You are on page 1of 2

SJK(T)LADANG SUNGAI BARU,

78300 MASJID TANAH.


Tel/Fax : 06-3841896
Kod Sekolah : MBD0069
Email Sekolah :

_______________________________________________________________________________________
Ruj. Tuan :
Ruj. Kami :
Tarikh : 8 Ogos 2019

Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah,


En.Awelludin
PPD Alor Gajah,
78000 Alor Gajah Melaka.

Tuan,

MAKLUMAN BERKENAAN KEHADIRAN PEGAWAI KPM ATAS ADUAN .

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuki.

2. Pada 8 Julai 2019 bersamaan Isnin yang lalu , sebanyak tiga orang Pegawai KPM dari
Putrajaya telah hadir ke sekolah kami dalam jam 10 pagi.

Setelah bertemu dan selesai perbincangan bersama Guru Besar Pn.S.Manimegalai ,


pegawai tersebut telah meminta untuk berjumpa dengan saya Pn.Gayathri A/P Darmalingam
dan seorang lagi guru bernama Pn.G.Vimala Nair.

Saya telah pun bergerak ke perpustakaan sekolah dan berjumpa secara perseorangan ketiga-
tiga pegawai tersebut. Setelah pegawai berkenalan dengan saya , pegawai membacakan
aduan yang tertera pada surat yang diterima oleh pihak KPM daripada pihak PIBG SJK(T),
Ladang Sungai Baru.
Berikut adalah aduan yang telah dilaporkan atas diri saya

1) Tidak menanda buku latihan murid bagi subjek Matematik Tahun 6.


2) Menggunakan telefon bimbit dalam kelas ketika PDPC sedang dijalankan.
3) Memarahi murid sekiranya murid datang bertanya tentang pelajaran.
4) Menghasut guru-guru muda untuk menentang pucuk pentadbiran yang lampau.
5) Menyimpan pengintip di kalangan murid untuk mendapatkan maklumat.

3. Setelah setiap aduan dibacakan maka saya telah menafikan kelima-lima aduan yang telah
diberikan atas saya.Saya juga telah menjelaskan bahawa setiap buku latihan telah pun dihantar
dan disemak oleh guru besar .Saya telah sertakan segala eviden yang menunjukkan saya telah
menanda buku latihan.Guru Besar juga telah menyertakan eviden pemantauan buku latihan .
Tuduhan mengenai penggunaan telefon bimbit tidak benar kerana saya tidak pernah
menngunakan telefon bimbit dalam kelas. Saya telah menafikan tuduhan tersebut juga.
Tuduhan ketiga merupakan memarahi murid jika datang bertanya. Tuduhan ini telah saya
nafikan dan pegawai telah menemubual murid tahun 6 dan mendapati bahawa tuduhan
tersebut tidak benar kerana murid menyatakan saya merupakan seorang guru yang baik dan
tidak memarahi murid jika mereka bertanya.

Tuduhan seterusnya merupakan bahawa saya menghasut guru-guru muda untuk menentang
pucuk pentadbiran yang lampau.Tuduhan ini juga telah saya nafikan. Pegawai KPM yang
hadir telah menemubual guru –guru yang lain untuk mendapatkan kesahihan dalam hal ini.
Guru-guru lain juga telah memberi komen yang baik mengenai saya bahawa saya tidak
bersalah dan segala yang diberitahu merupakan suatu rekaaan sahaja malah mereka
menganggap saya sebagai mentor kepada mereka yang baru lagi dalam bidang ini.

Saya juga telah menafikan tuduhan yang mengatakan saya menyimpan pengintip di kalangan
murid untuk mendapatkan maklumat.

Setelah selesai tinjauan,maka pegawai telah memberi beberapa komen yang bernas kepada
saya agar tidak sedih atas aduan ini malah saya perlu terus berjuang sebagai seorang guru.

Sekian untuk makluman pihak tuan. Terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

...............................................................................
( )

You might also like