You are on page 1of 1

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik Telefon: 03-

42912049
68000 Ampang Faks : 03-
42932049
Selangor Darul Ehsan
___________________________________________________________________________________________________

Kepada

Pengetua
SMK Dato’ Ahmad Razali

Memohon Mengadakan Perlawanan Bola Jaring Persahabatan

Perkara diatas adalah dirujuk.

2. Kelab Bola jaring sekolah kami ingin mengadakan perlawanan persahabatan bersama kelab sukan
sekolah tuan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim diantara kedua-dua buah sekolah. Berikut adalah
butiran lanjut mengenai perlawanan tersebut:

Tarikh : 31 Januari 2020


Masa : 3.00 petang
Tempat: Padang Bola Jaring, SMK Dato’ Ahmad Razali

3. Pihak kami akan menyediakan minuman ringan untuk semua pemain, jurulatih dan pengurus
pasukan. Pihak sekolah kami juga menyediakan sendiri pengangkutan pemain pasukan sekolah untuk ke
sekolah pihak tuan.

4. Sebarang pertanyaan sila berhubung terus dengan Jurulatih pasukan Pn. Jojie Anak Nanju di talian
013-8167662. Kerjasama dan kesudian dari pihak tuan bagi menjayakan perlawanan persahabatan ini
didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“Majulah Sukan Untuk Negara”

Yang benar,

……………………………
(MOHAMAD ZULKIFLI BIN AHMAD KHARMAN SHAH)
Pengetua
Sek. Men. Keb. Taman Tasik

You might also like