You are on page 1of 9

TAJUK ESEI:AKAUNTABILITI GURU KETIKA MENJALANKAN AKTIVITI KOKURIKULUM

Pengenalan Sejajar dengan Matlamat Konseptual Pendidikan Guru iaitu mengembangkan potensi guru secara seimbang dan bersepadu dari segi rohani ,emosi,intelek & jasmani.Dengan memberi pengkhususan terhadap aspek jasmani seseorang guru,matlamat ini dapat tercapai dengan penglibatan guru secara aktif dalam pengurusan aktiviti kokurikulum.Kajian menunjukkan bahawa salah satu sebab pelajar kurang gemar menyertai aktiviti kokurikulum ialah kekurangan guru yang berkemahiran dalam pengurusan aktiviti kokurikulum.Tidak dapat dinafikan bahawa seorang guru yang berkaliber seharusnya menunjukkan akauntabilitinya ketika menjalankan aktiviti kokurikulum. Akauntabiliti Guru Pengertian Akauntabiliti Guru juga merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan para guru adalah terhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi guru tersebut. Seorang guru harus mempunyai akauntabiliti terhadap profesionnya iaitu dalam dalam bidang keguruan .Menurut kamus Dwibahasa,perkataan akauntabiliti dihuraikan sebagai bertanggungjawab kepada seseorang atau bertanggungjawab terhadap sesuatu.Menurut Tan Sri Ahmad Sarji pula , konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut.(Ah Meng Ee,1988).Dari segi konteks keguruan ,akauntabiliti boleh dirumuskan sebagai

bertanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti Guru Dalam Beberapa Aspek Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi beberapa aspek iaitu akauntabiliti terhadap bidang pekerjaan ,akauntabiliti terhadap sekolah, akauntabiliti terhadap tingkah laku kendiri ,akauntabilit terhadap pelajar serta akauntabiliti terhadap profesion keguruan (Mok Soon Sang,2010). Sebagai seorang pendidik,guru bertanggungjawab terhadap pekerjaannya ,iaitu akauntabiliti terhadap kurikulum yang dia ditugaskan untuk

melaksanakannya.Oleh itu,guru seharusnya memahami kurikulum sekolah secara mendalam

supaya dapat melaksanakannya dengan sempurna tanpa sebarang kesilapan.Pada masa yang sama,sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas.Justeru,guru bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan oleh pentadbiran sekolah.Sebagai seorang ahli dalam sebuah sekolah,guru mempunyai akauntabiliti terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah.Dalam hal ini,selain tugas mengajar di dalam kelas,guru dikehendaki menjalankan tugas-tugas yang lain seperti sebagai guru disiplin ,kaunselor,setiausaha peperiksaan ,pengerusi skim pinjaman buku teks dan jawatan-jawatan lain yang dilantik oleh pihak pentadbiran sekolah. (Mok Soon Sang,2010) Di samping itu,akauntabiliti guru terhadap tingkah laku kendiri meliputi peranan guru sebagai contoh teladan kepada murid-murid.Oleh itu,guru seharusnya sentiasa berpakaian kemas,berkelakuan baik,bersopan santun ,berbudi bahasa ,sentiasa menepati masa ,rajin dan mempunyai sikap positif terhadap tugas-tugas yang diamanahkan.Pendek kata guru seharusnya berkelakuan seperti guru,berpakaian seperti guru,bertindak seperti guru dan bertutur seperti guru.Guru juga mempunyai akauntabiliti terhadap anak muridnya.Sebagaimana yang kita ketahui ,tugas dan tanggungjawab guru tidak hanya terhad kepada penyampaian ilmu pengetahuan dalam bilik darjah sahaja,tetapi juga meliputi pembentukan sahsiah muridmurid.Ini meliputi berbagai-bagai aspek perkembangan potensi dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani supaya murid murid menjadi insan yang berilmu pengetahuan,bermoral tinggi ,harmonis dan seimbang.Oleh itu guru mempunyai akauntabiliti terhadap taraf pencapaian,kemajuan serta kelakuan murid-murid yang diajarnya.(Mok Soon Sang,2010) Sebagai seorang yang professional,guru juga mempunyai akauntabiliti terhadap profesionnya.Guru hendaklah sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.Guru tidak patut bertingkah laku kurang sopan terhadap pelajarnya kerana perbuatan ini boleh menjatuhkan darjat profesion perguruan.(Ah Meng Ee,1988).Selain itu,guru juga hendaklah mengelakkan diri daripada menerima sebarang hadiah dari ibu bapa pelajar dalam menjalankan tugas-tugas profesionnya.Guru hendaklah mengelakkan daripada mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan diri,masyarakat dan Negara.Amalan-amalan tersebut menunjukkan akauntabiliti guru terhadap profesion perguruan.

Aktiviti Kokurikulum Aktiviti kokurikulum merupakan kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.Aktiviti ini merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja terancang.Menurut Mohd Sufian(2002),aktiviti kokurikulum merupakan aktiviti berstruktur di luar bidang akademik.Selain itu,ia juga merupakan satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara harmonis dari segi intelek,rohani,emosi & jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan Kegiatan sukan merupakan satu elemen penting ke arah pertumbuhan kecerdasan kendiri individu yang meliputi aspek fizikal, mental, sosial dan emosi yang di wajibkan di setiap

sekolah,( Prof. Madya Dr. Azizi Hj. Yahaya ,Shahrin hashim ,Yusof Abd Muthalib Noordin Hj. Yahaya ,2009) Aktiviti kokurikulum merupakan satu alat bagi memenuhi hasrat pendidikan negara iaitu bagi menyatupadukan pelajar berbilang kaum.Di samping itu,aktiviti kokurikulum memberi peluang kepada murid bagi menambah,mengukuh dan mengamalkan pengetahuan ,kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah.Bukan itu sahaja,aktiviti kokurikulum dapat menyemai ,memupuk dan menanam perasaan kekitaan di antara murid berbagai-bagai kaum.Contohnya melalui aktiviti berkumpulan yang dijalankan seperti perkhemahan. (Ah Meng Ee,1988)Sifat sifat seperti bertanggungjawab ,berdisiplin ,berdikari dan kemahiran dalam satu lapangan akan dapat dipupuk. Aktiviti kokurikulum boleh dikategorikan kepada empat komponen iaitu pasukan unit beruniform/pakaian seragam,sukan dan permainan ,kelab dan persatuan serta lain lain aktiviti seperti pasukan askar wataniah.Contoh bagi pasukan unit beruniform ialah Kadet Remaja Sekolah,Persatuan Malaysia.Manakala Pandu contoh Puteri,Persatuan bagi kelab dan Pengakap persatuan dan ialah Persatuan Persatuan Puteri Sains Islam dan

Matematik,Persatuan Pencinta Alam,Persatuan Rekseasi dan Persatuan Bahasa.Bagi sukan dan permainan pula terdiri daripada Kelab Catur,Persatuan Permainan Tradisional,Persatuan Badminton serta Persatuan Hoki.

Akauntabiliti Guru Semasa Menjalankan Aktiviti Kokorikulum


Akauntabiliti Guru Dalam Pengurusan Kokurikulum

Guru seharusnya menunjukkan akauntabilitinya terhadap murid ketika melaksanakan aktiviti kokurikulum.Hal ini bagi menarik minat untuk melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.Rancangan dan pengendalian sesuatu aktiviti kokurikulum merupakan elemen penting dalam mencapai matlamat sesbuah persatuan ,kelab atau pun sukan.Seorang guru seharusnya merancang aktiviti kokurikulum sekolah dengan sebaiknya.Jadual pelaksanaan bagi jangka masa panjang dan jangka masa pendek sewajarnya disediakan agar aktiviti kokurikulum dapat dilaksanakan dengan sistematik.Mesyuarat bagi sesuatu persatuan atau unit seharusnya diadakan sekurang-kurangnya 2 tahun sekali.Selain itu,bagi memastikan

kelangsungan perjalanan aktiviti kukurikulum tersebut,laporan tahunan juga seharusnya disediakan bagi menilai aktiviti kokurikulum yang telah diadakan sepanjang tahun tersebut. Sekiranya seorang guru ingin mendapatkan pelepasan bertugas,beliau dikehendaki mendapat kebenaran daripada pihak atasan.Selain itu,guru bertanggungjawab terhadap keselamatan murid murid yang berada di bawah jagaan mereka.Pastikan guru sentiasa bersama dengan murid ketika aktiviti kokurikulum dijalankan.Bukan itu sahaja,pelaksanaan aktiviti hendaklah mematuhi masa yang ditetapkan.Arahan gerak kerja yang dikeluarkan seharusnya jelas supaya tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini seperti kecederaan dan sebagainya.Sebelum membawa pelajar keluar untuk menyertai sebarang aktiviti,kertas kerja harus disediakan bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan perbelanjaan yang diperlukan serta tuntutan perjalanan mengikut kadar yang ditetapkan.Seorang guru yang mempuyai akauntabiliti terhadap pelajar semasa menjalankan aktiviti kokurikulum tidak akan mengambil kesempatan terhadap pelajar . Di samping itu,seorang guru juga bertanggungjawab terhadap penggunaan peralatan inventori sekolah semasa pengendalian aktiviti kokurikulum.Segala peralatan yang telah digunakan seharusnya dipulangkan dalam keadaan yang baik .Sekiranya seseorang guru itu dipilih bagi menghadiri sesuatu kursus berkaitan aktiviti kokurikulum,permainan atau pengendalian kokurikulum,beliau seharusnya menunujukkan akauntabilitinya dengan

menunjukkan penyertaan yang aktif dalam kursus tersebut.Adalah menjadi suatu kesalahan

sekiranya guru tidak menghadiri kursus tanpa alasan yang munasabah dan tindakan yang sepatutunya akan dikenakan ke atas guru tersebut.
Peranan Guru Dalam Unit Beruniform

Semasa mengendalikan sesbuah unit beruniform,seorang guru juga sewajarnya menunjukkan akauntabilitinya sebagai seorang guru.Seorang guru yang bertanggungjawab akan merancang strategi penglibatan unit beruniform yang dikendalikannya.Sebagai

contoh ,bagi membuat penambaikan terhadap Persatuan Pengakap ,guru telah mengadakan perkhemahan di peringkat serantau dengan menggabungkan penglibatan ahli pengakap dari serata dunia.Melalui program sebegini,pelajar dapat menimba banyak pengalaman baru dan berkongsi pendapat dengan ahli pengakap dari luar negara.Walaupun demikian,sekiranya guru tidak menunjukkan akauntabilitinya sebagai seorang guru ketika menjalankan aktiviti kokurikulum,aktiviti seumpama ini tidak akan dapat dilaksanakan .
Peranan Guru Dalam Kelab Dan Persatuan

Semasa mengendalikan kelab dan persatuan,seorang guru yang berakauntabiliti perlu menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti persatuan yang bercorak akademik.Selain itu,seorang guru juga harus memastikan pelaksanaan program kelab/persatuan berjalan mengikut jadual.
Peranan Guru Dalam Sukan Dan Permainan

Semasa mengendalikan sukan dan permainan,seorang guru yang berakauntabiliti perlu membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang akan digunakan.Selain itu,guru juga sewajarnya memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing.Seorang guru juga perlu merancang ,melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan di semua peringkat.Seorang guru perlu membantu merancang takwim sukan dan permainan

sekolah.Guru juga perlu menguruskan pemilihan peserta sukan untuk mewakili sekolah di samping mengawal dan menilai setiap kegiatan sukan dan permainan supaya .mencapai matlamat .

Akauntabiliti Guru Dalam Pembentukan Sahsiah Pelajar Ketika Menjalankan Aktiviti Kokurikulum

Bukan

itu

sahaja,guru

juga

seharusnya

menunjukkan

akauntabilitinya

dalam

pembentukan sahsiah pelajar semasa aktiviti kokurikulum dijalankan.Seorang guru seharusnya menyemai semangat 1 Malaysia dalam diri pelajar.Salah satu inisiatifnya adalah melalui program 1 Murid 1 ,Sukan di mana semua pelajar dilibatkan tanpa ada sebarang pengecualian. Bangsa dan agama seseorang pelajar tidak boleh dijadikan alasan untuk kita tidak berlaku adil terhadap pelajar. Hal ini kerana, sebagai guru kita ditugaskan untuk mendidik mereka dan bukannya menilai mereka dari sudut atau faktor yang lain. Setiap murid mempunyai perbezaan dari segi agama, bangsa, keturunan dan juga faktor fizikal dan jasmani. Oleh itu,isu diskriminasi antara kaum sememangnya tidak perlu dipersoalkan ataupun dijadikan masalah untuk para guru daripada terus mendidik anak bangsa. Seorang guru juga sewajarnya menyemai semangat bersukan dalam diri

pelajar.Sebagai contoh ,seorang guru memberi dorongan kepada pelajar yang tewas dalam pertandingan dan memberi motivasi untuk berusaha dangan lebih gigih lagi.Hal ini akan mengelakkan pelajar daripada berasa kecewa dan menyedarkan mereka bahawa menang kalah merupakan adat dalam pertandingan Malah ,seorang guru yang berakauntabiliti tinggi akan dapat menyuntik semangat pelajar tersebut agar mereka lebih gigih dalam meneruskan kehidupan kerana di luar sana terdapat lebih banyak dugaan hebat dan mencabar yang harus ditempuhi. Bukan itu sahaja.,melalui aktiviti kokurikulum yang dijalankan,secara teidak langsung sifat kepimpinan serta tanggungjawab dapat disemai dalam diri para pelajar.Menerusi unit beruniform seperti Pengakap ,para pelajar diberi peluang untuk memimpin rakan seperjuangan lain melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan .Sebagai contoh,sifat kepimpinan seseorang pelajar itu dapat ditonjolkan dengan menjadi komanden bagi aktiviti kawad kaki yang diadakan.Di samping itu,sifat kebertanggungjawaban juga dapat disemai dalam diri pelajar secara tidak langsung.Misalnya,sekiranya seseorang ahli pengakap itu lewat hadir ke tempat

perhimpunan,denda dan tindakan akan dikenakan ke atas ahli pengakap tersebut.Hal ini akan menyebabkan perbuatannya. pelajar tersebut lebih berdisiplin dan bertanggungjawab atas setiap

Contoh Situasi Yang Dapat Mempamerkan Akauntabiliti Seorang Guru Ketika Menjalankan Aktiviti Kokurikulum
Andaikan Cikgu Siti merupakan seorang penasihat Persatuan Pandu Puteri di sekolahnya.Beliau telah diarahkan untuk membawa 30 ahli Persatuan Pandu Puteri pergi ke Teluk Batik ,Perak bagi menjalankan suatu perkhemahan . Selaku seorang penasihat bagi persatuan tersebut,Cikgu Siti telah menunjukkan akauntabilitinya ketika menguruskan aktiviti perkhemahan tersebut. Cikgu Siti telah membuat satu perancangan sebelum ,semasa dan selepas perkhemahan itu. Sebelum menjalankan perkhemahan,Cikgu Siti telah mengenal pasti bilangan pelajar yang mengikuti program tersebut .Nisbah bagi seorang guru penasihat adalah maksium 10 orang pelajar sahaja.Ini bagi memudahakan guru tersebut memantau keselamatan dan kebajikan pelajar yang dibawa jagaan mereka.Cikgu Siti tidak boleh sekali-kali memaksa pelajar menyertai perkhemahan tersebut kecuali atas sebab-sebab tertentu.Aspek keselamatan pelajar merupakan elemen terpenting yang harus diberi keutamaan ketika menjalankan aktiviti tersebut. Sebelum Perkhemahan Sebelum perkhemahan itu dijalankan,Cikgu Siti perlu mendapatkan kebenaran daripada guru besar dengan menyediakan kertas kerja yang lengkap.Bilangan pelajar yang terlibat perlu dikenal pasti serta memilih tempat yang sesuai serta selamat bagi menjalankan aktiviti tersebut.Pastikan destinasi perkhemahan yang dipilih mempunyai kemudahan yang lengkap seperti pengangkutan untuk sampai ke tempat tersebut serta sumber makanan dan minuman mudah diperoleh.Jarak di antara tempat perkhemahan seharusnya tidak terlalu jauh serta kos bagi menyewa tapak perkhemahan tersebut tidak terlalu mahal .Perkara yang paling utama sebelum perkhemahan tersebut adalah memberi surat kebenaran kepada ibu bapa untuk ditandatangani.Guru ditegah sama sekali membawa pelajar menyertai sebarang aktiviti sebelum meminta kebenaran daripada ibu bapa pelajar.Sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini terhadap pelajar ,guru bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pelajar tersebut.Pastikan juga kesemua peralatan yang ingin dibawa seperti khemah,pancang dan sebagainya berada dalam keadaan baik. Semasa Perkhemahan

Semasa aktiviti diadakan seperti meredah hutan ,Cikgu Siti perlu sentiasa berada bersama pelajar dengan bagi memantau keselamatan pelajar.Selain itu,pelaksanaan aktiviti hendaklah mematuhi masa yang telah ditetapkan.Segala arahan gerak kerja yang dikeluarkan oleh Cikgu Siti perlulah jelas bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.Selain itu,Cikgu Siti perlu memberi nombor telefon kepada ibu bapa pelajar atau penjaga untuk

memudahkan perhubungan sekiranya berlaku kecemasan .Alat pertolongan cemas juga harus disediakan dan rondaan pada waktu malam perlu dilakukan.Beliau juga perlu berhubung dengan balai polis berdekatan untuk mendapatkan pertolongan dalam masa yang singkat jika diperlukan. Selepas Perkhemahan Selepas perkhemahan dijalankan,beberapa perkara juga perlu diambil perhatian.Cikgu Siti perlu memeriksa alatan yang dibawa adalah berada dalam keadaan baik dan bilangannya mencukupi.Selepas itu,satu laporan mengenai perkhemahan tersebut perlu disediakan Kesimpulan Sebagai kesimpulannya,seorang guru seharusnya menunjukkan akauntabilitinya

sebagai seorang guru semasa menjalankan aktiviti kokurikulum.Seorang guru seharusnya memainkan peranannya secara aktif dan progresif bagi menyuntik semangat pelajar utuk bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum.Justeru,selain pakar dalam menyampaikan ilmu akademik,seorang guru juga wajar bijak dalam menguruskan aktiviti kokurikulum bagi melahirkan bakal generasi yang serba boleh dari semua aspek.

Bibliografi
Mok Soon Sang.(2010).Pengantar Pendidikan Teras.Kuala Lumpur:Percetakan Sentosa Sdn Bhd Portal rasmi SMK Rawang.(2011).Tugas-Tugas Kokurikulum.Dimuat turun pada Ogos,2 daripada http://www.smkrawang.com/v4/index.php?option=com_content&view=article&id=78&Item id=74 Tan Yee Shuang.(2004).Penguasaan Kemahiran Pengurusan Kokurikulum oleh Guru-Guru di Sekolah Menengah Kebangsaan.Dimut turun pada Ogos 01,daripada http:// http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/TANYEESHUANGAP000571D20 04TTP.pdf Ah Meng Ee.(1988).Pendidikan di Malaysia.Kuala Lumpur:Fajar Bakti Sdn Bhd Prof. Madya Dr. Azizi Hj. Yahaya ,Shahrin hashim ,Yusof Abd Muthalib Noordin Hj. Yahaya (2010).Keberkesanan Aktiviti Ko-Kurikulum (Sukan) : Perbandingan di antara Sekolah.Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Akademik Harian.Dimuat turun pada Ogos 7 ,daripada http://eprints.utm.my/2290/1/ukm_Sukan_.pdf

You might also like