You are on page 1of 5

SULIT / CONFIDENTIAL

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PENTAKSIRAN AKHIR
FINAL ASSESSMENT
SEMESTER 1 SESI 2022/2023
SEMESTER 1 SESSION 2022/2023

KOD / CODE : KMP 61704 KURSUS : PENILAIAN DALAM


PEMBELAJARAN
MATEMATIK
COURSE : ASSESSMENT IN MATHEMATICS
LEARNING

ARAHAN / INSTRUCTIONS
1. Sila baca arahan pentaksiran dengan teliti.
Please read the assessment instructions carefully.

2. Pelajar dikehendaki menyediakan skrip jawapan/tugasan/projek mengikut pentaksiran


akhir yang telah ditetapkan.
Students are required to prepare the answer scripts/assignments/projects based on the
predetermined final assessment.

3. Pelajar dikehendaki menyerahkan skrip jawapan/tugasan/projek kepada pensyarah


dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
Students are required to submit the answer scripts/assignments/projects to lecturers
within the specified time.

PROGRAM / PROGRAMME: SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK SEKOLAH


RENDAH)

TAHUN / YEAR: 2023 KUMPULAN KULIAH / CLASS GROUP:

NO. MATRIK / STUDENT ID: M20211002116


NO. KAD PENGENALAN / I.C. NO:
NO. PASPORT / PASSPORT NO : 930703-03-5543

PENSYARAH / LECTURER: Dr. MOHD AFIFI BIN BAHURUDIN SETAMBAH

SULIT / CONFIDENTAL
1. Pentaksiran yang efektif melibatkan ruang lingkup yang luas, iaitu tahap gred yang
ditaksir, kandungan mata pelajaran, penggubal ujian atau pengguna pentaksiran yang
disaran.

Huraikan secara terperinci, elemen pentaksiran yang terbaik merangkumi prinsip asas
pentaksiran tersebut bagi memastikan perlaksanaan amalan pendidikan ke arah
meningkatkan perkembangan pembelajaran murid?
(20 markah)

Pentaksiran didefisinikan sebagai aktiviti pengumpulan maklumat mengenai


perkembangan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Pentaksiran juga
merupakan satu proses akhir dilakukan untuk mengetahui keberkesanan pengajaran dan
penguasaan murid dalam sesuatu mata pelajaran atau kursus. Ianya merangkumi,
mengenal pasti kekuatan dan kelemahan yang baik dan yang buruk serta yang betul dan
yang salah. Ia bukanlah sekadar memberi markah atau nilai. Ia melibatkan proses untuk
membuat keputusan dan hampir pasti akan merangkumi unsur subjektiviti oleh penilai.
Pelbagai kaedah boleh digunakan oleh seseorang guru bagi mendapatkan maklumat dan
seterusnya membuat tindakan susulan bagi membantu murid menguasai sesuatu tajuk
dalam matapelajaran. Noraini Idris (2008) pula menyatakan pentaksiran dirancang dan
dikendalikan oleh guru dan menjadi sebahagian daripada proses pengajaran yang iharapkan
dapat memperbaiki proses pembelajaran pelajar. Pentaksiran dilaksanakan secara
berterusan yang bersifat formatif melibatkan guru sepenuhnya dan memberi peluang kepada
pelajar untuk menunjukkan penguasaan mereka dalam kemahiran yang dipelajari, yang
tidak boleh ditaksir melalui ujian bertulis. Kaedah pentaksiran ini amat sesuai digunakan
untuk mentaksir kemahiran pelajar. Menurutnya lagi, pentaksiran sebagai pembelajaran
menggalakkan seseorang guru menggunakan kebijaksanaan untuk menilai kefahaman
pelajar dalam proses pembelajaran, dan seterusnya membuat perancangan untuk
memperbaiki pelajar. Contohnya dalam kelas Matematik, guru boleh menapis dan membuat
klasifikasi pelajar tentang tahap kebolehan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Pelajar menjalankan aktiviti, dan sebagai guru, kita menilai pada masa tersebut.

Elemen pentaksiran yang terbaik merangkumi prinsip asas pentaksiran bagi memastikan
pelaksanaan amalan pendidikan kea rah meningkatkan perkembangan pembelajaran murid.
antaranya ialah ruang lingkup pentaksiran yang luas. Hal ini kerana dalam pentaksiran
terdapat 2 jenis pentaksiran iaitu pentaksiran autentik dan pentaksiran tradisional.
Pentaksiran autentik memerlukan pelajar menganalisis, sintesis dan menggunakan apa
yang dipelajari dalam ruang lingkup yang lebih luas dan pelajar membentuk makna yang
lebih berkesan. Tidak dinafikan, pentaksiran tradisional yang direka bentuk dengan baik
seperti kuiz dan ujian juga berkesan menentukan sama ada pelajar telah memperoleh ilmu
pengetahuan atau tidak. Walaubagaimanapun, kebanyakan dalam pentaksiran tradisional
pelajar perlu mengingat kembali fakta atau idea yang diperolehi melalui teknik hafalan untuk
mencapai markah yang baik dalam ujian. Pentaksiran tradisional juga lebih berpusatkan
guru manakala pentaksiran autentik lebih berfokus kepada pelajar. Dalam penilaian
tradisional, pengetahuan dan penguasaan pelajar adalah terhad dan berfokus kepada ujian
yang dilaksanakan sahaja. Manakala dalam pentaksiran autentik jawapan adalah lebih
terbuka dan banyak pilihan seterusnya boleh mengembangkan penguasaan terhadap
sesuatu topik. Persamaan yang wujud antara kedua pentaksiran ini ialah struktur tugas yang
diberikan mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang mesti dipertimbangkan dalam
pemilihan dan pembinaan pentaksiran tersebut.

Selain itu, elemen yang terbaik juga boleh dilihat melalui tahap gred yang ditaksir. Sistem
gred berhasrat memberikan gambaran tentang pencapaian murid. Gred yang lebih baik
membawa erti pelajar telah menguasai sebahagian besar kandungan pelajaran. Penjelasan
tentang erti setiap gred adalah dinyatakan dalam gred norma. Gred yang baik ini mudah
ditafsirkan sebagai pencapaian pelajar mengikut kategori pencapaian. Menggunakan
bilangan kategori gred yang kecil dan lebih bermakna, berbanding dengan gred peratus
yang terdiri daripada terlalu banyak kategori. Seperti yang kita tahu, dalam Dokumen
Standard Kurikulum Pentaksiran telah disediakan Tahap Penguasan 1 hingga 6 yang perlu
murid kuasai. Oleh itu TP yang disediakan membolehkan guru-guru untuk merujuk murid itu
berada di tahap yang mana supaya keputusan yang diperolehi boleh memahamkan ibubapa
serta pentadbir di sekolah.

Selain itu juga, elemen pentaksiran yang terbaik juga melibatkan penggubal ujian atau
pengguna pentaksiran yang disaran. Hal ini bermakna aspek-aspek utama penggubal ujian
atau pengguna pentaksiran yang disaran dalam pentaksiran ialah instrumen iaitu bahan
yang inventori untuk membuat pantaksiran, kumpulan yang ditaksir iaitu murid,respon murid
atau dapatan daripada pentaksiran yang dibuat, kumpulan yang menaksir sama guru yang
berpengalaman atau orang biasa yang kurang pendedahan terhadap sesuatu bidang
tersebut yang perlu mengambil kira perbezaan kanak-kanakyang merangkumi latar
belakang, gaya pembelajaran, kadar pembelajaran dan ciri murid-murid. Pentaksiran
menyokong perkembangan dan pembelajaran murid-murid serta tidak mengancam
perasaan dan keselamatan psikologi mereka.

Selain daripada elemen pentaksiran yang terbaik, prinsip pentaksiran juga perlu dipatuhi
bagi menjadikan pentaksiran menjadi lebih berkesan untuk guru dan murid-murid. Menurut
James H. McMillan(2000), terdapat 3 prinsip pentaksiran iaitu jelas,boleh dipercayai dan
boleh dicapai dengan telus. Hal ini bermaksud pentaksiran yang dijalankan itu boleh
dipercayai untuk mengukur kefahaman murid tentang sesuatu topik seperti topik tambah dan
guru menilai soalan yang yang diberikan itu sesuai dengan tahap murid. Kedua adalah
konsisten. Konsisten bermaksud masa seseorang murid itu ditaksir. Pentaksiran
pembelajaran biasanya diadakan selepas suatu jangka masa tertentu, misalnya selepas
lapan minggu sesuatu kursus dijalankan.Tujuan pentaksiran ini adalah untuk melihat sejauh
mana objektif kursus telah tercapai, dan sejauh mana pengetahuan dan kemahiran telah
diperoleh oleh murid pada akhir sesuatu program. Maklumat berkenaan
pertumbuhan,perkembangan dan pembelajaran perlu direkodkan secara sistematik dan
kerap dan ketiga adalah inklusif dan adil. Hal ini bermakna pentaksiran yang dijalankan ini
sesuai dengan tahap murid dan guru tidak memilih murid kerana ada kepentingan yang lain.
Pentaksiran murid bukan bertujuan melabel dan membandingkan murid dengan murid yang
lain, tetapi untuk meningkatkan pembelajaran murid berkenaan. Istilah yng sering digunakan
untuk penaksiran seperti ini ialah Pentaksiran Autentik atau Pentaksiran secara formatif
( Formative assessment ). Ianya melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam
kelas secara efektif.

Suryah dan Haslinda (2009) pula menyatakan prinsip pentaksiran dalam bilik darjah
adalah pertama adalah dijalankan secara berterusan. Hal ini kerana murid yang usia
sekolah rendah antara 7 hingga 12 tahun ini merupakan individu yang sentiasa berubah-
ubah. Mereka mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Gangguan emosi dan tahap
keselesaan mereka terutamanya disebabkan oleh orang terdekat seperti rakan, ibu bapa,
guru malah binatang peliharaan boleh menjejaskan keputusan penilaian. Oleh itu,
pentaksiran ini perlu dibuat secara berterusan supaya perkembangan dapat direkod dengan
tepat. Kedua adalah mempunyai perancangan yang strategi dan instrument penilaian.
Perancangan, strategi dan instrument penilaian berbeza-beza sesuai dengan setiap tujuan
penilaian dan matlamat pembelajaran. Kriteria menilai perkembangan kanak-kanak perlu
sesuai dengan objektif kandungan pembelajaran. Sebagai contoh dalam tajuk tambah, ada
murid yang mampu menyelesaikan soalan pentaksiran hanya dengan menyelesaikan
menggunakan cara lazim. Tetapi ada murid yang perlu bahan bantu belajar iaitu bahan
konkrit untuk mengira soalan tambah itu. Bukan soal cepat atau lambat untuk murid itu
dapat jawapan tetapi pengetahuan dan kefahaman murid untuk memahami dan menguasai
tajuk tambah itu sendiri.

Prinsip ketiga yang perlu dititikberatkan untuk menjadikan pentaksiran itu terbaik adalah
mempunyai kriteria-kriteria penilaian perkembangan yang sesuai dengan objektif
pembelajaran. Hal ini kerana bagi memastikan murid mencapai tahap pengetahuan dan
kemahiran tertentu sebelum ke tahun berikutnya. Pentaksiran perlu merujuk Dokumen
Standard Kurikulum Pentaksiran digunakan. Oleh itu, perlunya senarai semak bagi
menyokong perkembangan murid-murid. Senarai semak adalah senarai item yang
disediakan untuk mengenalpasti perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran,
sikap dankebolehan. Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada
sesuatu tingkah laku atau ciri ada atau dapat diperhatikan, sesuatu perlakuan telah
dilakukan dan juga kekerapan sesuatu tingkah laku itu berlaku.Terdapat beberapa perkara
penting yang perlu diambil perhatian. Antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian
dalam penyediaan dan penggunaan senarai semak adalah yang pertamanya ia perlu
disediakan lebih awal sebelum permerhatian dibuat. Tingkah laku yang diperhatikan hanya
perlu dinyatakan dengan ringkas dan jelas. Senarai semak juga digunakan menilai tingkah
laku mudah dalam konteks semula jadi. Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai
semak. Item disusun mengikut peningkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan
tingkah laku yangakan diperlihatkan. Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali untuk
mendapatkan maklumat atau amalan yang lebih tepat dan kekal.

Seterusnya adalah perlu ada tindakan susulan. Dalam pentaksiran, guru boleh
mengunakan pelbagai kaedah untuk mendapatkan maklumat. Hasil pentaksiran terhadap
murid membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya
membantu guru memperkembangkan potensi murid sepenuhnya dalam domain kognitif,
afektif dan psikomotor. Selain itu juga, Ianya perlu dijalankan dengan penuh beretika, hak
asasi kanak-kanak perlu dicontohi. Hasil pentaksiran setiap murid tidak harus didedahkan
kepada oranglain, ia hanya boleh ditunjukkan kepada ibu bapa dan pihak tertentu sahaja.
Bukan itu sahaja, prinsip pentaksiran juga memberi peringatan bahawa hasil pentaksiran
tidak boleh digunakan untuk melabelkan kanak-kanak.Pada peringkat umur ini kebolehan
dan kemajuan murid amat dipengaruhioleh kadar pertumbuhan mereka. Melabelkan kanak-
kanak pada peringkat umur ini akan mempunyai kesan yang negatif dalam perkembangaan
kanak-kanak ini kelak. Kanak-kanak dalam peringkat ini memerlukan banyak motivasi, guru
perlu elakkan daripada melabelkan murid sebagai mendapat“ A ” atau “ B ” dan seterusnya.

You might also like