You are on page 1of 4

Laporan Refleksi Program Persatuan Pendidikan Islam

Pada 14 Mac 2023, saya telah menyertai Program Persatuan Pendidikan Islam yang
telah dianjurkan oleh PDP (KDC) IPG Kampus Temenggong Ibrahim dengan kerjasama Unit
Kokurikulum IPGKTI. Program ini telah diadakan di Sekolah Agama Bandar Baru Uda, Johor
Bahru. Program ini diperkenalkan untuk membina dan membentuk murid-murid kepada lebih
kualiti dan mahir berkaitan asas panduan solat, pengurusan jenazah dan penyembelihan. Ia
menekankan kepada pembelajaran luar daripada bilik darjahsecara amali dalam konteks dan
situasi sebenar dalam memperkasakan ilmu dan daya intelek kepada murid-murid. Program
ini bertujuan untuk memperkembangkan beberapa aspek sebagai murid iaitu jasmani, emosi,
intelektual dan rohani.

Program ini memberikan banyak faedah dan kebaikkan kepada saya. Kebanyakkan
program yang dijalankan memberi manfaat sebagai persediaan saya bakal menjadi guru.
Kekuatan utama yang saya dapat ialah kepentingan semangat kerjasama dalam kumpulan
dikalangan guru dan murid-murid. Oleh hal yang demikian, kebanyakkan aktiviti yang
dijalankan secara berkumpulan. Tanpa kerjasama yang jitu, sesuatu kumpulan tidak akan
melakukan tugas secara optimum. Sebagai contoh aktiviti penyembelihan ayam. Seseorang
murid tidak dapat menyembelih seekor ayam tanpa kerjasama dari ahli kumpulan lain.

Selain itu, pensyarah yang berpengetahuan dan berpengalaman juga satu kekuatan
terhadap program ini. Setiap pensyarah perlu menjaga kebajikan setiap guru pelatih.
Contohnya setiap aktiviti yang dilakukan, pensyarah amat peka terhadap keselamatan guru
pelatih dan murid-murid sepanjang aktiviti dilakukan. Ia menunjukan bahawa pensyarah telah
menitikberatkan keselamatan guru pelatih.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan yang saya dapati sepanjang


program ini berlansung. Kesuntukan masa untuk menguruskan program ini salah satu
kelemahan yang saya dapati. Boleh dikatalan bahawa kami hanya kurang daripada seminggu
untuk menjayakan program ini. Contohnya kami dikehendaki untuk menyiapkan kertas kerja
selama 3 hari. Malahan hanya dapat mengadakan sebanyak 3 kali mesyuarat untuk
mengagihkan tugasan masing-masing dan melaporkan kemajuan tugasan dan sebagainya.

Namun demikian, disebalik gelak tawa ceria kami, terdapat beberapa ancaman yang
kami hadapi sepanjang program ini iaitu masalah kewangan. Hal ini disebabkan IPG Johor
Bahru, kami menghadapi masalah pasarana di IPGKTI. Kesuntukkan kewangan telah
menyebabkan kami dikehendaki perbelanjaan. Hal ini menyebabkan beban guru-guru pelatih
dipertingkatkan. Secara ringkasnya, masalah kewangan telah menjadi ancaman sepanjang
program ini berlansung.
Kesimpulannya, Program Persatuan Pendidikan Islam telah dilaksanakan dengan
jayanya bagi melahirkan guru pelatih yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi,
mempunyai ketahanan rohani, mental dan fizikal serta bermanfaat kepada masyarakat
selaeas nilai-nilai keguruan. Saya berharap semoga pengalaman yang saya kutip sepanjang
program ini dapat memberi manfaat kepada saya untuk memperbaiki diri ke arah lebih baik.
Para guru pelatih juga dapat menjalankan pelbagai ujian sepanjang program ini dengan baik.
Melalui ujian ini para guru pelatih dapat mengenal potensi diri dan kecenderungan masing-
masing. Malah guru pelatih dapat dapat membuat refleksi diri dan mengubah sikap masing-
masing agar dapat terus menjadi seorang pendidik yang baik pada masa hadapan.

Analisis SWOT

KEKUATAN (S) KELEMAHAN (W)

S1-KEPENTINGAN SEMANGAT KERJASAMA W1- KESUNTUKAN MASA


DALAM BERKUMPULAN W2-KEKURANGAN KOMUNIKASI ANTARA
S2-KREATIVITI GURU DILATIH JAWATANKUASA PROGRAM PENDIDIKAN ISLAM
S3-SIFAT KEYAKINAN DAN KEBERANIAN DALAM
DIRI JUGA DAPAT DITINGKATKAN
S4-PENSYARAH YANG BERPENGETAHUAN DAN
BERPENGELAMAN
PELUANG (O) ANCAMAN (T)

O1- MENINGKATKAN POTENSI DIRI DALAM T1- MASALAH KEWANGAN


MENGURUSKAN PROGRAM SEKOLAH
O2- MASALAH REHAT
AJK Program Pendidikan Islam sedang bermesyuarat bersama
Guru Besar Sekolah Agama Bandar Baru Uda

Slot penyembelihan (teori)

Slot Amali Penyembelihan


Slot berkumpulan amali solat

Slot pengurusan jenazah.

Sesi bergambar bersama GB Sekolah Agama Bandar Baru Uda, Pensyarah IPGKTI

dan guru pelatih KDC Pendidikan Islam.

You might also like