You are on page 1of 8

1.

0 BUTIRAN AM KURSUS KEPIMPINAN KOKURIKULUM 2019


Tajuk : Kursus Kepimpinan Kokurikulum 2019
Anjuran : Unit Kokurikulum Smk Taman Tasik
Dengan Kerjasama : YPC International College
Penasihat : Mohamad Zulkifli Bin Ahmad Kharman Shah
Pengerusi : Rohimah Binti Mat Idris
Naib Pengerusi : Nik Masniyana Bt Nik Ab.Majid
Setiausaha : Umi Hiddayathul Hayyat Binti Ismail
Bendahari : Marlah Halimah Binti Mamat
Tarikh Pelaksanaan : 16 Februari 2019 (Sabtu)
Masa : 7.30 Pagi – 1.30 Tengahari
Tempat : Dewan Ibnu Khaldun, Smk Taman Tasik
Jumlah Peserta : 134 Orang

2.0 PENDAHULUAN

Aktiviti Kokurikulum murid sekolah terdiri daripada 3 entiti utama yang wajib
dianggotai oleh murid. Penyertaan murid di dalam unit-unit kokurikulum diharapkan
dapat melahirkan modal insan yang dinamik dan efektif seiring dengan aspirasi dan
kehendak negara. Tujuan utama penganjuran kursus ini ialah untuk memberi
pendedahan kepada murid bagaimana mengendalikan operasi unit kokurikulum
masing-masing. Malah, kursus ini juga diharap dapat memberi panduan dan bekalan
kepada murid untuk menghadapi cabaran dalam memikul tugas dan tanggungjawab
sebagai seorang pemimpin.

Oleh yang demikian, program ini khususnya dirancang untuk meningkatkan


kemahiran dalam kepimpinan, pengetahuan dan menambah pengalaman serta
memantapkan murid. Maka wajarlah murid-murid yang menerajui dan membantu guru
penasihat iaitu Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha diberikan latihan dan
bimbingan untuk membantu mentadbir pergerakan badan beruniform, kelab dan
persatuan serta unit sukan dan permainan masing-masing.
3.0 OBJEKTIF

i. Membina dan mengukuhkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam


semua aktiviti kokurikulum.
ii. Membina dan mengukuhkan kemahiran kepimpinan dalam kalangan
murid agar menjadi pemimpin yang berwibawa dalam aktiviti
kokurikulum.
iii. Memperkembangkan potensi dan bakat murid ke arah peningkatan
pencapaian kokurikulum di peringkat sekolah, daerah, negeri,
kebangsaan dan antarabangsa.
iv. Memantapkan pengurusan unit kokurikulum bagi memastikan
penglibatan murid secara menyeluruh dan pengukuhan pembelajaran di
luar bilik darjah.
v. Mengukuhkan semangat perpaduan kaum di antara murid pelbagai
bangsa. (RIMUP)

4.0 LAPORAN AKTIVITI :

Kursus Kepimpinan Kokurikulum 2019 telah berjaya dilaksanakan mengikut


perancangan. Kursus dalaman ini dijayakan oleh Unit Kokurikulum dengan kerjasama
fasilitator YPC International College iaitu melibatkan peserta dari AJK tertinggi setiap
unit kokurikulum. Objektif dan matlamat kursus telah berjaya dicapai dengan
kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak. Seramai 134 peserta terlibat
sepanjang aktiviti ini berlangsung. Setiap aktiviti dan modul yang dikendalikan oleh
wakil YPC International College berjalan lancar kerana peserta memberikan
kerjasama yang sangat baik.

Perjalanan Kursus Kepimpinan ini telah dijalankan mengikut aturcara berikut:

MASA AKTIVITI TINDAKAN


07.30 – 08.00 Pendaftaran Peserta dan Taklimat Pen. Setiausaha
Kursus Kokurikulum
08.00 - 09.00 Ice Breaking / Amanah Seorang
Pemimpin
09.00 - 10.00 Modul 1 : Tugas dan Tanggungjawab
Modul 2 : Motivasi Kepimpinan
10.00- 10.20 REHAT/KUDAPAN

10.20 -11.30 Modul 3 : Tatacara Pengisian


BLAK/KAD PAJSK
Modul 4: Organisasi Bahan &
Perancangan Aktiviti (LDK)

11.30 – 12.30 Perbentangan / Perkongsian

12.30 – 1.00 Refleksi dan Amanat Kokurikulum PK Kokurikulum


Penutup Semua Penyelaras

5.0 PENILAIAN

5.1 RUMUSAN PENYERTAAN MURID:

Bilangan Melayu Cina India Lain-lain Jumlah


Lelaki Lelaki 35 - 6 5 1 47
Perempuan 62 13 11 - 1 87
Jumlah 97 19 16 2 134

5.2 KEKUATAN :

i. Memupuk kerjasama dalam kalangan peserta


Kerjasama antara para peserta dalam mengikuti program ini menjadi kekuatan
yang paling utama. Tanpa kerjasama antara para peserta ini sudah pasti aktiviti
ini tidak dapat dijalankan tepat pada masanya.
ii. Memupuk sifat kepimpinan
Kekuatan yang lain wujud sepanjang proses menjayakan program ini ialah
kepimpinan antara satu sama lain. Setiap ahli kumpulan memainkan peranan
masing-masing dan saling bantu-membantu dalam setiap aktiviti yang
dijalankan. Ini dapat membina dan mengukuhkan kemahiran kepimpinan dalam
kalangan murid agar menjadi pemimpin yang berwibawa dalam aktiviti
kokurikulum.

iii. Membina disiplin


Program-program seperti ini dapat membina disiplin peserta dalam
melaksanakan dan menjayakan program. Sepanjang program ini berjalan,
tidak ada masalah tingkah laku yang melibatkan disiplin peserta. Peserta tidak
perlu diingatkan setiap masa untuk mengetahui apa yang sepatutnya dilakukan
dan sepatutnya tidak harus dilakukan.

iv. Lain-lain
 Dapat menggalakkan murid melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum
yang diadakan di setiap peringkat, sama ada peringkat sekolah
sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.
 Memantapkan pengurusan unit kokurikulum bagi memastikan
penglibatan murid secara menyeluruh dan pengukuhan pembelajaran di
luar bilik darjah.
 Mengukuhkan semangat perpaduan kaum di antara murid pelbagai
bangsa.(RIMUP)

5.3 KELEMAHAN
 Terdapat murid yang memegang lebih dari satu jawatan di dalam unit
yang berbeza. Tempat murid tersebut tidak diganti oleh unit berkenaan
menyebabkan tiada wakil dari unit yang berkenaan.
 Tempoh masa aktiviti kursus terlalu singkat menyebabkan pengisian
aktiviti terpaksa dipadatkan dan kursus tamat sedikit lewat.
6.0 CADANGAN
 Setiap unit harus lebih bertanggungjawab untuk mengenalpasti perserta
kursus dan menguruskan borang-borang yang diedarkan sebelum
kursus.
 Semakan pra kehadiran boleh dilakukan sehari sebelum tarikh kursus
dengan mengadakan taklimat ringkas kepada murid terlibat.
 Tempoh kursus dipanjangkan lagi bagi mendedahkan peserta dengan
aktiviti kepimpinan yang lebih banyak.

7.0 PENUTUP
Secara keseluruhan, Kursus Kepimpinan Kokurikulum 2019 ini berlangsung
dengan lancar dan sempurna dengan peratus kehadiran para peserta meningkat
kepada 62.6% berbanding tahun lepas iaitu hanya 52.3%. Semua pihak yang terlibat
terutamanya ahli jawatankuasa telah memberikan kerjasama dan komitemen yang
memberangsangkan bagi menjayakan program ini. Penglibatan guru-guru, para
peserta serta fasilitator jemputan yang lain amat memuaskan dari awal sehingga
berakhirnya program ini berlangsung. Sesungguhnya, program seperti ini wajar
diadakan serta dijadikan program tahunan sekolah memandangkan program ilimiah
ini sangat berguna untuk memupuk kepimpinan serta mendedahkan cara pengurusan
unit kokurikulum masing-masing dengan baik dalam kalangan peserta.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(PN.UMI HIDDAYATHUL HAYYAT BT. ISMAIL) (PN. ROHIMAH BT MAT IDRIS)


Setiausaha Penolong Kanan Kokurikulum
Kursus Kepimpinan Kokurikulum 2019 SMK Taman Tasik

Disahkan oleh,

(MOHAMAD ZULKIFLI BIN AHMAD KHARMAN SHAH)


Pengetua
SMK Taman Tasik
KURSUS KEPIMPINAN KOKURIKULUM 2019

PESERTA-PESERTA KURSUS
KEPIMPINAN KOKURIKULUM
2019

ANTARA AKTIVITI LDK YANG


DIJALANKAN DI DALAM DEWAN

KERJASAMA DARI UNIT KAUNSELING


TAKLIMAT CIRI-CIRI KEPIMPINAN OLEH

KAUNSELOR

ANTARA AKTIVITI LDK YANG DIJALANKAN DI LUAR


DEWAN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN TASIK, AMPANG

LAPORAN KURSUS KEPIMPINAN


UNIT-UNIT KOKURIKULUM
PERINGKAT SEKOLAH 2019

TARIKH
16 FEBRUARI 2019
(SABTU)

TEMPAT
DEWAN IBNU KHALDUN

You might also like