You are on page 1of 16

TUGASAN A (I): PENULISAN ESEI

1.0 PENGENALAN

Kokurikulum merupakan suatu aktiviti dan pengalaman pendidikan yang


dilaksanakan diluar bilik darjah. Menurut Abd.Alim (1995), aktiviti kokurikulum
merupakan kesinambungan dan pengukuhan kepada program atau aktiviti
pembelajaran di bilik darjah atau kurikulum. Kegiatan kokurikulum sesungguhnya
penting untuk membantu melengkapi dan memperkukuhkan proses
pembelajaran di dalam bilik darjah, di samping itu ianya dapat menunjukkan
perubahan tingkah laku dan banyak mempengaruhi sahsiah murid. Justeru itu,
Kementerian Pelajaran telah mewajibkan semua sekolah melaksanakan aktiviti
kokurikulum dan setiap pelajar pula ditegaskan untuk melibatkan diri dalam
setiap aktiviti yang telah diprogramkan.

2.0 KONSEP PENGURUSAN KOKURIKULUM, STRATEGI PELAKSANAAN


KOKURIKULUM DI SEKOLAH DAN PENGURUSAN AKTIVITI
KOKURIKULUM DI SEKOLAH

2.1 KONSEP PENGURUSAN KOKURIKULUM

Pengurusan kokurikulum merupakan komponen yang penting dalam


menggerakkan aktiviti kokurikulum. Kefahaman tentang pengurusan
kokurikulum penting kepada golongan pendidik untuk melaksanakan
aktiviti kokurikulum dengan lebih berkesan. Menurut Ab. Alim Abdul
Rahim (1994), konsep pengurusan kokurikulum berhubungkait dengan
konsep mengurus dan mentadbir. Mengurus membawa maksud
perbuatan atau hal mengurus sesuatu (Kamus Pelajar Bahasa Malaysia
Edisi Kedua, 2015). Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2014),
maksud mentadbir ialah urusan mengelola atau menjalankan sesuatu
tugas. Menurut Razali Arof (1991) pengurusan merupakan aktiviti yang
dilakukan dalam menentukan langkah-langkah kejayaan mengenai

1
sesuatu projek untuk membolehkan pencapaian yang maksimum
terhadap objektif projek tersebut. Jadi, pengurusan kokurikulum boleh
diertikan sebagai aktiviti yang dilakukan bagi menentukan langkah-
langkah kejayaan dan aktiviti yang diambil supaya objektif dan matlamat
kokurikulum yang ditentukan tercapai pada tahap yang maksimum dan
sepenuhnya (Mohd Ridzuan, 2011).

Kegiatan kokurikulum adalah satu bidang pembelajaran yang


berasaskan pelbagai gerak kerja terancang dan perlu dilakukan dalam
masa persekolahan (Ibrahim, 2001). Aktiviti kokurikulum boleh dijalankan
di dalam atau di luar bilik darjah seperti unit beruniform, persatuan dan
kelab, dan sukan dan permainan. Kokurikulum penting bagi mewujudkan
pendidikan yang bersepadu untuk mencapai matlamat pendidikan. (Nor
Suhara Fadzil & Jamil Ahmad, 2010). Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Persatuan Sekolah) 1998 telah menggariskan pelbagai peraturan dan
panduan bagi memastikan pelaksanaan kokurikulum di sekolah tersusun
dan seragam. Pelaksanaan kokurikulum di sekolah perlulah berlandaskan
akta dan peraturan yang dikuatkuasakan serta surat pekeliling ikhtisas
yang diedarkan dari masa ke masa.

2.2 MATLAMAT AKTIVITI KOKURIKULUM

Menurut James Ang Jit Eng (2016), matlamat yang paling utama dalam
kokurikulum adalah ingin merealisasikan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Selain itu, melalui aktiviti
kokurikulum juga murid dapat menanam sifat kepimpinan dalam diri
mereka melalui aktiviti-aktiviti dalam unit beruniform, persatuan, kelab dan
sukan. Nilai-nilai kemasyarakatan juga dapat dipupuk apabila ahli-ahli
dalam persatuan berinteraksi secara langsung dan tidak langsung dalam
setiap aktiviti yang dilaksanakan dalam persatuan berkenaan.

2
Seterusnya, aktiviti kokurikulum dapat menyemai perasaan
muhibah, perpaduan dan integrasi nasional di kalangan pelajar. Hal ini
kerana, aktiviti kokurikulum ini disertai oleh pelbagai bangsa. Pelajar
daripada pelbagai bangsa ini akan berinteraksi sesama sendiri dan hal ini
akan mewujudkan semangat kekitaan dalam diri mereka. Kegiatan-
kegiatan kokurikulum dapat meningkatkan disiplin pelajar melalui
peraturan-peraturan yang dijalankan semasa pelaksanaan aktiviti
tersebut. Contohnya, ahli jawatankuasa yang dilantik dalam persatuan
perlu menggalas tanggungjawab dengan amanah dan hal ini dapat
mendisiplinkan diri mereka.

Di samping itu, pengalaman yang menyeluruh dan keseimbangan


dengan pendidikan formal dapat dirasai oleh pelajar melalui aktiviti
kokurikulum yang dijalankan. Penyertaan mereka dalam setiap aktiviti
yang diadakan dapat meluaskan pengalaman dan pengetahuan mereka.
Selain itu, kegiatan kokurikulum dapat menyumbangkan usaha membina
iklim dan budaya sekolah yang segar dan sihat agar murid-murid tidak
bosan untuk ke sekolah. Pelajar juga dapat mengisi masa lapang dengan
aktiviti kokurikulum yang dijalankan.

Perimbangan antara perkembangan intelek dengan perkembangan


jasmani, rohani dan emosi dapat dicapai melalui kegiatan kokurikulum.
Dalam hal ini, pelajar dapat melepaskan stres belajar dengan melakukan
aktiviti yang menyeronokkan semasa kokurikulum. Seterusnya, nilai-nilai
pendidikan dalam gerak kerja kokurikulum dapat disemai.

3
2.3 STRATEGI PELAKSANAAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH

Pelaksanaan kokurikulum di sekolah dapat dijalankan dengan jayanya


melalui strategi yang tertentu (Ab. Alim Abdul Rahim, 1994). Murid perlu
melibatkan diri secara aktif sama ada secara individu atau berkumpulan
dalam setiap aktiviti kokurikulum. Seterusnya, gerak kerja kokurikulum
dirancang dengan teliti menggunakan kaedah Management by Objective
(MBO). Misalnya untuk mengatasi masalah pelajar yang tidak hadir dalam
kegiatan kokurikulum, guru perlu menggunakan strategi yang sesuai agar
penglibatan pelajar dapat dipertingkatkan (Hassan Bin Hushin & Suhaimi
Bin Ramli, 2008).

Gerak kerja kokurikulum yang telah dijalankan perlu dicatat untuk


melicinkan perjalanan pengurusan kokurikulum. Murid yang terlibat aktif
dalam kegiatan kokurikulum perlu diberi penghargaan dalam pelbagai
bentuk untuk menaikkan semangat mereka agar sentiasa aktif dalam
menceburi bidang kokurikulum. Seterusnya, menubuhkan Jawatankuasa
Bimbingan Pelajar Sekolah (JBPS) untuk memantau dan menyelia
pelaksanaan kegiatan kokurikulum. Seterusnya, penglibatan Persatuan
Ibu Bapa dan Guru (PIBG), masyarakat setempat dan agensi luar penting
dalam memberi sokongan seperti bantuan kewangan. Peruntukan
kewangan sekolah akan diberikan kepada setiap persatuan berpandukan
aktiviti yang dijalankan.

Peralatan yang perlu digunakan dalam kegiatan kokurikulum perlu


disediakan dengan membeli alatan tersebut atau meminta sumbangan
daripada pihak luar. Seterusnya, mewujudkan atau mengemaskan sistem
rumah dan mengadakan jadual tahunan kegiatan rumah yang tersusun
rapi. Aktiviti-aktiviti seperti sukan tara, merentas desa, walkaton,
perkhemahan yang boleh disertai oleh semua murid diadakan di setiap

4
sekolah. Guru-guru juga akan dihantar ke kursus kegiatan kokurikulum
mengikut bidang masing-masing.
2.4 PENGURUSAN AKTIVITI KOKURIKULUM DI SEKOLAH

Pengurusan aktiviti kokurikulum di sekolah adalah di bawah penyeliaan


Pengetua atau Guru Besar. Mereka berperanan sebagai Penolong
Pendaftar dan perlu menubuhkan Organisasi Pengurusan Kokurikulum
Sekolah bagi membantu pemantauan, penilaian, membaiki,, dan
mencemerlangkan aktiviti kokurikulum sekolah. Semasa membentuk
organisasi ini beberapa perkara pelu diambil kira agar ia dapat
memberikan faedah kepada pelajar dan sekolah seperti fungsi dan
tanggungjawab setiap ahli, kekerapan mengadakan mesyuarat,
pembentukan jawatankuasa kecil, pelaporan berkala dan dokumentasi.

5
TUGASAN A (II): PERANCANGAN KERTAS KERJA

3.0 PERANCANGAN KERTAS KERJA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KAMPUS IPOH
31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN

KERTAS KERJA:
PERTANDINGAN FOTOGRAFI MENGENAL IPOH
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
MPU3031

KELOLAAN:

PELAJAR PISMP SEM 2 MAJOR BAHASA MELAYU


SEMESTER 2 (UNIT R)

TARIKH: 10 APRIL HINGGA 14 APRIL 2017

6
TEMPAT: SEKITAR IPOH, PERAK.
1.0 PENGENALAN

Pertandingan fotografi ini merupakan satu aktiviti yang amat baik dan sesuai
untuk mengisi masa lapang mahasiswa guru di Institut Pendidikan Guru Kampus
Ipoh (IPGKI). Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mengasah bakat
mahasiswa dan mahasiswi IPG Kampus Ipoh yang berminat dalam bidang
fotografi. Pertandingan ini juga dapat memberikan peluang kepada para pelajar
yang berminat dalam dunia penggambaran untuk menceritakan pengalaman-
pengalaman mereka sepanjang berada di Ipoh, Perak melalui gambar-gambar
yang menarik. Hal ini sangat berketepatan dengan sikap generasi kini yang suka
berswafato lalu di muat naik dalam laman sosial. Oleh sebab itu, hasil daripada
pertandingan ini diharapkan mahasiswa dapat berkongsi pengalaman mereka
sepanjang berada di Ipoh melalui gambar-gambar yang telah diambil.

2.0 RASIONAL

2.1 Kurang pertandingan fotografi di IPG.


2.2 Penyediaan platform yang terbatas.
2.3 Ramai pelajar yang sering melepak.
2.4 Pelajar malas melibatkan diri dalam aktiviti.
2.5 Pelajar kurang mengetahui tempat menarik di Ipoh.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang kreatif dalam bidang fotografi.
3.2 Mencungkil dan memantapkan kemahiran serta bakat yang ada.
3.3 Mengisi masa lapang pelajar dengan perkara yang berfaedah.
3.4 Menggalakkan pelajar bergiat aktif dalam kehidupan seharian.

7
3.5 Memperlihat keindahan bumi Ipoh.

4.0 MATLAMAT

Memaksimumkan penggunaan kepakaran mahasiswa selaras dengan


Transformasi Nasional 2050 (TN50).

5.0 JAWATANKUASA INDUK

Penaung : Haji Kamarulizham bin Hazizi


Pengarah,
Institut Pendidikan Guru,
Kampus Ipoh.

Penasihat program : En. Zulkiply Bin Mohd Nor


Ketua Unit Kokurikulum
Institut Pendidikan Guru,
Kampus Ipoh.

Pensyarah Penasihat : Encik Yusri Mat Johor


Pengerusi : Wan Nadiah binti Sazali

Setiausaha : Norhafizah binti Ahmad Kamal

Bendahari : Nur Syafinaz binti Abdullah

6.0 TARIKH / TEMPOH

Tempoh pertandingan ini akan berlangsung pada 10 April hingga 14 April 2017.

7.0 TEMPAT

8
Sekitar Ipoh, Perak.
8.0 KUMPULAN SASARAN

Mahasiswa Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.

9.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

Rujuk lampiran 1

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Rujuk lampiran 2

11.0 SUMBER KEWANGAN

Kelab Fotografi

9
12.0 PENUTUP

Diharapkan kertas cadangan ini diterima dan mendapat pertimbangan yang


sewajarnya daripada tuan. Persetujuan, kerjasama, keprihatinan dan sokongan
daripada tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………...... ....................................................
(NORHAFIZAH BINTI AHMAD KAMAL) (EN. YUSRI BIN MAT JOHOR)
Setiausaha Kelab FotografI, Pensyarah Unit Kokurikulum,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.

Disokong oleh, Diluluskan oleh,

………………………………… .......................................................
(EN. ZULKIPLY BIN MOHD NOR) (HJ. KAMARULIZHAM BIN HAZIZI)
Ketua Unit, Pengarah,
Unit Kokurikulum, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.
Institut Pendidikan Guru
Kampus Ipoh.

10
LAMPIRAN 1

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN:

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua mahasiswa IPG Kampus Ipoh.


2. Foto yang dihasilkan mestilah bertemakan “Mengenal Ipoh”
3. Peserta hanya dibenarkan menghantar tiga (3) keping foto sahaja.
4. Foto yang dihantar hendaklah menepati tema pertandingan, karya asli dan foto
yang diciplak sama ada sebahagian atau sepenuhnya dari mana-mana sumber
secara elektronik atau cetak akan dibatalkan.
5. Semua foto hendaklah dicetak di atas kertas berkualiti berukuran 11R dan di
bahagian belakang perlu dinyatakan Tajuk, Nama Penuh, No.Kad Pengenalan,
dan Nombor Telefon.
6. Penyertaan boleh dihantar melalui emel (pijakamal@gmail.com) dalam format
foto adalah Large JPEG.
7. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap tindakan yang mungkin
diambil oleh mana-mana pihak terhadap karya foto yang diciplak.
8. Hanya foto yang diambil pada tarikh tempoh pertandingan sahaja akan dinilai.
9. Keputusan pengadil adalah muktamad.

11
LAMPIRAN 2

ANGGARAN PERBELANJAAN PERTANDINGAN FOTOGRAFI


MENGENAL IPOH

PERKARA HARGA /UNIT JUMLAH CATATAN

Hadiah Tempat Pertama: RM 300 RM 600 Wang Kelab


beserta sijil Fotografi
Tempat Kedua: RM 200
beserta sijil
Tempat Ketiga: RM 100
beserta sijil

Jumlah RM 600

12
LAMPIRAN 3

PERTANDINGAN FOTOGRAFI
IPG KAMPUS IPOH

Tema: “Mengenal Ipoh”

(Borang Penyertaan)

Perhatian:

Sila gunakan satu borang untuk setiap penyertaan.

Nama penuh [seperti dalam KP]: No. Rujukan foto: ……………….

……………………………………………………………………………………….....................

No. KP [Baru]: ………………………. Umur: ……………….............

Tarikh Lahir: ………………………… Jantina: ……………………...

Alamat surat menyurat:


............................................................................................................................................
.
............................................................................................................................................
.
………………………………………………………………………………………………………

Telefon [P]: …………………………........... [R]: ……………………….........

[H/P]: ……………….

Alamat e-mel: ……………………………………

13
Adalah saya dengan ini mengaku bahawa idea dan hasil karya foto yang saya
sertakan dalam pertandingan ini adalah hasil usaha saya sendiri yang asli dan
tidak pernah diterbitkan, disiarkan, digunakan, ditiru, diciplak, atau diambil
daripada mana-mana pihak atau hasil kerja orang lain. Saya juga akan
bertanggungjawab sepenuhnya jika terdapat sebarang tuntutan atau apa jua
bentuk tindakan daripada mana-mana pihak terhadap saya yang berkaitan karya
ini.

Tandatangan,

…..…………………
( )

Tarikh: Tarikh diterima:

14
4.0 REFLEKSI

Saya telah melaksanakan aktiviti kumpulan melalui penyediaan kertas kerja


bersama-sama dengan rakan saya. Kami telah memilih untuk membuat kertas
kerja bagi pertandingan fotografi. Sepanjang menjalankan perancangan kertas
kerja, saya telah belajar banyak perkara yang perlu diberi perhatian semasa
menyediakan kertas kerja seperti matlamat, objektif, dan rasional dalam
mengadakan sesuatu aktiviti.

Di samping itu, dalam proses menyediakan kertas kerja ini saya telah
melihat sendiri kertas kerja pertandingan fotografi yang sebenar untuk dijadikan
rujukan. Saya juga telah belajar untuk membuat borang penyertaan bagi
pertandingan fotografi dan juga syarat-syarat yang perlu diikuti oleh para
peserta. Selain itu, saya dan rakan saya juga telah membuat poster
pertandingan fotografi menggunakan PowerPoint untuk diletakkan di lampiran
kerja kursus.

Saya bersyukur dan berpuas hati kerana sepanjang menyiapkan kertas


kerja yang dirancang, rakan saya telah memberikan kerjasama yang baik. Rakan
saya melibatkan diri secara aktif dan banyak menyumbang idea dan pendapat
yang bernas. Dia juga sedia menerima arahan dan teguran daripada saya dalam
penyediaan kertas kerja ini agar dapat disiapkan dengan cemerlang.

15
5.0 RUMUSAN

Kegiatan kokurikulum di sekolah sangat penting dalam proses pengimbangan


dan pembentukan kesepaduan pelajar dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek,
dan sosial seperti mana yang telah digariskan oleh FPK. Sebilangan besar
masyarakat hanya memberi penekanan kepada aspek peperiksaan semata-mata
dan mengabaikan aspek lain. Hal ini telah memberi tekanan kepada pelajar dan
pihak sekolah untuk mencapai kecemerlangan akademik yang diharapkan oleh
masyarakat. Tidak dinafikan bahawa kecemerlangan akademik sangat penting
demi masa depan pelajar namun aspek kokurikulum juga dapat membantu
dalam pencapaian pelajar secara menyeluruh. Oleh itu, masyarakat haruslah
mengubah persepsi mereka terhadap kecemerlangan pendidikan dengan melihat
kepada aspek yang lebih meluas meliputi kecemerlangan akademik dan
kokurikulum.

Selain itu, penyediaan kertas kerja adalah satu perkara penting yang perlu
disediakan dalam apa jua program yang ingin dilaksanakan. Kertas kerja yang
lengkap akan membantu membuat keputusan yang lebih efektif bergantung
kepada tujuan kertas kerja itu dinilai (Chek Mat, 2005). Penyediaan kertas kerja
juga membantu dalam mencari dan mendapatkan sokongan kewangan daripada
pelbagai pihak. Secara keseluruhannya, kertas kerja ini membantu dalam
melaksanakan sesuatu program yang berkualiti dan dapat berjalan dengan
lancar.

16

You might also like