boleh berinteraksi antara satu
sama lain dalam mengenal pasti kelemahan-kelemahan dalam pengajaran dan berkongsi idea
untuk mengatasinya. Dengan ini, setiap murid berpeluang mendapat pendidikan yang sama
rata tanpa ada jurang perbezaan antara sekolah bandar dengan luar bandar.

2.5 Cabaran untuk memenuhi tuntutan perubahan masa.
Cabaran guru seterusnya adalah disebabkan pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi. Pada masa kini, teknologi maklumat dan komunikasi telah berkembang pesat
dalam dunia tanpa batasan dan sempadan sehingga ianya memberikan cabaran amat besar
kepada semua pihak agar bertanggungjawab ke atas penggunaan teknologi. Oleh itu, teknologi
maklumat dan komunikasi juga telah digunakan sebagai alat dalam proses pendidikan sebagai
bahan bantu belajar dan resos kepada guru. Contohnya, guru boleh menggunakan internet
9

sebagai saluran untuk mencari maklumat. Di samping itu juga, untuk menjadikan pembelajaran
menarik, guru boleh menggunakan komputer riba untuk membuat persembahan grafik ataupun
i-Think.
Selain itu juga, cabaran guru dalam konteks ini adalah mendidik generasi muda dalam
penggunaan internet secara berkesan untuk pendidikan dan bukan sebaliknya. Guru
berperanan memberikan pendidikan tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet
supaya murid-murid memahaminya sejak awal lagi. Dalam konteks ini, penting bagi seseorang
guru juga menguasai kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi supaya dapat
membimbing murid-murid memanfaatkan kemudahan tersebut.

2.6 Cabaran dalam diri sendiri untuk profesion keguruan
Cabaran dalam profesion keguruan ketika ini adalah dalam mengaplikasikan belajar untuk
menguasai ilmu sebagaimana yang terdapat di dalam empat tonggak utama UNESCO.
Sehubungan dengan itu, guru pada hari ini terpaksan menghadapi pelbagai bebanan tugas
guru yang pelbagai.
Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin (2010), golongan guru telah dibebani oleh pelbagai
tugas rencam dalam emnguruskan aktiviti kokurikulum, bilik darjah, hal ehwal murid,
pentadbiran dan perkeranian serta beberapa kerja tambahan lain yang perlu dibuat mengikut
keperluan semasa. Oleh itu, guru perlu bijak mengatur masa sesuai dengan bebanan tugas
yang dipikul supaya tidak memberikan tekanan kepada mereka sehingga menjejaskan
profesion mereka. Hal ini adalah penting bagi memastikan anjakan dalam transformasi Pelan
Pembangunan Penidikan Malaysia dapat dilaksanakan dengan jayanya.

You might also like