You are on page 1of 44

HUBUNGAN MOTIVASI, GAYA PEMBELAJARAN DENGAN PENCAPAIAN

MATEMATIK KEJURUTERAAN: TINJAUAN DALAM KALANGAN PELAJAR


SEMESTER AKHIR DIPLOMA KEJURUTERAAN DI POLITEKNIK SULTAN
AZLAN SHAH
Nasirah Ismail 11, Norhasliza Abdullah 22, Siti Zubaidah Saharudin 33
1,2,3
Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak

nasirah@psas.edu.my , hasliza@psas.edu.my, siti_zubaidah@psas.edu.my

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti hubungan motivasi, gaya pembelajaran


dengan pencapaian Matematik Kejuruteraan pelajar-pelajar semester akhir Diploma
Kejuruteraan di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Seramai 226 orang
pelajar semester 6 yang mengambil modul Matematik Kejuruteraan 5 telah dipilih
sebagai sampel. Instrumen yang digunakan ialah Inventori Pembelajaran di Sekolah
dalam Norlia et al (2006) yang telah mengemukakan empat gaya pembelajaran iaitu
Gaya Pembelajaran Permukaan, Gaya Pembelajaran Mendalam, Gaya Pembelajaran
Terancang dan Gaya Pembelajaran Gigih Usaha. Gaya kelima pembelajaran iaitu gaya
dorongan telah diubahsuai untuk mengukur dorongan Motivasi Dalaman dan Motivasi
Luaran. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian SPSS
(Statistical Packages for Social Sciences v18.0). Hasil analisis deskriptif mendapati
skor min bagi gaya pembelajaran yang diamalkan pelajar berada pada tahap yang
sederhana dan nilai min untuk gaya permukaan lebih tinggi berbanding dengan gaya
mendalam, terancang dan gigih usaha. Bagi faktor motivasi, didapati nilai min bagi
motivasi dalaman lebih tinggi berbanding dengan motivasi luaran. Hasil analisis inferesi
menunjukkan hubungan yang lemah antara gaya pembelajaran dengan pencapaian
pelajar. Namun ujian signifikan menunjukkan terdapat hubungan yang bermakna antara
gaya pembelajaran mendalam, terancang dan gigih usaha dengan pencapaian pelajar.
Bagi faktor motivasi pula, hasil analisis menunjukkan terdapat hubungan yang
signifikan antara gaya pembelajaran dengan motivasi dalaman dan luaran. Hasil analisis
ujian – t mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan keempat-empat gaya
pembelajaran dengan pencapaian Matematik Kejuruteraan pelajar.
Kata Kunci : Gaya Pembelajaran, Motivasi, Pencapaian
Pengenalan

Gaya pembelajara pelajar merupakan satu bidang dalam pendidikan tinggi yang semakin
meningkat dan menarik perhatian. Memilih gaya pembelajaran yang sesuai amat penting
untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar (Chambers, 1991). Menurut Chambers
pelajar harus menggunakan gaya pembelajaran sebagai kekuatan mereka dalam bidang
akademik. Ini kerana cara yang sesuai dengan ciri-ciri pembelajaran akan menyebabkan
pelajar di semua peringkat mempunyai motivasi yang tinggi dan dapat meningkatkan
pencapaian akademik. Sebaliknya, jika padanan di antara pengajaran dan pembelajaran tidak
sesuai, maka pencapaian akademik dan sikap akan merosot.Di dalam kelas, pengajaran dan
pembelajaran (P&P) merupakan sesuatu yang kompleks. Isi pelajaran yang dipindahkan dari
pengetahuan guru kepada isi pengetahuan pengajaran jarang sekali dipersoalkan. Ini kerana,
para pelajar membentuk gaya pembelajaran yang tersendiri serta berinteraksi dengan
maklumat dengan bantuan guru yang mempunyai gaya pengajaran yang tersendiri. Guru-guru
di sekolah selalu menganggap mereka hanya bertanggungjawab tentang matapelajaran yang
diajar tanpa menghiraukan proses kognitif pelajar tersebut (Subahan,T., 1996). Oleh yang
demikian peranan guru amat penting dalam melancarkan proses pengajaran dan
pembelajaran. Pengajaran akan lebih berkesan jika guru melaksanakan kaedah pengajaran
yang bersesuaian melalui usaha memadankan kaedah pengajaran guru dengan gaya
pembelajaran pelajar-pelajar (Dunn&Dunn, 1978).

Proses pembelajaran yang berlandaskan kepada menimba ilmu pengetahuan dan ia


merupakan sepanjang hayat, dalam proses pembelajaran tersebut pula beberapa
kecenderungan yang dimiliki dan diamalkan oleh seseorang pelajar. Kecenderungan yang
dimaksudkan ialaha mengimbas kembali, membuat kesimpulan, mempelajari sesuatu
daripada pengalaman dan membuat implementasi (Honey & Mumford, 1992). Pembelajaran
ialah merupakan proses mental atau fizikal yang membawa perubahan dalam tingkah laku
(Shea, 1994). Beliau berpendapat kebijaksanaan bukanlah suatu elemen statik tetapi ia adalah
satu sistem yang dinamik dan terbuka yang sentiasa berkembang sepanjang hayat.
Kebanyakan proses pembelajaran yang signifikan adalah dari apa yang kita lakukan iaitu
melalui proses tindakan dan pemerhatian. Gaya pembelajaran melibatkan aspek-aspek
personaliti, pemprosesan maklumat, interaksi sosial, kecenderungan terhadap garis panduan,
tumpuan perhatian terhadap sesuatu yang baru, unik dan terdapat kelainan dalam diri
individu (Gremli, 1996). Gaya pembelajaran yang bersesuaian dengan diri individu adalah salah
satu penentuan ke arah kecekapan dan kebolehan mengasimilasikan ilmu yang dipelajari
dengan cemerlang dan berkesan. Objektif utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P) ialah keberkesanan dan kecekapan seseorang melalui proses pembelajaran dalam kelas.

Prestasi akademik yang cemerlang merupakan penentuan pemahaman seseorang


terhadap proses pembelajaran. Secara tidak langsung, pencapaian ini akan menentukan masa
depan yang lebih gemilang. Oleh itu, demi merialisasikan hasrat tersebut, suasana
pembelajaran yang kondusif adalah amat penting. Masyarakat kini lebih mementingkan
pencapaian akademik kerana keputusan akademik yang cemerlang menjadi kayu pengukur
kepada kerjaya masa depan seseoarang pelajar (Amina Noor, 1999). Menurut Griggs (1991),
penggunaan gaya pembelajaran yang betul adalah amat penting untuk meningkatkan
keputusan akademik. Pencapaian ini yang akan membuktikan sejauh mana gaya pembelajaran
seseorang pelajar berkesan atau sebaliknya. Peningkatan dan penurunan pencapaian
akademik pelajar sebenarnya sangat berkait rapat dengan proses P&P di dalam kelas.

Bagi pelajar yang menuntut di Universiti amnya dan di Politeknik khasnya juga
mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri untuk menerima dan bertindakbalas serta
menggunakan rangsangan dalam proses pembelajaran. Pendekatan yang diambil oleh setiap
pelajar adalah menurut tanggapan subjektif mereka terhadap kehendak pensyarah atau
konteks pembelajaran. Pembelajaran matematik dalam kurikulum politeknik haruslah
dirancang supaya mencapai matlamatnya, iaitu untuk mempertingkatkan pengatahuan,
ketrampilan dan minat pelajar dalam matematik. Pelajar diharapkan akan berupaya
menggunakan matematik secara efektif untuk menyelesaikan masalah serta mempunya
pengetahuan yang mencukupi untuk digunakan dalam subjek-subjek lain dan berfungsi secara
produktif dalam kerjaya masa hadapan mereka.

Pernyataan Masalah

Pencapaian akademik pelajar yang rendah dan lemah dalam matapelajaran matematik
mestilah ditangani dan diambil perhatian sewajarnya. Jika pelajar lemah dalam subjek
matematik, maka ia akan menjejaskan pembelajaran pelajar di institusi pendidikan. Menurut
Norlia et al (2006), kelemahan dalam matapelajaran ini boleh menyebabkan kurangnya
peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan mengikuti kursus
tertentu yang memerlukan pengetahuan dan kemahiran matematik tambahan. Oleh itu,
pelajar mestilah menentukan gaya pembelajaran yang sesuai kerana jika gaya pembelajaran
yang digunakan tidak sesuai dan berkesan semasa pembelajaran sudah pasti akan
menyebabkan pencapaian akademik rendah.

Kegagalan pelajar bukan disebabkan oleh kurikulum sebaliknya mereka boleh belajar
sebarang matapelajaran sekiranya pembelajaran tersebut menekankan kepada gaya yang
digemari oleh pelajar (Dunn, 1980). Felder dan Silverman (1998) menyatakan gaya
pembelajaran setiap pelajar adalah berbeza dan pengajaran guru juga berbeza.
Pelajar akan cepat berasa bosan kerana berlaku perbezaan antara gaya pembelajaran dan gaya
pengajaran. Hal demikian menyebabkan pelajar hilang tumpuan di dalam kelas, tidak
menjawab peperiksaan dengan baik dan kadang-kadang ada pelajar yang tertinggal dalam
matapelajaran. Dapatan yang diperolehi dalam kajian yang dijalankan oleh Mokhtar Ishak &
Rohani Ahmad (2001) menunjukkan gaya belajar mempengaruhi pencapaian penyelesaian
matematik pelajar. Sebagai pensyarah yang diamanahkan untuk mendidik pelajar-pelajarnya
seharusnya mengambil berat tentang cara seseorang pelajar belajar. Namun begitu, apa yang
berlaku semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas berlangsung
pensyarah kurang memberi penekanan tentang gaya pembelajaran yang sesuai digunakan
oleh setiap pelajar. Oleh itu, adalah penting sebagai seorang pensyarah mengenalpasti gaya
pembelajaran pelajar serta membantu pelajar mengamalkan gaya pembelajaran yang betuk
dan sesuai supaya pelajar dapat meningkatkan pencapaian akademik mereka.

Kajian tentang gaya pembelajaran pelajar adalah perlu dan kajian seumpama ini akan
membuka mata para pendidik dalam mngetahui gaya pembelajaran yang paling sesuai
diamalkan oleh pelajar dan seterusnya meningkatkan motivasi pelajar untuk terus belajar dan
mencapai kejayaan (Ng Soon Chin, 2005). Perkara ini perlu dititik beratkan kerana gaya
pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar mempunyai kesan terhadap hasil pembelajaran,
seterusnya memberi impak ke atas pencapaian akademik pelajar. Berdasarkan perkara
di atas, maka satu kajian tentang gaya pembelajaran terhadap pelajar di Politeknik
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia perlu dijalankan. Ia bertujuan untuk melihat sejauh
manakah ia mempengaruhi pencapaian pelajar dalam matapelajaran matematik kejuruteraan
di Politeknik.
Kerangka Konseptual

Nor Azan et al (2004) telah mengkaji kebolehan kognitif, pengetahuan yang lepas dan gaya
pembelajaran memberi kesan terhadap pencapaian pelajar. Hasil kajian tersebut mendapati
sifat individu seperti gaya pembelajaran boleh memberi kesan kepada hasil pencapaian
pelajar. Terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran dengan motivasi
(Kamarudin et al, 2009). Satu kerangka konseptual telah dibentuk dan diubah suai daripada
model Bryant (1974) dalam kajian yang telah dibuat oleh Norlia et al (2006) serta dapatan-
dapatan kajian yang diperolehi (seperti dalam Rajah 1.1). Dalam kerangka konseptual kajian,
dianggapkan faktor gaya pembelajaran akan mempengaruhi pencapaian matematik pelajar
dan faktor gaya pembelajaran juga mempengaruhi dorongan motivasi.

Gaya Pembelajaran Hubungan


Pencapaian
 Permukaan Matematik Pelajar
 Mendalam
 Terancang
 Gigih Usaha

Hubungan

Dorongan Motivasi

 Dalaman
 Luaran

Rajah 1.1 Kerangka Konseptual Kajian

(diubahsuai dari Norlia et al, 2006)

Objektif Kajian
Objektif kajian adalah untuk:

i. Mengenal pasti gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar-pelajar semester akhir
dalam mata pelajaran Matematik Kejuruteraan.
ii. Mengenal pasti motivasi yang mendorong pelajar belajar.
iii. Mengenal pasti hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian Matematik
Kejuruteraan.
iv. Mengenal pasti hubungan gaya pembelajaran dengan motivasi.
Persoalan Kajian

Persoalan kajian adalah:

i. Apakah gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar-pelajar semester akhir dalam
mata pelajaran Matematik Kejuruteraa
ii. Apakah motivasi yang mendorong pelajar belajar?
iii. Adakah terdapat hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian Matematik
Kejuruteraan?
iv. Adakah terdapat hubungan gaya pembelajaran dengan motivasi?

Hipotesis
Berdasarkan persoalan kajian (iii) dan (iv) hipotesis telah dibina untuk melihat hubungan gaya
pembelajaran, dorongan motivasi dan pencapaian pelajar dalam matapelajaran Matematik
Kejuruteraan. Hipotesis-hipotesi tersebut adalah seperti berikut:

1. H0 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran permukaan


dengan pencapaian Matematik Kejuruteraan.
2. H0: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran mendalam
dengan pencapaian Matematik Kejuruteraan.
3. H0 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran terancang
dengan pencapaian Matematik Kejuruteraan.
4. H0 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran gigih usaha
dengan pencapaian Matematik Kejuruteraan.
5. H0 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran permukaan
dengan motivasi dalaman.
6. H0: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran mendalam
dengan motivasi dalaman.
7. H0 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran terancang
dengan motivasi dalaman.
8. H0: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran gigih usaha
dengan motivasi dalaman.
9. H0 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran permukaan
dengan motivasi luaran.
10. H0 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran mendalam
dengan motivasi luaran.
11. H0 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran terancang
dengan motivasi luaran.
12. H0 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran gigih usaha
dengan motivasi luaran.
Kepentingan Kajian

Hasil yang diperolehi daripada kajian adalah penting untuk memberikan gambaran yang jelas
tentang hubungan antara gaya, motivasi dengan pencapaian matematik kejuruteraan pelajar
semester akhir diploma kejuruteraan di Politeknik. Pelajar dapat mengenal pasti gaya
pembelajaran yang sesuai dan diamalkan oleh mereka serta bagaimana tahap motivasi
masing-masing dalam membantu untuk mencapai kejayaan yang cemerlang terutamanya
untuk menghadapi peperiksaan. Manakala pengajar pula dapat mempelbagaikan teknik,
pendekatan pengajaran, bahan dan aktiviti mengikut aspirasi pelajar serta memantapkan lagi
kaedah pengajaran mereka dalam memenuhi kriteria yang diperlihatkan oleh pelajar agar
sesuai dengan gaya pembelajaran mereka.

Batasan Kajian

Kajian ini hanya melibatkan pelajar-pelajar semester akhir Diploma Kejuruteraan yang
mengambil matapelajaran Matematik Kejuruteraan dari Jabatan Mekanikal dan Elektrik.

Definisi Operasional
Beberapa istilah penting yang akan digunakan dalam penulisan kajian ini akan diterangkan
dalam bab ini. Ianya bertujuan untuk memudahkan pembaca memahami beberapa istilah dan
operasional yang penting yang menjadi kata kunci kepada kajian yang dijalankan.

Gaya Pembelajaran
Gaya bermaksud stail (style) atau cara. Oleh itu gaya pembelajaran (leaning style ) adalah cara
di mana setiap pelajar mula memberi tumpuan, proses dan mengekalkan maklumat baru dan
sukar (Dunn & Dunn, 1992). Ia juga merujuk kepada cara interaksi individu dengan sistem
maklumat atau rangsangan. Maklumat atau rangsangan tersebut dianalisis dan diproses ke
dalam otak untuk dijadikan pengetahuan. Setiap individu mempunyai gaya pembelajaran
yang tersendiri dan berbeza seperti mana cap ibu jari (Gremli, 1996). Gaya pembelajaran
merupakan satu konsep yang paling penting dan ia perlu diberi tumpuan terutama dalam
aspek pendidikan di sekolah dan universiti kerana ia merupakan faktor utama membentuk
seseorang individu. Gaya pembelajaran boleh dibahagikan kepada tiga pendekatan berbeza.
Pertama gaya pembelajaran kognitif yang berlandaskan pada bagaimana pelajar menerima
dan berurusan dengan rangsangan. Kedua, gaya tindakbalas pelajar yang berlandaskan pada
pemerhatian yang empirikal dan ketiga gaya bersepadu yang dikembangkan dari teori
pembelajaran, orientasi, personaliti dan pembangunan individu (Houle, 1985).

Dalam kajian ini, gaya pembelajaran dikenalpasti dengan menggunakan Inventori


Pembelajaran di sekolah oleh Selmes (1987) yang mengemukakan empat gaya pembelajaran
iaitu Gaya Pembelajaran Permukaan (Surface Learning Style), Gaya Pembelajaran Mendalam
(Deep Learning Style), Gaya Pembelajaran Terancang (Organized Learning Style), Gaya
Pembelajaran Gigih Usaha ( Hardworking Learning Style) dan Gaya Dorongan telah diubahsuai
untuk mengukur dorongan motivasi dalaman dan luaran.
Motivasi
Di dalam artikel Motivasi dan Pembangunan Kendiri oleh Taidin Suhaimi (2003) menyatakan
motivasi adalah sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam tindakan-
tindakannya samada secara negatif atau positif. Motivasi adalah suatu bentuk dorongan
minda dan hati yang menjadi penggerk utama seseorang, sebuah keluarga atau organisasi
untuk mencapai apa yang diinginkan. Hersey (1982), menyatakan motivasi adalah suatu
dorongan dalaman yang mentebabkan seseorang melakukan sesuatu. Motivasi juga dianggap
sebagai pencapaian matlamat luaran yang menyebabkan seseorang melakukan sesuatu. Certo
dan Appelbaum (1984) pula menyatakan motivasi adalah suatu keadaan dalaman individu
yang menggerakkannya untuk melakukan sesuatu bagi mencapai sesuatu matlamat. Motivasi
adalah suatu konsep yang digunakan bagi menerangkan unsur yang menggerakkan dan
‘memandu’ perlakuan manusia (Petri, 1990). Motivasi boleh dibahagikan kepada dua jenis
iaitu yang berpunca dari dalam diri seseorang yang dikenali sebagai Motivasi Dalaman (Intrisik)
dan yang berpunca dari luar diri sesorang yang dikenali sebagai Motivasi Luaran (Ekstrinsik).

Pencapaian Akademik
Pencapaian akademik biasanya adalah berkaitan dengan keputusan yang dicapai oleh mereka
yang masih menimba ilmu pengetahuan dalam institusi pengajian yang tertentu. Keputusan
itu biasanya diperolehi dari peperiksaan yang dijalankan secaa sah dan keputusan itu dirujuk
sebagai pencapaian akademik bagi mereka yang mengambil peperiksaan tersebut. Pencapaian
akademik merupakan markah ataupun skor yang dicapai oleh pelajar-pelajar dalam sesuatu
peperiksaan yang rasmi( Kerlinger, 1973). Pencapaian akademik ini adalah merujuk kepada
kemampuan seseorang pelajar untuk mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan yang
dihdapinya. Wollmann (1969) (dalam Ekeocha 1986) mendefinisikan pencapaian akademik
sebagai pendidikan formal-tingkat kecekapan yang dicapai oleh pelajar dalam bidang
akademik atau persekolahannya. Kejayaan akademik secara relatifnya adalah satu peringkat
pencapaian yang tertinggi.

Kajian Literature

Mata pelajaran Matematik adalah satu mata pelajaran yang sangat mencabar bagi sesetengah
pelajar. Pelajar institut pengajian tinggi (IPT) memerlukan kemahiran pembelajaran yang betul
untuk mendapat keputusan yang cemerlang sebelum keluar bekerja. Menurut Bloom (1956),
sistem pembelajaran di universiti lebih membebankan dari segi aras kesukaran kerana ilmu
yang dipelajari lebih mendalam dan teliti (Abu Hassan, 2001 dalam Soon Mey Che, 2004).
Dalam erti kata lain, hanya dengan mengamalkan gaya pembelajaran yang betul dan
sistematik baru dapat menjamin kejayaan yang cemerlang. Walaupun begitu banyak
penakrifan yang telah diberikan, persoalan yang timbul ialah bagaimana kita dapat
mengenalpasti gaya pembelajaran yang sesuai untuk seseorang individu dan seterusnya
membolehkan seseoarang itu mengeksploitasi gaya pembelajaran tersebut kearah kaedah
pembelajaran yang lebih berkesan. Seterusnya meningkatkan pencapaian mereka dalam
pelajaran di IPT. Bagi pelajar-pelajar di Politeknik, mereka seharusnya mengenalpasti gaya
pembelajaran yang sesuai dengan dirinya bagi mencapai keputusan yang baik dalam
peperiksaan dan mengelakkan daripada tersenarai dalam kategori Kedudukan Bersyarat (KS)
dan Kedudukan Gagal dan Diberhentikan (GB) . Pelajar dalam kategori KS adalah pelajar yang
memperolehi HPNM 1.60 – 2.00. Manakala untuk kategori GB pula adalah pelajar yang
memperolehi HPNM kurang daripada 1.60. Oleh itu, seseorang pelajar mestilah berusaha
untuk mencapai Kedudukan Baik (KB) dan mesti memperolehi PNGK 2.00 dan ke atas dalam
peperiksaan. (Buku Arahan-arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian).

Hakikatnya, tiada perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal. Yang
membezakan di antara kedua-dua golongan ini adalah tahap kenalan diri. Felder (1996) dalam
kertas kerjanya, Matters of Style, setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza
dari segi kekuatan pendirian dan keutamaan dalam menerima dan memproses maklumat.
Pembelajaran boleh berlaku melalui pelbagai cara kerana cara pengamatan dan cara
pemperosesan maklumat yang berlaku dalam diri manusia adalah berbeza-beza. Sesetengah
pelajar hanya boleh melihat sesuatu secara konkrit dan abstrak. Terdapat juga pelajar yang
berminat dan cenderung untuk belajar sendiri sedangkan ada yang lebih cenderung untuk
belajar dalam kumpulan (Joyce & Weil 1980). Stail belajar yang diamalkan oleh murid
mempunyai hubungan dengan pencapaian akademik mereka (Keefe 1991).

Gaya Pembelajaran
Gaya pembelajaran merupakan corak atau kebiasaan cara belajar (Main, 1980). Ia melibatkan
beberapa pola belajar seperti tahap penumpuan pelajar, ketelitian, sikap, kesungguhan minat
serta cara interaksi belajar dengan guru dan rakan-rakan (Biggs, 1989). Gaya pembelajaran
adalah motif dan strategi belajar yang didukung oleh pelajar dalam usaha mereka untuk
mencapai apa yang dicitakan (Bruner, 1993). Di bawah konteks psikologi pendidikan, gaya
pembelajaran ialah cara seseorang pelajar memberi tumpuan dan tindakan untuk memproses
dan memperolehi maklumat, ilmu atau pengalaman yang baru. Gaya pembelajaran merujuk
kepada syarat-syarat pendidikan yang membolehkan pembelajaran paling berkesan (Hunt,
1981). Di samping itu, ianya juga melibatkan perancangan dan sistem belajar seperti
penetapan masa belajar, cara membuat nota, menyusun bahan-bahan pembelajaran penting,
cara mengulang kaji isi dan tajuk-tajuk pelajaran, membuat dan menyiapkan tugasan serta
matlamat belajar yang dilakukan sama ada secara sistematik atau sebaliknya. Selain itu, gaya
belajar merupakan cara seseorang individu memahami semasa menerima dan memproses
maklumat dan pengetahuan yang akhirnya mewujudkan perubahan tingkah laku semasa
proses pembelajaran dan pengajaran.

Definisi

Gaya pembelajaran secara umumnya merujuk kepada cara atau stail pembelajaran seseorang
individu. Dalam konteks psikologi pendidikan, gaya pembelajaran merupakan suatu cara
bagaimana seseorang pelajar itu memberi tumpuan atau mengambil tindakan dalam usaha
untuk memproses dan memperolehi maklumat, ilmu atau pengalaman yang baru.

Beberapa perspektif dan gaya pembelajaran yang berlainan telah dikemukakan oleh
pakar pendidik dan pengkaji dalam masa setengah abad yang lepas. Terdapat model-model
gaya pembelajaran yang mengambil kira dimensi personaliti (Milkin, 1954; Mayers, 1978), ada
yang memfokuskan pemprosesan maklumat (Schmeck, 1983); Kolb, 1984), ada yang
membawa dimensi interaksi sosial pelajar (Reichmann & Grasha, 1974), ada juga model-model
yang multi-dimensi dan menekankan kecenderungan cara pengajaran dan kecenderungan
persekitaran (Keefe, 1989; Dunn & Dunn, 1978) dan ada juga yang memfokuskan penekanan
yang lebih kepada perbezaan gaya pembelajaran oleh setiap individu yang berbeza (Selmes,
1987).
Dunn & Dunn mendifinisikan gaya pembelajaran sebagai cara seseorang pelajar
memproses serta mengekalkan maklumat baru (Dunn, 1980). Gaya pembelajaran bergantung
kepada ciri-ciri biologi dan perkembangan sahsiah seseorang dan ia dipengaruhi oleh
persekitaran, emosi, pengaruh sosial serta perasaan individu. Akibatnya sesuatu pengajaran
boleh jadi berkesan bagi seorang pelajar tetapi tidak berkesan bagi pelajar yang lain kerana
gaya pembelajaran mereka berbeza. Gaya pembelajaran yang dikemukakan oleh kolb
menggambarkan empat model pembelajaran yang asas hasil daripada gabungan pengalaman
pelajar dan keperluan persekitaran (Kolb, 1985). Beliau berpendapat bahawa dalam proses
pembelajaran, semua pelajar yang berkesan perlu berkebolehan dalam aspek pengalaman
konkrit (concrete experience), pemerhatian reflektif (reflective observation), konseptualisasi
abstrak (abstract conceptualization) dan eksperimentasi aktif (active experimentation)Model
Gaya Pembelajaran Felder-Silverman mengelaskan gaya pembelajaran mengikut lima dimensi
iaitu persepsi, input, organisasi, pemprosesan dan kefahaman (Felder, 1993). Oleh itu,
dalam kajian ini mendefinisikan gaya pembelajaran sebagai sesuatu yang berbeza mengikut
kecenderungan dan kebolehan pelajar itu sendiri dalam usaha mencari kekuatan masing-
masing. Pelajar perlu mempunyai daya saing yang tinggi disamping dorongan guru untuk
memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran dan meningkatkan kualiti pendidikan di
Malaysia.

Gaya Pembelajaran Selmes

Kebanyakan model gaya pembelajaran menekankan kepada teknik mengambil nota dan
menjawab peperiksaan. Dalam teknik ini ia tidak menggambarkan bagaimana sesuatu proses
pembelajaran itu berlaku. Dalam pembelajaran yang diperkenalkan oleh Selmes (1987), beliau
memperkenalkan perspektif yang agak berbeza mengenai gaya pembelajaran iaitu memberi
penekanan yang lebih kepada perbezaan gaya pembelajaran oleh setiap individu yang
berbeza. Gaya pembelajaran yang beliau cadangkan berasaskan kepada konsep pembelajaran
berdikari, unsur persaingan antara murid, penghasilan kerja berkualiti, usaha yang gigih dan
pembelajaran yang terancang. Alat kajian yang digunakan bagi mengukur gaya pembelajaran
murid dinamakan Inventori Pembelajaran di Sekolah. Terdapat lima gaya pembelajaran yang
telah dikemukakan oleh Selmes iaitu gaya pembelajaran permukaan (surface learning style),
gaya pembelajaran mendalam (deep learning style), gaya pembelajaran terancang (organized
learning style), gaya pembelajaran gigih usaha (hardwork learning style) dan gaya
pembelajaran dorongan (motivational learning style).

Gaya Pembelajaran Permukaan (Surface Learning Style)


Gaya pembelajaran permukaan merujuk kepada gaya pembelajaran pelajar yang hanya
melaksanakan pelajaran selepas diarahkan orang lain, bergantung sepenuhnya kepada guru
dan tidak memahami pelajaran secara mendalam. Mereka menghafal fakta-fakta yang
dipelajari dan menganggap fakta-fakta ini tidak berkait antara satu sama lain. Dalam kajian ini,
gaya pembelajaran permukaan adalah merujuk kepada sikap bergantung kepada arahan orang
lain untuk membuat sesuatu tugasan seperti diukur oleh inventori Selmes.

Gaya Pembelajaran Mendalam (Deep Learning Style)


Gaya pembelajaran mendalam adalah merujuk kepada sikap ingin tahu dengan lebih
mendalam ilmu yang dipelajari. Gaya pembelajaran mendalam menggambarkan pelajar
mencari makna tersirat untuk mengaitkan konsep-konsep yang dipelajari. Mereka
menunjukkan minat yang tinggi terhadap kandungan pelajaran dan suka memahaminya
secara mendalam. Dengan itu, pelajar dapat mengaitkan maklumat baru dengan pengalaman
dan pengetahuan sedia ada (Selmes, 1987). Dalam kajian ini, gaya pembelajaran mendalam
adalah merujuk kepada sifat ingin tahu dengan lebih mendalam ilmu yang dipelajari seperti
diukur oleh inventori Selmes.

Gaya Pembelajaran Gigih Usaha (Hardwork Learning Style)


Pelajar yang mengamalkan gaya pembelajaran ini menunjukkan mereka berusaha
bersungguh-sungguh dalam pembelajaran tanpa sebarang arahan daripada pihak lain untuk
mencapai kejayaan yang cemerlang. Mereka berusaha sendiri mencari alternatif lain untuk
meningkatkan kefahaman seperti membuat nota sendiri, membuat ulangkaji dan latihan
tambahan serta cuba menyelesaikan masalah yang rumit (Selmes, 1987). Dalam kajian ini,
gaya pembelajaran gigih usaha merujuk kepada kesungguhan pelajar dalam menuntut ilmu
seperti diukur oleh inventori Selmes.

Gaya Pembelajaran Terancang (Organized Learning Style)


Gaya pembelajaran terancang bercirikan pelajar merancang masa belajar dengan berkesan,
menyusun kandungan pelajaran secara sistematik dan merangka jawapan sebelum menjawab
soalan peperiksaan (Selmes, 1987). Dalam kajian ini, gaya pembelajaran terancang merujuk
kepada perancangan yang teliti terhadap aktiviti pembelajaran seperti diukur oleh inventori
Selmes.

Gaya Pembelajaran Dorongan (Motivational Learning Style)

Pelajar-pelajar yang menggunakan gaya pembelajaran dorongan biasanya berkecenderungan


bekerja keras dalam pembelajaran mereka dan didorong untuk belajar melalui motivasi
dalaman (intrisisk) dan luaran (ekstrinsik). Mereka risau apabila ketinggalan dalam pelajaran
dan sentiasa ingin bertanding dengan rakan-rakan yang berkebolehan, di mana pelajar
tersebut akan berusaha untuk berjaya dalam pembelajaran (Selmes, 1987). Dalam kajian ini,
gaya pembelajaran dorongan merujuk kepada galakan daripada guru, rakan dan diri sendiri
seperti diukur oleh inventori Selmes.

Kajian Hubungan Gaya Pembelajaran Pelajar Dengan Pencapaian Akademik.


Penyelidik-penyelidik lepas menggunakan pelbagai inventori gaya pembelajaran dalam kajian-
kajian mereka untuk mengkaji hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik.
Antara inventori gaya pembelajaran yang digunakan ialah Inventori Gaya Belajar Dunn, Dunn
dan Price (1985), Inventori gaya Pembelajaran Selmes (1987), Inventory of Processes,
Inventori Gaya Pembelajaran Kolb (1995) dan banyak lagi. Kajian yang dijalankan oleh Abdul
Razak Habib dan Rashidi Azizan (1997) untuk menentukan hubungan antara gaya
pembelajaran dengan pencapaian Sains dan Matematik sekolah menengah rendah, tiga gaya
pembelajaran telah dikemukakan dalam kajian tersebuat iaitu gaya motivasi, gaya mendalam
dan gaya permukaan yang diambil dari Inventori Gaya Pembelajaran Selmes (1987). Sampel
kajian terdiri daripada 539 orang pelajar tingkatan 4 di 20 buah sekolah sekitar Selangor dan
Kuala Lumpur. Beliau mendapati hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan
antara ketiga-tiga gaya pembelajaran. Gaya motivasi dan mendalam mempunyai hubungan
yang positif dengan pencapaian sains dan matematik manakala gaya permukaan mempunyai
hubungan yang negatif. Hasil dapatan juga menunjukkan gaya motivasi dan gaya mendalam
dapat meningkaykan pencapaian akademik.

Dalam kajian untuk melihat hubungan di antara gaya pembelajaran dengan


pencapaian dalam matapelajaran Bahasa Arab yang telah dijalankan oleh Misnan Jemali
(1999) di mana beliau juga turut menggunakan Inventori Pembelajaran di Sekolah (Selmes
1987). Inventori tersebut telah diubahsuai kepada empat gaya pembelajaran. Keempat-empat
gaya pembelajaran itu ialah gaya hafalan, gaya perbincangan, gaya latihan dan gaya motivasi.
Sampel kajian terdiri daripada 200 orang pelajar tingkatan empat di enam buah sekolah di
negeri Perak. Dapatan kajian mendapati gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar
cemerlang adalah gaya motivasi dan gaya hafalan. Sementara pelajar lemah mengamalkan
gaya motivasi dan perbincangan semasa mempelajari matapelajaran Bahasa Arab.

Kajian untuk menentukan hubungan antara motivasi, gaya pembelajaran dengan


pencapaian Matematik Tambahan pelajar tingkatan 4 di empat buah sekolah menegah di
Kuala Terengganuyang telah dijalankan oleh Norlia et al (2006) turut menggunakan
menggunakan Inventori Pembelajaran di Sekolah oleh Selmes (1987) yang mengemukakan
empat gaya pembelajaran iaitu gaya mendalam, gaya permukaan, gaya terancang dan gaya
gigih usaha. Gaya kelima pembelajaran , gaya dorongan telah diubahsuai untuk mengukur
dorongan motivasi dalaman dan luaran. Hasil dapatan menunjukkan pencapaian Matematik
Tambahan mempunyai hubungan dengan gaya pembelajaran mendalam, gigih usaha dan
terancang. Terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran mendalam dengan
motivasi dalaman. Implikasi dari kajian ini ialah faktor motivasi memainkan peranan penting
dalam menentukan pemilihan gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar. Kajian Azrul
dan Saifuddin (2010), ke atas 297 orang pelajar semester satu Diploma Kejuruteraan di
Politeknik Mukah, Sarawak juga menggunakan Inventori Pembelajaran di Sekolah oleh Selmes
(1987). Hasil analisis deskriptif mendapati bahawa kebanyakan pelajar mengamalkan
keempat-empat gaya pembelajaran. Analisis kajian turut menemukan hubungan yang
signifikan di antara gaya pembelajaran dengan motivasi.

Dalam kajian untuk mengenal pasti tahap pencapaian akademik dan gaya
pembelajaran di kalangan pelajar tingkatan 4, Sekolah Menengah Teknik Juasseh, Kuala Pilah,
Negeri Sembilan. Sampel kajian seramai 97 orang pelajar tingkatan 4 dari aliran teknik.
Dapatan kajian menunjukkan tiada korelasi di antara pencapaian akademik dengan gaya
pembelajaran pelajar (Asiah Periekutty, 1999). Dalam kajian yang dilakukan oleh Norihan Abu
Hassan (2001) mendapati tidak wujud perbezaan gaya pembelajaran antara pelajar pandai,
sederhana dan lemah dalam matematik. Dapatan ini memberi implikasi bahawa kesan positif
gaya pembelajaran adalah sama ke atas semua pelajar walaupun mereka mempunya
keupayaan yang berbeza. Dapatan kajian Megowan (1998), ke atas 68 orang pelajar Afrika
Amerika dari fakulti Teknologi Perindustrian di Universiti Mississippi menunjukkan tidak
terdapat hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik. Dapatan yang sama
juga diperolehi oleh Cavanagh dan Stephen (1995) dalam kajian mereka ke atas 192 pelajar
jururawat yang menggunakan Inventori Gaya Pembelajaran Kolb. Beliau mendapati bahawa
tiada hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian.

Dalam satu kajian mengenai stail pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar SPH di


UTM, kampus Skudai dan kaitannya dengan peperiksaan semester yang telah dijalankan oleh
Amilia (1997) mendapati bahawa stail pembelajaran pelajar tidak mempunyai perhubungan
dengan keputusan peperiksaan semester. Seramai 100 orang pelajar tahun 4 dan 5 telah
dipilih sebagai responden kajian ini. Stail pembelajaran telah diukur dengan menggunakan
stail yang dikemukakan oleh Warren (1974) iaitu stail pembelajaran ‘bekerjasama’, ‘berdikari’,
‘bergantung’, ‘menyertai’, ‘bertanding’ dan ‘mengelak’. Dapatan kajian ini adalah sama
dengan dapatan kajian Hamzah Nun (1999) ke atas pelajar dari lima buah fakulti ( Fakuti Alam
Bina, Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat, Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber
Asli, Fakulti Pendidikan dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal) UTM,Skudai yang menggunakan
set soal selidik Honey dan Mumford (1992 ). Didapati bahawa nilai ujian Anova bagi menguji
sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya pembelajaran pelajar dengan CPA
semasa ialah F (3.289) = 0.536, p<0.585. Keputusan ini menunjukkan bahawa gaya
pembelajaran antara pelajar yang memperolehi CPA rendah, sederhana, tinggi dan cemerlang
tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Maka, daripada analisis tersebut didapati gaya
pembelajaran tidak dipengaruhi oleh CPA semasa.

Dunn (1979) membuat kajian ke atas 100 orang pelajar yang diajar dengan gaya
pembelajaran yang sesuai. Beliau mendapati pelajar-pelajar tersebut menunjukkan
pencapaian yang lebih tinggi dalam ujian dan pengetahuan tentang fakta berbanding dengan
pelajar yang tidak diberi pendedahan tentang gaya pembelajaran. Oleh itu, ini pula
menunjukkan bahawa gaya pembelajaran mempunyai hubungan yang signifikan dengan
pancapaian akademik. Hasil kajian Hii Siong Ting (2006) yang menggunakan soal selidik Dunn
(1978) juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya pembelajaran
pelajar bagi eleman kecekalan berdasarkan tahap pencapaian akademik iaitu CPA tetapi tidak
terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya pembelajaran pelajar bagi elemen-elemen lain
dalam kategori persekitaran dan kategori emosional berdasarkan pencapaian akademik iaitu
CPA. Dalam kajian yang dijalankan oleh Bazitah (2006) terhadap 216 orang pelajar dari tiga
buah madrasah di Singapura ( Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah, Aljunied Al-Islamiah dan Al-
Irsyad Al Islamiah) dengan menggunakan soal selidik Felder-Solomon Index of Learning Styles
mendapati secara keseluruhanya, tiada perbezaan yang signifikan terhadap gaya
pembelajaran pelajar-pelajar yang cemerlang dan sederhana ataupun yang rendah.

Kajian Hubungan Gaya Pembelajaran Pelajar Dengan Motivasi


Gaya pembelajaran mempunyai kesan yang besar terhadap motivasi pelajar. Ini dapat dilihat
melalui kajian yang dijalankan oleh Norlia et al. (2006) yang menunjukkan terdapat hubungan
yang signifikan antara gaya pembelajaran mendalam dengan motivasi dalaman. Pelajar yang
tidak mempunyai gaya pembelajaran yang betul akan mengalami kemerosotan dalam
pencapaian akademik jika tidak dapat menyesuaikan diri dengan cara pengajaran dan
pembelajaran di Universiti (Baharin Abu, 2003). Akibatnya, ramai pelajar yang kurang berjaya
atau gagal mencapai keputusan cemerlang.

Kajian mengenai pengaruh gaya pembelajaran terhadap motivasi dan pencapaian


akademik pelajar oleh Kamaruddin et al. (2009) mendapati terdapat hubungan yang signifikan
antara gaya pembelajaran dengan motivasi. Motivasi adalah kunci kejayaan. Pelajar yang
bermotivasi tinggi adalah lebih fokus dan juga lebih banyak mengambil risiko dalam situasi
pembelajaran. (Krashen, 1981). Dunn, R. dan Dunn, K. dalam bukunya yang berjudul Teaching
Students Through Their Individual Learning Styles dalam (Naina,2000) menyatakan
kekaguman mereka apabila mendapati adanya begitu banyak penulisan pada tahun 1970an
yang menyokong pendapat bahawa setiap murid belajar mengikut cara-cara yang tersendiri,
berbeza dengan rakan sebayanya. Berdasarkan data yang diperolehi hasil dari kajian mereka
mengenai cara-cara bagaimana kanak-kanak dan orang dewasa belajar, Dunn dan Dunn
mengkategorikan gaya pembelajaran kepada 18 kategori berdasarkan unsur-unsur asas yang
kemudiannya diklasifikasikan kepada empat perkara sahaja berdasarkan rangsangan. Motivasi
adalah salah satu unsur dalam rangsangan emosional.

Definisi Motivasi
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), motivasi bermaksud keinginan yang keras atau
semangat yang kuat pada diri seseorang yang medorongnya untuk melakukan sesuatu dengan
tujuan untuk mencapai kejayaan. Definisi kedua dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996) ialah
sesuatu yang membuat atau mendorong seseorang berusaha untuk melakukan sesuatu
dengan penuh minat. Motivasi ialah satu keadaan yang mana individu atau kumpulan
berusaha menggerakkan tingkah laku atau satu dorongan yang bertujuan untuk mencapai
matlamat dan insentif tertentu (Mohd Azhar, 2004). Oleh itu, manusia akan terdorong menjadi
lebih kreatif apabila ada motivasi dalam diri yang terhasil dari minat, kepuasan dan cabaran
kepada situasi tertentu. Motivasi menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam tindakan-
tindakannya sama ada secara negatif atau positif. Terdapat dua jenis motivasi iaitu motivasi
dalaman (intrisik) dan motivasi luaran (ekstrinsik). Dalam kajian ini gaya pembelajaran
dorongan diubahsuai untuk mengukur dorongan motivasi dalaman dan luaran.

Motivasi Dalaman (Intrisik)


Motivasi Intrisik atau Motivator ialah motivasi yang berkait dengan faktor dalaman yang
timbul dari dalam diri seseorang individu. Motivasi ini timbul daripada keinginan diri sendiri
untuk mencapai matlamat seperti potensi diri dan dan keseronokan (Teo Letty @ Farina,
2001). Manusia bertingkah laku demi kepentingan aktiviti dan bukan mempunyai sebarang
tunjuan demi mendapatkan anugerah atau ganjaran luaran. Motivasi intrisik lebih kepada
memenuhi kompetensi dan keperluan diri. Motivasi intrisik ada pada seseorang pelajar apabila
dia belajar semata-mata untuk menguasai ilmu pengetahuan bukan kerana motif lain seperti
pujian, nilai yang tinggi, atau hadiah. Motivasi itu ada pada seseorang pelajar apabila ia
memerlukan sesuatu dari apa yang ia pelajari. Kesedaran tentang kepentingan terhadap apa
yang dipelajari adalah sangat penting bagi motivasi intrisik.

Motivasi Luaran (Ekstrinsik)


Dikenali juga sebagai motivasi Hygiene yang berkait dengan faktor-faktor dorongan luaran
yang menyebabkan individu tersebut menceburi diri dalam sesuatu aktiviti. Contohnya hadiah,
pujian dan perhatian (Teo Letty @ Farina, 2001). Motivasi ekstrinsik adalah dorongan untuk
melakukan sesuatu kerana adanya perangsang dari luar diri individu. Contohnya ialah untuk
mendapatkan nilai yang tinggi, kelulusan dan kedudukan dalam status sosial. Motivasi
ekstrinsik sangat diperlukan dalam pembelajaran.

Metodologi

Bab ini akan membincangkan mengenai metodologi kajian dalam menjalankan kajian
hubungan motivasi, gaya pembelajaran dengan pencapaian matematik kejuruteraan. Antara
aspek-aspek yang dibincangkan dalam bab ini ialah rekabentuk kajian, lokasi kajian, sampel
kajian, instrumen kajian dan kajian rintis. Metodologi kajian merujuk kepada cara yang paling
berkesan bagi mendapatkan maklumat yang berguna untuk mencapai sesuatu matlamat
penyelidikan. Menurut Chua (2006), metodologi kajian ialah kaedah atau pendekatan yang
dipilih untuk menjalankan kajian di mana ia dapat menerangkan tentang bagaimana sesuatu
kajian dijalankan.

Rekabentuk Kajian

Kaedah tinjauan adalah satu kaedah yang digunakan untuk mendapatkan maklumat secara
lintas lalu dengan sekali kutipan data melalui edaran soal selidik (Mohd Najib, 2003). Dalam
kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah tinjauan yang berbentuk korelasi. Kajian Korelasi
melihat atau mengukur hubungkait antara dua pemboleh ubah. Ia menerangkan kekuatan
kaitan dan juga sama ada ia signifikan atau tidak (Mohd. Najib, 1999). Kajian ini meninjau
Hubungan Motivasi, Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Matematik Kejuruteraan. Alat
penyelidikan ini telah diuji kesahan dan kebolehpercayaan terlebih dahulu dalam kajian rintis.
Usaha ini dijalankan untuk memastikan alat kajian tersebut sesuai digunakan dalam kajian ini.
Populasi dan Sampel Kajian

Kajian ini dijalankan di salah sebuah Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Dalam
kajian ini populasi kajian adalah terdiri daripada pelajar-pelajar Diploma Kejuruteraan di salah
sebuah Politeknik KPT yang mengambil mata pelajaran Matematik Kejuruteraan. Sampel yang
dipilih adalah melibatkan para pelajar yang mengambil mata pelajaran Matematik Kejuruteraan
5 (BA601) semester Dis 2014 di Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak . Persampelan rawak
berstrata digunakan untuk memastikan tidak berlaku bias dalam pemilihan sampel dan setiap
sampel dari populasi kajian mempunyai peluang yang sama untuk terpilih sebagai sampel
kajian. Untuk menentukan saiz sampel, penyelidik merujuk kepada Jadual Penentuan Saiz
Sampel yang disediakan oleh Krejcie & Morgan (1970) seperti dalam jadual 3.1. Oleh kerana
jumlah populasi kajian adalah sebanyak 550 orang, maka jumlah sampel bagi kajian ini adalah
226 orang.

Jadual 3.1: Penentuan Saiz Sampel

N S N S N S N S N S
10 10 100 80 280 162 800 260 2800 338
15 14 110 86 290 165 850 265 3000 341
20 19 120 92 300 169 900 269 3500 246
25 24 130 97 320 175 950 274 4000 351
30 28 140 103 340 181 1000 278 4500 351
35 32 150 108 360 186 1100 285 5000 357
40 36 160 113 380 181 1200 291 6000 361
45 40 180 118 400 196 1300 297 7000 364
50 44 190 123 420 201 1400 302 8000 367
55 48 200 127 440 205 1500 306 9000 368
60 52 210 132 460 210 1600 310 10000 373
65 56 220 136 480 214 1700 313 15000 375
70 59 230 140 500 217 1800 317 20000 377
75 63 240 144 550 226 1900 320 30000 379
80 66 250 148 600 234 2000 322 40000 380
85 70 260 152 650 242 2200 327 50000 381
90 73 270 155 700 248 2400 331 75000 382
95 76 270 159 750 256 2600 335 100000 384
Note: “N” is population size
“S” is sample size.

Sumber : Krejcie dan Morgan (1970)

Instrumen Kajian
Intstrumen kajian yang digunakan dalam penyelidikan terdiri daripada dua bahagian iaitu
Bahagian A mengandungi maklumat demografi pelajar dan Bahagian B ialah soal selidik
Inventori Pembelajaran di Sekolah dalam Norlia et al. (2006). Soal selidik ini diubahsuai dari
Inventori Pembelajaran di Sekolah yang telah dilaksanakan oleh Selmes (1987)dan Norlia et
al (2006). Nilai kebolehpercayaan yang diperolehi dari kajian tersebut ialah 0.8185. Inventori
asal mengandungi 57 item yang mengemukakan lima gaya pembelajaran, iaitu gaya
mendalam, permukaan, dorongan, terancang dan gigih usaha dan telah diubahsuai oleh
penyelidik mengikut kesesuaian persekitaran kajian. Untuk kajian ini, penyelidik hanya
menggunakan 47 soalan sahaja. Hanya empat gaya pembelajaran dimasukkan dan gaya
dorongan telah diadaptasi untuk mengukur motivasi dalaman dan luaran. Soal selidik kajian
ini dilampirkan dalam LAMPIRAN.

Jadual 3.2: Dimensi Gaya Pembelajaran

Bil Gaya Pembelajaran Item

1 Gaya Pembelajaran Permukaan 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9

2 Gaya Pembelajaran Mendalam 10, 11, 12, 13, 14, 15, 16, 17, 18, 19

3 Gaya Pembelajaran Terancang 20, 21, 22, 23, 24, 25, 26, 27

4 Gaya Pembelajaran Gigih Usaha 28, 29, 30, 31, 32, 33, 34, 35, 36, 37

5 Motivasi Dalaman (Intrisik) 38, 39, 40, 41, 42

6 Motivasi Luaran (Ekstrinsik) 43, 44, 45, 46, 47

Penyelidik memilih alat kajian ini adalah berdasarkan penggunaannya yang meluas
dan telah diguna pakai oleh penyelidik luar dan dalam negara. Alat kajian ini juga sesuai
dengan keadaan yang dialami di sekolah dan di Politeknik. Ianya boleh digunakan untuk
mengenal pasti gaya pembelajaran pelajar bagi sesuatu matapelajaran terutama
matapelajaran Matematik Kejuruteraan. Alat kajian ini juga telah digunakan oleh pengkaji
tempatan seperti Abdul Razak dan Rashidi (1997) dan Noriha (2001). Kesemua item-item soal
selidik yang dikemukakan akan dapat menjawab persoalan dalam kajian ini. Bagi item yang
dikemukakan, responden perlu memberi maklum balas berdasarkan skala Likert yang
disediakan. Skala tersebut merujuk kepada maklum maklum balas persetujuan responden
terhadap item yang yang dikemukakan. Menurut Bordens dan Abbott (2002), skala Likert
sesuai digunakan untuk kajian yang berbentuk pengukuran dan pandangan. Oleh itu,
penyelidik memilih skala Likert 4 mata seperti dalam jadual 3.3. Pencapaian Matematik
Kejuruteraan pelajar adalah berdasarkan kepada keputusan peperiksaan akhir semester bagi
modul Matematik Kejuruteraan 4 sesi Jun 2014. Gred yang diperkui oleh Bahgian Peperiksaan
dan Penilaian Politeknik ialah gred A, A-, B+, B, C+, C yang diakui sebagai status lulus dan gred
D, D-, E+, E, E- dan F yang diakui sebagai status gagal. Soalan peperiksaan akhir adalah selaras
dan melalui proses yang ketat, mengikut akta rahsia dan berkualiti. Soalan disediakan oleh
Bahagian Peperiksaan dan Penilaian Politeknik, KPT.

Jadual 3.3: Format Skala Likert

Skor Persepsi

1 Sangat Tidak Setuju (STS)

2 Tidak Setuju (TS)

3 Setuju (S)

4 Sangat Setuju (SS)


Kesahan dan Kebolehpercayaan
Kesahan kandungan merujuk kepada kesesuaian dan sejauh mana data yang dikutip itu
bermakna dan berguna. Kebolehpercayaan pula adalah berkaitan dengan ketekalan dan
darjah konsisten sesuatu keputusan ujian. Di dalam kajian ini, seramai 10 oarng pelajar akan
dipilih dan mereka merupakan sampel awal kajian. Kebolehpercayaan soal selidik akan diuji
menggunakan Alpha Croanbach dalam perisisan SPSS v18.0. Kesahan bermaksud setakat mana
sesuatu instrumen itu melaksanakan fungsi seperti yang sepatutmya. Instrumen tersebut sah
sekiranya ia mengukur atau mewakili sesuatu pengukuran yang sepatutnya diukur atau
diwakili. Penyelidik telah mendapat kesahan item-item dalam borang soal selidik daripada
pakar yang telah dipilih oleh penyelidik iaitu pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI), Dr. Mohd Uzi Dollah.

Kajian Rintis

Penyelidik telah menjalankan satu kajian rintis bagi memperbaiki item soal selidik. Bagi tujuan
ini seramai 30 orang pelajar Diploma Kejuruteraan semester akhir yang mengambil
matapelajaran Matematik Kejuruteraan telah dipilih untuk mengisi borang soal selidik ini.
Hasilnya telah dianalisis dengan menggunakan program Statistical Package for Social Science
(SPSSv 18.0) dan hasilnya adalah seperti Jadual 3.4.

Jadual 3.4: Hasil Ujian Kebolehpercayaan Item Soal Selidik

Bil Dimensi Gaya Belajar Jumlah Jumlah Koefisien


Item Responden Kebolehpercayaan
(Alpha-Cronbach)
1. Permukaan 9 30 0.622
2. Mendalam 10 30 0.824
3. Terancang 8 30 0.838
4. Gigih Usaha 10 30 0.870
5. Motivasi Dalaman 5 30 0.868
6. Motivasi Luaran 5 30 0.813
Keseluruhan 47 30 0.902

Berdasarkan kepada Jadual 3.4, jelas menunjukkan kesemua item soal selidik ini
mempunyai nilai Alpha-Cronbach melebihi 0.6 iaitu 0.902, ini secara keseluruhannya
kebolehpercayaan item yang dibina di dalam borang soal selidik ini adalah tinggi. Menurut
Najib (1999), jika nilai Alpha-Cronbach α melebihi 0.6 maka instrument tersebut sesuai
digunakan. Nilai min ini mempunyai kebolehpercayaan yang sesuai dengan kenyataan Mohd
Majid Konting (1994), meskipun tiada batasan khusus yang boleh digunakan bagi menentukan
pekali kebolehpercayaan yang sesuai bagi sesuatu alat ukur, pekali yang lebih daripada 0.6
sering digunakan dan menjadi rujukan paling minimum untuk diterima. Nilai
kebolehpercayaan yang boleh diterima pakai adalah antara 0.6 hingga 1. Hasil
kebolehpercayaan kajian ini dilampirkan dalam LAMPIRAN . Secara umumnya, jadual 3.5
boleh dijadikan panduan kasar dalam menaksir kebolehterimaan instrument kajian dari segi
kebolehpercayaan berasaskan nilai pekali kebolehpercayaan.
Jadual 3.5: Pekali Kebolehpercayaan

Pekali kebolehpercayaan Tahap kebolehpercayaan


0.90 atau lebih Amat Baik
0.80 – 0.89 Baik
0.60 – 0.79 Sederhana
0.40 – 0.59 Diragui
0.00 – 0.39 Ditolak

Sumber: Lim Chong Hin (2007)

Tatacara Penganalisaan Data


Beberapa kaedah pemprosesan data telah digunakan dalam menganalisa data yang dikumpul.
Semua data daripada borang soal selidik dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan
kaedah taburan frekuensi , peratusan dan juga hubungan korelasi. Data dianalisis dengan
menggunakan program Statistical Package for the Social Science (SPSS ) Version 18.0. Ujian
statistik korelasi Pearson akan digunakan untuk menganalisis data iaitu dalam mencari
hubungan di antara gaya pembelajaran motivasi dan hubungan antara gaya pembelajaran
dengan pencapaian Matematik Kejuruteraan pelajar. Statistik ini digunakan berasaskan pada
aras signifikan p < .05. Menurut Zulkarnain (2001) dalam Bazitah (2006), melalui analisis
korelasi, kita dapat menentukan sama ada wujud atau tidak hubungan antara dua
pembolehubah.

Analisis Skor Min


Dalam kajian ini, skala pengukuran Likert digunakan dalam bahagian B soal selidik. Data
mentah yang terkumpul akan ditafsir ke bentuk skor min dan sisihan piawai seterusnya
penyelidik perlu mentafsir skor yang diperolehi sebagaimana yang dicadangkan oleh Lendal
(1997) merujuk kepada jadual 3.6.

Jadual 3.6: Tafsiran dan Tahap Kecenderungan Min

Skor Min Tafsiran Min


1.00 – 2.39 Rendah
2.40 – 3.79 Sederhana
3.80 – 5.00 Tinggi

Sumber: Lendal, K. (1997)


Analisis Data

Analisis data dilakukan selepas pengumpulan data selesai dilaksanakan bertujuan untuk
menjawab persoalan kajian dan seterusnya mencapai objektif kajian. Pengumpulan data
dilaksanakan menggunakan instrumen soal selidik dan setiap item di dalamnya dianalisis
dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Sciences (SPSS) version 18.0.
Dalam bab ini, penyelidik membentangkan hasil analisis data beserta rumusan ringkas setiap
analisis tersebut. Dalam kajian yang telah dilaksanakan, hasil dapatan daripada ujian
kenormalan mendapati data bertaburan secara normal. Suatu data dikatakan bertaburan
normal apabila kedua-dua nilai Skewness dan Kurtosis berada dalam lingkungan ± 1.96 (Chua,
2012). Dalam kajian ini nilai Skewness yang diperolehi ialah .070 dan nilai Kurtosis ialah -.791.

Sampel kajian adalah seramai 226 pelajar. Data dianalisis menggunakan dua jenis
statistik iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi. Statistik deskriktif digunakan untuk
memerihalkan maklumat demografi responden iaitu pencapaian Matematik Kejuruteraan.
Analisis inferensi digunakan ialah ujian Korelasi Pearson dan ujian-t. Ujian Korelasi Pearson
digunakan setelah diambilkira data bertaburan secara normal dan analisis ini digunakan dalam
kajian untuk menguji hipotesis nul tentang hubungan motivasi dengan gaya pembelajaran dan
pencapaian dalam Matematik Kejuruteraan. Ujian-t pula digunakan bagi menguji hipotesis nul
untuk melihat perbezaan min gaya pembelajaran berdasarkan pencapaian Matematik
Kejuruteraan.

Analisis Gaya Pembelajaran Diamalkan Pelajar

Persoalan kajian pertama adalah untuk melihat gaya pembelajaran yang diamalkan oleh
pelajar ketika belajar Matematik Kejuruteraan . Berdasarkan jadual 4.1, skor min yang paling
tinggi dalam gaya pembelajaran permukaan ialah item 1. Hasil analisis menunjukkan
kebanyakan pelajar memerlukan penerangan terperinci tentang apa yang perlu dilakukan
ketika menjawab soalan dan mengulangkaji. Selain itu, pelajar juga sangat bergantung dengan
nota iaitu perlu mengingat kembali apa yang ditulis dalam nota perlu menumpukan perhatian
kepada fakta apabila membaca. Bagi pelajar yang mengamalkan gaya permukaan, kebanyakan
mereka tidak bergantung kepada pensyarah semata-mata iaitu dengan skor min 2.86.
Jadual 4.1: Skor Min dan Sisihan Piawai Gaya Pembelajaran Permukaan

Bil Ciri Pembelajaran Permukaan Min S.P Tafsiran


1. Saya memerlukan penerangan terperinci apa yang
perlu dilakukan ketika menyelesaikan masalah 3.80 0.40 Tinggi
matematik.
2. Saya perlu mengingat kembali apa yang ditulis dalam
3.51 0.57 Sederhana
nota.
3. Saya memerlukan penerangan terperinci tentang apa
3.47 0.61 Sederhana
yang perlu dibuat semasa mengulangkaji.
4. Saya perlu menumpukan perhatian kepada setiap fakta
3.43 0.62 Sederhana
apabila membaca
5. Saya akan menumpukan perhatian kepada fakta apabila
3.36 0.61 Sederhana
mengulangkaji.
6. Saya cuba menghafal semua maklumat semasa
3.13 0.70 Sederhana
mengulangkaji
7. Saya membuat nota hanya tentang isi penting yang
3.29 0.71 Sederhana
perlu dipelajari sahaja.
8. Saya bergantung kepada pensyarah untuk
memberitahu apa yang harus saya buat ketika 2.86 0.79 Sederhana
menyelesaikan masalah matematik.
9. Saya akan menyusun kebanyakan nota dengan
3.31 0.66 Sederhana
sistematik.

Berdasarkan jadual 4.2, kebanyakan pelajar yang mengamalkan gaya pembelajaran


mendalam lebih gemar berbincang dengan rakan dan membuat ringkasan nota semasa
mengulangkaji. Ini dapat dilihat dari skor min yang bagi item 10, 11, 12, 13 dan 14.
Walaubagaimanapun, sebahagian pelajar yang mengamalkan gaya pembelajaran mendalam
tidak cuba untuk menggunakan kaedah lain selain yang diajar oleh pensyarah ketika menjawab
soalan matematik. Mereka juga tidak berusaha untuk mendapatkan nota dari sumber lain dan
hanya bergantung kepada kepada pensyarah sahaja serta tidak memberi pendapat sendiri
apabila berpeluang. Ini dapat dilihat dari skor min bagi item 15, 16, 17, 18 dan 19.
Jadual 4.2: Skor Min dan Sisihan Piawai Gaya Pembelajaran Mendalam

Bil Ciri Pembelajaran Mendalam Min S.P Tafsiran


10. Apabila mengulangkaji sesuatu topik, saya suka 3.49 0.63 Sederhana
berbincang dengan rakan.
11. Saya akan meringkaskan bahan penting semasa 3.31 0.70 Sederhana
membuat nota.
12. Saya cuba memahami maksud yang tersirat semasa 3.23 0.60 Sederhana
membaca.
13. Saya cuba merumuskan kaedah yang digunakan semasa 3.24 0.71 Sederhana
menyelesaikan masalah matematik.
14. Saya cuba meringkaskan bahan pelajaran semasa 3.19 0.70 Sederhana
mengulangkaji pelajaran.
15. Saya cuba menghubungkan pelbagai aspek semasa 2.97 0.67 Sederhana
mengulangkaji.
16. Semasa menjawab soalan matematik, saya cuba 2.54 0.85
menggunakan kaedah lain selain yang diajar oleh Sederhana
pensyarah.
17. Saya mengumpulkan nota dari pelbagai sumber. 2.73 0.77 Sederhana

18. Saya cuba memberi pendapat sendiri apabila 2.92 0.70 Sederhana
mempunyai peluang.

Jadual 4.3 menunjukkan hasil analisis deskriptif gaya pembelajaran terancang. Hasil
analisis bagi ciri pembelajaran terancang secara keseluruhannya, didapati skor min berada
pada tahap yang sederhana. Kebanyakan pelajar tidak gemar membuat ulangkaji secepat
mungkin dan menjawab soalan tanpa mengambilkira apa yang dingati dahulu.Bagi lain-lain
item kebanyakan pelajar memperuntukkan masa dan membuat perancangan dalam membuat
ulangkaji dan membuat rujukan tambahan. Namum begitu skor min yang rendah bagi item 27
menunjukkan kebanyakan pelajar menjawab soalan mengikut apa yang diingati dahulu.
Jadual 4.3: Skor Min dan Sisihan Piawai Gaya Pembelajaran Terancang

Bil Ciri Pembelajaran Terancang Min S.P Tafsiran


20. Sebelum menjawab soalan ujian/peperiksaan, saya 3.07 0.71 Sederhana
akan merangka jalan kerja terlebih dahulu.
21. Saya cuba membuat semua ulangkaji secepat mungkin. 2.94 0.80 Sederhana

22. Saya akan memperuntukkan masa yang mencukupi 3.11 0.64 Sederhana
untuk membuat nota yang diperlukan.
23. Saya akan memperuntukkan masa yang mencukupi 3.03 0.63 Sederhana
untuk membuat rujukan tambahan dengan sempurna.
24. Saya akan memperuntukkan masa yang mencukupi 3.17 0.63 Sederhana
untuk mengulangkaji pelajaran.
25. Saya membuat perancangan supaya ulangkaji pelajaran 3.20 0.67 Sederhana
dapat dilaksanakan dengan teliti
26. Saya akan merancang perkara yang berkaitan pelajaran 3.16 0.67 Sederhana
dengan cukup sempurna.
27. Menjawab soalan ujian/peperiksaan tanpa mengambil 2.36 0.93 Rendah
kira apa yang diingati dahulu.

Jadual 4.4 menunjukkan skor min bagi gaya pembelajaran gigih usaha. Secara keseluruhan,
gaya pembelajaran ini berada pada tahap yang sederhana sahaja. Analisis data mendapati
kebanyakan pelajar berusaha mencari punca kelemahan serta ada usaha untuk berjumpa
pensyarah. Pelajar juga berusaha untuk menyiapkan tugasan secepat mungkin.
Jadual 4.4: Skor Min dan Sisihan Piawai Gaya Pembelajaran Gigih Usaha

Bil Ciri Pembelajaran Gigih Usaha Min S.P Tafsiran


28. Apabila prestasi menurun, saya akan cuba mencari Sederhana
3.42 0.62
punca kelemahan.
29. Selain dari nota yang diberikan oleh pensyarah, saya
akan cuba mencari rujukan lain untuk membuat 3.09 0.77 Sederhana
tugasan.
30. Saya cuba menyiapkan sesuatu tugasan secepat Sederhana
3.21 0.66
mungkin.
31. Apabila ada kesempatan saya akan membuat nota Sederhana
2.93 0.74
sendiri.
32. Saya akan berusaha menyelesaikan masalah matematik Sederhana
3.19 0.77
walaupun ia sukar.
33. Saya akan membuat latihan tanpa menunggu arahan Sederhana
2.79 0.86
pensyarah.
34. Saya akan mengulangkaji semua topik tanpa menunggu Sederhana
2.71 0.84
arahan pensyarah.
35. Saya akan menyiapkan tugasan lebih awal dari masa Sederhana
2.98 0.76
yang ditetapkan oleh pensyarah.
36. Saya akan mengulangi latihan yang telah di buat Sederhana
3.17 0.71
beberapa kali untuk menambah kefahaman.
37. Jika ada masalah matematik yang sukar untuk
diselesaikan, saya akan terus berjumpa dengan 3.04 0.78 Sederhana
pensyarah untuk bertanya.

Secara keseluruhannya, skor min bagi gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar-
pelajar semester akhir dalam matapelajaran Matematik Kejurteraan berada pada tahap yang
sederhana. Jadual 4.5 menunjukkan skor min yang tinggi adalah bagi gaya permukaan iaitu
3.41 dan yang paling rendah ialah gaya terancang iaitu 3.13 .

Jadual 4.5: Skor Min dan Sisihan Piawai Gaya Pembelajaran Pelajar

Gaya Pembelajaran Min S.P Tafsiran


Gaya Permukaan 3.41 0.33 Sederhana
Gaya Mendalam 3.22 0.40 Sederhana
Gaya Terancang 3.13 0.43 Sederhana
Gaya Gigih Usaha 3.19 0.45 Sederhana
Analisis Motivasi

Analisis yang dilakukan dalam kajian ini juga bertujuan menjawab persoalan kedua iaitu
apakah motivasi yang mendorong pelajar belajar. Jadual 4.6 menunjukkan skor min bagi
motivasi dalaman dan motivasi luaran dan berada pada skor sederhana. Daripada analisis
setiap item soalan didapati bahawa kebanyakan pelajar mempunyai motivasi belajar melalui
dorongan sendiri (motivasi dalaman).

Jadual 4.6: Skor Min dan Sisihan Piawai Motivasi Dalaman dan Luaran

Bil Dorongan Motivasi Min S.P Tafsiran


Motivasi Dalaman
38. Saya akan merasa gelisah apabila ketinggalan dalam 3.39 0.70 Sederhana
pelajaran.
39. Saya ingin mempunyai markah yang tinggi daripada 3.61 0.60 Sederhana
pelajar lain.
40. Saya akan merasa malu apabila tidak menunjukkan 3.46 0.67 Sederhana
prestasi yang baik dalam pelajaran.
41. Saya ingin melakukan tugasan yang lebih baik daripada 3.49 0.61 Sederhana
pelajar lain.
42. Saya akan merasa gelisah apabila ketinggalan dalam 3.51 0.62 Sederhana
kerja-kerja akademik.
Motivasi Luaran
43. Saya ingin pensyarah tahu bahawa saya adalah pelajar Sederhana
3.11 0.76
terbaik.
44. Saya ingin pensyarah tahu bahawa saya adalah pelajar Sederhana
3.25 0.73
yang boleh diharap.
45. Saya merasa seronok bersaing dengan pelajar lain Sederhana
3.32 0.72
dalam hal-hal berkaitan akademik dan tugasan.
46. Saya ingin tunjukkan kepada pensyarah bahawa saya Sederhana
3.46 0.63
telah mencuba sedaya upaya dalam pelajaran.
47. Saya merasa bimbang apabila pensyarah mengkritik Sederhana
3.35 0.78
tugasan saya.

Jadual 4.7 menunjukkan analisis skor min bagi motivasi yang mendorong pelajar
belajar. Skor min bagi motivasi dalaman iaitu 3.49 lebih tinggi berbanding motivasi luaran iaitu
3.29. Secara keseluruhannya didapati bahawa pelajar mempunyai dorongan motivasi dalaman
yang tinggi berbanding dengan motivasi luaran.

Jadual 4.7: Skor Min dan Sisihan Piawai Dorongan Motivasi

Jenis Motivasi Min S.P Tafsiran


Motivasi Dalaman 3.49 0.46 Sederhana
Motivasi Luaran 3.29 0.50 Sederhana
Analisis Hubungan Gaya Pembelajaran dengan Pencapaian Matematik Kejuruteraan

Bagi menetukan kekuatan hubungan antara dua pembolehubah, skala anggaran kekuatan
perhubungan anatara dua pembolehubah seperti dalam jadual 4.8 daripada Lim C. H. (2007)
digunakan.

Jadual 4.8: Jadual Skala Anggaran Kekuatan Perhubungan Antara Pembolehubah

Aras Hubungan Tahap Hubungan


0.80 – 1.00 Amat Kuat
0.60 – 0.79 Kuat
0.40 – 0.59 Sederhana
0.20 – 0.39 Lemah
0.00 – 0.19 Amat Lemah

Sumber: Lim Chong Hin (2007)

Bagi menjawab persoalan kajian yang ketiga, jadual 4.9 dirujuk dan menunjukkan
Hubungan Korelasi Antara Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Matematik Kejuruteraan
pelajar. Hasil analisis menunjukkan nilai r = -.063 dan nilai p = .343 menunjukkan bahawa
wujud hubungan negatif (songsang) yang lemah antara gaya pembelajaran permukaan dengan
pencapaian Matematik Kejuruteraan. Nilai p > .05 menunjukkan bahawa hipotesis nul (H0)
diterima. Bagi gaya pembelajaran mendalam pula, nilai r = .257 menunjukkan hubungan yang
lemah antara gaya pembelajaran mendalam dengan pencapaian pelajar. Ujian korelasi
menunjukkan signifikan pada p < .05 dan hipotesis nul ditolak.

Bagi gaya pembelajaran terancang pula, nilai r = .138 juga menunjukkan hubungan
yang lemah antara gaya pembelajaran terancang dengan pencapaian pelajar. Ujian korelasi
menunjukkan signifikan pada p < .05 dan hipotesis nul ditolak. Analisis korelasi untuk gaya
pembelajaran gigih usaha pula menunjukkan menunjukkan nilai r = .388 dan nilai p = .021
menunjukkan bahawa wujud hubungan yang lemah antara gaya pembelajaran gigih usaha
dengan pencapaian Matematik Kejuruteraan.

Nilai p < .05 menunjukkan bahawa hipotesis nul (H0) ditolak. Secara keseluruhannya, hasil
analisis pearson menunjukkan hubungan yang lemah dan terdapat hubungan yang signifikan
antara gaya pembelajaran mendalam, terancang dan gigih usaha dengan pencapaian
Matematik Kejuruteraan pelajar semester akhir Politeknik.

Jadual 4.9: Pekali Korelasi Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Matematik Kejuruteraan

Gaya Pembelajaran r P

Permukaan -0.063 0.343

Mendalam 0.257** 0.001

Terancang 0.138* 0.012

Gigih Usaha 0.388** 0.021

**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).


*. Correlation is significant at the 0.05 level (2-tailed).
Analisis Hubungan Gaya Pembelajaran dengan Motivasi

Bagi menjawab persoalan kajian yang ke empat jadual 4.10 dirujuk dan menunjukkan hasil
analisis pearson antara Gaya Pembelajaran dengan Motivasi pelajar. Hasil analisis korelasi
mendapati bahawa wujud hubungan yang lemah antara gaya pembelajaran permukaan,
mendalam, terancang dan gigih usaha dengan motivasi dalaman dan motivasi luaran. Semua
korelasi tersebut signifikan pada paras p <.05 dan hipotesis nul ditolak.

Jadual 4.10: Pekali Korelasi Gaya Pembelajaran Dengan Motivasi

Motivasi Motivasi Luaran


Motivasi Dalaman
Gaya Pembelajaran
r p r p

Permukaan 0.288** 0.002 0.154* 0.021

Mendalam 0.155* 0.020 0.263** 0.000

Terancang 0.193** 0.004 0.295** 0.000

Gigih Usaha 0.158* 0.017 0.285** 0.000

Analisis Perbezaan Gaya Pembelajaran Mengikut Pencapaian

Merujuk kepada hasil analisis seperti dalam jadual 4.11, didapati nilai t bagi gaya pembelajaran
permukaan ialah -1.762 dan tahap signifikan ialah 0.081 di mana (p > .05). Ini menunjukkan
bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya pembelajaran permukaan
dengan pencapaian Matematik Kejuruteraan. Hasil analisis ujian – t bagi gaya pembelajaran
mendalam mendapati nilai t ialah -0.620 dan nilai p ialah 0.536 di mana (p > .05). keputusan
ini juga menerima hipotesis nul iaitu tidak terdapat perbezaan antara gaya pembelajaran
mendalam dengan pencapaian Matematik Kejuruteraan.

Bagi gaya pembelajaran terancang, nilai t yang diperolehi dari analisis ujian – t
ialah -2.005 dan nilai p = 0.076 di mana (p > .05). Ini menunjukkan bahawa tidak terdapat
perbezaan antara gaya pembelajaran terancang dengan pencapaian Matemati Kejuruteraan.
H0 diterima. Nilai t yang diperolehi bagi gaya pembelajaran gigih usaha pula ialah -0.875 dan p
= 0.382 (p > .05), juga menerima hipotesis nul.
Jadual 4.11: Ujian – t Gaya Pembelajaran Mengikut Pencapaian Pelajar

Gaya Pembelajaran grade N Min S.P t p


a lulus 181 3.39 0.348
Gaya Permukaan -1.762 0.081
n gagal 45 3.47 0.255
lulus 181 3.19 0.392
Gaya Mendalam -0.620 0.536
gagal 45 3.23 0.410
n lulus 181 3.10 0.428
Gaya Terancang -2.005 0.076
g gagal 45 3.24 0.418
lulus 181 3.17 0.453
Gaya Gigih usaha -0.875 0.382
gagal 45 3.24 0.446

Daripada hasil analisis ujian – t mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan
antara gaya pembelajaran permukaan, mendalam, terancang dan gigih usaha mengikut
pencapaian Matematik Kejuruteraan pelajar semester akhir, Politeknik. Dapatan ini
menunjukkan bahawap pelajar yang lulus dan gagal mengamalkan gaya pembelajaran yang
sama. Oleh itu, gaya pembelajaran pelajar tidak mempengaruhi pencapaian Matematik
Kejuruteraan pelajar.

Perbincangan, Rumusan Dan Cadangan

Dalam bab ini penyelidik akan membincangkan secara ringkas, merumus dan membincangkan
implikasi hasil kajian. Hasil kajian adalah berkaitan dengan mengkaji hubungan motivasi, gaya
pembelajaran dengan pencapaian Matematik Kejuruteraan di kalangan pelajar semester akhir
Diploma Kejuruteraan, Politeknik KPT. Kajian ini adalah kajian tinjauan. Kajian ini melibatkan
seramai 226 orang pelajar yang mengambil modul Matematik Kejuruteraan 5. Penyelidik
mengedarkan soal selidik yang mengandungi dua bahagian. Bahagia A mengandungi data
demografi responden iaitu grade semasa di semester sebelum dan bahagian B mengandungi
item-item untuk mengenalpasti gaya pembelajaran yang diubahsuai dari Inventori
Pembelajaran di Sekolah oleh Selmes (1987) dalam Norlia et al (2006). Semua data yang
diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social
Sciences 18.0)

Perbincangan Mengenai Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Matematik


Kejuruteraan

Secara umumnya, hasil kajian yang telah dilaksanakan mendapati bahawa keempat-empat
gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar tidak menunjukkan perbezaan yang ketara
dan kesemua gaya pembelajaran tersebut mempunyai hubungan yang lemah dengan
pencapaian Matematik Kejuruteraan pelajar Politeknik namun ujian signifikan mendapati
wujud hubungan yang signifikan di antara gaya pembelajaran mendalam, terancang dan gigih
usaha dengan pencapaian Matematik Kejuruteraan pelajar. Sementara itu bagi gaya
pembelajaran permukaan, tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran
dengan pencapaian. Dapatan kajian yang diperolehi ini selari dengan kajian lepas yang telah
dilakukan oleh Norlia et al (2006) dan Azrul & Saifuddin (2010) yang turut mendapat keputusan
yang sama. Dalam kajian tersebut mendapati bahawa gaya pembelajaran pelajar tidak
mempengaruhi pencapaian pelajar.
Perbincangan Mengenai Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Motivasi

Motivasi mempengaruhi bidang-bidang pertumbuhan , perkembangan, pembelajaran dan


pencapaian. Dapatan kajian juga menunjukkan hubungan korelasi yang lemah antara kesemua
gaya pembelajaran dengan motivasi dalaman dan luaran. Nilai p < .05, maka hipotesis nul
ditolak, terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran pelajar denga motivasi
dalaman dan luaran. Dapatan ini juga selari dengan keputusan yang diperolehi hasil dapatan
dari Kamarudin et al (2009) yang mengkaji pengaruh gaya pembelajaran terhadap motivasi
dan pencapaian akademik pelajar dan mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara
gaya pembelajaran dengan motivasi.

Perbincangan Mengenai Gaya Pembelajaran yang diamalkan oleh Pelajar

Dapatan kajian menunjukkan bahawa gaya permukaan lebih diamalkan berbanding dengan
gaya mendalam, terancang dan gigih usaha. Secara keseluruhannya, perbezaan min adalah
kecil dan ini menunjukkan bahawa pelajar mengamalkan pelbagai gaya pembelajaran dan
tidak hanya menggunakan satu gaya sahaja dalam mempelajari Modul Matematik
Kejuruteraan 5. Dapatan kajian ini disokong oleh kajian lepas yang telah dilakukan oleh Azrul
& Saifuddin (2010) dan Norlia et al (2006).

Perbincangan Mengenai Motivasi Yang Mendorong Pelajar

Dapatan kajian mendapati kedua-dua motivasi iaitu motivasi dalaman dan motivasi luaran
mempunyai hubungan yang lemah dengan pencapaian pelajar, namun demikian nilai
signifikan menunjukkan terdapat hubungan yang bermakna antara motivasi dan gaya
pembelajaran pelajar. Nilai min bagi motivasi dalaman lebih tinggi berbanding dengan
motivasi luaran. Hasil dapatan menunjukkan pelajar politeknik memerlukan kedua-dua
dorongan iaitu dorongan motivasi dalaman dan luaran tetapi mereka lebih memerlukan
dorongan motivasi dalaman. Stipek (1988) mengatakan perlunya ditingkatkan motivasi
dalaman pelajar untuk belajar. Hasil dapatan ini selari denga hasil dapatan dalam kajian yang
dilakukan oleh Norlia et al (2006).

Rumusan

Secara keseluruhannya rumusan yang dibuat ialah gaya pembelajaran yang diamalkan oleh
pelajar tidak mempengaruhi pencapaian pelajar. Secara keseluruhannya, pelajar tidak hanya
mengamalkan satu gaya pembelajaran sahaja dalam mempelajari modul Matematik
Kejuruteraan. Bagi faktor motivasi pula, pelajar memerlukan dorongan motivasi dalaman dan
juga motivasi luaran.

Cadangan Kajian

Hasil dapatan kajian memberi implikasi penting kepada para pelajar, pensyarah dan pihak
pentadbiran Politeknik. Oleh itu, beberapa cadangan dicadangkan oleh penyelidik bagi pihak-
pihak tersebut. Cadangan-cadangan ini adalah sebagai panduan dan rujukan kepada pihak-
pihak tertentu agar dapat dimanfaatkan bagi menghasilkan satu kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan sesuai dengan kemampuan pelajar dan pensyarah.
Cadangan Untuk Penyarah

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, terdapat beberapa cadangan yang boleh
dilaksanakan oleh pensyarah bagi membantu pelajar-pelajar mencapai tahap prestasi
akademik yang cemerlang:

i. Pensyarah perlu mempelbagaikan gaya pengajarannya dalam setiap kelas dan perlu
menilai serta mengkaji kecenderungan pelajar kerana setiap pelajar berbeza
keupayaan masing-masing.
ii. Pensyarah perlu sentiasa memberi motivasi dan mempunyai hubungan yang baik
dengan pelajar-pelajarnya.
iii. Dalam kajian ini, walaupun hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian pelajar
adalah lemah namun begitu, pensyarah juga perlu memberi perhatian kepada gaya
pembelajaran pelajar-pelajarnya

Cadangan Untuk Pihak Pentadbiran

i. Pihak Pentadbiran boleh menganjurkan program-program yang mendedahkan


pensyarah dan pelajar tentang model-model gaya pembelajaran dan kepentingan
penerapan gaya pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
ii. Pihak pentadbiran juga perlu menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran
yang lebih kondusif dan lengkap.

Cadangan Untuk Kajian Akan Datang

Berdasarkan hasil kajian ini, berikut adalah beberapa cadangan untuk kajian lanjutan:

i Kajian lanjutan perlu melibatkan sampel yang lebih besar untuk mendapatkan
kesahan yang lebih tinggi terhadap kajian tersebut.
ii Menggunakan gaya pembelajaran lain selain dari gaya pembelajaran di dalam kajian
ini untuk mengenalpasti jenis dan gaya pembelajaran pelajar.
iii Kajian ini tidak memfokuskan jantina dan etnik, pengkaji mencadangkan kajian akan
datang memfokuskan kepada jantina dan etnik.
iv Kajian ini hanya dijalankan ke atas pelajar semester akhir sahaja, pengkaji
mencadangkan kajian dijalankan kepada kesemua semester pelajar dan di semua
Politeknik KPT.

Penutup

Gaya pembelajaran yang sesuai dan berkesan jika diamalkan dapat membantu para pelajar
meningkatkan prestasi pembelajaran dan memperolehi pencapaian yang lebih baik dalam
Matematik Kejuruteraan. Walaupun hasil analisis korelasi menunjukkan hubungan yang lemah
antara gaya pembelajaran dengan pencapaian, sebagai pensyarah mereka haruslah sentiasa
bersedia dan merancang aktiviti P&P supaya lebih terancang dan teratur. Selain itu, pensyarah
juga memainkan peranan penting dalam mengenalpasti gaya pembelajaran pelajarnya di
samping kerjasama dari pelajar, ibu bapa dan pihak pentadbiran.
Rujukan

Abdul Razak Habib dan Rashidi Azizan. (1997). Hubungan Antara Stail Pembelajaran Dengan
Pencapaian Sains dan Matematik Sekolah Menengah Rendah. Jurnal pendidikan 13
& 14: 19 – 27

Amilia Ahmad (1997). Statistik Penyelidikan Dalam Pendidikan dan Sains Social. Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM, Bangi, Selangor.

Asiah Pariekutty. (1999). Gaya Pembelajaran dan Pencapaian Akademik Pelajar Tingkatan 4
Sekolah Menengah Teknik Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus.
Negeri Sembilan. Tesis Sarjana. Universiti Malaya.

Azrul Mahfurz dan saifuddin Semail. (2010). Hubungan Gaya Pembelajaran, Motivasi dan
Pencapaian Pelajar Semester Satu Dalam Modul Matemati Kejuruteraan. Diges
Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak. 1 – 11.

Bazitah Bt Abu Bakar (2006). Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik:
Tinjauan Di Tiga Buah Madrasah Sepenuh Masa Di Singapura. Tesis Sarjana. UTM,
Johor.

Borden, K.S. dan Abbortt, C.J. (2002). Research Design and Method: A Process Approach. 10th.
Ed. New York: McGraw Hill.

Cavanagh and Stephen, J. (1995). Nurse Education Today. Eric : EJ507734.

Certo, S.C. & Appelbaum, S.H. (1984). Principle of Modern Management, Iowa: Wm. C.
Brown Co. Publishers.

Chua, Y.P. (2012). Buku 2 : Asas Statistik Penyelidikan – Kaedah dan Statistik Penyelidikan.
Shah Alam: McGraw-Hill Education.

Dunn, R. & Dunn, K. (1979). Learning Style/ Teaching Styles: Should they….can they be
matched? Educational Leadership. January, 238 – 244.

Erica A. Wehrwein, Heidi L. Lujan dan Stephen E. Dicarlo. (2007). Gender Differences in
Learning Style Preferences Among Undergraduate Physiology Students. Advances in
physiology education . 31 : 153 – 157.

Hamzah Bin Nun (1999). Gaya Pembelajaran Pelajar Di UTM. Tesis Sarjana. UTM, Johor.

Hersey, P. (1982). Management of Organizational Behaviour, Utilizing Human Resource. New


Jersey: Prentice Hall Inc.

Hii Siong Ting (2006). Gaya Pembelajaran Sains Tahun 5 Fakulti Pendidikan, UTM. Tesis
Sarjana Muda. UTM, Johor.

Kamaruddin Ilias, Roshidah Ab Rahman, Mubin Md Noor dan Nurul Azwa Saidon (2009).
Pengaruh Gaya Pembelajaran Terhadap Motivasi Dan Pencapaian Akademik Pelajar
Pra Ijazah Sarjana Muda Perguruan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Laman
Penyelidikan, Inovasi dan Pedagogi Kampus Ipoh.

Krejcie, Robert V., Morgan, Daryle W. (1970). Determining Sample Size for Research Activitie,
Educational and Psychological Measurement.
Lim, C.H. (2007). Penyelidikan Pendidikan: Pendekatan Kuantitatif dan Kualitatif. Selangor:
Mcgraw Hill.

Mc Gowan, (1998). An investigation of The Relationship Among Preferences for Learning


Styles Elements for Design, Selected instructional Environments, and Reading
Achievements of Ninth Grade Students to Improve Administration Determination
Concerning Effective Educational Facilities. Unpublished Doctoral Dissertation. St.
John University.

Mc Kee (1995). Learning Style Perspectives. Impact in The Classroom. Madison, WI:Atwood.

Megowan, B. W. (1998). An investigation of student and faculty learning style congruency


and academic achievement in an undergraduate industrial technology program
(African – Americans). Dissertation Mississippi State University. Dissertation Abstract
International, 58(12), 1262A.

Misnan Jemali. (1999). Hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian Bahasa
Arab Komunikasi sekolah menengah rendah di negeri Perak. Projek Sarjana.
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohamad Majid Konting (1999). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai. Universiti Teknologi
Malaysia.

Mohamad Najib Abdul Ghafar (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Skudai.
Universiti Teknologi Malaysia.

Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Kamarulzaman Abd. Ghani dan zamri Mahamod. (2000).
Kepelbagaian gaya pembelajaran Bahasa Arab Komunikasi mengikut jantina dan
lokasi sekolah. Seminar Prosiding Pendidikan Kebangsaan 2000. Siri Penerbitan
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. 70 – 78.

Nor Azan Hj. Mat Zin, Halimah Badioze Zaman dan Shahrul Azman Mohd Noh. (2004).
Individual Instruction: Learning Styles and Mathematics Ability Diagnostic Tool.
Proceeding Series, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Noriha Abu Hassan. (2000). Perkaitan antara pencapaian awal, kaedah pengajaran, gaya
pembelajaran dan kesukaran subjek terhadap pencapaian matematik di kalangan
pelajar Diploma Kejuruteraan. Tesis Ph.D. yang tidak diterbitkan, Kuala Lumpur:
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Norlia Abd Aziz, T. Subahan M. Meerah, Lilia Halim dan Kamisah Osman. (2006). Hubungan
Antara Motivasi, Gaya Pembelajaran dengan Pencapaian Matematik Tambahan
Pelajar Tingkatan 4. Jurnal Pendidikan. 31: 123 – 141.

Norlia Goomally. (2000). Hubungan di antara gaya belajar dengan pencapaian matematik
dan pencapaian akademik di kalangan pelajar tingkatan empat. Tesis Ijazah yang
tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Petri, H.L. (1990). Motivation, Theory, Research and Application (3rd ed). Belmot, C.A.:
Wardsworth Publishing.
Priadnyana (1995). Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Terhadap Pencapaian Akademik
Pelajar. Universitas Terbuka. Jakarta, Indonesia.

Richardson, A.G and Fergus, E. (1993). Learning style and ability grouping in the high school
system: some Carribean findings. Educational research 35 (1): 69 – 74.

Tan Ying Kee. (1993). Acquisition of Integrated Science Process Skills and its relationship with
cognitive style of form four science students. Tesis M.Ed, University of Malaya.

Teo Letty (2001). Perbandingan Faktor-faktor Motivasi Intrisik dan Ekstrinsik Yang
Mempengaruhi Penglibatan Pelajar Dalam Pasukan Hoki Di sekolah Menengah
Sungai Kruit. Latihan Ilmiah Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan, Perak: Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

Watson, W. (1997). Learning style preferences : A comparison of traditional and non-


traditional interior design students. Dissertation EDD. University of Arkansas.
Dissertation Abstracts Interntional, 59 (01). 2999A.

Zulkarnain Zakaria dan Hishamuddin Md. Som (2001). Analisis Data Menggunakan SPSS
Windows. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.
BORANG SOAL SELIDIK

HUBUNGAN MOTIVASI, GAYA PEMBELAJARAN DENGAN PENCAPAIAN


MATEMATIK KEJURUTERAAN: TINJAUAN DI KALANGAN PELAJAR
SEMESTER AKHIR DIPLOMA KEJURUTERAAN POLITEKNIK SULTAN
AZLAN SHAH

Pelajar-pelajar yang dikasihi,

Terima kasih kerana menyertai dan membantu dalam penyelidikan ini. Saya rasa
bersyukur dan amat berbesar hati di atas kesudian anda meluangkan masa menjawab
semua soalan yang dikemukakan. Untuk membolehkan kajian ini mencapai matlamatnya,
diharapkan agar anda semua dapat memberikan maklumat dan penilaian yang jujur dan
ikhlas terhadap semua kenyataan dan soalan dalam soal selidik ini. Segala maklumat yang
diberikan adalah rahsia dan digunakan khusus untuk kajian ini sahaja.

Sekali lagi diucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan dalam
menjayakan kajian ini.

Soal selidik ini mengandungi dua bahagian:

Bahagian A : Butir-butir Peribadi Responden.

Bahagian B : Gaya Pembelajaran


Sila jawab ke semua soalan di kertas jawapan yang disediakan.

SELAMAT MENJAWAB
BAHAGIAN A

MAKLUMAT DEMOGRAFI

Arahan: Sila tandakan (√ ) pada petak yang disediakan. Bagi soalan yang
memerlukan jawapan bertulis, sila nyatakan pada ruangan yang disediakan.

A1. Keputusan peperiksaan akhir Matematik Kejuruteraan semester lepas:

Gred Tandakan (√ )

A-

B+

B-

C+

D-

E+

E-

F
Bahagian B : Gaya Pembelajaran

Sila tandakan bulat pada satu sahaja daripada empat ruangan jawapan yang
bersesuaian berdasarkan skala yang disediakan.

Aras Sangat Tidak Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju


pengukuran Setuju (STS) (TS) (SS)
(S)

Skala 1 2 3 4

Bil Item STS TS S SS

B1 Saya memerlukan penerangan terperinci apa yang


perlu dilakukan ketika menyelesaikan masalah 1 2 3 4
matematik.

B2 Saya perlu mengingat kembali apa yang ditulis dalam


1 2 3 4
nota.

B3 Saya memerlukan penerangan terperinci tentang apa


1 2 3 4
yang perlu dibuat semasa mengulangkaji.

B4 Saya perlu menumpukan perhatian kepada setiap


1 2 3 4
fakta apabila membaca.

B5 Saya akan menumpukan perhatian kepada fakta


1 2 3 4
apabila mengulangkaji.

B6 Saya cuba menghafal semua maklumat semasa


1 2 3 4
mengulangkaji

B7 Saya membuat nota hanya tentang isi penting yang


1 2 3 4
perlu dipelajari sahaja.

B8 Saya bergantung kepada pensyarah untuk


memberitahu apa yang harus saya buat ketika 1 2 3 4
menyelesaikan masalah matematik.

B9 Saya akan menyusun kebanyakan nota dengan


1 2 3 4
sistematik.

B10 Apabila mengulangkaji sesuatu topik, saya suka


1 2 3 4
berbincang dengan rakan.

B11 Saya akan meringkaskan bahan penting semasa


1 2 3 4
membuat nota.

B12 Saya cuba memahami maksud yang tersirat semasa


1 2 3 4
membaca.

B13 Saya cuba merumuskan kaedah yang digunakan


1 2 3 4
semasa menyelesaikan masalah matematik.
B14 Saya cuba meringkaskan bahan pelajaran semasa
1 2 3 4
mengulangkaji pelajaran.

B15 Saya cuba menghubungkan pelbagai aspek semasa


1 2 3 4
mengulangkaji.

B16 Semasa menjawab soalan matematik, saya cuba


menggunakan kaedah lain selain yang diajar oleh 1 2 3 4
pensyarah.

B17 Saya mengumpulkan nota dari pelbagai sumber. 1 2 3 4

B18 Saya cuba memberi pendapat sendiri apabila


1 2 3 4
mempunyai peluang.

B19 Semasa membuat nota, saya cuba memasukkan


1 2 3 4
pandangan atau ulasan saya sendiri.

B20 Sebelum menjawab soalan ujian/peperiksaan, saya


1 2 3 4
akan merangka jalan kerja terlebih dahulu.

B21 Saya cuba membuat semua ulangkaji secepat


1 2 3 4
mungkin.

B22 Saya akan memperuntukkan masa yang mencukupi


1 2 3 4
untuk membuat nota yang diperlukan.

B23 Saya akan memperuntukkan masa yang mencukupi


untuk membuat rujukan tambahan dengan sempurna. 1 2 3 4

B24 Saya akan memperuntukkan masa yang mencukupi


1 2 3 4
untuk mengulangkaji pelajaran.

B25 Saya membuat perancangan supaya ulangkaji


1 2 3 4
pelajaran dapat dilaksanakan dengan teliti

B26 Saya akan merancang perkara yang berkaitan


1 2 3 4
pelajaran dengan cukup sempurna.

B27 Menjawab soalan ujian/peperiksaan tanpa mengambil


1 2 3 4
kira apa yang diingati dahulu.

B28 Apabila prestasi menurun, saya akan cuba mencari


1 2 3 4
punca kelemahan.

B29 Selain dari nota yang diberikan oleh pensyarah, saya


akan cuba mencari rujukan lain untuk membuat 1 2 3 4
tugasan.

B30 Saya cuba menyiapkan sesuatu tugasan secepat


1 2 3 4
mungkin.

B31 Apabila ada kesempatan saya akan membuat nota


1 2 3 4
sendiri.
B32 Saya akan berusaha menyelesaikan masalah
1 2 3 4
matematik walaupun ia sukar.

B33 Saya akan membuat latihan tanpa menunggu arahan


1 2 3 4
pensyarah.

B34 Saya akan mengulangkaji semua topik tanpa


1 2 3 4
menunggu arahan pensyarah.

B35 Saya akan menyiapkan tugasan lebih awal dari masa


1 2 3 4
yang ditetapkan oleh pensyarah.

B36 Saya akan mengulangi latihan yang telah di buat


1 2 3 4
beberapa kali untuk menambah kefahaman.

B37 Jika ada masalah matematik yang sukar untuk


diselesaikan sendiri, saya akan terus berjumpa dengan 1 2 3 4
pensyarah untuk bertanya.

B38 Saya akan merasa gelisah apabila ketinggalan dalam


1 2 3 4
pelajaran.

B39 Saya ingin mempunyai markah yang tinggi daripada


1 2 3 4
pelajar lain.

B40 Saya akan merasa malu apabila tidak menunjukkan


1 2 3 4
prestasi yang baik dalam pelajaran.

B41 Saya ingin melakukan tugasan yang lebih baik


1 2 3 4
daripada pelajar lain.

B42 Saya akan merasa gelisah apabila ketinggalan dalam


1 2 3 4
kerja-kerja akademik.

B43 Saya ingin pensyarah tahu bahawa saya adalah pelajar


1 2 3 4
terbaik.

B44 Saya ingin pensyarah tahu bahawa saya adalah pelajar


1 2 3 4
yang boleh diharap.

B45 Saya merasa seronok bersaing dengan pelajar lain


1 2 3 4
dalam hal-hal berkaitan akademik dan tugasan.

B46 Saya ingin tunjukkan kepada pensyarah bahawa saya


1 2 3 4
telah mencuba sedaya upaya dalam pelajaran.

B47 Saya merasa bimbang apabila pensyarah mengkritik


1 2 3 4
tugasan saya.
Hasil Ujian Kebolehpercayaan Item soal selidik

Gaya Permukaan
Reliability Statistics
Cronbach's
Alpha Based on
Cronbach's Standardized
Alpha Items N of Items
.622 .665 9

Item Statistics
Mean Std. Deviation N
gaya permukaan 1 3.70 .535 30
gaya permukaan 2 3.63 .490 30
gaya permukaan 3 3.43 .568 30
gaya permukaan 4 3.33 .711 30
gaya permukaan 5 2.97 .718 30
gaya permukaan 6 3.10 .712 30
gaya permukaan 7 3.20 .610 30
gaya permukaan 8 2.50 .820 30
gaya permukaan 9 2.83 .747 30

Summary Item Statistics

Maximum /
Mean Minimum Maximum Range Minimum Variance N of Items

Item Means 3.189 2.500 3.700 1.200 1.480 .150 9


Item Variances .442 .240 .672 .432 2.799 .021 9
Inter-Item Covariances .068 -.155 .287 .443 -1.852 .009 9
Inter-Item Correlations .181 -.303 .618 .921 -2.042 .050 9

Item-Total Statistics

Cronbach's
Scale Mean if Scale Variance if Corrected Item- Squared Multiple Alpha if Item
Item Deleted Item Deleted Total Correlation Correlation Deleted

gaya permukaan 1 25.00 7.241 .479 .540 .560


gaya permukaan 2 25.07 7.375 .485 .541 .563
gaya permukaan 3 25.27 6.616 .673 .675 .511
gaya permukaan 4 25.37 6.999 .373 .372 .575
gaya permukaan 5 25.73 7.375 .260 .636 .606
gaya permukaan 6 25.60 7.283 .291 .455 .598
gaya permukaan 7 25.50 7.845 .202 .302 .617
gaya permukaan 8 26.20 7.752 .106 .386 .655
gaya permukaan 9 25.87 7.844 .121 .526 .644
Scale Statistics

Mean Variance Std. Deviation N of Items

28.70 8.907 2.984 9

Gaya Mendalam

Reliability Statistics

Cronbach's
Alpha Based on
Cronbach's Standardized
Alpha Items N of Items

.824 .836 10

Item Statistics

Mean Std. Deviation N

gaya mendalam 10 3.27 .691 30


gaya mendalam 11 3.10 .607 30
gaya mendalam 12 3.30 .535 30
gaya mendalam 13 3.07 .740 30
gaya mendalam 14 3.03 .669 30
gaya mendalam 15 3.03 .615 30
gaya mendalam 16 2.43 .728 30
gaya mendalam 17 2.63 .890 30
gaya mendalam 18 2.83 .699 30
gaya mendalam 19 2.63 .615 30

Summary Item Statistics

Maximum /
Mean Minimum Maximum Range Minimum Variance N of Items

Item Means 2.933 2.433 3.300 .867 1.356 .083 10


Item Variances .469 .286 .792 .506 2.767 .019 10
Inter-Item Covariances .150 -.002 .440 .443 -191.500 .008 10
Inter-Item Correlations .337 -.004 .762 .766 -204.043 .038 10
Item-Total Statistics

Scale Mean if Scale Variance if Corrected Item- Squared Multiple Cronbach's Alpha
Item Deleted Item Deleted Total Correlation Correlation if Item Deleted

gaya mendalam 10 26.07 15.582 .385 .401 .821


gaya mendalam 11 26.23 14.599 .688 .583 .792
gaya mendalam 12 26.03 15.551 .551 .544 .806
gaya mendalam 13 26.27 14.064 .640 .658 .793
gaya mendalam 14 26.30 13.734 .803 .800 .777
gaya mendalam 15 26.30 15.252 .527 .462 .807
gaya mendalam 16 26.90 15.334 .403 .486 .819
gaya mendalam 17 26.70 14.976 .347 .480 .832
gaya mendalam 18 26.50 15.983 .302 .361 .829
gaya mendalam 19 26.70 14.907 .606 .467 .799

Scale Statistics

Mean Variance Std. Deviation N of Items

29.33 18.161 4.262 10

Gaya Terancang
Reliability Statistics

Cronbach's
Alpha Based on
Cronbach's Standardized
Alpha Items N of Items

.838 .855 8

Item Statistics

Mean Std. Deviation N

gaya terancang 20 3.07 .691 30


gaya terancang 21 2.97 .850 30
gaya terancang 22 3.03 .615 30
gaya terancang 23 3.00 .643 30
gaya terancang 24 3.13 .571 30
gaya terancang 25 3.17 .648 30
gaya terancang 26 2.97 .615 30
gaya terancang 27 2.30 .837 30
Summary Item Statistics

Maximum /
Mean Minimum Maximum Range Minimum Variance N of Items

Item Means 2.954 2.300 3.167 .867 1.377 .075 8


Item Variances .477 .326 .723 .397 2.215 .023 8
Inter-Item Covariances .187 .028 .382 .354 13.833 .008 8
Inter-Item Correlations .424 .058 .785 .727 13.595 .046 8

Item-Total Statistics

Cronbach's
Scale Mean if Scale Variance if Corrected Item- Squared Multiple Alpha if Item
Item Deleted Item Deleted Total Correlation Correlation Deleted

gaya terancang 20 20.57 11.357 .531 .514 .824


gaya terancang 21 20.67 10.092 .647 .641 .809
gaya terancang 22 20.60 10.869 .755 .761 .798
gaya terancang 23 20.63 10.999 .679 .755 .806
gaya terancang 24 20.50 11.293 .700 .650 .806
gaya terancang 25 20.47 11.085 .650 .522 .809
gaya terancang 26 20.67 11.264 .646 .515 .810
gaya terancang 27 21.33 12.713 .150 .065 .881

Scale Statistics

Mean Variance Std. Deviation N of Items

23.63 14.309 3.783 8

Gaya Gigih Usaha

Reliability Statistics

Cronbach's
Alpha Based on
Cronbach's Standardized
Alpha Items N of Items

.870 .876 10
Item Statistics

Mean Std. Deviation N

gaya gigih usaha 28 3.37 .615 30


gaya gigih usaha 29 2.83 .699 30
gaya gigih usaha 30 3.30 .651 30
gaya gigih usaha 31 2.73 .828 30
gaya gigih usaha 32 3.10 .712 30
gaya gigih usaha 33 2.80 .714 30
gaya gigih usaha 34 2.90 .759 30
gaya gigih usaha 35 2.90 .759 30
gaya gigih usaha 36 3.27 .691 30
gaya gigih usaha 37 2.73 .944 30

Summary Item Statistics

Maximum /
Mean Minimum Maximum Range Minimum Variance N of Items

Item Means 2.993 2.733 3.367 .633 1.232 .059 10


Item Variances .551 .378 .892 .514 2.359 .022 10
Inter-Item Covariances .221 .032 .407 .375 12.643 .009 10
Inter-Item Correlations .415 .063 .786 .723 12.437 .035 10

Item-Total Statistics

Scale Mean if Scale Variance if Corrected Item- Squared Multiple Cronbach's Alpha
Item Deleted Item Deleted Total Correlation Correlation if Item Deleted

gaya gigih usaha 28 26.57 22.116 .498 .657 .864


gaya gigih usaha 29 27.10 22.024 .436 .621 .868
gaya gigih usaha 30 26.63 20.378 .778 .823 .844
gaya gigih usaha 31 27.20 21.545 .409 .699 .873
gaya gigih usaha 32 26.83 19.799 .800 .827 .840
gaya gigih usaha 33 27.13 20.395 .693 .742 .849
gaya gigih usaha 34 27.03 20.861 .568 .720 .859
gaya gigih usaha 35 27.03 20.171 .679 .742 .850
gaya gigih usaha 36 26.67 20.851 .641 .551 .853
gaya gigih usaha 37 27.20 20.372 .482 .520 .870

Scale Statistics

Mean Variance Std. Deviation N of Items

29.93 25.375 5.037 10


Motivasi Dalaman
Reliability Statistics

Cronbach's
Alpha Based on
Cronbach's Standardized
Alpha Items N of Items

.868 .870 5

Item Statistics

Mean Std. Deviation N

motivasi dalaman 38 3.53 .629 30


motivasi dalaman 39 3.73 .450 30
motivasi dalaman 40 3.57 .626 30
motivasi dalaman 41 3.57 .504 30
motivasi dalaman 42 3.60 .563 30

Summary Item Statistics

Maximum /
Mean Minimum Maximum Range Minimum Variance N of Items

Item Means 3.600 3.533 3.733 .200 1.057 .006 5


Item Variances .312 .202 .395 .193 1.955 .007 5
Inter-Item Covariances .177 .122 .269 .147 2.208 .002 5
Inter-Item Correlations .573 .428 .763 .335 1.782 .008 5

Item-Total Statistics

Scale Mean if Scale Variance if Corrected Item- Squared Multiple Cronbach's Alpha
Item Deleted Item Deleted Total Correlation Correlation if Item Deleted

motivasi dalaman 38 14.47 3.154 .696 .540 .841


motivasi dalaman 39 14.27 3.720 .681 .516 .846
motivasi dalaman 40 14.43 3.082 .742 .625 .828
motivasi dalaman 41 14.43 3.702 .591 .420 .863
motivasi dalaman 42 14.40 3.214 .779 .670 .817

Scale Statistics

Mean Variance Std. Deviation N of Items

18.00 5.103 2.259 5

Motivasi Luaran
Reliability Statistics

Cronbach's
Alpha Based on
Cronbach's Standardized
Alpha Items N of Items

.813 .831 5

Item Statistics

Mean Std. Deviation N

motivasi luaran 43 3.07 .907 30


motivasi luaran 44 3.33 .758 30
motivasi luaran 45 3.50 .509 30
motivasi luaran 46 3.73 .450 30
motivasi luaran 47 3.27 .868 30

ANALISIS SPSS
Descriptive Statistics

Mean Std. Deviation N

gaya_permukaan 3.35 .322 226


gaya_mendalam 3.03 .409 226
gaya_terancang 2.99 .443 226
gaya_gigiusaha 3.05 .508 226
motivasi_dalaman 3.48 .469 226
motivasi_luaran 3.28 .502 226
Correlations
motivasi_dalama
n motivasi_luaran grade

gaya_permukaan Pearson Correlation .288** .154* -.063

Sig. (2-tailed) .002 .021 .343

N 226 226 226


* **
gaya_mendalam Pearson Correlation .155 .263 .257**
Sig. (2-tailed) .020 .000 .001

N 226 226 226


** **
gaya_terancang Pearson Correlation .193 .295 .138*
Sig. (2-tailed) .004 .000 .012

N 226 226 226


gaya_gigiusaha Pearson Correlation .158* .285** .388**

Sig. (2-tailed) .017 .000 .021

N 226 226 226

**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).


*. Correlation is significant at the 0.05 level (2-tailed).

Group Statistics

grade N Mean Std. Deviation Std. Error Mean

a lulus 181 3.3942 .34824 .02588


Gaya_permukaan
n gagal 45 3.4754 .25560 .03810

lulus 181 3.1960 .39214 .02915


Gaya_mendalam
gagal 45 3.2369 .41039 .06118

n lulus 181 3.1025 .42817 .03183


Gaya_terancang
g gagal 45 3.2449 .41881 .06243
lulus 181 3.1740 .45368 .03372
Gaya_gigihusaha
gagal 45 3.2400 .44691 .06662

You might also like