You are on page 1of 5

Situasi 2: Situasi Di Dalam Kelas

Cikgu Jefri merupakan mata pelajaran Matematik 5 Waja. Semasa di dalam


kelas, Cikgu Jefri akan menyuruh muridnya membuat kerja sendiri sementara
beliau sibuk dengan urusan restorannya.

Murid: Semua berdiri! Selamat pagi Cikgu!


Cikgu Jefri: Selamat pagi murid-murid. (Sambil menulis di papan putih). Baiklah kerja
yang minggu lalu berikan sudah siap ke belum?
Murid: Sudah cikgu.
Cikgu Jefri: Bagus anak-anak murid cikgu. Hari ni cikgu kurang sihat sedikit. Kamu
siapkan soalan bahagian b muka surat 23 boleh ?
Murid: Boleh cikgu.
Cikgu Jefri : (duduk di meja guru dan tidur disebabkan kepenatan menguruskan
restorannya semalam).
Tiba-tiba, telefon berdering dan Cikgu Jefri menyambut panggilan telefon tersebut.
Cikgu Jefri: (menyambut telefon dan berurusan mengenai restorannya). Hello, ya
Encik Abdul..Oww ya encik nasi beriyani ayam untuk 100 orang..okok encik.nant
saya uruskan..Diskaun??sudah tentu ada diskaun untuk pelanggan tetap saya.
Murid: Cikguyang ni macam mana buat? (sambil menunjukkan soalan Matematik).
Tajuk ni cikgu x ajar lagi..Jadi saya x faham cikgu.
Cikgu Jefri: Kamu pergi tanya dengan kawan kamu. Cikgu tengah sibuk ni. ( nada
yang sedikit marah kerana menggaggu perbualannya dengan Encik Abdul iaitu
pelanggan tetap di restorannya)
Murid: (Dengan reaksi yang sedih kembali ke tempat duduknya dan tidur kerana
tidak tahu menyiapkan tugasan yang diberikan.)

Cikgu Jefri: (Tidak mengendahkan murid-muridnya dan sibuk dengan urusan dengan
pelanggannya)
Kringgggggggggggggggggggggg.Bunyi loceng menandakan waktu rehat
dan murid-murid pun keluar untuk rehat. Cikgu Jefri masih berurusan dengan
pelanggannya.

Situasi 6: Situasi Di dalam Bilik Guru Besar


Cikgu Jefri dipanggil oleh guru besar untuk berjumpanya di dalam pejabatnya.
Guru besar telah mendapat banyak aduan berkaitan perlakuan Cikgu Jefri
yang sambil lewa ketika di sekolah
Cikgu Jefri: Knockknock
Guru Besar: Whos There..Ya..MasukHaah Cikgu Jefri..Masuk ..Sila duduk
Cikgu Jefri: Terima kasih tuan..Cikgu Sharifah kata tuan nak berjumpa dengan
saya.,Ada apa tuan?
Guru Besar: Begini CikguSaya telah mendapat beberapa aduan berkaitan sikap
Cikgu ..Cikgu selalu datang lewat ke sekolah..Prestasi murid-murid yang diajar oleh
cikgu juga semakin merosot Boleh saya tahu apa masalah cikgu?
Cikgu Jefri:Hmmmm..(Rasa bersalah)
Guru Besar: Cikgu, saya dengar cikgu ada mengusahakan restoran..Hmm. begini
Cikgu Jefri, saya bukannya hendak menghalang cikgu bekerja sambilan. Tetapi,
cikgu kena pandai bijak membahagikan masa cikgu agar tanggungjawab cikgu
sebagai seorang guru tidak terabaitetapi situasi sekarang ini menunjukkan cikgu
lebih mementingkan perniagaan cikgu..Saya harap Cikgu Jefri dapat berubah
selepas ini.
Cikgu Jefri: (tunduk kerana rasa bersalah). Baiklah tuan..Saya sedar akan kesilapan
saya ..
kringgggg..kringgg.(telefon berdering)
Guru Besar: Baiklah cikgu Jefri..Saya rasa itu sahaja yang ingin sampaikan..Kalau
tiada apa-apa cikgu boleh sambung kerja cikgu
Cikgu Jefri pun keluar dari bilik guru besar

Situasi 7: Situasi di dalam kelas


Setelah sesi pertemuan dengan guru besar, Cikgu Jefri telah menyedari
kesilapannya. Cikgu Jefri terlalu sibuk dengan perniagaannya sehingga
mengabaikan anak-anak muridnya..
Murid: Semua berdiri! Selamat pagi Cikgu!
Cikgu Jefri: Selamat pagi murid-murid. (Sambil menulis di papan putih). Baiklah kerja
yang minggu lalu berikan sudah siap ke belum?
Murid: Sudah cikgu.
Cikgu Jefri: Bagus anak-anak murid cikgu..Baiklah sekarang kita akan
membincangkan jawapan itu bersama-sama bagi meningkatkan kefahaman kamu
berkaitan topik tambah ini. Baiklah Chua, cuba kamu selesaikan soalan numbor satu
Murid( Chua) : Boleh cikgu(Chua pergi ke depan dan menjawab soalan di papan
tulis ..Chua menghadapi masalah menjawab soalan yang diberikan)
Cikgu Jefri :Chua..cikgu rasa jawapan kamu kurang tepatSepatutnya begini..jadi,
jawapannya adalah(Cikgu Jefri menerangkan jalan kerja yang betul kepada Chua)
Murid(Chua) :Ohh..begituu..baiklah cikgu..Seterusnya soalan kedua, cikgu nak
Shamini tunjukkan di depanok..bgus Shamini..Seterusnya, soalan ketiga..Ya
Salmi, tunjukkan jalan kerja kamu di hadapan.
Cikgu Jefri: Nampaknya, kamu semua telah berjaya menjawab soalan yang
diberikan dengan baik. Cikgu berasa sangat bangga dengan kamu semua..Baiklah
sekarang kita akan beralih kepada topik yang seterusnya iaitu operasi darab
(Cikgu Jefri menerangkan topik darab dengan begitu bersemangat)
Kringgggggggggggggggggggggg.Bunyi loceng menandakan waktu rehat
dan murid-murid pun keluar untuk rehat.

You might also like